PLAYBOOK ENDOWMEN PUSAT ENDOWMEN DAN WAKAF (Centre for Endowment and Waqf) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA EDISI 2018
Ringkasan Eksekutif Maaf, masih dalam proses Harap bersabar PROFESSOR SR. DR. WAN ZAHARI BIN WAN YUSOFF zahari@uthm.edu.my PENGARAH Pusat Endowmen dan Wakaf
Kandungan RINGKASAN EKSEKUTIF LATAR BELAKANG PERANAN ISU DAN CABARAN PERKHIDMATAN UTAMA STRATEGI DAN INISIATIF PENUTUP LAMPIRAN
Latar Belakang Pusat Endowmen dan Wakaf, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) adalah gabungan daripada penubuhan pentadbiran Endowmen di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang ditubuhkan pada tahun 2012 dan pentadbiran Wakaf di bawah Pejabat Naib Canselor pada tahun 2016 yang memfokuskan kepada penjanaan pendapatan bagi tujuan memkukuhkan dana untuk pendidikan dan juga kemampanan kewangan Universiti. Penstrukturan semula pentadbiran Universiti pada 1 Ogos 2017 menyaksikan sebuah Pusat Tanggungjawab (PTj) yang baharu, Pejabat Penolong Naib Canselor (Kelestarian Kewangan) telah ditubuhkan bagi menguruskan aktiviti berkaitan penjanaan pendapatan Universiti. Oleh yang demikian, Pusat Endownmen dan Wakaf telah diletakkan di bawah bidang kuasa Penolong Naib Canselor (Kelestarian Kewangan) dan diterajui oleh Profesor Sr. Dr. Wan Zahari Wan Yusoff selaku Pengarah Pusat Endowment dan Wakaf
Carta Organisasi
VISI Menjadikan pusat pengurusan Endowmen dan Wakaf terunggul untuk kesejahetaan Ummah
MISI Menyediakan platform untuk warga dalam dan luar Universiti menyumbang demi kesejahteraan dunia dan akhirat dengan pengurusan yang profesional, berintegriti dan berhikmah
Objektif Penubuhan
Memberi kuasa Membudayakan Memperkasakan Merancang pelan kepada PTj untuk endowmen dan aktiviti penjanaan jangka masa membuat Wakaf setiap PTj endowmen dan pendek yang lebih perancangan dan agar penjanaan wakaf yang lebih jelas dan menguruskan dapat ditingkatkan berfokus dan bersistematik bagi halatuju Endowmen spesifit mengikut memastikan dan Wakaf dasar penubuhan halatuju dan mengikut garis tabung perancangan panduan yang dijalankan dengan telah disediakan lebih cekap dan efisen
Endowmen UTHM
Pengenalan Endowmen Endowmen (al-waqaf) ialah aset kewangan yang didermakan kepada kepada institusi yang tidak berteraskan keuntungan sama ada dalam bentuk tabung pelaburan atau harta modal yang cara-cara penggunaannya telah ditetapkan oleh penderma. Kebanyakan endowmen biasanya menetapkan wang dari hasil pelaburan dari dividen yang diterima akan dibelanjakan dan menyimpan secara tetap wang derma asal. Sebagai inisiatif baru, UTHM mempelawa dermawan dari individu atau organisasi di sektor awam dan swasta menghulurkan sumbangan dalam pelbagai bentuk samada wang ringgit mahupun bentuk fizikal dan pelaburan bagi meningkatkan dana penyelidikan dan pembangunan bagi memajukan modal insan dan teknologi di negara ini. Halatuju masa hadapan universiti adalah melalui endowmen supaya UTHM tidak bergantung kepada satu sumber pendapatan sahaja. Dengan tabung endowmen ini universiti mampu melakukan lebih banyak perkara untuk membantu pelajar, pengajaran dan pembelajaran dan mampu membantu meringankan kos operasi universiti.
Fungsi Tabung Endowmen UTHM 01 Membiayai aktiviti yang melibatkan penyelidikan dan Inovasi 02 Membiayai aktivitii-aktiviti berteraskan kebajikan pelajar UTHM 03 Membiayai kos berkaitan pembentukan Kursi Profesor seperti membayar elaun dan aktiviti penyelidikan 04 Membiayai insentif pencapaian pegawai yang terlibat dengan penjanaan dana endowmen tertakluk kepada kadar yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pemegang Amanah Universiti. 05 Membiayai kos pengurusan dan operasi berkaitan endowmen (tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Pemegang Amanah Endowmen Universiti atau jawatankuasa baharu yang akan ditubuhkan). 06 Membiayai aktiviti yang difikirkan sesuai tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Pengurusan Amanah Endowmen Universiti
01 Alumni UTHM 02 Syarikat Luar / Endowmen Penyelidikan (Swasta) 03 Individu Perseorangan 04 Hasil Perundingan UHSB (15%) dan Perundingan Sendiri (Projek) 06 Elaun Pemegang Jawatan Giliran (10%) SUMBER TABUNG ENDOWMEN UTHM 07 Sumbangan daripada LPU (Potongan Gaji) 05 Fakulti / Kolej Kediaman / PTj 08 Hasil Penganjuran Persidangan (10%)
Peranan Endowmen UTHM 01 02 03 04 05 Membangunkan Mengurus Menguruskan Melaksanakan Melaksanakan strategi yang Akaun Amanah agihan dana segala aktiviti segala inisiatif berkesan untuk Endowmen endowmen pengurusan bagi meningkatkan kepada pihak endowmen meningkatkan endowmen yang layak dengan promosi dana mengikut sistematik dan endowmen hasrat telus penderma
Agihan Endowmen UTHM Bentuk Sumbangan Wang Tunai Saham/Pelaburan Makmal, Bangunan dan Tanah Pinjaman Modal & Peralatan Aktiviti Pelajar/Staf Kebajikan Pelajar - Biasiswa / Bantuan kewangan Penyelidikan - Kursi Professor - Professor pelawat - Kerjasama penyelidikan - Fellowship Aktiviti Pelajar Pelaburan Pengiktirafan kepada Penderma *Tertakluk kepada ketetapan Universiti Anugerah Khas Surat Penghargaan Plak ditempat khas di kampus Jemputan ke Majlis Utama Universiti Publisiti di papan iklan Universiti
PUSAT ENDOWMEN DAN WAKAF
Faedah kepada Penderma Endowmen UTHM Satu keistimewaan yang diperolehi oleh dermawan : layak diberi pelepasan Cukai Pendapatan di bawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 No. Warta Kerajaan 764 bertarikh 30 Januari 1997 tertakluk pada had pelepasan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Hubungi Endowmen UTHM Nama Jawatan No Telefon Email No.Pejabat Prof. Sr. Dr. Wan Zahari bin Wan Yusoff Pengarah 07-453 8590 zahari@uthm.edu.my B3 001-33 Maizatul Fahimah binti Miskan Penolong Pendaftar 07-453 8586 maizatulf@uthm.edu. my Mohd. Izar bin Mustari Penolong Pegawai Tadbir B3 001-13 07-453 8583 izar@uthm.edu.my B3 001-03
PLAYBOOK ENDOWMEN 2018 PUSAT ENDOWMENT DAN WAKAF