KOMUNIKASI ORGANISASI MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN. NURUL SYAKIRA BINTI BAHADON

dokumen-dokumen yang mirip
"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

Kepimpinan Mengikut Perspektif Islam

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA STATUS DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23:

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

MAKLUMAT KURSUS KANDUNGAN HASIL PEMBELAJARAN CTU263 7/11/2013 CTU 263 ISLAM DAN PENGURUSAN. Maruwiah Ahmat 1

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

ADAB AMAR MAARUF DAN NAHI MUNKAR

Pembangunan modal insan menurut perspektif Al Quran. Sinopsis:

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

:

Nama Pelajar : Tingkatan : PEPERIKSAA PERCUBAA SPM Kertas 1 Satu jam lima belas minit

Keutuhan Peribadi. Zahari Daud Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik

LALUAN KEHIDUPAN

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia

UNSUR KESANTUNAN DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

(a) Apakah tujuan Nabi Muhammad membuka semula kota Makkah? ( 4 markah ) (b) Jelaskan kepentingan pembukaan semula kota Makkah?

Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 2

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini.

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

Visi. Menjadi pusat rujukan dan peneraju pembangunan modal insan koperasi yang unggul. Misi

FITNAH MUSNAHKAN SEGALANYA

BAB 6: ETIKA KRISTIAN

Jadual 4.5.1: Tahap pemahaman guru besar sekolah rendah di Semenanjung Malaysia terhadap model PBS

19/03/ Digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 622M

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA


METODOLOGI KEPIMPINAN MENURUT AL-QUR AN. Ahmad Tarmizi Bin Zakaria Universiti Selangor ABSTRAK

REVIEW. Disampaikan pada perkuliahan PENDIDIKAN AGAMA ISLAM kelas PKK. Dr. Dede Abdul Fatah, M.Si. Modul ke: Fakultas EKONOMI. Program Studi AKUNTANSI

Tamadun Islam dan Tamadun Asia Edisi Kedua (TITAS) Bab 1: 1

UNIT 5. Kelas Bimbingan Dewasa

INTEGRITI MENURUT HADITH NABI : KAJIAN APLIKASINYA TERHADAP. KEUTUHAN PERIBADI KAKITANGAN PENTADBIRAN UiTM SHAH ALAM BORANG SOAL SELIDIK OLEH

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

BAB V PEMBAHASAN. yang dikemukakan dalam penelitian ini adalah untuk menjelaskan :

Himpunan Doa Didalam Al Quran

BAB 5 Nilai Berkaitan Dengan Hak Asasi Manusia

Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam

BAB 14 AUDIT DALAMAN

Bab 3 ETIKA DAN POLITIK ORGANISASI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

MATAN. Karya Syaikh Al Imam Muhammad bin Abdul Wahhab

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 2

DOA IBUBAPA PADA ANAK

Akhlak Mahmudah (Akhlak Rasulullah) & Akhlak Mazmumah

MUKMIN SEBENAR Pada satu ketika, seorang pemuda telah masuk ke dalam

MUSLIM BERMINDA BESAR: 5 Nilai Bagi Anak-anak

Pendidikan Agama Islam

06. Taubat dan pengajaran melalui perkataan

DORONGAN DAN KERJA BERPASUKAN. Oleh: Najwa Ahmad Zawawi Unit Perkhidmatan, BSM.

BAB 1 Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri


1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

Ucapan Menteri Besar Johor Program Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Johor Pada 16 Ogos 2017 di Dewan Majlis Daerah Pontian Johor.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

Di antaranya pemahaman tersebut adalah:

7 CIRI BUDAYA POLITIK MATANG SEJAHTERA (BPMS)

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 SIRAH KBK 5 NAMA :

TASAWWUR ISLAM KERTAS 2. Dua jam tiga puluh minit

Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA:

AKAUNTABILITI AKADEMIA

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME


NEGARA ISLAM PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH

Disediakan Oleh: Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor

BAB IV TINJAUAN HUKUM PIDANA ISLAM TERHADAP PUTUSAN HAKIM NOMOR :191/PID.B/2016/PN.PDG

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Etika Kerja. Kementerian Pelajaran Malaysia. Junjung Amanah Pembangunan Insan Mulia

Kemahiran : Nyatakan (Memberi jawapan yang specific tanpa memerlukan penerangan lanjut /huraian/sokongan)

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

Objektif. Topik yang akan dipelajari SIMPOSIUM 2015 METODOLOGI PENGELUARAN HUKUM DALAM ISLAM. Ciri-Ciri Syariat Islam Ustaz Sayid Sufyan b Jasin

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

PIAGAM MADINAH. Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal.

KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN ISLAM

Model Pengurusan Strategik

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

SUMBER HUKUM ISLAM 1

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 5

EKSTREMISME AGAMA ANCAM KESATUAN UMMAH (06 Oktober 2017 / 15 Muharam 1439)

Menerangkan pengertian akhlak mahmudah. Menjelaskan skop-skop akhlak mahmudah. Mengklasifikasikan akhlak mahmudah dalam Islam

PROGRAM PEMANTAPAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA ( KEDAH )

PERSPEKTIF KOMUNITI LESBIAN, GAY DAN TRANSGENDER MUSLIM DI MALAYSIA TERHADAP PERLAKUAN HOMOSEKSUAL DAN KONSEP PERKAHWINAN DI DALAM AL-QUR AN

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

LAPORAN MALAM CINTA RASUL

PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS MOTIVASI BERSAMA PUSAT BAHASA DAN PEMBANGUNAN INSAN

DISEDIAKAN OLEH: WAN HANIM NADRAH BINTI WAN MUDA FPTV BAB 1 TUGAS PENYELIA

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME NAMA NURUL AMIRAH BINTI MOKHTAR NOMBOR MATRIK A146234

Transkripsi:

KOMUNIKASI ORGANISASI MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN NURUL SYAKIRA BINTI BAHADON nurulsyakira95@gmail.com SAHLAWATI BINTI ABU BAKAR sahlawati@kuis.edu.my Jabatan al-quran dan al-sunnah Falkulti Pengajian Peradaban Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) ABSTRAK Kajian ini akan membincangkan tentang komunikasi organisasi menurut perspektif al-quran. Komunikasi organisasi sangat penting dan perlu untuk dipelajari kerana sekarang ini banyak orang yang tertarik dan memberi perhatian untuk mengetahui prinsip dan keahlian komunikasi yang dapat dimanfaatkan untuk mewujudkan tujuan organisasi. Matlamat kajian ini adalah untuk membincangkan mengenai komunikasi organisasi menurut perspektif al-quran. Kajian ini menggunakan metode analisis dokumen yang dibuat secara deduktif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pemilihan ketua yang mempunyai ciri-ciri pemimpin Islam amat penting bagi menjadikan sesebuah organisasi itu berjalan dengan lancar dan sempurna. Setiap ahli dalam sesebuah organisasi juga memainkan peranan penting yang membantu dalam mencapai kecemerlangan sesebuah organisasi. Kata kunci: komunikasi, organisasi, al-quran 1.0 Pendahuluan Dalam kehidupan seharian, komunikasi merupakan suatu tindakan yang memungkinkan seseorang itu mampu menerima dan memberikan maklumat atau pesanan sesuai dengan apa yang kita perlukan. Secara teori, kita mengenali bermacam tindakan komunikasi berdasarkan pada konteks. Dimana komunikasi tersebut dilakukan seperti komunikasi kelompok, komunikasi organisasi dan komunikasi massa. Komunikasi organisasi sangat penting dan perlu untuk dipelajari, kerana sekarang ini banyak orang yang tertarik dan memberi perhatian kepadanya untuk mengetahui prinsip dan keahlian komunikasi yang dapat dimanfaatkan untuk mewujudkan tujuan organisasi. 2.0 Definisi Komunikasi Organisasi Memandangkan kepimpinan berkait rapat dengan kewujudan sesebuah organisasi, maka pemimpin bertanggungjawab untuk merancang dan melaksana sistem pentadbiran, polisi, visi, misi dan matlamat sesebuah organisasi. Secara umumnya, organisasi difahami dengan lebih mudah sebagai dua atau lebih orang yang berada dalam satu kumpulan berinteraksi antara mereka untuk mencapai matlamat secara berkumpulan. Dari segi teknikal, organisasi boleh 147

difahami sebagai satu unit sosial yang dibentuk secara khusus untuk mencapai sesuatu matlamat dalam masyarakat dunia yang bertambah kompleks yang menekankan kepada rasionaliti, keberkesanan dan kecekapan.(ahmad Atory, 1991) Dari segi perlaksanaan aktiviti dan pencapaian matlamat, kepimpinan mempunyai perkaitan yang rapat dengan struktur organisasi. Justeru, organisasi boleh diwujudkan melalui dua struktur yang berbeza, iaitu organisasi formal dan tidak formal. Melalui dua struktur ini juga akan menghasilkan matlamat organisasi yang berbeza. i. Organisasi Formal Organisasi formal ditakrifkan sebagai organisasi yang mempunyai struktur peranan yang disengajakan dalam sesebuah persatuan atau pertubuhan yang teratur. (Khomsahrial Romli, 2011). Justeru kepimpinan dalam organisasi formal mestilah berlandaskan struktur, polisi dan misi yang bertulis. Arahan yang dikeluarkan adalah berbentuk formal dan setiap tindakan perlu didokumenkan untuk rujukan dan tindakan di masa akan datang. ii. Organisasi Tidak Formal Organisasi tidak formal selalunya merupakan organisasi yang ditubuhkan secara sukarela yang mempunyai lebih autonomi untuk pemimpin melaksanakan polisi dan misi organisasi dan tidak terlalu terikat dengan peraturan dan perlembagaan. Organisasi seperti ini mempunyai fungsi lebih kepada kegiatan rekreasi dan tidak berdaftar. (Ahmad Atory, 1991) Diklafikasikan sebagai organisasi tidak formal kerana ia mempunyai peraturan tugas sendiri, tidak semestinya bertulis dan tidak terikat dengan peraturan tetapi tidaklah sampai melanggar perlembangaan dan peraturan negara. Antara contoh organisasi tidak formal ialah seperti kumpulan program usrah, kumpulan kompang, kumpulan marhaban dan sebagainya. 3.0 Komunikasi Organisasi Menurut Perspektif Al-Quran Konsep organisasi menurut perspektif al-quran akan dibincangkan melalui dua aspek iaitu dari aspek konsep organisasi cemerlang dan prinsip-prinsip asas kepimpinan Islam. 3.1 Konsep Organisasi Cemerlang Menurut Sharifah Hayaati al-qudsy (2008), Islam sangat menitikberatkan persoalan kecerlangan dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan oleh manusia. Antara perkataan-perkataan yang melambangkan dalam al-quran adalah perkataan ahsanu amala, aflaha, dan ihsana. Malah dalam laugan azan telah terkandung seruan ke arah kecemerlangan, iaitu hayya ala al-falah berkali-kali. Antara ciri-ciri cemerlang ialah apabila sesuatu pekerjaan itu dilaksanakan dengan berkualiti seperti tekun, khusyuk, ikhlas, konsisten, amanah dan sebagainya. Abu Hamid al-ghazzali berpendapat bahawa nilai utama dalam akhlak yang membentuk kecemerlangan terbahagi kepada empat iaitu: 148

1. Al-Hikmah: Kebijaksanaan atau kesesuaian ilmu dengan amal dan tindakannya. 2. Al- Adl: Keadilan, iaitu jiwa yang dapat dikawal daripada sifat marah, rakus, ego dan sebagainya untuk mencapai al-hikmah. Nilai ini mampu menyelamat dan membimbing manusia ke arah kesejahteraan dan kebahagiaan. 3. Al- Shaja ah: Keberanian, iaitu kekuatan dan keteguhan hati dalam mempertahankan kebenaran (al-haq), tidak berundur kerana dicela dan tidak maju kerana dipuji. 4. Al- Iffah: Kemuliaan, iaitu mempunyai kemuliaan dengan menjaga maruah diri daripada melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah. Antara budaya kerja cemerlang yang menjadi tuntutan kecemerlangan hari ini ialah sifat kompetitif. (Mohd Sani Badron dan Nor Hartini Saari, 2016). Penegasan terhadap nilai ini terkandung dalam Firman Allah dalam surah al-baqarah ayat 148: Maksudnya: Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) Yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Konsep kompetitif dalam Islam bukan sekadar dalam urusan melaksanakan kebaikan atau mengurus tetapi kompetitif juga melakukan sesuatu untuk memperbaiki kesilapan. Dalam konteks keimanan ia bermaksud bertaubat. Hal ini dapat difahami dalam perintah Allah s.w.t dalam surah al-hadid: 21 seperti berikut: Maksudnya: Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya seluas Segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakinya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia ang besar. 3.2 Prinsip-prinsip Asas Kepimpinan Islam Menurut Hisham A-Talib (1996), terdapat tiga prinsip yang mengawal perjalanan kepimpinan Islam iaitu syura, keadilan dan kebebasan memberikan pendapat. i. Syura Syura adalah prinsip pertama dalam kepimpinan Islam. Al-Quran telah menyatakan dengan jelas bahawa pemimpin-pemimpin Islam wajib mengadakan syura dengan orang-orang yang 149

mempunyai pengetahuan atau orang-orang yang dapat memberikan pandangan yang baik. Seperti Firman Allah dan surah as-syuura ayat 38: Maksudnya: Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya; Rasulullah S.A.W juga telah diperintah oleh al-quran supaya melakukan syura dengan sahabatsahabat baginda. Seperti dalam surah al-imran ayat: 159 Maksudnya: Maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadanya. Perlaksanaan syura memungkinkan anggota organisasi Islam melibatkan diri dalam proses membuat keputusan. Pada masa yang sama syura berfungsi sebagai tempat menyelia tindaktanduk pemimpin agar sentiasa tidak terkeluar daripada matlamat umum jemaah. Pemimpin sudah tentu tidak wajib melakukan syura dalam semua perkara. Perkara yang biasa hendaklah dihadapi dengan cara dan kaedah yang lain. Perkara biasa dan perkara yang melibatkan perancangan dan polisi hendaklah dibezakan dan dijelaskan oleh ahli-ahli yang terlibat mengikut saiz, keperluan, sumber manusia, dan suasana yang memerlukan dan mendesak. Pemimpin mesti mengikut dan melaksanakan keputusan yang dibuat dalam lingkungan syura. Dia hendaklah mengelakkan diri daripada bermain dengan kata-kata untuk menonjolkan pendapatnya atau mengubah keputusan yang diputuskan oleh syura. 150

ii. Adil Pemimpin hendaklah berurusan dengan orang secara adil dan saksama tanpa mengira bangsa, warna, keturunan atau agama. Al-Quran memerintahkan orang-orang Islam agar berlaku adil apabila berurusan dengan orang-orang yang menentang mereka. (Wan Ali bin Wan Jusoh, 2002). Seperti yang telah disebutkan dalam Firman Allah dalam surah an-nisa ayat yang ke 58, dan ayat ke 135 serta surah al-maidah ayat yang ke 8: Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan Segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum Dengan adil. Sesungguhnya Allah Dengan (suruhannya) itu memberi pengajaran Yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. Maksudnya: Wahai orang-orang Yang beriman! hendaklah kamu menjadi orang-orang Yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi Yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui Dengan mendalam akan apa Yang kamu lakukan. Maksudnya: Wahai orang-orang Yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orangorang Yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekalikali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui Dengan mendalam akan apa Yang kamu lakukan. 151

iii. Kebebasan Memberikan Pendapat Pemimpin Islam hendaklah memberikan ruang dan mengajak ahli-ahli jemaah mengemukakan pandangan yang membina. Mereka hendaklah diberi peluang mengeluarkan pandangan dan bantahan secara bebas, serta menjawab segala persoalan yang ditimbulkan oleh mereka. Al- Khulafa dan al-rashidun berpendapat bahawa perkara ini merupakan satu unsur penting bagi kepimpinan mereka. Pemimpin hendaklah berusaha menimbulkan suatu suasana pemikiran yang bebas, bertukar-tukar pandangan secara sihat, kritikan dan nasihat-menasihati antara satu dengan yang lain sehingga para pengikut merasa selesa ketika membincangkan perkara-perkara yang menjadi kepentingan bersama. 4.0 Kesimpulan Pemilihan ketua yang mempunyai ciri-ciri pemimpin Islam amat penting bagi menjadikan sesebuah organisasi itu berjalan dengan lancar dan sempurna. Setiap ahli dalam sesebuah organisasi juga memainkan peranan penting yang membantu dalam mencapai kecemerlangan sesebuah organisasi. 5.0 Rujukan Ahmad Atory. 1991. Pengurusan Organisasi. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors. Hisham Al-Talib. 1996. Panduan Latihan Bagi Petugas Islam Khomsahrial Romli. 2011. Komunikasi Organisasi Lengkap. Mohd Sani Badron dan Nor Hartini Saari. 2016. Kepimpinan Dan Amanat Peradaban. Sharifah Hayaati al-qudsy. 2008. Budaya Kerja Cemerlang Menurut Perspektif Islam: Amalan Perkhidmatan Awam Malaysia. Wan Ali bin Wan Jusoh. 2002. Hubungan Majikan Dan Pekerja Dari Perspektif Islam. Jurnal Teknikal dan Kajian Sosial. 152