UPSI/BEN/B/597 10 SEPTEMBER 2009 20 RAMADHAN 1430 Semua Ketua Pusat Tanggungjawab Universiti Pendidikan Sultan Idris Tuan/Puan PEKELILING BENDAHARI BIL. 7/2009 GARIS PANDUAN KEMUDAHAN ARAHAN KERJA (WORK ORDER) DAN PERMOHONAN TUNTUTAN BAYARAN ELAUN LEBIH MASA (OVERTIME) MELALUI MyUPSI PORTAL 1. TUJUAN Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan kepada semua Ketua Pusat Tanggungjawab (PTj) mengenai pengurusan kemudahan Arahan Kerja (Work Order) dan Permohonan Tuntutan Bayaran Elaun Lebih Masa (Overtime) melalui MyUPSI Portal di http://myupsi.upsi.edu.my. 2. LATAR BELAKANG 2.1 Selaras dengan Perintah Am Bab G, semua staf sokongan Universiti adalah layak untuk menuntut bayaran kerja lebih masa. Corak kerja lebih masa adalah meliputi semua jenis tugas, tertakluk kepada syarat-syarat berikut: i) kerja-kerja kecemasan ii) kerja mustahak dan tidak boleh ditangguhkan kepada hari berikutnya oleh sebab penangguhan itu boleh memudaratkan perkhidmatan 1/3
iii) iv) kerja-kerja yang dikehendaki dibuat oleh anggota melebihi daripada bidang tugas biasanya kerja-kerja yang perlu diuruskan dalam jangkamasa yang terhad 2.2 Pada masa kini pengurusan pembayaran elaun kerja lebih masa dibuat secara manual oleh staf sokongan universiti. Pembayaran akan dibuat apabila Jabatan Bendahari menerima tuntutan tersebut sebelum atau pada 10 haribulan setiap bulan berikutnya. 3. PELAKSANAAN ARAHAN KERJA DAN PERMOHONAN TUNTUTAN BAYARAN LEBIH MASA MELALUI MyUPSI PORTAL Pelaksanaan arahan kerja dan permohonan tuntutan bayaran lebih masa melalui MyUPSI Portal di http://myupsi.upsi.edu.my adalah diharapkan dapat memenuhi objektif berikut:- 3.1 Mempercepatkan proses pengurusan pembayaran elaun lebih masa di PTj dan Jabatan Bendahari kerana ia dikira secara automatik. 3.2 Meningkatkan kefahaman staf ke atas bayaran lebih masa serta dapat mengurangkan masalah salah pengiraan elaun lebih masa. 3.3 Mengurangkan penyalahgunaan terhadap pelaksanaan kerja lebih masa di setiap PTj. 4. PROSEDUR/TATACARA PELAKSANAAN 4.1 Semua staf sokongan yang layak elaun lebih masa boleh menggunakan kemudahan ini kecuali yang menggunakan sistem kerja bergilir. 4.2 Semua proses hendaklah dibuat melalui portal kakitangan di http://myupsi.upsi.edu.my. Hierarki bagi Arahan Kerja dan Bayaran Elaun Lebih Masa adalah berpandukan hierarki Pengurusan Cuti setiap PTj. 4.3 Setiap PTj dikehendaki mengemaskini struktur hierarki Pengurusan Cuti masing-masing bagi memastikan pengurusan bayaran elaun lebih masa ini berjalan lancar dan teratur. 2/3
5. GARIS PANDUAN PENGURUSAN BAYARAN ELAUN KERJA LEBIH MASA 5.1 Bagi memastikan proses pengurusan bayaran elaun kerja lebih masa melalui Portal dapat dilaksanakan dengan teratur, bersama-sama ini disertakan Garis Panduan Arahan Kerja (Work Order) dan Permohonan Tuntutan Bayaran Elaun Lebih Masa (Overtime) melalui MyUPSI Portal. 5.2 Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan bolehlah berhubung dengan Penolong Bendahari (Unit Gaji), Puan Wahidanoor bt Wahid di sambungan 6559, Penolong Akauntan (Unit Gaji), En Nazrul bin Nazri di sambungan 6651 atau Pembantu Akauntan (Unit Gaji), En Hasnawi bin Nasarudin di sambungan 6335. 6. TARIKH KUATKUASA Pekeliling ini berkuatkuasa mulai pelaksanaan kerja lebih masa bermula 1 Oktober 2009 dan pembayaran Elaun Kerja Lebih Masa bulan November 2009. Diharap mendapat kerjasama semua ketua PTj untuk memaklumkan penguatkuasaan pekeliling ini kepada semua pegawai di bawah tanggungjawab masing-masing. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Yang menjalankan tugas (KHADIJAH BT HAMDAN) Bendahari Universiti Pendidikan Sultan Idris s.k. Naib Canselor Timbalan Naib Canselor (Akademik & Pengantarabangsaan) Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan, Pengkomersilan & Inovasi) Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) 3/3
1. Penolong Pendaftar, Pejabat Naib Canselor 2. Penolong Pendaftar, Pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa 3. Penolong Pendaftar, Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi 4. Timbalan Pendaftar, Unit Pentadbiran, Bahagian Sumber Manusia 5. Timbalan Pendaftar, Unit Pentadbiran, Bahagian Akademik 6. Timbalan Pendaftar, Unit Pentadbiran, Bahagian Hal Ehwal Pelajar 7. Timbalan Bendahari, Jabatan Bendahari 8. Pustakawan, Unit Pentadbiran, Perpustakaan 9. Dekan, Fakulti Seni Muzik 10. Dekan, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia 11. Dekan, Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi 12. Dekan, Fakulti Bahasa 13. Dekan, Fakulti Sains dan Teknologi 14. Dekan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi 15. Dekan, Fakulti Sains Sukan 16. Dekan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian 17. Pengarah, Institut Peradaban Melayu 18. Pengarah, Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Harta Benda 19. Pengarh, Pusat ICT 20. Pengarah, Pusat Teknologi Pendidikan dan Multimedia 21. Pengarah, Pusat Pengurusan Penyelidikan 22. Pengarah, Pusat Pendidikan Global Aminudin Baki 23. Pengarah, Pusat Penjaminan Kualiti 24. Pengarah, Penerbit Universiti 25. Dekan, Institut Pengajian Siswazah (Pasca Siswazah) 26. Pengarah, Pusat Perhubungan Antarabangsa 27. Pengarah, Pusat Bahasa Moden 28. Pengarah, Pusat Pembangunan Pelajar 29. Pengarah, Pusat Asas Pendidikan 30. Penyelaras Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) 31. Penyelaras Pusat Islam 32. Penyelaras Pusat Sukan 33. Penyelaras, Pusat Ko-Kurikulum 34 Penyelaras Unit Latihan Mengajar (Praktikum) 4/3
35. Pengetua Kolej Aminudin Baki 36. Pengetua Kolej Za ba 37. Pengetua Kolej Harun Aminurrashid 38. Pengetua Kediaman Luar Kampus 39. Unit Audit Dalam 40. Penolong Pendaftar, Unit Perhubungan Awam 41. Unit Keselamatan 42. Pusat Kesihatan 43. Kurator, Unit Pentadbiran, Muzium Pendidikan Nasional 44. Pengarah, Pusat Kecemerlangan Pembangunan Insan 45. Pengarah, Pusat Penyelidikan & Perkembangan Kanak-Kanak (NCDRC) 5/3
6/3