Majikan yang telah berdaftar di bawah Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia.

dokumen-dokumen yang mirip
GARIS PANDUAN MENGHADIRI PROGRAM LATIHAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

PEKELILING MAJIKAN NO.11/2014. TUNTUTAN GERAN LATIHAN SECARA ATAS TALIAN (e-claim) BAGI MAJIKAN DAN PENYEDIA LATIHAN

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

KANDUNGAN. Pengenalan 1. Latarbelakang 1-2. Objektif 2. Kadar Bantuan Kewangan dan Kos Yang Dibenarkan. Syarat-syarat Kelayakan Untuk Majikan-majikan

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

TAKLIMAT PINJAMAN PENDIDIKAN PTPTN KEPADA PELAJAR BAHARU IPT

BUKU PANDUAN KEWANGAN PROGRAM DIPLOMA SEPENUH MASA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEJABAT BENDAHARI. Dekan Fakulti/ Ketua Bahagian/ Pusat/ Akademi UiTM Shah Alam. Ketua Bahagian / Unit Kewangan Zon Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

KOPERASI KKGLM MALAYSIA BERHAD ATURAN AKTIVITI PINJAMAN

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2013 TATACARA PERMOHONAN DAN PELARASAN WANG PENDAHULUAN

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

PROGRAM PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN KEPADA GOLONGAN PEKERJA

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM (Jangka Pendek)

UTHM.PB/100-6/4/1( 15 ) 4 Februari 2009 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1/2009

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN TIER 1 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

1. PENGENALAN 2. TUJUAN

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

PERATURAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG PEKELILING PENTADBIRAN BILANGAN 2 TAHUN 2011 DASAR DAN GARIS PANDUAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

GARIS PANDUAN DANA IMPAK PERDANA (DIP)

PELAKSANAAN PROGRAM SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M)

PANDUAN PERMOHONAN PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN DI LUAR NEGARA BAGI SEMINAR PERINGKAT ANTARABANGSA

GARIS PANDUAN PROGRAM KERJASAMA IPTA / IPTS DI DALAM NEGARA

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

BORANG PERMOHONAN TABUNG AMANAH PEMBANGUNAN AKADEMIK

IKLAN JAWATAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN PEMBANTU TADBIR (P/O) GED N17 (SAMBILAN)

Garis Panduan Bagi Perbelanjaan Potongan Dua Kali Untuk Perbelanjaan Penyelidikan Dan Pembangunan Di Bawah Seksyen 34A Akta Cukai Pendapatan 1967

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

Berurusan dengan Pengantara Takaful

Garis Panduan Mengikuti Kursus Anjuran Dalaman, Luaran dan Luar Negara

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

BUKU LOG LATIHAN. Tahun : Kementerian Kesihatan Malaysia. No. K.P. Gred Jawatan :. Tempat Bertugas :

21030 Kuala Terengganu Terengganu, Malaysia

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 2 TAHUN 2011

SYARAT PERMOHONAN MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

Sumasni Sulaiman. PERANAN URUSETIA MESYUARAT JAWATANKUASA SEBUT HARGA RASMI / LEMBAGA PEROLEHAN TENDER

SYARAT PERMOHONAN PERUNTUKAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI SEMINAR/KONFERENSI/BENGKEL/LAWATAN LUAR NEGARA

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Ke Arah Menjadi Remisier

GARIS PANDUAN GERAN SEPADAN (MATCHING GRANT) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN TABUNG KEBAJIKAN BERSAMA KOPERASI KAKITANGAN UiTM BERHAD

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

RINGKASAN PERMOHONAN KEGIATAN PELAJAR AKADEMIK / ILMIAH KEPIMPINAN KHIDMAT MASYARAKAT PATRIOTISME KREATIF / INOVASI KEMAHIRAN KOMUNIKASI

SKIM BANTUAN PELAJARAN (SBP) TABUNG PEMBANGUNAN SOSIO EKONOMI PEKEBUN KECIL RISDA

GARIS PANDUAN PROJEK PENYELIDIKAN INSTITUSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Pindaan 2013 (Bilangan 1)

1. PENGENALAN 2. TUJUAN

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR RUJUKAN KAMI : UNIMAP/PEND/101/2-6 (9) TARIKH : 3 OGOS 2012 PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 6 TAHUN 2012

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

BORANG PERMOHONAN MASA DEPAN ANDA BERMULA DI SINI

PEKELILING BENDAHARI BIL. 4 TAHUN 2008 PENYEDIAAN CADANGAN PERBELANJAAN MENGURUS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BAGI TAHUN 2010 DAN 2011

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA PANDUAN PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM IJAZAH PERTAMA MELALUI SALURAN KEDUA KEMASUKAN SEPTEMBER SESI 2011/2012

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Tujuan Garis Panduan 1.2 Penyediaan Garis Panduan 1.3 Penggunaan Garis Panduan

Giro Takaful Pelindung

JABATAN BENDAHARI. Bil. Kami : Bil. Tuan : Tarikh :

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA UPM EDUCATION & TRAINING SDN. BHD. (UPM ET)

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) UNIVERSTI KEBANGSAAN MALAYSIA

PENYEDIAAN CADANGAN ANGGARAN BELANJA MENGURUS UNTUK DUA TAHUN (TAHUN 2008 DAN 2009) Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pengurusan penilaian permohonan geran penyelidikan yang diuruskan oleh Pejabat TNCPI.

Rekod permohonan, siasatan, tindakan dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017

PEKELILING PENTADBIRAN BILANGAN 3 TAHUN 2007 KEMEMTERIAN PENGAJIAN TINGGI

ATURAN-ATURAN PEMBIAYAAN IHSAN QARDHUL HASSAN. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Pembiayaan Ihsan Qardhul Hassan Koperasi.

PANDUAN PELAKSANAAN DAN SYARAT PENTAULIAHAN SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA BAGI PROGRAM PELAJAR ANTARABANGSA DI DALAM NEGARA

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 1. TUJUAN

No. Borang Tender :... (Diisi Oleh Petender) Kod Tender :... (Diisi Oleh Petender) KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BORANG TENDER

Jawatan 1 : Pengurus Kanan (Perancangan Bisnes) - (1 Kekosongan )

BORANG PERMOHONAN INSENTIF DAN YURAN PENGAJIAN STAF PENTADBIRAN Dihantar melalui PTj / Fakulti kepada Unit Kemudahan Pengajian Staf, Pejabat Pendaftar

SURAT PEKELILING PEJABAT BENDAHARI BIL. 2 TAHUN 2010 TATACARA PENERIMAAN HADIAH/DERMA DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGURUSAN PEROLEHAN BEKALAN / PERKHIDMATAN / KERJA PMM-PK-PS-04

Unit Perkhidmatan, Bahagian Sumber Manusia

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 9/2010

SOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI

Garis Panduan Permohonan Latihan Luar Kampus

PENGURUSAN LATIHAN STAF

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA GARIS PANDUAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SECARA SEPENUH MASA DAN SEPARUH MASA

PEKELILING BENDAHARI BIL 2 TAHUN 2008 GARIS PANDUAN BAGI PERBELANJAAN SECARA BERHEMAT

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM

TERMA DAN SYARAT PROGRAM PINDAHAN BAKI

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

PTSS PK PS 08 KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA PENGAWAI LATIHAN DAN PENDIDIKAN LANJUTAN JAWATAN PENGARAH TARIKH 19 OKTOBER OKTOBER 2016

Transkripsi:

MAJLIS PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (Human Resources Development Council) TINGKAT 7, WISMA CHASE PERDANA OFF JALAN SEMANTAN, BUKIT DAMANSARA 50490 KUALA LUMPUR Tel : 03-20984800 Fax : 03-20935722 24 November 2001 PEKELILING PENYEDIA LATIHAN BIL. 3/2001 PROSEDUR BARU BAGI PERMOHONAN PENDAFTARAN PENYEDIA LATIHAN DI BAWAH KUMPULAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA 1.0 TUJUAN 1.1 Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan sedikit pindaan mengenai prosedur baru yang perlu dipatuhi oleh Penyedia Latihan yang berdaftar untuk membolehkan mereka memainkan peranan yang lebih berkesan bagi melaksanakan latihan di bawah Skim Kumpulan Pembangunan Sumber Manusia (KWPSM). 1.2 Ia juga bertujuan memberi penjelasan mengenai Sijil Pendaftaran Kelas A dan Sijil Pendaftaran Kelas B ialah bagi melaksanakan program latihan di bawah Skim PROLUS manakala Sijil Pendaftaran Kelas C pula ialah bagi melaksanakan program latihan di bawah Skim SBL. 2.0 TAKRIF 2.1 Bagi pekeliling ini, istilah-istilah berikut bermaksud:- Urusetia : Pembangunan Sumber Manusia Berhad yang bertanggungjawab mentadbir Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia. Majikan : Majikan yang telah berdaftar di bawah Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia. Penyedia Latihan : Penyedia Latihan yang berdaftar di bawah Skim PROLUS, Pembangunan Sumber Manusia Berhad. KWPSM : Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia PROLUS : Program Yang Diluluskan SBL : Skim Bantuan Latihan PLT : Skim Pelan Latihan Tahunan 3.0 AM 3.1 Pekeliling ini juga diedarkan untuk makluman kepada semua majikan yang berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad. 4.0 LATARBELAKANG 4.1 4.1 Sejak tahun 1993, Urusetia Pembangunan Sumber Manusia Berhad telah banyak menerima permohonan daripada Penyedia Latihan untuk mendapatkan taraf PROLUS bagi program latihan/kursus mereka. Yuran Proses bagi Permohonan Pendaftaran Penyedia Latihan sebanyak RM350 dan melibatkan lawatan pemeriksaan ke premis latihan. 4.2 Pekeliling Penyedia Latihan Bil. 1/99, yang berkuatkuasa pada 1 Jun 1999

membenarkan Penyedia Latihan berdaftar menawarkan Program PROLUS/PERLA dijalankan di luar lokasi latihan yang diluluskan, tertakluk kepada syarat-syarat permohonan yang telah dinyatakan dalam Pekeliling Penyedia Latihan Bil.2/99. 4.3 Sebelum ini, berkuatkuasa Pekeliling Penyedia Latihan Bil.1/2001, pembayaran yang dikenakan kepada Penyedia Latihan swasta adalah seperti berikut: i) Yuran Proses Permohonan Pendaftaran Penyedia Latihan - RM350 ii) Bayaran Pembaharuan Sijil Penyedia Latihan - RM350 iii) Bayaran Pemeriksaan Premis Pejabat-pejabat Cawangan Penyedia Latihan dan Pindah Premis - RM175 4.4 Pekeliling Penyedia Latihan Bil.1/2001, yang berkuatkuasa pada 16 Februari 2001 menjelaskan prosedur baru bagi Permohonan Pendaftaran Penyedia Latihan dan perlaksanaan latihan di bawah Skim PROLUS/PERLA. Penyedia Latihan telah di beri opsyen untuk memilih Sijil Pendaftaran Kelas A atau Sijil Pendaftaran Kelas B atau Sijil Pendaftaran Kelas C. 4.5 Walau bagaimanapun, Pekeliling Penyedia Latihan Bil. 1/2001 tidak memberi penjelasan yang terperinci mengenai Sijil Pendaftaran Kelas A, Sijil Pendaftaran Kelas B dan Sijil Pendaftaran Kelas C. Sijil Pendaftaran Kelas A dan B ialah bagi melaksanakan kursus-kursus di bawah PROLUS. 4.6 Manakala Sijil Pendaftaran Kelas C pula, ialah bagi melaksanakan kursuskursus di bawah Skim SBL dimana kelulusan awal perlu diperolehi terlebih dahulu. Oleh yang demikian, Pekeliling Penyedia Latihan Bil. 3/2001 dikeluarkan bagi menjelaskan perkara-perkara tersebut. 5.0 PSMB/PRO/1/01 - BORANG PENDAFTARAN PENYEDIA LATIHAN DI BAWAH SKIM PROLUS 5.1 Bagi melaksanakan Skim PROLUS, Penyedia Latihan di beri opsyen untuk memilih Sijil Pendaftaran Kelas A atau Sijil Pendaftaran Kelas B sahaja. 5.1.1 Sijil Pendaftaran Kelas A Penyedia Latihan di bawah kategori ini dibenarkan untuk melaksanakan latihan di tempat-tempat seperti berikut :- Premis latihan sendiri yang telah diluluskan; Hotel yang menyediakan kemudahan latihan; Premis majikan; dan Menyewa lain-lain premis yang ada kemudahan latihan seperti institusi-institusi pengajian tinggi awam/swasta dan premis penyedia latihan yang berstatus PROLUS. Sekiranya latihan dibuat di premis majikan, perkiraan tuntutan yuran mestilah tidak melebihi perkiraan di bawah Skim SBL. Yuran Proses Permohonan Pendaftaran Penyedia Latihan ialah sebanyak RM700 dikenakan bagi Penyedia Latihan swasta. Yuran proses sebanyak RM350 dikenakan bagi penambahan setiap cawangan atau perpindahan premis latihan.

Penyedia Latihan akan menawarkan program PROLUS kepada majikan berdaftar. 5.1.2 Sijil Pendaftaran Kelas B Penyedia Latihan di bawah kategori ini hanya dibenarkan melaksanakan latihan di premisnya sahaja. Yuran Proses Permohonan Pendaftaran Penyedia Latihan ialah sebanyak RM500 dikenakan bagi Penyedia Latihan Swasta. Yuran proses sebanyak RM350 dikenakan bagi penambahan setiap cawangan atau perpindahan premis latihan. 5.2 Syarat-syarat pendaftaran Sijil Pendaftaran Kelas A dan Sijil Pendaftaran Kelas B Institusi latihan berdaftar @ diperbadankan di Malaysia. Mempunyai premis latihan yang dilengkapi dengan kemudahankemudahan latihan dan pejabat tetap. Mempunyai dua (2) orang jurulatih tempatan sepenuh masa dan kakitangan sokongan. Telah menawarkan kursus secara umum sekurang-kurangnya 2 tahun (kecuali bagi kursus berteknologi tinggi atau teknologi maklumat) kepada majikan berdaftar di bawah Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia. 6.0 PSMB/PL/1C/01 - BORANG PENDAFTARAN PENYEDIA LATIHAN BAGI MELAKSANAKAN PROGRAM LATIHAN DI BAWAH SKIM SBL ATAU SKIM PLT Sijil ini hanya ditawarkan kepada Penyedia Latihan yang menawarkan kursus/program "soft skills" sahaja. Penyedia Latihan bagi kategori ini hanya dibenarkan melaksanakan latihan di bawah Skim Bantuan Latihan (SBL) atau Skim Pelan Latihan Tahunan (PLT) dan tempat-tempat yang dibenarkan adalah seperti berikut :- Hotel yang menyediakan kemudahan latihan; Premis majikan; dan Menyewa lain-lain premis yang ada kemudahan latihan seperti institusi-institusi pengajian tinggi awam/swasta dan premis penyedia latihan yang berstatus PROLUS. Yuran Proses Permohonan Pendaftaran Penyedia Latihan ialah sebanyak RM400 dikenakan bagi Penyedia Latihan Swasta. Yuran proses sebanyak RM350 dikenakan bagi perpindahan pejabat. Penyedia Latihan akan menawarkan program latihan di bawah Skim Bantuan Latihan (SBL) dimana permohonan awal perlu dibuat sebelum program latihan bermula. 6.1 Syarat-syarat pendaftaran bagi Sijil Pendaftaran Kelas C Mempunyai syarikat berdaftar; Menawarkan kursus/program "soft skills" sahaja; dan Mempunyai pejabat dan sekurang-kurangnya seorang tenaga pengajar yang tetap dan kakitangan sokongan bagi memastikan latihan berterusan dapat dilaksanakan. 7.0 PSMB/PRO/1A/01 - PEMBAHARUAN SIJIL PENDAFTARAN KELAS A & SIJIL PENDAFTARAN KELAS B 7.1 Sijil pendaftaran adalah sah bagi tempoh satu (1) tahun sahaja dan mesti

diperbaharui setiap tahun. Bagi tujuan tersebut, borang PSMB/PRO/1A/01 perlulah dilengkapkan. Walau bagaimanapun, Penyedia Latihan perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) program/kursus yang bertaraf PROLUS. 7.2 Bayaran sebanyak RM700 dikenakan untuk tujuan pembaharuan Sijil Pendaftaran Kelas A, manakala bayaran sebanyak RM500 dikenakan untuk tujuan pembaharuan Sijil Pendaftaran Kelas B. v 7.3 Sekiranya Penyedia Latihan gagal memperbaharui Sijil Pendaftaran sebagai Penyedia Latihan yang berdaftar di bawah Skim PROLUS, maka semua program latihan/kursus bertaraf PROLUS akan terbatal dengan serta-merta (Sijil Pendaftaran Kelas A dan Kelas B). 8.0 PSMB/PL/1CA/01 - PEMBAHARUAN SIJIL PENDAFTARAN KELAS C 8.1 Sijil pendaftaran adalah sah bagi tempoh satu (1) tahun sahaja dan mesti diperbaharui setiap tahun. Bagi tujuan tersebut, borang PSMB/PL/1CA/01 perlulah dilengkapkan. 8.2 Sijil Pendaftaran Kelas C dikenakan bayaran pembaharuan sijil sebanyak RM400. 9.0 PROGRAM PROLUS/PERLA DIJALANKAN DI LUAR LOKASI LATIHAN YANG DILULUSKAN. 9.1 Penyedia Latihan yang telah memperolehi status PROLUS dan memegang Sijil Pendaftaran Kelas A sahaja dibenarkan menawarkan kursus di luar premis penyedia latihan iaitu di tempat-tempat yang telah dinyatakan seperti di para 5.1.1. 9.1.1 Program "soft skills" Bagi program "soft skills", syarat-syarat seperti berikut perlu dipatuhi :- Bilangan pelatih untuk setiap sesi mestilah di antara 15 hingga 25 orang. Terdapat kelengkapan kemudahan latihan seperti bilik latihan yang lengkap dengan kemudahan media latihan & audio visual, jika diadakan di tempat-tempat yang telah dinyatakan seperti dipara 5.1.1. Jumlah yuran latihan bagi keseluruhan bilangan pelatih tidak melebihi pengiraan di bawah Skim SBL atau Skim PROLUS yang mana lebih rendah, jika dijalankan di premis majikan Bagi program latihan/kursus yang dijalankan di hotel/institusiinstitusi pengajian tinggi awam/swasta/premis penyedia latihan yang berstatus PROLUS, yuran latihan hendaklah mengikut kadar yang ditetapkan di bawah Skim PROLUS (yuran yang telah diluluskan). 9.1.2 Program "Hard Skills" Bagi program "hard skills", syarat-syarat seperti berikut perlu dipatuhi :- Bilangan maksimum pelatih untuk setiap sesi mestilah di antara 15 hingga 20 orang. Terdapat peralatan/kemudahan untuk menjalankan program "hard skills". Bagi program latihan/kursus yang dijalankan di hotel/institusiinstitusi pengajian tinggi awam/swasta/premis penyedia latihan

yang berstatus PROLUS, yuran latihan hendaklah mengikut kadar yang ditetapkan di bawah Skim PROLUS (yuran yang telah diluluskan). Jumlah yuran latihan bagi keseluruhan bilangan pelatih tidak melebihi pengiraan di bawah Skim SBL atau Skim PROLUS yang mana lebih rendah, jika dijalankan di premis majikan. 9.2 Penyedia Latihan yang telah memperolehi status PROLUS dan memegang Sijil Pendaftaran Kelas B tidak dibenar menawarkan program PROLUS/PERLA di luar lokasi latihan yang telah diluluskan. 10.0 PROGRAM LATIHAN BERTARAF PROLUS/ATP DI BAWAH SKIM PROLUS YANG KURANG DARI TUJUH (7) JAM 10.1 Bagi program PROLUS/ATP yang diluluskan sebelum ini dengan tempoh kurang dari 7 jam, Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Pemberian taraf PROLUS/ATP telah membuat keputusan pada 26 Februari 1999 bahawa Penyedia Latihan yang mempunyai kelulusan tempoh jam latihan kurang daripada 7 jam adalah diminta supaya meningkatkan tempoh jam menjadi 7 jam. Peningkatan ini adalah selaras dengan Pekeliling Bil. 11/98 yang menyatakan bahawa sebarang permohonan geran latihan bagi kursus-kursus yang tempoh keseluruhan jam latihan kurang daripada 7 jam tidak akan diberi pertimbangan. 11.0 PROGRAM LATIHAN BERTARAF PROLUS/ATP DI BAWAH SKIM PROLUS YANG MELIPUTI SATU JANGKAMASA YANG PANJANG 11.1 Bagi program latihan yang meliputi satu jangkamasa yang panjang misalnya setahun atau lebih, Penyedia Latihan adalah digalakkan menstruktur program latihan yang panjang kepada modul supaya tuntutan boleh dibuat apabila tamatnya sesuatu modul. 11.2 Bagi tujuan tersebut, mana-mana Penyedia Latihan yang belum menstruktur program latihan kepada modul/semestar, adalah diminta untuk mengemukakan permohonan kepada Unit PROLUS supaya kelulusan dapat diberikan. Perlu diingatkan bahawa yuran keseluruhan adalah sama seperti yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pemberian Taraf PROLUS dahulu. 12.0 PSMB/PRO/2/01 - BORANG PENDAFTARAN BUTIR-BUTIR PROGRAM LATIHAN 12.1 Sebelum mengemukakan sesuatu program latihan untuk diberi taraf PROLUS, program latihan berkenaan hendaklah telah dijalankan sekurang-kurangnya dua kali semasa memohon taraf tersebut. Penyedia latihan dikehendaki mengemukakan borang penilaian bagi program latihan berkenaan dan 1 naskah manual latihan beserta butir-butir berikut: 12.1.1 1 borang asal beserta 12 salinan borang fotostat PSMB/PRO/2/01 12.1.2 13 salinan ringkasan program latihan yang mengandungi: Objektif Program Latihan Kandungan Kursus Kumpulan Sasar 12.1.3 13 salinan biodata tenaga pengajar 12.2 Tempoh latihan bagi sesuatu program latihan mestilah dijalankan tidak kurang dari 7 jam. Tempoh latihan bagi program peringkat sijil (bukan sijil kehadiran), mestilah tidak kurang daripada 36 jam dan program latihan peringkat diploma ialah tidak kurang daripada 250 jam.

12.3 Pada masa ini, hanya satu kadar yuran program latihan perlu dikemukakan iaitu kadar yuran bagi bukan ahli sahaja. Walau bagaimanapun, bagi Penyedia Latihan yang berpersatuan/pertubuhan latihan, kadar yuran bagi ahli juga boleh dikemukakan. Kadar yuran program latihan yang dikenakan oleh pihak Penyedia Latihan hendaklah berpatutan. 12.4 Bagi item "Butir-butir kursus yang dikendalikan sebelum ini", program latihan tersebut mestilah pernah dijalankan sebanyak dua kali atau telah mengendalikan sekurang-kurangnya sekali bagi kursus bersijil. Walau bagaimanapun, program latihan berteknologi tinggi, teknologi maklumat atau diploma yang tidak pernah dijalankan sebelum ini, boleh dipertimbangkan oleh Majlis. 12.5 Semua permohonan taraf PROLUS yang lengkap akan dimajukan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pemberian Taraf PROLUS. Sayugia diingatkan bahawa penilaian dibuat berdasarkan kepada bahan-bahan berikut:- 12.5.1 Borang PSMB/PRO/2/01 yang telah dilengkapkan. 12.5.2 Manual latihan @ manual pengajar, atau/dan manual pelatih yang dikemukakan hendaklah komprehensif dan terperinci. 12.5.3 Ringkasan program latihan perlu mengandungi tajuk, objektif kursus dan kumpulan sasar yang spesifik serta ringkas kandungan kursus yang selari dengan manual latihan. Contoh ringkasan program latihan adalah seperti di Lampiran I. 12.5.4 Borang penilaian bagi dua kursus yang telah dijalankan. 12.5.5 Tenaga pengajar hendaklah mempunyai kelayakan akademik serta pengalaman dalam aktiviti harian. 12.6 Setiap program latihan mesti mempunyai dua orang tenaga pengajar yang berkelayakan serta mempunyai pengalaman dalam aktiviti latihan. Sekiranya program latihan adalah dari luar negeri, salah seorang tenaga pengajar mestilah warganegara Malaysia. Biodata tenaga pengajar perlulah ringkas dan mengandungi maklumat-maklumat dari segi kelayakan akademik, pengalaman pekerjaan yang berkaitan dan pengalaman dalam aktiviti latihan. Penyedia Latihan dikehendaki menggunakan format di Lampiran II. 12.7 Program latihan yang ditawarkan kepada umum dan memenuhi keperluan latihan majikan adalah layak dipertimbangkan untuk diberi taraf PROLUS. Walau bagaimanapun, bagi program latihan yang berbentuk "Open Learning" dan "Distance Learning", hanya program latihan di peringkat diploma sahaja yang akan dipertimbangkan. 12.8 Seminar, forum, taklimat persidangan, tayangan video/kaset bagi latihan persendirian tidak akan dipertimbangkan. 13.0 PSMB/PRO/2A/01 - PERLANJUTAN TEMPOH SAH PROGRAM PROLUS 13.1 Pihak Pembangunan Sumber Manusia Berhad telah mengeluarkan borang baru untuk melanjutkan tempoh sah program PROLUS iaitu borang PSMB/PRO/2A/01. 13.2 Taraf PROLUS untuk setiap program latihan adalah sah untuk tempoh tiga (3) tahun dan mesti diperbaharui selepas tempoh tersebut. Bagi melanjutkan tempoh sah program PROLUS, borang PSMB/PRO/2A/01 (1 salinan) perlu dikemukakan untuk setiap program latihan. Hanya program

latihan yang aktif sahaja layak dilanjutkan taraf PROLUSnya. 14.0 PSMB/PRO/T/01 - TUNTUTAN PEMBAYARAN BANTUAN 14.1 Penyedia Latihan hanya perlu mengagihkan borang tuntutan PSMB/PRO/T/01 dan senarai kehadiran PSMB/PRO/4/01 kepada pelatihpelatih berkenaan pada penghujung program latihan. 15.0 PSMB/PRO/4/01 - BORANG SENARAI KEHADIRAN 15.1 Penyedia Latihan perlulah mengisi borang senarai kehadiran PSMB/PRO/4/01 setelah tamatnya program latihan. Borang ini mestilah dikembalikan kepada majikan secepat mungkin kerana pihak majikan perlu memajukan borang tuntutan PSMB/PRO/T/01 untuk mendapatkan pembayaran balik kos latihan yang dibenarkan setelah tamatnya program latihan yang dimaksudkan. 16.0 PSMB/ATP/1/01 - BORANG PENILAIAN KURSUS/PROGRAM LATIHAN 16.1 Penyedia Latihan mestilah memastikan kesemua pelatih yang mengikuti latihan di bawah Skim PROLUS mengisi borang penilaian bagi tujuan menilai keberkesanan sesuatu program yang diikuti. Borang-borang yang telah disempurnakan hendaklah disimpan dengan baik dan teratur kerana dokumen-dokumen berkaitan perlu dihantar kepada Urusetia pada Januari dan Julai setiap tahun. 17.0 TANGGUNGJAWAB PENYEDIA LATIHAN 17.1 Tanggungjawab Penyedia Latihan Kelas A & B (a) (b) Penyedia Latihan yang berstatus PROLUS dan Penyedia Latihan yang sedang dalam proses memperolehi status PROLUS dinasihatkan supaya memohon semula dengan memilih salah satu kategori Sijil Pendaftaran Penyedia Latihan seperti yang tersebut dipara 5.1 dengan menggunakan borang PSMB/PRO/1/01. Nombor pendaftaran yang baru akan diberikan mengikut kategori yang dipilih. (b) Bagi Penyedia Latihan yang berstatus PROLUS, yuran proses permohonan semula untuk Sijil Pendaftaran Penyedia Latihan mengikut kelas yang baru akan mengambilkira baki tempoh sijil terdahulu yang berasaskan kepada nilai prorata bulanan. Contoh: Pendaftaran Penyedia Latihan Syarikat ABC tamat pada 30 Jun 2001. Jika Penyedia Latihan memohon pendaftaran semula pada 1 Mac 2001, ini bermakna ia mempunyai baki tempoh sijil terdahulu (Mac hingga Jun 2001) selama 4 bulan. Jika Penyedia Latihan memilih Sijil Pendaftaran Penyedia Latihan Kelas A bagi pendaftaran semula, nilai purata bagi tempoh 4 bulan tersebut perlu diambilkira dalam perkiraan bagi pengeluaran Sijil Pendaftaran Kelas A yang baru. Maka pengiraan yuran proses pengeluaran Sijil Pendaftaran Kelas A bagi syarikatnya adalah seperti berikut :-

Perkara Jumlah (RM) Yuran Proses Sijil Pendaftaran Kelas A RM700 Nilai purata baki tempoh Sijil Pendaftaran RM116.68 terdahulu (eg. : 4 bulan iaitu Mac hingga Jun 2001) - RM350/12 bulan x 4 bulan = RM29.17 x 4 bulan Yuran Proses yang perlu dibayar bagi Pendaftaran Semula bagi Sesi 2001/2002 - RM700 - RM116.68 RM583.32 (c) (d) (e) Selain daripada tanggungjawab Penyedia Latihan seperti mana yang terkandung dalam risalah bagi Skim PROLUS, setiap Penyedia latihan yang berdaftar hendaklah bertindak secara profesional dengan rasa penuh tanggungjawab dalam memberi khidmat kepada majikan. Urusetia PSMB telah menerima banyak rungutan dan maklumbalas daripada majikan berdaftar tentang sesetengah Penyedia Latihan yang sewenang-wenangnya memberi maklumat yang berlainan/bercanggah daripada yang diluluskan oleh PSMB. Urusetia PSMB memandang berat tentang tingkahlaku Penyedia Latihan yang terbabit dan berharap perbuatan yang tidak diingini tersebut diberhentikan dengan serta merta. Jika perbuatan ini diteruskan, ianya boleh menyebabkan pendaftaran Penyedia Latihan berkenaan dibatalkan. Pihak Penyedia Latihan perlu memaklumkan kepada pihak PSMBs jika terdapat sebarang perubahan alamat/pindah dan penambahan cawangan. (f) Penyedia Latihan yang telah pun mempunyai status PROLUS, diminta mengambil tindakan mendaftarkan semula tempat latihan yang telah diluluskan dengan memilih salah satu kategori yang dinyatakan di para 5.1 selewat-lewatnya pada 30hb Jun 2001. Ia membolehkan program latihan terus ditawarkan kepada majikan berdaftar disamping memudahkan proses tuntutan. 17.2 Tanggungjawab Penyedia Latihan Kelas C (a) Penyedia Latihan dibenarkan menawarkan latihan kepada majikan berdaftar. Kelulusan di bawah Skim Bantuan Latihan (SBL) atau Skim Pelan Latihan Tahunan (PLT) hendaklah diperolehi oleh majikan terlebih dahulu sebelum kursus bermula. Peraturan ini adalah penting bagi mengelakkan tuntutan majikan ditolak. (b) Penyedia Latihan perlu memastikan bahawa kadar yuran tidak boleh melebihi RM3,500 sehari bagi program latihan ditawarkan di bawah Skim SBL atau PLT. (c) Pihak Penyedia Latihan perlu memaklumkan kepada pihak PSMB jika terdapat sebarang perubahan alamat/pindah dan penambahan cawangan. (d) Penyedia latihan yang berdaftar hendaklah bertindak secara profesional dengan rasa penuh tanggungjawab dalam memberi khidmat kepada majikan.

18.0 PENUTUP 18.1 PSMB berharap pihak Penyedia latihan dapat memberi kerjasama yang sepenuhnya bagi menjayakan Skim-skim di bawah Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia. 18.2 Pekeliling Penyedia Latihan Bil. 3/2001 berkuatkuasa mulai 1 Mei 2001. Pekeliling ini membatalkan Pekeliling Penyedia Latihan Bil. 1/2001. Sekian, terima kasih. "LATIHAN BERTERUSAN PEMANGKIN KECEMERLANGAN" "K-PEKERJA PEMANGKIN KECEMERLANGAN NEGARA" Saya yang menurut perintah, (Datuk Yau De Piyau) Ketua Eksekutif Pembangunan Sumber Manusia Berhad s.k : Semua Majikan Berdaftar Dengan PSMB