PANDUAN MOBILITI PELAJAR

dokumen-dokumen yang mirip
PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

PERATURAN AKADEMIK BUKU PERATURAN AKADEMIK PROGRAM DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA SEPARUH MASA UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

PINDAH KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN UPNM

PERATURAN AKADEMIK: AMALAN DAN PEMATUHAN

BAHAGIAN A DASAR PENGAMBILAN PELAJAR

21030 Kuala Terengganu Terengganu, Malaysia

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN PEKELILING BENDAHARI BIL. 7 / 2003 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR. KUiTTHO.(PB) 10.12/04 (14) 15 Oktober 2003

GARIS PANDUAN PERMOHONAN PROGRAM DAN DANA MOBILITI PELAJAR (KE LUAR NEGARA)

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SOALAN-SOALAN LAZIM. ~ Setiap program dan pusat ditawarkan adalah berbeza bagi setiap pengambilan

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

PERATURAN AKADEMIK PERATURAN AKADEMIK BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA DAN DIPLOMA UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA KANDUNGAN

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

GARIS PANDUAN PINDAHAN KREDIT & PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Tujuan Garis Panduan 1.2 Penyediaan Garis Panduan 1.3 Penggunaan Garis Panduan

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL


KAPS 19 KOD AMALAN PELAKSANAAN PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH SECARA CAMPURAN SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA UPM EDUCATION & TRAINING SDN. BHD. (UPM ET)

DASAR LATIHAN INDUSTRI DAN KOMUNITI Universiti Kebangsaan Malaysia

PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SOALAN-SOALAN LAZIM

PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

PERATURAN PEPERIKSAAN

PANDUAN SISTEM PERATURAN AKADEMIK

BAB III KERTAS KERJA PROGRAM AKADEMIK BAHARU

UPM EDUCATION & TRAINING SDN. BHD. (UPM ET) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERATURAN PEMBAYARAN YURAN PELAJAR SISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

Pindaan 2013 (Bilangan 1)

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P004

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP003 GARIS PANDUAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI BELAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P004

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P004

1/6 RASMI (MASA) 2 hari September 2016 Fakulti / Bendahari / PPS / PTM / Pelajar

PERATURAN AKADEMIK PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPENUH MASA

GARIS PANDUAN DAN PERATURAN PROGRAM CUTI SABATIKAL

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P004

POLISI PENGANUGERAHAN IJAZAH, DIPLOMA, SIJIL DAN KEPUJIAN AKADEMIK LAIN SECARA AEGROTAT DAN ANUMERTA

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

BAB IV KERTAS KERJA SEMAKAN KURIKULUM

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

BUKU PANDUAN KEWANGAN PROGRAM DIPLOMA SEPENUH MASA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PINDAHAN KREDIT PROGRAM PENGAJIAN

PANDUAN PELAKSANAAN DAN SYARAT PENTAULIAHAN SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA BAGI PROGRAM PELAJAR ANTARABANGSA DI DALAM NEGARA

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (PENYELIAAN) (P )

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

PERATURAN PEMBAYARAN YURAN PELAJAR PASCASISWAZAH MOD KERJA KURSUS UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

MAKLUMAT UMUM IKLAN DAN PERMOHONAN JENIS PROGRAM PROGRAM PENGAJIAN

GARIS PANDUAN PENGURUSAN BANK ITEM DAN PERATURAN PEMARKAHAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 1. TUJUAN

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

BUKU PERATURAN AKADEMIK PROGRAM ASAS, DIPLOMA DAN SARJANA MUDA (PINDAAN PERTAMA)

GARIS PANDUAN CUTI PENYELIDIKAN. Tarikh KuatKuasa: 10/03/2008 Tarikh Kemaskini: Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia. Nombor Telefon:

PERATURAN PEMBAYARAN YURAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

(MASA) Hari terakhir bekerja sebelum semester bermula

GARIS PANDUAN PHD INDUSTRI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

DASAR LATIHAN INDUSTRI Universiti Malaysia Sabah

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P006

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA Kod Dokumen: UPM/OPR/CALC/P001 PROSEDUR PENGENDALIAN KURSUS TANPA KREDIT (CEL)

PERATURAN-PERATURAN AKADEMIK AHMAD NAZRI DAGANG

1. SYARAT-SYARAT, MAKLUMAT AM DAN TATACARA PENDAFTARAN KURSUS SECARA E-DAFTAR SEMESTER 1, SIDANG AKADEMIK 2017/2018

DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN GARIS PANDUAN CUTI SABATIKAL / CUTI SANGKUTAN INDUSTRI SECARA INBOUND

JADUAL AKTIVITI PENDAFTARAN KURSUS

KAPS-13 Kod Amalan Program Luar (Pesisir/Khas) SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

BUKU PANDUAN AKADEMIK SISWA SESI 2011/2012

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

GARIS PANDUAN GERAN SEPADAN (MATCHING GRANT) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

A. Pelajar baharu dalam program dengan tesis (Master atau PhD) 1. a. Mendaftar salah satu kursus berikut setiap semester pengajian (WAJIB):

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

GARIS PANDUAN ELAUN KEMUDAHAN KOMPUTER/NOTEBOOK KEPADA PENSYARAH DAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

PERATURAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA SEPENUH MASA)

BAHAGIAN I PERMULAAN. 1. (1) Peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Siswazah) 2015.

KANDUNGAN. 1. Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Tafsiran Penggubalan Item 3

Transkripsi:

PANDUAN MOBILITI PELAJAR 1. PENDAHULUAN (a) Program Mobiliti merupakan salah satu program Universiti yang dirancang untuk memastikan agenda pengantarabangsaan pendidikan tinggi negara seperti yang dihasratkan menerusi Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dapat dicapai. Menerusi program ini, pelbagai faedah akan dapat diperolehi oleh pelajar, Universiti dan Negara. Kerajaan dan majikan hari ini juga telah memperakui bahawa tenaga kerja pada masa hadapan mestilah terdiri daripada graduangraduan yang bukan saja terlatih dan kompeten tetapi merupakan ahli profesional yang mempunyai perspektif global agar berupaya menyelesaikan masalah - masalah ekonomi dan sosial dengan lebih berkesan. (b) (c) Program Mobiliti dapat memartabatkan jenama dan imej Universiti di mata dunia di samping menanda aras kualiti kurikulum menerusi pengiktirafan antarabangsa. Program ini juga akan menyemarakkan lagi usaha-usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pendidikan tinggi di peringkat antarabangsa. Faedah kepada pelajar yang menyertai program ini adalah seperti berikut:- (iii) Berpeluang merasai pengalaman belajar di negara asing atau Institusi Pengajian Tinggi dalam negara; Berpeluang untuk merasai budaya dan kehidupan di negara asing di dalam suasana yang berlainan; Berpeluang untuk memahami bidang pengajian dalam konteks yang lebih luas di dalam suasana pembelajaran, persekitaran dan budaya yang berbeza; 1

(iv) (v) (vi) (vii) (viii) Berpeluang menjalinkan hubungan persahabatan dan rangkaian (networking) dengan pelajar-pelajar asing atau daripada Institusi yang lain; Memperkaya pengalaman pembelajaran; Meningkatkan prospek kebolehkerjaan terutamanya di dalam pasaran antarabangsa; Meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris atau bahasa asing lain; dan Berpeluang mewakili Universiti serta negara selaku Duta Kecil dan seterusnya meningkatkan kematangan dan keyakinan diri serta kebolehan akademik. 2. PENJELASAN MENGENAI PROGRAM MOBILITI PELAJAR (a) (b) (c) (d) Program mobiliti pelajar melibatkan penempatan pelajar dari sebuah Universiti ke sebuah Universiti yang lain sama ada Universiti di dalam atau luar negara yang diiktiraf oleh Senat Universiti bagi satu tempoh masa yang tertentu. Bagi penempatan atau pertukaran pelajar UTeM ke Universiti lain, program ini dikenali sebagai Mobiliti Outbound yang mana UTeM adalah Universiti Asal (Home University) manakala Universiti lain yang mana pelajar ditempatkan dikenali sebagai Universiti Hos (Host University). Bagi penempatan atau pertukaran pelajar Universiti lain ke UTeM, program ini dikenali sebagai Mobiliti Inbound di mana UTeM adalah Universiti Hos (Host University) manakala Universiti di mana pelajar berdaftar ialah Universiti Asal (Home University). Terdapat dua (2) jenis program mobiliti pelajar iaitu berkredit dan tidak berkredit:- 2

Bagi program mobiliti pelajar berkredit, pelajar mengambil mata pelajaran Universiti Hos yang setara dan kredit mata pelajaran tersebut akan diambil kira bagi menentukan Kedudukan Akademik pelajar di Universiti Asal. Tempoh program ini kebiasaannya selama satu (1) semester lazim pengajian yang mengandungi 14 minggu perkuliahan. Bagi program mobiliti pelajar tanpa berkredit: (a) (b) pelajar tidak mengambil mata pelajaran Universiti lain dan program lazimnya bersifat lawatan atau pertukaran budaya yang dilakukan di dalam tempoh yang pendek. Dalam program ini, pencapaian pelajar tidak akan diambil kira bagi penentuan Kedudukan Akademik; atau pelajar mengambil mata pelajaran Universiti lain sematamata untuk menambah ilmu pengetahuan sahaja tetapi tidak berhasrat untuk memasuk kira kredit mata pelajaran yang telah diikuti untuk memenuhi keperluan kredit untuk berijazah. (e) Terdapat dua (2) kategori pelaksanaan mobiliti pelajar berkredit di UTeM iaitu:- Mobiliti Bersifat Timbal Balik (Reciprocal) (a) UTeM mengikuti program pengajian di Universiti lain yang lazimnya, terdapat perjanjian terdahulu seperti Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai di antara UTeM dengan Universiti Hos tersebut. Pertukaran pelajar bersifat timbal balik (reciprocal) di mana pelajar UTeM akan menjalani pengajian di Universiti Hos manakala pelajar Universiti Hos pula akan menjalani pengajian di UTeM. Jumlah pelajar yang dihantar ke Universiti Hos dan diterima oleh UTeM adalah sama bilangannya. Kebiasaannya turut juga dipersetujui, yuran 3

tidak dikenakan oleh Universiti Hos tetapi pelajar masih perlu menyelesaikan yuran pengajiannya kepada UTeM seperti biasa. Mobiliti Bersifat Bukan Timbal Balik (Non Reciprocal) (a) UTeM mengikuti program pengajian di Universiti lain berdasarkan persetujuan antara UTeM dengan Universiti Hos tersebut. Bagi kes-kes ini, hanya satu pihak sahaja yang menghantar pelajar tetapi Universiti Hos tidak menghantar pelajarnya ke Universiti tersebut atau jumlah pelajar dari Universiti Asal yang dihantar tidak sama dengan jumlah pelajar dari Universiti Hos yang diterima. Pertukaran pelajar di sini bersifat non reciprocal dan yuran (yuran pengajian penuh atau mana-mana bahagian daripadanya) boleh dikenakan oleh mana-mana Universiti tertakluk kepada persetujuan bersama. (f) (g) Program Mobiliti Outbound Berkredit melibatkan pengiktirafan tempoh pengajian dan kredit mata pelajaran (serta mata nilai) yang telah lulus di Universiti lain dengan persetujuan UTeM, boleh dikira sebagai memenuhi syarat dan keperluan kursus pengajian di UTeM. Kredit mata pelajaran yang diperolehi bersama-sama gred dan mata nilai akan diambil kira bagi tujuan pengijazahan. Prestasi pelajar semasa mengikuti Program Mobiliti Outbound Berkredit juga akan direkodkan ke dalam transkrip. Bagi pelajar yang gagal di dalam Program Mobiliti Outbound Berkredit, tempoh menjalani program dan kredit mata pelajaran yang diambil di Universiti Hos akan diambil kira. Mata pelajaran yang gagal perlu diulang dan terdapat kemungkinan pelajar akan lewat menamatkan pelajaran. Panduan ini HANYA menggariskan tatacara bagi program mobiliti pelajar berkredit yang melibatkan penempatan pelajar UTeM di 4

Universiti Hos (outbound) sama ada ia bersifat timbal balik (reciprocal) atau bukan timbal balik (non reciprocal). 3. MOBILITI OUTBOUND BERKREDIT (a) Syarat Memohon mestilah warganegara Malaysia. Semua pelajar program Diploma atau Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran yang telah mendaftar kursus di UTeM adalah layak untuk memohon. (iii) hendaklah memperoleh CGPA terkini sekurangkurangnya 3.00 semasa membuat permohonan. (iv) (v) (vi) (vii) (viii) mestilah sihat tubuh badan dan tidak menghidapi sebarang sakit kronik. menguasai kemahiran bertutur dan menulis di dalam Bahasa Inggeris dengan baik. mestilah mempunyai rekod kelakuan yang baik dan hendaklah bebas dari sebarang pertuduhan tatatertib sebelum mengikuti program Mobilti Outbound Berkredit. mestilah berupaya menjaga nama baik dan imej UTeM di sepanjang program. mampu untuk membiayai sendiri kos-kos lain yang tidak ditanggung oleh UTeM. mestilah bebas dari sebarang hutang yuran atau lainlain caj dan bayaran tertunggak kepada UTeM. (ix) hendaklah telah menjalani sekurang-kurangnya satu (1) semester pengajian di UTeM. 5

(x) (xi) (xii) (xiii) Seseorang pelajar UTeM hanya dibenarkan mengikuti program Mobiliti Outbound Berkredit sekali sahaja di sepanjang pengajian. tidak dibenarkan menjalani program Mobiliti Outbound Berkredit pada semester akhir pengajiannya. mestilah berstatus aktif pada semester yang beliau menjalani program Mobiliti Outbound Berkredit. Permohonan hendaklah dihantar selewat lewatnya pada hari bekerja terakhir pada minggu ke 12 semester semasa jika ingin mengikuti Program Mobiliti Outbound Berkredit pada semester berikutnya. (xiv) perlu memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan oleh Universiti Hos. (b) Kaedah Memohon Mana-mana pelajar UTeM yang berminat untuk mengambil bahagian di dalam program Mobiliti Outbound Berkredit hendaklah mengemukakan permohonan bertulis kepada menggunakan borang yang disediakan. Hanya pelajar yang diluluskan sahaja yang dibenarkan mengikuti program Mobiliti Outbound Berkredit. (c) Tempoh Mobiliti Outbound Berkredit Tempoh yang dibenarkan bagi pelajar UTeM menjalani program Mobiliti Outbound berkredit ialah satu (1) semester lazim sahaja. 6

(d) Kesetaraan Mata an Sebelum memohon, pelajar-pelajar dinasihatkan agar mendapatkan maklumat dengan Penasihat Akademik masingmasing dan meneliti portfolio Universiti Hos, kalendar pengajian serta mata pelajaran yang akan diikuti. Bagi Universiti Hos yang mempunyai MoA atau MoU dengan UTeM, Fakulti kebiasaannya telah membuat jadual pemetaan dan persetaraan mata pelajaran Universiti Hos dengan UTeM yang boleh didaftarkan oleh pelajar semasa mengikuti program Mobiliti Outbound Berkredit. (iii) (iv) Bagi Universiti Hos yang tidak mempunyai MoA atau MoU dengan UTeM, pelajar hendaklah berbincang dengan Timbalan Dekan (Akademik) Fakulti tentang kesesuaian kurikulum dan kesetaraan mata pelajaran yang akan diikuti. Persetujuan daripada Timbalan Dekan (Akademik) Fakulti perlu diperolehi terlebih dahulu bagi mengelakkan masalah ketidaksetaraan mata pelajaran. Bagi mata pelajaran di Universiti Hos yang mempunyai pra-syarat, pelajar perlu menyemak dan memastikan pra-syarat tersebut telah dipenuhi terlebih dahulu. hendaklah meneliti dan memastikan isi kandungan pembelajaran mata pelajaran yang akan diikuti di Universiti Hos adalah sekurang-kurangnya 80% setara dengan isi kandungan pembelajaran mata pelajaran yang diikuti di UTeM dan disahkan oleh Fakulti. Pengambilan mata pelajaran yang tidak memenuhi ketetapan ini akan menyebabkan pelajar terpaksa mengambil mata pelajaran semula di UTeM dan pelajar mungkin akan lewat menamatkan pengajiannya. perlu memastikan program pengajian yang diikuti oleh pelajar didalam program Mobiliti Outbound Berkredit telah diiktiraf atau mendapat akreditasi di negara Universiti Hos. 7

(v) Umumnya, mana-mana mata pelajaran boleh diambil semasa menjalani program Mobiliti Outbound Berkredit tertakluk kepada kelulusan Fakulti. (d) Pendaftaran Mata an (iii) (iv) yang telah diluluskan untuk mengikuti program Mobiliti Outbound Berkredit hendaklah mendaftarkan mata pelajaran UTeM yang telah disetarakan dengan mata pelajaran di Universiti Hos menerusi Sistem Maklumat (SMP) mengikut peraturan dan prosedur pada minggu ke 13 hingga 15 semester semasa. hendaklah mendaftar mata pelajaran menggunakan kod yang telah diluluskan sahaja. Jumlah beban kredit maksimum mata pelajaran yang diambil di dalam program Mobiliti Outbound mestilah tidak melebihi daripada 30% daripada keseluruhan kredit yang diperlukan pelajar untuk berijazah bagi program yang diikuti di UTeM. Nilai kredit mata pelajaran yang akan diambil di Universiti Hos mestilah setara dengan nilai beban kredit mata pelajaran di UTeM. (e) Beban Kredit Semua pelajar yang mengikuti Mobiliti Outbound Berkredit mesti mengambil sekurang-kurangnya 12 kredit pada semester berkenaan. yang mengambil kurang daripada 12 kredit hendaklah mendapat kebenaran Dekan Fakulti di UTeM. 8

Beban kredit maksimum bagi pelajar yang mengikuti program Mobiliti Outbound Berkredit pada sesuatu semester ialah seperti berikut:- (a) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan 18 kredit (b) Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer, Teknologi Maklumat, Teknousahawanan & Pengurusan Teknologi serta Teknologi Kejuruteraan 20 kredit (c) Diploma 18 kredit (d) Ijazah Kedoktoran atau Sarjana secara Penyelidikan - (e) Ijazah Sarjana secara Mod Campuran 12 kredit (f) Ijazah Sarjana secara Kerja Kursus 18 kredit yang ingin mengambil lebih daripada jumlah kredit di atas hendaklah mendapatkan kebenaran Dekan Fakulti di Universiti Hos serta di UTeM. Penambahan, pengguguran atau tarik diri mata pelajaran di Universiti Hos tidak dibenarkan kecuali setelah mendapat kebenaran dari Dekan Fakulti di UTeM dan di Universiti Hos tertakluk kepada jumlah kredit minimum dan maksimum di perenggan i (a) dan (b) diatas. 9

(f) Keputusan Peperiksaan (iii) (iv) UTeM yang mengikuti program Mobiliti Outbound Berkredit diwajibkan mengikuti semua bentuk pertemuan dan penilaian di Universiti Hos dan adalah tertakluk kepada kalendar pengajian serta peraturan akademik Universiti Hos. Universiti Hos berkuasa penuh untuk memberi markah penilaian pelajar mengikut peraturan penilaian Universiti Hos. Universiti Hos perlu menghantar slip keputusan peperiksaan pelajar kepada selepas disahkan oleh Senat Universiti Hos. Bahagian Pengurusan Akademik / PPS bertanggungjawab untuk memproses keputusan peperiksaan pelajar dari Universiti Hos. Hanya gred mata pelajaran akan diserahkan oleh Universiti Hos kepada UTeM. Seterusnya UTeM akan mengira GPA dan CGPA semester tersebut berdasarkan mata nilai yang diuntukkan kepada gred setiap mata pelajaran mengikut sistem penggredan UTeM. Bergantung kepada jadual urusan kerja pengesahan keputusan peperiksaan Universiti Hos, ada kemungkinan keputusan pelajar tidak sempat diperolehi sebelum bermulanya sesi perkuliahan semester berikutnya. Keputusan peperiksaan pelajar akan dicatatkan sebagai Tidak Selesai (TS) sehingga keputusan semester tersebut disahkan oleh Senat UTeM. Di dalam keadaan ini, pelajar dibenarkan untuk mendaftar kursus dan mata pelajaran untuk semester berikutnya walaupun belum mendapat keputusan peperiksaan semester semasa yang beliau menjalani program Mobiliti Outbound Berkredit. (g) Pendaftaran Kursus Semula yang kembali daripada mengikuti program Mobiliti Outbound Berkredit hendaklah mendaftar kursus semula di Bahagian 10

Pengurusan Akademik pada hari pertama perkuliahan semester berikutnya. Ini bertujuan untuk mengaktifkan kembali status pelajar daripada status Mobiliti kepada Aktif. (h) Pendaftaran Mata an Semester Berikutnya hendaklah melakukan pendaftaran mata pelajaran yang bakal diikuti pada semester berikutnya (setelah selesai menjalani Program Mobiliti Outbound Berkredit) pada minggu 13-15 semester bersamasama Penasihat Akademik mengikut tarikh di dalam Kalendar Akademik UTeM. Yuran Program Mobiliti Outbound Berkredit secara timbal balik (reciprocal) (a) UTeM hendaklah membayar yuran pengajian kepada UTeM seperti biasa tertakluk kepada peraturan pembayaran yang berkaitan. Universiti Hos tidak mengenakan apa jua yuran kepada pelajar. Walau bagaimanapun, jika pelajar tidak menggunakan kemudahan yang disediakan oleh Universiti Hos, contohnya asrama, semua kos dan perbelanjaan bagi keperluan khas pelajar tersebut hendaklah ditanggung sendiri oleh pelajar. (b) Urusan pengangkutan pelajar, buku teks, dan item-item peribadi lain ditanggung sendiri oleh pelajar. Program mobiliti pelajar berkredit secara bukan timbal balik (non reciprocal) (a) UTeM hendaklah membayar yuran pengajian kepada UTeM seperti biasa tetapi semua yuran tersebut 11

akan disalurkan kepada Universiti Hos oleh Pejabat Bendahari UTeM. Jika berlaku kekurangan pada jumlah yuran yang disalurkan dengan yuran sebenar Universiti Hos, Universiti Hos berhak untuk meminta pelajar menjelaskan perbezaan amaun yuran pengajian tersebut. (b) Urusan pengangkutan pelajar, buku teks, dan item-item peribadi lain ditanggung sendiri oleh pelajar. (j) Transkrip Akademik Mata an yang telah diambil oleh pelajar semasa menjalani program Mobiliti Outbound Berkredit akan dicatatkan dalam Transkrip Akademik. (k) Bantuan Kewangan dinasihatkan meneliti implikasi kewangan dan memastikan mempunyai kewangan yang mencukupi untuk menampung semua perbelanjaan semasa mengikuti program Mobiliti Outbound Berkredit. Walau bagaimanapun, UTeM ada menyediakan Tabung Mobiliti sebagai bantuan kewangan kepada pelajar yang tidak layak. Pemberian bantuan kewangan ini meliputi bantuan sara diri, insurans dan kos pengangkutan tertakluk kepada syaratsyarat yang ditetapkan oleh Universiti. (l) Menarik diri dari program Mobiliti Outbound Berkredit UTeM yang telah memulakan pengajian di Universiti Hos tidak dibenarkan menarik diri, kecuali setelah mendapat kebenaran khas Dekan Fakulti di UTeM. Jika pelajar menarik diri selepas 14 hari perkuliahan bermula mengikut kalendar 12

akademik UTeM, pelajar hendaklah menangguhkan pengajian bagi semester tersebut. Bagi pelajar yang telah diluluskan bantuan kewangan, semua wang bantuan yang telah diterima hendaklah dikembalikan kepada UTeM. (m) Insurans Semua pelajar UTeM yang mengikuti program Mobiliti Outbound Berkredit mesti mempunyai insurans perubatan untuk menampung kos perubatan yang mungkin timbul dan kos insurans tersebut perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. (n) Pengangkutan dan Visa bertanggungjawab untuk mendapatkan visa serta dokumen kemasukan (jika berkaitan) sebelum mereka bertolak. Pejabat Antarabangsa UTeM akan membantu pelajar berkenaan untuk menyediakan dokumen perjalanan dan proses mendapatkan visa (di mana bersesuaian). (o) Penamatan Program UTeM berhak untuk menamatkan program Mobiliti Outbound sekiranya mendapati pelajar melanggar mana-mana peraturan tatatertib Universiti Hos.Jika pelajar telah diluluskan bantuan kewangan, semua wang bantuan tersebut hendaklah dikembalikan kepada UTeM. Bagi penamatan yang berkuatkuasa selepas14 hari perkuliahan bermula mengikut kalendar akademik UTeM, pelajar hendaklah menangguhkan pengajian bagi semester tersebut. 13

4. CARTA ALIR PROSES PELAKSANAAN PROGRAM MOBILITI OUTBOUND BERKREDIT Carta alir proses pelaksanaan program Mobiliti Outbound Berkredit adalah seperti di LAMPIRAN A. 5. TANGGUNGJAWAB PIHAK-PIHAK BERKAITAN (a) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) (ix) Menyemak portfolio Universiti Hos, kalendar pengajian serta matapelajaran yang boleh diikuti di dalam program Mobiliti Outbound Berkredit; Membuat permohonan menggunakan borang yang ditetapkan; Membuat persiapan mental dan fizikal sebelum menjalani program; Membuat persiapan kewangan yang sewajarnya termasuk memohon bantuan kewangan dari UTeM (jika perlu); Mendaftar mata pelajaran yang hendak diikuti menerusi SMP semasa mengikuti program Mobiliti Outbound Berkredit; Melaporkan diri kepada Fakulti/ pihak yang berkuasa apabila tiba di Universiti Hos; Mengikuti segala bentuk pengajaran dan pembelajaran di Universiti Hos; Mematuhi segala peraturan dan undang-undang Universiti Hos; Melapor diri untuk pendaftaran semula kursus di Bahagian Pengurusan Akademik setelah selesai menjalani program Mobiliti Outbound berkredit; 14

(x) (xi) (xii) Mendaftar mata pelajaran menerusi SMP bagi mata pelajaran yang akan diambil bagi semester berikutnya mengikut tempoh pendaftaran wajib mata pelajaran seperti biasa; Memulangkan semula wang bantuan kewangan yang diberikan oleh UTeM sekiranya terpaksa menamatkan diri atau ditamatkan daripada mengikuti program Mobiliti Outbound Berkredit lebih awal; dan Membuat pembentangan hasil pembelajaran dibawah program Mobiliti Outbound Berkredit dalam sesi perkongsian anjuran Fakulti. (b) Fakulti (iii) Membuat pemetaan dan persetaraan mata pelajaran; Menasihati pelajar tentang pemilihan mata pelajaran; Menyusun semula dan menyediakan Pelan Pembelajaran baharu bagi pelajar; (iv) Memberi perakuan kepada pelajar-pelajar yang layak dipertimbangkan kelulusan untuk menjalani program Mobiliti Outbound Berkredit; dan (v) Menimbangkan dan meluluskan permohonan menarik diri mata pelajaran tertakluk kepada beban kredit minimum yang dibenarkan. (c) Bahagian Pengurusan Akademik Menyediakan surat tawaran kepada pelajar; Mengemas kini rekod status pelajar di dalam SMP; 15

(iii) (iv) (v) Menguruskan pengesahan keputusan peperiksaan pelajar yang telah menjalani program Mobiliti Outbound Berkredit; Menguruskan pendaftaran kursus semula dan pendaftaran mata pelajaran bagi pelajar-pelajar yang telah selesai menjalani program Mobiliti Outbound berkredit; dan Mengeluarkan slip keputusan peperiksaan. (d) (iii) (iv) (v) (vi) Menerima dan mengagihkan borang permohonan daripada pelajar kepada Fakulti untuk perakuan; Menguruskan permohonan dokumen perjalanan diri serta visa; Memberikan taklimat kepada pelajar sebelum pelajar menjalani program Mobiliti Outbound Berkredit; Memantau hal ehwal dan kebajikan pelajar-pelajar yang sedang menjalani program Mobiliti Outbound Berkredit; Menjadi Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Tabung Mobiliti dan menguruskan bantuan kewangan kepada pelajar yang diluluskan bantuan; dan Mendapatkan keputusan peperiksaan pelajar dari Universiti Hos. 6. PENUTUP Panduan Mobiliti ini hendaklah dibaca bersama Peraturan Akademik dan Panduan Sistem Peraturan Akademik Universiti. 16

CARTA ALIR PROSES MOBILITI OUTBOUND BERKREDIT (PERINGKAT PERANCANGAN DAN PERSEDIAAN) Mula Tanggungjawab Maklumat asas bilangan tempat (unjuran) dan senarai Universiti Hos berdasarkan MoU atau Gagasan (contoh UNINET/MTUN dsb) disediakan Maklumat asas dihantar kepada Fakulti Kurikulum Universiti Hos berbanding dengan kurikulum kursus di UTeM disemak Fakulti Jadual pemetaan dan persetaraan berdasarkan matapelajaran di Universiti Hos dibuat Fakulti Jadual persetaraan mata pelajaran didokumenkan Fakulti Maklumat pemetaan dan persetaraan mata pelajaran dimaklumkan kepada Fakulti Iklan disiarkan dan permohonan dibuka untuk pelajar memohon menjalani program Mobiliti Outbound Berkredit Tamat 17

Mula CARTA ALIR PROSES MOBILITI OUTBOUND BERKREDIT (PERINGKAT PERMOHONAN DAN KELULUSAN) Tanggungjawab Menyemak senarai Universiti Hos dan mata pelajaran yang disetarakan serta berbincang bersama - sama Penasihat Akademik Mengisi borang permohonan menjalani program Mobiliti Outbound Berkredit tertakluk kepada syarat-syarat Menghantar borang ke Mengumpul menyemak dan mengagihkan borang permohonan kepada Fakulti Tidak Layak Membuat keputusan. Menyediakan susunan dan pelan pembelajaran baharu untuk pelajar-pelajar yang terpilih. Layak Fakulti Mengeluarkan surat jawapan tidak berjaya kepada pelajar Menerima senarai pendek perakuan dari Fakulti Menghantar kepada Mesyuarat Jawatankuasa Tabung Mobiliti untuk kelulusan Menerima kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Tabung Mobiliti A 18

A Tidak Lulus Lulus Mengeluarkan surat jawapan tidak berjaya kepada pelajar Memaklumkan BPA/PPS untuk menyediakan surat tawaran Menyediakan surat tawaran dan dihantar kepada pelajar Pejabat Antarabangsa BPA/PPS tolak tawaran terima tawaran Tamat Mendaftar matapelajaran UTeM (Minggu ke 13 15 Semester) dalam SMP Menghabiskan perkuliahan dan penilaian semester semasa di UTeM seperti biasa Membuat persiapan diri, visa, dokumen perjalanan dsbnya Menguruskan urusan visa, dokumen perjalanan Pejabat Antarabangsa Memberi taklimat kepada pelajar yang bakal menjalani program mobiliti Pejabat Antarabangsa Cuti akhir sesi akademik Tamat 19

CARTA ALIR PROSES MOBILITI OUTBOUND BERKREDIT (PERINGKAT PELAKSANAAN) Mula Tanggungjawab Melapor diri di Universiti Hos mengikut tarikh pendaftaran di Universiti Hos Menyemak dan mendaftar mata pelajaran Universiti Hos Menjalani kuliah atau sebarang bentuk pertemuan dan sebagainya di Universiti Hos Mendaftar masuk (log in) ke SMP UTeM dan mendaftar subjek UTeM pada minggu 13-15 Semester (untuk diambil selepas selesai menjalani Program Mobiliti Outbound Berkredit) Memantau hal ehwal dan kebajikan pelajar Mengambil peperiksaan akhir di Universiti Hos Pemarkahan dan gred Universiti Hos Universiti Hos menghantar gred mata pelajaran kepada Universiti Hos Menghantar keputusan gred mata pelajaran kepada BPA /PPS dan Fakulti Mengedarkan dan mengutip borang kepada pelajar untuk mendapatkan maklumbalas Program Mobiliti Outbound Berkredit Tamat 20

CARTA ALIR PROSES MOBILITI OUTBOUND BERKREDIT (PERINGKATMENGELUARKAN KEPUTUSAN) Mula Tanggungjawab Memasukkan gred ke dalam SMP mengikut setiap mata pelajaran UTeM yang telah disetarakan dengan mata pelajaran Universiti Hos Mengeluarkan fail keputusan BPA/PPS Pusat Komputer/ BPA/PPS Mesyuarat JKTS Peperiksaan memperakukan keputusan Kedudukan Akademik JKTS Mengenai Peperiksaan/ Keputusan Peperiksaan Mengesahkan keputusan Kedudukan Akademik Senat Mengemukakan keputusan kepada BPA/PPS Menghantar keputusan kepada pelajar Tamat 21