Lampiran A GARIS PANDUAN MENJALANI PROGRAM SANGKUTAN DI INDUSTRI/NGO/AGENSI KERAJAAN UNTUK STAF AKADEMIK UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

dokumen-dokumen yang mirip
ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

BORANG PERMOHONAN KURSUS KHAS INDUSTRI (KKI) POLITEKNIK KOTA BHARU TAHUN 2017 MAKLUMAT PEMOHON MAKLUMAT TEMPAT BERKURSUS KELULUSAN

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.


GARIS PANDUAN DAN PERATURAN PROGRAM CUTI SABATIKAL

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

PERATURAN SKIM SANGKUT INDUSTRI / LATIHAN INDUSTRI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN TATACARA DAN SYARAT-SYARAT MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 1. TUJUAN

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

Nombor Dokumen USIM / PK / 14. Prosedur LATIHAN INDUSTRI PELAJAR

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEKELILING PENGURUSAN BIL. 32/2008 PELAKSANAAN SKIM CUTI PENEMPATAN INDUSTRI STAF AKADEMIK

PENGURUSAN KERJA LUAR STAF

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 2 TAHUN 2011

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN GARIS PANDUAN CUTI SABATIKAL / CUTI SANGKUTAN INDUSTRI SECARA INBOUND

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG PEKELILING PENTADBIRAN BILANGAN 2 TAHUN 2011 DASAR DAN GARIS PANDUAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Staf yang ingin mengikuti Latihan Sub Kepakaran hendaklah memenuhi kelayakan berikut:-

PEKELILING PENDAFTAR

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG GARIS PANDUAN MENJALANKAN KERJA PERUNDINGAN DAN KHIDMAT TEKNIKAL

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH, PEMBANTU PENYELIDIK, FELO PENYELIDIK DAN PASCA DOKTORAL

PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

GARIS PANDUAN HADIAH LATIHAN SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTERA (SLAB)/SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA (SLAI)

SOAL & JAWAB UNIT CUTI BELAJAR BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM)

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR RUJUKAN KAMI : UNIMAP/PEND/101/2-6 (9) TARIKH : 3 OGOS 2012 PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 6 TAHUN 2012

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SESI PERKONGSIAN PERKARA-PERKARA BAHARU TADBIR URUS SUMBER MANUSIA UPM

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

GARIS PANDUAN PROJEK PENYELIDIKAN INSTITUSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DASAR dan GARIS PANDUAN PERUNDINGAN Universiti Teknologi MARA

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (05) 2009 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 05/2009

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

Universiti Malaysia PAHANG

INDUSTRY/ COMMUNITY IN THE CLASSROOM (INDUSTRI/ KOMUNITI DALAM KULIAH)

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

PTSS PK PS 08 KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA PENGAWAI LATIHAN DAN PENDIDIKAN LANJUTAN JAWATAN PENGARAH TARIKH 19 OKTOBER OKTOBER 2016

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PENOLONG PENYELIDIK, PEMBANTU PENYELIDIK (PENTADBIRAN PENYELIDIKAN) DAN SISWAZAH PENYELIDIK UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN TIER 1 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

TERMA RUJUKAN PERMOHONAN TABUNG LATIHAN UNIVERSITI

GARIS PANDUAN TADBIR URUS UNTUK GERAN PENYELIDIKAN, KHIDMAT PERUNDINGAN DAN PENYELIDIKAN KONTRAK (CONTRACT RESEARCH)

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SUB SPECIALITY UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

1.0 LATAR BELAKANG AKAUN AMANAH DANA KECEMERLANGAN AKADEMIK UiTM

KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Tujuan Garis Panduan 1.2 Penyediaan Garis Panduan 1.3 Penggunaan Garis Panduan

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

SUKATAN PEPERIKSAAN KHAS UNTUK MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI TADBIR (N41) Bidang sukatan peperiksaan adalah merangkumi

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

PANDUAN PERMOHONAN PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN DI LUAR NEGARA BAGI SEMINAR PERINGKAT ANTARABANGSA

GARIS PANDUAN PELANTIKAN FELO KOLEJ KEDIAMAN. (1) Kakitangan Pengurusan dan Profesional Universiti Malaya yang berjawatan tetap atau kontrak; atau

GARIS PANDUAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH (GRADUATE RESEARCH ASSISTANT/GRA)

KANDUNGAN. 1.0 Dasar Latihan Industri Institusi Pengajian Tinggi Definisi Latihan Industri Objektif Khusus. 4

GARIS PANDUAN SKIM GERAN INOVASI (SGI) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (Pindaan Tahun 2015)

BAHAGIAN A DASAR PENGAMBILAN PELAJAR

GARIS PANDUAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH (GRADUATE RESEARCH ASSISTANT/GRA)

Garis Panduan Mengikuti Kursus Anjuran Dalaman, Luaran dan Luar Negara

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI. UTHM.PB/100-6/4/ 1( 19 ) 06 Oktober 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 13 /2008

GARIS PANDUAN SKIM POST DOKTORAL UPSI (ISO) /BSM /P02 /GP03

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 20 ( 12 ) Tarikh: 22 Mei 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2014

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP003 GARIS PANDUAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

SULIT PROSEDUR KERJA UNTUK MEMOHON GERAN PRA- PENGKOMERSIALAN & UMP COMMERCIALIZATION SEEDFUND

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (PENYELIAAN) (P )

SALINAN DOKUMEN TERKAWAL

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

GARIS PANDUAN CUTI PENYELIDIKAN. Tarikh KuatKuasa: 10/03/2008 Tarikh Kemaskini: Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia. Nombor Telefon:

DASAR PASCA DOKTORAL UKM-SPKP-CRIM-PK04-GP05

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKIM KEMUDAHAN PERUBATAN PEGAWAI PENGENALAN

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 Tahun 2014 GARIS PANDUAN KEMUDAHAN KAD KORPORAT

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

GARIS PANDUAN PENCALONAN

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI BELAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

SYARAT TAWARAN DAN PERATURAN CUTI BELAJAR / BIASISWA (DALAM NEGARA)

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN (RMC) GARIS PANDUAN FELO PASCA DOKTORAL

SKIM PERKHIDMATAN KESIHATAN PELAJAR. (pindaan 2013)

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 5 TAHUN 2012

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

PANDUAN ANUGERAH BIASISWA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA. Malaysia (SSM) menyediakann. negara. Panduan anugerah biasiswa SSM adalah seperti berikut:

GARIS PANDUAN PROGRAM SANGKUTAN

1. PENGENALAN 2. TUJUAN

ANUGERAH PENGAJARAN UiTM 2014 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

Transkripsi:

Lampiran A GARIS PANDUAN MENJALANI PROGRAM SANGKUTAN DI INDUSTRI/NGO/AGENSI KERAJAAN UNTUK STAF AKADEMIK UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) TAFSIRAN Program Sangkutan Industri ertinya satu tempoh yang khusus staf bekerja di firma/syarikat perniagaan atau industri/ngo/agensi Kerajaan, menerima pendedahan persekitaran kerja yang sebenar secara terancang dan diselia oleh pegawai yang dipertanggungjawabkan di industri. Pegawai merujuk kepada pegawai lantikan USIM. Pegawai Dalam Latihan ertinya staf yang sedang menjalani Program Sangkutan Industri mengikut bidang pengkhususan masing-masing. Pusat Hubungan Industri dan Pengkomersialan (PHIP)/ Pusat Inovasi Pembelajaran & Pengajaran (PIPP) ertinya unit yang bertanggungjawab menguruskan Program Sangkutan Industri bagi kakitangan akademik. Firma ertinya syarikat perniagaan atau industri/ngo/agensi Kerajaan yang terlibat menerima staf menjalani Program Sangkutan Industri. Pegawai Firma ertinya pegawai yang dipertanggungjawabkan oleh syarikat atau industri yang terlibat dalam Program Sangkutan Industri untuk membimbing dan menyelia Pegawai Dalam Latihan. Penyelaras Unit Hubungan Industri ertinya personel yang dilantik oleh USIM untuk memantau pegawai yang sedang menjalani Program Sangkutan Industri. 1

PANDUAN UNTUK MEMATUHI PERATURAN MENJALANI PROGRAM SANGKUTAN DI INDUSTRI/NGO/AGENSI KERAJAAN 1.0 PENGENALAN Sangkutan di industri/ngo/agensi Kerajaan adalah satu bentuk skim latihan bagi kakitangan akademik bertujuan bagi memberi pendedahan industri kepada kakitangan akademik menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman serta mengikuti perkembangan semasa teknologi terkini supaya dapat menjalankan tugas pengajaran dan penyelidikan yang lebih berkesan serta menepati kehendak industri dan semasa. 1.1 OBJEKTIF PROGRAM SANGKUTAN INDUSTRI a) Mendedahkan pegawai kepada keperluan dan operasi suatu organisasi/industri atau bentuk perniagaan yang boleh dilaksanakan dalam sistem pengajaran kepada pelajar USIM. b) Bertujuan untuk membangunkan bahan atau kajian kes yang relevan dengan pengajaran dan penyelidikan. c) Bertujuan untuk menghasilkan sebuah produk yang sangat inovatif atau modul yang boleh dikongsi bersama dalam hubungan universitiindustri mahupun komuniti. d) Memupuk semangat kerja berpasukan (budaya keserakanan) dan perhubungan baik antara pegawai dan pekerja industri. e) Menghubungkaitkan dan mengamalkan pengetahuan teori dan praktikal seterusnya meningkatkan kualiti profesionalisme di kalangan staf akademik USIM. f) Mengamalkan peraturan keselamatan dalam industri sebenar. g) Membina keyakinan diri untuk diadaptasikan dalam bidang pengajaran terutamanya bagi meningkatkan mutu P&P USIM. h) Berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan para pelajar & pegawai lain setelah tamat latihan. 2

1.2 SYARAT PROGRAM Calon-calon yang ingin memohon program ini hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut: a) Calon mestilah berjawatan tetap dan telah disahkan dalam perkhidmatan [telah mendapat Pengesahan Dalam Perkhidmatan (PDP)]; b) Keutamaan akan diberi kepada calon-calon yang belum pernah mengikuti program ini; c) Bagi yang pernah menjalani program sangkutan di industri sebelumnya, tarikh kelayakan berikutnya adalah 3 tahun bermula daripada tarikh lapor diri sangkutan di industri yang terakhir; d) Kakitangan yang memohon program ijazah lanjutan (Sarjana/PhD) atau yang sedang mengikuti program pengajian jarak jauh, sambilan dan sepertinya tidak layak memohon; e) Kakitangan yang memohon kursus yang dianjurkan oleh JPA atau agensi luar Negara dan seumpamanya tidak layak memohon; f) Bebas daripada pertuduhan dan tindakan tatatertib; g) Tiada masalah kesihatan semasa memohon; h) Program sangkutan yang diminta hendaklah berkaitan dengan bidang kepakaran calon; i) Telah mendapat kelulusan daripada Ketua Jabatan masing-masing. 1.3 TEMPOH PROGRAM SANGKUTAN Tempoh Program Sangkutan Industri adalah di antara minimum tiga (3) bulan hingga 12 bulan. 1.4 PROSEDUR PERMOHONAN Permohonan boleh dikemukakan kepada Ketua Jabatan untuk perakuan. Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan pegawai yang dicalonkan untuk menjalani program sangkutan adalah yang berkelayakan sebelum diperakukan. Permohonan yang telah disokong/diperakukan perlu diserahkan kepada Penyelaras Unit Hubungan Industri (PHIP). PHIP akan membawa permohonan yang layak ke Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) untuk kelulusan. 3

Carta alir prosedur permohonan dan kelulusan permohonan adalah seperti di Lampiran B. 1.5 KUASA MELULUSKAN Semua permohonan yang layak akan dibawa ke JKPU dan pihak JKPU berhak memberi pandangan dan mengubah tempat atau tempoh masa program sangkutan tersebut. Namun dalam keadaan yang tertentu, permohonan yang layak akan dipertimbangkan terus oleh Naib Canselor tanpa melalui JKPU (sekiranya memerlukan kelulusan segera). 2.0 BENTUK PROGRAM SANGKUTAN 2.1 Program sangkutan di industri boleh dijalankan dalam bentuk berikut: 2.1.1 Latihan/Pengalaman Kerja Industri/NGO/Agensi Kerajaan i) Bertujuan untuk memperolehi pengalaman kerja bagi mendapatkan kelayakan profesional di dalam sesuatu bidang; atau ii) Bertujuan untuk memperolehi pengalaman kerja di industri/ngo/agensi Kerajaan bagi ahli akademik daripada lain-lain fakulti. 2.1.2 Penyelidikan Bersama Industri/NGO/Agensi Kerajaan i) Bertujuan menambah dan meluaskan pengalaman kakitangan akademik dalam bidangnya atau meneroka bidang baru sepertimana dikehendaki pasaran atau semasa; ii) Menjalankan penyelidikan di industri yang akan memberi nilai tambah kepada hasil penyelidikan, industri yang terlibat sama dan juga Universiti. 3.0 PANDUAN PEMILIHAN TEMPAT Calon-calon yang berminat mengikuti program sangkutan ke industri perlu mendapatkan tempat latihan yang mempunyai ciri-ciri dan syarat-syarat berikut: 4

Syarikat hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Keutamaan akan diberi kepada syarikat multinasional (merujuk kepada syarikat industri). Syarikat/Agensi yang memberikan nilai tambah ( value added ) kepada perkembangan pengajaran dan pembelajaran dan kurikulum USIM. Syarikat/Agensi yang membenarkan calon terlibat sama dalam urusan/aktiviti harian contohnya, calon diberi tanggungjawab atau terlibat secara langsung dalam kerja-kerja projek. Syarikat/Agensi yang mempunyai structured training programme atau yang bersedia menyediakan tailored training programme (sesuai kepada calon) yang telah dibincangkan bersama dan disahkan oleh syarikat berkenaan. Tempat program sangkutan adalah hanya merujuk kepada dalam negara sahaja. Bagi pendedahan luar negara, Universiti menggalakkan staf akademik terlibat dalam pelantikan Skim Khas Universiti luar yang bertujuan membantu menyumbang pengetahuan dan kepakaran yang ada untuk dimanfaatkan oleh universiti di peringkat antarabangsa. Ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa kepakaran staf akademik dalam bidang berkaitan adalah diiktiraf di peringkat antarabangsa dan seterusnya meningkatkan nama dan imej USIM. 4.0 TANGGUNGJAWAB PEGAWAI DALAM LATIHAN Pegawai Dalam Latihan (PDL) adalah bertanggungjawab mematuhi undangundang, peraturan serta arahan yang ditentukan oleh firma berkenaan dan masih terikat kepada Peraturan Perkhidmatan Awam. 4.1 DISIPLIN PDL hendaklah menunjukkan disiplin yang tinggi dan berkelakuan baik semasa dalam latihan/program sangkutan. 5

PDL terlibat mestilah berusaha untuk menjayakan latihan mereka serta menunjukkan sikap bekerjasama, bersopan santun dan faham memahami dengan pekerja lain di tempat latihan. Nilai etika perkhidmatan awam hendaklah sentiasa diamalkan walaupun berada di dalam sesi latihan firma. Sentiasa menjaga imej Universiti. PHIP berhak menamatkan latihan PDL jika diperlukan. 4.2 WAKTU BEKERJA Tertakluk kepada masa yang ditetapkan oleh pengurusan firma yang dipilih. PDL hendaklah menepati masa kerja yang ditetapkan oleh pihak firma dan memberi sepenuh perhatian kepada latihan program. Kerja lebih masa adalah digalakkan jika diminta oleh firma berkenaan. 4.3 CUTI Semasa menjalani program sangkutan, PDL tidak dibenarkan mengambil cuti rehat kecuali sakit atau kecemasan. Kelulusan cuti sakit atau kecemasan hendaklah mendapat kebenaran daripada firma dan dipanjangkan ke PHIP untuk rekod dan ianya perlu digantikan mengikut tempoh yang ditetapkan. 4.4 PAKAIAN PDL hendaklah mematuhi etika berpakaian yang ditetapkan oleh firma yang berkenaan serta etika pakaian USIM. 4.5 PERTUKARAN TEMPAT LATIHAN PDL hendaklah menjalani latihan di tempat yang telah dipersetujui di peringkat awal sehingga tamat latihan. Pertukaran tempat latihan tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran PHIP dengan sokongan Ketua Jabatan serta melalui proses kelulusan JKPU. 6

4.6 KERAHSIAAN PDL hendaklah mematuhi peraturan syarikat semasa menjalani latihan (contoh: Akta Rahsia Syarikat). PDL hendaklah menggunakan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi dari latihan ini hanya untuk tujuan pembelajaran dalam latihan yang dikendalikan pada masa akan datang tanpa mendedahkan maklumat sulit yang boleh menjejaskan firma latihan yang berkenaan. Semua bahan yang dibukukan sebagai laporan hendaklah mendapat kebenaran daripada Pegawai Firma (PF). 4.7 PENYEDIAAN LAPORAN SELEPAS PROGRAM PDL yang telah menjalani program sangkutan di industri hendaklah mengemukakan laporan komprehensif program dalam tempoh 60 hari sekembalinya daripada menjalani program tersebut. Kegagalan berbuat demikian akan diambil tindakan; Penulisan laporan hendaklah berjilid; Format laporan Komprehensif tersebut adalah tertakluk kepada pihak Fakulti/Institut masing-masing berdasarkan bidang masing-masing; Setiap Fakulti/Institut diminta menyediakan format Laporan Komprehensif tersebut untuk digunapakai oleh ahli Fakulti/Institut masing-masing. Laporan adalah berkenaan deskripsi kerja yang telah dilakukan sepanjang tempoh latihan secara keseluruhan. 4.8 PENGESAHAN LAPORAN AKHIR & PEMBENTANGAN UNTUK MEMPEROLEHI MATA CPD (Continuous Professional Development) Laporan akhir itu hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan atau Dekan Fakulti untuk perakuan dan diserahkan kepada PF untuk dinilai. Laporan yang telah dinilai diserahkan kepada PHIP untuk tindakan. PHIP akan memanjangkan laporan berkenaan kepada Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa (TNCAA) untuk disahkan. Selepas pengesahan laporan selesai, PDL dikehendaki membentang pengalaman/ pengetahuan/ teknologi semasa/ hasil (seperti ciptaan, 7

manuskrip, penerbitan, kajian kes dan sebagainya) kepada kakitangan akademik di jabatannya dan wakil-wakil dari jabatan lain melalui seminar/kursus dalaman di bawah anjuran pihak PIPP tidak lewat dari empat (4) bulan daripada tarikh tamat program, melainkan dipersetujui sebaliknya di antara pihak industri dan Universiti. Aktiviti pembentangan menandakan PDL telah tamat program dan layak untuk memperolehi mata CPD melalui sistem mytrams yang akan direkodkan oleh pihak PIPP. Carta alir pelaksanaan program sangkutan adalah seperti di Lampiran B. NOTA: Pensyarah yang mengikuti program sangkutan adalah digalakkan supaya menghasilkan kajian kes industri yang mana boleh digunakan dalam sesi pengajaran. 5.0 IKATAN PERJANJIAN DAN JUMLAH GANTI RUGI Tempoh Tajaan (TT) Tempoh tajaan lebih 3 bulan hingga 1 tahun Tempoh Ikatan Wajib 2 tahun Jumlah Gantirugi Kos Sebenar Atau A (mengikut mana yang lebih banyak) Kos Sebenar = Kesemua wang, elaun, perbelanjaan atau selainnya yang telah dibelanjakan dan atau dibayar kepada Pegawai atau Pegawai Dalam Latihan atau pihaknya dan atau segala kos, yuran, tambang dan lain-lain yang ditanggung oleh UNIVERSITI bersangkutan dengan dan atau di bawah Perjanjian ini. A = Kesemua emolumen atau selainnya yang perlu dibayar kepada Pegawai atau Pegawai Dalam Latihan yang ditanggung oleh UNIVERSITI sepanjang tempoh ikatan wajib bersangkutan dengan dan atau di bawah Perjanjian ini. 6.0 TUNTUTAN ELAUN PDL layak untuk menuntut elaun berkaitan. Kadar tuntutan elaun boleh dirujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil.3 Tahun 2005: Kadar dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan dan Bayaran kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Semasa Berkursus Kecuali Kursus Pra Perkhidmatan. 8

7.0 TANGGUNGJAWAB FIRMA Firma bertanggungjawab menempatkan PDL di bahagian/unit yang bersesuaian dengan bidang kemahiran PDL. Firma hendaklah menguruskan hal ehwal pentadbiran PDL seperti kad perakam waktu dan sebagainya. PF hendaklah memastikan bahawa program sangkutan memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak PHIP. PF bertanggungjawab merencanakan latihan yang mencukupi dan bersesuaian sepanjang tempoh latihan serta digalakkan berbincang dengan PDL bagi memastikan objektif program tercapai. 8.0 PENANGGUHAN/PEMBATALAN PDL adalah tidak dibenarkan menangguhkan atau membatalkan latihan kecuali dengan kebenaran PHIP. 9.0 RAWATAN PERUBATAN Prosedur rawatan sebagai kakitangan USIM hendaklah digunapakai untuk tujuan ini. PDL tidak dibenarkan menggunakan peruntukan firma untuk mendapatkan rawatan di mana-mana pusat perubatan swasta kecuali jika dibenarkan oleh firma berkenaan. 10.0 SURAT PENGHARGAAN Surat penghargaan kepada firma akan dikeluarkan oleh pihak PHIP. 11.0 HAL-HAL LAIN a. Universiti berhak menamatkan program sangkutan kakitangan di industri mengikut had-had perjanjian, atau desakan perkhidmatan, implikasi kewangan dan kepentingan Universiti. b. Kakitangan akademik adalah digalakkan untuk mengikuti program sangkutan ketika cuti semester dan tidak menjejaskan pengajaran dan pembelajaran di USIM. 9

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai panduan ini, sila hubungi: Pusat Hubungan Industri dan Pengkomersialan Aras 1, Pusat Komersil Universiti Sains Islam Malaysia Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan Tel: 06-798 6482/6472 Faks: 06-798 6483 Pusat Inovasi Pembelajaran Dan Pengajaran Pusat Komersial, Aras 2 Universiti Sains Islam Malaysia 71800 Bandar Baru Nilai Negeri Sembilan Darul Khusus Tel : 06-798 6464 Fax : 06-798 6473 Pegawai Penyelaras Unit Hubungan Industri, PHIP: Dr. Ummi Salwa Ahmad Bustaman Pegawai Latihan, PIPP: Encik Marwan bin Tahir 10

LAMPIRAN B PROSEDUR PERMOHONAN DAN KELULUSAN PERMOHONAN KAKITANGAN AKADEMIK MENJALANI PROGRAM SANGKUTAN DI INDUSTRI MULA Kakitangan Akademik mengisi borang permohonan menjalani program sangkutan di industri. Kemukakan borang permohonan berserta dengan: surat penerimaan syarikat, jadual latihan, profil syarikat dan jadual waktu mengajar serta dokumen lain yang dianggap perlu. Dapatkan sokongan oleh Ketua Jabatan Borang yang lengkap dikemukakan kepada Pengarah Pusat Hubungan Industri dan Pengkomersialan (PHIP) untuk tujuan perakuan. Layak? Tidak Ya Penyediaan kertas kerja oleh PHIP untuk kelulusan Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) atau kelulusan Naib Canselor sekiranya perlu segera. Lulus? Tidak Ya Pihak PHIP akan menghubungi firma yang berkenaan dan mendapatkan maklumat berkaitan PF dan urusan berkaitan. Surat permohonan rasmi kepada firma termasuk maklumat pegawai dan juga surat kelulusan/tawaran kepada pegawai yang memohon akan dikeluarkan. Surat tawaran akan disertakan bersama Buku Garis Panduan, Format Pelaporan sebagai panduan pemohon dan Buku Log untuk tujuan perekodan sepanjang berada dalam tempoh program sangkutan oleh pegawai. TAMAT 11

LAMPIRAN C PROSES PELAKSANAAN PROGRAM SANGKUTAN BAGI PERMOHONAN YANG DILULUSKAN. MULA PDL menerima surat tawaran daripada pihak PHIP dan mengikuti program sangkutan berdasarkan tempoh yang telah diluluskan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Selesai program, PDL akan menyediakan laporan komprehensif program dalam tempoh 60 hari. Laporan dikemukakan kepada Ketua Jabatan/Dekan untuk perakuan dan diserahkan kepada PF untuk dinilai. PF akan menghantar laporan yang telah dinilai kepada PHIP. PHIP akan memanjangkan laporan berkenaan kepada TNCAA untuk disahkan. PHIP akan memaklumkan kepada pihak PIPP untuk menetapkan tarikh bagi mengadakan sesi pembentangan untuk pegawai berkenaan dalam tempoh tidak lewat dari 4 bulan daripada tarikh tamat program. Bentang? Belum Sudah Pihak PIPP akan merekodkan mata dalam sistem mytrams bagi pegawai berkenaan. TAMAT 12