APLIKASI MUDAH ALIH PEMBERITAHUAN BERITA (What s On) NORAZILAH CHE NAI MOHD ZAMRI MURAH

dokumen-dokumen yang mirip
APLIKASI MUDAH ALIH PENGURUSAN INVENTORI ABSTRAK

APLIKASI DAN SISTEM PEMARKAHAN POSTER DI PUSAT PERMATA PINTAR

Sistem Perancangan Temujanji Bersama Pensyarah Berasaskan Aplikasi Android

SISTEM PENGURUSAN PUSAT TUISYEN NUR HADIRAH BINTI HARIS KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN

LAMAN WEB PERIBADI UPM

LAMAN WEB PERIBADI UPM

SISTEM PENDAFTARAN CITRA

SISTEM PENILAIAN AKTIVITI PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN CD

EzzyKan: Aplikasi Pengiklanan Sepusat Untuk Warga UTM

APLIKASI MUDAH ALIH EVENTSHARE

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN APLIKASI/LAMAN WEB UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

CoLMIS: Sistem Maklumat Pengurusan Kepimpinan Kolej

PANDUAN PENGGUNA. Modul 1

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA BAHAGIAN UKUR BAHAN DAN PENGURUSAN KONTRAK LAPORAN PENUH CABARAN INOVASI JPS 2011 SISTEM UNIT TENDER

MANUAL e-gerak JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN (JPNNS)

4 Eatery Eatery Lihat... 26

LAPORAN PENYELIDIKAN

GARIS PANDUAN E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Projek

SISTEM PENEMPAHAN KENDERAAN UTM DAN MAKLUMAN BERASASKAN SISTEM PESANAN RINGKAS MOHD FAIRUS BIN RAMLAN IJAZAH SARJANA MUDA SAINS (SAINS KOMPUTER)

Modul e-daftar. (Sesi 2014/2015)

PANDUAN PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HUMAN RESOURCE MANGEMENT INFORMATION SYSTEM) MODUL PENGURUSAN REKOD PERIBADI

PANDUAN PENGGUNAAN PERMOHONAN BANTUAN DERMASISWA PELAJARAN PUSAT PENGAJIAN TINGGI / PONDOK MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG

PANDUAN PENGGUNA UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI

GARIS PANDUAN Pembangunan Laman Web Universiti Kebangsaan Malaysia

OSS Case Study Awards 2010 Sistem elatihan

OSS Case Study Awards 2010

MANUAL PENGGUNA SISTEM PENGURUSAN KEHADIRAN STAF (BIOMETRIK)

MANUAL PENGGUNA SISTEM KERJA KURSUS (SKK) PMR [SETIAUSAHA PEPERIKSAAN] UNIT APLIKASI PEPERIKSAAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Polisi Privasi. Pengenalan

MANUAL PENGGUNA BAHAGIAN PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJAR

MANUAL PENGGUNAAN SISTEM LATIHAN INDUSTRI (Internship Management System -IMS)

MANUAL PENGGUNA SISTEM KERJA KURSUS (SKK) UPSR [SETIAUSAHA PEPERIKSAAN] UNIT APLIKASI PEPERIKSAAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

APLIKASI PEMANTAUAN PENANAMAN MASA NYATA

MANUAL PENGGUNA SISTEM PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE UNIVERSITI AWAM PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM SETARAF SESI AKADEMIK 2017/2018

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

MANUAL PENGGUNA SISTEM PERMOHONAN JAWATAN SECARA ONLINE (SISTEM E-RECRUITMENT) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

SISTEM PENCARIAN HADITH MENGGUNAKAN CIRI ASAS KATA KUNCI DAN KATEGORI

MODEL INTEGRASI SISTEM CUTI KAKITANGAN DENGAN SISTEM LOGIN DI KOLEJ TEKNOLOGI DARULNAIM

BAB 1: Persekitaran Pembangunan Sistem

Versi SISTEM PENGURUSAN SURAT (SPS) - Surat Keluar - Buku Alamat - Cetakan - Nilai Setem dan Serahan. Panduan Pengguna

SISTEM PENCARIAN HADITH MENGGUNAKAN CIRI ASAS KATA KUNCI DAN KATEGORI

SENARAI KANDUNGAN BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS HALAMAN JUDUL PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI RAJAH 1 PENGENALAN 1

RMR1M Online. Sistem Pendaftaran Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia. Versi 1.0. Manual Pengguna

BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE 2012 (MyGOSS 2012)

MANUAL PENGGUNA BAGI PENGUJIAN SISTEM MAKLUMAT ALUMNI MODUL PENGGUNA (ALUMNI)

e-intellectual Property Rights [eipr] Permohonan Perlindungan Harta Intelek Panduan Pengguna

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

PANDUAN PENGGUNA SISTEM MYFIT INSTITUT SUKAN NEGARA PANDUAN PENGGUNA SISTEM MYFIT INSTITUT SUKAN NEGARA

LAMPIRAN A BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE (MYGOSS) Nama Organisasi: Jabatan Peguam Negara

Sistem Pengurusan Aktiviti Pelajar Kolej Tun Hussein Onn ( SAM S )

Manual Pengguna Sistem E-PSM (Pengguna : Staf)

MANUAL PENGGUNA SISTEM PERMOHONAN KURSUS DALAMAN. Kerjasama Unit Teknologi Maklumat & Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN

MANUAL PENGGUNA SISTEM evendor (Luaran)

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

MANUAL PENGGUNA (PEMOHON)

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

4. Sistem rangkaian laman web MCSL dan laman web agensi-agensi Kerajaan adalah seperti dalam Rajah 1.

MANUAL PENGGUNA SISTEM eclaim (PEMOHON)

MANUAL PENGGUNA Sistem myaccount Pelajar (Pemohon)

MANUAL PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT PELAJAR EKSEKUTIF 01 Disember, 2016

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

MANUAL PENGGUNA - PEMBIMBING -

Laporan Inovasi 2014

KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN LAMPIRAN 1 GARIS PANDUAN PENILAIAN ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN

MANUAL PENGGUNA. espeks

M A N U A L PENGGUNA SISTEM PENGURUSAN KONTRAK 3K (SPK3K) KONTRAK KEBERSIHAN KONTRAK KESELAMATAN KONTRAK BEKALAN MAKANAN ASRAMA

BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE 2012 (MyGOSS 2012) PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT, UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

MANUAL PENGGUNA MODUL KEBERADAAN GURU EMIS ONLINE

Dokumentasi ehelpdesk

Bagi pengguna pelajar pula username adalah no kad pengenalan dan password pula adalah no pendaftaran masing-masing

Pendidikan dan Teknologi di Malaysia

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA MANUAL PENGGUNA. APLIKASI e-data PCB

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN MEL ELEKTRONIK

SISTEM PERMOHONAN KEMASUKAN KE INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI AWAM PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN

MANUAL ADMINISTRATOR PORTAL PANGKALAN DATA MURID

~ 1 ~ 2. Apa itu Pangkalan Data. Pangkalan data merupakan satu sistem simpanan data yang tersusun, biasanya dalam bentuk elektronik.

MANUAL PENGGUNA. MODUL OPERASI DATA GURU (e-operasi) Hakcipta Terpelihara 2014 Kementerian Pendidikan Malaysia

DASAR PENGURUSAN LAMAN WEB UNIVERSITI EDISI 2016

MANUAL PENGGUNA SISTEM ADUAN & CADANGAN DALAMAN (SACAD) VERSI 2.0 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Pangkalan Informasi modul-modul ep 2012 PEMBELIAN TERUS. 1.Bagaimanakah untuk mencipta nota pelarasan kredit? Jawapan :

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN ANUGERAH INOVASI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

TERHAD ARAHAN PENGENDALIAN KOMPUTER BAGI SECURE DIGITAL COMMUNICATION SYSTEM (SDCS)

TATACARA PERMOHONAN IBUBAPA/PENJAGA

MANUAL PENGGUNA (PTJ)

SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD

MANUAL OPERASI SMPU PENGGUNA UKM-SPKP-CRIM-PK01-MO02

PANDUAN FROG APPLIANCE PROJEK PERKHIDMATAN 1BESTARINET FASA 2 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM SERVISDESK

FLEx. Panduan untuk Peserta V.1. Page 1 of 25

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

Senarai Kandungan. Bil. Modul & Menu Muka surat

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Transkripsi:

APLIKASI MUDAH ALIH PEMBERITAHUAN BERITA (What s On) NORAZILAH CHE NAI MOHD ZAMRI MURAH Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Aplikasi mudah alih kini menjadi permintaan ramai kerana telefon pintar kini telah menjadi suatu keperluan kepada manusia. Selain itu, aplikasi mudah alih lebih mudah digunakan dan memudahkan pengguna untuk akses pada sistem/aplikasi tersebut pada bila masa dan di mana sahaja. Terdapat pelbagai sistem operasi aplikasi mudah alih seperti Android, ios dan lain-lain. Namun secara majoritinya, ramai pengguna telefon pintar di Malaysia menggunakan sistem operasi Android. Pada setiap semester puluhan aktiviti dan program yang dijalankan di fakulti dan sekitar universiti yang dianjurkan oleh fakulti, kolej serta kelab dan persatuan. Masalah yang sering dihadapi oleh penganjur aktiviti dan program tersebut ialah penyebaran maklumat, kekangan kos dan masa. Bagi pelajar yang gemar menyertai acara dan peristiwa ianya juga menjadi masalah dalam mendapatkan maklumat serta menjejak maklumat terkini berkaitan aktivi di fakulti. Aplikasi What s On merupakan aplikasi berasaskan platform Android yang dibangunkan bagi memudahkan penyebaran dan carian sebarang maklumat. Aplikasi ini dibangun supaya menjadi medium pemberitahuan berita kepada pelajar Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat. Aplikasi ini juga mampu membantu menjimatkan kos mempromosikan aktiviti yang selama ini menggunakan poster dan kain rentang. Terdapat 3 fungsi utama pada aplikasi yang dibangun seperti lihat berita, carian berita dan memasukkan berita. Carian berita boleh dilakukan menggunakan kata kunci. Selain itu, pengguna boleh berkongsi sebarang maklumat aktiviti. Pihak penganjur program/pensyarah atau kakitangan FTSM boleh menghebahkan maklumat menggunakan platform yang telah disediakan. Penganjur/pensyarah atau kakitangan FTSM mempunyai 2 fungsi utama iaitu melihat berita dan juga memasukkan berita. Aplikasi What s On dibangun suapaya memudahkan pelajar dalam mendapatkan maklumat dengan pantas. 1 PENGENALAN Aplikasi mudah alih atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Mobile Application ialah perisian aplikasi yang direka untuk berfungsi di telefon pintar, komputer tablet dan peranti mudah alih yang lain. Penggunaan aplikasi mudah alih sangat meluas termasuk dalam sektor pendidikan, komunikasi, kesihatan dan lain-lain. Terdapat pelbagai jenis sistem operasi telefon mudah alih, jadi pemilihan sistem operasi aplikasi tersebut juga amat penting. Selain itu, faktor pengguna juga perlu di titik beratkan. Pemilihan sistem operasi bergantung kepada keperluan pengguna. Bagi aplikasi mudah alih What s On menggunakan sistem operasi Android kerana ramai di kalangan pelajar Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) menggunakan telefon mudah alih Android. Aplikasi ini dibangun bagi membantu pelajar dalam mendapatkan sebarang info berita atau aktiviti yang dijalankan di fakulti dan juga dapat membantu pihak penganjur,

pensyarah atau kakitangan FTSM dalam menyampaikan sebarang info kepada pelajar. Pembangunan projek ini adalah sebagai medium penyebaran maklumat berasaskan aplikasi mudah alih. 2 PENYATAAN MASALAH Borang kaji selidik diedarkan kepada 30 responden yang terdiri daripada pelajar FTSM untuk mengenalpasti masalah. Responden terdiri daripada pelajar tahun 1 hingga 3. Berdasarkan maklumat yang didapati, terdapat beberapa masalah yang dapat dikenal pasti antaranya ialah : i. Hebahan maklumat berkaitan fakulti yang disebarkan melalui media sosial (whatsapp) tidak pasti kesahihannya. ii. Penyampaian maklumat melalui laman web tidak pantas dan berkesan. Pelajar tidak peka terhadap informasi baru di laman web fakulti. 23 (76.67 %) menyatakan mereka mendapatkan maklumat melalui media sosial (Whatsapp, Facebook), 5 (16.67 %) menyatakan mereka mendapatkan maklumat melalui laman web FTSM dan 2 (6.67 %) mendapatkan maklumat melalui poster dan kain rentang. 3 OBJEKTIF KAJIAN Berdasarkan penyataan masalah yang dikenal pasti, antara objektif projek adalah seperti berikut : i. Menyediakan medium hebahan maklumat berasaskan sistem operasi Android. ii. Menyediakan platform untuk pensyarah atau pihak pentadbiran untuk mendaftar maklumat dan info. iii. Menyediakan ruang untuk pelajar berkongsi informasi atau aktiviti yang dijalankan. 4 METOD KAJIAN Metodologi Agile digunakan dalam pembangunan aplikasi mudah alih What s On. Terdapat 5 fasa dalam metodologi ini iaitu Fasa Perbincangan, Reka bentuk, Pembangunan, Jaminan Kualiti dan Pembinaan.

Rajah 1 Metodologi Agile 4.1 Fasa Perbincangan Fasa perbincangan merupakan fasa penting dalam pembangunan projek kerana dalam fasa ini keperluan pembangunan projek dikenal pasti. Fasa ini melibatkan proses mengenal pasti tujuan dan objektif supaya dapat menyelesaikan penyataan masalah yang berlaku. 4.2 Fasa Reka bentuk Fasa ini bertujuan untuk mengenalpasti bagaimana aplikasi ini berfungsi dari segi perkakasan, perisian dan infrastruktur rangkaian serta reka bentuk antara muka bagi setiap fungsi yang terdapat dalam aplikasi ini. Dalam fasa ini prototaip juga direka bentuk sebagai gambaran kasar antara muka bagi aplikasi yang akan dibangunkan. Prototaip adalah penting kerana dapat memberi gambaran kepada pengguna berkenaan aplikasi yang dibangunkan. 4.3 Fasa Pembangunan Fasa ini melibatkan pembangunan sebenar aplikasi mudah alih What s On dan seperti prototaip yang telah direka bentuk pada fasa reka bentuk. Fasa ini melibatkan penggunaan kod aturcara iaitu bahasa pengaturcaraan Java. Perisian yang diguna adalah Android Studio. Perkakasan yang diperlukan ialah telefon pintar yang berplatform Android untuk memasang aplikasi yang dibangun. Setelah pembangunan dibangun, projek tersebut ditunjuk kepada pengguna, pandangan dan maklum balas dari pengguna diambil dan pentadbir melakukan iterasi mengikut maklum balas yang diterima daripada pengguna. 4.4 Fasa Jaminan Kualiti Dalam fasa ini, pentadbir mengenal pasti kecatatan pada projek dan menyelesaikannya. Langkah ini adalah amat penting sebelum projek dikeluarkan dan digunakan oleh pengguna bagi mengelakkan sebarang kecatatan berlaku ketika pengguna menggunakan produk.

4.5 Fasa Penggunaan Produk yang telah siap dibangun dikeluarkan kepada pengguna. Selain itu, pentadbir perlu memberi sokongan teknikal kepada pengguna sepanjang menggunakan projek tersebut bergantung kepada kesesuaian. 5 HASIL KAJIAN Hasil pembangunan aplikasi What s On akan dibincangkan pada bahagian ini. Penerangan secara mendalam tentang reka bentuk serta kaedah pembangunan aplikasi akan diterangkan lebih lanjut dalam bahagian ini. Peralatan yang paling asas diperlukan adalah telefon mudah alih yang mempunyai sistem operasi Android, ini digunakan untuk membuat cubaan aplikasi tersebut setelah pengaturcaraan siap. Penggunaan Emulator juga boleh digunakan, namun pengujian menggunakan telefon mudah alih lebih pantas dan lebih tepat kerana dapat melihat bagaimana antara muka aplikasi tersebut berfungsi dengan lebih jelas. Perisian yang digunakan untuk membuat pengaturcaraan ialah Android Studio dan menggunakan bahasa pengaturcaraan Java. Pengaturcaraan untuk antara muka serta fungsi dilakukan melalui Android Studio. Setiap pengaturcaraan yang selesai di lakukan, perlu diuji pada telefon mudah alih supaya memastikan fungsi tersebut dapat berfungsi dengan baik sebelum melakukan pengaturcaraan seterusnya. Rajah 2 Pengaturcaraan dalam Android Studio Untuk memboleh fungsi pada aplikasi dapat berhubung dengan pangkalan data, pengaturcaraan Hypertext Preprocessor (PHP) perlu dibina untuk membolehkan aplikasi dan pangkalan data berhubung. Server 000webhost digunakan untuk menyimpan fail-fail pengaturcaraan PHP. Server 000webhost juga turut menyediakan hosting seperti https://eftsm.000webhostapp.com/. Hosting penting bagi memudahkan pengguna untuk mengakses kepada sistem.

Rajah 3 Server 000webhost Rajah 4 File PHP dimuat naik di server 000webhost

5.1 Antaramuka Aplikasi Mudah Alih What s On Pengguna perlu masukkan nombor pelajar, kata laluan dan alamat emel untuk pendaftaran akaun. Rajah 5 Pendaftaran Pengguna Setelah selesai pendaftaran akaun, pengguna perlu log masuk. Masukkan nombor pelajar dan kata laluan yang telah berdaftar kemudian tekan pada butang LOGIN. Sistem akan membuat pengesahan pengguna, jika kata laluan atau nombor pelajar salah, aplikasi akan memaparkan mesen Incorrect Username/Password. Rajah 6 Log Masuk Pengguna

Rajah 7 Halaman Utama Pada halaman utama, senarai berita akan dipaparkan. Pengguna boleh tekan pada berita yang dikehendaki untuk melihat keterangan berita. Paparan keterangan berita akan dipaparkan. Pengguna boleh menyalin maklumat tersebut dengan tekan 2 ke 3 saat pada teks yang ingin disalin. Kemudian pilih Copy. Pada bahagian penjuru kanan, pengguna boleh memilih menu Search News untuk membuat carian berita. Masukkan kata kunci pada bahagian Search Bar kemudian senarai berita yang berkaitan dengan kata kunci yang dimasukkan oleh pengguna akan dipaparkan. Pengguna boleh tekan pada berita tersebut untuk lihat keterangan berita. Rajah 8 Keterangan berita

Rajah 9 Carian berita Rajah 11 Manual Pengguna Pada bahagian penjuru kanan, pengguna boleh memilih menu Search News untuk membuat carian berita. Masukkan kata kunci pada bahagian Search Bar kemudian senarai berita yang berkaitan dengan kata kunci yang dimasukkan oleh pengguna akan dipaparkan. Pengguna boleh tekan pada berita tersebut untuk lihat keterangan berita. Manual pengguna disediakan sebagai panduan kepada pengguna yang memerlukan bantuan cara pengguna aplikasi ini.

6 KESIMPULAN Dengan pembangunan aplikasi What s On supaya dapat membantu pelajar dalam mendapatkan sebarang info serta maklumat aktiviti yang berlangsung di fakulti dan di universiti. Meskipun telah wujud laman web FTSM sebagai medium hebahan maklumat di fakulti namun hanya segelintir pelajar yang kerap membuka laman web tersebut dan menjadikan ia sebagai sumber rujukan untuk mendapatkan maklumat sebarang info berkaitan aktiviti yang berlangsung di fakulti. Pelajar lebih gemar menggunakan aplikasi pada telefon mudah alih kerana mudah di bawa ke mana-mana dan boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja. Medium untuk pihak penganjur/pensyarah dan kakitangan fakulti memasukkan berita turut disediakan bagi memudahkan proses hebahan maklumat. Selain itu, dengan adanya aplikasi ini dapat membantu pihak pengajur aktiviti dalam menjimatkan kos cetak kain rentang, poster, banner dan sebagainya. Di harapkan dengan pembangunan aplikasi ini dapat menjadi medium hebahan maklumat yang efektif dan pantas kepada pelajar FTSM.