BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang"

Transkripsi

1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Pemantauan struktur pada masa kini berkembang pesat dengan suntikan teknologi sistem navigasi penentududukan global seperti Global Positioning System (GPS). Perkembangan teknologi ini membolehkan keupayaan pemantauan struktur memberikan maklumat yang lebih cepat pada kejituan yang tinggi. Ini termasuklah aplikasi sistem penderia dalam pengutipan dan pemprosesan data berbanding kaedah konvensional. Dalam kajian ini, pembangunan perisian pengutipan data secara masa hakiki dan penggunaan penderia menjadi fokus utama kerana kaedah yang terbaru ini dapat menghasilkan keputusan yang optimum. Peranti yang digunakan untuk mencerap data adalah peranti CRIO (CompactRIO), manakala pembangunan perisian sistem yang digunakan adalah perisian Laboratory Virtual Instrumentation Engineering Workbench (LabVIEW). Melalui penggunaan CRIO, sesuatu arahan yang dikehendaki dapat diprogramkan dan disimpan terus dalam peranti tersebut. Selain itu, peranti ini juga boleh mengawal penderia yang disambung dengannya dan mampu menyimpan data cerapan daripada penderia yang terlibat. Perisian LabVIEW pula berperanan menyedia dan membina program pemantauan struktur yang boleh mengintegrasikan pelbagai penderia yang disambung pada CRIO. Bab ini mengandungi penerangan mengenai kajian, pernyataan masalah, objektif kajian, skop kajian, kepentingan kajian dan diakhiri dengan metodologi kajian.

2 2 Pemantauan struktur kejuruteraan telah bermula sejak kurun ke19 (Samarkova, Chobola, & Stefkova, 2014), sebagai contoh Menara Eiffel di Perancis telah menjadi struktur yang pertama dipantau. Kemudian, pemantauan secara berterusan turut dilakukan terhadap bangunan tinggi di Chicago, Amerika Syarikat (Casciati & Fuggini, 2011). Antara tujuan pemantauan struktur adalah bagi mengenalpasti keupayaan sesebuah struktur untuk bertahan terhadap bencana alam yang berlaku, penambahbaikan dari segi konsep dan cara pemantauan serta memberi maklumat kestabilan struktur yang lebih efisien dan efektif. Oleh sebab itu, keperluan terhadap pemantauan struktur secara berkala dan berterusan untuk jangka masa yang panjang mampu memberi maklumat yang tepat dari segi perubahan serta anjakan struktur tersebut di samping memastikan proses operasi yang lebih mudah dan selamat. Dalam sesebuah operasi pemantauan struktur, secara ringkasnya ia terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu penderia untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki, peranti pengumpul data yang pelbagai dan juga perisian yang mampu melakukan keseluruhan operasi secara visual. Komponen utama dalam pemantauan struktur adalah penderia. Penderia yang digunakan dalam proses pemantauan banyak berubah mengikut peredaran zaman seperti Rajah 1.1. Contohnya, penderia yang digunakan bagi kaedah geodetik dalam kegiatan pemantauan struktur pada masa dahulu adalah teodolit. Kini, antara peralatan moden yang digunakan adalah GPS, total station robotik dan pengimbas laser. Bagi kaedah geoteknik pula, suntikan teknologi kepada alatan yang digunakan tidak sepesat teknik geodetik. Ini kerana nilai pengukuran bagi kaedah geoteknik adalah mutlak berbanding kaedah geodetik yang memberikan nilai pengukuran relatif. Bagi contoh kaedah geoteknik pula, penggunaan penderia adalah seperti accelerometer, extensometer, dan tiltmeter. Nilai pengukuran relatif yang dinyatakan di atas adalah nilai pengukuran bebas yang dicerap pada waktu itu. Bagi pengukuran mutlak pula nilai yang diguna pakai ialah sistem metrik yang ditetapkan.

3 3 PEMANTAUAN STRUKTUR Kaedah Geoteknik Kaedah Geodetik Konvensional Moden Kaedah Gabungan Rajah 1.1: Teknik Geodetik Dan Geoteknik Dalam Pemantauan Struktur Data cerapan daripada penderia yang digunakan dalam sesebuah operasi pemantauan struktur akan disimpan dalam peranti pengumpul data. Peranti pengumpulan data digunakan kerana terdapat sesetengah penderia yang digunakan tidak berkeupayaan untuk mengumpul data yang dicerap. Maka, kajian ini berfokus pada penggunaan peranti mengumpul data iaitu CRIO. Peranti CRIO yang digunakan memberi kelebihan dalam keupayaan menerima data daripada pelbagai penderia. Reka bentuk peranti ini juga adalah mudah alih, kukuh dan tahan lasak di samping menjimatkan kos dan masa. Penggunaan peranti CRIO ini akan membuka satu dimensi baru dalam bidang pemantauan struktur. Dalam bidang pemantauan struktur, komponen ketiga dan terakhir adalah perisian yang mampu menganalisis data yang dicerap daripada penderia yang digunakan. Perisian yang digunakan dalam kajian ini adalah Laboratory Virtual Instrumentation Engineering Workbench (LabVIEW). Perisian LabVIEW telah diperkenalkan oleh

4 4 National Instruments (NI), untuk komputer keluaran Macintosh pada tahun Konsep perisian LabVIEW ini adalah berbentuk virtual dan grafik. Perisian LabVIEW dapat digunakan dalam pengukuran, kawalan serta paparan data eksperimen (Venkatesh & Mathivanan, 2013). Kebanyakkan jurutera dan ahli sains di seluruh dunia telah menggunakan kemudahan daripada perisian ini untuk merekabentuk sistem pemantauan pada kos yang lebih efektif, sistem pengawalan dan sistem ujian yang lebih efisien. Keistimewaan perisian LabVIEW ini ialah ia mewujudkan persekitaran pembangunan grafik serta mampu membuat program pengantaramuka dengan alat-alat ukuran yang lain. Dalam kajian ini, satu program pemantuan struktur menggunakan penderia GPS dan accelerometer dibangunkan. Kelebihan program ini adalah mampu menyimpan data dan memaparkan data secara masa hakiki. Menurut National Instruments, cabaran yang dihadapi oleh jurutera adalah untuk membangunkan sistem pemantauan kepada keperluan untuk rangka kerja perisian bersepadu. Rangka kerja ini akan mengurangkan permasalahan dan kerumitan dalam pengintegrasian pelbagai alat pengukuran ke dalam satu sistem tunggal. Kerumitan terjadi kerana setiap penderia yang digunakan memerlukan program tersendiri untuk memproses data. Perkara ini dapat dilakukan dengan menggunakan program yang dibina untuk memproses data cerapan. Keadaan ini boleh dicapai menerusi pembinaan, penyelenggaraan dan pengubahsuaian sistem peranti bagi penyelesaian pemantauan yang lebih jitu pada kos yang efektif. Dalam kajian ini, penderia GPS dan accelerometer diintegrasikan melalui peranti CRIO yang disambung dengan program pemantauan struktur yang dibina membolehkan data dipaparkan secara masa hakiki dan disimpan dalam komputer.

5 5 1.2 Pernyataan Masalah Dalam kajian ini, terdapat tiga perkara utama yang diberi perhatian iaitu pembangunan program, kebolehan setiap penderia yang ingin digabungkan serta peranti CRIO yang diguna pakai. Seperti yang diterangkan dalam pendahuluan bab ini, kebolehan dan kekangan bagi setiap penderia yang diguna pakai dalam mencerap data yang tertentu adalah berbeza antara satu sama lain. Dalam keadaan ini, pengutipan data secara relatif dan mutlak menjadi satu halangan utama dalam penggunaan penderia yang dipilih. Perbezaan ini timbul kerana data accelerometer perlu dikeluarkan secara pengkamiran arus dan gelombang sinus dari data. Hasil dari pengkamiran ini, halaju cahaya akan diukur dalam unit Hz. Untuk mengeluarkan data daripada accelerometer, satu kaedah matematik secara pembezaan kedua perlu dilakukan kepada data kasar untuk membolehkan data yang diterima dapat diguna pakai oleh pengguna. Bagi GPS pula, data tersebut akan menggunakan datum geosentrik. Datum geosentrik adalah pusat bumi. Kaedah GPS menggunakan jarak minimum 3 kedudukan satelit di angkasa untuk memberi kedudukan di muka bumi dari pusat bumi. Data yang diperolehi adalah dalam bentuk jarak. Bagi membolehkan kedudukan secara linear di atas muka bumi, data akan ditukar kepada sistem koordinat kartesian di atas muka bumi. Dari segi kadar persampelan data yang dicerap, accelerometer lebih efisien berbanding GPS. Ini kerana accelerometer mampu mencerap data dengan lebih pantas. Perbezaan kekangan penderia juga menjadi satu kelemahan dalam proses cerapan yang dilakukan. Pembangunan satu sistem program yang mampu menggabungkan kedua-dua data melibatkan pelbagai proses yang rumit. Perbezaan jenis data yang dicerap diolah dengan perkiraan matematik dan parameter tertentu. Program yang dibina hendaklah dapat membaca data yang dicerap dan memaparkan secara masa hakiki. Mencerap dan memaparkan data adalah dua perkara yang berbeza kerana memerlukan bahasa program yang berbeza setelah menerima data yang dicerap melalui peranti CRIO. Data yang

6 6 disimpan adalah dalam bentuk perpuluhan manakala paparan pada program membolehkan kita melihat secara masa hakiki. Program pemantauan struktur yang dibina mempunyai dua pecahan berbeza bagi GPS dan accelerometer. Proses ini akan memperlihatkan tujuan kajian iaitu dua penderia yang berbeza mampu dijalankan secara serentak dan kebolehan program memaparkan data secara masa hakiki. Kerangka konseptual untuk kajian ini boleh dilihat pada Rajah 1.2. Membaca Menyimpan Memapar GPS X, Y, Z Pangkalan data CRIO LabVIEW Output Accelerometer attribut Grafik Rajah 1.2 : Kerangka konseptual kajian Peranti CRIO digunakan untuk menggabung penderia GPS dan accelerometer secara serentak. Ini kerana peranti CRIO boleh membaca jenis data yang diterima dari kedua-dua penderia tersebut. 1.3 Matlamat dan Objektif Kajian Matlamat utama kajian ini adalah membangunkan program yang boleh membaca, menyimpan dan memaparkan data daripada dua penderia yang berbeza. Data yang dicerap melibatkan penggunaan penderia accelerometer dan GPS untuk tujuan pemantauan struktur. Sehubungan itu, objektif kajian ini adalah:

7 7 Mengkaji kajian-kajian yang telah dilakukan untuk melaksanakan kajian ini. Membina program menggunakan perisian LabVIEW dan peranti CRIO bagi tujuan perantaramuka untuk GPS serta accelerometer. Mengkaji keberkesanan penggunaan peranti CRIO terhadap dua penderia yang berbeza. 1.4 Skop Kajian Bagi mencapai tujuan dan objektif kajian ini, terdapat beberapa skop utama yang dirancang dan dilakukan. Skop kajian ini terbahagi kepada tiga pecahan utama iaitu membangunkan program untuk pemantuan struktur yang melibatkan penderia accelerometer dan GPS. Seterusnya, pemilihan peranti CRIO dalam menggabungkan penderia yang dipilih. Akhir sekali, ujian lapangan bagi memastikan program yang dibina berjaya Pembangunan program Proses untuk membangunkan program pemantauan struktur adalah menggunakan perisian LabVIEW. Perisian ini dipilih kerana keupayaannya untuk memaparkan data yang dicerap. Berbeza dengan perisian yang lain, perisian ini menggunakan kod grafik. Kaedah kod grafik adalah kaedah penulisan bahasa program dengan menggunakan ikon atau gambar yang mempunyai tujuan tersendiri. Kebolehan perisian ini juga membolehkan program yang dibina mampu memaparkan data secara masa hakiki. Selain itu juga, program yang dibina hendaklah mempunyai pecahan kepada penggunaan penderia yang dipilih iaitu accelerometer dan GPS. Pada pecahan ini, graf akan dipaparkan semasa cerapan dilakukan. Ini selaras dengan tujuan objektif kajian.

8 Peranti CRIO Penggunaan peranti CRIO dalam kajian ini adalah untuk menggabungkan data cerapan dari penderia yang digunakan iaitu GPS dan accelerometer. Tujuan gabungan ini membolehkan pemantauan struktur menggunakan dua penderia berbeza pada satu masa. Kedua-dua penderia ini menggunakan program dan kabel penghantar data tersendiri. Dengan menggunakan peranti CRIO, kedua- dua data tersebut dapat diterima secara serentak pada masa yang sama. Apabila data-data ini diterima secara serentak, analisis secara mendalam dari segi gegaran dan pergerakan dapat dilakukan supaya data kajian yang lebih tepat diperolehi Pengujian program di lapangan Untuk memastikan program yang dibina berfungsi, satu simulasi kerja lapangan dilakukan. Peranti CRIO yang disambung pada penderia GPS dan accelerometer disediakan di lapangan. Data yang diperoleh akan dihantar kepada program yang dibina. 1.5 Kepentingan Kajian Kepentingan kajian ini dapat dilihat daripada aspek penghasilan satu program yang dapat memaparkan data secara masa hakiki. Ini juga memenuhi matlamat kajian iaitu membina program dan mengintegrasikan data dari penderia yang berbeza untuk pemantauan struktur dalam masa hakiki. Teknik gabungan GPS dan accelerometer telah ada digunakan dalam kajian lain. Tetapi dalam kajian ini, data dipaparkan secara masa hakiki. Oleh itu kajian ini lebih menumpukan pada aspek paparan data secara masa hakiki menggunakan program yang dibangunkan melalui perisian LabVIEW. adalah: Di samping memaparkan data secara masa hakiki, kepentingan kajian ini juga

9 9 1) Program yang dibina mampu menyimpan data yang dicerap di dalam peranti CRIO dan komputer. 2) Penggunaan alatan sampingan seperti komputer dapat dioptimumkan dengan penggunaan peranti CRIO. Peranti ini digunakan untuk menggabungkan penderia GPS dan accelerometer. 3) Program ini adalah mesra pengguna kerana mempunyai paparan data dan ikon untuk menyimpan data cerapan. Tambahan, sistem atur program ini juga ringkas dan mudah dikendali serta difahami oleh pengguna. 4) Program yang dibina ini mampu memaparkan data yang dicerap daripada penderia GPS dan accelerometer secara serentak. Pengguna tidak perlu membuka perisian yang berbeza untuk melihat data cerapan dari pelbagai penderia. 1.6 Metodologi Kajian Metodologi bagi kajian ini secara asasnya bermula dengan proses pemahaman tentang kajian, seterusnya proses mengumpul dan menganalisis data kajian dan akhirnya mengeluarkan maklumat berkenaan pemantauan sesebuah struktur. Rajah 1.3 adalah ringkasan metodologi kajian yang dijalankan.

10 10 Permulaan Kajian Literatur PERINGKAT 1 Integrasi Kaedah GPS Peranti CRIO Accelerometer Pembangunan Program Perisian LabVIEW PERINGKAT 2 Ujian simulasi struktur jambatan PERINGKAT 3 Hasil dan Analisis PERINGKAT 4 Tamat Rajah 1.3: Metodologi Kajian Peringkat pertama: Pada peringkat ini, pemahaman tentang kajian secara mendalam dilakukan dengan mengkaji kajian lalu dan terkini mengenai pemantauan struktur yang telah dijalankan oleh pihak lain. Buku yang berkaitan pemantauan dan jurnal yang telah ditulis dijadikan panduan. Peringkat kedua: Pada peringkat ini, proses pembangunan program menggunakan perisian LabVIEW dijalankan. Proses ini melibatkan kod-kod bahasa program yang diperlukan dalam membolehkan data dari penderia GPS dan accelerometer dipaparkan

11 11 secara masa hakiki. Proses integrasi antara penderia GPS dan accelerometer dengan peranti CRIO dijalankan. Tujuan penggunaan peranti CRIO ini adalah membolehkan kemasukan data dari dua penderia secara serentak. Peringkat ketiga: Pada peringkat ini, satu ujikaji dan simulasi dijalankan di lapangan. Ini bertujuan untuk melihat kebolehan dan keupayaan program dan peranti CRIO di lapangan sebenar. Peringkat keempat: Setelah program ini dapat memaparkan data secara masa hakiki dan menyimpan data yang dicerap. 1.7 KandunganTesis Tesis ini terbahagi kepada 5 bab dan rumusan ringkas bagi setiap bab adalah seperti berikut. Bab 1 membincangkan mengenai tujuan dan pernyataan masalah kajian. Skop kajian dan sumbangan kajian seperti integrasi penderia untuk tujuan pemantauan struktur turut dibincangkan. Bab 2 menghuraikan tentang kajian-kajian lalu yang telah dijalankan berkaitan pemantauan struktur menggunakan penderia GPS, accelerometer bersama peranti CRIO serta perisian LabVIEW. Keperluan kegiatan pemantauan struktur turut disentuh dalam bab ini. Fokus utama dalam bab ini adalah mengenai penggunaan penderia GPS dan accelerometer secara bersama dalam menjalankan kegiatan pemantauan struktur yang telah dijalankan dalam kajian lalu. Bab 3 pula membincangkan mengenai langkah pembangunan program menggunakan perisian LabVIEW. Program yang dibangunkan di dalam perisian LabVIEW adalah secara grafik yang dapat menerima data daripada penderia yang berbeza pada masa yang sama. Bab ini juga membincangkan mengenai penderia yang digunakan serta peranti CRIO.

12 12 Bab 4 membincangkan simulasi kajian yang dijalankan di lapangan untuk memenuhi objektif kajian. Langkah kerja dan hasil dapatan dibincangkan secara terperinci. Pada hujung bab ini, keberkesanan program dinyatakan berserta data cerapan yang diperolehi. Bab 5 menerangkan kesimpulan yang diperolehi sepanjang kajian ini dijalankan berdasarkan dapatan yang dibincangkan dalam Bab 4. Bab ini juga menerangkan kekangan yang dihadapi sepanjang kajian dijalankan berserta cadangan penambahbaikan untuk kajian lanjutan.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Ukur tanah secara umumnya didefinisikan sebagai satu seni dan sains pengukuran untuk menentukan kedudukan relatif sesuatu objek di atas permukaan bumi serta mempersembahkannya

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Fotogrametri ditakrifkan sebagai satu kajian ilmu sains, seni atau teknik pengukuran yang dibuat ke atas imej fotograf (udara atau bumi) yang diambil dengan menggunakan

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Industri pembinaan merupakan salah satu cabang kejuruteraan yang mengalami perkembangan yang pesat. Walaupun masih wujud jurang yang ketara jika dibandingkan dengan industri

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN KAJIAN

BAB 1 PENGENALAN KAJIAN BAB 1 PENGENALAN KAJIAN 1.1 Pengenalan Maklumat ketinggian bagi sesuatu titik di permukaan bumi diperlukan semenjak kewujudan manusia. Pengetahuan mengenai ketinggian menjadi maklumat penting dalam peradaban

Lebih terperinci

Kajian Kesan Garis Dasar Di Dalam Penentududukan Dengan Kaedah RTK-GPS Sr Lee Kong Fah Jabatan Kejuruteraan Awam, PKS

Kajian Kesan Garis Dasar Di Dalam Penentududukan Dengan Kaedah RTK-GPS Sr Lee Kong Fah Jabatan Kejuruteraan Awam, PKS Kajian Kesan Garis Dasar Di Dalam Penentududukan Dengan Kaedah RTK-GPS Sr Lee Kong Fah kflee@poliku.edu.my Jabatan Kejuruteraan Awam, PKS Abstrak Masakini, teknologi satelit Global Positioning System (GPS)

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Sebagai salah sebuah negara pesisir pantai, ekonomi Malaysia banyak disumbang oleh aktiviti yang berkisar pada kawasan pesisir pantai seperti perikanan, pelancongan dan

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN KAJIAN

BAB 1 PENGENALAN KAJIAN BAB 1 PENGENALAN KAJIAN 1.1 Pendahuluan Di negara-negara barat seperti Jerman, Rusia, Amerika, dan Perancis, kerjakerja pengukuran ke atas muka manusia telah lama dilakukan bagi tujuan penyelidikan dan

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Laut merupakan 71 peratus daripada keseluruhan permukaan bumi. Fenomena ini sangat penting untuk di fikirkan supaya laut dapat memberi manfaat kepada manusia di permukaan

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Di antara keistimewaan Sistem Maklumat Geografi (GIS) ialah kemampuannya untuk melakukan analisis spatial terhadap entiti seperti poligon, garisan dan juga titik (polygon/line/point

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Industri pembinaan hari ini terdedah kepada cabaran dari dalam dan luar industri yang membawa kepada keperluan pengurusan dan pengawalan risiko pembinaan. Salah satu kaedah

Lebih terperinci

EzzyKan: Aplikasi Pengiklanan Sepusat Untuk Warga UTM

EzzyKan: Aplikasi Pengiklanan Sepusat Untuk Warga UTM 1 EzzyKan: Aplikasi Pengiklanan Sepusat Untuk Warga UTM 1 Abdul Afiq Asyrani Bin Abdul Halim, 2 Mohd Aizaini Maarof 1,2 Fakulti Komputeran, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), 81310, Johor Bharu, Johor,

Lebih terperinci

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN Topik 9 Kawalan HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan terma kawalan dan tujuan utamanya; 2. Melihat langkah-langkah yang terlibat dalam proses kawalan; 3. Menghuraikan

Lebih terperinci

1.1 Latar Belakang Penyelidikan

1.1 Latar Belakang Penyelidikan 1 BAB 1 PENGENALAN Hospital adalah sebuah institusi penjagaan kesihatan yang menyediakan perkhidmatan dan rawatan kepada pesakit. Kaki tangan khusus, peralatan dan sistem pengurusan rawatan pesakit adalah

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Paparan visual merupakan salah satu aspek penting dalam bidang grafik komputer dan animasi maya. Pelbagai kajian telah dilaksanakan oleh ramai penyelidik dalam usaha untuk

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Struktur keluli seperti jambatan terdiri daripada gelegar dan geladak yang direkabentuk secara optimum dengan harapan dibuat secara penuh menggunakan ciri-ciri mekanikalnya.

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Perancangan Bandar yang berkualiti mampu memantapkan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan terutamanya di dalam zaman pembangunan teknologi yang pesat kini. Kemunculan bandar-bandar

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Isu kualiti telah hangat diperbincangkan ekoran daripada beberapa kejadian kegagalan dan keruntuhan beberapa bangunan yang berlaku seperti tragedi Highland Tower yang telah

Lebih terperinci

BAB 12 AUTOMASI DALAM UKUR HIGROGRAFI

BAB 12 AUTOMASI DALAM UKUR HIGROGRAFI Pengenalan BAB 12 AUTOMASI DALAM UKUR HIGROGRAFI Pengukuran hidografi secara automasi kebanyakkannya digunakan oleh syarikat-syarikat carigali minyak dan syarikat-syarikat swasta ukur luar pesisir. Komputer

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Senario pengurusan maklumat di Malaysia telah mengalami perubahan yang positif khususnya dari segi teknologi dan kemajuan komputer. Perkembangan ini telah mencetuskan suatu

Lebih terperinci

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan : Satu Pengenalan

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan : Satu Pengenalan Teknologi Multimedia dalam Pendidikan : Satu Pengenalan Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir Jabatan Multimedia Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia PENGENALAN Terdapat lima elemen

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Sistem Penilaian Kenaikan Pangkat Pensyarah Secara Sistematik Berasaskan Sistem Bantuan Keputusan (SBK) Berkumpulan dibangunkan berdasarkan proses penilaian kenaikan pangkat

Lebih terperinci

Asas Multimedia dan Aplikasinya dalam P&P

Asas Multimedia dan Aplikasinya dalam P&P Asas Multimedia dan Aplikasinya dalam P&P Jamalludin Harun Centre for Teaching & Learning Universiti Teknologi Malaysia Zaidatun Tasir Jabatan Multimedia Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Industri pembinaan merupakan komponen penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara kita seiring degan sektor pertanian, perlombongan, pembuatan dan perkhidmatan. Krisis

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Bab ini akan menerangkan secara menyeluruh mengenai kajian yang dijalankan dalam membangunkan Model Kepuasan Pelanggan Untuk Laman Web E-Runcit. Melihat kepada kepesatan

Lebih terperinci

Model Pengurusan Strategik

Model Pengurusan Strategik Topik 2 Model Pengurusan Strategik HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membezakan komponen utama bagi pengurusan strategik; 2. Menghuraikan model pengurusan strategik; dan

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pengurusan kualiti memainkan peranan penting dalam organisasi perkhidmatam awam. Ia akan dapat memastikan organisasi berkenaan sentiasa relevan dengan keperluan semasa

Lebih terperinci

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN 1.1 Pengenalan Industri pembinaan adalah merupakan salah satu bidang yang sangat mencabar. Berbanding dengan industri lain, industri pembinaan terdedah

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Proses perbandaran yang semakin pesat dalam pelbagai sektor utama seperti ekonomi, politik, teknologi dan sosial mengubah kepada corak kehidupan manusia seharian. Selain

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Perindustrian merupakan salah satu sektor penting dalam pembangunan harta tanah di Malaysia pada masa kini. Satu sistem perancangan yang baik untuk sektor perindustrian

Lebih terperinci

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan BAB I PENGENALAN 1.1 Pengenalan Sesebuah organisasi memerlukan satu sistem yang khusus bagi memudah dan mempercepatkan proses kerja dalam usaha meningkatkan kecekapan dan produktiviti organisasi mereka.

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan BAB I PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Ledakan maklumat dewasa ini amat pantas berlaku di mana-mana tempat di serata dunia. Bidang teknologi komunikasi dan komputer sedang berkembang dengan pesat. Penggunaan

Lebih terperinci

BAB 1: Persekitaran Pembangunan Sistem

BAB 1: Persekitaran Pembangunan Sistem BAB 1: Persekitaran Pembangunan Sistem Situasi Pembangunan Sistem : Definisi, Jenis-jenis Sistem, Peralatan. Teknik: Berstruktur dan Berorientasikan Objek. Fasa Kitar Hayat Pembangunan Sistem. Kumpulan

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan 1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan FELDA iaitu singkatan kepada Lembaga Kemajuan dan Tanah Persekutuan dimana ia ditubuhkan melalui Akta Pembangunan Tanah 1956 telah dipertanggungjwab untuk memajukan tanah-tanah

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN Latar belakang kajian

BAB 1 PENGENALAN Latar belakang kajian BAB 1 PENGENALAN 1.1. Latar belakang kajian Dalam usaha Malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, industri pembinaan menurut Sistem Binaan Terbuka (OBS) adalah merupakan satu syarat asas yang

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan 1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sering dikaitkan dengan era penggunaan digital dalam aktiviti manusia untuk memudahkan komunikasi ataupun menjalankan tugas masing-masing.

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan 1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pencapaian negara pada hari ini telah membawa banyak perubahan kepada corak pembangunan negara. Kesan ini turut dirasai terutamanya dalam industri pembinaan di mana pelbagai

Lebih terperinci

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan Teknologi Multimedia dalam Pendidikan ------------------------------------------------- Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, video dan animasi. Selain

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Tingkap adalah salah satu elemen pembukaan pada bangunan yang memberikan sumber pencahayaan siang. Ia juga berfungsi bagi memenuhi kepentingan dan keperluan cahaya siang

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran MATEMATIK 2001 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran MATEMATIK 2001 PUSAT

Lebih terperinci

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT 1.0 Latarbelakang Kajian Tempat kerja dan pekerja merupakan dua entiti yang saling berkait rapat di antara satu sama lain. Perkaitan ini wujud kerana pekerja

Lebih terperinci

Asas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan

Asas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan Asas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan ------------------------------------------------- Apabila kita memperkatakan mengenai reka bentuk dalam proses pembangunan aplikasi atau perisian multimedia

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Kini, serangan siber menjadi semakin rumit. Laporan tahunan daripada Computer Emergency Response Team (CERT) menerangkan pertambahan bilangan insiden keselamatan komputer

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN KEPADA KAJIAN

BAB 1 PENGENALAN KEPADA KAJIAN 15 BAB 1 PENGENALAN KEPADA KAJIAN 1.0 Pengenalan Manusia dan rumah tidak dapat dipisahkan kerana rumah merupakan tempat manusia berlindung dan berteduh dari segala bahaya dan ancaman. Rumah merupakan keperluan

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan 1 BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Sektor perumahan merupakan salah satu sektor yang utama di dalam program pembangunan negara ini yang bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti hidup penduduk, sekaligus

Lebih terperinci

BAB I PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang.

BAB I PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang. BAB I PENGENALAN 1.1 Latar Belakang. Dalam operasi sistem kuasa elektrik, kestabilan frekuensi dan voltan adalah merupakan perkara yang amat penting, ianya merupakan salah satu parameter yang menggambarkan

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Penggunaan teknologi turapan blok konkrit saling mengunci (ICBP) telah berkembang dan matang dengan pesatnya dalam tempoh 25 tahun ini. Walaupun turapan konkrit mempunyai

Lebih terperinci

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan Berdasarkan hasil kajian yang telah dianalisis, pengkaji telah membincangkan secara terperinci mengenai data-data yang diperolehi. Dalam bab lima ini pula,

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan XML secara pantas telah menjadi satu piawaian bagi perwakilan dan pertukaran data. Ia menyediakan satu format yang diterima bagi mempersembahkan kedua-dua struktur dan kandungan

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan 1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Seringkali kedengaran berita tentang tanah-tanah milik persendirian diambil oleh kerajaan di mana sejumlah pampasan akan diberikan kepada tuan tanah untuk menggantikan

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan 1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Industri hotel adalah berkait rapat dengan industri pelancongan dan perdagangan dalam negeri atau antarabangsa sesebuah negara kerana fungsi utamanya ialah untuk membekalkan

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Latar Belakang

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Latar Belakang BAB I PENDAHULUAN 1.1 Latar Belakang Kebiasaannya arkitek merekabentuk litupan bangunan. Hasil rekabentuk ini kemudian dihantarkan kepada jurutera penyaman udara (HVAC). Para jurutera ini kemudian melaksanakan

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Bahagian III Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Pindaan 2001 (Akta A1129) telah memperuntukkan keperluan kepada penyediaan sistem rancangan pemajuan sebagai

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Industri pembinaan merupakan industri yang amat penting dalam menggerakkan pembangunan di Malaysia dan seterusnya menjana perkembangan ekonomi di negara ini. Industri ini

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Masalah projek perumahan terbengkalai merupakan salah satu masalah perumahan yang masih wujud sehingga kini. Ia merupakan projek perumahan di mana kerja pembinaan atau

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan memainkan peranan penting dalam menentukan kemajuan sesebuah negara. Dewasa ini perkembangan sistem pendidikan di Malaysia semakin mencabar dan seiring dengan

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan 16 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Dalam bidang pembangunan hartanah terdapat beberapa siri aktiviti yang menjuruskan kepada pembentukkan struktur atau bangunan yang mana fungsinya untuk meningkatkan taraf

Lebih terperinci

TAJUK PROJEK: PENGAWAL LOGIK YANG BOLEH DIPROGRAM BAGI INDUSTRI AUTOMASI

TAJUK PROJEK: PENGAWAL LOGIK YANG BOLEH DIPROGRAM BAGI INDUSTRI AUTOMASI TAJUK PROJEK: PENGAWAL LOGIK YANG BOLEH DIPROGRAM BAGI INDUSTRI AUTOMASI KOD PROJEK: I-EDU/8(UTM-11) IPTA: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA KETUA PROJEK: ENCIK MUHAMMAD ARIF BIN ABDUL RAHIM AKADEMIA: ENCIK

Lebih terperinci

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN 1 BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN 1.1 Pengenalan Sejak hampir dua dekad yang lalu, beberapa kajian berkaitan penilaian selepas-dihuni (post-occupancy

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, proses urbanisasi yang pesat telah berlaku terutamanya di bandar-bandar besar, semakin banyak bangunan yang didirikan

Lebih terperinci

Asas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan

Asas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan Asas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan Jamalludin Harun Centre for Teaching & Learning Universiti Teknologi Malaysia Zaidatun Tasir Jabatan Multimedia Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti

Lebih terperinci

MODUL UMUM 2: PENDEKATAN PROSES DALAM PENGURUSAN

MODUL UMUM 2: PENDEKATAN PROSES DALAM PENGURUSAN MODUL UMUM 2: PENDEKATAN PROSES DALAM PENGURUSAN Pendahuluan Modul ini merupakan asas kepada kerja buat setiap individu dalam organisasi yang ingin memastikan hasil kerja yang dilakukannya berimpak besar.

Lebih terperinci

SISTEM PENILAIAN AKTIVITI PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN CD

SISTEM PENILAIAN AKTIVITI PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN CD SISTEM PENILAIAN AKTIVITI PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN CD FERNANDER JONATHAN FAKULTI KOMPUTERAN DAN INFORMATIK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2015 ABSTRAK ABSTRAK Pihak kolej kediaman sentiasa mendapat permohonan

Lebih terperinci

Kata kunci: Pemerum Gema Alur Tunggal, CARIS HIPS & SIPS V5.2 & Batimetri

Kata kunci: Pemerum Gema Alur Tunggal, CARIS HIPS & SIPS V5.2 & Batimetri Pemprosesan Data Pemerum Gema Alur Tunggal Menggunakan Perisian CARIS HIPS & SIPS (Versi 5.2) Stuart Otto Anak Wilson Munan stuart780901@gmail.com Jabatan Kejuruteraan Awam, PKS Abstrak Di Malaysia, perubahan

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Setiap kapal yang berlayar masuk atau keluar ke pelabuhan akan menggunakan laluan tertentu yang lazimnya disediakan oleh pihak pengurusan pelabuhan. Laluan tersebut

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN APLIKASI/LAMAN WEB UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN APLIKASI/LAMAN WEB UNIVERSITI SAINS MALAYSIA GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN APLIKASI/LAMAN WEB UNIVERSITI SAINS PUSAT PENGETAHUAN TEKNOLOGI DAN KOMUNIKASI (2017) ISI KANDUNGAN 1 PENDAHULUAN... 3 1.1 PENGENALAN... 3 1.2 SKOP... 3 1.3

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Kajian terhadap sesebuah pemampat yang juga dikenali sebagai mesin pemampatan sesuatu medium gas adalah tidak mudah. Ini kerana terdapat pelbagai jenis pemampat dipasaran

Lebih terperinci

10.1 PERANCANGAN DAN KITAR KAWALAN

10.1 PERANCANGAN DAN KITAR KAWALAN PENGURUSAN PROJEK 10.0 PENGENALAN Unit ini akan membincangkan secara lebih terperinci mengenai elemen-elemen pengurusan projek yang berikut :- 1. Perancangan dan kitar kawalan dalam pengurusan projek 2.

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi khasnya dalam bidang pengiklanan berasaskan Internet pada hari ini banyak menyumbang kepada kemajuan dalam perniagaan. Fungsi

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pembangunan komuniti berpagar merupakan tren pembangunan semasa yang mempunyai permintaan yang tinggi dalam pasaran hartanah. Konsep ini menjadi popular kerana ia menyediakan

Lebih terperinci

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN 6.0 Pengenalan Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian lanjutan dan kesimpulan. Ringkasan kajian berfokus tentang konsep penerapan

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB 1 PENGENALAN PROJEK 1 BAB 1 PENGENALAN PROJEK 1.1 Pengenalan Projek Pada masa kini, terdapat banyak aplikasi yang telah bertukar kepada sistem atas talian. Ini seiring dengan perkembangan kehidupan manusia pada masa kini

Lebih terperinci

TAJUK PROJEK: PENINGKATAN KUALITI KUIH TRADISIONAL SEJUK BEKU UNTUK OPERASI KATERING DI WARISAN BAIDURI SDN. BHD.

TAJUK PROJEK: PENINGKATAN KUALITI KUIH TRADISIONAL SEJUK BEKU UNTUK OPERASI KATERING DI WARISAN BAIDURI SDN. BHD. TAJUK PROJEK: PENINGKATAN KUALITI KUIH TRADISIONAL SEJUK BEKU UNTUK OPERASI KATERING DI WARISAN BAIDURI SDN. BHD. KOD PROJEK: I-ECO/24 (UPM-11) IPTA: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KETUA PROJEK: PROFESOR MADYA

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan 1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Hakmilik strata menurut kuatkuasa Akta Hakmilik Strata (AHS) 1985 (Akta 318) adalah manifestasi pecah bahagi bangunan berbilang tingkat kepada petak-petak strata dalam

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Perkembangan teknologi yang semakin pesat memainkan peranan penting kepada keupayaan sesebuah negara untuk diuruskan dengan cemerlang. Pengangkutan juga terlibat sama

Lebih terperinci

Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK

Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK Kementerian Pelajaran Malaysia Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia 1 Buku Sukatan Pelajaran Matematik, Kurikulum

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Pembangunan Sistem Maklumat Pengurusan berdasarkan kajian keberkesanan servis Sistem Maklumat dengan menggunakan Unit Penguatkuasa, Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) sebagai

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi pada hari ini telah banyak menyumbang kemajuan dalam bidang perniagaan. Hampir semua jenis perniagaan pada hari ini banyak

Lebih terperinci

Secara khususnya, kepentingan keperluan komunikasi itu dapat kita senarai seperti berikut :

Secara khususnya, kepentingan keperluan komunikasi itu dapat kita senarai seperti berikut : E3007 FUNGSI PENGURUSAN 4.0 PENGENALAN merupakan perkara yang amat penting bagi sesebuah organisasi. Tanpa satu sistem komunikasi yang berkesan, akan menyebabkan proses perancangan sesebuah organisasi

Lebih terperinci

Pendahuluan Kandungan Sukatan Pelajaran

Pendahuluan Kandungan Sukatan Pelajaran Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Produksi Multimedia Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2002 Pendahuluan Mata pelajaran Produksi Multimedia ialah

Lebih terperinci

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN GARIS PANDUAN PENILAIAN ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN 1.0 TUJUAN Garis panduan ini bertujuan untuk membantu Pusat Tanggungjawab (PTJ)/ Individu membuat permohonan untuk menyertai Anugerah Inovasi Perkhidmatan

Lebih terperinci

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan BAB V KESIMPULAN 5.1 PENDAHULUAN Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan mengemukakan suatu rumusan ringkas mengenai hasil kajian, implikasi, memberi cadangan, limitasi

Lebih terperinci

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat Prosiding Kongres Pengajaran & Pembelajaran UKM2012 Kongres Pengajaran & Pembelajaran UKM2012 15 18 Disember 2012 http://www.ukm.my/kongres Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti

Lebih terperinci

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 PENDAHULUAN Bab ini akan membincangkan proses yang perlu diselaraskan dan langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data mentah untuk kajian ini. Langkah-langkah

Lebih terperinci

PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU

PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU A. PANDUAN PERMOHONAN PENERBITAN BUKU Penerbit Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ditubuhkan dengan matlamat menjadi sebuah penerbit universiti yang terpandang

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Wawasan 2020 yang diumumkan pada tahun 1991 telah menyarankan agar Malaysia dapat mencapai taraf negara maju yang berasaskan perindustrian menjelang abad ke-21 dan hasrat

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Perkembangan dalam bidang komputer pada masa kini telah memberi banyak faedah kepada semua bidang termasuk bidang pentadbiran tanah. Hari ini, kita telah melihat kebanyakan

Lebih terperinci

Bab 11. JARINGAN KAWALAN UKUR KADASTER (Sumber Rujukan : Pekeliling KPUP 5/2002)

Bab 11. JARINGAN KAWALAN UKUR KADASTER (Sumber Rujukan : Pekeliling KPUP 5/2002) J Bab 11 JARINGAN KAWALAN UKUR KADASTER (Sumber Rujukan : Pekeliling KPUP 5/2002) aringan kawalan adalah sangat penting kepada kerja-kerja ukur, khasnya kerja ukur kadaster. Ini terbukti apabila di antara

Lebih terperinci

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1 Topik 9 Perancangan Kewangan HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan kepentingan belanjawan tunai dan pro forma penyata pendapatan dalam pengurusan kewangan; dan

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Projek

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Projek BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Projek Industri pelancongan, terutamanya yang melibatkan sistem penerbangan, telah menunjukkan keberkesanannya dalam membawa penumpang dan bagasi. Walau bagaimanapun, para

Lebih terperinci

SISTEM PENDAFTARAN CITRA

SISTEM PENDAFTARAN CITRA SISTEM PENDAFTARAN CITRA NIK NOR ATHIRAH BINTI NIK YUSOF UMI ASMA MOKHTAR Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Sistem Pendaftaran Citra merupakan proses yang akan

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian 1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Kajian Kampus merupakan suatu persekitaran yang menempatkan ribuan pelajar untuk menjalankan aktiviti akademik. Di samping pelajar, sebuah kampus turut menempatkan

Lebih terperinci

CoLMIS: Sistem Maklumat Pengurusan Kepimpinan Kolej

CoLMIS: Sistem Maklumat Pengurusan Kepimpinan Kolej CoLMIS: Sistem Maklumat Pengurusan Kepimpinan Kolej Zuraini Ali Shah 1, Syarifah Zyurina Nordin 2 dan Norhanim Abdul Samat 3 Kolej 9, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor Darul Takzim 1 zuraini@fsksm.utm.my,

Lebih terperinci

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik Teknologi pengajaran ialah teori dan praktis reka bentuk, pembangunan, penggunaan, pengurusan dan penilaian proses pelbagai sumber pembelajaran

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Kajian dijalankan untuk mengenalpasti adanya hubungkait di antara kemalangan dalam industri dengan ciri-ciri pekerja dan amalan keselamatan yang perlu dipatuhi di kalangan

Lebih terperinci

Pendahuluan Matlamat dan Objektif

Pendahuluan Matlamat dan Objektif Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Produksi Multimedia Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2002 Pendahuluan Mata pelajaran Produksi Multimedia ialah antara

Lebih terperinci

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak 19 Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif Zulkifli Khamis zulkifli_b_khamis@moe.edu.sg Noor Aisyah Ahmad Sharif noor_aisyah_ahmad_sharif@moe.edu.sg Sekolah

Lebih terperinci

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Huraian tentang latar belakang / konteks hendaklah memberikan maklumat berkaitan senario kajian Ciri-ciri sekolah iaitu latar belakang

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan 17 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Sejarah perkembangan penyeliaan di Malaysia bermula hasil Laporan Pelajaran Tinggi di Malaya (1939), Laporan Bornes (1951) dan Laporan Razak (1956) yang menyarankan

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Profesion perguruan adalah antara profesion yang tertua di dunia. Dalam tempoh itu, perubahan demi perubahan telah berlaku dalam pelbagai aspek seperti penambahbaikan dalam

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Projek

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Projek BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Projek Terdapat pelbagai definisi kualiti yang diutarakan oleh guru-guru kualiti dalam disiplin ilmu kualiti. Akan tetapi secara umumnya, kualiti boleh dirujuk sebagai sebagai

Lebih terperinci