LAMPIRAN A PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI PEMAKLUMAN PJP 2019 GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PENDEK UNIVERSITI 1.0 PENGENALAN Dokumen ini adalah untuk menyatakan secara ringkas beberapa perkara penting mengenai permohonan dan penilaian Geran Penyelidikan Jangka Pendek UTeM 2019. Peruntukan geran PJP 2019 merupakan suntikan kewangan daripada Universiti bagi terus meningkatkan dan memperkasa kualiti penyelidikan dan inovasi (P&I) agar UTeM dapat menerajui kecemerlangan dalam bidang-bidang yang dikenalpasti. Petunjuk kepada kualiti dan kecemerlangan P&I di antaranya adalah: a. Bilangan terbitan dalam Jurnal Indeks Sitasi (Citation Indexed Journals) b. Bilangan sitasi terkumpul dan tahap H-indeks penyelidik c. Jumlah impak faktor terkumpul d. Bilangan geran luar, geran industri dan geran antarabangsa yang diperolehi e. Bilangan projek berimpak tinggi yang dilaksanakan f. Bilangan karya asli bahan ilmiah yang diterbitkan (buku, bab dalam buku) g. Bilangan paten granted h. Bilangan produk dikomersilkan 2.0 TARIKH PENTING GERAN PJP 2019 TARIKH 1 15 November 2018 PERKARA Cut-off date di CRIM untuk semakan penerimaan Laporan Akhir Projek PJP terdahulu. Pensyarah yang tidak mempunyai geran 2 3 4 01 Disember 2018 31 Disember 2018 2 Januari 16 Januari 2019 17 Januari 26 Januari 2019 URIS dibuka untuk permohonan PJP 2019 Sesi Penilaian oleh Panel Penilai Geran (diselaraskan oleh Pengurus CoE) dan proses tambahbaik proposal oleh pemohon melalui sistem URIS Tempoh penambahbaikan proposal oleh pemohon DAN penghantaran semula proposal yang ditambahbaik bersama borang penambahbaikan 1
5 26 Januari 2019 12.00 malam Sistem URIS ditutup 6 28 Januari - 1 Februari 2019 7 11 Februari 2019 8 18 Februari 28 Februari 2019 Pemilihan proposal untuk dibawa ke peringkat penilaian universiti. Sesi Penilaian Peringkat Universiti oleh Panel Penilai Universiti (diselaraskan oleh CRIM) Pengesahan TNCPI dan Pemakluman Keputusan Penilaian dan Akuan Terima tawaran geran PJP 2019 9 1 Mac 2019 30 Mac 2020 Tarikh Mula Projek PJP 2019 3.0 SYARAT PERMOHONAN 3.1 Geran terbuka kepada PENYELIDIK YANG BERDAFTAR DENGAN KUMPULAN PENYELIDIKAN SAHAJA, berjawatan Pensyarah dari gred DS45 hingga DS54. Jurutera Pengajar, Guru bahasa, Tutor dan pensyarah yang cuti belajar boleh menjadi penyelidik bersama sahaja. Keutamaan diberi kepada pensyarah baru (pengalaman kurang daripada 5 tahun) yang tidak mempunyai sebarang geran. 3.2 Pensyarah yang bertaraf bukan Warganegara Malaysia dan Pensyarah Kontrak dibenarkan memohon dengan bersyarat tempoh kontrak melebihi sekurangkurangnya 2 tahun perkhidmatan. 3.3 Pasca Doktoral dipertimbangkan untuk memohon dengan bersyarat perlu mempunyai staf akademik yang tetap sebagai penyelidik bersama. 3.4 Ketua Penyelidik yang mempunyai mana-mana geran penyelidikan berstatus ongoing tidak dibenarkan memohon. Walau bagaimanapun, penyelidik yang telah melaksanakan 75% daripada geran yang ada, akan dipertimbangkan. 3.5 Projek PJP boleh bersifat applied atau fundamental dan menyokong bidang tujahan UTeM dalam Sustainable Manufacturing and Computing Technology. 3.6 Dimestikan, projek bersifat pelbagai disiplin (multi-disciplinary) dan merentas CoE (melibatkan sekurang-kurangnya seorang ahli dari CoE lain) di bawah Kumpulan Penyelidikan yang berdaftar. Risiko permohonan ditolak awal melalui technical knock-out boleh dikurangkan jika perkara ini dilaksanakan dengan sebaiknya. 3.7 Permohonan dibuat melalui sistem URIS secara atas talian dan hanya SATU (1) permohonan dibenarkan kepada seorang penyelidik utama. 3.8 Pemohon yang masih belum menghantar Laporan Akhir PJP untuk projek-projek yang pernah diluluskan (tamat projek) sehingga cut-off date yang dinyatakan tidak dibenarkan memohon. 3.9 Tempoh pelaksanaan projek PJP adalah 12 bulan. Perlanjutan yang dibenarkan adalah maksimum 6 bulan sahaja. 3.10 Memaparkan flow chart dan gantt chart bertanda milestone dengan jelas. 2
3.11 Menyatakan dengan jelas Jangkaan Hasil Penyelidik untuk menghasilkan sekurangkurangnya SATU (1) terbitan jurnal sitasi berindeks (DIMESTIKAN serta menamakan jurnal) dan/atau harta intelek dan prototaip. 3.12 Kegagalan memenuhi syarat-syarat permohonan dan mematuhi Garis Panduan Pengurusan Penyelidikan Universiti mengakibatkan permohonan ditolak. 3.13 Penilaian peringkat CoE berlaku dan penambahbaikan proposal telah dibuat sebelum sistem URIS ditutup 3.14 Pemohon yang mempunyai rekod PJP terdahulu sebagai Penyelidik Utama, maka kadar maksimum hanyalah 3 kali permohonan sebagai Penyelidik Utama sahaja. 4.0 PENGISIAN BORANG PERMOHONAN ONLINE 4.1 Bajet yang dipohon hendaklah berasaskan keperluan dan kesesuaian aktiviti penyelidikan dan mematuhi panduan kewangan. Perincian perbelanjaan perlu ditunjukkan, langkah penjimatan dan perbelanjaan berhemah perlu diambil kira. 4.2 Bajet yang dipohon adalah RM20,000.00 bagi bidang S&T dan RM7,000.00 bagi Non S&T (termasuk elaun RA Sambilan/SRA) 4.3 Geran ini HANYA boleh melantik RA Sambilan atau SRA sahaja. 4.4 Siling VOT 21000 adalah RM2,000 (tuntutan perjalanan). 4.5 Siling VOT 29000B (special service) adalah 20% daripada jumlah dipohon. 4.6 Siling VOT 35000, VOT 36000 (jumlah 2 VOT) adalah 40% daripada jumlah dipohon. 4.7 Gadget kamera/ telefon bimbit/ komputer/ komputer riba dan pencetak adalah TIDAK DIBENARKAN pembelian. 4.8 Hanya persidangan DI DALAM NEGARA sahaja dibenarkan. 4.9 Pelantikan penyelidik bersama secara autogenerated email. Semakan email (termasuk junk email) dan klik accept perlu dibuat. 4.10 Setiap pemohon dibenarkan melantik maksimum EMPAT (4) penyelidik bersama. Penyelidik bersama dari IPT lain boleh dijemput (tanpa perpindahan kos). Tugasan setiap ahli projek perlu jelas menyumbang kepada pencapaian objektif projek dan kumpulan. 5.0 PENILAIAN KERTAS CADANGAN 5.1 Kualiti proposal adalah diutamakan. 5.2 Projek-projek yang mempunyai impak ketara kepada UTeM serta merangkumi tema The Fourth Industrial Revolution (4IR) akan diberi keutamaan. 5.3 Bidang-bidang fokus utama termasuklah Engineering, Computer Science, Mathematics, Energy, Social Science, Multidiciplinary, dan Bisness, Management & Accounting. 5.4 Hanya permohonan yang mengikut peraturan, jelas dan berkualiti layak diberi pembiayaan PJP 2019. Risiko permohonan ditolak awal melalui technical knock-out boleh dikurangkan melalui semakan bersama ahli kumpulan projek. 5.5 Tumpuan penilaian adalah ke atas isi kandungan, objektif, metodologi, kewajaran flow chart, gantt chart yang dipaparkan, milestones serta bajet yang diminta. 3
Kesesuaian dan impak ke atas bidang tujahan kumpulan penyelidikan dan UTeM juga dinilai. 5.6 Penilaian dan semakan oleh Pengurus CoE bersama Panel Penilai Geran diwajibkan bagi penambahbaikan kualiti kertas cadangan yang dihantar. 5.7 Penilaian peringkat Universiti adalah mengikut Bidang Fokus iaitu Teknologi Hijau (GT), Kejuruteraan Sistem (SE), Interaksi Manusia-Teknologi (HTI) dan Teknologi Mendatang (ET). 5.8 Keputusan Panel Penilai Peringkat Universiti dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) adalah muktamad. 5.9 Carta alir proses permohonan dan penilaian PJP Fasa 2019 adalah seperti dalam Lampiran 1. 6.0 TANGGUNGAN RA SAMBILAN / SRA 6.1 Tempoh lantikan sekali sahaja RA Sambilan mengikut tempoh projek iaitu 3 bulan maksimum dan SRA adalah selama 6 bulan. Penyelidik utama wajib memantau dan berhak memberhentikan RA Sambilan yang kurang berdisiplin dan lemah. 6.2 Pemantauan kehadiran dan mobiliti RA Sambilan/SRA menjadi tanggungjawab penyelidik utama. Pelaporan bertulis terhadap kes RA missing in action perlu dibuat terus ke bahagian kewangan geran di CRIM untuk pembekuan gaji dan bayaran balik. 6.3 RA Sambilan/SRA perlu menandatangani Surat Aku Janji Pelantikan Pembantu Penyelidik sejurus selepas pelantikan di CRIM. 6.4 RA Sambilan yang meninggalkan projek penyelidikan tanpa sebab wajar dikenakan tindakan tatatertib yang bersesuaian di bawah Garis Panduan Pengurusan Penyelidikan. 6.5 Garis Panduan Pengurusan Penyelidikan dan Garis Panduan Pembantu Penyelidikan masih lagi berkuatkuasa ke atas bahagian-bahagian yang tidak dinyatakan di sini. Nota : Adalah dimaklumkan bahawa, semua aktiviti penyelidikan adalah tertakluk kepada kepada polisi dan garis panduan berikut : i. UTeM Research Policy (Version 2014) ii. Guidelines For Research Management (Version 2, 2014) iii. Garis Panduan Pengurusan Penyelidikan Universiti iv. Garis Panduan Pembantu Penyelidik, UteM 4
LAMPIRAN 1 CARTA ALIR PROSES PERMOHONAN DAN PENILAIAN PJP FASA 2019 Aras Pertama:- Penilaian Peringkat CoE (diselaraskan oleh Pengurus CoE) Mula Disokong dengan pindaan iaitu dipulangkan kepada Ketua Projek untuk proses penambahbaikan Disokong Ketua Penyelidik (PI) membuat permohonan melalui URIS secara atas talian Panel Penilai Geran membuat penilaian (bersama cadangan bajet disokong) *Bagi Penghantaran semula selepas penambahbaikan: PI perlu muatnaik Borang Penilaian dengan catatan tindakan diambil Tidak Disokong Tamat Status permohonan menjadi Tidak Disokong Kertas cadangan dipersetujui dan dihantar secara atas talian ke CRIM. Status permohonan menjadi Disokong Aras Kedua:- Penilaian Peringkat Universiti (diselaraskan oleh CRIM) Panel Penilai Universiti membuat penilaian mengikut syarat / peraturan yang ditetapkan Tidak Diluluskan Diluluskan Pengesahan dan perakuan TNCPI atas permohonan yang diluluskan Status permohonan dipaparkan dalam URIS Pemakluman permohonan PJP 2019 yang berjaya kepada warga UTeM. Surat kelulusan PJP 2019 dikeluarkan kepada PI Tamat 5