PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) TAHUN oleh

dokumen-dokumen yang mirip
KENYATAAN AKHBAR. oleh Y. BHG. PROF. TAN SRI DATO DZULKIFLI BIN ABDUL RAZAK PENGERUSI MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. tentang

Sidang Akademik 2017/2018 Pengambilan Pelajar UNIVERSITI SAINS MALAYSIA SYARAT AM. Syarat Am Universiti

PENGUMUMAN ANALISIS KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN Oleh

Sidang Akademik 2017/2018 Pengambilan Pelajar UNIVERSITI SAINS MALAYSIA SYARAT AM. Syarat Am Universiti

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SYARAT KEMASUKAN BAGI PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA SIDANG AKADEMIK 2018/2019

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SYARAT KEMASUKAN BAGI PROGRAM SARJANA MUDA (SEPARUH MASA) LEPASAN STPM SESI AKADEMIK 2016/2017 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

LULUSAN DIPLOMA/SETARAF ALIRAN SASTERA SENARAI SEMUA PROGRAM YANG DITAWARKAN OLEH UNIMAP

SYARAT AM UNIVERSITI DAN SYARAT KHAS PROGRAM BAGI LEPASAN STPM, MATRIKULASI/ASASI DAN DIPLOMA/SETARAF SESI 2013/2014. Dan. Dan. Dan.

SARJANA MUDA PENGURUSAN HARTA TANAH DENGAN KEPUJIAN

IPTA : UM - Universiti Malaya KATEGORI : Kategori STPM ALIRAN : Sastera FAKULTI : -- Semua Fakulti -- (i) Program Pengajian. Kelayakan Minimum.

SARJANA MUDA PENGURUSAN TEKNOLOGI (PEMBINAAN) DENGAN KEPUJIAN

SARJANA MUDA PENGURUSAN TEKNOLOGI (PENGELUARAN & OPERASI) DENGAN KEPUJIAN

Kelayakan Minimum Diploma/Setaraf. atau. atau

SYARAT KEMASUKAN BAGI PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA SIDANG AKADEMIK 2018/2019

LULUSAN MATRIKULASI/ASASI ALIRAN PERAKAUNAN SENARAI SEMUA PROGRAM YANG DITAWARKAN OLEH UTM

Kelayakan Minimum Diploma/Setaraf. atau. atau

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

ISI KANDUNGAN SYARAT AM UNIVERSITI 1. SYARAT KELAYAKAN KHAS PROGRAM ALIRAN SASTERA Fakulti Undang-Undang 2 PROSPEK KERJAYA 4

Kelayakan Minimum Diploma/Setaraf. atau. atau

LULUSAN MATRIKULASI /ASASI ALIRAN PERAKAUNAN SENARAI SEMUA PROGRAM YANG DITAWARKAN OLEH UNIMAS

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA TAHUN 2011 ARAHAN AM

PANDUAN SYARAT KHAS PROGRAM PENGAJIAN DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

SYARAT KEMASUKAN BAGI PROGRAM SARJANA MUDA (SEPARUH MASA) LEPASAN STPM SESI AKADEMIK 2017/2018 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

LAPORAN ANALISIS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

LULUSAN STAM SENARAI SEMUA PROGRAM YANG DITAWARKAN OLEH UKM

Kelayakan Minimum STPM

SYARAT KEMASUKAN BAGI PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH SIDANG AKADEMIK

SYARAT KHAS KEMASUKAN PROGRAM PENGAJIAN UNISZA SESI AKADEMIK 2018/2019 SYARAT AM

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK KE TINGKATAN ENAM BAWAH 2009 DI SEKOLAH MENENGAH HARIAN

KELAYAKAN MINIMUM (Kategori Diploma/Setaraf IB,AUSMAT, A Level dan lain-lain) PROGRAM SARJANA MUDA

LULUSAN STPM ALIRAN SAINS SENARAI SEMUA PROGRAM YANG DITAWARKAN OLEH UMT CARIAN SYARAT PROGRAM PENGAJIAN BERDASARKAN IPTA

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

LULUSAN MATRIKULASI/ASASI ALIRAN PERAKAUNAN SENARAI SEMUA PROGRAM YANG DITAWARKAN OLEH UMK

minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 4 (922/4)

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA PANDUAN PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM IJAZAH PERTAMA MELALUI SALURAN KEDUA KEMASUKAN SEPTEMBER SESI 2011/2012

PANDUAN SYARAT KHAS PROGRAM PENGAJIAN DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

BAHAGIAN A DASAR PENGAMBILAN PELAJAR

SYARAT KEMASUKAN PROGRAM IJAZAH PERTAMA UKM SESI AKADEMIK 2017/2018 (CALON LEPASAN STPM, MATRIKULASI) SYARAT LAMA (CALON LEPASAN STPM/MATRIKULASI)

Manual Pelajar (Untuk Calon Sekolah Kerajaan dan Calon Sekolah Bantuan Kerajaan)

PINDAH KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN UPNM

Manual Pelaksanaan Kerja Kursus Bahasa Melayu Kertas 4 (910/4): Penulisan Esei Berformat

Kelayakan Minimum STPM

Pemilihan Pakej Mata Pelajaran Tingkatan Empat Tahun 2011 dan SPM tahun 2012

LULUSAN MATRIKULASI/ASASI ALIRAN PERAKAUNAN SENARAI SEMUA PROGRAM YANG DITAWARKAN OLEH UTHM

SKIM PRIHATIN PENDIDIKAN 1MALAYSIA (SPP1M) LAMPIRAN FAKTA A) SKIM PRIHATIN PENDIDIKAN 1MALAYSIA

PUSAT PENGAJIAN PEMBANGUNAN SOSIAL DAN EKONOMI

PUSAT PENGAJIAN PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN MARITIM

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM5, (Minimum) - RM10, (Maksimum)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) SYARAT KEMASUKAN BAGI PROGRAM LEPASAN DIPLOMA/SETARAF SESI AKADEMIK 2016/2017

Yang Berhormat, Dato Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia,

Manual Kerja Kursus Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 4 (922/4)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERMOHONAN KEMASUKAN CALON LALUAN KHAS CSR KE PROGRAM BACELOR BAGI SEMESTER PERTAMA SESI 2015/2016

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 4 (922/4)

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

(1) Curriculum Vitae (CV) penuh yang terkini beserta gambar berukuran pasport. CV hendaklah mengandungi maklumat-maklumat berikut:

Kelayakan Minimum STPM

1 Pentaksiran Pra-Diploma ( semester 1 hingga semester 4) adalah tertakluk kepada Buku Panduan Pentaksiran yang dikeluarkan oleh LP.

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2016

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) BAGI PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN) TAHUN Apakah itu Program Ijazah Dalam Negara Tahun 2017?

TEKS UCAPAN. Y.Bhg Encik Mohd Zein Bin Mohd Sahid, Penolong Pengarah Kanan di bahagian Bimbingan Seni Budaya di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

TEKS UCAPAN ALUAN PENDAFTAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM TAHUN NOVEMBER 2014

JPA(S)324/1 Klt. 36(17) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2005

Anugerah dan pengiktirafan yang diberikan adalah dalam bentuk berikut:

ANUGERAH BIASISWA LUAR NEGARA PNB 2018

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2017

SYARAT KEMASUKAN CALON LEPASAN STAM SESI AKADEMIK

KERTAS KONSEP. Piala Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia A.S.A.T

SKIM PINJAMAN PELAJARAN TINGGI FELDA

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

BAHAGIAN LATIHAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM ARAHAN PENTADBIRAN BAHAGIAN LATIHAN BILANGAN 1 TAHUN 2008

BORANG PERMOHONAN PINJAMAN PENGAJIAN TINGGI TIMUR TENGAH TAJAAN MAJIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN

SYARAT KEMASUKAN PROGRAM PENGAJIAN JARAK JAUH

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN DUAL LANGUAGE PROGRAMME (DLP)

Teks Ucapan. YB Datuk Abdul Rahim bin Bakri Timbalan Menteri Pertahanan Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Ke-50

DRAF TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

MKSP ISO UPM 2016 LAMPIRAN 18 STATUS TINDAKAN PEMBETULAN QMS TINDAKAN PEMBETULAN

Pindaan 2013 (Bilangan 1)

KONVOKESYEN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA KE-20

Pada tahun 2005 nama Anugerah ini telah ditukarkan kepada Anugerah Pendidik Sanjungan (APS). Tahun ini merupakan tahun kelapan pelaksanaan APS USM.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Bagi Kawasam Sungai Lembing; Pengurus Besar, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MALAYSIA

TEKS UCAPAN YBHG. KOL. PROF. DATUK DR. KAMARUZAMAN HJ. AMPON NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH DI MAJLIS PENUTUPAN BENGKEL PENULISAN BUKU

INSTITUT PENYELIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA MALAYSIA (MIROS)

KAPS-12 Kod Amalan Syarat Kemasukan Khas - Bahasa Inggeris, Kesihatan SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

ROHANA TAN BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK

TEKS UCAPAN ALUAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

PUSAT PENGAJIAN PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN MARITIM 1. GS68 SARJANA MUDA SAINS (SAINS NAUTIKA DAN PENGANGKUTAN MARITIM)

Transkripsi:

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) TAHUN 2016 oleh YBHG. PROF. DATO SERI DR. MOHAMED MUSTAFA ISHAK PENGERUSI MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA NAIB CANSELOR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM) Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam Sehati Sejiwa, dan Salam Satu Malaysia 1. Sukacita saya memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan STPM 2016 akan dikeluarkan pada hari ini, Selasa, 28 Februari 2017. Calon sekolah kerajaan dan sekolah swasta boleh mendapatkan slip keputusan di sekolah masing-masing pada jam 12:00 tengah hari ini, manakala calon persendirian akan mendapat slip keputusan mereka melalui pos. Di samping itu, semua calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan melalui portal MPM [www.mpm.edu.my] dan juga melalui SMS (sistem mesej singkat) di talian 15888. 2. Calon STPM 2016 merupakan kohort keempat dalam sistem pentaksiran baharu STPM (Modular) yang dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) sejak diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) pada 4 Januari 2012 bagi 1

menggantikan peperiksaan STPM Terminal yang telah dikendalikan sejak tahun 1982. 3. Peperiksaan bertulis dijalankan pada tiga penggal, iaitu Penggal 1, Penggal 2, dan Penggal 3 dalam tempoh pengajian selama satu setengah tahun. Calon dibenarkan untuk memperbaiki keputusan peperiksaan bertulis Penggal 1 dan Penggal 2 dengan mengambil peperiksaan Ulangan bertulis bagi penggal tersebut pada bulan November. 4. Dalam sistem pentaksiran STPM terdapat juga Kerja Kursus dalam bentuk Kertas Projek, Kerja Lapangan, dan Amali Sains yang perlu dijalani oleh calon (bergantung kepada penawaran dalam mata pelajaran masing-masing) dan dinilai oleh guru sekolah dengan wajaran 20 peratus hingga 40 peratus. Jumlah mata pelajaran yang ditawarkan untuk STPM 2016 adalah sebanyak 22 mata pelajaran dengan 19 mata pelajaran menawarkan Kerja Kursus. 5. Peperiksaan bertulis Penggal 1 STPM 2016 telah dijalankan pada 17 hingga 24 November 2015, Penggal 2 pada 18 hingga 24 Mei 2016, dan Penggal 3 pada 7 hingga 14 November 2016. Peperiksaan Ulangan Penggal 1 pula telah diadakan pada 15 hingga 21 November 2016 dan Ulangan Penggal 2 pada 22 hingga 29 November 2016 yang lalu. Bilangan Calon 6. Bilangan calon yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan STPM 2016 telah mencatatkan peningkatan berbanding STPM 2

2015, iaitu daripada 45,515 kepada 47,122 calon, meningkat sebanyak 3.53 peratus (1,607 calon). Daripada jumlah calon yang mendaftar ini 43,235 calon (91.75 peratus) telah hadir. 7. Daripada jumlah yang hadir ini, 42,845 calon (99.10 peratus) daripadanya adalah calon Sekolah Kerajaan manakala baki yang lain adalah terdiri daripada calon sekolah swasta sebanyak 264 calon (0.61 peratus), calon persendirian individu sebanyak 114 calon (0.26 peratus), dan calon Sekolah Kerajaan Negeri sebanyak 12 calon (0.03 peratus). Bilangan Calon Mengikut Jantina, Aliran, dan Kaum 8. Bilangan calon perempuan yang menduduki peperiksaan STPM 2016 masih mengatasi bilangan calon lelaki dengan nisbah 2:1. Sebanyak 29,854 calon (69.05 peratus) yang hadir adalah calon perempuan manakala baki 13,381 (30.95 peratus) adalah calon lelaki. 9. Dari segi aliran pula, bilangan calon aliran Sains Sosial adalah sebanyak 37,033 calon (85.66 peratus) manakala 6,202 calon (14.34 peratus) adalah calon aliran Sains. 10. Daripada 43,235 calon yang hadir, kaum Bumiputera sebanyak 29,614 calon (68.50 peratus), kaum Cina sebanyak 9,660 calon (22.34 peratus), kaum India sebanyak 2,321 calon (5.37 peratus), dan lain-lain kaum sebanyak 1,640 calon (3.79 peratus). 11. Dalam peperiksaan STPM 2016, 3,624 calon (7.69 peratus) telah mendaftar untuk lima mata pelajaran dan 43,440 calon (92.19 3

peratus) telah mendaftar untuk empat mata pelajaran. Bagi calon yang mendaftar lima mata pelajaran, sebanyak 3,310 calon (91.34 peratus) telah hadir. Manakala bagi calon yang telah mendaftar empat mata pelajaran, 39,911 calon (91.88 peratus) telah hadir. Hal ini menjadikan daripada 43,235 calon yang hadir dalam STPM 2016, 7.66 peratus mengambil lima mata pelajaran dan 92.31 peratus mengambil empat mata pelajaran. 12. Mata pelajaran Pengajian Am adalah mata pelajaran yang mempunyai bilangan calon terdaftar yang tertinggi, iaitu sebanyak 47,100 calon (berbanding 47,122 yang mendaftar. Ini kerana terdapat 22 calon yang tidak mendaftar Pengajian Am), diikuti sembilan mata pelajaran lain yang mempunyai bilangan calon terdaftar yang banyak yang melebihi 5,000 orang (sembilan mata pelajaran), iaitu mata pelajaran (a) Bahasa Melayu (29,719 calon), (b) Sejarah (24,228 calon), (c) Pengajian Perniagaan (17,821 calon), (d) Ekonomi (14,629 calon), (e) Geografi (12,801 calon), (f) Seni Visual (7,675 calon), (g) Mathematics T (6,513 calon), (h) Chemistry (6,382 calon), dan (i) Kesusasteraan Melayu Komunikatif (6,178 calon). 4

13. Mata pelajaran lain yang mempunyai bilangan terdaftar yang kurang daripada 5,000 calon (12 mata pelajaran) pula adalah mata pelajaran (a) Biology (3,782 calon), (b) Physics (2,796 calon), (c) Sains Sukan (2,646 calon), (d) Perakaunan (2,567 calon), (e) Syariah (2,069 calon), (f) Bahasa Arab (1,620 calon), (g) Usuluddin (1,069 calon), (h) Mathematics M (1,027 calon), (i) Information and Communications Technology (492 calon), (j) Bahasa Tamil (479 calon), (k) Bahasa Cina (325 calon), dan (l) Literature in English (79 calon). PENETAPAN STANDARD 14. Penetapan standard STPM dilaksanakan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pensijilan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dengan dinasihati dan dipantau oleh Cambridge International Examinations (CIE), England. Nasihat dan pemantauan secara berterusan dari CIE adalah bertujuan mengekalkan standard yang telah dilaksanakan semenjak STPM 1982. Pengiktirafan dari CIE ini terzahir di belakang Sijil STPM. Wakil dari CIE, England yang hadir pada Mesyuarat Jawatankuasa Pensijilan STPM 2016 kali ini 5

ialah Mr. Mark Dowling, Consultant of CIE. Berikut adalah sedikit petikan daripada laporan daripada Mr. Mark Dowling tentang mesyuarat tersebut: The declared objective was to maintain the standard of each STPM subject by determining the lowest mark for which the performance of the current year can be deemed equivalent to that achieved by candidates at the lowest mark for the same grade the previous year. The meetings were conducted in the familiar efficient way, using the excellent Excel spreadsheets which enabled us to see readily the effect of alternative thresholds. Files of evidence followed a standard template of information which is very clear. (Mark Dowling, Consultant of CIE) PENCAPAIAN KESELURUHAN CALON 15. Sukacita saya, sebagai Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia memaklumkan bahawa secara keseluruhannya pencapaian calon dalam peperiksaan STPM 2016 telah terus meningkat dalam kesemua kriteria pengukuran pencapaian calon. Peningkatan ini juga mengatasi semua pencapaian sejak STPM modular diperkenalkan pada tahun 2013. Peningkatan peperiksaan STPM 2016 berbanding dengan STPM 2015 terlihat pada (a) Peningkatan Purata Nilai Gred Keseluruhan Nasional (PNGK), (b) peningkatan pada PNGK 4.00, (c) peningkatan pada PNGK 3.00 ke atas, 6

(d) peningkatan pada PNGK 2.75 ke atas, (e) peningkatan calon yang mendapat A dalam lima dan empat mata pelajaran, dan (f) peningkatan pada lulus penuh. 16. PNGK Nasional telah mencatatkan peningkatan dari 2.65 dalam peperiksaan STPM 2015 kepada 2.71 dalam peperiksaan STPM 2016. PNGK calon Sekolah Kerajaan juga didapati mengatasi PNGK Nasional, iaitu 2.72. 17. Bilangan calon yang mendapat PNGK 4.00 (Four Flat) daripada keseluruhan calon yang hadir dalam peperiksaan STPM 2016 telah bertambah, iaitu daripada 335 calon (0.80 peratus) kepada 565 calon (1.31 peratus), iaitu meningkat sebanyak 230 calon dengan perbezaan peratus sebanyak 0.51 peratus berbanding dengan tahun 2015. 18. Bilangan dan peratusan calon yang mendapat PNGK 3.00 ke atas, juga telah mencatat pertambahan bilangan calon, iaitu bertambah kepada 16,263 calon (37.62 peratus) pada tahun 2016 berbanding tahun 2015 sebanyak 14,263 calon (33.97 peratus). 19. Begitu juga halnya dengan bilangan calon yang mendapat PNGK 2.75 ke atas, juga telah mencatatkan peningkatan, iaitu daripada 20,359 calon (48.49 peratus) dalam peperiksaan STPM 2015 kepada 22,407 calon (51.83 peratus) daripada bilangan calon yang hadir dalam peperiksaan STPM 2016. 7

20. Dengan peningkatan peratusan dan bilangan calon yang mendapat PNGK 3.50 ke atas dan 2.75 ke atas, saya menjangkakan peluang lepasan STPM 2016 untuk diterima masuk ke Universiti Awam (UA) adalah lebih besar. PNGK Pencapaian Calon Mengikut Aliran dan Jantina 21. PNGK Nasional calon aliran Sains adalah 2.73 mengatasi calon aliran Sains Sosial, iaitu 2.71. Walau bagaimanapun, PNGK calon bagi kedua-dua aliran telah menunjukkan jumlah peningkatan yang sama, iaitu sebanyak 0.07 mata berbanding PNGK tahun 2015. 22. Dari segi analisis pencapaian PNGK calon mengikut aliran yang mendapat PNGK 4.00 pula, daripada 565 calon yang mendapat PNGK 4.00, bilangan calon aliran Sains Sosial yang mendapat PNGK 4.00 adalah sebanyak 419 calon manakala bilangan calon Sains yang mendapat PNGK 4.00 adalah 146 calon. 23. Dari segi pencapaian PNGK mengikut jantina pula, pencapaian calon perempuan seperti biasa telah mendahului calon lelaki, calon perempuan telah mendapat PNGK 2.75 berbanding calon lelaki yang mendapat PNGK 2.64. Walau bagaimanapun, dari segi peningkatan pencapaian PNGK, kedua-dua jantina telah menunjukkan peningkatan dalam PNGK berbanding tahun lepas. PNGK Calon Mengikut Lokasi Bandar Dan Luar Bandar 24. Perbezaan jurang pencapaian antara calon bandar dengan calon luar bandar dalam peperiksaan STPM 2016 adalah sangat kecil, 8

iaitu hanya 0.03 mata sahaja. Pencapaian PNGK calon bandar adalah 2.75 menakala PNGK calon luar bandar adalah 2.66. 25. Jika dibandingkan jurang antara tahun 2016 dan 2015, didapati jurang perbezaan PNGK antara bandar dan luar bandar sedikit mengembang, iaitu daripada 0.06 dalam STPM 2015 kepada 0.09 dalam STPM 2016, perbezaan sebanyak 0.03 mata sahaja. 26. Namun demikian, kedua-dua calon dari bandar dan luar bandar telah menunjukkan peningkatan pada PNGK 3.50 hingga 4.00. Calon luar bandar yang mendapat PNGK 3.50 hingga 4.00 telah menunjukkan peningkatan daripada 1,327 calon (8.07 peratus) kepada 1,952 calon (11.36 peratus). Pertambahan drastik telah berlaku pada bilangan calon luar bandar yang mendapat PNGK 4.00 dengan peratusan peningkatan lebih sekali ganda atau 148.33%, iaitu daripada 60 calon pada tahun 2015 kepada 149 calon pada tahun 2016. 27. Dari segi pencapaian calon bandar dan luar bandar mengikut aliran, pencapaian calon bandar masih mengatasi calon luar bandar dalam kedua-dua aliran. Dalam aliran Sains Sosial, PNGK calon bandar adalah 2.75 manakala PNGK calon luar bandar adalah 2.67. Begitu juga dalam aliran Sains, PNGK calon bandar adalah 2.75 berbanding calon luar bandar 2.56. Walau bagaimanapun, analisis mendapati PNGK calon luar bandar dalam kedua-dua aliran telah menunjukkan peningkatan berbanding STPM tahun sebelum, iaitu daripada 2.61 kepada 2.67 dalam aliran Sains Sosial dan 2.53 kepada 2.56 dalam aliran Sains. 9

PENINGKATAN CALON YANG MENDAPAT 5A DAN 4A 28. Dalam peperiksaan STPM 2016, 11 calon telah mendapat 5A dalam kelima-lima mata pelajaran yang diambil manakala bilangan calon yang mengambil lima mata pelajaran tetapi mendapat 4A juga didapati bertambah daripada 27 calon kepada 47 calon dalam peperiksaan STPM 2016 berbanding dalam peperiksaan STPM 2015. 29. Bilangan calon yang mendapat 4A dalam keempat-empat mata pelajaran juga telah bertambah kepada 517 calon (1.20 peratus) dalam peperiksaan STPM 2016 berbanding 302 calon pada peperiksaan STPM tahun sebelum. Ini menjadikan bilangan keseluruhan calon yang mendapat 5A dan 4A dalam peperiksaan STPM 2016 telah meningkat daripada 339 calon (0.81 peratus) kepada 575 calon (1.33 peratus). PENCAPAIAN CALON MENGIKUT KELULUSAN LULUS PENUH (PERINGKAT PRINSIPAL) 30. Dalam peperiksaan STPM, lulus penuh adalah dari gred C ke atas, lulus sebahagian adalah antara gred D ke gred C, dan gagal adalah pada gred F. 31. Untuk mengukur pencapaian keseluruhan calon STPM berdasarkan kelulusan lulus penuh dalam mata pelajaran, lulus penuh dalam lima dan empat mata pelajaran telah diambil kira. Seperti yang telah dimaklumkan, Bahagian Kemasukan Pelajar (BKP), Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi telah menetapkan syarat bahawa dalam suatu peperiksaan STPM, 10

lulus penuh dalam lima dan empat mata pelajaran sahaja termasuk mata pelajaran Pengajian Am akan dipertimbangkan untuk memasuki Universiti Awam. 32. Dalam peperiksaan STPM 2016, didapati peratusan dan bilangan calon yang mendapat lulus penuh dalam lima dan empat mata pelajaran telah meningkat kepada 31,079 calon (71.88 peratus) berbanding dengan pencapaian lulus penuh dalam lima dan empat mata pelajaran tahun sebelum, iaitu sebanyak 29,028 calon (69.14 peratus). 33. Lulus penuh dalam empat mata pelajaran telah mendapat peratusan tertinggi dalam peperiksaan STPM 2016, iaitu sebanyak 67.69 peratus atau 29,266 calon berbanding sebanyak 65.52 peratus atau 27,510 calon dalam peperiksaan tahun sebelumnya. 34. Calon Sekolah Kerajaan telah mencatatkan bilangan dan peratusan tertinggi yang mendapat lulus penuh pada lima dan empat mata pelajaran berbanding dengan calon sekolah swasta dan calon persendirian individu dengan masing-masing sebanyak 30,892 calon (71.45 peratus), 179 calon (0.41 peratus), dan 8 calon (0.02 peratus). 35. Calon Sekolah Kerajaan yang mendapat lulus penuh dalam 1 hingga 5 mata pelajaran juga telah menunjukkan peningkatan berbanding dengan peperiksaan tahun 2015 dengan peningkatan sebanyak 0.88 peratus, iaitu daripada 40,629 (96.77 peratus) kepada 42,220 calon (97.65 peratus). 11

36. Peningkatan peratusan lulus penuh dalam lima dan empat mata pelajaran juga memberikan gambaran bahawa pencapaian calon tingkatan enam di sekolah-sekolah kerajaan kini telah semakin baik, dipercayai hasil daripada Transformasi Tingkatan Enam yang diusahakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 37. Peningkatan pencapaian calon ini juga adalah hasil intervensi kepada guru tingkatan enam yang telah dilaksanakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia dan Bahagian-Bahagian yang berkenaan di Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Dasar Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri khususnya Sektor Penilaian dan Peperiksaan dan Sektor Pengurusan Akademik, Pejabat Pendidikan Daerah, dan pihak sekolah sendiri. PRESTASI MATA PELAJARAN 38. Secara keseluruhannya, kesemua 22 mata pelajaran yang ditawarkan dalam peperiksaan STPM 2016 telah mencatatkan peratusan lulus penuh melebihi 65%, iaitu gred C dan ke atas. 39. Dalam peperiksaan STPM 2016, enam mata pelajaran telah menunjukkan peningkatan dalam prestasi lulus penuh berbanding dengan prestasi pada tahun sebelumnya yang melebihi 3.00 peratus berbanding peperiksaan STPM 2015, iaitu mata pelajaran Literature in English, Information and Communications Technology, Mathematics M, Perakaunan, Ekonomi, dan Sains Sukan. Manakala 16 mata pelajaran lain selain daripada mata pelajaran yang disebut di atas tidak berubah prestasinya. 12

Prestasi Gred A Mata Pelajaran 40. Dalam peperiksaan STPM 2016, semua mata pelajaran mempunyai gred A. Sebanyak 21 mata pelajaran telah mencapai peratusan bilangan calon yang melebihi 5% pada gred A dan satu sahaja mata pelajaran yang mempunyai bilangan gred A yang kurang daripada 5%, iaitu mata pelajaran Bahasa Tamil. PRESTASI DAN ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG 41. Prestasi sekolah diukur berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS), iaitu jumlah PNGK semua calon bagi sesebuah sekolah dibahagikan dengan bilangan calon yang mempunyai PNGK di sekolah tersebut. Min PNGK Sekolah Kerajaan pada tahun 2016 telah meningkat kepada 2.72, berbanding 2.65 pada tahun 2015. 42. Sebagai menghargai pencapaian cemerlang sekolah yang mempunyai GPS tertinggi dengan bilangan calon yang tidak kurang daripada 40 orang, Majlis Peperiksaan Malaysia akan memberikan sijil penghargaan kepada 10 Sekolah Kerajaan yang mendapat GPS terbaik dalam STPM 2016. ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 43. Dalam peperiksaan STPM 2016, Majlis Peperiksaan Malaysia telah memilih 14 calon terbaik daripada 565 calon yang mendapat PNGK 4.00 untuk diberikan Anugerah Pelajar Cemerlang. 14 calon terbaik ini masing-masing 7 calon dari bandar dan luar bandar. 13

44. Majlis Peperiksaan Malaysia juga telah memilih tiga calon istimewa yang cemerlang yang mendapat PNGK 3.50 ke atas dalam peperiksaan STPM 2016 untuk diberikan penghargaan dan ganjaran khas sebagai menghargai usaha mereka untuk mencapai keputusan yang cemerlang walaupun menghadapi pelbagai kesukaran dalam keadaan jerih-perih. 45. Bagi menyokong dasar Kementerian Pendidikan Malaysia terhadap pendidikan untuk murid Orang Asli, iaitu memastikan Orang Asli diberi peluang untuk mendapatkan akses kepada pendidikan yang berkualiti dan relevan, Majlis Peperiksaan Malaysia meneruskan lagi pemberian penghargaan dan anugerah yang diperkenalkan pada tahun 2014. Pada tahun ini, seorang pelajar orang asli yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM 2016 akan menerima penghargaan dan anugerah daripada Majlis Peperiksaan Malaysia. 46. Selain itu, sukacita saya memaklumkan bahawa pada majlis ini, seperti pada tahun-tahun yang lepas, Majlis Peperiksaan Malaysia juga telah memilih calon cemerlang yang mendapat Band 6 (highly proficient user) dalam Malaysian University English Test (MUET) pada tahun 2016, iaitu seorang daripada setiap sesi MUET 2016 akan diberikan anugerah cemerlang. 47. Sebagai menghargai pencapaian pelajar cemerlang di atas, Majlis Peperiksaan Malaysia akan memberikan ganjaran wang sebanyak RM1,000, sijil penghargaan, dan sebuah plak kepada setiap pelajar. 14

PENUTUP 48. Sukacita saya memaklumkan bahawa pelajar cemerlang dan sekolah terbaik dalam peperiksaan STPM 2016 itu akan diraikan oleh Yang Berhormat Dato Sri Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia yang akan bersama-sama kita sebentar lagi selepas ini. Kesudian Yang Berhormat Menteri hadir meraikan mereka menunjukkan keprihatinan Yang Berhormat terhadap kejayaan pelajar dalam peperiksaan STPM. Semua dijemput hadir. 49. Pada kesempatan ini juga, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar yang berjaya dalam peperiksaan STPM 2016 dan MUET 2016, khususnya kepada pelajar dan sekolah yang terpilih untuk menerima anugerah dalam majlis ini. Tidak lupa sekalung syabas kepada ibu bapa atau penjaga dan guru kepada para pelajar cemerlang ini. 50. Bagi yang tidak dijemput menghadiri majlis penganugerahan pelajar cemerlang dan sekolah terbaik kali ini bukanlah bermakna mereka tidak berjaya dan tidak dihargai. Saya menganggap penghargaan kepada kejayaan mereka akan diwakili oleh mereka yang dijemput. 51. Bagi pelajar dan sekolah yang masih belum menunjukkan kejayaan memberangsangkan diharap tidak putus asa. Cuba lagi dalam peperiksaan yang akan datang. Kepada calon yang akan menduduki STPM pada tahun ini, diharapkan kejayaan calon STPM 2016 pada hari ini dapat dijadikan semangat dan motivasi untuk mencapai keputusan yang lebih baik lagi. 15

52. Akhir kata, sebagai Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Majlis, kakitangan Majlis Peperiksaan Malaysia, Cambridge International Examinations, England, Cambridge English Language Assessment, England, International Association for Educational Assessment (IAEA) (yang mana MPM telah menjadi ahli sejak tahun 1984), Bahagian-Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Pengetua, guru, ibu bapa, calon, masyarakat, dan tidak ketinggalan juga kepada pihak media yang telah memberikan sokongan yang padu dan terus menerus kepada Majlis Peperiksaan Malaysia dalam mengangkat martabat dan memperkasakan STPM sehingga hari ini. Sekian, terima kasih. PROF. DATO SERI DR. MOHAMED MUSTAFA ISHAK Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) 28 FEBRUARI 2017 16

Lampiran 1 (no.6) Perbandingan Bilangan Calon yang Mendaftar dan Bilangan Calon yang Hadir Mengikut Jenis Calon dalam Peperiksaan STPM 2015 dan STPM 2016 Jenis Calon Calon Yang mendaftar STPM 2015 STPM 2016 Calon Yang Hadir Calon Yang mendaftar Calon Yang Hadir Bil. % Bil. % Bil. % Bil. % Calon sekolah kerajaan 44,897 98.64 41,544 98.94 46,537 98.76 42,845 99.10 Calon sekolah swasta 346 0.76 295 0.70 299 0.63 264 0.61 Calon Persendirian Individu Calon sekolah kerajaan negeri 264 0.58 140 0.34 273 0.58 114 0.26 8 0.02 8 0.02 13 0.03 12 0.03 Calon sekolah integriti 0 0.00 0 0.00 0 0.00 0 0.00 Jumlah 45,515 100.00 41,987 100.00 47,122 100.00 43,235 100.00 17

Perbandingan Bilangan Calon Mengikut Jantina dalam Peperiksaan STPM 2016 Jantina Bilangan Peratus Perempuan 29,854 69.05 Lelaki 13,381 30.95 Jumlah 43,235 100.00 Lampiran 2 (no.8) 18

Lampiran 3 (no.9) Perbandingan Bilangan Calon Mengikut Aliran dalam Peperiksaan STPM 2016 Aliran Bilangan Peratus Sains Sosial 37,033 85.66 Sains 6,202 14.34 Jumlah 43,235 100.00 19

Lampiran 4 (no.10) Bilangan dan Peratusan Calon yang Hadir Mengikut Kaum dan Aliran STPM 2016 Kaum Bilangan Hadir Sains Peratusan Sains Sosial Bilangan Hadir Peratusan Jumlah Keseluruhan Peratusan Bumiputera 781 12.59 28,833 77.86 29,614 68.50 Cina 4,755 76.67 4,905 13.24 9,660 22.34 India 584 9.42 1,737 4.69 2,321 5.37 Lain-lain 82 1.32 1,558 4.21 1,640 3.79 Jumlah 6,202 100.00 37,033 100.00 43,235 100.00 20

Lampiran 5 (no.11) Bilangan dan Peratusan Calon yang Mendaftar dan Hadir Mengikut Lima dan Empat Mata Pelajaran STPM 2016 Bilangan Mata Pelajaran Calon Yang Mendaftar Calon Yang Hadir Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan 5 Mata Pelajaran 3,624 7.69 3,310 7.66 4 Mata Pelajaran 43,440 92.19 39,911 92.31 Jumlah 47,064 99.88 43,221 99.97 Jumlah Keseluruhan Calon 47,122 100.00 43,235** 100.00 **Termasuk bilangan calon yang mengambil kurang daripada empat mata pelajaran 21

Bil. Lampiran 6 (no.12) Perbandingan Bilangan Calon STPM 2015 dengan STPM 2016 Mengikut Mata Pelajaran Mata Pelajaran STPM 2015 STPM 2016 Bilangan Mendaftar Bilangan Hadir Bilangan Mendaftar Bilangan Hadir 1 Pengajian Am (900) 45,496 41,898 47,100 43,169 2 Bahasa Melayu (910) 28,287 25,765 29,719 26,872 3 Bahasa Cina (911) 294 275 325 284 4 Bahasa Tamil (912) 440 395 479 419 5 Bahasa Arab (913) 1,633 1,554 1,620 1,547 6 Literature In English (920) 71 60 79 67 7 Kesusasteraan Melayu Komunikatif (922) 5,791 5,103 6,178 5,522 8 Syariah (930) 2,005 1,906 2,069 1,960 9 Usuluddin (931) 1,017 965 1,069 1,012 10 Sejarah (940) 23,025 20,964 24,228 21,939 11 Geografi (942) 11,952 10,917 12,801 11,689 12 Ekonomi (944) 14,509 13,430 14,629 13,521 13 Pengajian Perniagaan (946) 16,818 15,568 17,821 16,265 14 Perakaunan (948) 2,344 2,227 2,567 2,430 15 Mathematics M (950) 1,144 1,077 1,027 960 16 Mathematics T (954) 6,945 6,546 6,513 6,133 17 Information and Communications Technology (958) 475 425 492 429 18 Physics (960) 3,123 2,976 2,796 2,649 19 Chemistry (962) 6,883 6,490 6,382 6,050 20 Biology (964) 3,906 3,628 3,782 3,552 21 Sains Sukan (966) 2,195 1,975 2,646 2,372 22 Seni Visual (970) 6,769 6,124 7,675 6,925 22

Bil. Lampiran 7 (no.15) Perbandingan Pencapaian Calon Secara Keseluruhan dalam Peperiksaan STPM 2015 dan Peperiksaan STPM 2016 Pencapaian Calon Tahun 2015 2016 1 PNGK Nasional 2.65 2.71 +0.06 Beza 2 PNGK 4.00 0.80% (335 calon) 1.31% (565 calon) +0.51% 3 PNGK 3.50 ke atas 11.22% (4,711 calon) 14.20% (6,137 calon) +2.98% 4 PNGK 3.00 ke atas 33.97% (14,263 calon) 37.62% (16,263 calon) +3.65% 5 PNGK 2.75 ke atas 48.49% (20,359 calon) 51.83% (22,407 calon) +3.34% 6 PNGK 2.50 ke atas 63.02% (26,459 calon) 65.79% (28,443 calon) +2.77% 7 PNGK 2.00 ke atas 84.70% (35,562 calon) 86.51% (37,403 calon) +1.81% 8 Peratus calon yang mendapat 5A dan 4A 9 Peratus calon yang mendapat lulus penuh dalam lima dan empat mata pelajaran (gred C ke atas) 10 Peratus lulus penuh sekurang-kurangnya satu mata pelajaran (gred C ke atas) 0.81% (339 calon) 1.33% (575 calon) +0.52% 69.14% (29,028 calon) 71.88% (31,079 calon) +2.74% 97.64% (40,995 calon) 98.41% (42,546 calon) +0.77% 11 Bil. Calon Hadir 41,987 43,235 +1,248 12 Bil. Calon Daftar 45,515 47,122 +1,607 23

Lampiran 8 (no.17) Perbandingan Pencapaian Calon Yang Mendapat PNGK 4.00 Hingga 2.00 Dalam Peperiksaan STPM 2015 dan STPM 2016 Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Bilangan calon Peratusan Bilangan calon Longgokan Peratusan Longgokan 2015 2016 2015 2016 2015 2016 2015 2016 4.00 335 565 0.80 1.31 335 565 0.80 1.31 3.92 363 558 0.86 1.29 698 1,123 1.66 2.60 3.84 269 404 0.64 0.93 967 1,527 2.31 3.54 3.83 268 309 0.64 0.71 1,235 1,836 2.94 4.25 3.75 645 818 1.54 1.89 1,880 2,654 4.48 6.14 3.67 784 1,001 1.87 2.32 2,664 3,655 6.35 8.46 3.59 333 479 0.79 1.11 2,997 4,134 7.14 9.56 3.58 610 670 1.45 1.55 3,607 4,804 8.59 11.11 3.50 1,104 1,333 2.63 3.08 4,711 6,137 11.22 14.20 3.42 1,234 1,368 2.94 3.16 5,945 7,505 14.16 17.36 3.34 411 495 0.98 1.14 6,356 8,000 15.14 18.51 3.33 1,013 997 2.41 2.31 7,369 8,997 17.55 20.81 3.25 1,634 1,640 3.89 3.79 9,003 10,637 21.44 24.61 3.17 1,611 1,758 3.84 4.07 10,614 12,395 25.28 28.67 3.09 591 641 1.41 1.48 11,205 13,036 26.69 30.15 3.08 1,225 1,201 2.92 2.78 12,430 14,237 29.61 32.93 3.00 1,833 2,026 4.37 4.69 14,263 16,263 33.97 37.62 2.92 2,034 2,023 4.84 4.68 16,297 18,286 38.82 42.30 2.84 892 806 2.12 1.86 17,189 19,092 40.94 44.16 2.83 1,159 1,264 2.76 2.92 18,348 20,356 43.70 47.09 2.75 2,011 2,051 4.79 4.74 20,359 22,407 48.49 51.83 2.67 2,084 2,083 4.96 4.82 22,443 24,490 53.45 56.65 2.59 810 723 1.93 1.67 23,253 25,213 55.38 58.32 2.58 1,254 1,293 2.99 2.99 24,507 26,506 58.37 61.31 2.50 1,952 1,937 4.65 4.48 26,459 28,443 63.02 65.79 2.42 1,793 1,867 4.27 4.32 28,252 30,310 67.29 70.11 2.34 535 484 1.27 1.12 28,787 30,794 68.56 71.23 2.33 1,223 1,190 2.91 2.75 30,010 31,984 71.48 73.98 2.25 1,596 1,608 3.80 3.72 31,606 33,592 75.28 77.70 2.17 1,446 1,479 3.44 3.42 33,052 35,071 78.72 81.12 2.09 441 371 1.05 0.86 33,493 35,442 79.77 81.98 2.08 922 915 2.20 2.12 34,415 36,357 81.97 84.09 2.00 1,147 1,046 2.73 2.42 35,562 37,403 84.70 86.51 Jumlah Calon 35,562 37,403 84.70 86.51 Jumlah Keseluruhan Calon 41,987 43,235 24

Lampiran 9 (no.21) Perbandingan PNGK Calon Mengikut Aliran STPM 2015 dan STPM 2016 Aliran STPM 2015 STPM 2016 Beza PNGK Bil. Calon PNGK Bil. Calon PNGK Sains Sosial 35,385 2.64 36,860 2.71 +0.07 Sains 6,602 2.66 6,166 2.73 +0.07 Jumlah Calon Hadir 41,987 2.65 43,235 2.71 0.06 25

Lampiran 10 (no.22) Bilangan Calon yang Mendapat PNGK 4.00 Mengikut Aliran dan Jantina STPM 2016 PNGK Bil. Mata Pelajaran Aliran Sains Aliran Sains Sosial Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan 4.00 5 6 1 15 26 4.00 4 73 66 98 280 Jumlah 79 67 113 306 Keseluruhan 146 419 JUMLAH BESAR 565 26

Lampiran 11 (no.28) Perbandingan Bilangan Calon Mendapat Gred A dalam Lima dan Empat Mata Pelajaran pada Peperiksaan STPM 2015 dan STPM 2016 Bilangan Mata Pelajaran yang Diambil Bilangan Gred A yang Diperoleh STPM 2015 (Jumlah hadir 41,987) Bilangan Calon STPM 2016 (Jumlah hadir 43,235) Bil. % Bil. % Lima 5A 10 0.02 11 0.03 Lima 4A 27*** 0.06 47*** 0.11 Empat 4A 302 0.72 517 1.20 Jumlah 339 0.81 575 1.33 ***Terdapat calon yang tidak mendapat gred A dalam P. Am 27

Lampiran 12 (no.32) Perbandingan Bilangan dan Peratusan Calon Sekolah Kerajaan, Sekolah Swasta, dan Calon Persendirian Individu Yang mendapat Lulus Penuh dalam 5 hingga 4 Mata Pelajaran Dalam Peperiksaan STPM 2014, STPM 2015 dan STPM 2016 Bilangan Mata Pelajaran dengan Kelulusan Penuh STPM 2014 STPM 2015 STPM 2016 Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan CALON SEKOLAH KERAJAAN 5 mata pelajaran 1,466 3.46 1,515 3.65 1,812 4.23 4 mata pelajaran 27,104 64.05 27,300 65.71 29,080 67.87 3 mata pelajaran 7,049 16.66 6,492 15.63 6,360 14.84 2 mata pelajaran 3,510 8.29 3,268 7.87 3,109 7.26 1 mata pelajaran 2,336 5.52 2,054 4.94 1,859 4.34 Jumlah 41,465 97.99 40,629 97.8 42,220 98.54 Jumlah Keseluruhan Bilangan Mata Pelajaran dengan Kelulusan Penuh 42,316 100.00 41,544 100.00 42,845 100.00 STPM 2014 STPM 2015 STPM 2016 Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan CALON SEKOLAH SWASTA 5 mata pelajaran 3 0.82 2 0.66 0 0.00 4 mata pelajaran 223 60.60 191 63.04 179 64.86 3 mata pelajaran 63 17.12 32 10.56 31 11.23 2 mata pelajaran 35 9.51 32 10.56 26 9.42 1 mata pelajaran 33 8.97 20 6.60 20 7.25 Jumlah 357 97.01 277 91.42 256 92.75 Jumlah Keseluruhan Bilangan Mata Pelajaran dengan Kelulusan Penuh 368 100.00 303 100.00 276 100.00 STPM 2014 STPM 2015 STPM 2016 Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan CALON PERSENDIRIAN INDIVIDU 5 mata pelajaran 1 0.66 1 0.71 1 0.88 4 mata pelajaran 15 9.93 19 13.57 7 6.14 3 mata pelajaran 18 11.92 14 10.00 11 9.65 2 mata pelajaran 18 11.92 11 7.86 16 14.04 1 mata pelajaran 41 27.15 44 31.43 35 30.70 Jumlah 93 61.59 89 63.57 70 61.40 Jumlah Keseluruhan 151 100.00 140 100.00 114 100.00 28

Lampiran 13 (no.38) Perbandingan Peratus Lulus Penuh Mata Pelajaran STPM 2015 dan STPM 2016 Kod Mata Pelajaran Mata Pelajaran Peratusan Lulus Penuh 2015 2016 Beza Peratusan 900 Pengajian Am 89.86 90.95 +1.09 910 Bahasa Melayu 89.66 90.72 +1.06 911 Bahasa Cina 84.73 84.51-0.22 912 Bahasa Tamil 79.24 80.91 +1.67 913 Bahasa Arab 67.12 69.10 +1.98 920 Literature In English 73.33 83.58 +10.25 922 Kesusasteraan Melayu Komunikatif 87.99 88.52 +0.53 930 Syariah 91.24 93.32 +2.08 931 Usuluddin 92.12 92.69 +0.57 940 Sejarah 86.82 88.25 +1.43 942 Geografi 83.84 85.3 +1.46 944 Ekonomi 73.60 76.99 +3.39 946 Pengajian Perniagaan 83.76 85.58 +1.82 948 Perakaunan 84.42 88.11 +3.69 950 Mathematics (M) 70.94 75.42 +4.48 954 Mathematics (T) 75.01 74.29-0.72 958 Information and Communications Technology 86.12 90.68 +4.56 960 Physics 77.86 79.28 +1.42 962 Chemistry 84.61 84.58-0.03 964 Biology 76.60 79.05 +2.45 966 Sains Sukan 94.03 97.30 +3.27 970 Seni Visual 95.36 97.42 +2.06 29

Lampiran 14 (no.40) Jadual 20: Bilangan dan Peratusan Calon STPM 2016 yang Mendapat Gred A Mengikut Mata Pelajaran Kod Mata Pelajaran 958 Mata Pelajaran Information and Communications Technology Bilangan Hadir Bilangan Mendapat A Peratusan Mendapat A 429 75 17.48 911 Bahasa Cina 284 47 16.55 944 Ekonomi 13,521 1,936 14.32 966 Sains Sukan 2,372 323 13.62 970 Seni Visual 6,925 928 13.40 910 Bahasa Melayu 26,872 3,500 13.02 948 Perakaunan 2,430 311 12.80 931 Usuluddin 1,012 120 11.86 930 Syariah 1,960 225 11.48 954 Mathematics (T) 6,133 647 10.55 920 Literature In English 67 7 10.45 960 Physics 2,649 276 10.42 940 Sejarah 21,939 2,140 9.75 922 Kesusasteraan Melayu Komunikatif 5,522 492 8.91 942 Geografi 11,689 869 7.43 950 Mathematics (M) 960 74 7.71 913 Bahasa Arab 1,547 107 6.92 946 Pengajian Perniagaan 16,265 1,110 6.82 962 Chemistry 6,050 397 6.56 964 Biology 3,552 210 5.91 900 Pengajian Am 43,169 2,525 5.85 912 Bahasa Tamil 419 19 4.53 30