Pengajaran kesusasteraan di sekolah2 menengah Muhammad Ariff bin Ahmad. Copyright 1966 Muhammad Ariff bin Ahmad

dokumen-dokumen yang mirip
PENERAPAN SASTERA DALAM PENGAJARAN BAHASA DI SEKOLAH RENDAH

SEKOLAH BERASRAMA PENUH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH / KLUSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2015 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

Kegiatan Cadangan bagi Pengajaran dan Pembelajaran (Sekolah Menengah)

SESI PERKONGSIAN FORMAT KERTAS PEPERIKSAAN PSLE, April 2017, Sabtu

Kegiatan Cadangan bagi Pengajaran dan Pembelajaran (Prauniversiti)

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

KESUSASTERAAN MELAYU

KERTAS PERCUBAAN BAHASA MELAYU SPM

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

Taklimat Peperikasaan PSLE Jabatan Bahasa Melayu BHPS

Objektif taklimat ini :

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

Bahasa Malaysia (910)

MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 PERATURAN PEMARKAHAN

1. Apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid-murid sekolah?

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

SESI TAKLIMAT FORMAT PEPERIKSAAN PSLE, Februari 2017, Sabtu

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

TUNDUK PADI BERISI. Oleh. Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK

PEPERIKSAAN PENTENGAHAN TAHUN [PKBS2] 1103/1. 2 ¼ jam Dua jam limabelasminit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Nur Hafiza Osman (Fiza O)

1249/2 SEJARAH Kertas 2 September 2½ jam


PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

ASPEK SENI BAHASA DALAM KURIKULUM STANDARD BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH TAHUN SATU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab yang terakhir ini akan menyatakan cadangan dan saranan yang boleh

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

PEPERIKSAAN PRASPM 2013

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

KAEDAH ISSAM SATU INOVASI DALAM PENGAJARAN KARANGAN AMIR BIN JUHARI IPG KAMPUS RAJANG

KAJI SELIDIK INDEKS GAYA PEMBELAJARAN

KURSUS ORIENTASI UNTUK JURULATIH UTAMA BAHASA MALAYSIA TAHUN SATU

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

BAHAGIAN B. Oh, Nenek pasti kamu akan (26)! Kehidupan di kampung tidak semudah tinggal di flat.

01 Yang manakah penyataan yang benar tentang perancangan korpus bahasa Melayu?

Membudayakan Kemahiran Berfikir KEMENTERIAN 1 PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

Manual Pelajar (Untuk Calon Sekolah Kerajaan dan Calon Sekolah Bantuan Kerajaan)

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

PROGRAM DWIBAHASA DUAL LANGUAGE PROGRAMME

SULIT 02/2 Bahasa Melayu Ogos Jam BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 BAHASA MELAYU. 2jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

Abstrak. Penerapan Pantun dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Fauziah Muhamad Fadzillah Sekolah Rendah Fengshan

BAB 4 DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS

BACALAH CICI..! Oleh. Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, Serian, Sarawak. Abstrak

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak

BAB 5 KESIMPULAN. kesimpulan akan dibuat terhadap kajian kitab Tafsir Quran Marbawi beserta ketokohan

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

Pada akhir pelajaran, murid dapat: Tatabahasa: Kosa kata umum mandur, perdu, betah,sabak Istilah -fasik, maniac, knob

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

BAHASA MELAYU KURIKULUM BAHASA MELAYU & FORMAT PEPERIKSAAN,

BAHASA MELAYU 910/1. BAHASA MELAYU MODEN PASCAMERDEKA (Akta-Akta Pelaksanaan Bahasa Melayu) Disediakan oleh, Yillson Yanggun

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

KAEDAH KUMPULAN KECIL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

Drama Cempaka Berdarah (A.Rahim Abdullah)

SKIM PINJAMAN PELAJARAN TINGGI FELDA

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

SEKOLAH KEBANGSAAN ST. PAUL, TANJONG TUALANG, PERAK MINIT MESYUARAT POST-MORTEM PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Taklimat Bahasa Melayu Darjah

Bahagian A ( I ) : Ringkasan ( Masa yang Dicadangkan 40 minit ) ( 20 Markah )

Pelajar Aktif, Pengguna Cekap Bahasa Kita, Gunakanlah

Cikgu Fitri Cikgu Marhaini - Sekolah Rendah Henry Park -

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

Taklimat Bahasa Melayu Darjah

Pada pendapat anda, bagaimana anda dapat membantu murid anda mencapai. pertumbuhan dan perkembangan yang optimum? Asaskan perbincangan anda pada

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 20XX

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

MAKLUMAT UMUM IKLAN DAN PERMOHONAN JENIS PROGRAM PROGRAM PENGAJIAN

INAMA PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 PMR. Kertas 2. Dua Jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

TAKLIMAT. 3 Mac 2018

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH CANBERRA

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

1 SULIT PP 1103/1 PROGRAM GEMPUR KECEMERLANGAN SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 GARIS PANDUAN PEMERIKSA

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

OPERA ESTATE PRIMARY SCHOOL PENILAIAN PRELIM BAHASA MELAYU LANJUTAN PRIMARI 6 MARKAH:

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2014

SULIT 1103/1 PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA MELAYU SPM KERTAS 1. Tujuan Pengujian : Untuk menguji kebolehan calon dalam;

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

Bahasa Arab (913) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

Bahasa Malaysia (910)

Transkripsi:

Title Author Pengajaran kesusasteraan di sekolah2 menengah Muhammad Ariff bin Ahmad Copyright 1966 Muhammad Ariff bin Ahmad

Kongres Bahasa Kebangsaan Singapura (15hb. OGOS 1966, hingga 19hb. OGOS 1966.) DI DEWAN PERSIDANGAN SINGAPURA. Penaung Presiden Repablik Singapura Enche Yusof bin Ishak. Penyelenggara Lembaga Tetap Kongres Singapura. kertaskerja nombor 12. SEKSI C 1 PENGAJARAN KESUSASTERAAN DI SEKOLAH2 MENENGAH oleh: Enche Muhammad Ariff Ahmad.

kertaskerja No. 12 Seksi C 1. Muhammad Ariff Ahmad (Mas): PENGAJARAN KESUSASTERAAN DI SEKOLAH2 MENENGAH Sebelum kita terus membinchangkan mas alah Pengajaran Kesusasteraan di sekolah2 Menengah ini, biarlah lebih dulu saya kemukakan satu pertanyaan yaitu: mengapa kita mempelajari Kesusasteraan di sekolah2 Mengah? Saya perchaya sebuah pertanyaan itu akan melahirkan banyak juga jawapan yang berbeda-beda. Seorang pelajar akan menjawab dengan tegas bahwa ia mempelajari Kesusasteraan itu kerana ia mau lulus dalam pepereksaan sijil pelajarannya, dimana pelajaran Kesusasteraan itu menjadi salah satu matapelajaran pilihan yang pada anggapan setengah2 pelajar sebagai matapelajaran yang mudah dilulusinya. Pikiran serupa itu kadang2 disokong pula oleh gurunya yang bertungkus-lumus mengajarkan kesusasteraan itu dengan berharap supaya pelajar2nya, se-kurang2nya, akan mendapat tarap biasa kalau tidak kepujian dalam matapelajaran Kesusasteraan itu. Dengan demikian sang pelajar itu akan lebih mudah mendapatkan tiga kredit dan memiliki minima kelayakan untuk masuk bekerja menjadi seorang guru-dalam-latehan pula. Memandang bahwa sekolah2 Menengah Melayu kita baru ditubuhkan tidak lebih awal daripada tahun 1960 itupun dimulakan dengan me-numpang2 di bangunan sekolah2 menengah bukan-melayu, hingga tahun 1962 jawapan2 yang diberikan tadi itu tak dapat kita salahkan. Kita hanya kurang puas dengan tujuan2 yang bagitu sempit itu, kerana kita yakin bahwa tujuan yang sempit itu tak dapat menolong kita mengadapi kehidupan yang amat luas! Kalau kita mau jenerasi muda kita sanggup mengadapi kehidupannya yang luas dan sentiasa berazam dan berjaya dalam hidupnya itu, pada himat saya, tujuan mempelajari Kesusasteraan itu patutlah diperbesar sesuai dengan chita2 hidup yang besar. Sukatan Pelajaran Bahasa Kebangsaan (Melayu) di Sekolah2 Rendah dan Menengah yang diterbitkan oleh Kementerian Pelajaran Singapura mengarahkan supaya Kesusasteraan diajarkan di Sekolah2 Menengah menurut sukatan pelajaran: a) MENENGAH PERTAMA (ms 48): Adalah dichadangkan sebuah buku cherita digunakan tiap2 satu penggal persekolahan dan satu daripadanya maulah buku kesusasteraan lama (se-elok2nya sebuah antara buku2 itu hendaklah buku Jawi). Murid2 hendaklah dilatih menjawab soalan2 berkenaan dengan cherita dan bahasa buku itu.

b) MENENGAH KEDUA (ms 51): Adalah dichadangkan se-kurang2nya sebuah buku cherita digunakan tiap2 satu penggal persekolahan, satu daripadanya maulah kesusasteraan lama dan hendaklah sebuah daripada buku2 itu buku Jawi. Murid2 hendaklah dilatih:- (i) membinchangkan bagian2 cherita yang dipikirkan mustahak. (ii) menjawab soalan2 berkenaan dengan cherita2 dan bahasa (yang dimaksudkan dengan bahasa disini yalah makna2 perkataan baru; peribahasa; simpulan bahasa dan kiasan) daripada buku2 yang dipelajarinya dengan ingatan saja. c) MENENGAH KETIGA (ms 55): Adalah dichadangkan se-kurang2nya sebuah buku cherita digunakan tiap2 satu penggal persekolahan. Satu daripadanya maulah buku kesusasteraan lama dan sebuah daripada buku2 itu hendaklah buku Jawi. Murid2 hendaklah dilatih:- (i) membinchangkan bagian2 cherita yang dipikirkan mustaha. (ii) menjawab soalan2 berkenaan dengan cherita2 dan bahasa (yang dimaksudkan dengan bahasa disini yalah makna2 daripada perkataan baru; peribahasa; simpulanbahasa dan kiasan) daripada buku2 yang dipelajarinya dengan ingatan saja. (iii) memerhatikan perbedaan antara persuratan yang buruk dengan kesusasteraan yang bermutu; sebagai latihan mengupas buku2 kesusasteraan. d) MENENGAH KEEMPAT (ms 61): Isi pelajarannya, bagian2 pelajarannya serupa dengan arahan2 kepada Menengah Ketiga tetapi buku2 teksnya ditetapkan oleh pihak pepereksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Cambridge. Memandang bahwa Sukatan Pelajaran dan arahan2 yang begitu umum, begitu terbuka dan begitu luas tapsirannya dilaksanakan dengana tujuan2 pelajar/pengajar yang begitu sempit dan begitu khusus (se-mata2 untuk lulus dalam pepereksaan saja) maka saya tidak nampak hasil pengajaran itu dapat melengkapkan pelajar2 kita untuk mengadapi hidupnya di masa depannya yang kabur itu. Kalau kita sungguh2 mau Pengajaran Kesusasteraan di Sekolah2 Menengah itu benar2 akan melengkapi pelajar2 kita mengadapi masalah hidupnya dengan tabah dan penuh yakin kepada dirinya, pada himat saya, tujuan2 mengajar/mempelajari kesusasteraan itu mestilah diperbesar sekurang2nya:

a) untuk memberikan pengetauan umum kepada pelajar2 itu melalui bachaannya sambil mendapatkan chontoh2 yang baik bagi memperbaiki persuratannya. b) untuk memberikan bantuan kepada pelajar2 tentang pengetauan bahasa. c) untuk menanamkan semangat suka membacha dan belajar memikirkan perkara2 yang dipikirkan oleh orang lain melalui pembachaannya. d) untuk menggalakkan pelajar2 supaya mendapatkan sendiri pengetauan melalui pembachaannya. e) untuk membolehkan pelajar2 menilai dan menikmati sesuatu karya kesusasteraan; termasuklah perosa, puisi dan karya derama. f) untuk menanamkan semangat supaya pelajar2 belajar menchintai manusia dan damai. g) untuk meresapkan perasaan suka mengetahui kehidupan dan keadaan masharakat serta pandangan hidup yang mempengaruhinya. h) untuk mendapatkan chontoh2 dan chermin hidup bagi pelajar2 kesusasteraan itu dari pengalaman tokoh2 dalam cherita yang dibachanya itu. i) untuk melatih pelajar2 membahaskan arus pikiran, anasis2 yang mempengaruhi kehidupan manusia dan tujuan seseorang pengarang itu menulis, berdasarkan bachaannya. j) untuk meresapkan keindahan berbahasa kedalam jiwa pelajar2 yang kemudiannya membolehkan pelajar2 itu menulis dengan gayabahasa dan rasabahasa yang baik pula. Untuk melaksanakan usaha kearah penchapaian tujuan2 seperti yang saya gambarkan diatas itu, maka arahan2 yang umum seperti yang diberikan dalam Sukatan Pelajaran pada ms 48, ms 51, ms 55 dan ms 61 itu tidaklah sesuai lagi. Panduan2 guru yang mendekatkan usaha dengan penchapaian tujuan pengajaran patutlah diberi. Penentuan2 terhadap buku2 teks haruslah dibuat dengan lebih chermat. Menetapkan tiga buah buku mesti dibacha dalam setahun satu buku lama, satu buku baru dan satu buku Jawi begitu saja adalah mengelirukan dan merupakan satu arahan yang longgar. Menyodorkan sesuatu yang tidak digemari atau yang mudah membosankan kepada pelajar2 adalah membunuh keinginan pelajar2 itu hendak meneruskan pelajarannya. Yang demikian perkara hendak menetapkan buku2 teks sastera ini perlulah dipikirkan benar2, kalau kita maukan tujuan2 Pengajaran Kesusasteraan itu dapat dichapai dengan sempurna. Bagi pelajar Menengah Pertama rata2 umur mereka antara 13 dengan 15 tahun misalnya janganlah disuruh membacha dan membinchangkan karya Kesusasteraan Lama atau Kesusasteraan Kelasik yang berat itu. Banyak kepayahan2 yang mereka hadapi untuk memahami karya itu. Dan, dengan demikian pelajar2 muda itu akan kehilangan keseronokan

membacha lalu perlahan demi perlahan datanglah Sang Bosan menyerang perasaan pelajar2 itu. Apabila bosan itu yang bertakhta adalah perasaan pelajar, maka alamatlah:- Tebu, pisang, ubi, keladi; JEMU DATANG RUGILAH JADI! Untuk menjauhi perasaan jemu atau bosan itu, pada himat saya, buku2 bachaan yang hendak dijadikan asas perbinchangan dalam pengajaran Kesusasteraan itu, se-dapat2nya, hendaklah buku2 yang paling hampir dengan alam dan suasana kanak2 itu supaya bahan2 itu sesuai dengan keadaan umur dan peringkat pemikiran kanak2 itu. Dan, semakin meningkat umur kanak2 itu semakin besarlah pula bidang alam yang dibinchangkan hinggalah akhirnya, akan tiba juga masanya, karya Kesusasteraan Lama (kelasik) itu dia pelajarinya. Pendeknya, pengajaran hendaklah dimulai dengan memperkenalkan Kesusasteraan Moden yang hidup dalam zaman pelajar itu sendiri. Zaman sekarang misalnya, zaman cherita pendek atau cherpen, mengapa tidak lebih dulu pelajar2 itu diperkenalkan dengan karya cherpen itu sebagai permulaan mereka belajar Kesusasteraan? Bahan2nya banyak, mas alah2nya hidup dan kadang2 peristiwa2nya berlaku didepan mata pelajar itu sendiri! Tidakkah ini menguntungkan ke-dua2 pihak pengajar dan pelajar. Perbinchangan dapat dibuat dengan sepontan; keseronokan murid2 dapat ditarek; kegemaran membacha dapat dipupuk dan tujuan hendak mengetahui kehidupan dan keadaan masharakat, hendak mendapatkan chontoh2 dan chermin hidup, hendak memikirkan apa yang sedang dipikirkan oleh orang lain melalui pembachaannya itu sakali gus dapat dichapai. Pada peringkat awal pengajaran Kesusasteraan ini, pelajar2 hendaklah dipimpin supaya memahami sesuatu cherita pada keseluruhannya; bukan mengartikan perkataan2 kata demi kata; untuk mengelakkan kemungkinan timbulnya perasaan bosan kanak2 atau pelajar2 hendak membacha karya Kesusasteraan itu hingga selesai. Supaya pengajaran itu hidup dan menarek hati, perbinchangan mengenai keadaan yang berlaku, masa dan tempat peristiwa itu berlaku didalam cherita hendaklah dihubungkan dengan peristiwa benar2 berlaku pada masa yang hampir2 sama dan tempat yang sama dengan yang dibachanya itu; misalnya tentang keadaan orang2 dan latarbelakang daerah2 yang dicheritakan itu. Tema dan plot cherita yang dibacha itupun molek juga dibinchangkan. Pelajar2 Menengah Pertama dan Menengah Kedua pelajar2 yang baru dua tahuan berkenalan dengan Kesusasteraan janganlah digesa untuk mempelajari karya Kesusasteraan Klasik. Biarlah mereka mempelajari Kesusasteraan Moden saja dulu, tetapi hendaklah meliputi Kesusasteraan yang terbentuk perosa, bentuk puisi dan bentuk derama. Biarlah mereka mendapat peluang sepenuhnya untuk menjelajahi alamnya sendiri se-puas2-

nya sebelum mereka diseret masuk ke alam bapanya, datuknya, moyangnya dan alam orang2 lain yang hidup di sekeliling alamnya. Bila pelajar2 itu meningkat ke Menengah Tiga dan Menengah Empat barulah dengan ber-ansur2 kita perkenalkan mereka dengan Kesusasteraan Lama dimulai dengan yang asli, yang saduran kemudian yang terjemahan. Kemudian barulah pula kita ajak mereka membandingkan hasil karya zaman demi zaman. Dalam kajian bandingan ini kita akan dapat menunjukkan kepada mereka tentang kemajuan pikiran manusia dalam golongan atau diluar golongan kita. Dengan demikian pelajar2 dapat digalakkan supaya mereka menetapkan chita2 masadepannya pula; mereka pasti ingin hidup lebih maju dalam segala hal mereka mau lebih maju daripada orang2 di zaman datuknya dan orang2 di zaman bapanya, malah mereka mau lebih maju daripada orang2 yang sezaman dengan mereka sendiri! Kalau ini sudah berlaku maka barulah terchapai tujuan pengajaran Kesusasteraan itu! Untuk menggantikan arahan2 yang tak sesuai lagi itu, baiklah saya rakemenkan satu bentuk Sukatan Pelajaran dan arahan2 yang saya kira lebih sesuai untuk menchapai tujuan2 pengajaran Kesusasteraan itu. UNTUK MENENGAH PERTAMA BAHAGIAN A: PEROSA. a) Bahan Perbinchangan: Sebuah antoloji cherpen atau sebuah nofela (nobel kechil) yang membentangkan pelbagai pengalaman dan keadaan hidup manusia hendaklah dijadikan bahan perbinchangan pada peringkat ini. Antoloji cherpen bolehlah dipilih sama-ada karya seorang penulis atau karya beberapa orang penulis; yang penting yalah kepelbagaian pengalaman dan keadaan hidup dikemukakan dalam pelbagai setail penulisan. b) Perbinchangannya: 1) tentang keseluruhan isi cheritanya, 2) tentang tema cheritanya. 3) tentang plot (pengolahan) cheritanya: misalnya tentang hubungan sebab dengan peristiwa cherita, 4) tentang punchak keseronokan membacha cherita itu.

c) Bantuan Pengetauan Bahasa: 1) memahami ungkapan2 baru yang terdapat dalam cherita yang dibachanya itu dan membiasakan menggunakannya dalam kehidupan se-hari2, 2) memahami dan menggunakan dalam pelajaran mengarang rangkaikata2 dan setail menulis ayat. BAHAGIAN B: PUISI. a) Bahan perbinchangan: Sama-ada sebuah antoloji puisi atau nukilan2 puisi. Pada peringkat ini Puisi Riwayat adalah bahan yang terbaik untuk dibinchangkan. b) Perbinchangannya: 1) hendaklah dititikberatkan pada isi puisi itu, 2) pengetauan awal tentang rentak dan irama, 3) perbedaan penulisan bentuk perosa dengan bentuk puisi. c) Bantuan Pengetauan Bahasa: 1) memahami maksud perkataan2 dan rangkaikata2 yang terpakai dalam puisi itu, 2) memindahkan penulisan bentuk puisi itu ke bentuk perosa. BAHAGIAN C: DERAMA. a) Bahan Pelajaran: Olehkarena pelajaran ini dimaksudkan bukanlah se-mata2 memahami cherita melalui penerangan2, tetapi juga untuk memahami sesuatu melalui lakunan, maka buku2 derama sebabak yang tertulis dalam bentuk dwitutur (dialogue) adalah bahan yang paling sesuai. b) Pelajaran: 1) memahami keadaan, watak dan peristiwa melalui lakunan dengan menggunakan panchaindera sedapat mungkin, 2) melatih supaya pelajar2 fasih berchakap dengan bahasa yang betul dan hidup, 3) melatih pelajar2 menguasai watak, imosi dan gaya supaya mereka boleh berlakun seperti watak yang diwakilinya, 4) melatih pelajar2 berlakun dengan menggunakan suara yang padan dengan watak yang diwakilinya,

5) pelajaran lakunan ini haruslah selesai dalam satu waktu pelajaran (antara 40 dengan 50 minit). c) Perbinchangan dan Ulasan: Untuk mengkemaskan pengajaran lakunan itu, eloklah diadakan perbinchangan, setelah selesai latihan lakunan itu, se-kurang2nya mengenai:- 1) perkara2 yang telah berlaku dalam adegan2 lakunan itu, 2) bagaimana plot cherita digerakkan oleh pelakun2; 3) bagaimana watak2 dilahirkan oleh pelakun2 memalui perkataannya, melalui lakunannya atau melalui pandangan orang lain sama-ada yang sama2 berlakun atau orang yang menonton, 4) perkara2 utama yang mustahak yang menarik hati dalam lakunan tadi 5) penyesuaian naskah derana itu dengan arahan dan lakunan. UNTUK MENENGAH KEDUA BAHAGIAN A: PEROSA. a) Bahan Perbinchangan: Pada peringkat ini, sebuah nobel (roman) Melayu Moden hendaklah dipilih dan dijadikan bahan perbinchangan. b) Perbinchangannya: 1) tentang isi cherita seluruhnya, 2) tentang tema umum cherita itu, 3) tentang hubungan sebab-musabab dengan peristiwa2nya, 4) tentang perwatakan tokoh2 pentingnya, 5) tentang pengolahan dan konfliknya, 6) tentang kemunchak keseronokan cheritanya yang meninggalkan kesan pada jiwa pembachanya, 7) penilaian umum tentang gayabahasa, rasabahasa serta tentang penyampaian dan penchapaian motip penulisnya. c) Bantuan Pengetauan Bahasa: 1) memahami dan membiasakan diri menggunakan peribahasa2 yang terdapat dalam nobel itu, 2) mendapatkan panduan tentang gaya karangan yang baik.

BAHAGIAN B: PUISI. a) Bahan Perbinchangan: Sajak2 yang sesuai dengan umur dan alam pikiran pelajar2 Menengah Kedua hendaklah dipilih untuk dijadikan bahan2 perbinchangan. Pada peringkat ini, pilihan2 hendaklah diutamakan pada SAJAK2 NYATA (terus) dan SAJAK2 SIMBOLIK (berlambang) YANG MUDAH2 saja. b) Perbinchangannya: 1) leretan perbinchangan yang telah dibuat dalam pelajaran di Menengah Pertama, 2) tentang isi dan maksud (motip) sajak2 itu, 3) tentang rentak, derap dan irama sajak2, 4) tentang perbedaan bentuk SAJAK dengan PUISI LAMA:- 4a) bentuk yang terikat dan terpengaruh oleh puisi2 asing; 4b) bentuk yang bebas, 5) tentang pemakaian simbol2 yang umum dalam sajak2. c) Bantuan Pengetauan Bahasa: 1) memahami maksud perkataan2 dan rangkaikata2 yang terpakai dalam sajak2 itu, 2) memahami maksud simbol2 dalam sajak2 itu, 3) memperosakan sesebuah sajak biarlah terhad setakat sajak2 nyata saja dulu. BAHAGIAN C: DERAMA. a) Bahan Pelajaran: Sebuah Derama Moden (cheterawara) sebabak atau dua babak yang singkat patutlah dipilih menjadi bahan pelajaran pada peringkat ini. b) Pelajaran: 1) semua latihan2 lakunan yang dipelajari di Menengah Pertama hendaklah diteruskan lagi dalam peringkat ini, 2) latihan menulis dan menyediakan naskah2 derama sebabak, yang mudah2, patutlah dimulakan mulai sekarang. c) Perbinchangan dan Ulasan: 1) perbinchangan dan ulasan yang agak meluas tentang perkara2 yang dibinchang dan diulas di Menengah Pertama hendaklah dilanjutkan,

2) keritik umum tentang keseluruhan lakunan patutlah juga dibuat pada peringkat ini. UNTUK MENENGAH KETIGA BAHAGIAN A: PEROSA. a) Bahan Perbinchangan: Pada peringkat ini, kajian tentang karya Kesusasteraan Lama bolehlah dimulakan. Sebuah HIKAYAT atau sebuah PENGLIPUR LARA bolehlah dipilih untuk dijadikan bahan perbinchangan. b) Perbinchangannya: 1) tentang fungsi Kesusasteraan Lama, 2) tentang latarbelakang kelahiran Kesusasteraan Lama, 3) tentang sipatnya sebagai pancharan masharakat lama, 4) tentang perbedaan antara HIKAYAT/PENGLIPUR LARA dengan CHERPEN/NOBEL, mengenai:- 4a) perwatakan dalam kedua golongan penulisan itu, 4b) pengolahan kedua golongan penulisan itu, 5) tentang penilaian Kesusasteraan berkenaan dengan gayabahasa dan penyampaiannya. c) Bantuan Pengetauan Bahasa: 1) memahami makna perkataan2 kelasik yang terpakai dalam hikayat/penglipur lara itu, 2) mengetaui setail karangan lama (kelasik), 3) mengetaui makna dan maksud sisomba (bahasa berirama) yang terdapat dalam hikayat/penglipur lara itu, 4) dapat mengarang semula dari karangan atau potongan karangan lama dalam bentuk dan setail perosa moden. BAHAGIAN B: PUISI. a) Bahan Perbinchangan: Sebuah antoloji Sajak2 Moden, karya pelbagai penulis, hendaklah dijadikan bahan perbinchangan.

b) Perbinchangannya: 1) leretan perbinchangan yang telah dibuat dalam pelajaran di Menengah Pertama dan di Menengah Kedua, 2) membinchangkan sipat2 sajak tentang:- 2a) tema sajak = falsafah; perjuangan; chinta atau yang sebagainya, 2b) aliran pikiran sajak = romantis; idealistis; psychologis alau yang sebagainya, 3) menilai dan menikmati sajak2 Melayu Moden. c) Bantuan Pengetauan Bahasa: 1) seperti yang dinyatakan di Menengah Pertama dan Menengah Kedua, malah lebih jauh dan mendalam, 2) dapat memperosakan sajak2 pelbagai bentuk, 3) dapat menggubah sajak (se-kurang2nya Sajak Nyata) yang mudah2. BAHAGIAN C: DERAMA. a) Bahan Pelajaran: Sebuah Derama Kelasik (purbawara) yang sebabak atau dua babak, bolehlah dipilih jadi bahan pelajaran pada peringkat ini. b) Pelajaran: 1) latihan lanjutan pelajaran2 di Menengah Pertama dan di Menengah Kedua; latihan2 hendaklah diperbanyak dan diperluas, 2) latihan menghidupkan watak2 menerusi lakunan; penyerapan watak kelasik kedalam tubuh moden patutlah dapat diperlakukan se-baik2nya, 3) penuturan2 kelasik harus dapat diuchapkan dengan pasih, 4) pimpinan kearah penulisan naskah derama patut dimulakan pada peringkat ini se-kurang2nya menulis naskah derama sebabak, 5) perhatian terhadap lain2 perkara yang menghidupkan lakunan atau satu persembahan derama patutlah diberi. c) Perbinchangan dan Ulasan: Perbinchangan dan ulasan2 yang telah dibuat dalam Menengah Pertama dan Menengah Kedua hendaklah diteruskan dengan keadaan yang lebih serious (sunggoh2). Bidang ulasan dan perbinchangannya pun patutlah lebih luas dan lebih terbuka.

UNTUK MENENGAH KEEMPAT BAHAGIAN A dan B: PEROSA dan PUISI a) Bahan2 Perbinchangan: Biasanya Bahan2 atau Buku2 Teks untuk peringkat ini adalah ditetapkan oleh pihak Pepereksaan Sijil Persekolahan dan Sijil Pelajaran Malaysia. Kebiasaan ini bolehlah dilanjutkan, dengan sharat selain daripada tujuan lulus dalam pepereksaan itu; tujuan2 untuk memberikan pelajar2 itu bekalan hidup mengadapi haridepannya mestilah dipelihara. b) Perbinchangannya: Semua perkara2 yang dibinchangkan semenjak dari Menengah Pertama hinggalah ke Menengah Ketiga patutlah dikaji semula dengan chermat dan teliti. Mas alah2 perbinchangannya merupakan ulangan, tetapi karena bahan2 perbinchangannya itu bahan2 baru, tentulah pengetauan pelajar2 itu kini bertambah juga. BAHAGIAN C: DERAMA. Teks khusus tentang derama tidak ada termasuk dalam bahan2 untuk pepereksaan Sijil Persekolahan atau Sijil Pelajaran Malaysia, tetapi memandang bahwa tujuan2 mempelajari Kesusasteraan sudah bertambah besar, maka demi kepentingan pelajar2 kita mengadapi haridepannya, kajian derama ini patut diteruskan juga. Karena, walau dalam zaman apa pun jugadan dalam mana2 pepereksaan pun, tidaklah semua chalon2 pepereksaan itu akan lulus tetapi pastilah semua chalon2 itu akan hidup sama ada mereka lulus atau gagal dalam pepereksaan. Jadi, tidaklah adil kalau tujuan pengajaran ini hanya untuk yang lulus saja! Yang gagal pun patutlah menerima modal yang chukup daripada sekolahnya untuk mereka hidup selepas meninggalkan sekolahnya! Akhirnya, jika anjuran2 dan saranan2 saya ini dapat dilaksanakan oleh para pengajar dan pelajar Kesusasteraan, mereka bukan saja akan beroleh kejayaan yang chemerlang dalam pepereksaannya, tetapi saya yakin mereka akan dapat melihat masadepannya yang gilang-gemilang dengan mata dan hati yang terbuka. Mereka akan mendapat gambaran yang jelas dari kechekapan menangkap pikiran yang dituliskan orang dalam buku2 yang berbentuk perosa, puisi dan bentuk derama itu, tentang kehidupan dan mereka akan sanggup mengadapi chabaran2 hidup dengan tabah dan waspada serta perchaya penuh kepada dirinya sendiri berdasarkan pengalaman dan pembachaannya. Pendapat ini dapat dibuktikan

dengan melihat kenyataan hidup bahwa terdapatlah ramainya orang yang gagal dalam pepereksaannya tapi dapat mengendalikan hidupnya dengan baik; juga tidak kurang bilangan orang2 yang lulus dalam pepereksaan tapi hidupnya jadi rubber-stamp saja! Wallahu a lam bissawab!