MUKADIMAH. Peraturan Akademik Universiti Teknologi MARA Program Asasi (Edisi Pertama Tahun 2009)

dokumen-dokumen yang mirip
Peraturan Akademik Universiti Teknologi MARA Program Pra Diploma Pindaan 2011 (Bilangan 1)

PERATURAN AKADEMIK PROGRAM ASASI UiTM

Pindaan 2013 (Bilangan 1)

Pindaan 2013 (Bilangan 1)

(Bilangan 1) Diterbitkan oleh : BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Selangor D.E

PERATURAN AKADEMIK PROGRAM DIPLOMA DAN SARJANA MUDA

DIPLOMA DAN SARJANA MUDA

Pindaan 2017 (Bilangan 1)

PERATURAN PEPERIKSAAN

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

PERATURAN AKADEMIK BUKU PERATURAN AKADEMIK PROGRAM DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA SEPARUH MASA UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

PERATURAN AKADEMIK PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPENUH MASA

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SOALAN-SOALAN LAZIM. ~ Setiap program dan pusat ditawarkan adalah berbeza bagi setiap pengambilan

PERATURAN AKADEMIK PERATURAN AKADEMIK BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA DAN DIPLOMA UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA KANDUNGAN

BAHAGIAN A DASAR PENGAMBILAN PELAJAR

(MASA) Hari terakhir bekerja sebelum semester bermula

1/6 RASMI (MASA) 2 hari September 2016 Fakulti / Bendahari / PPS / PTM / Pelajar

PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SOALAN-SOALAN LAZIM

PEKELILING TIMBALAN REKTOR KAMPUS HAL EHWAL AKADEMIK BIL 4/2013 PENDAFTARAN PELAJAR LAMA DIPLOMA SEMESTER DISEMBER 2013 APRIL 2014

BUKU PERATURAN AKADEMIK PROGRAM ASAS, DIPLOMA DAN SARJANA MUDA (PINDAAN PERTAMA)

ISI KANDUNGAN. BAHAGIAN 2 KEMASUKAN KE UNIVERSITI 2.1 Syarat Kemasukan Ijazah Sarjana Muda Status Pelajar... 4

PERATURAN AKADEMIK: AMALAN DAN PEMATUHAN

ISI KANDUNGAN. BAHAGIAN 2 KEMASUKAN KE UNIVERSITI 2.1 Syarat Kemasukan Ijazah Sarjana Muda Status Pelajar... 4

PANDUAN DAN PERATURAN PEPERIKSAAN CALON PEPERIKSAAN

BUKU PERATURAN AKADEMIK PROGRAM ASAS, DIPLOMA DAN SARJANA MUDA

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

PROSES KERJA : PELAKSANAAN PEMBERIAN STATUS ZZ KEPADA PELAJAR

BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BORANG PENGESAHAN PERINGATAN LISAN

Akta dan Peraturan-peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Sarjanamuda) 1990

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P004

NOTIS MENGENAI PEPERIKSAAN AKHIRSEMESTER I SESI 2014/2015 (PROGRAM PRASISWAZAH SEPENUH MASA)

KANDUNGAN. 1. Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Tafsiran Penggubalan Item 3

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL

JADUAL AKTIVITI PENDAFTARAN KURSUS

1/7 RASMI (MASA) 2 hari Mac 2016 Fakulti/Bendahari/PS/ PTM/Pelajar

Polisi Dan Prosedur Penubuhan, Atribut dan Pembubaran Entiti Akademik. Senat UTM Bil.12/2010/2011 : 8 Ogos 2011

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP003 GARIS PANDUAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK

PERATURAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA SEPENUH MASA)

PERATURAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH SARJANA SECARA PENYELIDIKAN

JADUAL KERJA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR DAN PERMOHONAN PENGANUGERAHAN SEMESTER III 2016/2017 1/6

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

1. SYARAT-SYARAT, MAKLUMAT AM DAN TATACARA PENDAFTARAN KURSUS SECARA E-DAFTAR SEMESTER 1, SIDANG AKADEMIK 2017/2018

SEKSYEN 1 PERATURAN AKADEMIK PROGRAM SARJANA MUDA

KAPS 19 KOD AMALAN PELAKSANAAN PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH SECARA CAMPURAN SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

BIL PERKARA TEMPOH (MASA) TARIKH TINDAKAN

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

GARIS PANDUAN PROGRAM KERJASAMA IPTA / IPTS DI DALAM NEGARA

The National University of Malaysia PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (PENGAJIAN SISWAZAH) Program Sarjana dan Kedoktoran

SKIM PERKHIDMATAN KESIHATAN PELAJAR. (pindaan 2013)

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

ISI KANDUNGAN PROSEDUR KUALITI OPERASI PENGECUALIAN KREDIT 1. OBJEKTIF 4 2. SKOP 4 3. SINGKATAN 4 4. DEFINISI 5 5.

FAKULTI KOMPUTERAN PANDUAN PEPERIKSAAN AKHIR

BAHAGIAN I PERMULAAN. 1. (1) Peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Siswazah) 2015.

GARIS PANDUAN DAN KRITERIA KENAIKAN PANGKAT STAF AKADEMIK UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

1/7 RASMI (MASA) 2 hari Mac 2016 Fakulti/Bendahari/PS/ PTM/Pelajar. Hari terakhir bekerja sebelum semester bermula

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

PANDUAN SISTEM PERATURAN AKADEMIK

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

1/7 RASMI (MASA) 2 hari September 2015 Fakulti/Bendahari/PS/ PTM/Pelajar

TAKLIMAT PEPERIKSAAN. i. Purata Nilaian Mata (PNM) atau Grade Point Average (GPA) ii. Himpunan Purata Nilaian Mata (HPNM) atau Cumulative Grade Point

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

POLISI PENGANUGERAHAN IJAZAH, DIPLOMA, SIJIL DAN KEPUJIAN AKADEMIK LAIN SECARA AEGROTAT DAN ANUMERTA

REKOD PINDAAN DOKUMEN TERKAWAL

GARIS PANDUAN PENGURUSAN BANK ITEM DAN PERATURAN PEMARKAHAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

ROHANA TAN BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK

BIL PERKARA TEMPOH (MASA) TARIKH TINDAKAN

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P004

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN. KUiTTHO.PP/10.12/01 (47) 3 Oktober 2006 PEKELILING PENGURUSAN BIL.47/2006

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN PEKELILING BENDAHARI BIL. 7 / 2003 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR. KUiTTHO.(PB) 10.12/04 (14) 15 Oktober 2003


4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

MUKADIMAH. Panduan dan Syarat Penganugerahan

PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (PENGAJIAN SISWAZAH) Pusat Siswazah. Universiti Kebangsaan Malaysia

PROSEDUR PERDAFTARAN PELAJAR BARU PK. UiTM.APB. (O). 01

PEJABAT BENDAHARI. Dekan Fakulti/ Ketua Bahagian/ Pusat/ Akademi UiTM Shah Alam. Ketua Bahagian / Unit Kewangan Zon Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam

[RASMI] BIL PERKARA TEMPOH (MASA) TARIKH (BARU) TINDAKAN. 1 Pendaftaran Pelajar Baru Semester I, Sesi 2013/2014

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P004

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

K E N Y A T A A N KEPADA : SEMUA PELAJAR IJAZAH PERTAMA (PENUH MASA) & DIPLOMA AKTIVITI PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER 2, SIDANG AKADEMIK 2016/2017

SOAL & JAWAB UNIT CUTI BELAJAR BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM)

Kelulusan Jawatankuasa Pengajian Penubuhan Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi, Institut / Program Baru / Pengambilan Pelajar Bil.

PROSEDUR PEMBENTUKAN DAN PENYEMAKAN SEMULA KURIKULUM PK.UiTM.FKM.(OA).01

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P004

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

ARAHAN-ARAHAN PEPERIKSAAN DAN DAN KAEDAH

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

REKOD PINDAAN DOKUMEN TERKAWAL HALAMAN DIPINDA

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P006

Transkripsi:

Program Asasi Edisi 1 2009.qxd 12/21/2009 3:13 PM Page i MUKADIMAH Peraturan Akademik Universiti Teknologi MARA Program Asasi (Edisi Pertama Tahun 2009) Peraturan Akademik Program Asasi (Edisi Pertama) tahun 2009 ini telah diluluskan oleh Senat Universiti Teknologi MARA pada mesyuarat Senat ke-125 bertarikh 7 Mei 2009. Pemakaiannya berkuatkuasa bermula Jun 2009 kepada semua pelajar program Asasi di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Program-program Asasi yang ditawarkan di UiTM pada masa ini ialah program Asasi Undang-Undang (PI005, PI006, PI007), Asasi Sains (PI080), Asasi Kejuruteraan (PI009) dan Asasi TESL (PI020). Kelulusan dan pengesahan Lembaga Pengarah Universiti (LPU) diperolehi pada mesyuarat LPU ke-103 bertarikh 15 September 2009. i

Program Asasi Edisi 1 2009.qxd 12/21/2009 3:13 PM Page ii TANGGUNGJAWAB PELAJAR Pelajar perlu menyempurnakan tanggungjawab berikut untuk membolehkan Universiti memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan. 1. Memahami, menghayati dan mematuhi segala peraturan yang digariskan dalam Buku Peraturan Akademik ini. 2. Mengambil tindakan sewajarnya bersesuaian dengan peraturan-peraturan yang digariskan dalam Buku Peraturan Akademik ini iaitu: a ) menyempurnakan semua keperluan akademik seperti yang termaktub dalam kurikulum Program Pengajian yang diikuti di Universiti. b) membuat pra pendaftaran kursus dalam tempoh yang ditetapkan. c) membuat pendaftaran kursus dalam tempoh yang ditetapkan. d) membuat validasi pendaftaran kursus dalam tempoh yang ditetapkan. e) membayar yuran Universiti mengikut masa dan jumlah yang ditetapkan. f) menghadiri kuliah dan latihan amali yang ditetapkan oleh Universiti. 3. Mengambil tindakan proaktif untuk mendapatkan panduan dan nasihat daripada Pensyarah, Penasihat Akademik Pelajar, Ketua Program, Koordinator Program, staf pentadbiran dan pihak pengurusan Fakulti/UiTM Cawangan sekiranya berhadapan dengan sebarang bentuk permasalahan. 4. Mengambil akauntabiliti sepenuhnya terhadap sebarang kesan ketidakpatuhan terhadap peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan. ii

Program Asasi Edisi 1 2009.qxd 12/21/2009 3:13 PM Page iii KANDUNGAN Mukadimah Tanggungjawab Pelajar Kandungan i ii iii 1. Pentakrifan 1 1.1 Universiti 1 1.2 Lembaga Pengarah Universiti 1 1.3 Naib Canselor 1 1.4 Timbalan Naib Canselor 1 1.5 Pendaftar 1 1.6 Bendahari 1 1.7 Gugusan Fakulti 1 1.8 Pengerusi Gugusan Fakulti 1 1.9 Fakulti 1 1.10 Dekan 2 1.11 Timbalan Dekan 2 1.12 Pusat Pengajian 2 1.13 Pengarah Pusat Pengajian 2 1.14 Staf Akademik 2 1.15 UiTM Cawangan 2 1.16 Pengarah Kampus 2 1.17 Pusat Pengajian Fakulti 2 1.18 Pengerusi Pusat Pengajian Fakulti 2 1.19 Program Pengajian 2 1.20 Ketua Program 3 1.21 Koordinator Program 3 1.22 Pelan Pengajian 3 1.23 Semester 3 1.24 Kursus 3 1.25 Senat 3 1.26 Lembaga Akademik Fakulti/Pusat Pengajian 3 1.27 Jawatankuasa Akademik UiTM Cawangan 4 1.28 Lembaga Tatatertib Pelajar 4 iii

Program Asasi Edisi 1 2009.qxd 12/21/2009 3:13 PM Page iv 1.29 Pelajar 4 1.30 Gugur Taraf (GT) 5 1.31 Unit Kredit 5 1.32 Kurikulum Pengajian 5 1.32.1 Kursus Universiti 5 1.32.2 Kursus Fakulti/Program 5 1.32.3 Elektif 5 1.33 Kokurikulum 5 1.34 Penilaian 5 1.35 Peperiksaan 6 1.36 Peperiksaan Khas 6 1.37 Pemeriksa/Penilai 6 1.38 Pengawas Peperiksaan 6 1.39 Gred 6 1.40 Nilai Gred 6 1.41 Nilai Kredit 6 1.42 Purata Nilai Gred (PNG) 6 1.43 Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) 7 1.44 Tamat 7 1.45 Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan 7 1.46 Penyata Keputusan Penilaian 7 1.47 Transkrip 7 1.48 Cuti Khas 7 1.49 Tindakan Tatatertib 7 1.50 Penangguhan Pengajian 7 1.51 Penggantungan Pengajian 8 1.52 Penggantungan Sementara 8 1.53 Plagiarisme 8 1.54 Mod Pengajian Sepenuh Masa 8 1.55 Jurusan Khas 8 2.0 Peraturan dan Prosedur 9 2.1 Kemasukan Pelajar 9 2.2 Status Pelajar Universiti 9 2.3 Gugur Status Sebagai Pelajar 10 2.4 Keperluan Akademik 10 2.5 Tempoh Pengajian 10 2.6 Mod Pengajian 10 2.7 Penggantungan Pengajian 11 2.8 Pendaftaran Kursus 11 2.9 Pengesahan Pendaftaran Kursus 11 2.10 Kehadiran Pelajar 11 2.11 Kelayakan Menduduki Peperiksaan Akhir 12 iv

Program Asasi Edisi 1 2009.qxd 12/21/2009 3:13 PM Page v 2.12 Kebenaran Tidak Menduduki Peperiksaan Akhir 12 2.13 Tarikh Peperiksaan Akhir 13 2.14 Jadual Peperiksaan Akhir 13 2.15 Keputusan Peperiksaan dan Penilaian 13 2.16 Pengiraan Purata Nilai Gred (PNG) dan Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) 14 2.17 Status Keputusan Peperiksaan 14 2.18 Penyata Keputusan Peperiksaan 15 2.19 Pelanggaran Kaedah Tatatertib Pelajar Bersabit Dengan Peperiksaan dan Penilaian 15 2.20 Peperiksaan Semula 15 2.21 Rayuan Penyemakan Semula 16 2.22 Peperiksaan Khas 16 2.23 Jurusan Khas 17 2.24 Tamat Pengajian 17 PI005: Asasi Undang-Undang UiTM PI006: Asasi Undang-Undang UiTM (Trek Pantas) PI007: Asasi Undang-Undang KPTM PI009: Asasi Kejuruteraan PI020: Asasi TESL PI080: Asasi Sains Jadual 1 : Jadual Nilai Gred 18 Jadual 2 : Tempoh Pengajian Program Asasi 19 v

Program Asasi Edisi 1 2009.qxd 12/21/2009 3:13 PM Page vi vi

Program Asasi Edisi 1 2009.qxd 12/21/2009 3:13 PM Page 1 1.0 PENTAKRIFAN 1.1 Universiti Universiti bermaksud Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti Teknologi MARA 1976 (Akta 173) Pindaan 2006. 1.2 Lembaga Pengarah Universiti Lembaga Pengarah Universiti terdiri dari ahli yang dilantik oleh Menteri di bawah Seksyen 13 Akta 173. 1.3 Naib Canselor Naib Canselor dilantik oleh Menteri sebagai Ketua Eksekutif Universiti di bawah Seksyen 20 Akta 173. 1.4 Timbalan Naib Canselor Timbalan Naib Canselor dilantik oleh Menteri di bawah Seksyen 20 (7A) Akta 173. 1.5 Pendaftar Pendaftar ialah pegawai utama Pejabat Pendaftar Universiti yang dilantik oleh Lembaga Pengarah Universiti di bawah Seksyen 21 Akta 173. 1.6 Bendahari Bendahari ialah pegawai utama kewangan universiti yang dilantik oleh Lembaga Pengarah Universiti di bawah Seksyen 22 Akta 173. 1.7 Gugusan Fakulti Gugusan Fakulti ialah kumpulan Fakulti di Universiti mengikut tiga (3) bidang ilmu iaitu Sains dan Teknologi; Perniagaan dan Pengurusan; dan Sains Sosial dan Kemanusiaan. 1.8 Pengerusi Gugusan Fakulti Pengerusi Gugusan Fakulti ialah individu yang dilantik oleh Naib Canselor untuk mengetuai Gugusan Fakulti. 1.9 Fakulti Fakulti bermaksud mana-mana entiti akademik yang ditubuhkan di bawah Seksyen 8(1) Akta 173. 1

Program Asasi Edisi 1 2009.qxd 12/21/2009 3:13 PM Page 2 1.10 Dekan Dekan ialah staf akademik yang dilantik oleh Naib Canselor untuk mengetuai sesebuah Fakulti/Akademi di bawah Seksyen 8(2) Akta 173. 1.11 Timbalan Dekan Timbalan Dekan ialah staf akademik yang dilantik oleh Naib Canselor untuk membantu tugas-tugas Dekan sesebuah Fakulti. 1.12 Pusat Pengajian Pusat Pengajian ialah Institut, Akademi atau Pusat yang ditubuhkan di bawah Seksyen 8(1) Akta 173. 1.13 Pengarah Pusat Pengajian Pengarah Pusat Pengajian ialah staf akademik yang dilantik oleh Naib Canselor untuk mengetuai sesebuah Pusat Pengajian di bawah Seksyen 8(2) Akta 173. 1.14 Staf Akademik Staf Akademik ialah tenaga pengajar yang dilantik oleh pihak berkuasa melantik Universiti, termasuklah profesor, profesor madya, pensyarah kanan, pensyarah, pensyarah muda, penolong pensyarah, dan juga individu lain yang diguna khidmat mengajar di Universiti. 1.15 UiTM Cawangan UiTM Cawangan ialah cawangan Universiti yang ditubuhkan di bawah Seksyen 7(1) Akta 173. 1.16 Pengarah Kampus Pengarah Kampus ialah staf akademik yang dilantik oleh Menteri sebagai Ketua Pentadbiran dan Akademik UiTM Cawangan di bawah Seksyen 7(2) Akta 173. 1.17 Pusat Pengajian Fakulti Pusat Pengajian Fakulti ialah Pusat Pengajian yang ditubuhkan di peringkat fakulti oleh Universiti. 1.18 Pengerusi Pusat Pengajian Fakulti Pengerusi Pusat Pengajian Fakulti ialah staf akademik yang dilantik oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) untuk mengetuai sesebuah Pusat Pengajian Fakulti. 1.19 Program Pengajian Program Pengajian ialah program akademik yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan dilaksanakan oleh Universiti bagi penganugerahan sijil program Asasi UiTM. 2

Program Asasi Edisi 1 2009.qxd 12/21/2009 3:13 PM Page 3 1.20 Ketua Program Ketua Program ialah staf akademik yang dilantik oleh Dekan/Pengarah Kampus untuk mengetuai sesebuah Program Pengajian. 1.21 Koordinator Program Koordinator Program ialah staf akademik yang dilantik oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) untuk menyelaras sesuatu Program Pengajian. 1.22 Pelan Pengajian Pelan Pengajian ialah komponen kurikulum dan tempoh pengajian yang mengandungi kursus-kursus yang ditetapkan untuk tujuan penganugerahan sijil Asasi UiTM. 1.23 Semester Semester ialah sesi pengajian yang ditetapkan oleh Universiti seperti yang telah digariskan oleh Kementerian. 1.24 Kursus Kursus ialah mata pelajaran atau semua bentuk latihan yang tersenarai dalam pelan pengajian bagi sesuatu Program Pengajian. 1.25 Senat Senat ialah Senat Universiti yang ditubuhkan di bawah Seksyen 16A Akta 173 untuk menasihati Lembaga Pengarah Universiti tentang segala perkara akademik Universiti. Keanggotaan Senat terdiri dari: Naib Canselor Timbalan Naib Canselor Dekan/Pengarah Pusat Pengajian Tiga (3) Pengarah Kampus yang dilantik oleh Naib Canselor bagi tempoh dua (2) tahun Tiga (3) anggota kanan akademik Universiti yang dilantik oleh Naib Canselor bagi tempoh 2 (dua) tahun Mana-mana orang lain yang dipilih (co-opted) oleh Naib Canselor Pendaftar - Pengerusi - Setiausaha 1.26 Lembaga Akademik Fakulti/Pusat Pengajian Lembaga Akademik Fakulti/Pusat Pengajian ialah badan yang bertanggungjawab dalam hal ehwal akademik di Fakulti/Pusat Pengajian termasuk Program Pengajian yang dijalankan di Kampus Cawangan. 3

Program Asasi Edisi 1 2009.qxd 12/21/2009 3:13 PM Page 4 Keanggotaan Lembaga Akademik Fakulti/Pusat Pengajian terdiri daripada: Dekan/Pengarah - Pengerusi Timbalan Dekan/Timbalan Pengarah Pengerusi Pusat Pengajian Fakulti Ketua Program/Koordinator Program Profesor (Tidak melebihi tiga (3) orang dilantik oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) bagi tempoh dua (2) tahun) Profesor Madya/Pensyarah (Empat (4) orang dilantik oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) bagi tempoh dua (2) tahun) Penolong Pendaftar - Setiausaha 1.27 Jawatankuasa Akademik UiTM Cawangan Jawatankuasa Akademik UiTM Cawangan ialah badan yang bertanggungjawab dalam hal ehwal akademik di kampus cawangan. Keanggotaan Jawatankuasa Akademik UiTM Cawangan terdiri daripada: Pengarah Kampus Timbalan Pengarah Kampus Ketua Program/Koordinator Program Profesor/Profesor Madya (Tidak melebihi empat (4) orang dilantik oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) bagi tempoh dua (2) tahun) Pensyarah (Tiga (3) orang dilantik oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) bagi tempoh dua (2) tahun) Penolong Pendaftar - Pengerusi - Setiausaha 1.28 Lembaga Tatatertib Pelajar Lembaga Tatatertib Pelajar ialah Lembaga yang ditubuhkan di bawah Seksyen 5(1) Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174) untuk membicarakan kes tatatertib pelajar. 1.29 Pelajar Pelajar ialah individu yang mendaftar dengan Universiti untuk mengikuti Program Pengajian yang ditawarkan setelah membayar yuran pengajian dan mendaftar kursus. 4

Program Asasi Edisi 1 2009.qxd 12/21/2009 3:13 PM Page 5 1.30 Gugur Taraf (GT) Status yang diberikan kepada pelajar yang gagal mendaftar kursus dan membayar yuran pengajian dalam tempoh yang ditetapkan pada setiap semester. 1.31 Unit Kredit Nilai beban bagi satu (1) unit kredit adalah bersamaan dengan empat puluh (40) jam belajar pelajar selama satu semester pengajian (14 minggu). Aktiviti pembelajaran pelajar yang dikira sebagai satu nilai nominal diperolehi dari: 1.37.1 Satu (1) jam pertemuan rasmi secara kuliah (perkuliahan berjadual) setiap minggu untuk tempoh empat belas (14) minggu belajar Dan/Atau 1.37.2 Dua (2) atau tiga (3) jam aktiviti pembelajaran berjadual/berpandu seperti: 1.37.2.1 tutorial/latihan 1.37.2.2 kerja makmal 1.32 Kurikulum Pengajian Kurikulum Pengajian UiTM adalah merangkumi komponen berikut: 1.32.1 Kursus Universiti Kursus Universiti ialah kursus yang ditetapkan oleh Universiti sebagai keperluan bagi memenuhi syarat penganugerahan sijil Asasi UiTM. 1.32.2 Kursus Fakulti/Program Kursus Program ialah senarai kursus utama yang ditetapkan oleh fakulti sebagai keperluan untuk memenuhi syarat penganugerahan Sijil Asasi. 1.32.3 Elektif Kursus elektif ialah kursus pilihan bagi Program Pengajian. Kursus ini boleh diambil dari mana-mana Program Pengajian. 1.33 Kokurikulum Kokurikulum ialah aktiviti luar kuliah (sahsiah pelajar) yang ditetapkan oleh Universiti untuk memenuhi salah satu syarat penganugerahan Sijil Asasi. 1.34 Penilaian Penilaian ialah pengukuran terhadap pencapaian pelajar sama ada dalam bentuk peperiksaan, ujian bertulis, kerja-kerja makmal, bengkel, studio, medan, teknikal, projek, latihan ilmiah, latihan amali, latihan industri, praktikum, klinikal dan sebagainya. 5

Program Asasi Edisi 1 2009.qxd 12/21/2009 3:13 PM Page 6 1.35 Peperiksaan Peperiksaan ialah ujian bertulis atau lisan atau sebarang tugasan, kerja-kerja bertulis atau kerja-kerja makmal/bengkel/studio/praktikum. 1.36 Peperiksaan Khas Peperiksaan Khas ialah ujian bertulis bagi kursus-kursus yang diambil secara ulangan oleh pelajar yang gagal atau tidak menduduki peperiksaan akhir dengan kebenaran untuk membolehkan mereka menamatkan pengajian. 1.37 Pemeriksa/Penilai Pemeriksa/Penilai ialah staf akademik yang bertanggungjawab menjalankan sebahagian atau semua tugas penilaian dan peperiksaan bagi sesuatu tempoh termasuk: 1.37.1 menentukan kaedah dan kualiti penilaian, 1.37.2 menyediakan kertas soalan, menyediakan skema jawapan dan memeriksa kertas jawapan, dan 1.37.3 menilai prestasi pelajar mengikut keperluan sesuatu kursus dan memberi gred. 1.38 Pengawas Peperiksaan Pengawas Peperiksaan ialah staf akademik atau pegawai atau pembantu peperiksaan yang ditugaskan untuk mengawasi perjalanan sesuatu peperiksaan mengikut peraturan peperiksaan yang telah ditetapkan oleh Universiti. 1.39 Gred Gred ialah suatu nilai dalam bentuk abjad bagi menunjukkan prestasi pelajar dalam sesuatu kursus (sila rujuk Jadual 1). 1.40 Nilai Gred Nilai Gred ialah suatu nilai dalam bentuk angka bagi menunjukkan prestasi pelajar dalam sesuatu kursus (sila rujuk Jadual 1). 1.41 Nilai Kredit Nilai Kredit ialah angka hasil pendaraban nilai gred dengan unit kredit. Nilai Kredit = (Nilai Gred) (Unit Kredit) 1.42 Purata Nilai Gred (PNG) Purata Nilai Gred ialah sesuatu nilai pencapaian seseorang pelajar pada sesuatu semester yang dikira seperti berikut: 6

Program Asasi Edisi 1 2009.qxd 12/21/2009 3:13 PM Page 7 PNG = Jumlah nilai kredit yang didaftarkan (attempted) dalam penilaian di sesuatu semester Jumlah unit kredit yang diperolehi dalam semester yang sama 1.43 Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) Himpunan Purata Nilai Gred ialah purata nilai gred yang diperolehi oleh seseorang pelajar dalam semua peperiksaan yang telah diambil dan dikira seperti berikut: Jumlah nilai kredit yang didaftarkan (attempted) dalam penilaian di semua semester HPNG = Jumlah unit kredit yang diperolehi terkumpul dalam semua semester 1.44 Tamat Tamat ialah status yang diberi kepada pelajar setelah menyempurnakan dan lulus semua keperluan akademik serta memenuhi semua syarat yang telah ditetapkan oleh Universiti. 1.45 Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan ialah satu penyata yang menyenaraikan semua kursus yang telah didaftarkan untuk membolehkan pelajar mengambil peperiksaan/dinilai pada sesuatu semester. 1.46 Penyata Keputusan Penilaian Penyata Keputusan Penilaian ialah satu penyata yang menyenaraikan maklumat terperinci keputusan penilaian bagi sesuatu semester. 1.47 Transkrip Transkrip ialah penyata rasmi yang menyenaraikan keputusan penilaian terperinci sepanjang tempoh pengajian pelajar yang dikeluarkan oleh Universiti. 1.48 Cuti Khas Cuti khas ialah cuti yang dipohon oleh pelajar untuk menangguh pengajian atas sebab-sebab tertentu dan diluluskan oleh Lembaga Akademik Fakulti/Pusat Asasi. 1.49 Tindakan Tatatertib Tindakan tatatertib ialah hukuman yang dijatuhkan oleh Lembaga Tatatertib Universiti ke atas pelajar yang melanggar Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976 (Akta 174). 1.50 Penangguhan Pengajian Penangguhan pengajian ialah penangguhan yang diberi kepada pelajar atas persetujuan Universiti berdasarkan sebab-sebab tertentu. 7

Program Asasi Edisi 1 2009.qxd 12/21/2009 3:13 PM Page 8 1.51 Penggantungan Pengajian Penggantungan Pengajian ialah hukuman oleh Lembaga Tatatertib Universiti yang mengakibatkan pelajar tidak dibenarkan meneruskan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan. 1.52 Penggantungan Sementara Penggantungan Sementara ialah status yang diberikan kepada: 1.52.1 pelajar yang gagal menghadiri perbicaraan Lembaga Tatatertib Universiti bagi sesuatu kesalahan tatatertib setelah diberitahu secara lisan dan bertulis. 1.52.2 pelajar yang gagal membayar denda/pampasan yang ditetapkan Lembaga Tatatertib Universiti mengikut tempoh yang ditetapkan. 1.53 Plagiarisme Plagiarisme ialah peniruan hasil kerja dan/atau pendapat orang lain sama ada menerusi bahan bercetak atau elektronik tanpa mengiktiraf atau membuat pengakuan akan sumbernya. 1.54 Mod Pengajian Sepenuh Masa Mod sepenuh masa memerlukan pelajar mengikuti dan menamatkan Program Pengajian dalam tempoh yang ditetapkan oleh Universiti. 1.55 Jurusan Khas Pengajian pemantapan untuk menyediakan pelajar mengikuti program ijazah sarjana muda yang ditetapkan oleh Universiti. 8

Program Asasi Edisi 1 2009.qxd 12/21/2009 3:13 PM Page 9 2.0 PERATURAN DAN PROSEDUR 2.1 KEMASUKAN PELAJAR 2.1.1 Syarat dan kelayakan masuk bagi program Asasi ditentukan oleh Lembaga Akademik Fakulti/Pusat Asasi dengan kelulusan Senat. 2.1.2 Pemilihan Pelajar untuk kemasukan ke Program Pengajian diperakukan oleh Fakulti. 2.1.3 Tawaran kemasukan untuk pelajar sepenuh masa dikeluarkan oleh Bahagian Pengambilan Pelajar dan ianya sah untuk semester berkenaan sahaja. 2.1.4 Kemasukan pelajar baru bagi semua Program Pengajian adalah pada permulaan semester pengajian. 2.1.5 Pelajar tidak dibenarkan mendaftar lebih dari satu Program Pengajian pada suatu masa yang sama. 2.1.6 Pelajar yang gagal dan diberhentikan/gugur status sebagai pelajar tidak dibenarkan memohon semula Program Pengajian yang sama. 2.1.7 Pelajar yang diberhentikan atas tindakan tatatertib tidak dibenarkan memohon kemasukan semula ke mana-mana program Universiti. 2.1.8 Pelajar yang menarik diri dari Universiti boleh memohon semula bagi kemasukan ke Program Pengajian yang lain. 2.2 STATUS PELAJAR UNIVERSITI 2.2.1 Status pelajar Universiti tertakluk kepada syarat-syarat berikut: 2.2.1.1 Mendaftar sebagai pelajar dengan Universiti untuk mengikuti Program Pengajian pada tarikh pendaftaran rasmi yang ditetapkan, dan 9

Program Asasi Edisi 1 2009.qxd 12/21/2009 3:13 PM Page 10 2.2.1.2 Menjelaskan yuran pengajian tidak lewat dari tarikh pendaftaran rasmi yang ditetapkan, dan 2.2.1.3 Mendaftar kursus yang ditetapkan dalam Pelan Pengajian untuk semester berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan. 2.2.2 Denda akan dikenakan kepada pelajar yang mendaftar dan membayar yuran pengajian lewat dari tarikh pendaftaran rasmi tanpa kebenaran Universiti. Denda lewat ialah sebanyak RM30.00 dan ditambah sebanyak RM5.00 untuk setiap hari bekerja yang berikutnya. 2.3 GUGUR STATUS SEBAGAI PELAJAR Pelajar akan diberikan status Gugur Taraf (GT) sekiranya tidak mematuhi perkara 2.2.1. 2.4 KEPERLUAN AKADEMIK Pelajar program Asasi dikehendaki memenuhi semua keperluan akademik berikut: 2.4.1 Kurikulum Pengajian Pelajar dikehendaki mendaftar dan lulus semua kursus dalam komponen berikut: 2.4.1.1 Kursus Universiti 2.4.1.2 Kursus Program 2.4.1.3 Kursus Elektif 2.5 TEMPOH PENGAJIAN Tempoh pengajian bagi pelajar adalah seperti terkandung dalam Jadual 2. 2.6 MOD PENGAJIAN Sepenuh Masa 10

Program Asasi Edisi 1 2009.qxd 12/21/2009 3:13 PM Page 11 2.7 PENGGANTUNGAN PENGAJIAN 2.7.1 Pengajian seseorang pelajar boleh digantung oleh Universiti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta 174 (Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976). 2.7.2 Penggantungan ini diambil kira sebagai tempoh pengajian. 2.8 PENDAFTARAN KURSUS 2.8.1 Pendaftaran kursus mestilah dilakukan secara online dengan mengikut proses-proses yang ditetapkan oleh Universiti. 2.8.2 Jumlah jam kredit pelajar Program Asasi adalah seperti yang diluluskan oleh Universiti. 2.9 PENGESAHAN PENDAFTARAN KURSUS Pelajar dikehendaki membuat pengesahan pendaftaran kursus secara online dan mencetak salinan pendaftaran kursus dalam tempoh empat belas (14) hari selepas tarikh akhir pengguguran kursus. Sekiranya pelajar tidak membuat pengesahan, pendaftaran kursus tersebut dengan sendirinya dianggap sah dan muktamad. 2.10 KEHADIRAN PELAJAR 2.10.1 Pelajar diwajibkan menghadiri kuliah serta aktiviti pembelajaran lain seperti bengkel/tutorial/makmal seperti yang ditetapkan dalam kurikulum. 2.10.2 Pelajar yang tidak mencapai kehadiran 80% dari jumlah jam temu untuk setiap kursus tanpa mendapat kebenaran bertulis dari Fakulti/ Cawangan/Pusat Pengajian tidak dibenarkan menduduki peperiksaan akhir kursus. Bagi kursus yang tiada peperiksaan akhir, kerja kursus tidak diberi penilaian. Pelajar akan diberi Gred F atau gagal dengan status ZZ. 11

Program Asasi Edisi 1 2009.qxd 12/21/2009 3:13 PM Page 12 2.11 KELAYAKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR 2.11.1 Pelajar perlu menyemak Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan (Sementara) yang dipaparkan dalam Gerbang Maklumat Pelajar UiTM (i-student Portal). Sebarang pindaan hendaklah mendapat pengesahan daripada Ketua Program/Koordinator Program. 2.11.2 Pelajar mesti membuat pengesahan ke atas Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan (Sementara) melalui Gerbang Maklumat Pelajar UiTM (i-student Portal). Sekiranya pelajar gagal berbuat demikian, penyata tersebut dengan sendirinya dianggap sah dan muktamad. 2.11.3 Cetakan Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan (Muktamad) dikeluarkan kepada pelajar selepas semua urusan pendaftaran kursus dan pengesahan Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan (Sementara) selesai. Sebarang pindaan tidak dibenarkan. 2.11.4 Pelajar yang gagal membawa Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan bagi kursus yang melibatkan peperiksaan akhir tidak dibenarkan menduduki peperiksaan tersebut. 2.12 KEBENARAN TIDAK MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR 2.12.1 Permohonan untuk tidak menduduki peperiksaan akhir bagi sesuatu kursus hendaklah dibuat kepada Dekan/Pengarah UiTM Cawangan/Ketua Pusat Pengajian sebelum peperiksaan untuk kursus tersebut dengan menyertakan dokumen/surat berkaitan. 2.12.2 Permohonan untuk tidak menduduki peperiksaan yang telah dijalankan bagi sesuatu kursus perlu dibuat kepada Dekan/Pengarah UiTM Cawangan/Ketua Pusat Pengajian dalam masa 24 jam setelah tamatnya peperiksaan kursus tersebut dengan menyertakan sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor dari Pusat Kesihatan UiTM/klinik kerajaan/pusat kesihatan kerajaan/hospital kerajaan/pegawai Perubatan dari Panel Perubatan majikan masing-masing. 2.12.3 Permohonan boleh dibuat secara bertulis atau menggunakan Borang HEA/RP/TMP-01[Kebenaran Tidak Menduduki Peperiksaan Akhir]. 2.12.4 Jika permohonan diluluskan, pelajar akan diberi status XX bagi kursus tersebut. 12

Program Asasi Edisi 1 2009.qxd 12/21/2009 3:13 PM Page 13 2.12.5 Bagi permohonan yang tidak diluluskan, pelajar akan diberi status YY di mana markah kerja kursus yang diberi sebelumnya tidak diambilkira bagi kursus tersebut. 2.12.6 Permohonan dipertimbangkan oleh Dekan/Pengarah UiTM Cawangan. 2.13 TARIKH PEPERIKSAAN AKHIR Tarikh peperiksaan akhir diumumkan oleh Bahagian Hal Ehwal Peperiksaan. 2.14 JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR 2.14.1 Deraf Pertama Jadual Peperiksaan Akhir yang disediakan oleh Bahagian Hal Ehwal Peperiksaan diberikan kepada Fakulti/UiTM Cawangan/ Pusat Pengajian/tidak lewat dari lima (5) minggu sebelum tarikh peperiksaan bermula. 2.14.2 Sebarang pertembungan perlu dilaporkan oleh pelajar secara bertulis kepada Fakulti/UiTM Cawangan/Pusat Pengajian dalam tempoh tujuh (7) hari selepas deraf pertama jadual peperiksaan akhir dipamerkan. 2.14.3 Jadual muktamad Peperiksaan Akhir dipamerkan tidak lewat dari tiga (3) minggu sebelum tarikh peperiksaan bermula. 2.15 KEPUTUSAN PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN 2.15.1 Keputusan peperiksaan dan penilaian kursus diberi dalam bentuk gred dan nilai gred (sila rujuk Jadual 1). 2.15.2 Keputusan bagi setiap kursus diberi status seperti berikut: LU : Lulus F1 : Gagal kursus kali pertama* FD : Tindakan disiplin XX : Tidak hadir peperiksaan dengan kebenaran YY : Tidak hadir peperiksaan tanpa kebenaran ZZ : Tidak dibenarkan mengambil peperiksaan Nota: 1. Bagi status FD, YY dan ZZ pelajar diberi nilai gred 0.00. 2. * hanya untuk program 3 semester sahaja 3. YY dan ZZ akan dikenakan denda RM100 untuk setiap kursus 13

Program Asasi Edisi 1 2009.qxd 12/21/2009 3:13 PM Page 14 2.16 PENGIRAAN PURATA NILAI GRED (PNG) DAN HIMPUNAN PURATA NILAI GRED (HPNG) 2.16.1 Keputusan Peperiksaan Akhir dan Penilaian pelajar di penghujung setiap semester disertakan dengan Purata Nilai Gred (PNG) dan Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) yang memberikan gambaran tentang pencapaian pelajar. 2.16.2 Pengiraan HPNG terakhir adalah berdasarkan kepada ketetapan program masing-masing. 2.17 STATUS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN Berdasarkan kepada pencapaian HPNG, pelajar diberi status keputusan peperiksaan seperti berikut: TM : Tamat LU : Lulus P : Perhatian (Tidak Memuaskan)* D : Gagal dan Diberhentikan 2.17.1 Status Lulus (LU) dan Tamat (TM) Pelajar dianugerahkan kepada pelajar yang mencapai prestasi yang memuaskan. 2.17.2 Status Perhatian (P)* diberikan kepada pelajar yang mencapai prestasi yang tidak memuaskan dan dibahagikan kepada: P1 : Perhatian Pertama - memperolehi HPNG di antara 1.80 sehingga 1.99 pada sesuatu semester. P2 : Perhatian Kedua - memperolehi HPNG kurang daripada 2.00 selepas mendapat P1 pada semester terakhir sebelumnya. 2.17.3 Status Pemberhentian (D) diberikan kepada pelajar yang mencapai prestasi yang amat tidak memuaskan dan dibahagikan kepada: D1 : HPNG kurang daripada 1.80 D2 : HPNG kurang daripada 1.80 selepas status P1* D3 : HPNG kurang daripada 2.00 selepas status P2* D4 : Gagal dalam sesuatu kursus bagi kali ketiga * D5 : HPNG kurang daripada 2.00 pada penghujung tempoh pengajian dan masih mempunyai kursus yang belum disempurnakan. 14

Program Asasi Edisi 1 2009.qxd 12/21/2009 3:13 PM Page 15 D6 : Lulus semua kursus yang dikehendaki oleh sesuatu program dan memenuhi semua keperluan program tetapi memperolehi HPNG kurang daripada 2.00. D7 : Tidak menduduki peperiksaan bagi semua kursus terdaftar pada semester tersebut tanpa kelulusan Universiti. Nota: * hanya bagi program 3 semester sahaja. 2.18 PENYATA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN 2.18.1 Penyata bagi keputusan peperiksaan yang telah disahkan oleh Senat akan dikeluarkan oleh Bahagian Hal Ehwal Peperiksaan. 2.18.2 Universiti berhak menahan Penyata Keputusan Peperiksaan sekiranya pelajar gagal mematuhi mana-mana peraturan yang ditetapkan oleh Universiti. 2.19 PERLANGGARAN KAEDAH TATATERTIB PELAJAR BERSABIT DENGAN PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN 2.19.1 Pelajar yang didapati bersalah di bawah Kaedah 3 (j), 3 (k) dan Kaedah 5, Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976, akan dihukum mengikut keputusan pihak berkuasa Lembaga Tatatertib Universiti. 2.19.2 Pelajar yang disabitkan kesalahan di atas mengikut keputusan Lembaga Tatatertib Universiti boleh diberi Gred F atau gagal dengan status FD oleh Senat. 2.19.3 Pelajar yang telah terbukti melakukan plagiarisme dalam projek ilmiah/tugasan akan digagalkan dalam kursus tersebut dan diberi gred F atau gagal dengan status FD oleh Senat. 2.20 PEPERIKSAAN SEMULA Universiti berhak mengadakan peperiksaan semula pada bila-bila masa sekiranya perlu dalam keadaan berikut: 2.20.1 Berlaku kebocoran soalan peperiksaan akhir. 2.20.2 Calon tidak dapat menduduki peperiksaan akhir kerana bencana alam. 2.20.3 Arahan Naib Canselor. 15

Program Asasi Edisi 1 2009.qxd 12/21/2009 3:13 PM Page 16 2.21 RAYUAN PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN 2.21.1 Pelajar boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan peperiksaan bagi sesuatu kursus. Semakan semula hanya boleh dilakukan bagi kursus yang mempunyai peperiksaan akhir sahaja dengan menyemak skrip jawapan peperiksaan akhir pelajar untuk kursus berkenaan. 2.21.2 Rayuan perlu dikemukakan kepada Lembaga Akademik Fakulti/Jawatankuasa Akademik Cawangan dengan menggunakan Borang BHEPep(KP-R)2005-1 [Rayuan Peperiksaan UiTM (Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan)] dalam tempoh empat belas (14) hari selepas tarikh keputusan peperiksaan diumumkan secara rasmi. 2.21.3 Setiap permohonan dikenakan bayaran RM50.00 bagi setiap satu kursus. 2.21.4 Rayuan penyemakan semula skrip jawapan untuk Peperiksaan Khas adalah tidak dibenarkan. 2.21.5 Keputusan terhadap rayuan akan diumumkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh rayuan ditutup. Keputusan yang diumumkan adalah muktamad. 2.22 PEPERIKSAAN KHAS 2.22.1 Peperiksaan Khas boleh diadakan bagi kursus yang ada peperiksaan akhir secara bertulis untuk membolehkan pelajar menamatkan pengajian mereka dalam tempoh pengajian yang ditetapkan. 2.22.2 Pelajar yang dibenarkan mengambil Peperiksaan Khas ialah: 2.22.2.1 Pelajar semester akhir yang berstatus lulus tetapi gagal dalam mana-mana kursus mengikut syarat program dan jumlahnya tidak melebihi dua kursus. 2.22.2.2 Pelajar semester akhir yang tidak dapat menduduki peperiksaan bagi satu atau dua kursus kerana disahkan sakit oleh pegawai perubatan Universiti atau hospital kerajaan. Pelajar harus disahkan status XX untuk kursus tersebut oleh Lembaga Akademik Fakulti/Jawatankuasa Akademik UiTM Cawangan. 16

Program Asasi Edisi 1 2009.qxd 12/21/2009 3:13 PM Page 17 2.22.2.3 Pelajar semester akhir yang berstatus lulus tetapi gagal dalam satu atau dua kursus sahaja kerana dijatuhkan hukuman tatatertib dengan Gred F atau gagal oleh Senat tanpa penggantungan pengajian. 2.22.2.4 Yuran Peperiksaan Khas ialah RM100.00 untuk setiap kursus. 2.23 JURUSAN KHAS 2.23.1 Ditawarkan kepada pelajar berdasarkan HPNG akhir yang memnuhi syarat Universiti. 2.23.2 Dijalankan oleh fakulti berkenaan yang menawarkan program ijazah sarjana muda untuk tujuan persediaan dan pemantapan. 2.23.3 Dijalankan selama tempoh yang ditetapkan selepas peperiksaan semester akhir. 2.24 TAMAT PENGAJIAN 2.24.1 Pelajar Program Asasi tamat pengajian dengan syarat-syarat berikut: 2.24.1.1 Memperolehi HPNG sekurang-kurangnya 2.00; dan 2.24.1.2 Lulus dalam semua kursus yang ditetapkan dalam Program Pengajian ; dan 2.24.1.3 Memenuhi semua syarat dan keperluan Universiti; dan 2.24.1.4 Diperakukan oleh Senat. 2.24.2 Transkrip 2.24.2.1 Transkrip diberikan kepada pelajar setelah tamat sesuatu Program Pengajian. 2.24.2.2 Pelajar yang berhenti/diberhentikan dari Universiti boleh memohon transkrip dengan kadar bayaran yang ditetapkan. 17

Program Asasi Edisi 1 2009.qxd 12/21/2009 3:13 PM Page 18 Jadual 1: Jadual Nilai Gred a) Program PI080 (Asasi Sains) dan PI009 (Asasi Kejuruteraan) MARKAH GRED NILAI GRED STATUS 90-100 A+ 4.00 Lulus 76-89 A 4.00 Lulus 72-75 A- 3.67 Lulus 68-71 B+ 3.33 Lulus 64-67 B 3.00 Lulus 60-63 B- 2.67 Lulus 55-59 C+ 2.33 Lulus 50-54 C 2.00 Lulus 45-49 C- 1.67 Gagal 40-44 D 1.33 Gagal 35-39 E 0.67 Gagal 0-34 F 0.00 Gagal b) Program PI005, PI006, PI007 (semua Asasi Undang-Undang) dan PI020 (Asasi TESL) MARKAH GRED NILAI GRED STATUS 90-100 A+ 4.00 Lulus 80-89 A 4.00 Lulus 75-79 A- 3.67 Lulus 70-74 B+ 3.33 Lulus 65-69 B 3.00 Lulus 60-64 B- 2.67 Lulus 55-59 C+ 2.33 Lulus 50-54 C 2.00 Lulus 47-49 C- 1.67 Gagal 44-46 D+ 1.33 Gagal 40-43 D 1.00 Gagal 30-39 E 0.67 Gagal 0-29 F 0.00 Gagal 18

Program Asasi Edisi 1 2009.qxd 12/21/2009 3:13 PM Page 19 Jadual 2: Tempoh Pengajian Program Asasi PROGRAM PENGAJIAN PI005 - Asasi Undang-Undang UiTM PI006 - Asasi Undang-Undang, UiTM (Trek Pantas) PI007 - Asasi Undang-Undang, KPTM PI009 - Asasi Kejuruteraan PI020 - Asasi TESL PI080 - Asasi Sains TEMPOH PENGAJIAN 3 semester 2 semester 2 semester 2 semester 2 semester 2 semester 19