/1 BAHASA MELAYU SJK

dokumen-dokumen yang mirip
015/025/035 MATEMATIK

GARIS PANDUAN MEMERIKSA KERTAS 012 (PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH)

Objektif taklimat ini :

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR OPERASI PENCAPAIAN STANDARD 93 TINGKATAN LIMA BAHASA MELAYU KERTAS 1

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN MELAKA BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN

Taklimat Peperikasaan PSLE Jabatan Bahasa Melayu BHPS

SEKOLAH BERASRAMA PENUH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH / KLUSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit

PEPERIKSAAN PRASPM 2013


MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM Kertas /1 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN

MODUL PENILAIAN SPM 2012 BAHASA MELAYU Kertas /1

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG. Kertas /1 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 PERATURAN PEMARKAHAN

BAHASA MELAYU KURIKULUM BAHASA MELAYU & FORMAT PEPERIKSAAN,


1103/1 (PP) SULIT BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH & SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERATURAN PEMARKAHAN

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2012

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

BAHAGIAN A : Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan [ 30 markah ] KRITERIA PENSKORAN

TAKLIMAT. 3 Mac 2018

RANCANGAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PENGGAL DUA TINGKATAN ENAM 2013

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2017

BAHASA MELAYU KURIKULUM BAHASA MELAYU & FORMAT PEPERIKSAAN, DARJAH 6

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2017

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

LOGO DAN NAMA SEKOLAH PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN

SULIT 1103/1 PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA MELAYU SPM KERTAS 1. Tujuan Pengujian : Untuk menguji kebolehan calon dalam;

SESI PERKONGSIAN FORMAT KERTAS PEPERIKSAAN PSLE, April 2017, Sabtu

1 SULIT PP 1103/1 PROGRAM GEMPUR KECEMERLANGAN SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 GARIS PANDUAN PEMERIKSA

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

Bahasa Malaysia (910)

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

PEPERIKSAAN PENTENGAHAN TAHUN [PKBS2] 1103/1. 2 ¼ jam Dua jam limabelasminit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

SESI TAKLIMAT FORMAT PEPERIKSAAN PSLE, Februari 2017, Sabtu

FORMAT PSLE BAHASA MELAYU

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2017

UJIAN PENILIAN SEKOLAH RENDAH RAMALAN 2017 JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2014

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG. Kertas /1 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010 AMARAN

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2013

Taklimat Bahasa Melayu Darjah

PROSEDUR PENILAIAN ANUGERAH NILAM PERINGKAT DAERAH PONTIAN TAHUN 2017

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2012

FORMAT BAHARU UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) MULAI TAHUN 2016

Cara-cara Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif. Bengkel Untuk Ibu Bapa P3 & P4

INSTRUMEN HADIS. Gerak Kerja - Dua Hadis pilihan pelajar. Pilihan Hadis 31-34

3756/2 PRINSIP PERAKAUNAN 2

FORMAT BAHARU UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) MULAI TAHUN 2016

SOALAN-SOALAN LAZIM UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)MULAI TAHUN 2016

Fokus Sampingan : 9.1 Mengambil imlak teks yang diperdengarkan. Aras 1 (i). Mengeja dan menulis perkataan dan ayat yang diperdengarkan.

KAEDAH ISSAM SATU INOVASI DALAM PENGAJARAN KARANGAN AMIR BIN JUHARI IPG KAMPUS RAJANG

Kertas 1 BAHASA MELAYU TAHUN Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahaglan 8. Dua jam lima belas minit

Bahasa Malaysia (910)

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) KEDAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2008

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

SELAMAT DATANG SESI PERTEMUAN DENGAN IBU BAPA JUMAAT, 19 JAN 2018

Pelajar Aktif, Pengguna Cekap Bahasa Kita, Gunakanlah

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2015 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

Taklimat Bahasa Melayu Darjah

2.0 PENYATAAN MASALAH


SELAMAT DATANG SESI PERTEMUAN DENGAN IBU BAPA JUMAAT, 19 JAN 2018

INAMA PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 PMR. Kertas 2. Dua Jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


2011

PANDUAN PENSKORAN PENCERAPAN P & P (PK04)

SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU KERTAS /1

Selamat Datang ke Majlis Taklimat. Darjah Januari 2016

Taklimat Bahasa Melayu Darjah

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2014

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA Pindaan Terakhir :

Teknik Menjawab Soalan SPM Oleh: Gan Chee Meng, P.P.N., P.J.K., P.J.M., Guru Cemerlang Pendidikan Moral, Merangkap, Ketua Panitia Pendidikan Moral,

KURSUS ORIENTASI UNTUK JURULATIH UTAMA BAHASA MALAYSIA TAHUN SATU

Kemahiran Menulis KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Projek MTE3102E_PPG Jan2014

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BERCERITA MERDEKA BAHASA CINA DAN BAHASA TAMIL SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI 2013

Teknik Menjawab Soalan SPM 2015

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

2. Membaca petikan teks Pulau Langkawi dan dapat menerangkan sekurang-kurangnya 5 maksud perkataan yang digelapkan.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

1

SKEMA SARAWAK KUCHING ZON B 2013 K1

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN BAHASA MELAYU TAHUN 4 UNIT 6 ( ARAS 1 )

Transkripsi:

022-032/1 BAHASA MELAYU SJK INSTRUMEN PENTAKSIRAN Kod Mata Pelajaran : 012 (SK), 022 (SJKC), 032 (SJKT) Bentuk Ujian : Ujian Subjektif Markah Penuh : 60 Masa : 1 jam 15 minit REKA BENTUK INSTRUMEN PENTAKSIRAN Kertas Bahasa Melayu Penulisan UPSR ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A terdiri daripada satu (1) soalan respons terhad yang mesti dijawab. Markah yang diperuntukan ialah 10. Bahagian B terdiri daripada tiga (3) soalan pilihan soalan berbentuk respons terbuka dan perlu dijawab satu (1). Markah yang diperuntukan ialah 30. Bahagian C terdiri daripada satu (1) soalan respons terhad yang mesti dijawab Markah yang diperuntukan ialah 20. Konstruk yang diukur ialah: a) Keupayaan membina ayat b) Keupayaan menggunakan kata c) Keupayaan menggunakan kosa kata d) Keupayaan melahirkan dan menyampaikan idea e) Keupayaan menggunakan ejaan dan tanda baca PRESTASI CALON SECARA KESELURUHAN Secara keseluruhannya prestasi calon pada tahun ini baik. Calon dapat menulis jawapan mengikut kehendak soalan. Calon dapat memberikan isi yang bernas dan menyampaikannya dengan struktur ayat yang betul. Calon juga menggunakan pelbagai imbuhan, kata ganda dan kata majmuk yang betul. Penggunaan kosa kata oleh calon dalam jawapan sangat meluas. Kesalahan ejaan dan tanda baca yang dilakukan oleh calon sangat sedikit. PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON Kumpulan Tinggi Calon dalam kumpulan ini menguasai kemahiran menulis dengan baik. Calon dapat menjawab menepati kehendak soalan. Pengolahan isi sangat jelas, tepat, tersusun dan menarik. Kesalahan bahasa seperti ejaan dan tanda baca amat sedikit dan tidak menjejaskan jawapan calon. Bahasa Melayu SJK 1 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

Kumpulan Sederhana Calon dalam kumpulan ini memahami arahan dan kehendak soalan. Isi yang dikemukakan mudah dan ringkas. Calon menggunakan ayat tunggal dalam jawapan. Kata dan kosa kata yang digunakan terhad dan kurang sesuai dengan soalan. Terdapat kesalahan dalam struktur ayat, imbuhan, ejaan dan tanda baca tetapi tidak menjejaskan ayat. Penyampaian dan pengolahan idea yang mudah dan ringkas dengan penyampaian yang kurang menarik. Jawapan juga tidak disertai dengan huraian dan contoh. Kumpulan Rendah Calon dalam kumpulan ini tidak memahami kehendak soalan. Pengolahan idea tidak jelas dan tidak tepat. Calon melakukan banyak kesalahan struktur ayat, kata, kosa kata, ejaan dan tanda baca. Bahasa Melayu SJK 2 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

PRESTASI TERPERINCI Bahagian A Kehendak Soalan Calon dikehendaki menulis lima ayat tentang suasana atau aktiviti ketika pertandingan nyanyian berdasarkan gambar yang diberi. Contoh: Menyanyi, menyusun, mencatat, menonton, meriah Bahasa Melayu SJK 3 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

Kekuatan Calon Calon dapat menulis ayat yang lengkap dan menepati gambar yang diberi. Ayat yang ditulis menepati kehendak soalan. Calon menggunakan perbendaharaan kata yang meluas seperti juruacara, mencatat markah, menyusun pingat, menunggu giliran, meriah, menyokong peserta dan hakim yang adil. Penggunaan ejaan dan tanda baca oleh calon dalam jawapan adalah betul dan tepat. Bahasa Melayu SJK 4 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

Kelemahan Calon Ayat yang ditulis oleh calon tidak sesuai dengan gambar. Perbendaharaan kata yang digunakan oleh calon amat terhad. Terdapat banyak kesalahan struktur ayat. Calon tidak menguasai tanda baca dan ejaan.. Bahasa Melayu SJK 5 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

Kesilapan Calon Calon melakukan kesilapan daripada aspek penggunaan kata dan kosa kata. Contoh: trofi ditulis cawan atau trophy markah ditulis marks hadiah ditulis anugerah juruacara ditulis pengumum Bahasa Melayu SJK 6 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

Bahagian B Soalan 1 Loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat. Semua murid berjalan ke arah pintu pagar. Tiba-tiba... Mulakan karangan kamu dengan, Tiba-tiba... Kehendak Soalan Calon dikehendaki melengkapkan cerita berkaitan peristiwa yang sesuai berlaku selepas loceng tamat persekolahan berbunyi. Calon boleh menyampaikan pelbagai cerita yang munasabah seperti kemalangan, kebakaran, kejadian ragut dan yang berkaitan. Bahasa Melayu SJK 7 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

Kekuatan Calon Calon memahami kehendak soalan yang diberi iaitu menyambung cerita. Calon dapat menulis karangan ini dengan baik kerana tajuk ini tidak membataskan idea calon dan idea yang dikehendaki berada dalam pengalaman serta pengetahuan calon. Calon dapat menulis ayat majmuk yang lengkap mengandungi perbendaharaan kata yang meluas. Pengolahan idea calon sangat baik, penyampaian yang jelas, tersusun dan menarik. Bahasa Melayu SJK 8 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

Kelemahan Calon Calon mempunyai idea tetapi pengolahan idea tidak jelas, tidak tepat dan tidak berkaitan dengan kehendak soalan. Penyampaian idea calon tidak menarik. Perbendaharaan kata yang diguna oleh calon sangat terhad. Calon melakukan banyak kesalahan struktur ayat, ejaan dan tanda baca. Bahasa Melayu SJK 9 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

Kesilapan Calon Calon tersalah tafsir perkataan dalam ayat rangsangan (stimulus) bagi soalan. Perkataan loceng dijadikan watak dalam karangan. Bahasa Melayu SJK 10 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

Soalan 2 Kamu telah berkenalan dengan seorang murid yang baru berpindah ke kelas kamu. Ceritakan latar belakang kawan baharu kamu. Kehendak Soalan Calon dikehendaki menulis karangan tentang latar belakang kawan baharu seperti nama, tarikh lahir, keluarga, cita-cita, sekolah terdahulu dan lain-lain yang berkaitan. Bahasa Melayu SJK 11 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

Kekuatan Calon Bahasa Melayu SJK 12 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

Calon memahami kehendak soalan yang diberi iaitu latar belakang kawan baharu. Calon tidak menghadapi masalah menulis dan mengolah idea karangan kerana tajuk ini dalam pengetahuan dan pengalaman calon. Calon menggunakan perbendaharaan kata yang betul dan meluas. Pengolahan idea sangat baik dan penyampaian yang jelas, tersusun dan menarik. Bahasa Melayu SJK 13 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

Kelemahan Calon Calon mempunyai idea tetapi pengolahan idea tidak jelas, tidak tepat dan tidak berkaitan dengan kehendak soalan. Penyampaian idea calon tidak menarik. Perbendaharaan kata yang digunakan oleh calon sangat terhad. Calon melakukan banyak kesalahan struktur ayat, ejaan dan tanda baca. Bahasa Melayu SJK 14 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

Kesilapan Calon Jawapan calon tidak berkaitan dengan kehendak soalan iaitu latar belakang kawan baharu. Calon menulis tentang aktiviti semasa yang dilakukan bersama-sama kawan baharu. Bahasa Melayu SJK 15 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

Soalan 3 Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu ingin mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah kilang coklat. Sebagai setiausaha, kamu dikehendaki menulis sepucuk surat kepada Guru Besar bagi memohon kebenaran untuk mengadakan lawatan tersebut. Tulis surat itu selengkapnya. Kehendak Soalan Calon dikehendaki menulis sepucuk surat rasmi kepada guru besar di sekolahnya untuk memohon kebenaran mengadakan lawatan ke kilang coklat dengan format surat kiriman rasmi yang betul. Antara isi yang dicadangkan seperti tujuan surat, butiran lawatan seperti tarikh, masa, cara pergi, objektif lawatan dan harapan. Bahasa Melayu SJK 16 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

Kekuatan Calon Bahasa Melayu SJK 17 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

Bahasa Melayu SJK 18 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

Calon dapat menulis karangan mengikut format surat kiriman rasmi dengan betul. Calon menggunakan perbendaharaan kata yang betul dan meluas. Pengolahan idea sangat baik dan penyampaian yang jelas, tersusun dan menarik. Kelemahan Calon Bahasa Melayu SJK 19 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

Bahasa Melayu SJK 20 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

Calon mempunyai idea tetapi pengolahan idea tidak jelas, tidak tepat dan tidak berkaitan dengan kehendak soalan. Penyampaian idea calon tidak menarik. Perbendaharaan kata yang diguna oleh calon sangat terhad. Calon melakukan banyak kesalahan format surat, struktur ayat, ejaan dan tanda baca. Kesilapan Calon Bahasa Melayu SJK 21 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

Bahasa Melayu SJK 22 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

Calon menulis tidak menepati format surat kiriman rasmi. Jawapan calon tidak menepati kehendak soalan. Calon menulis surat kepada pengurus kilang sedangkan arahan soalan kepada guru besar. Bahasa Melayu SJK 23 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

Bahagian C Bahasa Melayu SJK 24 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

Kehendak Soalan Calon dikehendaki menulis empat nilai yang tersirat berserta contoh yang sesuai daripada petikan syarahan. Antara nilai murni yang diterima ialah menepati masa, peramah, berdisiplin, dan bertanggungjawab. Kekuatan Calon Calon dapat menulis empat nilai yang betul berserta huraian lengkap berdasarkan petikan yang diberi. Calon menggunakan ayat yang gramatis, imbuhan, kosa kata, penanda wacana, tanda baca dan ejaan yang betul. Bahasa Melayu SJK 25 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

Kelemahan Calon Sebahagian calon dapat menyatakan nilai tetapi huraiannya tidak bertepatan dengan petikan yang diberi. Selain itu, ada calon yang tidak dapat menyatakan nilai yang tepat serta tidak dapat menyatakan nilai yang tersirat dalam petikan. Bahasa Melayu SJK 26 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

Kesilapan Calon Calon gagal menulis empat nilai yang berbeza dalam jawapan. Terdapat calon menulis nilai yang sama maksud walaupun huraian dan contoh berbeza. Contoh kesilapan: Berdisiplin dan mematuhi peraturan dianggap sebagai dua nilai yang berbeza sedangkan nilai tersebut adalah sama maksud. Bahasa Melayu SJK 27 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

SARANAN KEPADA CALON Bahagian A 1. Calon mestilah membaca arahan dengan teliti sebelum menjawab soalan. Calon perlu mengenal pasti kehendak soalan iaitu suasana yang terdapat dalam gambar sebelum menulis ayat. 2. Bulatkan aktiviti atau suasana yang dilakukan oleh pelaku (watak). Seterusnya, calon perlu menulis dan mencatat kata kerja yang tepat berkaitan gambar yang telah dibulatkan. Kemudian, calon dikehendaki membina lima ayat yang lengkap. Setiap ayat mestilah ditulis dalam bentuk pernomboran (1 hingga 5). Setiap nombor mempunyai satu ayat sahaja. Calon diingatkan hanya menulis lima ayat. Bahagian B 1. Calon perlu membaca dan memahami arahan dan kehendak soalan. Baca ketiga-tiga soalan yang diberi sebelum membuat pilihan. Garisi kehendak soalan yang dibaca tadi. Kemudian, pilih soalan yang boleh dikuasai dengan baik. Bagi karangan yang berformat, calon hendaklah menulis karangan dengan format yang betul. 2. Sebelum menulis, calon hendaklah membina rangka karangan berdasarkan kehendak soalan. Karangan mestilah dimulakan dengan pendahuluan, pemerengganan isi dan diakhiri dengan penutup. Bahagian C 1. Calon perlu membaca dan memahami arahan dan kehendak soalan. Fahami petikan yang diberi dan garisi ayat yang mempunyai nilai. Calon perlu mencatat nilai yang tepat berdasarkan ayat yang telah digarisi. 2. Sebaik-baiknya nilai ditulis mengikut urutan. Pastikan nilai dan huraian mesti berkaitan dengan petikan yang diberi. Calon dikehendaki menulis jawapan dalam satu perenggan sahaja. Bagi menghasilkan jawapan yang baik, calon perlu menggunakan penanda wacana yang sesuai seperti di samping itu, selain itu, seterusnya dan sebagainya. 3. Calon perlu menyemak semula setiap jawapan yang telah ditulis. Calon perlu mengelakkan pengaruh bahasa ibunda dalam ayat. Bagi menghasilkan penulisan yang baik, calon perlu banyak membuat latihan penulisan serta membuat rujukan daripada pelbagai sumber. Bahasa Melayu SJK 28 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

SARANAN KEPADA GURU 1. Guru perlu menggunakan buku teks dalam pengajaran serta bahan rujukan lain sebagai panduan. Penggunaan Buku Daftar Kata yang dibekalkan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum haruslah dititikberatkan bagi peluasan kosa kata murid. 2. Pelbagai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik boleh digunakan oleh guru dalam proses pembelajaran dan pengajaran bagi menarik minat murid. Teknik membina rangka karangan, pengajaran bertema, pendekatan proses membina karangan merupakan satu teknik yang mampu membantu murid meningkatkan mutu penulisan karangan yang mantap dan menarik. 3. Bagi membantu murid mengatasi kelemahan dalam penulisan, guru perlulah memberi bimbingan secara terperinci berkaitan kekuatan dan kelemahan tugasan yang dihasilkan oleh murid. Hasil-hasil karangan yang cemerlang bolehlah dipamerkan di sudut bacaan atau di ruangan bahasa sebagai satu rangsangan kepada murid lain untuk dijadikan contoh. 4. Dalam proses pembelajaran dan pengajaran, setiap kemahiran dengar tutur, membaca dan menulis perlu dilaksanakan bagi memastikan murid menguasai kemahiran asas bagi menghasilkan karangan yang baik. Guru perlu memberi perhatian kepada murid yang masih belum menguasai penulisan dengan memberikan pelbagai bentuk latihan seperti karangan berpandu, karangan separa berpandu, karangan terkawal, karangan separa terkawal serta karangan bebas mengikut tahap kemampuan murid. 5. Kepelbagaian jenis karangan wajar didedahkan kepada murid dengan memberi contohcontoh sebagai bahan rangsangan. Guru mestilah memberi penerangan dan penekanan format karangan agar murid dapat menulis karangan yang lengkap dengan tepat. Bahasa Melayu SJK 29 KupasanMutuJawapan UPSR 2012