BAB 3 : KESEDARAN PEMBINAAN BANGSA DAN NEGARA

dokumen-dokumen yang mirip
Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

PN. MASARIAH BINTI MISPARI

BAB 3: KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

PENERAPAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH (KPS)

Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia

Institusi Raja Berperlembagaan dan bidang kuasa Yang di-pertuan Agong. Konsep Raja Berperlembagaan

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran. ACIS, UiTM CTU553/555 MARUWIAH AHMAT

BAB 7 CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Dapatkan Skema di

: NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA DAN JOHOR BENTENG KESELAMATAN BRITISH. Peta berikut menunjukkan kemaraan kuasa besar di Asia Tenggara.

Kemerdekaan Negara 31 Ogos Penyediaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.)

TAJUK 4 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

SULIT 1249/2 NAMA PELAJAR LOGO SEKOLAH NAMA SEKOLAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 TINGKATAN 5. SEJARAH KERTAS 2 Dua jam tiga puluh minit

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

PAKATAN MURNI. Maksud Pakatan Murni

SULIT 1249/2 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR. 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2015 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

SULIT 1249/2 PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 ANJURAN MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA NEGERI PERLIS SEJARAH.

PIAGAM MADINAH AHMAD NZRYSHAH B. MOHAMED KHALID

19/03/ Digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 622M

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2017

Nag2oO9. Item Objektif. M.S Rajah berikut menunjukkan suasana di Madinah sebelum hijrah Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah.

KENALI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

BAB 5. Permuafakatan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

Pengajian Am (Kertas 1) SUMBER UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Bahagian A. [40 markah] Jawab semua soalan. 1. Gambar 1 menunjukkan warisan candi yang terkenal di Asia Tenggara.


PN. MASARIAH BINTI MISPARI

BAB 1 KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

OLEH AZI RAHIMEE BIN MOHAMED

MOCK TEST /2 SEJARAH Kertas 2 Julai 2 Jam 30 Minit

Pangkalan tentera Pelabuhan persinggahan X. Senarai di atas menjelaskan faktor-faktor British memerlukan Pulau Pinang. Apakah X?

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH)

Bahagian A [40 markah] Jawab semua soalan. 1.Tamadun Hwang Ho telah memberikan sumbangan yang penting kepada peradaban dunia.

Sejarah (940) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

BAHASA MELAYU 910/1. BAHASA MELAYU MODEN PASCAMERDEKA (Akta-Akta Pelaksanaan Bahasa Melayu) Disediakan oleh, Yillson Yanggun

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR 1249/2

BAB 8. Pendidikan dalam masyarakat Melayu tradisional. 1. Rajah di atas menunjukkan sistem pendidikan masyarakat Melayu tradisional.

JABATAN PELAJARAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR. 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

Bab. Bab 2. Bab 1. Bab. Bab. 4 Bab 9. 3 Bab 8. Tingkatan 5. Bab. Bab

Bab 2. Bab 5. Bab. Bab 1. Bab. 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 4. Bab. Bab 10. Bab

Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi


BAHAGIAN A [ 40 Markah ] Jawab semua soalan. 1 Gambar 1 menunjukkan perkembangan bentuk roda Tamadun Mesopotamia. Perkembangan bentuk roda.

BAB 5: PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA

Nama : Tingkatan : Sekolah : HAK CIPTA JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUANKULA LUMUR BAB 1 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

TAMADUN MELAYU : TERAS TAMADUN MALAYSIA

RAMALAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /2 SEJARAH Kertas 2 Nov./Dis. 2 jam Dua jam tiga puluh minit

Setiausaha Agung DAP

BAB 8 KERAJAAN NEGERI-NEGERI MELAYU. 1. Kerajaan Melayu Tua terdiri daripada kerajaan : (ms 122) a. b. c.

1249/2 SEJARAH Kertas 2 September 2½ jam

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

Himpunan kertas peperiksaan percubaan SPM dari sekolah-sekolah lain

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007

1 : KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

SEJARAH SPM 1249/2 (Set C)

Pembelajara n secara masteri

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2006

Mengetahui fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme.

PN. MASARIAH BINTI MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2014 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

(a) Apakah tujuan Nabi Muhammad membuka semula kota Makkah? ( 4 markah ) (b) Jelaskan kepentingan pembukaan semula kota Makkah?

KLON SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /2 SEJARAH Kertas 2 Nov./Dis. 2 jam Dua jam tiga puluh minit

PN. MASARIAH BINTI MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

Perlembagaan Malaya dan Malaysia memperuntukkan kedudukan anak watan dalam kalangan Melayu dan bumiputera, Orang Asli dan juga etnik-etnik lain.

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

KONVENSYEN MEMPERKUKUH PASAK NEGARA: KE ARAH WASIAT LEBIH TERSURAT TARIKH : 5-6 OGOS 2017M / DZULKAEDAH 1438H TEMPAT : HOTEL MARRIOTT PUTRAJAYA

Shamrahayu A. Aziz, (Profesor Madya, Dr) Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

SEJARAH - TINGKATAN 3. Malayan Union Dan Persekutuan Tanah Melayu

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

PN. MASARIAH BINTI MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

Bincangkan Sistem Pembesar di China pada abad ke 16 hingga ke 18. (20M)

PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011

Tindakan PKM (Parti Komunis Malaya) Membakar rumah yang berpenghuni pada waktu tengah malam

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

Bab 2. Bab. Bab 3 Bab 8. Bab 1. Bab. 5 Bab Bab 9. Tingkatan 4. Bab. Bab

DSP KEPERLUAN MINIMA PBS SEJARAH TINGKATAN BAB 1 KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU BERENDAM, MELAKA. Penjajahan & Kebangkitan Tokoh

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANITIA SEJARAH JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BADAK BACHOK KELANTAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

ABDUL KARIM BIN ABDUL AZIZ HARNANI BINTI SHUMSUDIN PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TEL : E-MEL :

TAJUK 7 SISTEM PERSEKUTUAN. Konsep asas persekutuan Pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dan negeri Pentadbiran negeri dan kerajaan tempatan

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

BAB 6 : KEMEROSOTAN MELAKA

PN. MASARIAH BINTI MISPARI

1 Gambar rajah berikut menggambarkan suasana yang dapat dilihat semasa pentadbiran Brooke di Sarawak.

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SEJARAH TINGKATAN 2

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SEJARAH TINGKATAN 1 SEJARAH TINGKATAN 1 1

Item Objektif. Analisis SPM Itali Jerman Rusia

TAJUK 6 DEMOKRASI BERPARLIMEN

Transkripsi:

PEMBINAAN BANGSA DAN NEGARA Konsep negara bangsa PEMBINAAN BANGSA DAN NEGARA Konsep negara bangsa merujuk pada pembentukan negara bangsa moden di Eropah. Bila dan bagaimana munculnya konsep ini? Pembentukan negara moden berasaskan sempadan rumpun bangsa Idea ini tercetus di Barat pada penghujung abad ke-18 dan ke-19 ekoran tercetusnya Revolusi Inggeris 1688, Perang Kemerdekaan Amerika 1776 dan Revolusi Perancis 1789. Pada ketika itu muncul idea tentang hak rakyat, kerajaan berperlembagaan dan negara bangsa moden. Pembentukan negara moden ini adalah mengikut sempadan rumpun bangsa bagi menggantikan bentuk negara feudal. Di Eropah Barat, zaman moden awal dianggap bermula pada sekitar pertengahan atau penghujung abad ke-16. Dari segi pertumbuhan nasionalisme, zaman ini penting kerana telah memperlihatkan bibit-bibit kelunturan entiti politik berasaskan keagamaan dan kemunculan idea negara bangsa. Kebangkitan nasionalisme telah mengancam empayar Austria, Rusia dan Turki yang mempunyai penduduk berbilang bangsa. Para nasionalis menggunakan unsur persamaan rumpun bangsa dan bahasa untuk membentuk negara bangsa masing-masing. Penyatuan dan pembentukan negara bangsa merupakan matlamat akhir para nasionalis. Pembentukan negara dan bangsa di Eropah selepas Perang Dunia Pertama Perang Dunia Pertama yang tercetus pada tahun 1914 hingga tahun 1918 berakhir dengan kekalahan Jerman dan sekutunya. Di Perancis, Persidangan Damai Paris telah mencapai kesepakatan melalui Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson. Deklarasi ini telah mencadangkan dua prinsip, iaitu penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri dan prinsip sempadan negara berasaskan bangsa. Ekoran itu, empayar Austria-Hungary dan Turki yang mengalami kekalahan telah dibahagi-bahagikan. Keadaan ini menyebabkan pelbagai golongan etnik dan bangsa tersebut beroleh kemerdekaan. Dengan itu, muncullah negara bangsa yang baru. Tujuh negara bangsa baru yang muncul di Eropah ialah Czechoslovakia, Estonia, Finland, Latvia, Lithuania, Poland dan Yugoslavia. Yugoslavia terdiri daripada Serbia, Slovenia, Montenegro, Croatia dan Bosnia-Herzegovina. Pembentukan negara Itali Negara Itali dan Jerman merupakan contoh negara bangsa yang dibentuk pada abad ke -19. Itali pada mulanya terbahagi kepada beberapa buah wilayah. Di bahagian utaranya, beberapa wilayah seperti Venetia dan Lombardy masih dikuasai oleh Austria. Orang Itali mahu menyatukan wilayah-wilayah mereka di bawah sebuah pemerintahan dan menghalau orang Austria dari bumi Itali. Dengan menggunakan amalan realpollifik, Count Camillo Benso di Cavour berusaha menyatukan Itali menjadi sebuah negara. Count Camillo Benso di Cavour sangat menyanjung penyatuan Itali berlandaskan pemerintahan monarki dan beliau telah mewujudkan kerjasama dengan Napoleon III (pemerintah Perancis) bagi menentang Austria pada tahun 1860. shahir@myjaring.net 1

Hasil bantuan tentera Napoleon III, Itali berjaya menewaskan Austria. Melalui satu pungutan suara yang diadakan, Count Camillo Benso di Cavour memperoleh sokongan majoriti rakyat untuk menyatukan Itali. Pada tahun 1866, sebagai balasan terhadap kerjasama Itali membantu Prussia menewaskan Austria, wilayah Venetia telah dipulangkan kepada Itali. Pada tahun 1870, Perancis mengundurkan tenteranya dari Rom, dan Count Camillo Benso di Cavour mengambil peluang ini menyatukan Rom dan Itali. Penyatuan ini akhirnya telah membentuk sebuah negara bangsa Itali. Pembentukan negara Jerman Di Jerman, Otto Eduard von Bismarck juga mengamalkan realpolitik dan politik darah dan besi untuk menyatukan negara ini pada tahun 1871. Bismarck telah menggunakan pelbagai taktik seperti tipu helah, pemalsuan dokumen, provokasi, penipuan dan ugutan untuk mencetuskan peperangan. Matlamatnya adalah untuk menyatukan Jerman. Rakyat Jerman bersedia menerima sistem kediktatoran yang dianjurkan oleh Bismarck untuk menyatukan Jerman. Bismarck telah menggunakan isu membenci kuasa asing untuk memenangi dan membangkitkan semangat rakyat Prussia di medan tempur. Pembentukan kerajaan Islam Madinah Berbeza daripada pembentukan negara bangsa di Eropah yang mengamalkan realpolitik serta politik darah dan besi, pembentukan kerajaan Islam di Madinah merupakan satu contoh penyatuan melalui prinsip Islam. Nabi Muhammad s.a.w. menyusun perlembagaan terlebih dahulu sebelum mengasaskan kerajaan Islam di Madinah. Piagam Madinah berjaya menyatukan penduduknya yang berbilang kaum, iaitu orang Yahudi, orang Kristian dan orang Arab. Dengan cara diplomasi, musyawarah dan permuafakatan, baginda berjaya membentuk kerajaan Islam di Madinah. Pembentukan kerajaan Islam di Madinah telah membuktikan bahawa kejayaan tersebut adalah disebabkan oleh wujudnya amalan kerjasama dan permuafakatan antara pemimpin dengan pemimpin dan antara pemimpin dengan rakyat. Amalan ini patut dicontohi untuk menjamin keutuhan negara dan bangsa. Pembentukan negara kita Pembentukan negara kita pula adalah berkat kebijaksanaan pemimpin dan tidak melibatkan pertumpahan darah. Kemerdekaan yang dicapai oleh negara kita adalah melalui rundingan, pakatan murni dan tolak ansur antara tiga kaum yang terbesar di negara ini. Kebijaksanaan dan pandangan jauh pemimpin-pemimpin kita dalam memperjuangkan sebuah negara yang berdaulat patut dicontohi oleh generasi muda kita pada hari ini. shahir@myjaring.net 2

CIRI-CIRI NEGARA DAN BANGSA Negara CIRI-CIRI NEGARA DAN BANGSA Negara ialah wilayah yang mempunyai penduduk, sempadan dan pemerintah yang berwibawa. Negara Malaysia terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. Negara juga merujuk kepada institusi pemerintahan yang tersusun yang bertanggungjawab membuat dan melaksanakan keputusan politik serta menguatkuasakan undang-unclang dan peraturan kerajaan. Bangsa Bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia yang mendiami sesebuah wilayah serta yang mempunyai persamaan dari segi bahasa, adat resam, kesenian, dan pengalaman sejarah. Idea bangsa kini sering digunakan oleh negara kita untuk melahirkan perasaan Bersatu padu di kalangan rakyat yang berbilang kaum demi membentuk Bangsa Malaysia yang kukuh. Kerajaan Kerajaan ialah institusi pemerintah yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar sesebuah negara. Kerajaan atau institusi pemerintah ini merangkumi semua badan yang membuat, mentafsirkan dan melaksanakan dasartersebut. Kerajaan juga bertindak sebagai pengaman dan penentu arah kehidupan masyarakat sesebuah negara. Kerajaan di negara kita merujuk kepada tiga badan dalam pemerintahan, iaitu badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman. Perlembagaan Perlembagaan merupakan peraturan tertinggi sama ada bertulis atau tidak bertulis yang menjadi rujukan dan panduan Bagi mentadbir dan memerintah sebuah negara. Di Malaysia, perlembagaan merupakan peraturan bertulis tertinggi yang didokumenkan dan dijadikan rujukan untuk mentadbir negara. Perlembagaan bertujuan mem6erikan jaminan perlindungan kepada rakyat negara ini. CIRI-CIRI NEGARA DAN BANGSA DALAM KESULTANAN MELAYU MELAKA CIRI-CIRI NEGARA DAN BANGSA DALAM KESULTANAN MELAYU MELAKA Ciri-ciri Kesultanan Melayu Melaka mempunyai banyak persamaan dengan ciri-ciri negara bangsa moden pada hari ini. Ciri-ciri itu ialah wilayah pengaruh, kedaulatan, rakyat, kerajaan, lambang-lambang dan keunggulan undang-undang. Wilayah Setiap negara mempunyai wilayah, iaitu kawasan tempat tinggal rakyat dan sempadannya yang diterima umum. Wilayah pengaruh merujuk kepada kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan seorang raja. Kesultanan Melayu Melaka mempunyai kawasan lingkungan pengaruh yang luas walaupun sempadannya tidak ditetapkan seperti sempadan negara moden. Empayarnya meliputi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh timur Sumatera. Kedaulatan Kedaulatan merupakan kekuasaan tertinggi terhadap rakyat sesebuah wilayah dan kekuasaan ini tidak boleh dihadkan oleh mana-mana pihak. Kedaulatan juga merujuk pada kekuasaan yang dimiliki oleh sebuah negara atau pemerintah. Negara atau pemerintah boleh menggunakan segala kuasa yang dimilikinya shahir@myjaring.net 3

untuk menggubal dan menguatkuasakan undang-undang. Ini bermakna negara berkenaan mempunyai hak mutlak terhadap rakyatnya. Kedaulatan memastikan sesebuah negara itu bebas daripada campur tangan, paksaan, taklukan atau penjaiahan kuasa asing. Pengertian tentang kedaulatan dalam konteks Kesultanan Melayu Melaka berbeza daripada pengertian tentang kedaulatan negara moden. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, kedaulatan dirujuk terus kepada raja yang memerintah. Raja yang memerintah mewakili negeri atau kawasan pemerintahan. Lambang negara Lambang negara merupakan simbol atau tanda yang menjadi identiti sesebuah negara. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan lambang penyatuan negara dan bangsa. Sistem pemerintahan beraja adat istiadat Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam merupakan warisan yang dikekalkan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka hingga hari ini. Kebesaran sultan dan Kesultanan Melayu Melaka juga dilambangkan dengan alat regalia, nobat, warna, bahasa, undang-undang, protokol dan adat istiadat istana. Undang-undang Salah satu asas pembentukan negara dan bangsa ialah keunggulan undangundang dalam pemerintahan. Penguatkuasaan undang-undang merupakan cara formal untuk mengawal masyarakat melalui peraturan yang telah diwartakan. Undang-undang dicipta untuk memelihara keamanan dan melindungi rakyat. Keunggulan undang-undang menentukan struktur kerajaan, kehakiman bahasa, agama dan kerakyatan diterima oleh masyarakat. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka terdapat dua sumber undang-undang bertulis yang dipengaruhi oleh hukum adat tempatan dan agama Islam, iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 fasal yang menyentuh bidang kuasa raja dan pembesar serta pantang larang di kalangan anggota masyarakat. Hukum Kanun Melaka ini turut menyatakan hukuman terhadap kesalahan jenayah awam, undang-undang keluarga dan sebagainya. Undang-undang Laut Melaka pula memperuntukkan perkara yang berkaitan dengan tatacara pelayaran di laut seperti tanggungjawab pengawal kapal, atur cara pelayaran, perniagaan, bidang kuasa nakhoda kapal dan hukuman bagi kesalahan jenayah. Rakyat Rakyat ialah seluruh penduduk bagi sesebuah wilayah dan mereka ini terikat kepada undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan dalam wilayah tersebut. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, rakyat bertanggungjawab untuk mentaati raja yang memerintah. Sebagai tanda ketaatan, rakyat bersedia mempertahankan negara, menghadiri adat istiadat kerajaan, mengadakan gotong-royong, kerahan tenaga dan sebagainya Kerajaan Kerajaan merupakan badan yang diberikan kuasa untuk menguruskan pentadbiran, menjaga keamanan, mempertahankan kedaulatan negara dan menjalin hubungan diplomdtik dengan negara lain. Pada masa dahulu kerajaan hanya wujud apabila adanya raja. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, Raja atau Sultan merupakan pemerintah tertinggi yang dibantu oleh Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Mereka menjadi tonggak institusi kerajaan yang memerintah dan diberi portfolio shahir@myjaring.net 4

mengikut bidang tugas masing-masing, iaitu di istana, di darat, di laut, di sekitar Melaka dan di jaiahan takluk Melaka. Sistem Pembesar Empat Lipatan menjamin kesentosaan sistem pemerintahan beraja dan kerajaan di Melaka. UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR Pengenalan UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR Diperkenalkan oleh Sultan Abu Bakar Merupakan perlembagaan bertulis yang teratur dan lengkap Dikuatkuasakan pada tahun 1895. mengandungi perkara tentang keturunan sultan sebagai pewaris takhta, pengiktirafan orang Melayu sebagai rakyat Johor dan agama Islam sebagai agama negeri. diasaskan mengikut perlembagaan Barat. Raja Raja hendaklah berbangsa Melayu, lelaki, beragama Islam dan merupakan waris pemerintah Johor. Raja berhak memilih Menteri Besar, manakala jawatan Naib Menteri Besar ditentukan oleh Jemaah Menteri dengan perkenan Raja. Majlis Mesyuarat Kerajaan dibahagikan kepada dua, iaitu Majlis Negeri yang mempunyai kuasa perundangan dan Jemaah Menteri yang mempunyai kuasa pelaksanaan. Menteri dan Jemaah Pangkuan Negeri dilarang menyerahkan negeri kepada kuasa atau kerajaan lain. Majlis Negeri dipengerusikan oleh Menteri Besar sebagai Yang Dipertua dan berfungsi membantu Raja dan Jemaah Menteri dalam mentadbir negeri dan rakyat seperti yang termaktub dalam Fasal 49 perlembagaan berkenaan. Jemaah Menteri pula terdiri daripada 8 hingga 12 orang pegawai kanan kerajaan yang menjadi ahli Majlis Negeri. Mereka ini berbangsa Melayu, beragama Islam dan merupakan rakyat Johor. Tugas dan tanggungjawab Setiap pegawai kerajaan yang dilantik menjadi Menteri mesti mengangkat sumpah dan memberikan taat setia kepada Raja serta kerajaan Johor. Persidangan Jemaah Menteri diadakan sebulan sekali dan pada bila-bila masa sahaja apabila dikehendaki oleh Raja atau diminta oleh Menteri Besar atau Naib Menteri Besar atau dengan permintaan tiga orang ahli Jemaah Menteri. Penutup Penggubalan perlembagaan bertulis ini didorong oleh keinginan pemerintah Johor untuk membentuk kerajaan bercorak demokrasi bagi menggantikan pemerintahan raja berkuasa mutlak. Pengisytiharan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor berjaya memantapkan sistem pentadbiran Johor bagi menghalang rancangan British menguasai negeri Johor. shahir@myjaring.net 5

TERENGGANU UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN TERANGGANU UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN TERANGGANU Diluluskan oleh Sultan Zainal Abidin III (1881-1918) yang memerintah Terengganu selepas kemangkatan ayahanda baginda, iaitu Sultan Ahmad Shah pada tahun 1911yang dikenali sebagai Ittiqan-ilmuluk bi-ta'dil il-suluk yang bermaksud keyakinan kepada pemerintah yang berdasarkan keadilan. Undang-undang ini berasaskan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895. Tuiuan baginda memperkenalkan perlembagaan bertulis tersebut adalah untuk menghalang British meluaskan kuasanya di Terengganu. Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu 1911 menghasilkan beberapa perubahan penting dalam pentadbiran dan pemerintahan negeri Terengganu. Undang-Undang ini masih mengekalkan amalan sistem monarki dengan memberikan kedudukan yang istimewa kepada agama Islam, iaitu sebagai agama negeri. Pemerintahan beraja di Terengganu bercorak raja berperlembagaan. Pemerintah Terengganu mesti beragama Islam, berbangsa Melayu, lelaki, dan merupakan waris Sultan yang memerintah Terengganu. Dalam melaksanakan pemerintahan, Sultan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah Menteri. Menteri yang menganggotai Mesyuarat Kerajaan mestilah beragama Islam, berbangsa Melayu, rakyat Terengganu, serta mengaku taat setia kepada Sultan dan kerajaan. Majlis Mesyuarat Kerajaan diketuai oleh Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan. Jemaah Menteri pula berhak memilih Naib Menteri Besar setelah diperkenankan oleh Sultan. Ahli Mesyuarat Kerajaan bertanggungjawab membantu Sultan dan Jemaah Menteri untuk mentadbir negeri, menggubal undang-undang dan peraturan negeri, menjaga kebajikan rakyat, menjaga keamanan negeri dan menjalinkan hubungan persahabatan dengan negeri lain. Waris Sultan atau Menteri dilarang mengkhianati pemerintah negeri dan ditegah daripada menyerahkan negeri kepada kuasa lain. Pemerintah Terengganu menyedari kepentingan perlembagaan bertulis yang teratur dan mantap untuk menjamin sistem pentadbiran yang berkesan. Selain itu, perlembagaan bertulis ini juga menggambarkan kebijaksanaan pemerintah Terengganu untuk meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran dan sebagai benteng atau tulang belakang untuk mengekalkan kedaulatan negeri Terengganu. NEGERI SEMBILAN PRINSIP DEMOKRASI DAN KONSEP PERSEKUTUAN ADAT PERPATIH Latar belakang Negeri Sembilan terdiri daripada sembilan buah negeri, iaitu Sungai Ujong, Rembau, Johol, Jelebu, Jempol, Seri Menanti, Inas, Terachi dan Gunung Pasir. telah pun mempunyai rajanya sendiri pada abad ke 18,, iaitu Raja Melewar (gelaran Yamtuan Besar) dan bersemayam di Seri Menanti. merupakan negeri Melayu pertama yang bentuknya mirip persekutuan sebelum terbentuknya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu melalui Perjanjian Persekutuan 1896 oleh British. mengamalkan sistem pemerintahan berdasarkan Adat Perpatih, iaitu kedaulatan berada di tangan rakyat. Cara memilih pemimpin pelantikan pemimpin dibuat daripada peringkat paling bawah, iaitu Anak Buah, diikuti oleh Buapak, Lembaga dan Undang yang kemudiannya melantik Yang shahir@myjaring.net 6

Dipertuan Besar. Yang Dipertuan Besar merupakan pemerintah tertinggi tetapi baginda tidak berhak melantik pembesar. Hal ini disebabkan pelantikan tersebut dibuat oleh Undang, Lembaga, Buapak dan Anak Buah Setiap keputusan Yang Dipertuan Besar adalah berdasarkan perundingan baginda dengan Undang. Negeri Sembilan dibahagikan kepada beberapa daerah atau jajahan yang disebut luak. Empat luak yang utama ialah Rembau, Sungai Ujong, Jelebu dan Johol. Ketua setiap luak ialah Undang dan mereka ini dipilih oleh Lembaga. Undang dipertanggungjawabkan untuk melantik Yang Dipertuan Besar. Di bawah Undang ialah Lembaga dan Lembaga ini dilantik oleh Buapak. Lembaga merupakan ketua suku anggota masyarakat. Setiap Lembaga bertanggungjawab terhadap suku masing-masing. Lembaga berkuasa memilih individu yang layak menjadi Undang. Buapak merupakan Ketua Perut. Buapak menjadi tempat rujukan bagi setiap masalah khususnya, yang berkaitan dengan adat. setiap anggota Perut dikenali sebagai Anak Buah. Kesimpulan Adat Perpatih Sistem ini tidak mengamalkan kuasa mutlak tetapi mengagihkan kuasa tersebut kepada individu mengikut peringkat. sistem pemilihan pemimpin di Negeri Sembilan mempunyai unsur demokrasi. Sistem pemerintahannya telah melahirkan peraturan hidup seperti kepentingan bersama, semangat bergotong-royong, permuafakatan dan sikap saling menghormati antara satu sama lain. Sistem ini lebih mementingkan permuafakatan dan semangat kerjasama antara suku semasa memilih pemimpin. RUMUSAN RUMUSAN Konsep negara bangsa Istilah negara bangsa dan negara dan bangsa digunakan dalam konteks yang berbeza. Konsep negara bangsa merujuk kepada negara bangsa moden di Eropah. Konsep ummah merujuk kepada kerajaan Islam di Madinah. Konsep negara dan bangsa di Malaysia pula merujuk pada pembinaan negara dan bangsa Malaysia. Kepelbagaian tafsiran ini disebabkan oleh perkembangan Sejarah yang berbeza yang berlaku di Eropah, Asia Barat dan Malaysia. Pembentukan negara bangsa Pembentukan negara bangsa Itali dan Jerman di Eropah adalah berasaskan kepentingan persamaan rumpun bangsa dan bahasa. Pembentukan kerajaan Islam di Madinah pula berdasarkan penyatuan ummah Islam. Pembentukan negara dan bangsa di Malaysia bergantung pada kesediaan setiap warga negara yang terdiri daripada pelbagai kaum mengamalkan sikap tolak ansur dan kesederhanaan. Setiap kaum mesti sanggup berkongsi secara bijak dalam bidang politik, ekonomi dan sosial bagi memperkukuh pembinaan negara dan bangsa Malaysia. shahir@myjaring.net 7