PNB CATAT PENINGKATAN 18.2% PENDAPATAN BERSIH KEPADA RM6.7 BILION NILAI PASARAN SYARIKAT-SYARIKAT STRATEGIK MELONJAK RM31 BILION

dokumen-dokumen yang mirip
PNB MENERBITKAN LAPORAN TAHUNAN AWAM JULUNG KALI BAGI TAHUN KEWANGAN 2017 POSITIF TERHADAP PROSPEK 2018

THE GAME CHANGER STRATEGI DAN PAKEJ PERUBAHAN BERSKALA BESAR DALAM KEWANGAN ISLAM

Akaun Semasa Mudarabah

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 Jun 2017

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

Akaun Pelaburan Waheed

Akaun Pelaburan Waheed

SIARAN AKHBAR PRESS STATEMENT

Akaun Pelaburan Wafiyah

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahun Berakhir 31 Mac 2018

ekonomi tinjauan Tinjauan dan Prospek Ekonomi Malaysia PERKEMBANGAN DALAM TAHUN 2007 Tinjauan Keseluruhan Keadaan Permintaan

MODUL 201 (B) PERANCANGAN PELABURAN

Akaun Pelaburan Waheed

Akaun Semasa Mudarabah

PUBLIC INDUSTRY GROWTH FUND PUBLIC DANA TUMBUH INDUSTRI (PINDGF)

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

SILA LAYARI ATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU

L P I C a p i t a l B h d 129. penyata kewangan

Elitelink Pilih perlindungan paling bersesuaian dengan gaya hidup anda dan kemewahan berterusan.

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahun Berakhir 31 Disember 2017

PB ISLAMIC ASIA EQUITY FUND

Nikmati detik indah bersama keluarga dan keupayaan untuk melindungi mereka.

Akaun Pelaburan Wafiyah

Risalah Maklumat Dana

ANALISA KEWANGAN TABUNG HAJI

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 September 2017

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Akaun Pelaburan Wafiyah

MODUL 101 (B) ASAS PERANCANGAN KEWANGAN

PUBLIC GROWTH BALANCED FUND PUBLIC DANA TUMBUH IMBANG (PGRBF)

PELABURAN SEDIA ADA UNTUK MEMBINA TABUNG PELAJARAN

PUBLIC ISLAMIC GLOBAL EQUITY FUND

Seminar Unit Amanah. Siti Uraidah Udin

Penyata Pengerusi PERSEKITARAN OPERASI TINJAUAN PRESTASI

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

Risalah Maklumat Dana

PB CHINA AUSTRALIA EQUITY FUND

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

Lembaran Fakta Dana. Dana Income Plus Select Balanced Fund Select Bond Fund Select Dividend Fund

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

Risalah Maklumat Dana

Kuliah 6: SISTEM PERBANKAN DAN PENCIPTAAN WANG

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

Risalah Maklumat Dana

15 HARTANAH DALAM PEMBINAAN DAN UNTUK DIJUAL Kumpulan

PENYATA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Akaun Pelaburan Bertempoh

PUNCAK NIAGA HOLDINGS BERHAD KENYATAAN MEDIA PUNCAK NIAGA HOLDINGS BERHAD ( PNHB ATAU SYARIKAT )

KULIAH 6: SISTEM PERBANKAN DAN PENCIPTAAN WANG

PELAN SEMUA-DALAM-SATU YANG MERANGKUMI SEGALA KEPERLUAN PERLINDUNGAN DAN PELABURAN ANDA

PENYATA KEWANGAN 132 LPI CAPITAL BHD LAPORAN TAHUNAN ANALISIS PENYATA KEWANGAN 137 PENYATA TANGGUNGJAWAB PARA PENGARAH 138 LAPORAN PENGARAH

SKIM PERSARAAN SWASTA PRIVATE RETIREMENT SCHEMES (PRS)

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

Tabung Pendidikan Jamin Masa Depan Anak BH, 1 Oktober 2015

TAKAFULINK DANA EKUITI PROFIL DANA 2015

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DR. MANSOR BIN ABD RAHMAN (SIK) Y.B. DR. MANSOR BIN ABO RAHMAN [ SIK ] minta MENTERI

PB ASIA EMERGING GROWTH FUND

Risalah Maklumat Dana

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB)

Risalah Maklumat Dana

GANJARAN KEPADA SI MANJA ANDA DENGAN HADIAH PENDIDIKAN

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

menyatakan keadaan ekonomi di Malaysia. Apakah langkah-langkah yang Kedudukan ekonomi negara terus menunjukkan prestasi yang

PLUS Tarikh: 21/01/2015. Pelan Takaful ini matang apabila Orang Yang Dilindungi berumur seratus (100) tahun.

AMANAH HARTANAH BUMIPUTERA (Ditubuhkan pada 20 Oktober 2010)

TERMA & SYARAT. KEMPEN ASNB HB & DT RHB Bank

Akaun Al Awfar. Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 Jun Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Disember

Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myal Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 1

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

RISIKO-RISIKO ORGANISASI

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

Utusan Ketua Pegawai Eksekutif

TAKAFULINK DANA BON PROFIL DANA 2015

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENGAWAL KEMPEN PENYELESAIAN PENGURUSAN KEKAYAAN ( WEALTH MANAGEMENT SOLUTIONS )

Kos Modal PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

Berurusan dengan Pengantara Takaful

TERMA DAN SYARAT KHUSUS BAGI DEPOSIT BERTEMPOH BERASASKAN KOMODITI MURABAHAH (Tarikh Berkuatkuasa: Oktober 2016) [Layak dilindungi oleh PIDM]

Tingkatan 4 Bab 2: Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu

Pemegang Kad hendaklah membaca dan memahami Terma dan Syarat Kad Debit-i Visa BSN sebelum menggunakan Kad

KEWANGAN. Penyata Kewangan. 183 Analisis Penyata Kewangan 186 Penyata Tanggungjawab Para Pengarah

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA. Y.B. DATO' HAJI ZAINUDIN BIN ISMAIL [ JELEBU ] minta MENTERI

Penukaran Akaun Deposit Bertempoh Soalan-Soalan Lazim

TERMA & SYARAT. Kempen Amanah Saham Nasional Berhad Harga Berubah (ASNB HB) & Deposit Tetap atau Komoditi Murabahah Deposit-i (DT/KMD-i) RHB

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

Risalah Maklumat Dana

Celik Wang Pengurusan Wang Secara Bijak. Diterbitkan oleh: Not To Be Reproduced

PRUguard my family. Pelan perlindungan lengkap direka untuk anda sekeluarga. Strategic Alliance. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

AMANAH HARTANAH BUMIPUTERA (Ditubuhkan pada 20 Oktober 2010)

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i

ISI KANDUNGAN. V. Penyataan Pemegang Amanah. B. Penyata Pendapatan Komprehensif. C. Penyata Kedudukan Kewangan. D. Penyata Perubahan Dalam Ekuiti

Di Kumpulan CIMB, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia.

Lembaran Maklumat Produk Al-Ansar Pembiayaan Perniagaan-i (Tawarruq)

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Transkripsi:

` 22 JUN 2017 PNB CATAT PENINGKATAN 18.2% PENDAPATAN BERSIH KEPADA RM6.7 BILION NILAI PASARAN SYARIKAT-SYARIKAT STRATEGIK MELONJAK RM31 BILION PNB mencatat prestasi pertumbuhan yang mampan dengan Aset di Bawah Pengurusannya (AUM) dan Pendapatan Bersih pro forma yang disatukan meningkat masing-masing pada kadar tahunan 4.1% dan 18.2% kepada RM265.6 bilion dan RM6.7 bilion. Momentum pelaksanaan Pelan Strategik PNB STRIVE-15 semakin rancak dan telah memberi impak ketara. Permodalan pasaran Syarikat-syarikat Pelaburan Strategik PNB meningkat sebanyak RM31 bilion setakat ini dengan permodalan pasaran Maybank kini melebihi RM100 bilion. PNB mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.00 sen seunit untuk ASD dan 3.10 sen seunit untuk ASN 2. ASN 2 telah mencatatkan hasil dividen sebanyak 5.0% seterusnya menyumbang kepada Jumlah Pulangan yang kukuh setakat ini sebanyak 11.9%, sejajar dengan strategi pemfokusan semula terhadap Dana Harga Berubah-ubah untuk menawarkan Jumlah Pulangan kepada pemegang unit. Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan laporan prestasinya bagi tempoh 5 bulan pertama tahun 2017 yang menunjukkan pertumbuhan mampan dan momentum kukuh dalam penghasilan nilai menerusi pelaksanaan Pelan Strategik STRIVE-15. PRESTASI 2017 SETAKAT INI (YTD) Prestasi ekonomi Malaysia dan pasaran ekuiti yang semakin baik telah membantu PNB mencatatkan pertumbuhan prestasi yang mampan, dengan Aset Bawah Pengurusan (AUM) tahunan (YOY) meningkat sebanyak 4.1% kepada RM265.6 bilion dan Pendapatan Bersih pro forma yang disatukan berkembang pada kadar tahunan 18.2% kepada RM6.7 bilion untuk tempoh 5 bulan berakhir 31 Mei 2017. 1

Anak syarikat milik penuh PNB, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) kini mempunyai lebih 13 juta akaun dengan unit dalam edaran (UIC) mencecah hampir 217 bilion unit. Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid berkata, "Pencapaian positif PNB setakat ini mencerminkan prestasi pasaran ekonomi dan kewangan global dan negara yang bertambah baik tahun ini. Dengan keadaan ekonomi Malaysia yang dijangka akan terus mencatatkan pertumbuhan, disokong pula oleh eksport yang semakin mengukuh dan nilai mata wang yang lebih teguh, kami berharap dapat mengekalkan pertumbuhan prestasi yang kukuh untuk tempoh selebihnya tahun ini. Terdahulu, Kerajaan melaporkan bahawa ekonomi domestik berkembang dengan kukuh pada kadar tahunan 5.6% bagi suku pertama 2017 yang membawa jangkaan pertumbuhan KDNK keseluruhan yang lebih kukuh untuk tahun 2017. Sehingga 21 Jun 2017, FBM KLCI telah meningkat kepada 1,776 mata, iaitu peningkatan sebanyak 8.2% dari penghujung tahun 2016 manakala Ringgit meningkat sebanyak 4.9% kepada USD4.29, menjadikan Bursa Malaysia dan Ringgit masing-masing merupakan salah satu pasaran dan mata wang yang paling kukuh di rantau ini. PNB STRIVE-15 Tempoh ini juga menyaksikan perkembangan ketara Pelan Strategik STRIVE-15 2017-2022 PNB, di mana tunggak utama pelan berkenaan berkaitan dengan inisiatif memberikan pulangan yang lebih baik secara mampan. Perkembangan yang paling memberangsangkan dalam tempoh ini ialah peningkatan nilai pasaran agregat syarikat-syarikat strategik PNB kepada RM31 bilion, iaitu pertumbuhan sebanyak 18.1%, lebih dua kali ganda pertumbuhan KLCI. Pengasingan syarikat-syarikat strategik PNB seperti Sime Darby Bhd dan UMW Holdings Bhd sedang berjalan dengan lancar, sementara cadangan pengambilalihan I&P Bhd oleh SP Setia Bhd telah pun dimuktamadkan mutakhir ini, sejajar dengan strategi PNB untuk merasionalisasi dan meningkatkan pelaburan hartanah bagi mewujudkan syarikat hartanah terbesar di Malaysia. Lebih ketara lagi, perkembangan syarikat pelaburan strategik terbesar PNB iaitu Maybank, berjaya mencipta sejarah sebagai syarikat tersenarai pertama di Malaysia yang mencapai 2

permodalan pasaran sebanyak RM100 bilion, yang didorong oleh kenaikan harga sahamnya sebanyak 17% setakat ini. Tan Sri Wahid menambah, Kami sangat gembira dengan pertumbuhan yang dicapai dalam permodalan pasaran Syarikat Pelaburan Strategik kami setakat ini. Ini mencerminkan reaksi positif dan sokongan kuat pasaran terhadap inisiatif strategik kami untuk meningkatkan nilai syarikat-syarikat tersebut melalui pendekatan pure play. Hal ini juga memotivasi kami untuk bekerja lebih keras bagi memastikan syarikat strategik ini mempunyai platform yang tepat dan fokus dalam memberikan prestasi operasi dan kewangan yang lebih baik pada masa hadapan. Sebagai cerminan terhadap usaha PNB mengoptimumkan peruntukan aset bagi meningkatkan hasil portfolio keseluruhannya, instrumen pendapatan tetap PNB mewakili 4.8% daripada jumlah aset berbanding 3.4% pada tahun lalu, sementara simpanan tunai PNB menurun kepada 19.7% daripada 20.7%. Pendedahan ekuiti swasta PNB juga menyaksikan peningkatan yang ketara dalam portfolio infrastrukturnya, berikutan pengambilalihan Lebuh Raya SILK oleh Prolintas. Syarikat itu kini mengendalikan lebuh raya Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Guthrie Corridor Expressway (GCE) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), dan kini sedang membina dua lagi lebuh raya baharu iaitu Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dan Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH). PENGAGIHAN PENDAPATAN ASD DAN ASN 2 PNB pada taklimat media yang sama juga mengumumkan pengagihan pendapatan dana harga tetap ASNB iaitu Amanah Saham Didik (ASD), dan dana harga berubahnya, Amanah Saham Nasional 2 (ASN 2). Pemegang unit ASD akan menerima pengagihan pendapatan sebanyak 6.00 sen seunit, manakala pemegang ASN 2 unit akan menerima pengagihan pendapatan sebanyak 3.10 sen seunit. Pengagihan pendapatan ASD melibatkan pembayaran sebanyak RM332.7 juta, yang akan memberi manfaat kepada hampir 300,000 pemegang akaun yang memegang 5.54 bilion unit. Setakat 31 Mei 2017, ASD telah mencatatkan pendapatan bersih sebanyak RM275 juta, yang 3

sebahagian besarnya diperoleh melalui keuntungan modal (RM201.85 juta) dan pembayaran dividen (RM108.88 juta). Pengagihan pendapatan ASN 2 melibatkan pembayaran RM45.8 juta, yang akan memberi manfaat kepada lebih daripada 24,000 pemegang akaun yang memegang lebih 1.48 bilion unit. Setakat 31 Mei 2017, ASN 2 telah mencatatkan pendapatan bersih sebanyak RM49 juta, lebih dua kali ganda berbanding RM22.45 juta yang dicapai pada tahun kewangan yang lepas, terutamanya disebabkan oleh kenaikan pasaran dan pemilihan saham yang kukuh. Dividen 3.10 sen untuk ASN 2 merupakan hasil dividen sebanyak 5.0% yang menyumbang kepada Jumlah Pulangan berjumlah 11.9% setakat ini. Prestasi kukuh ASN 2 adalah sejajar dengan strategi pemfokusan semula terhadap Dana Harga Berubah-ubah untuk menawarkan Jumlah Pulangan kepada pemegang unit selain pulangan dividen semata-mata. Ini akan membolehkan pulangan jangka panjang yang lebih mampan untuk pelabur dan membolehkan harga unit dana berubah untuk meningkat dari semasa ke semasa, sementara meminimumkan risiko menurun di bawah paras dan kualiti portfolio dioptimumkan memandangkan kurangnya tekanan untuk melepaskan saham yang baik semata-mata untuk memberikan dividen. Pengiraan pengagihan pendapatan untuk ASD adalah berdasarkan purata baki minimum bulanan yang dipegang sepanjang tahun kewangannya, sementara untuk ASN 2, pengagihan pendapatan dikira berdasarkan unit yang dipegang pada hari terakhir tahun kewangannya yang berakhir 30 Jun 2017. Pembayaran agihan pendapatan akan dilaburkan semula sebagai unit tambahan dan akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Julai 2017. Bagi ASN 2, unit akan dikreditkan berdasarkan nilai aset bersih (NAV) pada 30 Jun 2017. Sementara itu, pemegang unit yang melanggan ASD dan ASN 2 melalui Skim Pelaburan Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperoleh pengagihan pendapatan yang dikreditkan terus ke dalam akaun KWSP masing-masing. Semua urus niaga untuk ASD dan ASN 2 di ibu pejabat, cawangan dan ejen ASNB akan ditangguhkan dari 23 Jun 2017 sehingga 2 Julai 2017 untuk memudahcara pengiraan pengagihan 4

pendapatan. Pemegang unit boleh mengemaskini akaun mereka apabila urus niaga bermula semula pada 3 Julai 2017 di mana-mana pejabat atau agen ASNB di seluruh negara. PENAMBAHBAIKAN SISTEM IT ASNB ASNB kini berada dalam peringkat akhir penaiktarafan sistem IT. Oleh itu, urus niaga Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan ditangguhkan pada 23 Jun 2017 hingga 27 Jun 2017, sementara urus niaga bagi tabung ASNB yang lain akan ditangguhkan pada 27 Jun di Kelantan dan Terengganu. Bermula 28 Jun 2017, pelabur boleh melakukan urus niaga atau menyemak baki tanpa buku pelaburan. Memandangkan sistem baharu ini hanya memerlukan satu nombor akaun, ia menawarkan lebih banyak manfaat dan kemudahan kepada pelabur yang memiliki pelbagai akaun tabung ASNB. Di samping itu, pelabur ASB akan mempunyai akses yang lebih baik berikutan penambahan lebih daripada 600 ejen yang terdiri daripada Bank Simpanan Nasional (BSN), Affin Bank dan AmBank. Dengan perkembangan terbaharu ini, ASNB kekal sebagai institusi kewangan dengan rangkaian pusat pengedaran terbesar di negara ini, yang kini berjumlah lebih 2,200. Sebagai salah satu inisiatif ASNB dalam meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem serta pengurangan kos, berkuatkuasa dari tahun kewangan berakhir 2018 dan seterusnya juga, penyata pengagihan pendapatan, laporan tahunan dan laporan interim tabung unit amanah ASNB akan dihantar kepada para pelabur secara elektronik. Justeru, pemegang unit/penjaga berdaftar dinasihatkan untuk mengemaskini maklumat peribadi mereka di mana-mana cawangan atau ejen ASNB, atau melalui asnbcare@pnb.com.my. Para pelabur perlu memaklumkan kepada ASNB secara bertulis sekiranya mereka ingin menerima salinan penyata pengagihan pendapatan dan/atau laporan tahunan tersebut. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk www.asnb.com.my atau hubungi kami di +603 2057 3000 atau asnbcare@pnb.com.my. Dikeluarkan oleh: PERMODALAN NASIONAL BERHAD Untuk keterangan lanjut, sila hubungi: Encik Aziz Anuar Naib Presiden Kanan Bahagian Hal Ehwal Korporat & Komunikasi Tel: +603-2050 5810 email: aziz_a@pnb.com.my 5