BAB LIMA PENDUDUK DAN ALAM SEKITAR

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "BAB LIMA PENDUDUK DAN ALAM SEKITAR"

Transkripsi

1 BAB LIMA PENDUDUK DAN ALAM SEKITAR 5.1 OBJEKTIF PELAJARAN a. Mengenal pasti konsep manusia sebagai penduduk bumi. b. Memahami peranan alam sekitar sebagai sumber kepada manusia. c. Memahami dan mengenal pasti daya tampung sumber alam terhadap perkembangan penduduk. d. Mengenal pasti keperluan untuk meneroka sumber. e. Memahami kesan daripada pertumbuhan sumber terhadap alam sekitar. f. Mengenal pasti langkah bagi mengatasi kesan perubahan penduduk ke atas alam sekitar. 5.2 KONSEP MANUSIA SEBAGAI PENDUDUK Kehidupan manusia sangat berkait rapat dengan alam sekitar. Darjah keberkaitan manusia bergantung kepada tahap kemajuan mereka. Suku kaum asli yang hidup terpencil sangat bergantung kepada alam semula jadi manakala masyarakat bandar pula mempunyai interpretasi dan interaksi yang tersendiri mengenai sumber yang ada. 5.3 ALAM SEKITAR SEBAGAI SUMBER KEPADA MANUSIA Alam sekitar membekalkan banyak sumber kepada kita meliputi ruangan udara, tanah air dan sebagainya. Alam sekitar mempunyai beberapa komponen utama yang meliputi komponen seperti yang berikut: a. Tenaga matahari b. Atmosfrea c. Biosfera d. Litosfera e. Hidrosfera.

2 Komponen ini memainkan peranan yang sangat penting bagi menjamin keberlangsungan alam. Rajah di bawah menunjukkan interaksi yang berlaku di dalam alam sekitar. Biosfera Komponen biosfera terdiri dari lokasi di mana semua benda hidup di permukaan bumi sama ada di dasar lautan hingga ke lapisan atmosfera. Biosfera mengandungi flora dan fauna yang membekalkan: - tumbuh-tumbuhan - Tanaman - Hidupan liar - ternakan Elemen biosfera ini perlu diolah oleh manusia untuk dijadikan sebagai bahan mentah industri, makanan, pakaian, peralatan, tempat tinggal, bahan dagangan dan sebagainya. Aktiviti asal manusia berkaitan dengan biosfera ialah memburu, memungut hasil, membalak, bertani, berladang dan menternak. Pada zaman moden corak interaksi manusia dengan biosfera banyak dipengaruhi oleh teknologi semasa mengikut tempat dan tahap tamadun.

3 Litosfera Gambar 1: Hubung kait antara komponen dalam alam sekitar Litosfera merupakan komponen yang membekalkan sumber mineral dan tanah. Litosfera ialah lapisan permukaan bumi yang pejal dan keras. Lapisan tanah juga disebut sebagai pedosfera dan batuan yang merupakan sumber pelbagai jenis logam dan bukan logam. Litosfera banyak dipengaruhi oleh bentuk geomorfologi permukaan bumi seperti gunung, bukit, lurah, lembah, dataran tinggi, tanah pamah, teluk, pinggir laut, sungai, pulau dan sebagainya. Manusia menggunakan tanah yang sesuai untuk pertanian, petempatan desa dan bandar, pembinaan kilang industri, pembinaan infrastruktur untuk kemudahan sosial dan ekonomi. Di atas dan di bawah permukaan bumi, manusia melombong mineral (tenaga fosil) untuk kegunaan industri dan kehidupan. Pelbagai jenis mineral penting dapat diperoleh di dalam lapisan litosfera untuk kegunaan industri seperti bijih timah, bijih besi, bauksit, kuprum, uranium, petroleum, arang batu, gas asli, wolfram, mangan dan sebagainya. Hidrosfera Hidrosfera terdiri daripada air yang berada di permukaan bumi contohnya, tasik, sungai, alur, wap air dalam atmosfera, ais, air bawah tanah, glasier dan laut. Air boleh wujud dalam bentuk cecair, wap, gas dan pepejal. Sebahagian besar dari permukaan bumi dalam bentuk cecair

4 dengan lautan dan hidupan akuatik/marin di dalamnya. Air di permukaan bumi (terutama laut) membekalkan wap di atmosfera yang akan kembali ke permukaan bumi dalam bentuk kerpasan (hujan dan salji). Gambar 1: Hubung kait antara komponen dalam alam sekitar Air berperanan sebagai agen penyederhana suhu di permukaan bumi dan sebagai sumber air bersih kepada kehidupan manusia. Penerokaan air untuk kegunaan domestik, industri dan sumber tenaga hidro elektrik, tenaga ombak dan tenaga pasang surut menjadikan hidrosfera adalah punca tenaga alternatif pada masa hadapan. Negara yang kurang mempunyai sumber air tawar untuk kegunaan domestik menyahgaram air laut untuk memperoleh air tawar dalam kehidupan. Contoh negara yang melakukan penyahgaram air laut adalah negara di Arab Saudi. Atmosfera Atmosfera merupakan satu lapisan gas nipis yang menyelubungi bumi dengan ketinggian kurang dari 600 km ke atas dari permukaan bumi. Lapisan ini mengandungi 78 % nitrogen, 28 % oksigen, 0.9% argon dan 0.036% karbon dioksida. Perbezaan tekanan udara dari satu tempat ke satu tempat akan menyebabkan berlakunya tiupan angin yang menghasil serta

5 mengawal bentuk hujan dan ribut (penentu iklim dan cuaca wilayah). Iklim dan cuaca berkait rapat dengan kegiatan pertanian serta kehidupan manusia 5.3 DAYA TAMPUNG SUMBER ALAM TERHADAP PERKEMBANGAN PENDUDUK Konsep ini merujuk kepada keupayaan sesuatu sumber menampung dan memenuhi keperluan penduduk dalam tempoh tertentu. Pelbagai masalah akan timbul sekiranya sumber alam tidak mampu menampung dan memenuhi keperluan penduduk seperti: a. Kekurangan makanan b. Kebuluran c. Wabak penyakit d. Krisis tenaga Gambar 2: Masalah kebuluran dan wabak penyakit boleh berlaku sekiranya sumber tidak diurus dengan baik Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi daya tampungan sumber alam terhadap perkembangan penduduk seperti yang dinyatakan berikut: a. Kuantiti dan kualiti sumber alam yang ada b. Pengurusan sumber yang cekap c. Kawalan terhadap penduduk

6 d. Penggunaan teknologi. Manusia meneroka sumber bagi pelbagai tujuan. Antaranya adalah untuk memenuhi permintaan terhadap bekalan bahan mentah di dalam industri, membekalkan sumber keperluan makanan, minuman dan sebagainya, menjana pendapatan negara, menyediakan peluang pekerjaan, pembangunan bandar baru, pembangunan system pengangkutan, bahan uji kaji teknologi, mendapatkan sumber tenaga untuk pelbagai keperluan harian dan domestic selain turut menjadi sumber dan pendapatan melalui kegiatan rekreasi dan pelancongan yang mampu memberi pulangan yang besar bukan sahaja kepada negara malah kepada rakyat. 5.4 KESAN PENEROKAAN SUMBER Aktiviti penerokaan sumber memberikan pelbagai kesan kepada alam. Antara kesan akibat daripada proses penerokaan sumber adalah seperti: a. Tekanan Terhadap Sumber Alam Tekanan terhadap sumber berlaku khususnya terhadap sumber tanah. Persaingan guna tanah untuk petempatan, pertanian, perindustrian, pembandaran, infrasturktur dan sebagainya menjadi semakin hebat apabila penduduk bertamabh. Kesannya saiz tanah secara relatifnya menjadi semakin sempit dan harganya semakin mahal. b. Kepupusan Dan Kehabisan Sumber Gambar 3: Petroleum merupakan sumber yang tidak boleh diperbaharui

7 Masalah kepupusan dan kehabisan sumber berlaku khususnya terhadap jenis sumber yang tidak boleh diperbaharui. Misalnya sumber mineral seperti sumber bahan api fosil, bijih timah, bijih besi, emas dan lain-lain akibat pengeluaran berlebihan bagi menampung keperluan penduduk yang bertambah dengan pesat. Dalam keadaan sumber tersebut tidak boleh diganti maka kesan jangka panjangnya ialah diancam kehabisan atau kepupusan. c. Pencemaran Dan Kerosakan Sumber Gambar 4: Pencemaran merosakkan alam sekitar Masalah pencemaran dan kerosakan sumber seperti sumber udara dan air akibat pertambahan industri, kenderaan, pembuangan sisa domestik yang biasanya sejajar dengan pertumbuhan penduduk yang pesat. Termasuk juga kesan hakisan tanih serta kejadian tanah runtuh. d. Berkurangnya Sumber-Sumber Makanan Masalah kekurangan sumber makanan yang berlaku khususnya yang berasaskan hasilhasil pertanian, sumber perikanan dan penternakan yang relatif dengan keperluan penduduk yang bertambah dengan pesat. Pengeluaran sumber-sumber makanan tersebut adalah tidak sepadan dengan pertambahan penduduk yang lebih pesat.

8 5.5 LANGKAH MENGATASI KESAN PENEROKAAN SUMBER ALAM Pengurusan sumber adalah perlu untuk memastikan sesuatu sumber berterusan dan mempunyai kelangsungan sumber yang baik. Pengurusan sumber melibatkan perancangan, pengawalan, pemeliharaan dan pemuliharaan bagi memastikan sumber dapat diurus dengan baik dan secara sistematik. Perancangan Dalam skop perancangan, penerokaan, pengeluaran dan penggunaan sumber perlu dirancang dengan cekap bagi memastikan sumber dapat dieksploitasi dengan sebaiknya. Perancangan yang dibuat juga perlu memastikan keperluan untuk menambah sumber bagi kegunaan masa hadapan. Gambar 5: Tenaga solar merupakan alternatif kepada tenaga fosil Pencarian sumber mineral gantian baru perlu dilaksanakan bagi menampung permintaan dan mengurangkan pergantungan kepada sumber mineral fosil. Contohnya penggunaan tenaga suria, hidroelektrik, nuklear, ombak dan angin dapat menggantikan sumber tenaga fosil. Pengawalan Pengawalan atau pengawasan dan penentuan dimana kuantiti pengeluaran dibuat selaras dengan keperluan yang diperlukan oleh manusia. Pengawalan di kawasan pengeluaran dilakukan dengan pemantauan oleh pihak berkuasa secara kerap bagi mengelakkan penyelewengan berlakuu.

9 Pengawalan cara pengeluaran sumber juga dilakukan di mana kaedah pengeluaran dilakukan dengan cara yang betul bagi mengelakkan sumber lain mendapat kesan sewaktu sumber dieksploitasi. Sebagai contoh, sewaktu menangkap ikan di laut dalam, penggunaan kaedah pukat tunda dielakkan bagi mengelak ikan-ikan kecil yang sedang membesar turut ditangkap sekali gus member peluang kepada ikan kecil untuk terus hidup. Pemeliharaan Pemeliharaan merupakan suatu usaha untuk mengekalkan sumber semulajadi. Contohnya sumber hutan yang berkurangan cuba diatasi melalui pewartaan Taman Negara. Pemeliharaan kualiti air, udara, tanih, dan ekosistem untuk menjamin kesejahteraan hidupan dalam lapisan Biosfera. Pemuliharaan Pemuliharaan merupakan satu usaha untuk memperbaiki dan memulihkan kawasan atau sumber yang telah diteroka. Sebagai contoh, amalan silvikultur dalam bidang perhutanan mampu mengekalkan populasi hutan, memperbaiki kesan hakisan. Gambar 6: Benih pokok untuk penanaman semula hutan

10 Selain daripada mengenal pasti langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengurus sumber, strategi juga perlu dibentuk bagi memastikan tahap kesinambungan sumber alam terus bertambah baik dan efisien penggunaannya. Antara strategi yang dirangka dalam pengurusan sumber adalah seperti berikut: a. Usaha meningkatkan aras keberkesanan penggunaan sumber b. Usaha meningkatkan guna semula sumber c. Usaha penggunaan teknologi baru dalam mengurus sumber Usaha mengurus sumber agar dapat melindungi alam sekitar dari kesan penerokaan sumber ialah : a. Deklarasi di Stokholm (1972), semua negara diminta menghadkan aktiviti penebangan dan pembalakan hutan serta mengawal pencemaran. b. Perisytiharan Langkawi ditubuhkan dalam mesyuarat anggota Komanwel (1989). Negara-negara komanwel bersetuju memberikan bantuan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar mengikut keupayaan. c. Forum Global dalam Sidang Kemuncak Bumi (World Summit Rio de Jenerio 1992) dianjurkan oleh 6000 buah NGO dunia untuk menyelamatkan alam sekitar bumi dari mengalami kemusnahan 4.6 SOALAN TUTORIAL 1. Jelaskan secara ringkas tentang pengurusan sumber alam dengan cekap. 2. Bincangkan perhubungan di antara teori Maltus dengan sumber. 3. Terangkan kesan-kesan penerokaan sumber galian, hutan dan air akibat daripada pertambahan penduduk. 4. Huraikan dan jelaskan tentang langkah mengatasi kesan penerokaan sumber alam.

11 4.7 RUJUKAN Abdul Majid Hassan. (1994), Population Geography.New Delhi. Charlier, R.H. & de Meyer, C.P. (1998). Coastal Erosion: Response and Management. Springer Elam, E. & Milner, J. (2001). A2 in a week: Geography. Letts Educational Ltd, London Gilluly, J., Waters, A.C. & Woodford, A.O. (1989). Prinsip-prinsip geologi: Jilid 1. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. H.R. Jowes (1990), Population Geography. Paul Champ, London. Jabil Mapjabil Seminar Kebangsaan Geografi Dunia Tanpa Sempadan. USM.my Jones, H.(1990). Population Geography. Paul Champ, London. Katiman Rostam, Noraziah Abdul Yaakub, Mohd Jahi Mokhtar Jaafar Alam, Manusia dan Pembangunan Di Malaysia. Bangi : Penerbit UKM. Ms Rosnah Talib. (1988),Geografi Penduduk dan Negara Membangun,Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Usman Haji Yakoob. (1989). Prinsip Kajian Kependudukan,Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Weeks, J.R (2005).Population An introduction to concepts and issues Thomson, Belmont.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2016 GEOGRAFI KERTAS /1

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2016 GEOGRAFI KERTAS /1 SULIT NAMA:. TINGKATAN: PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2016 GEOGRAFI KERTAS 1 2280/1 September 1 ¼ jam Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas

Lebih terperinci

Rajah 1. 1 Rajah 1 di atas menunjukkan hubungkait antara sfera dalam sistem bumi. X ialah A Biosfera B Mesosfera C Troposfera D Stratosfera

Rajah 1. 1 Rajah 1 di atas menunjukkan hubungkait antara sfera dalam sistem bumi. X ialah A Biosfera B Mesosfera C Troposfera D Stratosfera Hidrosfera Rajah 1 1 Rajah 1 di atas menunjukkan hubungkait antara sfera dalam sistem bumi. X ialah A Biosfera B Mesosfera C Troposfera D Stratosfera 2 Rajah 2 di bawah menunjukkan lapisan atmosfera Rajah

Lebih terperinci

GEOGRAFI T5 K1 SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010 1. A 21. A 2. D 22. D 3. D 23. B 4. B 24. C 5. C 25. A 6. D 26. A 7. A 27. A 8. B 28. D 9. B 29. C 10. D 30. B 11. D 31. B 12. C 32. A 13. B

Lebih terperinci

BAB 10 KESAN PERUBAHAN PENDUDUK TERHADAP ALAM SEKITAR

BAB 10 KESAN PERUBAHAN PENDUDUK TERHADAP ALAM SEKITAR BAB 10 KESAN PERUBAHAN PENDUDUK TERHADAP ALAM SEKITAR Bab 10 - Kesan perubahan penduduk terhadap alam sekitar Tema 4 Dinamik Penduduk Pengenalan Pada umumnya, negara di dunia mengalami pertambahan penduduk

Lebih terperinci

GEOGRAFI TINGKATAN III

GEOGRAFI TINGKATAN III KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH RENDAH (SMR) GEOGRAFI TINGKATAN III PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA OBJEKTIF

Lebih terperinci

Pilihan : Soalan (5) : Alam Sekitar atau Pembangunan?

Pilihan : Soalan (5) : Alam Sekitar atau Pembangunan? Pilihan : Soalan (5) Tajuk : Alam Sekitar atau Pembangunan? Pembangunan mengancam Alam sekitar Di Malaysia, pembangunan fizikal adalah tuntutan semasa. Kita memerlukan pelbagai projek besar-besaran sama

Lebih terperinci

Kesan Rumah Hijau & Pemanasan Global

Kesan Rumah Hijau & Pemanasan Global Kesan Rumah Hijau & Pemanasan Global KANDUNGAN BAB 4: KESAN RUMAH HIJAU DAN PEMANASAN GLOBAL (Greenhouse effects and global warming) Pengenalan: senario semasa Kesan Rumah Hijau Pengenalan Mekanisme Kesan

Lebih terperinci

1. Tenaga adalan penting untuk melakukan aktiviti harian. Tenaga wujud dalam pelbagai bentuk. [3] Spring diregang. Bahan api fosil.

1. Tenaga adalan penting untuk melakukan aktiviti harian. Tenaga wujud dalam pelbagai bentuk. [3] Spring diregang. Bahan api fosil. Tingkatan 1 Sains Bab 6: Soalan 1. adalan penting untuk melakukan aktiviti harian. wujud dalam pelbagai bentuk. [3] (a) Padankan bentuk tenaga dengan contohnya. Keupayaan Kinetik Kimia Spring diregang.

Lebih terperinci

1 SKEMA JAWAPAN GEOGRAFI KERTAS 2 PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2009 BAHAGIAN A 1 (a) 124º / 125º / 126º (2 markah) 123º / 127º (b) 3.9 / 4.0 / 4.1 (2 markah) 3.8 / 4.2 / 3.81-3.89 / 4.11-4.19 (c) 103 meter

Lebih terperinci

SULIT 2280/1 2280/1 Geografi Kertas 1 September 1¼ jam

SULIT 2280/1 2280/1 Geografi Kertas 1 September 1¼ jam 2280/1 Geografi Kertas 1 September 1¼ jam PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) CAWANGAN MELAKA DENGAN KERJASAMA JABATAN PELAJARAN MELAKA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL

Lebih terperinci

1. Berapakah bearing sudutan masjid A (RG ) dari masjid B (RG )? A 110 B 130 C 220 D 310

1. Berapakah bearing sudutan masjid A (RG ) dari masjid B (RG )? A 110 B 130 C 220 D 310 1 1. erapakah bearing sudutan masjid (RG 212418) dari masjid (RG 229405)? 110 130 220 310 2. erapakah jarak sebenar stesen kereta api dari RG 218360 hingga RG 240385? 4.3km 6.8km 7.2km 8.9km 3. erapakah

Lebih terperinci

t- JIB EKOLOGI SUMBER ALAM. {pril2009 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

t- JIB EKOLOGI SUMBER ALAM. {pril2009 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Angka Giliran : UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Akhir Sidang Akademik 200812009 {pril2009 JIB 420 - EKOLOGI SUMBER ALAM Masa : 3 jam Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi ENAM muka

Lebih terperinci

JENIS-JENIS PENCEMARAN. PENCEMARAN BUNYI PENCEMARAN UDARA PENCEMARAN AIR PENCEMARAN TANAH

JENIS-JENIS PENCEMARAN. PENCEMARAN BUNYI PENCEMARAN UDARA PENCEMARAN AIR PENCEMARAN TANAH JENIS-JENIS PENCEMARAN. PENCEMARAN BUNYI PENCEMARAN UDARA PENCEMARAN AIR PENCEMARAN TANAH Kawalan Pencemaran Apa itu pencemaran? Suatu perbuatan mencemarkan (mengotorkan) kebersihan alam sekeliling dengan

Lebih terperinci

2280/1 Geografi Skema Kertas 1 Ogos 2011 PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH NEGERI KEDAH DARUL AMAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2011 SKEMA GEOGRAFI Kertas 1 KERTAS 1 1. B 21. C 2.

Lebih terperinci

PERUBAHAN IKLIM (CLIMATE CHANGE)

PERUBAHAN IKLIM (CLIMATE CHANGE) PERUBAHAN IKLIM (CLIMATE CHANGE) Perubahan iklim merujuk kepada perubahan di dalam iklim dunia yang memberikan impak kepada manusia dan ekosistem sama ada secara langsung atau tidak langsung. Adalah dijangkakan,

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Kepelbagaian biologi atau biodiversiti merupakan suatu unsur penting di dalam sistem pengurusan air sungai. Interaksi di antara pelbagai jenis organisma di dalam sungai

Lebih terperinci

BAB 7 Taburan Penduduk. Bab 7-Taburan Penduduk

BAB 7 Taburan Penduduk. Bab 7-Taburan Penduduk BAB 7 Taburan Penduduk Taburan penduduk adalah pola sebaran penduduk di dalam sesuatu kawasan atau sesebuah negara. Taburan penduduk merupakan sebaran penduduk di sesuatu tempat. Taburan Penduduk Malaysia

Lebih terperinci

GEOGRAFI TINGKATAN 5

GEOGRAFI TINGKATAN 5 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH GEOGRAFI TINGKATAN 5 PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TINGKATAN 5 TEMA 4: DINAMIK

Lebih terperinci

Senario Pencemaran Udara

Senario Pencemaran Udara Kadar pelepasan Karbon Dioksida (CO2) Berdasarkan Penggunaan Tenaga Elektrik Di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) dan Kesannya Terhadap kesihatan Pekerjaan Pengenalan Pembangunan yang

Lebih terperinci

JABATAN PELAJARAN MELAKA PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011 TINGKATAN 2. GEOGRAFI Satu jam lima belas minit

JABATAN PELAJARAN MELAKA PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011 TINGKATAN 2. GEOGRAFI Satu jam lima belas minit 1 Geografi 23 /1 2011 1 1/4 jam JABATAN PELAJARAN MELAKA PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011 TINGKATAN 2 GEOGRAFI Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1 Kertas soalan ini

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Proses perbandaran yang semakin pesat dalam pelbagai sektor utama seperti ekonomi, politik, teknologi dan sosial mengubah kepada corak kehidupan manusia seharian. Selain

Lebih terperinci

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2009 GEOGRAFI. Kertas 1 Satu jam lima belas minit. JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INl SEHINGGA DI BERITAHU

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2009 GEOGRAFI. Kertas 1 Satu jam lima belas minit. JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INl SEHINGGA DI BERITAHU SULIT 23/1 23 / 1 Geografi Masa: 1 1/4 jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2009 GEOGRAFI Kertas 1 Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INl SEHINGGA DI BERITAHU 1. Kertas

Lebih terperinci

SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN LMCK 2811

SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN LMCK 2811 SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN LMCK 2811 NAMA PENSYARAH: ENCIK ISMAIL BIN UPAWI NAMA PELAJAR: NURUL ASHIKIN BINTI ZULKIFLI NO. MATRIK: A149716 1 BIL PERKARA MUKA SURAT 1.0 Pengenalan 3 2.0 Perincian Program

Lebih terperinci

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai TERHAD 3/ LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PENILAIAN MENENGAH RENDAH 0 3/ GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas Februari Julai. Kerja Kursus ini mengandungi dua tugasan: Tugasan dan Tugasan..

Lebih terperinci

Cuaca di Sekeliling Kita

Cuaca di Sekeliling Kita TAHAP 1 Cuaca di Sekeliling Kita Meneroka Orbit Buku Membongkar Sneak Peak! Menaakul Kandungan Kuasa matahari...6 Apakah cuaca?...8 Pusaran angin...10 Air dunia...12 Pergerakan ombak...14 Pengkelasan awan...16

Lebih terperinci

Jenis-jenis Pencemaran. Pencemaran Bunyi Pencemaran Udara Pencemaran Air Pencemaran Tanah

Jenis-jenis Pencemaran. Pencemaran Bunyi Pencemaran Udara Pencemaran Air Pencemaran Tanah Kawalan Pencemaran Apa itu pencemaran? Suatu perbuatan mencemarkan (mengotorkan) kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap bahan pencemar seperti bahan kimia, hingar, haba, cahaya dan tenaga ke dalam

Lebih terperinci

SKEMA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007 GEOGRAFI KERTAS 2

SKEMA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007 GEOGRAFI KERTAS 2 SKEMA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007 GEOGRAFI KERTAS 2 1 a) 2.5 km² b) (i) padi (ii) getah c) (i) pamah (ii) bekalan air (iii) banyak buruh (iv) jalan raya baik [4 markah] 2 a) Bt.Kayu [1 markah] b) 462

Lebih terperinci

2 SULIT 23/1 Soalan 1 hingga 7 berdasarkan peta topografi di bawah.

2 SULIT 23/1 Soalan 1 hingga 7 berdasarkan peta topografi di bawah. 2 Soalan 1 hingga 7 berdasarkan peta topografi di bawah. 49 170 48 47 Bukit Gali 120 90 60 Kampung Pinang 46 Pekan Delima 45 Sg. Lui Kampung Bayu Kampung Nyiur 44 43 Laut 42 24 25 26 27 28 29 30 31 Petunjuk:

Lebih terperinci

GEOGRAFI TINGKATAN 3 Satu jam lima belas minit

GEOGRAFI TINGKATAN 3 Satu jam lima belas minit SULIT 23/1 23/1 Geografi Kertas 1 Mei 2009 1 ¼ Jam UNIT PENGURUSAN AKADEMIK PEJABAT PELAJARAN DAERAH JOHOR BAHRU PEPERIKSAAN PERTENGAH TAHUN MEI 2009 GEOGRAFI TINGKATAN 3 Satu jam lima belas minit JANGAN

Lebih terperinci

Geografi (942) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Geografi (942) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut: Geografi (942) PRESTASI KESELURUHAN Pada tahun ini, bilangan calon yang mengambil mata pelajaran ini ialah 15 005 orang. Peratusan calon yang lulus penuh dalam mata pelajaran ini ialah 67.16% berbanding

Lebih terperinci

SULIT 2280/2 GEOGRAFI Sept. 2009 Masa 2 jam No. Kad Pengenalan Angka Giliran PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2009 GEOGRAFI Kertas 2 Dua Jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1.Kertas soalan ini

Lebih terperinci

SKEMA PEMARKAHAN UJIAN PENILAIAN AKHIR TAHUN SAINS TINGKATAN SOALAN SKEMA PEMARKAHAN MARKAH (a) 1 K : Sistem Pencernaan

SKEMA PEMARKAHAN UJIAN PENILAIAN AKHIR TAHUN SAINS TINGKATAN SOALAN SKEMA PEMARKAHAN MARKAH (a) 1 K : Sistem Pencernaan SKEMA PEMARKAHAN UJIAN PENILAIAN AKHIR TAHUN SAINS TINGKATAN 06 SOALAN SKEMA PEMARKAHAN MARKAH (a) K : Sistem Pencernaan L : Sistem Peredaran Darah ( K : Mencernakan makanan kepada bahan yang lebih ringkas

Lebih terperinci

3.0 ARAH PEMBANGUNAN STRATEGIK

3.0 ARAH PEMBANGUNAN STRATEGIK 3.0 ARAH PEMBANGUNAN STRATEGIK 3.1 POTENSI PELAKSANAAN DASAR DAN STRATEGI PEMBANGUNAN NASIONAL, WILAYAH DAN NEGERI Arah tuju pembangunan Jajahan Machang berteraskan kepada dasar-dasar pembangunan negara,

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan BAB I PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Sistem pengurusan mampan alam sekitar menjadi lebih kompleks dengan pembangunan yang berkait di antara ekologi semulajadi, ekonomi, manusia, dan subsistem. Seluruh dunia

Lebih terperinci

Panduan asas tenaga boleh baharu

Panduan asas tenaga boleh baharu Panduan asas tenaga boleh baharu Secara rumusan Kelulusan daripada Tenaga Nasional Berhad dan SEDA diperlukan untuk menyambungkan sistem tenaga boleh baharu ke sistem grid negara. Layari www.seda.gov.my

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI SAINS TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI SAINS TINGKATAN 1 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI SAINS TINGKATAN 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu

Lebih terperinci

SKEMA PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 SAINS TINGKATAN 1

SKEMA PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 SAINS TINGKATAN 1 SKEMA PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 06 SAINS TINGKATAN NO SKEMA MARKAH MARKAH Sel X Sel tumbuhan Sel Y Sel haiwan SOALAN Bahagian Sel Fungsi ( markah) Membran Sel Mengawal bahan masuk dan bahan

Lebih terperinci

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN Topik 9 Kawalan HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan terma kawalan dan tujuan utamanya; 2. Melihat langkah-langkah yang terlibat dalam proses kawalan; 3. Menghuraikan

Lebih terperinci

PENDAHULUAN. = mewakili kawasan perlombongan emas = mewakili kawasan perlombongan bauksit

PENDAHULUAN. = mewakili kawasan perlombongan emas = mewakili kawasan perlombongan bauksit PENDAHULUAN Modul Gerak Gempur Geografi disediakan sebagai persediaan kepada pelajar tingkatan tiga 2016. Modul ini sedikit sebanyak membantu para pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam

Lebih terperinci

Soalan 1 hingga Soalan 6 berdasarkan peta topo di bawah.

Soalan 1 hingga Soalan 6 berdasarkan peta topo di bawah. Soalan 1 hingga Soalan berdasarkan peta topo di bawah. 2 1 Sungai Merah mengalir ke arah utara tenggara timur laut barat daya 3 2 erapakah keluasan kawasan perindustrian di dalam peta? 5 km persegi 10

Lebih terperinci

Geografi (942) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Geografi (942) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut: Geografi (942) PRESTASI KESELURUHAN Pada tahun ini, bilangan calon yang mengambil mata pelajaran ini ialah 15 160. Peratusan calon yang lulus penuh ialah 70.22%, iaitu meningkat sebanyak 2.09% berbanding

Lebih terperinci

GEOGRAFI FIZIKAL & MANUSIA

GEOGRAFI FIZIKAL & MANUSIA Geografi Tingkatan 1 Bhg. A GEOGRAFI FIZIKAL & MANUSIA Memahami kepelbagaian bentuk muka bumi di malaysia Menghuraikan dengan contoh kedudukan dan keistimewaan pelbagai bentuk muka bumi Malaysia Memahami

Lebih terperinci

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS SULIT www.papercollection.wordpress.com JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS PRAPENILAIAN MENENGAH RENDAH 2012 23/1 GEOGRAFI Kertas 1 Ogos 2012 1 jam 15 minit Satu jam lima belas minit

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Laut merupakan 71 peratus daripada keseluruhan permukaan bumi. Fenomena ini sangat penting untuk di fikirkan supaya laut dapat memberi manfaat kepada manusia di permukaan

Lebih terperinci

[Lihat sebelah 23/ Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak SULIT

[Lihat sebelah 23/ Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak SULIT SULIT Kontur Kilang Tokong Sungai Kolam Paya Nipah Hutan Lombong Kelapa sawit Getah Jalan raya Jambatan Benteng Petempatan Masjid Bukit Padi Lorong Jalan kaki Sekolah Pejabat Daerah Skala : 1 cm mewakili

Lebih terperinci

STRATEGI 6 : PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

STRATEGI 6 : PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN SEPANG 2025 STRATEGI 6 : PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR 4 : STRATEGI PEMBANGUNAN BAHAGIAN A : PERNYATAAN BERTULIS 4 STRATEGI PEMBANGUNAN RANCANGAN TEMPATAN

Lebih terperinci

Nombor kad pengenalan:... Nombor pusat/angka giliran:... KERTAS SOALAN CONTOH 942/1 STPM GEOGRAFI 1 KERTAS 1. (Dua jam)

Nombor kad pengenalan:... Nombor pusat/angka giliran:... KERTAS SOALAN CONTOH 942/1 STPM GEOGRAFI 1 KERTAS 1. (Dua jam) Nombor kad pengenalan:... Nombor pusat/angka giliran:... KERTAS SOALAN CONTOH 942/1 STPM GEOGRAFI 1 KERTAS 1 (Dua jam) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN

Lebih terperinci

KELAS KEGUNAAN TANAH BLOK PERANCANGAN 6 : HULU SEMENYIH

KELAS KEGUNAAN TANAH BLOK PERANCANGAN 6 : HULU SEMENYIH TANAH BLOK PERANCANGAN 6 : HULU SEMENYIH TANAH BPK 6.1 TANAH BPK 6.2 TANAH BPK 6.3 TANAH BPK 6.4 TANAH BPK 6.5 TANAH BPK 6.6 TANAH BPK 6.7 TANAH BPK 6.8 9.0 TANAH BP HULU SEMENYIH BP Hulu Semenyih merangkumi

Lebih terperinci

BAB I PENGENALAN 1.1 LATARBELAKANG KAJIAN

BAB I PENGENALAN 1.1 LATARBELAKANG KAJIAN BAB I PENGENALAN 1.1 LATARBELAKANG KAJIAN Umumnya diketahui negara Malaysia mempunyai bentuk muka bumi semulajadi yang bercerun dan berbukit di samping menerima keamatan hujan yang tinggi sepanjang tahun.

Lebih terperinci

Warisan Semula jadi Tanjung Mali perlu di kekalkan dan dipelihara

Warisan Semula jadi Tanjung Mali perlu di kekalkan dan dipelihara Warisan Semula jadi Tanjung Mali perlu di kekalkan dan dipelihara Disediakan oleh; Prof. Madya Dr Kamal Roslan Mohamed Pengerusi Pusat Penyelidikan Langkawi Institut Alam Sekitar Dan Pembangunan (LESTARI),

Lebih terperinci

PENJELASAN PENETAPAN PETUNJUK PRESTASI KETUA PENGARAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA. Kaedah Pengukuran & Sasaran

PENJELASAN PENETAPAN PETUNJUK PRESTASI KETUA PENGARAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA. Kaedah Pengukuran & Sasaran 1. Pengurangan Jumlah Bilangan Penduduk Terjejas Akibat Banjir KPI merujuk kepada tindakan bagi mengurangkan jumlah bilangan penduduk yang terjejas akibat dilanda banjir di seluruh negara. i. Berdasarkan

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Industri pembinaan merupakan industri yang amat penting dalam menggerakkan pembangunan di Malaysia dan seterusnya menjana perkembangan ekonomi di negara ini. Industri ini

Lebih terperinci

PN. MASARIAH BINTI MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA

PN. MASARIAH BINTI MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA BAB 3 : TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA PN. MASARIAH BINTI MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA Analisa SPM 2004 2009 Soalan objektif, struktur dan esei Disusun mengikut bab Aras KBKK, aplikasi kemahiran dan isu semasa

Lebih terperinci

R32 LANGKAH KESELAMATAN (Tambahan)

R32 LANGKAH KESELAMATAN (Tambahan) R32 LANGKAH KESELAMATAN (Tambahan) Pemasangan (Ruang) Pastikan pemasangan kerja paip berada pada tahap minimum. Elak menggunakan paip yang kemik dan jangan benarkan lenturan tirus. Pastikan kerja paip

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Industri pembinaan merupakan salah satu cabang kejuruteraan yang mengalami perkembangan yang pesat. Walaupun masih wujud jurang yang ketara jika dibandingkan dengan industri

Lebih terperinci

Pengenalan kepada Ekonomi

Pengenalan kepada Ekonomi Topik 1 Pengenalan kepada Ekonomi HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan terma ekonomi ; 2. Membezakan mikroekonomi dan makroekonomi; 3. Membincangkan tiga persoalan

Lebih terperinci

Bab 2. Bab. Bab 3 Bab 8. Bab 1. Bab. 5 Bab Bab 9. Tingkatan 4. Bab. Bab

Bab 2. Bab. Bab 3 Bab 8. Bab 1. Bab. 5 Bab Bab 9. Tingkatan 4. Bab. Bab BAB 3 : TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA SeJaRaH Modul ini mengandungi soalan objektif, struktur dan esei Soalan disusun mengikut bab Dihasilkan daripada analisa soalan SPM 2005 2010 Turut dimuatkan soalan aras

Lebih terperinci

6.4 HASIL KAJIAN PERUBAHAN GUNA TANAH MENGUNAKAN PETA TOPOGRAFI DAN IMEJ LANDSAT

6.4 HASIL KAJIAN PERUBAHAN GUNA TANAH MENGUNAKAN PETA TOPOGRAFI DAN IMEJ LANDSAT 168 6.4 HASIL KAJIAN PERUBAHAN GUNA TANAH MENGUNAKAN PETA TOPOGRAFI DAN IMEJ LANDSAT Perubahan guna tanah di kawasan kajian sebelum dan selepas penerokaan dan pembangunan aktiviti akuakultur dilaksanakan

Lebih terperinci

BAHAGIAN A: JAWAP SEMUA SOALAN (20 markah)

BAHAGIAN A: JAWAP SEMUA SOALAN (20 markah) BAHAGIAN A: JAWAP SEMUA SOALAN (20 markah) (1) Pandangan ahli sains yang optimis tentang populasi manusia yang semakin meningkat ialah? (a) Perlu mengawal populasi supaya ruang dan sumber sentiasa mencukupi

Lebih terperinci

TEMA 1: RUMAH SEBAGAI KEPERLUAN ASAS MANUSIA

TEMA 1: RUMAH SEBAGAI KEPERLUAN ASAS MANUSIA TEMA 1: RUMAH SEBAGAI KEPERLUAN ASAS MANUSIA Tema ini mengisahkan rumah sebagai keperluan asas manusia. Sejarah telah membuktikan bahawa manusia mula menduduki gua sebagai tempat berlindung semasa petempatan

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Perindustrian merupakan salah satu sektor penting dalam pembangunan harta tanah di Malaysia pada masa kini. Satu sistem perancangan yang baik untuk sektor perindustrian

Lebih terperinci

SAINS 55 PENTAKSIRAN 2 MEI SMK SRI AMAN. 2 Jam ARAHAN

SAINS 55 PENTAKSIRAN 2 MEI SMK SRI AMAN. 2 Jam ARAHAN 1 SMK SRI AMAN PENTAKSIRAN 2 MEI 2 Jam ARAHAN SAINS 55 1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan kelas anda pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang

Lebih terperinci

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA BAB 3 : TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA SeJaRaH PN. MASARIAH BINTI MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA Modul ini mengandungi soalan objektif, struktur dan esei Soalan disusun mengikut bab Dihasilkan

Lebih terperinci

Apakah persamaan kedua-dua buah parti yang dinyatakan di atas? 2. Apakah sebabnya orang Melayu tidak dapat menerima ideologi komunis?

Apakah persamaan kedua-dua buah parti yang dinyatakan di atas? 2. Apakah sebabnya orang Melayu tidak dapat menerima ideologi komunis? Tingkatan 3 Sejarah Bab 3 : Ancaman Parti Komunis Malaya dan Darurat Soalan Objektif Pilih jawapan yang paling tepat. 1. Apakah persamaan kedua-dua buah parti yang dinyatakan di atas? A. Mencapai matlamat

Lebih terperinci

GEOGRAFI TING.3 TEMA 2: CUACA DAN IKLIM SERTA PENGARUHNYA

GEOGRAFI TING.3 TEMA 2: CUACA DAN IKLIM SERTA PENGARUHNYA GEOGRAFI TING.3 TEMA 2: CUACA DAN IKLIM SERTA PENGARUHNYA GEOGRAFI TING.3 TEMA 2: CUACA DAN IKLIM SERTA PENGARUHNYA Soalan 1 berdasarkan peta di bawah. 1 Maklumat di atas merujuk kepada corak kehidupan

Lebih terperinci

Tingkatan 4 Bab 1: Pengenalan Kepada Ekonomi

Tingkatan 4 Bab 1: Pengenalan Kepada Ekonomi Tingkatan 4 Bab 1: Pengenalan Kepada Ekonomi Pengertian Ekonomi Maksud Ekonomi Sains sosial yang mengkaji usaha-usaha manusia mengagihkan sumber ekonomi yang terhad untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan

Lebih terperinci

papercollection Soalan 1 hingga soalan 6 berdasarkan peta topo di bawah 1. Apakah RG enam angka bagi masjid Pekan Pantai?

papercollection Soalan 1 hingga soalan 6 berdasarkan peta topo di bawah 1. Apakah RG enam angka bagi masjid Pekan Pantai? Soalan 1 hingga soalan 6 berdasarkan peta topo di bawah 1. pakah RG enam angka bagi masjid Pekan Pantai? 1 . 375441. 381452. 379459. 369473 2. Sungai Ria mengalir ke arah. Timur Laut. arat aya. arat Laut.

Lebih terperinci

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN 1 BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN 1.1 Pengenalan Sejak hampir dua dekad yang lalu, beberapa kajian berkaitan penilaian selepas-dihuni (post-occupancy

Lebih terperinci

B.P.K 6.3 ZON PELANCONGAN REKREASI ANTARABANGSA & KOMERSIAL

B.P.K 6.3 ZON PELANCONGAN REKREASI ANTARABANGSA & KOMERSIAL B.P.K 6.3 ZON PELANCONGAN REKREASI ANTARABANGSA & KOMERSIAL ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1.0 Pengenalan 1 2.0 Latar Belakang 1 3.0 Proses Penyediaan Rancangan Tempatan MPSepang (Pengubahan 1) 2025

Lebih terperinci

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /2

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /2 NO. KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN JABATAN PEDIDIKAN PETALING PERDANA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2016 2280/2 GEOGRAFI Kertas 2 September 2 jam Dua Jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA

Lebih terperinci

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak 39 Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit Melati Hallel melati_hallel@moe.edu.sg Noor Aisyah Buang noor_aisya_buang@moe.edu.sg Sekolah Rendah Si Ling Abstrak Dua isu

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Industri pembinaan merupakan komponen penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara kita seiring degan sektor pertanian, perlombongan, pembuatan dan perkhidmatan. Krisis

Lebih terperinci

Info Ketua Pengarah LPP Ke 10

Info Ketua Pengarah LPP Ke 10 Berita Transformasi Pertanian Info Ketua Pengarah LPP Ke 10 MAKLUMAT PERIBADI Nama Tarikh Lahir : 2 November 1955 Tempat Lahir : Batu Pahat, Johor KELULUSAN : Haji Arpan Shah bin Haji Satu Bachelor Sains

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan 1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Industri hotel adalah berkait rapat dengan industri pelancongan dan perdagangan dalam negeri atau antarabangsa sesebuah negara kerana fungsi utamanya ialah untuk membekalkan

Lebih terperinci

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab SeJaRaH Modul ini mengandungi soalan objektif, struktur dan esei Soalan disusun mengikut bab Dihasilkan daripada analisa soalan SPM 2005 2010 Turut dimuatkan soalan aras KBKK, aplikasi kemahiran dan isu

Lebih terperinci

B.P.K 6.3 ZON PELANCONGAN REKREASI ANTARABANGSA & KOMERSIAL

B.P.K 6.3 ZON PELANCONGAN REKREASI ANTARABANGSA & KOMERSIAL B.P.K 6.3 ZON PELANCONGAN REKREASI ANTARABANGSA & KOMERSIAL ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1.0 Pengenalan 1 2.0 Latar Belakang 1 3.0 Proses Penyediaan Rancangan Tempatan MPSepang (Pengubahan 2)

Lebih terperinci

TAHAP. Cuaca Melampau.

TAHAP. Cuaca Melampau. TAHAP 2 Cuaca Melampau Meneroka Membongkar Orbit Buku Menaakul Sneak Peak! Kandungan Kuasa alam semula jadi...6 Puting beliung...8 Bahana puting beliung...10 Taufan...12 Bahana taufan...14 Kilat...16 Pengejar

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Perancangan Bandar yang berkualiti mampu memantapkan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan terutamanya di dalam zaman pembangunan teknologi yang pesat kini. Kemunculan bandar-bandar

Lebih terperinci

Penyelidikan keatas pengurusan bahan buangan dalam industri pembinaan telah menjuruskan bagaimana amalan kerja-kerja sediada

Penyelidikan keatas pengurusan bahan buangan dalam industri pembinaan telah menjuruskan bagaimana amalan kerja-kerja sediada BAB 1 PENGENALAN Pembangunan industri pembinaan telah menjadi dasar pembangunan utama bagi negara Malaysia kini. Dalam mencapai negara maju, telah wujud berbagai-bagai industri pembinaan di negara Malaysia

Lebih terperinci

BAB I PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

BAB I PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian BAB I PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Kajian Kegagalan cerun merupakan satu fenomena yang sering berlaku di Malaysia. Kegagalan cerun telah meninggalkan kesan yang buruk terhadap keselamatan nyawa, harta

Lebih terperinci

PROSEDUR PENGURUSAN TENAGA POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA

PROSEDUR PENGURUSAN TENAGA POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA PROSEDUR PENGURUSAN TENAGA POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA Laporan prosedur pengurusan tenaga ini disediakan selaras dengan kehendak Jawatankuasa Pengurusan Tenaga Politeknik Merlimau

Lebih terperinci

ANJURAN MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH CAWANGAN PERLIS PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) TAHUN 2011 GEOGRAFI

ANJURAN MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH CAWANGAN PERLIS PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) TAHUN 2011 GEOGRAFI 23/1 Geografi Ogos 2011 1¼ Jam ANJURAN MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH CAWANGAN PERLIS PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) TAHUN 2011 GEOGRAFI Satu jam lima belas minit JANGAN

Lebih terperinci

Tukun tiruan adalah bahan binaan manusia yang berpotensi untuk mengumpul dan meningkatkan pengeluaran ikan yang ditangkap oleh nelayan.

Tukun tiruan adalah bahan binaan manusia yang berpotensi untuk mengumpul dan meningkatkan pengeluaran ikan yang ditangkap oleh nelayan. Disediakan oleh DEPARTMEN PENYELIDIKAN DAN PENGURUSAN SUMBER PERIKANAN MARIN, TAMAN PERIKANAN CHENDERING, 21080 KUALA TERENGGANU Tel: 09-6175940; 6177867; Faks: 09-6175136 e-mail: mfrdmd@mfrdmd.org.my

Lebih terperinci

PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2011 GEOGRAFI 2280/2 PERATURAN PERMARKAHAN K2. 2. a) 1 cm mewakili 0.5 km / 1 cm mewakili 500 meter 1 m

PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2011 GEOGRAFI 2280/2 PERATURAN PERMARKAHAN K2. 2. a) 1 cm mewakili 0.5 km / 1 cm mewakili 500 meter 1 m 1 PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2011 GEOGRAFI 2280/2 PERATURAN PERMARKAHAN K2 1. a) 152º (2m) 151º / 153º () b) Barat Laut 1 m 2. a) 1 cm mewakili 0.5 km / 1 cm mewakili 500 meter 1 m b) 4.4 km (2m) 4.3 km / 4.5

Lebih terperinci

Membekalkan hasil tempatan dan hasil kawasan takluk kepada pedagang antarabangsa.

Membekalkan hasil tempatan dan hasil kawasan takluk kepada pedagang antarabangsa. LATIHAN SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 3 1 I t e m O b j e k t i f M.S.85 1. Mengapakah konsep berikut diamalkan oleh kerajaan awal di Asia Tenggara? Konsep dewa-raja Konsep orde kosmos A Mempelbagaikan istiadat

Lebih terperinci

Bahagian A [40 markah] Jawab semua soalan

Bahagian A [40 markah] Jawab semua soalan 1 Bahagian A [40 markah] Jawab semua soalan Soalan 1 hingga Soalan 5 berdasarkan peta topo siri 2280/2/2009. Kaji peta ini dengan teliti sebelum menjawab soalan berikut. 1. (a) Nyatakan aras ketinggian

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan 1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan FELDA iaitu singkatan kepada Lembaga Kemajuan dan Tanah Persekutuan dimana ia ditubuhkan melalui Akta Pembangunan Tanah 1956 telah dipertanggungjwab untuk memajukan tanah-tanah

Lebih terperinci

1 018/2. [1 markah] (b) Rajah 1.1 menunjukkan sejenis tumbuhan. Rajah 1.1 Bagaimanakah tumbuhan ini memencarkan biji benihnya?

1 018/2. [1 markah] (b) Rajah 1.1 menunjukkan sejenis tumbuhan. Rajah 1.1 Bagaimanakah tumbuhan ini memencarkan biji benihnya? 1 018/2 1 Tumbuh-tumbuhan memencarkan biji benih atau buahnya untuk mengekalkan kemandirian spesiesnya. (a) Nyatakan satu cara bagaimana tumbuhan memencarkan biji benihnya. (b) Rajah 1.1 menunjukkan sejenis

Lebih terperinci

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /1 GEOGRAFI

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /1 GEOGRAFI JTN PENKN NEGER SELNGOR PROGRM PENNGKTN PRESTS KEMK SJL PELJRN MLYS 2016 2280/1 GEOGRF Kertas 1 Ogos/Sept 1¼ jam Satu jam lima belas minit JNGN UK KERTS SOLN N SEHNGG ERTHU 1. Kertas soalan ini mengandungi

Lebih terperinci

BAB VI HASIL ANALISIS DAN PERBINCANGAN

BAB VI HASIL ANALISIS DAN PERBINCANGAN BAB VI HASIL ANALISIS DAN PERBINCANGAN 6.1 PENGENALAN Aktiviti penternakan udang harimau di pesisir Bagan Tengkorak telah bermula sejak pertengahan 1980an. Kegiatan penternakan udang harimau telah memberi

Lebih terperinci

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SCIENCE TINGKATAN 3

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SCIENCE TINGKATAN 3 PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SCIENCE TINGKATAN 3 MATLAMAT KURIKULUM SCIENCE Matlamat kurikulum Science untuk sekolah menengah adalah bertujuan untuk membekalkan murid dengan pengetahuan dan

Lebih terperinci

SEKOLAH MENENGAH SAUJANA IMPIAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2003 GEOGRAFI TINGKATAN SATU 1 JAM 15 MINIT

SEKOLAH MENENGAH SAUJANA IMPIAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2003 GEOGRAFI TINGKATAN SATU 1 JAM 15 MINIT SEKOLH MENENGH SUJN IMPIN PEPERIKSN PERTENGHN THUN 2003 GEOGRFI TINGKTN STU 1 JM 15 MINIT 1. Kertas soalan ini mengandungi 60 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat cadangan

Lebih terperinci

Kejuruteraan alam sekitar edisi kedua. Kandungan: Pendahuluan. Bab 1 Kejuruteraan Alam Sekitar. Kejuruteraan Awam. Kesihatan Awam. Ekologi.

Kejuruteraan alam sekitar edisi kedua. Kandungan: Pendahuluan. Bab 1 Kejuruteraan Alam Sekitar. Kejuruteraan Awam. Kesihatan Awam. Ekologi. Kejuruteraan alam sekitar edisi kedua Kandungan: Pendahuluan Bab 1 Kejuruteraan Alam Sekitar Kejuruteraan Awam Kesihatan Awam Ekologi Etika Kejuruteraan Alam Sekitar sebagai Kerjaya Bab 2 Analisis Risiko

Lebih terperinci

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PASUKAN PEMANTAU PENCEMARAN (3P) JABATAN ALAM SEKITAR MALAYSIA JANUARI 2014

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PASUKAN PEMANTAU PENCEMARAN (3P) JABATAN ALAM SEKITAR MALAYSIA JANUARI 2014 PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PASUKAN PEMANTAU PENCEMARAN (3P) JABATAN ALAM SEKITAR MALAYSIA JANUARI 2014 KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 OBJEKTIF 1 2 LATAR BELAKANG 1 3 PASUKAN PEMANTAU PENCEMARAN (3P)

Lebih terperinci

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4 RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4 MINGGU TEMA / TOPIK OBJEKTIF UNSUR PATRIOTISME CATATAN 1 1. RUMAH SEBAGAI 1.1 Perkembangan Corak Petempatan Manusia a. Sejarah awal petempatan i. Persekitaran

Lebih terperinci

SEKSYEN 8 PENGUKURAN, ANALISIS DAN PENAMBAHBAIKAN

SEKSYEN 8 PENGUKURAN, ANALISIS DAN PENAMBAHBAIKAN SEKSYEN 8 PENGUKURAN, ANALISIS DAN PENAMBAHBAIKAN 8.1 AM PPDSNZ UMT merancang dan melaksanakan proses pemantauan, pengukuran, analisis dan penambahbaikan yang diperlukan untuk: Memastikan perkhidmatan

Lebih terperinci

PN. MASARIAH BINTI MISPARI

PN. MASARIAH BINTI MISPARI 9 : MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA PN. MASARIAH BINTI MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA Analisa SPM 2004 2009 Soalan objektif, struktur dan esei Disusun mengikut bab Aras KBKK, aplikasi kemahiran dan

Lebih terperinci

Arahan : tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi

Arahan : tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi Arahan : tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Soalan 1 hingga Soalan 6 berdasarkan peta di bawah 1 Berapakah selang kontur

Lebih terperinci

Model Pengurusan Strategik

Model Pengurusan Strategik Topik 2 Model Pengurusan Strategik HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membezakan komponen utama bagi pengurusan strategik; 2. Menghuraikan model pengurusan strategik; dan

Lebih terperinci

Minda lestari : pembangunan negara dan pemuliharaan alam sekitar (kulit keras)

Minda lestari : pembangunan negara dan pemuliharaan alam sekitar (kulit keras) Minda lestari : pembangunan negara dan pemuliharaan alam sekitar (kulit keras) Sinopsis: Minda Lestari menyediakan bahan segar bagi tatapan golongan pencinta alam dan mereka yang prihatin terhadap pelestarian

Lebih terperinci