Ulasan makalah. Wan Suhaimi Wan Abdullah

dokumen-dokumen yang mirip
Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

BAB 5 PENUTUP. Kajian ini telah membincangkan mengenai topik-topik yang berkaitan dengan konsep

BAB LIMA KESIMPULAN DAN SARANAN. Berdasarkan kepada keseluruhan hasil kajian yang diperolehi, bab ini akan

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

KARANGAN EKSPOSITORI SEKOLAH MENENGAH SPRINGFIELD

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

perkara-perkara berkaitan pemahaman terhadap hadis kerana beliau merasakan penghayatan masyarakat Malaysia terhadap hadis masih berada di tahap yang

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

BAB SATU PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan. Istilah merupakan perkataan atau paduan perkataan-perkataan yang

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

BAB V PENUTUP. pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup

Pengenalan Makroekonomi

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

BAB V PENUTUP. pada Surah al-baqarah dalam Tafsir al-mishbah dan Abdul Hayei A.S. dalam Tafsir

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB KELIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Rumusan di sini membawa pengertian kesimpulan kepada semua fakta-fakta

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini.

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA: KOMIK MAT SOM SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR

DEBAT SANTAI LANCASTER UNIVERSITY 02hb JANUARI 2013

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

BAB I PENDAHULUAN. Arab. Tiada sesiapapun yang menyangkal bahawa bahasa Arab dan al-qur an al-karim

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA CADANGAN PROJEK SARJANA DUA SEMESTER (PENILAIAN PROJEK SARJANA 1)

BAB 1 PENGENALAN KEPADA KAJIAN

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

Ay Al-Qur an dan Ta wilat Ahl Al-Sunnah adalah merupakan dua buah kitab tafsir

BAB I PENGENALAN. idea, konsep, meluahkan perasaan, menjalinkan interaksi sosial, menjalankan transaksi

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

Penyelia Buku log 20. Supervision 10 Pemeriksa Dalaman Pembentangan 30 Laporan 10 JUMLAH

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN DEBAT PIALA MENTERI BESAR PERAK 2017

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENILAIAN TESIS PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH SECARA PENYELIDIKAN (PENILAIAN 2)

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Dengan nama Allah Yang Pemurah, Yang Pengasih

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

BAB 1 : PENGENALAN. Walau bagaimanapun, Membeczka (2008) menyatakan bahawa pengajaran sebutan

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5 KESIMPULAN. berkaitan perwakilan dapatan kajian juga disentuh, sebelum diakhiri dengan cadangan

BAB 5 : PENUTUP. Al-Khatib al-shirbini adalah seorang yang faqih dalam mazhab al-shafi i dan

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENILAIAN LAPORAN PROJEK SARJANA DUA SEMESTER (PENILAIAN PROJEK SARJANA 2)

KEFAHAMAN DAN AMALAN DALAM BERAGAMA: KAJIAN TERHADAP PELAJAR BARU UiTM PAHANG DAN PELAJAR BARU UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

PENDEKATAN PENGAJARAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab

Soal Jawab: UMNO PERLU PEMUGARAN UNTUK JADI PARTI RELEVAN

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

ULASAN BUKU. Pengulas: Ruzman Md. Noor Jabatan Syariah Dan Undang-undang Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. sebelumnya. Seterusnya pengkaji akan mengemukakan beberapa cadangan yang

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENILAIAN LAPORAN PROJEK SARJANA DUA SEMESTER (PENILAIAN PROJEK SARJANA 2)

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

BAB ENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

Islam Ajak Berfikir, Bukan Jadi Pak Torot. Muhammad Haniff Hassan

BAB 5 PENUTUP. ayat tanpa penafian (مثبت) maka yang lainnya ayat penafian.(منفي) Kedua-duanya

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

Marilah sama-sama kita bersatupadu dan mengetepikan apa jua fahaman politik demi mempertahankan kesucian dan keagungan Agama Islam.

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

sepenuhnya modeniti, sebaliknya cuba mengubahsuai ciri-ciri modeniti untuk

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM MENYATAKAN PENDAPAT

PERSPEKTIF KOMUNITI LESBIAN, GAY DAN TRANSGENDER MUSLIM DI MALAYSIA TERHADAP PERLAKUAN HOMOSEKSUAL DAN KONSEP PERKAHWINAN DI DALAM AL-QUR AN

Anita Abdul Rahim Jenayah Kanak-kanak dan Undang-undang Malaysia, 2013, 309 halaman, ISBN

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

rumah mampu tengok realiti pasaran hartanah hari ini

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

2.2 Sekolah bermaksud semua sekolah menengah di Malaysia. 2.3 Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan adalah individu yang dilantik oleh pihak penganjur.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

Model Pengurusan Strategik

dan istilah. Frasa pemikiran kritis adalah merupakan gabungan atau hubungan antara dua perkataan iaitu pemikiran dan juga

PANDUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM MENGGUNAKAN ALAT BERFIKIR CoRT 1

Transkripsi:

Ulasan makalah Wan Zailan Kamaruddin Wan Ali, "Konsep Perbuataan Allah (AF'AL ALLAH) Dalam Pemikiran Islam: Pengaruh Dan Kesannya Kepada Pemikiran Umat Islam Di Malaysia", Dalam Jurnal Pengajian Melayu, BIL.14 (2004), Hal. 48-63 (12 Halaman + 4 Halaman Nota Hujung) Wan Suhaimi Wan Abdullah Isu Perbuatan Allah SWT adalah antara isu penting dan kontroversi dalam sejarah Ilmu Kalam. Sememangnya manusia tidak mampu memahami dengan selengkapnya akan hakikat Perbuatan Allah SWT kerana is menjangkaui kemampuan akal manusia. Tanpa kenyataan wahyu al-qur'an dan hadis Nabi s.a.w. manusia tidak mungkin akan memahami konsep tersebut. Tambahan lagi, jika clilihat dari aspek kaitan Perbuatan Allah SWT itu dengan apa yang dilalui oleh manusia dalam kehidupan sehariannya termasuk tindak tanduk dan perancangan hidupnya, maka persoalan ini sememangnya amat mendasar. Ia tentunya berkait rapatdengan persoalan Qada' dan Qadar yang merupakan satu dari rukun iman dalam Islam. 383

Dalam sejarah Ilmu Kalam, sekurang-kurangnya terdapat tiga aliran penting yang dikaitkan dengan perbahasan tentang konsep ini. Mereka ialah golongan Qadariyyah yang mendakwa bahawa manusia berkuasa secara mutlak di atas perbuatannya. Fahaman ini di dokong oleh golongan al-mu'tazilah dan Syi'ah. Golongan Kedua ialah golongan Jabariyyah yang meletakkan segala kuasa dan upaya secara mutlaknya hanya kepada Allah SWT. Mereka mendakwa bahawa manusia tiada pilihan dalam tindak tanduknya, semuanya ditentukan oleh Allah SWT. Kedua-dua ekstrem ini ditolak oleh golongan ketiga iaitu golongan al- Asha'irah yang menggabungkan di antara kedua-dua bentuk kuasa dan upaya di atas. Manusia dikurniakan kuasa memilih dan melakukan apa yang mereka ingini oleh Allah SWT namun dalam masa yang sama setiap yang diusahakan oleh manusia tidak akan terjadi tanpa izin dan kehendak Allah SWT. Ketiga-tiga fahaman dan pegangan ini sememangnya mempunyai kesan yang mendasar ke atas persepsi manusia tentang realiti dan hala tuju kehidupannya. Dalam artikel "Konsep Perbuatan Allah (Ar al Allah) Dalam Pemikiran Islam: Pengaruh Dan Kesannya Kepada Pemikiran Umat Islam Di Malaysia" ini, penulis menggambarkan kepada pembaca bahawa beliau akan menganalisis dan membentang pandangan dan fahaman yang komprehensif tentang persoalan Perbuatan Allah SWT (Aral Allah) dan seterusnya melihat sejauh mana 'konsep' Perbuatan Allah yang dikemukakan itu mempengaruhi pemikiran umat Islam di Malaysia. Ia sekurang-kurangnya akan memperkatakan tiga fokus perbahasan utama iaitu; Konsep Perbuatan Allah SWT, penjelasan tentang konsep tersebut dari perspektif Pemikiran Islam dan yang terakhir ialah pengaruh dan kesan konsep tersebut ke atas pemikiran umat Islam di Malaysia. Perbincangan sebegini sememangnya suatu persoalan yang patut diketengahkan diketengahkan demi melihat peranan akidah amnya dan 'konsep' Perbuatan Allah SWT khasnya dalam menentukan hala tuju pemikiran masyarakat Islam di Malaysia. Walau bagaimanapun, tajuk 384

Ulasan "Konsep Perbuatan Allah (AF'AL ALLAH) Dalam Pemikiran Islam" sebegini yang disifatkan oleh penulisnya sebagai "persoalan yang agak berat terutama dalam bidang 'Ilm Kalam dan bidang-bidang yang berkaitan dengannya" (h. 49) tidak mungkin dapat diolah secara adil dan komprehensif dalam sebuah artikel setebal 12 halaman. Tambahan lagi, apabila is diterbitkan sebagai sebuah kajian ilmiah dalam jurnal akademik. Bahkan tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa kajian dan tajuk sebegini lebih sesuai dikemukakan sebagai suatu kajian Kedoktoran atau sekurang-kurangnya Sarjana. Artikel setebal 12 halaman ini dibahagikan kepada Pengenalan (h. 48-49), Konsep AC al Allah Dalam al-qur'an (h. 49-51: 2 halaman), Konsep Aral Allah Dari Perspektif Tokoh Dan Madhhab Dalam Islam (h. 51-52: 1 halaman), Konsep Aral Allah Dalam Konteks Pemikiran Islam (h. 52-58: 6 halaman), Pengaruh Dan Implikasinya Kepada Pemikiran Umat Islam di Malaysia (h. 58-59: 2 halaman) dan Kesimpulan (h. 59). Sebagaimana yang ditegaskan di atas, topik perbincangan artikel ini adalah luas dan sulit. Setiap sub-topik di atas misalnya patut dan perlu diperuntukkan satu artikel berasingan untuk dijelaskan perbincangan dan persoalannya secara yang adil dan ilmiah. Ini kerana tajuk Konsep Aral Allah Dalam al-qur'an misalnya tidak memadai dengan hanya mengemukakan ayat-ayat berkenaan dan terjemahannya semata-mata kerana persoalan 'Perbuatan Allah SWT' bukan suatu persoalan yang boleh diambil ringan penghuraiannya terutamanya kerana isu ini memang telah menimbulkan pelbagai perdebatan dalam sejarah Ilmu Kalam. Lebih-lebih lagi pembentangan isu ini berdasarkan apa yang dipaparkan 'dalam al-qur'an' perlu merujuk kepada sumber-sumber tafsir yang memperkata dan memperjelaskan ayat-ayat berkaitan. Ini adalah metodologi yang diterima umum dalam kajian ilmu-ilmu Islam. 385

Dan segi pendekatan perbahasan, penulis tidak menampakkan bahawa beliau objektif dalam membentangkan pandangan mazhab-mazhab yang dikemukakan. Contohnya, ketika menghuraikan pandangan al-asha'irah di bawah tajuk 'Konsep Af'al Allah dari perspektif Tokoh dan Madhhab Dalam Islam', penulis nampaknya tidak cuba membentangkan pandangan mazhab tersebut dengan terperinci, adil dan menyeluruh. Beliau nampaknya lebih selesa mendedahkan 'petikan' pandangan-pandangan tertentu yang secara literalnya mungkin menyokong dan menguatkan kritikannya terhadap al-asha'irah. Beliau dalam masa yang sama cuba menampilkan betapa pandangan al-mu'tazilah lebih jelas dan patut disokong. Selain itu, dikemukakan suatu perbincangan lain bertajuk 'Konsep Af'al Allah Dalam Konteks Pemikiran Islam'. Persoalannya apa yang dimaksudkan dengan 'Pemikiran Islam' di sini? Kenapa pula perlu diasingkan dari fokus sebelumnya iaitu 'dari perspektif tokoh dan madhhab dalam Islam'? Apa yang jelas, berdasarkan pemerhatian ke atas sumber rujukan perbincangan 'Konsep Af'al Allah Dalam Konteks Pemikiran Islam' ini, ia lebih menjurus kepada sumber-sumber Syi' ahl. Oleh itu, ia sebenarnya lebih tepat jika dijodolkan sebagai 'Konsep Af'al Allah Dalam Konteks Pemikiran Syi'ah'. Tajuk ini yang dicadangkan ini tentunya lebih terarah kerana ia pasti tidak akan mengelirukan pembaca, iaitu dengan memaparkan pandangan Syi'ah sebagai mewakili 'Pemikiran Islam'. Lebih mengelirukan lagi ialah dalam satu kenyataan, penulis menyebut 'Dalam sumber-sumber Islam...' dan beliau merujuk kepada dua sumber Syi'ah atau Mu'tazilah 2. Ini mengelirukan kerana penulis telah melabelkan 386

Ulasan "Konsep Perbuatan Allah (AF'AL ALLAH) Dalam Pemikiran Islam" sumber dari kedua-dua mazhab minoriti yang banyak menerima kritikan dari golongan Sunni ini sebagai mewakili 'sumber-sumber Islam'. Pandangan ini bukan bermaksud menafikan keislaman kedua-dua mazhab tersebut, namun ia bermaksud bahawa dalam kajian ilmiah yang membandingkan aliran-aliran pemikiran dalam Islam sebegini, pandangan mazhab-mazhab yang dikemukakan hendaldah dikaitkan dan dipertanggungjawabkan kepada mazhab masing-masing dan bukan kepada Islam secara umum. Seterusnya dalam konteks 'Pengaruh Dan Implikasinya Kepada Pemikiran Umat Islam di Malaysia' (h. 58-59: 2 halaman), tiada dikemukakan sebarang kenyataan tentang pengaruh dan implikasi Konsep Aral Allah kepada pemikiran umat Islam di Malaysia. Pembaca mungkin mengimpikan sekurang-kurangnya suatu perbincangan lengkap tentang isu-isu berkaitan, bagaimana konsep tersebut boleh atau telah mempengaruhi pemikiran umat Islam di Malaysia, pada aspek manakah pengaruhnya jelas dapat dilihat, sejauh manakah implikasi pengaruh konsep tersebut ke atas pemikiran umat Islam di Malaysia dan apakah ianya adalah suatu yang positif dan patut digalakkan ataupun sebaliknya, ia adalah suatu yang negatif dan patut difikirkan langkah mengatasinya. Semua perkara ini tidak dikemukakan oleh penulis. Sebaliknya dipaparkan beberapa kenyataan dan fakta yang boleh dipersoalkan. Sebagai contoh dicatatkan bahawa 'aliran yang mendominasi pemikiran umat Islam akan menjadi faktor penentu sama ada sesuatu pendapat atau pandangan tertentu itu boleh diterima atau ditolak' (h.58). Kenyataan umum ini beliau kaitkan dengan kenyataan bahawa: 'al-mu'tazilah atau dengan kata-kata lain, al- Qadariyyah dalam konteks masyarakat Islam di Malaysia dianggap sebagai bukan sebahagian daripada umat Islam... Justeru, segala bentuk dan hasil pemikiran mereka sangat sukar untuk diterima dan dibenarkan' (h.58-59). 387

Persoalannya benarkah bahawa umat Islam amnya dan di Malaysia khasnya begitu 'tidak kritikal' dalam menentukan yang mana benar dan yang mana salah sehingga hanya mampu menjadi 'pak turut' kepada sesuatu aliran hanya kerana ia adalah aliran yang dominan? Apakah umat Islam di Malaysia hanya mengasaskan akidah mereka kepada taklid semata-mata? Dan apakah pandangan al-mu'tazilah ditolak hanya kerana ia tidak dominan? Tidakkah penulis dan pembaca amnya terfikir bahawa sesuatu aliran itu hanya akan diterima dan menjadi dominan di dalam sesebuah masyarakat apabila ia mampu memberikan penjelasan yang boleh diterima akal. Jadi, asas penentu bagi kebenaran sesuatu aliran bukan pada aspek dominasinya dalam sesebuah masyarakat, tetapi sebaliknya kebenaran aliran tertentu itulah yang akan menjamin dominasi aliran tersebut. Oleh yang demikian, apabila al-mu'tazilah, dan juga Syi'ah, ditolak dan tidak mampu berkembang di Malaysia dan juga di kebanyakan negara umat Islam yang lain, sama ada kini mahupun dahulu sebagaimana yang tercatat dalam sejarah umat Islam, ini secara jelas menunjukkan bahawa kebenaran aliran tersebut dipertikaikan dan tidak boleh diterima akal. Akhirnya dalam 'Kesimpulan', penulis tidak menyatakan penemuan yang boleh menjawab persoalan yang ditimbulkan dalam tajuk artikel. Penulis hanya menyimpulkan bahawa persoalan Af al Allah yang berkait rapat dengan konsep Qada' dan Qadar 'kurang mendapat tempat dan tidak begitu diberikan perhatian oleh golongan tradisionalis yang merupakan majoriti umat Islam kini khususnya di Malaysia' (h.59). Kesimpulan ini juga tidak dapat dipastikan apakah mesejnya? Apakah ia bermaksud bahawa umat Islam amnya dan di Malaysia khasnya tidak faham konsep Qada' dan Qadar? Apa pun jawapannya, yang pasti memang banyak persoalan yang timbul ketika mentelaah makalah ini. Makalah sebegini, dilihat dari aspek analisisnya mungkin tidak mampu mempengaruhi sesiapa khususnya jika pembacanya mempunyai latar belakang yang jelas tentang akidah. Namun 388

Ulasan "Konsep Perbuatan Allah (AF'AL ALLAH) Dalam Pemikiran Islam" tidak dinafikan bahawa is mungkin akan mengelirukan mereka yang tidak berpengetahuan dalam akidah Islam. Sebagai kesimpulan, ingin ditegaskan bahawa isu Perbuatan Allah SWT, jika dilihat dari perspektif satu aliran Kalam pun, adalah berkait rapat dengan banyak isu penting yang lain umpamanya isu Sifat-sifat Allah SWT khususnya Sifat Iradat, Qudrat dan Ilmu. Ia juga melibatkan fahaman tentang apa sebenar konsep 'keadilan' dalam konteks Allah SWT, yang sememangnya berkait rapat dengan Nama dan Sifat Allah SWT. Analisis tentang persoalan 'adil', 'matlamat', konsep 'keburukan dan kebaikan' dan konsep 'kurang' (nags) misalnya perlu diperjelaskan secara objektif dan menyeluruh. Pandangan dan tafsiran para ilmuwan, sama ada dari kalangan ulama Kalam berbagai mazhab mahupun para tokoh Tafsir al-qur'an pelbagai aliran, perlu ditelaah dengan teliti sebelum kita dapat mengemukakan dengan tepat apakah fahaman yang di dokong oleh aliran-aliran tersebut. Begitu juga dengan perbincangan tentang 'pengaruh dan implikasinya kepada pemikiran umat Islam di Malaysia' yang sepatutnya dikupas secara ilmiah, berserta bukti dan hujah yang jelas. Semua ini memerlukan pembentangan yang panjang lebar dan tidak cukup hanya dalam 12 halaman. Nota 1 Lihat nota kaki no. 16-48. 2 Lihat hal. 54 dan nota kaki no. 28. 389