SIRI ANALISIS IDE : 9 SEPTEMBER 2018

dokumen-dokumen yang mirip
BAB IV TAHAP LITERASI POLITIK DAN KERENGGANGAN TERHADAP PARTI: TINJAUAN TERHADAP DATA-DATA SURVEI SEBELUM PRU 12

KAJISELIDIK SENTIMEN PENGUNDI MENGENAI EKONOMI, KOS SARA HIDUP DAN INFLASI

Jawapan Terhadap Pembohongan-pembohongan SPR Mengenai Isu Persempadanan Semula

BAHAGIAN 1 : Demografi

KAJIAN PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PARTI DAN KEPIMPINAN PKR, NOVEMBER 2010

KENYATAAN MEDIA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

BAHAGIAN 1 : Demografi

TAJUK 6 DEMOKRASI BERPARLIMEN

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

KAJISELIDIK SENTIMEN PENGUNDI DAN ISU-ISU UTAMA PILIHANRAYA UMUM KE-14

TAJUK 6 Demokrasi Berparlimen. Konsep demokrasi berparlimen Pilihan raya Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

KAJISELIDIK POPULARITI PERDANA MENTERI DAN CALON PERDANA MENTERI PEMBANGKANG

AGENDA MELAYU DALAM PILIHAN RAYA UMUM KE-12: KAJIAN KES Dl NEGERI SELANGOR

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PUSAT KAJIAN DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA (UMCEDEL)

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

Sustainable Education 54

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 5. Permuafakatan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

Soal Jawab: UMNO PERLU PEMUGARAN UNTUK JADI PARTI RELEVAN

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Sempena Konvensyen Pemerkasaan Jalinan Rakyat PDM Wanita UMNO Negeri Johor. 28 Oktober 2016 (Jumaat) BERJAYA HOTEL WATERFRONT JOHOR BAHRU

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

Panduan Pemantauan Undi Awal dan Undi Pos

KAJISELIDIK KEBOLEHPINDAHAN UNDI ANTARA PARTI PEMBANGKANG

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Fasal 2: Pilihan Raya Umum MASAF

PENJALANAN IHAN MALAYSIA BERITAPUBLISHINGSDN.BHD.

PERSEPSI PENAGIH, IBUBAPA DAN MASYARAKAT TERHADAP DADAH. oleh

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

MANUAL PENGGUNA (KHUSUS UNTUK KEGUNAAN PEMOHON BAGI PROGRAM ANAK EMAS SAHAJA) isejahtera. Permohonan Program Anak Emas Secara Atas Talian

BAB 1 PENGENALAN KEPADA KAJIAN

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA BUKU PANDUAN CALON DIKEMASKINI HINGGA MEI

BAB SATU PENDAHULUAN

ANUGERAH HAK ASASI MANUSIA 2016 ANJURAN SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA

Setiausaha Agung DAP

Laporan Awal Pasca Pilihan Raya Bagi Pilihan Raya Umum Malaysia Ke Mei 2018

BAB 1 PENGENALAN. 1.8 Pengenalan Projek

Wawancara Berita Minggu bersama Encik Marimuthu Nadason, Presiden FOMCA. Siri Pemikiran FOMCA - 6

Kesannya Kepada Pengguna

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PERNYATAAN PRIVASI INREACH

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

LAPORAN HASIL DAPATAN KAJIAN PERSEPSI MAHASISWA MENGENAI RASUAH DI MALAYSIA

LAPORAN PENYELIDIKAN

BAB VII CATATAN PENUTUP: LITERASI POLITIK DAN KERENCAMAN SOSIAL. Analisis dan penemuan kajian yang dibincangkan dalam bab VI menunjukkan bahawa

TATAETIKA PILIHAN RAYA

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Akaun Pelaburan Wafiyah

3. Agenda dan Minit Persidangan lalu serta laporan-laporan lain akan diedarkan berasingan.

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA

Bank of America Malaysia Berhad Piagam Perkhidmatan Pelanggan

7 CIRI BUDAYA POLITIK MATANG SEJAHTERA (BPMS)

Peranan Industri Penerbitan terhadap Pembangunan Ekonomi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat Aqif Azizan Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.

Akaun Semasa Mudarabah

Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013

Ruj. Kami : 20684/135 (/? ) r it W November 2010

BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE 2012 (MyGOSS 2012)

Ubah pendekatan menggubal dasar

PENERBITAN PETA DAERAH SIRI MYS 8201R

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 September 2017

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

PRU13 PENGERAHAN DOA BAGI PILIHAN RAYA UMUM 2013 KESATUANDOA. ~Ayub 42:2 (ITB)

Memorandum Pendidikan

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

ISU PENDATANG TANPA IZIN : PERANAN MEDIA TERHADAP KESEDARAN, PENGETAHUAN DAN SIKAP DI KALANGAN MASYARAKAT DI MALAYSIA

GARIS PANDUAN Pembangunan Laman Web Universiti Kebangsaan Malaysia

PANDUAN PENGGUNA. Modul 1

1. Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus. Sekolah Cina Malaysia, atau nama singkatannya Dong Zong,

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2005 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17, N22, N26

TARIKH: 03 OKTOBER TEMPAT: DEWAN UTeM 1, KAMPUS INDUSTRI UTeM

Mengenali Apa Itu Emel Phishing

KOMUNIKASI DAN PEMBELAJARAN INTERAKTIF SKP2101 BERSEMUKA1-27 OGOS Dr Zatul Himmah Adnan2016 1

PERANG SIBER HANYA ILUSI MAYA?

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.)

Pakaian formal sekolah 25/2/2018. Pertandingan Anugerah NILAM Daerah Johor Bahru 2018 DOKUMEN SOKONGAN / CATATAN MULA

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA BUKU PANDUAN PEMERHATI BARUNG

Akaun Semasa Mudarabah

KAJISELIDIK SENTIMEN PENGUNDI MENGENAI RUU355

TAKLIMAT BAKAL PESARA

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

Transkripsi:

PILIHAN RAYA KECIL (PRK) SERI SETIA & BALAKONG: 5 FAKTOR UTAMA PERATUSAN MENGUNDI MEROSOT BAWAH 50% PRK N.32 DUN Seri Setia dan PRK N.27 DUN Balakong telah dilaksanakan pada 8hb September 2018 (Sabtu) dengan peratusan turun mengundi kedua-duanya di bawah paras 50%. PRK Seri Setia mencatatkan peratusan turun mengundi 44% manakala bagi DUN Balakong adalah 43%. Tiga PRK yang telah berlangsung pasca PRU 14 termasuk PRK Sg Kandis memperlihatkan peratusan turun mengundi adalah di bawah 50%. Peratusan turun mengundi di bawah 50% pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya di Malaysia pada tahun 2009 di PRK Penanti. Namun senario PRK ini berlainan disebabkan parti Barisan Nasional tidak menghantar calon dalam PRK tersebut. Parti Keadilan Rakyat sebagai parti yang bertanding masih dalam kolisi bersama PAS hanya ditentang oleh 3 calon bebas. Keputusan pilihan raya memihak kepada kepada KEADILAN. Analisis mikro berdasarkan daerah mengundi memperlihatkan kemenangan disumbangkan oleh gabungan ahli-ahli pembangkang ketika itu yang terdiri daripada KEADILAN, PAS dan DAP. Suasana ketika itu adalah berbeza dengan suasana kini pasca PRU 14.

Institut Darul Ehsan (IDE) terlibat secara langsung membuat penyelidikan dan pemerhatian dalam PRK Seri Setia termasuk menghantar wakil berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pemerhati bebas. IDE telah menghantar 3 orang sukarelawan enumerator di setiap pusat daerah mengundi (PDM) Dun Seri Setia berjumlah 20 DM. Seramai 80 orang enumerator terlibat di lapangan. Berdasarkan kepada pemerhatian dan analisis IDE mendapati peratusan keluar mengundi di kedua-dua PRK khususnya di DUN Seri setia disebabkan oleh beberapa faktor berikut: PERTAMA: Kesan Persempadanan Pilihan Raya PRU-14 i Analisis awal IDE berkaitan PRK Sungai Kandis, peratusan turun mengundi 49% disumbangkan oleh faktor pengundi tidak perasan atau sedar bahawa mereka terlibat dalam PRK berkenaan. Faktor persempadanan baru menjadikan geografi kawasan berubah apabila 7 daerah mengundi baru dimasukkan di DUN Sungai Kandis. Hal yang sama berlaku di DUN Seri Setia apabila 1 daerah mengundi dari N40 Kota Anggerik iaitu Taman TTDI Jaya dan 2 daerah mengundi dari N39 Kota Damansara iaitu Taman Glenmarie dan Ara Damansara dimasukkan pada PRU 14 yang lalu. Tiga daerah mengundi tersebut sebenarnya melibatkan 94 lokaliti yang terdiri dari taman perumahan, kampung, flat dan kawasan kediaman. Persempadanan terakhir berlaku pada 2004 iaitu PRU 11. Oleh itu pengundi melalui 3 pilihan raya sejak 14 tahun lalu tanpa persempadanan baru. Pengundi turun mengundi pada 9 Mei 2018 yang lalu, mengundi bukan kerana dia tahu parlimen atau DUN berkaitan, tetapi turun mengundi atas semangat pilihan raya dan proses demokrasi. Oleh itu inovasi baru wajar diterokai seperti negara-negara lain umpama Indonesia, UK dan US yang mempunyai kaedah mengundang pengundi datang dengan surat, kad atau pesanan telefon untuk turun mengundi.

KEDUA: Dihantui persepsi negatif terhadap proses pilihan raya Mei 2018. Komen masyarakat awam khususnya yang berumur mempunyai impak psikologi apabila masih trauma dengan situasi yang berlaku dalam PRU 14 yang lalu. Suasana keluar mengundi PRU 14 di kebanyakan tempat cukup luar biasa hinggakan pengundi terpaksa beratur panjang, suasana panas, dan saluran yang mungkin tidak sesuai khususnya di waktu puncak. Respon yang diterima IDE, masyarakat merasa letih dan takut untuk beratur panjang. Pengalaman negatif yang mereka lalui semasa PRU 14 yang lalu masih menghantui pengundi. KETIGA: Persepsi psikologi pengundi yang merasa segalanya ok! (complacent feel good factor) Hasil kajian IDE sejak 2016 mengkaji persepsi pengundi dalam siri-siri Survei yang dijalankan, IDE membahagikan pengundi kepada 3 kategori iaitu; pengundi ahli parti berdaftar, pengundi penyokong dan pengundi atas pagar. Trend ini jelas wujud dalam penyelidikan yang dijalankan. Pengundi yang turun mengundi kebanyakannya pengundi berumur 40 tahun ke 60 tahun terdiri di kalangan ahli parti dan penyokong tegar parti. Survei IDE sebelum ini, Survei Mood Rakyat #Mood of the Nation dan Survei Persepsi Rakyat Selangor (5 Siri) yang dijalankan pada tahun 2017 dan 2018, telah mendapati sekitar 25% sahaja pengundi Selangor berdaftar sebagai ahli parti. Rata-rata pengundi atas pagar yang ditemui merasakan mereka tiada objektif besar terhadap PRK kali ini dan menjangkakan Pakatan Harapan akan menang. Pengundi dalam kategori ini merasakan mereka tiada motivasi khusus untuk keluar pengundi kerana Pakatan Harapan kekal memerintah Selangor dan seterusnya Putrajaya (Kerajaan Persekutuan) telah berubah daripada Barisan Nasional ke Pakatan Harapan. Perubahan yang berlaku selepas 60 tahun ini, menjadikan motivasi masyarakat seolah-olah mereka tiada motivasi khusus untuk menukar kerajaan.

Persepsi ini memberi tanda aras bahawa masyarakat masih memberi ruang kepada Pakatan Harapan untuk terus memperjuangkan isu-isu rakyat. Persepsi ini jelas berlaku di PRK Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong. Faktor persempadanan tidak banyak menjejaskan PRK Balakong, tetapi faktor ini merupakan antara faktor utama yang menyumbang kepada persepsi pengundi. Rakyat masih menilai perjuangan yang bakal dibawa oleh Umno/Barisan Nasional, MCA dan juga PAS sebagai pembangkang dan juga menilai Pakatan Harapan sebagai kerajaan. KEEMPAT: Tarikh PRK tidak sesuai dengan mood cuti panjang. Pelbagai lapisan masyarakat di DUN Seri Setia dan DUN Balakong khususnya, telah merancang cuti luar kawasan sejak awal memanfaatkan cuti panjang dalam tempoh 3 minggu ini hingga ke cuti sambutan Hari Malaysia 16 September 2018 pada minggu hadapan. Pemerhatian dan temuduga yang djalankan kepada petugas parti, memberikan respon bahawa mereka mendapati penghuni rumah di sekitar lokaliti daerah mengundi ada yang kosong kerana pergi bercuti. Wajar SPR untuk menilai dan mempertimbangkan suasana sesuai untuk mengadakan pilihan raya dengan mendapat maklum balas daripada parti-parti utama yang bakal bertanding. Faktor keempat ini menyebabkan PRK Balakong dan Seri Setia peratusan mengundi berbeza 5% ke 6% jauh lebih rendah dari PRK Sungai Kandis. KELIMA: Suasana Pengundian Lembah Kelang yang terdiri dari penduduk Bandar dan Pinggir Bandar. PRK Sungai Kandis, PRK Seri Setia dan PRK Balakong, sebahagian besar demografi dan geografi penduduknya boleh dikategorikan sebagai pengundi-pengundi bandar dan pinggir bandar. Demografi masyarakat berdekatan dengan ibu kota merupakan masyarakat yang digolongkan sebagai smart voters yang tidak mudah bergantung kepada sentimen sematamata. Justeru psikologi pengundi sedemikian mudah dipengaruhi dengan faktor-faktor yang dinyatakan di atas. Mereka ini adalah pengundi yang saban hari mudah menerima pendedahan isu-isu politik dari media cetak, elektronik dan media sosial. Psikologi mereka juga mungkin telah muak untuk berpolitik dalam suasana PRU 14 baru berlalu dalam masa 3 bulan. Peratusan turun mengundi di PRK lain sebagai contoh PRK Sungai Besar (74%), PRK Kuala Kangsar (71%), PRK Teluk Intan (67.4%), PRK Rompin (73%), PRK Sungai Limau (85.5%). Kesemua PRK yang dinyatakan di atas demografi dan geografi penduduk adalah berlainan dengan tiga PRK ini iaitu di luar Lembah Kelang.

Berdasarkan penelitian ini, pelbagai pihak sama ada parti politik mahupun Suruhanjaya Pilihan Raya khususnya wajar membuat post-mortem untuk menilai kembali isu-isu yang timbul termasuk cara pengendalian PRK kali ini untuk ditambahbaik pada masa akan datang. Walaupun wujud faktor-faktor yang telah dinyatakan memberi kesan kepada penurunan peratusan keluar mengundi, Pakatan Harapan diwakili Halimey Abu Bakar masih mampu meraih kemenangan dengan mendapat 58.60% undi iaitu sebanyak 13,725 undi manakala Dr Halimah Ali daripada PAS mendapat 9698 atau 41.40% undi daripada 23,423 pengundi. PRK DUN Balakong menyaksikan Wong Siew Ki (DAP) mendapat majoriti 18,533 walaupun kadar turun mengundi dicatatkan hanya 42.97%. Asas utama yang membawa kemenangan ini adalah calon anak tempatan antara faktor penyumbang utama. KUMPULAN PENYELIDIK INSTITUT DARUL EHSAN (IDE) Kluster Penyelidikan Institut Darul Ehsan diketuai oleh Prof Dato Dr Mohammad Redzuan Othman. (Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh diajukan kepada En Khairul Arifin Mohd Munir, Pengurus Kanan Penyelidikan IDE, ide@ideselangor.com) i Penerangan lanjut berkaitan isu persempadanan telah diulas secara khusus, boleh layari laman web IDE: www.ideselangor.com.