BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS AMALAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH DALAM KALANGAN GURU-GURU MATEMATIK DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH KLUANG

dokumen-dokumen yang mirip
2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

AMALAN-AMALAN ISLAM DAN KESANNYA TERHADAP PELAJAR ALIRAN AGAMA KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA PARIT RAJA BATU PAHAT, JOHOR KHAIRIAH BINTI SULAIMAN

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

KEPENTINGAN PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN FAKULTI PENGAJIAN MAKLUMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA OLEH: HANIFFAH BT AMIT

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

PEMBENTUKAN KONSEP SAINS : SATU TINJAUAN DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 DI LIMA BUAH SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH JOHOR BAHRU

SISTEM KESELAMATAN ASET MOHD KUFAISAL BIN MOHD SIDIK

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH REKA CIPTA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

Saya / Kami * akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : No. Matrik : Program :

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

PANDUAN DAN PERATURAN-PERATURAN PENTAULIAHAN DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA 2006 PANDUAN DOKUMENTASI BUKU LOG DAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

DUNIA SENI VISUAL (MASALAH PENDENGARAN)

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

BAB TIGA METODOLOGI PENYELIDIKAN. Bab ini akan membincangkan panduan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Kurikulum Kebangsaan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS PENDIDIKAN ISLAM (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN DUA

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KANDUNGAN BAB TAJUK HALAMAN TAJUK TESIS DEKLARASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL 1 PENDAHULUAN 1

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

PEMAPARAN IDEA DAN PENGUASAAN BAHASA DALAM KARANGAN PELAJAR LEMBAM: SATU KAJIAN KES

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM TERSEBUT.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 1

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

MATEMATIK (MASALAH PENDENGARAN)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Program Doktor Pendidikan Tinggi

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

2. Jawab semua soalan Bahagian A, B dan tiga soalan Bahagian C.

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

B A H A G I A N C BORANG-BORANG YANG BERKAITAN RELATED FORMS

Transkripsi:

i PSZ 19:16(Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL : BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS AMALAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH DALAM KALANGAN GURU-GURU MATEMATIK DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH KLUANG SESI PENGAJIAN : 2010/2011 Saya NURHIDAYATI BINTI SAYAD (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972). (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap : 5, JALAN KINABALU 1 TAMAN KOPERASI 86000 KLUANG, JOHOR (TANDATANGAN PENYELIA) ENCIK SHAHRIN BIN HASHIM Tarikh : 13 Mei 2011 Tarikh : 13 Mei 2011 Catatan * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Saya/kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik). Tandatangan Nama penyelia Tarikh :..... : EN SHAHRIN BIN HASHIM :.. *Potong yang tidak berkenaan

AMALAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH DALAM KALANGAN GURU-GURU MATEMATIK DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH KLUANG NURHIDAYATI BINTI SAYAD AP070124 Laporan Projek ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Mei 2011

iv Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah dijelaskan sumbernya. Tandatangan Nama Pengkaji Tarikh : : NURHIDAYATI BINTI SAYAD :..

v DEDIKASI Buat abah dan emak, Terima kasih atas kepercayaan dan dorongan kalian berdua kepada saya dalam menjalani pengajian ini. Buat adik-beradik yang lain, terima kasih kerana memberi banyak sokongan dan bantuan selama kajian ini dilakukan. Untuk teman-teman sekuliah, segala jasa, bantuan, nasihat dan pengorbanan kalian selama empat tahun ini serta dalam membantu kejayaanku, ribuan terima kasih diucapkan. Segala suka dan duka akan tersimpan kemas dalam ingatanku. Juga buat semua yang telah memberi semangat pada saya untuk menyiapkan tesis ini, jutaan terima kasih diucapkan. Jasa kalian semua akan dikenang selamanya.

vi PENGHARGAAN Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah bersyukur atas segala rahmat dan kurniaannya beserta izinnya saya telah dapat menyiapkan penyelidikan tesis saya bagi memenuhi syarat mendapatkan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik). Tidak lupa buat penyelia saya, En Shahrin bin Hashim, jutaan terima kasih diucapkan atas kesabaran dan usaha beliau dalam membimbing serta memberi tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan kajian ini. Ucapan terima kasih juga atas jasa baik pengetua-pengetua sekolah yang sudi membenarkan saya menjalankan kajian di sekolah tadbiran mereka. Tidak lupa juga buat semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam kajian ini. Setinggitinggi penghargaan dirakamkan serta jutaan terima kasih diucapkan atas jasa baik semua.

vii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk melihat amalan pembelajaran berasaskan masalah (PBM) dalam kalangan guru-guru Matematik di sekolah-sekolah daerah Kluang. Terdapat empat aspek yang dikenalpasti dalam menentukan amalan penggunaan PBM ini iaitu peranan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peranan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pemilihan bahan pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang mana sebuah set soal selidik dibina oleh pengkaji dan kesahan item telah dibuat sebelum kajian dilaksanakan. Set soal selidik tersebut mempunyai 41 buah item yang merangkumi empat aspek yang dikaji. Kajian rintis telah dilaksanakan terhadap sepuluh orang guru Matematik dan nilai alpha yang diperoleh adalah tinggi iaitu 0.8921. Seramai 61 responden dari sejumlah enam buah sekolah menengah di sekitar daerah Kluang terlibat dalam kajian ini. Seramai 55 responden adalah daripada sekolah menengah harian manakala terdapat 6 responden dari sekolah menengah vokasional. Hasil kajian ini diambil kira mengikut kekerapan dan peratus. Keputusan kajian menunjukkan guru-guru mengamalkan PBM yang di lihat dari aspek peranan guru, peranan pelajar dan pemilihan bahan pengajaran dan pembelajaran. Bagaimanapun kajian mendapati guru-guru tidak menggunakan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

viii ABSTRACT This research aims to investigate the practice of problem-based learning (PBL) among secondary schools Mathematics teachers in Kluang district. There are four aspects in determining the practice of PBL which are teachers role in teaching and learning process, students role in teaching and learning process, selecting teaching and learning aids and integration of technology in teaching and learning process. This research is a quantitative research whereby a set of questionnaire was built by the researcher. Content validity of the questionnaire was done before the research takes place. This questionnaire consists of 41 items that includes the four aspects studied. A pilot test involving ten Mathematics teachers was conducted and the value of Cronbach Alpha is 0.8921. There are 61 respondents from a total of 6 secondary schools located in Kluang involved in this research. A total of 55 respondents were from daily schools while another 6 respondents were from a vocational secondary school. The result of this research was taken from the frequency and percentage value. The results show that mathematics teachers are practicing PBL based on the role of teachers and students during teaching and learning process and selecting teaching and learning aids. However, teachers are not integrating technology in their teaching and learning process.

ix KANDUNGAN SENARAI PERKARA Pengakuan Dedikasi Penghargaan Abstrak Abstract Kandungan I Kandungan II Senarai Jadual Senarai Singkatan MUKA SURAT iv v vi vii viii ix x xv xvi

x KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 3 1.3 Pernyataaan Masalah 11 1.4 Objektif Kajian 11 1.5 Persoalan Kajian 12 1.6 Kepentingan Kajian 12 1.7 Skop dan Batasan Kajian 13 1.8 Definisi Istilah 14 1.8.1 Teori Kemanusiaan 14 1.8.2 Teori Tingkahlaku 14 1.8.3 Teori Kognitif 14 1.8.4 Teori Konstruktif 15 1.9 Penutup 15

xi BAB PERKARA MUKA SURAT II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 16 2.2 Jenis Masalah dalam Pembelajaran Berasaskan Masalah 18 2.3 Pembelajaran Berasaskan Masalah dan Penyelesaian 19 Masalah 2.4 Peranan Pelajar 20 2.5 Peranan Guru 22 2.6 Bahan Bantu Mengajar oleh Guru 24 2.7 Pembelajaran Berasaskan Masalah dan Pembelajaran 24 Kooperatif 2.8 Pembelajaran Berasaskan Masalah dan Teori Konstruktif 26 2.9 Pembelajaran Berasaskan Masalah dan Teori Kognitif 27 2.10 Kesan Pembelajaran Berasaskna Masalah Terhadap 29 Pembelajaran Pelajar 2.11 Penutup 30

xii BAB PERKARA MUKA SURAT III METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 31 3.2 Rekabentuk Kajian 31 3.3 Lokasi Kajian 32 3.4 Populasi Kajian 32 3.5 Sampel Kajian 32 3.6 Kaedah Persampelan 33 3.7 Instrumen Kajian 33 3.8 Prosedur Kajian 34 3.9 Kajian Rintis 35 3.10 Analisis Data 36 3.11 Penutup 36

xiii BAB PERKARA MUKA SURAT IV ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 37 4.2 Dapatan Kajian 4.2.1 Profil Responden 38 4.2.2 Peranan Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran 39 4.2.3 Peranan Pelajar dalam Pengajaran dan 42 Pembelajaran 4.2.4 Pemilihan Bahan Bantu Mengajar 46 4.2.5 Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran 49 dan Pembelajaran 4.3 Penutup 51

xiv BAB PERKARA MUKA SURAT V PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 5.1 Pengenalan 52 5.2 Perbincangan 5.2.1 Peranan Guru dalam Proses Pengajaran dan 53 Pembelajaran 5.2.2 Peranan Pelajar dalam Pengajaran dan 54 Pembelajaran 5.2.3 Pemilihan Bahan Bantu Mengajar 56 5.2.4 Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran 57 dan Pembelajaran 5.3 Rumusan 58 5.4 Cadangan 59 5.4 Kesimpulan 60 VI RUJUKAN DAN LAMPIRAN 6.1 Rujukan 61 6.2 Lampiran A: Contoh Soal Selidik 65 6.3 Lampiran B: Surat Kebenaran Bahagian Perancangan 72 Dan Penyelidikan KPM 6.4 Lampiran C: Surat Kebenaran Kajian JPN Johor 74

xv SENARAI JADUAL No. Jadual Tajuk Muka Surat 3.1 Klasifikasi Kekuatan Kolerasi 35 4.1 Peranan Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran 39 di dalam Kelas 4.2 Peranan Pelajar dalam Pengajaran dan 42 Pembelajaran di dalam Kelas 4.3 Pemilihan Bahan Bantu Mengajar oleh Guru 46 4.4 Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran dan 49 Pembelajaran di dalam Kelas 5.1 Peranan Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran 54 5.2 Peranan Pelajar dalam Pengajaran dan Pembelajaran 55 5.3 Pemilihan Bahan Bantu Mengajar 56 5.4 Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran dan 57 Pembelajaran

xvi SENARAI SINGKATAN KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah PBM - Pembelajaran Berasaskan Masalah PBL - Problem-based Learning PMR - Penilaian Menengah Rendah SPSS - Statistical Package for the Social Science KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia JPN - Jabatan Pelajaran Negeri

17 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Matematik merupakan salah satu subjek teras dalam sistem kurikulum di Malaysia. Kebanyakan pelajar mengatakan bahawa subjek ini adalah antara subjek yang sukar untuk dipelajari dan difahami. Pembelajaran matematik banyak dipengaruhi oleh kaedah pengajaran yang diamalkan oleh para guru. Pendekatan pengajaran yang betul dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari matematik. Malah, pelajar akan lebih mudah mengingati guru yang dapat menyampaikan pengajarannya secara efektif. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pula merupakan satu kurikulum yang telah digubal dalam system pendidikan Malaysia. Ia mula dilaksanakan terhadap pembelajaran bahasa pada tahun 1988 dan tahun berikutnya iaitu 1989, ia telah dilaksanakan secara keseluruhan untuk semua subjek yang ditawarkan kepada pelajarpelajar sekolah menengah. Matlamat kurikulum Matematik adalah untuk melahirkan individu yang boleh berfikir secara matematik, dapat mengaplikasikan pengetahuan matematik dengan efektif dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan serta berani menghadapi cabaran dalam kehidupan seharian yang

18 disebabkan oleh kemajuan ilmu pengetahuan sains dan teknologi. Bagi mencapai matlamat kurikulum Matematik ini, para guru perlu mengamalkan teknik pengajaran yang terbaik di dalam kelas. Ini adalah penting kerana melalui cara yang betul, pelajar yang berkualiti dapat dilahirkan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara. Menurut James Hiebert dan Douglas A. Grouws (2007), Suasana pengajaran matematik di dalam kelas akan memberi kesan yang penting kepada suasana dan tahap pembelajaran pelajar. Ini menunjukkan bahawa kemahiran guru matematik dalam mencipta dan mengawal situasi serta keadaan kelas adalah sangat penting di samping teknik dan pendekatan pengajaran yang betul. Bagaimanapun, kemahiran guru mengawal kelas dan pendekatan pengajaran yang dipilih semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku adalah saling bergantung. Teori pembelajaran pula merupakan satu kaedah untuk menjelaskan cara-cara manusia dan haiwan belajar di mana ia dapat membantu kita untuk memahami proses pembelajaran itu sendiri. Pelbagai teori pembelajaran telah diwujudkan. Antaranya ialah teori kemanusiaan, teori tingkahlaku, teori kognitif dan teori konstruktif. Teoriteori ini adalah teori yang utama dalam teori pembelajaran. KBSM lebih menekankan aspek konstruktif di mana para pelajar perlu konstruk sendiri ilmu pengetahuan serta

19 konsep matematik yang diperlukan dalam satu-satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru hanya sebagai pembimbing dan fasilitator dalam proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Antara amalan pengajaran di bawah teori konstruktif ini ialah pembelajaran berasakan masalah (PBM) yang menjadi topik utama kajian ini. Oleh itu, kajian ini menekankan pendekatan PBM yang dapat membantu para pelajar memahami konsep matematik dengan lebih berkesan. Kajian ini dijalankan untuk meninjau amalan-amalan pengajaran yang diamalkan oleh guru-guru matematik di sekolah. PBM adalah cadangan amalan terbaik pengajaran matematik di sekolah oleh pengkaji kepada guru-guru. 1.2 Latar Belakang Masalah Belakangan ini, isu pemansuhan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) rancak dibahaskan. Faktor utama isu ini dibangkitkan adalah kerana dakwaan bahawa sistem peperiksaan sedia ada menyebabkan para pelajar menjadi pelajar yang berorientasikan peperiksaan. Apabila pelajar berorientasikan peperiksaan, ilmu pengetahuan yang ditimba dan diperoleh di dalam kelas kebanyakannya adalah bersifat sementara. Dengan kata lain, mereka hanya belajar untuk lulus dalam peperiksaan. Selepas selesai menghadapi peperiksaan, segala ilmu yang pernah dipelajari dilupakan begitu sahaja. Ini akan mengakibatkan perkaraperkara yang dipelajari di dalam kelas tidak dapat diaplikasikan di kehidupan luar kelas. Selain itu, guru-guru hanya sibuk mengejar silibus dan mementingkan keputusan peperiksaan pelajar menyebabkan pelajar tidak mencapai objektif pembelajaran matematik dengan sepenuhnya. Dalam KBSM telah dinyatakan sepuluh objektif pembelajaran matematik iaitu pelajar akan dapat:

20 1.1. Memahami maksud, konsep, undang-undang, prinsip dan teorem berkaitan dengan Nombor, Bentuk dan Ruang serta Hubungan 1.2. Memperluaskan penggunaan operasi-operasi asas berkaitan dengan Nombor, Bentuk dan Ruang serta Hubungan 1.3. Memperoleh kemahiran-kemahiran asas matematik: 1.3.1. Membuat anggaran dan bundaran 1.3.2. Mengukur dan membina 1.3.3. Mengumpul dan mengendalikan data 1.3.4. Mewakili dan mentafsir data 1.3.5. Mengenalpasti dan mewakili hubungan secara matematik 1.3.6. Menggunakan algoritma dan hubungan 1.3.7. Menyelesaikan masalah 1.3.8. Membuat keputusan 1.4. Berkomunikasi secara matematik 1.5. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan 1.6. Menghubungkaitkan matematik dengan bidang pengetahuan lain 1.7. Menggunakan teknologi yang sesuai dalam pembinaan konsep, kemahiran, penyelesaian masalah dan penerokaan bidang matematik 1.8. Membina pengetahuan matematik dan membentuk kemahiran dengan efektif serta bertanggungjawab menggunakannya 1.9. Menanamkan sifat positif terhadap matematik 1.10. Menghargai kepentingan dan keindahan matematik Majoriti pelajar tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan harian mereka kerana mereka tidak dapat mengaplikasikan konsep matematik. Mereka hanya dapat menyelesaikan masalah yang diberi jika masalah tersebut masalah yang sudah jelas perkara yang dikehendaki. Tindakan guru yang sering menjadikan alasan menghabiskan silibus dalam masa yang ditetapkan mengakibatkan pelajar mudah bosan dengan pembelajaran matematik kerana permasalahan yang diberikan kepada pelajar adalah tidak mencabar (Abd Rahim Abd Rashid, 2003).

21 Di samping itu, guru-guru juga memberikan penekanan kepada kaedah penghafalan fakta dan formula matematik. Kebanyakan pelajar dapat menyelesaikan masalah matematik yang diberi menggunakan formula-formula yang berkaitan tetapi tidak memahami konsep di sebalik langkah penyelesaian tersebut. Menurut Abd Rahim bin Abd Rashid (2003), Pembelajaran matematik bukan semata-mata pengiraan, penghafalan formula atau teori, bahkan melibatkan penyelidikan, pengujian dan penyelesaian masalah. Kemahiran matematik dan penguasaan konsep matematik adalah sama penting dan saling berkaitan antara satu sama lain dalam pembelajaran matematik. Kedua-duanya melibatkan kemahiran kognitif yang tinggi (Sabri Ahmad, 2006). Oleh itu, guru-guru perlu menggunakan pendekatan dan kaedah pengajaran yang terbaik untuk memastikan para pelajar tidak cepat bosan ketika mempelajari matematik. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Trends in International Mathematics and Science Study, didapati bahawa pelajar yang mengamalkan pembelajaran berasakan penghafalan merupakan pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang rendah (James W. Stigler, 2004). Teknik pengajaran yang sering diamalkan oleh guru-guru di sekolah kebanyakannya masih lagi secara tradisional. Guru masih memberi penerangan sepenuhnya di hadapan dan pelajar hanya mendengar menyalin. Tiada aktiviti yang melibatkan pelajar berinteraksi secara aktif dengan rakan mahupun guru. Proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan hanya menggunakan pen dan kertas, kapur dan papan hitam serta kaedah hafalan (Effandi Zakaria, 2005). Teknik pengajaran ini mengakibatkan kurangnya motivasi pelajar untuk mempelajari matematik dan mereka terlalu mengharapkan guru untuk sentiasa memberikan maklumat kepada mereka. Mereka tidak boleh berdikari dan tidak berusaha untuk mencari dan membina pengetahuan sendiri.

22 Pembelajaran matematik seharusnya menjadi suatu pembelajaran yang menarik di mana para pelajar dapat melihat betapa luasnya ruang lingkup matematik dan pengaplikasiannya dalam kehidupan seharian. Tetapi oleh kerana teknik pengajaran yang kurang sesuai menyebabkan pelajar tidak berminat untuk mempelajari matematik. Mereka juga telah menanamkan satu stigma dalam minda bahawa matematik adalah susah untuk dipelajari dan difahami. Untuk memastikan para pelajar meminati dan sentiasa menginginkan ilmu matematik yang baru, pelajar perlu didedahkan dengan dunia matematik serta keindahan matematik. Para pelajar perlu terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam kelas. Seharusnya pelajar sendiri yang membina dan membentuk pengetahuan serta kemahiran yang diperlukan dalam sesuatu sesi pembelajaran. Antara pendekatan yang melibatkan pembelajaran aktif oleh pelajar adalah konstruktif. Konstruktif adalah teori pembelajaran yang diperkenalkan oleh Jean Piaget. Beliau mengatakan bahawa konstruktivisma merupakan pandangan di mana manusia mengalami proses pembelajaran dari pengalaman mereka sendiri (Savin-Baden dan Major, 2004). Untuk mendapatkan pengalaman, pelajar perlu aktif dan terlibat dalam sesi pembelajaran. Penglibatan yang dimaksudkan ialah melalui perbincangan, pertanyaan, aktiviti berkumpulan dan lain-lain aktiviti yang membolehkan pelajar memahami konsep matematik dengan lebih mendalam. Teknik pengajaran yang sesuai untuk memberikan pelajar pengalaman untuk memahami konsep matematik adalah melalui pembelajaran berasaskan masalah. Amalan pengajaran yang terbaik untuk pengajaran dan pembelajaran matematik adalah pembelajaran berasaskan permasalahan. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti samaada amalan ini dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah. Ini bagi memastikan objektif pembelajaran matematik yang digariskan oleh KBSM dapat dicapai.

23 Pembelajaran berasaskan masalah merupakan satu cabang pembelajaran aktif. Secara amnya, konsep pembelajaran aktif adalah pembelajaran berpusatkan pelajar. Dengan kata lain, pelajar yang bertindak untuk membina pengetahuan sendiri dengan bantuan guru. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator atau tutor dalam pembelajaran ini. PBM dapat dijelaskan melalui ciri-ciri dibawah: 1.1. Proses pembelajaran bermula dengan permasalahan yang dikemukakan oleh guru 1.2. Masalah yang diberi adalah masalah yang mempunyai pelbagai penyelesaian (ill-structured problem) 1.3. Masalah yang diberi bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar membentuk pengetahuan baru sebelum menyelesaikan masalah tersebut 1.4. Masalah yang berkaitan dengan kehidupan seharian 1.5. Penyepaduan pembelajaran 1.5.1. Proses mengkaji dan menyelidik masalah lebih penting dari fakta 1.5.2. Pengetahuan yang dibentuk diuji melalui pengaplikasian dalam kehidupan sebenar (situasi luar bilik darjah) 1.5.3. Refleksi penting dalam pembelajaran 1.6. Kemahiran yang dibentuk: 1.6.1. Penyelesaian masalah 1.6.2. Menyatakan persoalan-persoalan yang menjana idea 1.6.3. Kemahiran berfikir 1.6.4. Kemahiran bekerja dalam kumpulan 1.6.5. Kemahiran komunikasi 1.6.6. Pengurusan masa 1.6.7. Penyelidikan dan pengurusan maklumat 1.6.8. Kemahiran komputasi 1.7. Melahirkan pelajar yang berdikari dan sentiasa ingin belajar (life-long learner)

24 1.8. Peranan guru: 1.8.1. Sebagai tutor, mentor dan pembimbing yang sentiasa menggalakkan pelajar untuk berfikir dan memberikan idea dalam menyelesaikan masalah 1.8.2. Bukan pemberi maklumat 1.8.3. Memerlukan kemahiran pengajaran yang kritikal 1.8.4. Berupaya memastikan pelajar-pelajar menjana idea matematik dan menggunakan pengetahuan sedia ada dalam menyelesaikan masalah 1.9. Menggunakan empat proses penyelesaian masalah Polya: 1.9.1. Memahami masalah yang diberi 1.9.1.1. Kenalpasti maklumat yang diberi 1.9.1.2. Kenalpasti maklumat yang dikehendaki 1.9.1.3. Menyatakan semula masalah dalam ayat sendiri 1.9.2. Bentuk strategi penyelesaian masalah 1.9.2.1. Membuat dan menguji andaian 1.9.2.2. Menggunakan perwakilan untuk mengungkap konsep matematik yang terlibat 1.9.2.3. Membuat model atau melukis gambarajah yang mewakili masalah 1.9.2.4. Penggunaan formula-formula matematik Melalui proses penyelesaian masalah Polya, pelajar secara tidak langsung dapat menghubungkaitkan konsep matematik dengan disiplin lain dan menghubungkaitkan konsep-konsep matematik dalam topik matematik yang berlainan. 1.9.3. Melaksanakan strategi penyelesaian masalah 1.9.3.1. Buktikan penyelesaian yang dibuat 1.9.3.2. Menerangkan penyelesaian yang dibuat dengan memberi sebab (mathematical reasoning)

25 1.9.4. Menyemak semula 1.9.4.1. Membuat analisis terhadap setiap percubaan menyelesaikan masalah 1.9.4.2. Menilai penyelesaian yang dibuat 1.10. Masalah yang diberi adalah masalah yang mencabar dan menarik minat pelajar untuk menyelesaikannya Rajah 1 menunjukkan proses pembelajaran di dalam PBM. Persembahan masalah Mengenalpasti fakta yang diberikan Analisis masalah Membina hipotesis Pembelajaran kendiri Mengenalpasti maklumat yang kurang Pengaplikasian pengetahuan baru Melaksanakan penyelesaian masalah Penilaian Rajah 1: Proses Pembelajaran Berasaskan Masalah

26 Menurut Khairiyah et. al. (2011), proses PBM memerlukan seorang tutor atau fasilitator ketika sesi latihan. Pada fasa pertama, pelajar akan bermula dengan memahami serta menganalisis masalah sebenar. Dalam fasa ini, pelajar akan mengenal pasti fakta yang diberikan, membuat hipotesis serta mengenal pasti maklumat yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah. Fasa kedua memerlukan pelajar untuk membentuk kemahiran untuk mempelajari benda baru dan mengaplikasikannya dalam penyelesaian masalah. Fasa ketiga pula mengkehendaki pelajar untuk menilai semula penyelesaian yang dibuat oleh setiap kumpulan perbincangan. Berdasarkan ciri-ciri ini, dapat dilihat bahawa kemahiran berfikir tahap tinggi adalah diperlukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran tersebut mengikut Taksonomi Bloom adalah sintesis, analisis dan menilai (Walker, 2005). Menurut Taksonomi Bloom, terdapat enam tahap berfikir bermula dengan pengetahuan di mana pelajar tahu dan dapat mengingat kembali. Seterusnya tahap kefahaman. Tahap ini dapat dilihat menerusi tindakan pelajar yang dapat menterjemah suatu idea dan konsep dalam ayat mereka sendiri. Kemudian, tahap penggunaan ialah di mana pelajar dapat menggunakan maklumat dan pengetahuan sedia ada dalam situasi baru. Ketigatiga tahap ini merupakan kemahiran berfikir tahap rendah. Manakala kemahiran berfikir tahap tinggi adalah analisis, sintesis dan menilai. Sintesis adalah peringkat dimana pelajar mempunyai kemahiran untuk memecahkan atau mengasingkan fakta dan kemudian mengkelaskannya semula mengikut cara yang baru. Analisis adalah peringkat dimana pelajar boleh memecahkan fakta kepada beberapa bahagian supaya hubungkait antara satu fakta dengan fakta yang lain dapat diperjelaskan. Manakala menilai atau penilaian adalah peringkat di mana pelajar dapat membuat interpretasi maklumat dan membuat pertimbangan yang baik (Hj Ahmad Zawawi Abdullah, 2009; Walker, 2005).

27 1.3 Pernyataan Masalah Dalam kajian ini, pengkaji ingin mengkaji amalan pembelajaran berasaskan masalah oleh guru-guru matematik di sekolah berdasarkan kepada kaedah pengajaran dan aktiviti yang dilakukan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Aspek yang akan dilihat adalah dari segi peranan guru dan peranan pelajar di dalam kelas, pemilihan bahan bantu mengajar oleh guru dan penggunaan teknologi yang digunakan oleh guru untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran mereka. 1.4 Objektif Kajian Terdapat beberapa objektif kajian yang ingin dikenalpasti di dalam kajian ini. 1.4.1. Mengenalpasti peranan guru ketika proses pembelajaran dan pengajaran berlaku di dalam kelas. 1.4.2. Mengenalpasti peranan pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam kelas. 1.4.3. Mengenalpasti pemilihan bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 1.4.4. Mengenalpasti penggunaan teknologi oleh guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

28 1.5 Persoalan Kajian Berdasarkan objektif kajian, persoalan yang dapat dibuat adalah: 1.5.1. Apakah peranan guru ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam kelas? 1.5.2. Apakah peranan pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam kelas? 1.5.3. Apakah jenis bahan bantu mengajar yang dipilih oleh guru untuk proses pengajaran dan pembelajaran mereka? 1.5.4. Apakah teknologi yang digunakan oleh guru untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran mereka?