K U PA S A N M U T U J AWA PA N

dokumen-dokumen yang mirip
MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 PERATURAN PEMARKAHAN

SEKOLAH BERASRAMA PENUH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH / KLUSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit


PEPERIKSAAN PRASPM 2013

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG. Kertas /1 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN MELAKA BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN

SULIT 1103/1 PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA MELAYU SPM KERTAS 1. Tujuan Pengujian : Untuk menguji kebolehan calon dalam;

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR OPERASI PENCAPAIAN STANDARD 93 TINGKATAN LIMA BAHASA MELAYU KERTAS 1

LOGO DAN NAMA SEKOLAH PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN

SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU KERTAS /1


PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2014

PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010 AMARAN

PEPERIKSAAN PENTENGAHAN TAHUN [PKBS2] 1103/1. 2 ¼ jam Dua jam limabelasminit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1103/1 (PP) SULIT BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH & SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERATURAN PEMARKAHAN

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2015 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

SKEMA SARAWAK KUCHING ZON B 2013 K1

MODUL PENILAIAN SPM 2012 BAHASA MELAYU Kertas /1

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2017

BAHAGIAN A : Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan [ 30 markah ] KRITERIA PENSKORAN

1 SULIT PP 1103/1 PROGRAM GEMPUR KECEMERLANGAN SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 GARIS PANDUAN PEMERIKSA

2011

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG. Kertas /1 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM Kertas /1 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN

Kertas 1 BAHASA MELAYU TAHUN Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahaglan 8. Dua jam lima belas minit

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2012

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

Objektif taklimat ini :

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2016 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA


1

Taklimat Peperikasaan PSLE Jabatan Bahasa Melayu BHPS

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAHASA MELAYU TINGKATAN 3


berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

SKEMA UJIAN DIAGNOSTIK SPM TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 1 2 Jam 15 Min

SULIT 02/2 Bahasa Melayu Ogos Jam BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Bahasa Malaysia (910)

SESI PERKONGSIAN FORMAT KERTAS PEPERIKSAAN PSLE, April 2017, Sabtu

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

3756/2 PRINSIP PERAKAUNAN 2


PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAHASA MELAYU TINGKATAN 2

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH BAHASA MELAYU

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH & SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN

TAKLIMAT. 3 Mac 2018

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

Bahasa Malaysia (910)

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) KEDAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2008


BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

PROGRAM DWIBAHASA DUAL LANGUAGE PROGRAMME

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Taklimat Bahasa Melayu Darjah

i. Kekeliruan Ejaan: Yang Dipertua, Yang di-pertua, Yang Dipertuan, dan Yang di-pertuan ii. Soal Jawab Masalah Tatabahasa iii.

Projek MTE3102E_PPG Jan2014

SESI TAKLIMAT FORMAT PEPERIKSAAN PSLE, Februari 2017, Sabtu

KARANGAN EKSPOSITORI SEKOLAH MENENGAH SPRINGFIELD

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN BAHASA MELAYU TAHUN 4 UNIT 6 ( ARAS 1 )

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

KAEDAH ISSAM SATU INOVASI DALAM PENGAJARAN KARANGAN AMIR BIN JUHARI IPG KAMPUS RAJANG

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Teknik Menjawab Soalan SPM Oleh: Gan Chee Meng, P.P.N., P.J.K., P.J.M., Guru Cemerlang Pendidikan Moral, Merangkap, Ketua Panitia Pendidikan Moral,

PERCUBAAN NEGERI KEDAH 2016 SKEMA PEMARKAHAN KERTAS 1 BAHASA MELAYU TINGKATAN 5 BAHAGIAN A: SOALAN KARANGAN BERPANDUKAN BAHAN RANGSANGAN

Jabatan Bahasa Ibunda

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN TUGASAN KERJA KURSUS TAHUN AKADEMIK: JUN NOV 2016

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

Taklimat Bahasa Melayu Darjah

SELAMAT DATANG SESI PERTEMUAN DENGAN IBU BAPA JUMAAT, 19 JAN 2018

BM1 SET 1 SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A

KERTAS PERCUBAAN BAHASA MELAYU SPM

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

MAKLUMAT KURIKULUM DARJAH 5. Cikgu Sharifah Maznah

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

Transkripsi:

K U PA S A N M U T U J AWA PA N BAHASA MELAYU 1 1103/1 S P M 2 017 Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia

1103/1 BAHASA MELAYU 1 INSTRUMEN PENTAKSIRAN Kod : 1103/1 Bentuk Ujian : Ujian Subjektif Markah : 130 markah Masa : 2 jam 15 minit REKA BENTUK INSTRUMEN PENTAKSIRAN Kertas ini mengandungi 2 bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B: Bahagian A :Penulisan berdasarkan bahan rangsangan 30 markah. Kepanjangan : 200 250 patah perkataan. Bahagian B :Penulisan satu daripada lima tajuk pilihan 100 markah. Kepanjangan : Melebihi 350 patah perkataan. Bahasa Melayu 1 1 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

PRESTASI TERPERINCI Bahagian A Soalan Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada peranan Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Huraikan pendapat anda tentang peranan Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. Bahasa Melayu 1 2 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Calon perlu menghuraikan peranan Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah Contoh Jawapan Cemerlang Pada bahagian pengenalan calon dapat memahami tugasan tentang peranan dan Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Bahasa Melayu 1 3 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Pada bahagian huraian idea, ketiga-tiga idea yang dihuraikan oleh calon iaitu, menyediakan khidmat nasihat, memberikan bimbingan kerjaya dan meningkatkan motivasi murid telah dihuraikan dengan jelas dan matang serta mengemukakan dengan contoh yang sesuai. Calon dapat menghuraikan peranan Unit Bimbingan dan Kaunseling melalui bimbingan kaunselor, iaitu memastikan murid dapat melakukan pilihan kerjaya yang diingini selaras dengan minat dan kebolehan yang mereka miliki. Selain itu, pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling membantu murid untuk memilih pusat pengajian tinggi yang disediakan sama ada dalam negara atau luar negara. Program-program yang diadakan seperti ceramah dan kem motivasi mampu menyuntik semangat dalam diri pelajar. Bahasa Melayu 1 4 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Calon menulis dengan menggunakan pelbagai jenis ayat yang gramatis. Terdapat unsur bahasa yang bervariasi. Laras yang digunakan oleh calon sesuai dengan tugasan yang diberikan. Kosa kata yang digunakan oleh calon luas dan tepat. Contohnya, tranformasi pendidikan, anjakan paradigma dan pemangkin. Calon juga dapat menggunakan ungkapan yang menarik dan tepat penggunaannya. Calon menulis frasa menarik seperti membentuk modal insan berketerampilan, pelajar masih lena dibuai mimpi, murid perlulah bersikap proaktif, memberi komitmen sepenuhnya. Pemerengganan seimbang dan menimbulkan kesan kepada pembaca. Calon dapat menggunakan wacana dengan tepat. Contoh wacana yang dikemukakan ialah selain itu dan di samping itu. Sementara itu, calon juga dapat mengemukakan idea yang bernas dan perenggan diolah dengan sesuai. Bahasa Melayu 1 5 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Calon berupaya menulis kesimpulan yang mantap, iaitu menggunakan pelbagai jenis ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai. Contoh Jawapan Sederhana Pada bahagian pengenalan, calon kumpulan sederhana masih dapat memahami tugasan soalan tentang peranan Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Bahasa Melayu 1 6 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Calon masih dapat menghuraikan peranan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Peranan tersebut juga masih dihuraikan berdasarkan maklumat yang diberikan dalam soalan, iaitu menyediakan khidmat nasihat, memberikan bimbingan kerjaya dan meningkatkan motivasi murid. Calon menggunakan bahasa yang gramatis tetapi terdapat kesalahan tatabahasa yang minimum. Contohnya cikgu kaunseling harus membuat ceramah. Laras bahasa yang digunakan oleh calon sesuai dengan tugasan yang diberikan. Calon hanya menggunakan kosa kata umum. Olahan idea yang disampaikan oleh calon masih menarik. Pemerengganan yang digunakan oleh calon pula masih sesuai. Pada bahagian kesimpulan, calon hanya menyatakan peranan Unit Bimbingan dan Kaunseling secara ringkas. Bahasa Melayu 1 7 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Bahagian B Soalan 1 Setiap anak seharusnya mempunyai impian untuk menjadi individu kebanggaan keluarga. Berikan komen anda. Diharapkan calon dapat memberi komen yang menunjukkan persetujuan dengan pernyataan bahawa setiap anak seharusnya mempunyai impian untuk menjadi individu kebanggaan keluarga. Contoh Jawapan Cemerlang Calon dapat memberikan komen yang menunjukkan persetujuan dengan pernyataan bahawa setiap anak seharusnya mempunyai impian untuk menjadi individu kebanggaan keluarga Bahasa Melayu 1 8 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Calon dapat memberikan komen dengan pernyataan bahawa setiap anak seharusnya mempunyai impian untuk menjadi individu kebanggaan keluarga. Idea yang dikemukakan relevan mengikut tugasan. Idea yang dikemukakan ialah mempunyai jiwa yang hebat, berpegang teguh pada ajaran agama, dan cemerlang dalam bidang akademik. Setiap idea yang dikemukakan mengandungi ayat topik, ayat huraian, ayat contoh dan ayat penegasan idea. Idea telah dihuraikan dengan jelas, matang dan disertakan dengan contoh yang sesuai. Bahasa Melayu 1 9 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Terdapat jalinan idea antara satu perenggan dengan perenggan yang lain. Calon menggunakan pelbagai ayat majmuk yang gramatis serta penggunaan kosa kata yang luas dan tepat. Gaya bahasa yang digunakan menarik dari segi keindahan bahasa seperti peribahasa untuk mengukuhkan idea. Penggunaan unsur bahasa bervariasi manakala laras bahasa sesuai dengan tugasan. Idea diolah dengan sangat menarik dan berkesan. Pemerengganan seimbang dan menimbulkan kesan kepada pembaca. Calon juga merancang penulisan karangan dengan teratur. Karangan dimulakan dengan pendahuluan, huraian idea dan kesimpulan. Bahasa Melayu 1 10 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Pada bahagian kesimpulan, calon dapat merumus keseluruhan idea dengan menyatakan harapan yang tinggi dan diselitkan ungkapan menarik, iaitu wahai anak anak muda pasanglah impian, kotakanlah kata bagi merealisasikan individu yang membanggakan keluarga! Bahasa Melayu 1 11 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Soalan 2 Sekolah turut berperanan dalam pemupukan amalan mencintai alam sekitar dalam diri murid-murid. Huraikan peranan sekolah dalam pemupukan amalan tersebut dalam diri murid-murid. Adakah calon dapat menghuraikan peranan sekolah untuk memupuk amalan mencintai alam sekitar dalam kalangan diri murid-murid. Contoh Jawapan Cemerlang Calon menjawab tugasan soalan dengan tepat. Calon dapat menghuraikan peranan sekolah dalam memupuk amalan mencintai alam sekitar dalam diri murid-murid. Bahasa Melayu 1 12 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Bahasa Melayu 1 13 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Calon dapat menjawab tugasan soalan dengan tepat. Calon juga dapat menghuraikan peranan sekolah dalam memupuk amalan mencintai alam sekitar dalam diri murid-murid. Idea yang dikemukakan tentang peranan sekolah dihuraikan secara terperinci dan teratur seperti memupuk amalan mencintai alam sekitar. Calon memberikan contoh yang tepat iaitu murid mempraktikkan amalan mencintai alam sekitar di mana-mana sahaja. Setiap idea yang dikemukakan mengandungi ayat topik, ayat huraian, ayat contoh dan ayat penegasan idea. Idea dihuraikan dengan jelas, matang dan disertakan dengan contoh yang sesuai. Terdapat jalinan idea antara satu perenggan dengan perenggan yang lain. Calon menggunakan pelbagai ayat majmuk yang gramatis serta penggunaan kosa kata yang luas dan tepat. Bahasa Melayu 1 14 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Penggunaan gaya bahasa yang menarik dari segi keindahan bahasa seperti penggunaan peribahasa untuk mengukuhkan idea. Idea diolah dengan sangat menarik dan berkesan. Pemerengganan seimbang dan menimbulkan kesan kepada pembaca. Calon juga merancang penulisan karangan dengan teratur. Calon menjawab tugasan soalan dengan tepat. Calon dapat menghuraikan peranan sekolah dalam memupuk amalan mencintai alam sekitar dalam diri murid-murid. Idea yang dikemukakan tentang peranan sekolah dihuraikan secara terperinci dan teratur. Setiap idea yang dikemukakan mengandungi ayat topik, ayat huraian, ayat contoh dan ayat penegasan idea. Idea dihuraikan dengan jelas, matang dan disertakan dengan contoh yang sesuai. Bahasa Melayu 1 15 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Bahasa Melayu 1 16 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Terdapat jalinan idea antara satu perenggan dengan perenggan yang lain. Calon menggunakan pelbagai ayat majmuk yang gramatis serta penggunaan kosa kata yang luas dan tepat. Penggunaan gaya bahasa yang menarik dari segi keindahan bahasa seperti penggunaan peribahasa seperti mencegah lebih baik daripada mengubati untuk mengukuhkan idea. Idea diolah dengan sangat menarik dan berkesan. Pemerengganan seimbang dan menimbulkan kesan kepada pembaca. Calon juga merancang penulisan karangan dengan teratur. Karangan dimulakan dengan penulisan pendahuluan, idea dan kesimpulan. Bahasa Melayu 1 17 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Pada bahagian kesimpulan, calon dapat merumus keseluruhan idea dengan menyatakan harapan agar setiap sekolah di negara kita dapat memainkan peranan bersama bagi melahirkan generasi yang cinta akan alam sekitar. Diselitkan juga ungkapan menarik, iaitu duduk sama rendah berdiri sama tinggi. Bahasa Melayu 1 18 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Soalan 3 Sebagai negara yang subur dan kaya dengan pelbagai sumber, Malaysia seharusnya menuju ke arah negara yang membekalkan makanan yang cukup kepada rakyatnya di samping mengurangkan kebergantungan kepada makanan yang diimport. Jelaskan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang menghasilkan makanan yang cukup untuk rakyatnya. Diharapkan calon dapat menjelaskan langkah-langkah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang menghasilkan makanan yang cukup untuk rakyatnya. Contoh Jawapan Cemerlang Pada bahagian pendahuluan calon menjawab tugasan soalan dengan tepat. Calon dapat menjelaskan tentang kepentingan sektor pertanian bagi memastikan pembangunan negara dalam pengeluaran makanan berjalan lancar. Bahasa Melayu 1 19 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Calon berupaya menulis idea yang relevan mengikut tugasan soalan. Calon menjelaskan tentang langkah-langkah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang menghasilkan makanan yang cukup untuk rakyatnya. Antara idea yang dikemukakan adalah membuka lebih banyak kawasan pertanian yang baru. Idea dikemukakan dengan jelas dan matang. Calon memberikan contoh-contoh bersesuaian dengan tajuk yang diberikan. Terdapat jalinan idea antara satu perenggan dengan perenggan yang lain. Bahasa Melayu 1 20 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Calon menggunakan pelbagai ayat majmuk yang gramatis serta penggunaan kosa kata yang luas dan tepat. Gaya bahasa yang digunakan menarik dari segi keindahan bahasa seperti peribahasa untuk mengukuhkan idea. Penggunaan unsur bahasa bervariasi manakala laras bahasa sesuai dengan tugasan. Bahasa Melayu 1 21 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Pada bahagian kesimpulan, calon dapat merumuskan keseluruhan idea dengan mantap. Calon menyatakan harapan agar semua pihak seharusnya bergerak seiring dalam meningkatkan pengeluaran makanan. Bahasa Melayu 1 22 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Soalan 4 Anda ingin menulis sebuah rencana dalam akhbar tempatan. Tajuk rencana anda ialah Kebaikan-kebaikan Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) kepada Masyarakat Antarabangsa. Tulis rencana itu selengkapnya. Diharap calon dapat menulis rencana tentang kebaikan-kebaikan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi kepada masyarakat antarabangsa. Bahasa Melayu 1 23 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Contoh Jawapan Calon Cemerlang Pada bahagian pendahuluan calon menjawab tugasan mengikut kehendak soalan. Calon menulis rencana tentang kebaikan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) kepada masyarakat antarabangsa. Bahasa Melayu 1 24 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Calon dapat menulis idea yang relevan mengikut tugasan soalan. Huraian tentang kebaikan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) kepada masyarakat antarabangsa dikemukakan dengan jelas dan matang. Calon mengemukakan contohcontoh kebaikan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam masyarakat antarabangsa. Calon menulis beberapa contoh negara seperti negara Jepun, China dan Amerika Syarikat. Terdapat jalinan idea antara satu perenggan dengan perenggan yang lain. Bahasa Melayu 1 25 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Calon dapat menggunakan pelbagai ayat majmuk yang gramatis serta penggunaan kosa kata yang luas dan tepat. Gaya bahasa yang digunakan menarik dari segi keindahan bahasa seperti ungkapan menarik untuk mengukuhkan idea. Penggunaan unsur bahasa bervariasi manakala laras bahasa sesuai dengan tugasan. Calon dapat mengolah idea dengan sangat menarik dan berkesan. Pemerengganan seimbang dan sesuai. Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan. Calon merancang penulisan karangan dengan teratur mengikut urutan pendahuluan, idea dan kesimpulan. Bahasa Melayu 1 26 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Pada bahagian kesimpulan, calon dapat menyimpulkan keseluruhan idea dengan mantap. Calon menyatakan harapan agar penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dapat memajukan pemikiran masyarakat bagi merealisasikan misi keramat dunia. Bahasa Melayu 1 27 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

SARANAN KEPADA CALON 1. Calon-calon perlu banyak membaca bahan seperti majalah, akhbar, jurnal untuk menambahkan pengetahuan, mematangkan fikiran, dapat mengikuti perkembangan semasa dan memantapkan penguasaan bahasa. 2. Calon hendaklah peka terhadap isu-isu semasa agar setiap idea yang disampaikan lebih bernas dan matang. 3. Idea yang relevan perlu dihuraikan dengan jelas, disokong dengan contoh-contoh yang sesuai. 4. Calon perlu memantapkan penguasaan tatabahasa, umpamanya latihan membina ayat, penggunaan imbuhan, aplikasi tatabahasa dalam ayat, aplikasi pembentukan perkataan; kata dasar kepada kata terbitan dan sebaliknya. 5. Calon-calon hendaklah sentiasa berlatih untuk menguasai pembinaan perenggan deduktif, induktif serta perenggan gabungan kedua-duanya. 6. Calon mestilah rajin merujuk kamus dan seperti Kamus Dewan untuk menambahkan pengetahuan tentang makna kata. 7. Calon hendaklah selalu membuat latihan menulis karangan dalam pelbagai format agar dapat menguasai semua format karangan dan dapat menyampaikan buah fikiran dengan bahasa yang lancar dan pengolahan yang menarik. 8. Sebelum menjawab soalan calon perlu mengetahui bahawa setiap soalan mengandungi dua bahagian, iaitu stimulus dan tugasan soalan. Seterusnya calon perlu membaca setiap soalan, kemudian membuat pilihan soalan yang hendak dijawab, menganalisis kehendak soalan, membina rangka karangan dan akhirnya menulis karangan yang dipilih. 9. Calon perlu menggunakan kosa kata luas dan tepat serta ayat-ayat yang gramatis dengan pengolahan yang menarik. 10. Penanda wacana yang betul hendaklah digunakan dalam karangan yang ditulis. 11. Jika ingin memasukkan unsur sastera seperti pantun, peribahasa atau perumpamaan pastikan calon benar-benar arif tentang unsur-unsur sastera berkenaan sama ada daripada segi maknanya mahupun penggunaan atau penulisannya. Calon tidak boleh mengubah struktur asal peribahasa tersebut. 12. Pastikan karangan yang ditulis disemak terlebih dahulu agar dapat mengurangkan atau mengelakkan sebarang kesalahan dalam aspek bahasa, ejaan dan kesalahan-kesalahan lain. Bahasa Melayu 1 28 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

CADANGAN KEPADA GURU 1. Guru perlu membaca pelbagai bahan dan menambahkan pengetahuan, fakta dan maklumat sesuai dengan perkembangan semasa. 2. Guru perlu memantapkan asas penulisan karangan kepada murid pada peringkat menengah rendah lagi agar para pelajar memahami cara merangka karangan, format menulis karangan dan mengembangkan isi dengan lebih berkesan. 3. Guru perlu membincangkan pelbagai isu semasa dengan pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran agar pelajar dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran menulis. 4. Kursus pemeriksaan kertas Bahasa Melayu SPM perlu didedahkan kepada guru baharu agar mereka memahami cara pemeriksaan kertas Bahasa Melayu untuk membantu para pelajar di sekolah masing-masing. 5. Guru perlu sentiasa merujuk Tatabahasa Dewan dan Kamus Dewan untuk memantapkan penguasaan bahasa Melayu. 6. Guru perlu mengenal pasti kumpulan pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasa supaya dapat mengadakan bengkel kemahiran bahasa kepada pelajar yang terlibat. 7. Guru perlu mempelbagaikan teknik pengajaran yang menarik dan berkesan serta penggunaan media ICT untuk menarik minat pelajar. 8. Guru perlu memberikan latihan karangan yang cukup kepada pelajar supaya mereka dapat menguasai pelbagai jenis kemahiran penulisan. Bahasa Melayu 1 29 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017