BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan"

Transkripsi

1 BAB I PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Ledakan maklumat dewasa ini amat pantas berlaku di mana-mana tempat di serata dunia. Bidang teknologi komunikasi dan komputer sedang berkembang dengan pesat. Penggunaan komputer di rumah bukan lagi satu perkara yang luar biasa. Kini hampir semua orang tahu menggunakannya dan turut mampu memiliki sebuah set yang lengkap di setiap rumah. Negara kita juga peka terhadap era yang mencabar ini. Contohnya dengan mengadakan skim pembelian komputer melalui pengeluaran wang KWSP. Menurut Baharuddin dan Maizah Hura, (1995) di dalam Baharuddin et.al, (2000) pelajar di era baru sentiasa didedahkan kepada teknologi yang serba canggih. Memandangkan mereka sering didedahkan kepada teknologi komunikasi dan komputer di persekitaran mereka, pelajar lebih cenderung menggunakan alat dan terkini dalam proses pembelajaran mereka. Salah satu aplikasi perdana Koridor Raya Multimedia (MSC) yang hebat diperkatakan ialah projek Sekolah Bestari. Projek Sekolah Bestari ini bertanggungjawab untuk menyediakan generasi baru yang mampu mengharungi cabaran dunia baru teknologi maklumat. Kemunculan Sekolah Bestari ini telah menyebabkan berlakunya perubahan dalam pendekatan guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di mana guru perlu bersedia untuk menukar corak pengajaran tradisional kepada pengajaran berasaskan teknologi moden dan canggih. Justeru itu, penggunaan

2 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) dan multimedia dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah dan institusi pendidikan yang lain menjadi semakin giat. Semenjak tiga puluh tahun yang lalu, banyak pengkaji seperti Howell, (1971), Hess dan Tenezakis, (1973), Hannafin,(1984), Noraffandy, (1999) telah membuktikan bahawa pengajaran berbantukan komputer yang dirancang dengan teliti mampu mempertingkatkan pengetahuan dan merubah sikap pelajar. Sebagai contoh bahan interaktif multimedia memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran. Pepataah cina berbunyi Saya dengar dan saya lupa, saya lihat dan saya teringat, saya buat dan saya memahami menekankan bahawa pengalaman melalui satu jenis deria sahaja tidak mencukupi untuk mencapai pemahaman dalam pembelajaran. Oleh itu, bagi memastikan langkah kerajaan berjaya, berbagai program yang telah dijalankan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Antaranya dengan menyediakan makmal komputer di setiap sekolah, mengadakan latihan perkomputeran kepada guru di maktab dan institusi lain di seluruh Malaysia, menjadikan subjek pengajian komputer sebagai subjek elektif bagi tingkatan 4 dan 5 serta berbagai-bagai program lagi. 1.1 Latarbelakang Masalah Kemunculan Sekolah Bestari menjadi pemangkin kepada perubahan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi guru dan pelajar di sekolah. Guru dan pelajar perlu menguasai kemahiran menggunakan komputer bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Guru dan pelajar perlu arif tentang kesesuaian penggunaan PBK untuk mempelajari matapelajaran atau menguasai kemahiran tertentu. Penggunaan pembelajaran interaktif ini menjadi faktor untuk mendorong bagi menarik minat serta memotivasikan pelajar. Penggunaan PBK yang mempunyai gabungan grafik, animasi,

3 audio dan video dapat memberangsangkan dan tidak menjemukan pelajar. Selain itu, pelajar dapat memperolehi maklumbalas yang serta-merta apabila melakukan sesuatu. Contohnya semasa melakukan kesilapan di dalam ruangan latihan yang disediakan. Menurut Okey (1979), antara sebab-sebab utama pelajar hilang minat terhadap pembelajaran adalah kerana bahan pembelajaran tidak menepati objektif pengajaran, organisasi isi kandungan yang tidak bersistematik, persekitaran pembelajaran yang kurang memuaskan serta pendekatan dan pembelajaran yang statik. Kelebihan lain yang terdapat pada PBK ialah pelajar boleh berpeluang untuk belajar pada bila-bila masa dan berulang-ulang kali di samping dapat mengawal kecepatan dan kelambatan proses pembelajaran mengikut kebolehan masing-masing. PBK biasanya mempunyai unsur-unsur video dan audio yang memerlukan penggunaan deria pendengaran di samping menggunakan deria penglihatan. Mengikut kajian, penggunaan deria yang lebih dari satu boleh memastikan bahawa sesuatu pembelajaran itu mudah diingati dan tidak menjemukan. Dalam pendidikan sains khasnya, pelajar menghadapi pelbagai-bagai halangan seperti konsep yang terlalu abstrak, fenomena yang kurang berkaitan dengan kehidupan seharian, fenomena mikroskopik dan skop pelajaran yang terlalu umum. Keadaan ini semakin menyulitkan kerana tahap pemahaman pelajar serta kerangka alternatif yang berbeza-beza. Maka inisiatif guru ialah membawa alat bantu mengajar ke kelas agar menarik minat pelajar, memberi pengalaman baru, mengekalkan tumpuan pelajar serta mengubah kerangka alternatif dengan kerangka yang saintifik. Anjakan paradigma dalam bidang negara yang menjurus kepada pengunaan kelengkapan perkakasan dan perisian komputer serta pencapaian maklumat tanpa sempadan telah membawa suatu perubahan yang besar kepada kehidupan para pelajar dan guru.

4 1.2 Pernyataan Masalah Sistem pendidikan di negara kita telah berkembang pesat dengan penggunaan komputer sebagai alat bantuan mengajar menggantikan sistem tradisional yang banyak berpusat kepada guru. Walaubagaimanapun bagi merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menjadikan semua sekolah di negara ini sebagai Sekolah Bestari menjelang tahun 2010, maka segala masalah yang berkaitan dengan sistem pendidikan terutamanya dalam pembelajaran berbantukan komputer perlulah diatasi dengan sebaik mungkin. Hasil kajian Rio Sumarni Sharifuddin (1996), menunjukkan bahawa kebolehdapatan perisian dalam sekolah adalah rendah. Jika adapun, perisian yang ada adalah dari jenis produk komersial yang tidak serasi dengan kurikulum sekolah di negara ini. Maka langkah yang wajar harus diambil tindakan segera adalah dengan penghasilah lebih banyak perisian multimedia untuk kegunaan pendidikan khasnya. Melalui pembinaan perisian ini diharapkan segala masalah-masalah yang berkaitan dapat diatasi. Seringkali masalah yang dihadapi dalam sistem pembelajaran adalah seperti berikut: i. Pelajar tidak berpeluang untuk belajar mengikut kehendak dan kebolehan masingmasing, tetapi terpaksa belajar mengikut kaedah pengajaran guru. Akibatnya pelajar akan mudah merasa bosan dan malas untuk belajar di samping menyebabkan penglibatan pelajar yang kurang di dalam pengajaran guru. ii. Kesukaran pelajar untuk mengingat sebahagian fakta di dalam pembelajaran. iii. Kesukaran guru menerangkan bahagian isi pelajaran yang sukar diterangkan atau difahami melalui teks sahaja. iv. Kebolehan pelajar yang berbeza di dalam kelas menghalang tercapainya objektif pengajaran.

5 1.3 Objektif Objektif Kajian Objektif utama rekabentuk perisian ini adalah untuk membina satu perisian aplikasi pembelajaran berbantukan komputer multimedia bagi suatu subtajuk kecil Sains KBSR tahun empat iaitu Tabiat Pemakanan Haiwan di dalam tajuk Pengkelasan Haiwan untuk bidang Menyiasat Alam Kehidupan Objektif Perisian Perisian ini dibangunkan dengan tujuan agar pelajar dapat mencapai objektif pelajaran yang dirancang iaitu: i. Pelajar dapat mengkelaskan haiwan mengikut tabiat pemakanan mereka. ii. Pelajar dapat mengenalpasti jenis-jenis makanan bagi tiap-tiap jenis tabiat pemakanan haiwan. iii. Pelajar dapat mengenalpasti ciri-ciri haiwan mengikut tabiat pemakanan masing-masing. 1.4 Rasional Projek Memandangkan penggunaan komputer dalam pendidikan terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak mendatangkan kesan yang lebih positif berbanding dengan kaedah tradisional (iaitu tanpa penggunaan komputer), ia dianggap satu keperluan. Keperluan ini disokong oleh keboleh dapatan perisian pendidikan bermutu tinggi serta berciri kurikulum kebangsaan.

6 Tabiat pemakanan haiwan sebenarnya ialah merupakan tabiat bagi pemakanan haiwan mengikut kumpulan masing-masing dengan jenis makanan yang dimakan dan cara mereka mendapatkan makanan. Ia merupakan satu fenomena semulajadi dan merupakan kemestian bagi tiap-tiap organisma untuk mendapatkan makanan. Agak sukar untuk guru menerangkan kepada pelajar tanpa memaparkan visual dalam keadaan sebenar kepada para pelajar bagaimana haiwan-haiwan ini mendapatkan makanan kerana ia tidak menarik minat mereka untuk mendalami tajuk ini kerana memandangkan tajuk ini memerlukan pembacaan semata-mata. Selain itu dengan adanya perisian PBK ini akan dapat menanam minat terhadap sains diperingkat awal lagi kerana di dalam perisian ini diselitkan dengan aktiviti menarik untuk pengguna seperti permainan dan fakta sampingan untuk tambahan pengetahuan pelajar. Oleh itu pembinaan PBK multimedia sains ini di samping dapat memperbanyakkan bilangan perisian pendidikan tempatan dalam versi Bahasa Malaysia ia juga dapat mendekatkan dan memfokuskan lagi tumpuan pelajar pada haiwan dan tabiat pemakanannya bagi memenuhi objektif pelajaran. Pelajar dapat mengetahui ciri haiwan mengikut tabiat pemakanan mereka di samping dapat mengetahui jenis makanan mengikut kumpulan mereka. 1.5 Rasional Pemilihan Tajuk Pembinaan perisian ini adalah untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan pemahaman pelajar dalam pengkelasan haiwan mengikut tabiat dan jenis pemakanan mereka. Ini kerana kebanyakan pelajar sukar membezakan jenis pemakanan mengikut haiwan kerana kurangnya penerangan dan pengetahuan mereka tentang jenis makanan haiwan itu.

7 Walaupun terdapat penerangan tentang tabiat pemakanan haiwan di dalam buku teks, namun ia belum cukup menarik minat tanpa dipersembahkan dengan visual-visual yang menarik, video dan grafik haiwan sebenar disamping dengan tambahan ruangan pengetahuan tentang fakta tambahan tentang haiwan dapat menarik pelajar untuk mendalami tajuk ini dan seterusnya meminati subjek sains diperingkat awal lagi. Perisian yang dibina ini diharap dapat membantu memudahkan pengajaran guru dan pemahaman pelajar di dalam bab ini.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Perkembangan komputer di negara kita telah melalui satu gerakan reformasi dan pembaharuan yang canggih bersesuaian dengan perkembangan infrastukturnya. Perkembangan penggunaan

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan memainkan peranan penting dalam menentukan kemajuan sesebuah negara. Dewasa ini perkembangan sistem pendidikan di Malaysia semakin mencabar dan seiring dengan

Lebih terperinci

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik Teknologi pengajaran ialah teori dan praktis reka bentuk, pembangunan, penggunaan, pengurusan dan penilaian proses pelbagai sumber pembelajaran

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Merealisasikan matlamat utama dalam sesuatu sistem pendidikan adalah dengan memperkembangkan dan mempertingkatkan pemahaman pelajar terutama dalam konsep asas. Ini memungkinkan

Lebih terperinci

Asas Multimedia dan Aplikasinya dalam P&P

Asas Multimedia dan Aplikasinya dalam P&P Asas Multimedia dan Aplikasinya dalam P&P Jamalludin Harun Centre for Teaching & Learning Universiti Teknologi Malaysia Zaidatun Tasir Jabatan Multimedia Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi

Lebih terperinci

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian BAB SATU PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian iaitu, latar belakang kajian, pernyataan masalah, objektif kajian, soalan kajian, kepentingan

Lebih terperinci

Katakunci : laman web, garis dan satah, tiga matra, teori konstruktivisme lima fase Needham

Katakunci : laman web, garis dan satah, tiga matra, teori konstruktivisme lima fase Needham Pembangunan Laman Web Tingkatan Empat Bagi Tajuk Garis Dan Satah Dalam Tiga Matra Berasaskan Teori Konstruktivisme Lima Fasa Needham Abdul Razak Idris & Norashikin Mhd Yatim Fakulti Pendidikan, Universiti

Lebih terperinci

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan Berdasarkan hasil kajian yang telah dianalisis, pengkaji telah membincangkan secara terperinci mengenai data-data yang diperolehi. Dalam bab lima ini pula,

Lebih terperinci

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT Umumnya sumber pengajaran di bahagikan kepada 2 komponen iaitu : Sumber manusia Sumber bukan manusia Tahukah anda negara kita mempunyai pelbagai dasar bagi menjamin

Lebih terperinci

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN 6.0 Pengenalan Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian lanjutan dan kesimpulan. Ringkasan kajian berfokus tentang konsep penerapan

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan 1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sering dikaitkan dengan era penggunaan digital dalam aktiviti manusia untuk memudahkan komunikasi ataupun menjalankan tugas masing-masing.

Lebih terperinci

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan BAB V KESIMPULAN 5.1 PENDAHULUAN Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan mengemukakan suatu rumusan ringkas mengenai hasil kajian, implikasi, memberi cadangan, limitasi

Lebih terperinci

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI 10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI Dapatan kajian ini telah menunjukkan teknik ENIS dapat membantu murid menguasai kemahiran sifir 2-5. Selepas penyelidikan tindakan ini, murid melahirkan perasaan yakin dan seronok

Lebih terperinci

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan BAB I PENGENALAN 1.1 Pengenalan Sesebuah organisasi memerlukan satu sistem yang khusus bagi memudah dan mempercepatkan proses kerja dalam usaha meningkatkan kecekapan dan produktiviti organisasi mereka.

Lebih terperinci

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN 6.1 Pendahuluan. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang kajian yang telah dijalankan. Penulis juga akan menyimpulkan beberapa faktor-faktor

Lebih terperinci

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini. BAB 5 KESIMPULAN 5.0 Pendahuluan Bab ini merupakan bab yang terakhir dalam kajian ini. Dalam bab ini, pengkaji merumuskan secara ringkas segala perbincangan dan dapatan kajian yang telah dilakukan dalam

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran MATEMATIK 2001 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran MATEMATIK 2001 PUSAT

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan 1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan di Malaysia telah mengalami gelombang reformasi yang begitu pesat sesuai dengan tuntutan era teknologi maklumat. Anjakan paradigma dan pengubahsuaian pada

Lebih terperinci

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan : Satu Pengenalan

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan : Satu Pengenalan Teknologi Multimedia dalam Pendidikan : Satu Pengenalan Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir Jabatan Multimedia Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia PENGENALAN Terdapat lima elemen

Lebih terperinci

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT. Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT. 2. Pelaksanaan Mata Pelajaran Malaysia Negaraku Tahap I Di Sekolah Rendah.

Lebih terperinci

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian Penggunaan Sistem Trek Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan Lima F (Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua) Md.Arman @Jamaludin Ag.Damit Abstrak Kajian ini dijalankan

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Proses perbandaran yang semakin pesat dalam pelbagai sektor utama seperti ekonomi, politik, teknologi dan sosial mengubah kepada corak kehidupan manusia seharian. Selain

Lebih terperinci

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SCIENCE TINGKATAN 2

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SCIENCE TINGKATAN 2 PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SCIENCE TINGKATAN 2 MATLAMAT KURIKULUM SCIENCE Matlamat kurikulum Science untuk sekolah menengah adalah bertujuan untuk membekalkan murid dengan pengetahuan dan

Lebih terperinci

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SCIENCE TINGKATAN 1

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SCIENCE TINGKATAN 1 PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SCIENCE TINGKATAN 1 MATLAMAT KURIKULUM SCIENCE Matlamat kurikulum Science untuk sekolah menengah adalah bertujuan untuk membekalkan murid dengan pengetahuan dan

Lebih terperinci

Pendahuluan Matlamat dan Objektif

Pendahuluan Matlamat dan Objektif Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Produksi Multimedia Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2002 Pendahuluan Mata pelajaran Produksi Multimedia ialah antara

Lebih terperinci

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3. Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3. Kandungan 1 Kajian Tindakan : Meningkatkan Penguasaan Pelajar Dalam

Lebih terperinci

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical BAB 4 ANALISIS DATA 4.0 Pengenalan Bab ini melaporkan dapatan kajian berdasarkan keputusan ujian dan tindak balas yang diberikan oleh responden-responden terhadap soal selidik yang dijalankan. Kajian ini

Lebih terperinci

Teknologi Pengajaran (2 jam)

Teknologi Pengajaran (2 jam) TAJUK 1 Teknologi Pengajaran (2 jam) Tajuk ini mengandungi konsep teknologi, konsep pengajaran, konsep teknologi pengajaran, peranan teori pembelajaran, mengenalpasti domain teknologi pengajaran, dan menjelaskan

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB 1 PENGENALAN PROJEK BAB 1 PENGENALAN PROJEK Organisasi menjadi lebih effisien dan berdaya saing apabila dapat menggunakan memori terkumpul dalam bentuk data, maklumat, dan pengetahuan terhadap masalah yang harus ditangani.

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB 1 PENGENALAN PROJEK BAB 1 PENGENALAN PROJEK 1.1 Pengenalan Pada zaman era globalisasi yang menuju ke arah pemodenan teknologi, komunikasi, dan rangkaian pengkomputeran, negara kita telah melalui suatu titik penting dalam

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pengurusan kualiti memainkan peranan penting dalam organisasi perkhidmatam awam. Ia akan dapat memastikan organisasi berkenaan sentiasa relevan dengan keperluan semasa

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. Teknologi khususnya yang berkaitan dengan penggunaan komputer adalah

BAB 1 PENGENALAN. Teknologi khususnya yang berkaitan dengan penggunaan komputer adalah BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Mutakhir, sistem pendidikan Negara kita sedang mengalami perubahan yang pesat seiring dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi. Tidak dinafikan bahawa perkembangan

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Masalah projek perumahan terbengkalai merupakan salah satu masalah perumahan yang masih wujud sehingga kini. Ia merupakan projek perumahan di mana kerja pembinaan atau

Lebih terperinci

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP 5.0 Pendahuluan Bab ini akan membincangkan dan merumuskan hasil kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik dan akan menjawab persoalan-persoalan kajian yang

Lebih terperinci

Model Pengurusan Strategik

Model Pengurusan Strategik Topik 2 Model Pengurusan Strategik HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membezakan komponen utama bagi pengurusan strategik; 2. Menghuraikan model pengurusan strategik; dan

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Wawasan 2020 yang diumumkan pada tahun 1991 telah menyarankan agar Malaysia dapat mencapai taraf negara maju yang berasaskan perindustrian menjelang abad ke-21 dan hasrat

Lebih terperinci

BAB ENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB ENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP BAB ENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP 6.0 PENGENALAN Bab ini akan merumuskan hasil analisis semua data yang terkumpul untuk menjawab persoalan kajian. Seterusnya bab ini juga akan mengemukakan cadangan

Lebih terperinci

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan Bab ini akan membincangkan dan merumuskan hasil dapatan kajian yang telah dijalankan bagi menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah ditetapkan

Lebih terperinci

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab Soalan 1 Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab Pendidikan merupakan aktiviti dalam kehidupan yang amat memberi kesan kepada individu serta masyarakat. Terkandung dalam pendidikan adalah proses

Lebih terperinci

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat. Berdasarkan dari dapatan kedua-dua bahagian di atas, jelas menunjukkan bahawa secara keseluruhannya pelajar tidak mampu menterjemah perkataan Arab berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

Lebih terperinci

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia Membantah Cadangan Untuk Menambah Masa Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC Dan SJKT dan Membantah Cadangan Untuk Memperkenalkan Mata Pelajaran Malaysia Negaraku

Lebih terperinci

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan Teknologi Multimedia dalam Pendidikan ------------------------------------------------- Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, video dan animasi. Selain

Lebih terperinci

REFLEKSI ERLLEY LILLEY

REFLEKSI ERLLEY LILLEY REFLEKSI ERLLEY LILLEY Pertama sekali, saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana tugasan yang diberikan kepada saya dapat disiapkan. Terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu DR. Tey

Lebih terperinci

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 3 DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 3

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 3 DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 3 PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID DUNIA DAN TEKNOLOGI TAHUN 3 MATLAMAT KURIKULUM DUNIA DAN TEKNOLOGI Matlamat Kurikulum Dunia Sains dan Teknologi Sekolah Rendah ini ialah untuk menanam minat dan

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB 1 PENGENALAN PROJEK BAB 1 PENGENALAN PROJEK 1.1 Pengenalan Pengurusan kokurikulum yang baik dan cekap amat diharapkan oleh setiap pentadbir di pelbagai peringkat tidak kira di sekolah, daerah mahupun di peringkat kebangsaan.

Lebih terperinci

Yahya Bin Buntat & Noor Al Mahdin Bin Mohamad Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Yahya Bin Buntat & Noor Al Mahdin Bin Mohamad Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Keberkesanan Penggunaan Alat Bantu Mengajar Berbantukan Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Subjek Kemahiran Hidup (KH) Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah, Alor Star, Kedah. Yahya Bin Buntat

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan 1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Perkembangan dunia yang menuju kepada pengaplikasian secara menyeluruh bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) semakin menampakkan impak yang besar dalam kehidupan

Lebih terperinci

Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK

Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK Kementerian Pelajaran Malaysia Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia 1 Buku Sukatan Pelajaran Matematik, Kurikulum

Lebih terperinci

KEMAHIRAN MAKLUMAT 1. PENGENALAN

KEMAHIRAN MAKLUMAT 1. PENGENALAN KEMAHIRAN MAKLUMAT 1. PENGENALAN Zaman 80-an dan 90-an telah dikenali sebagai zaman maklumat kerana tumpuan terhadap kepentingan maklumat dalam kehidupan akan terus meningkat dan dirasai oleh generasi

Lebih terperinci

Penyelia Buku log 20. Supervision 10 Pemeriksa Dalaman Pembentangan 30 Laporan 10 JUMLAH

Penyelia Buku log 20. Supervision 10 Pemeriksa Dalaman Pembentangan 30 Laporan 10 JUMLAH PEMARKAHAN PROJEK TAHUN AKHIR PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA Penyelia Buku log 0 Laporan 0 60 Supervision 0 Pemeriksa Dalaman Pembentangan 0 Laporan 0 0 JUMLAH 00 00 PENILAIAN LAPORAN PENYELIA (0%) No Aspek

Lebih terperinci

KANDUNGAN HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN

KANDUNGAN HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Profesion perguruan adalah antara profesion yang tertua di dunia. Dalam tempoh itu, perubahan demi perubahan telah berlaku dalam pelbagai aspek seperti penambahbaikan dalam

Lebih terperinci

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Negara kita kini telah mengalami banyak perubahan. Hal ini, dalam usaha ke arah mencapai sebuah negara maju seperti yang telah termaktub dalam Wawasan 2020. Bagi mencapai status

Lebih terperinci

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pengenalan Penyebutan Huruf al-qur an al-karim dalam kalangan saudara baru adalah merupakan satu kajian yang unggul. Hasil daripada kajian yang dijalankan menunjukkan

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Paparan visual merupakan salah satu aspek penting dalam bidang grafik komputer dan animasi maya. Pelbagai kajian telah dilaksanakan oleh ramai penyelidik dalam usaha untuk

Lebih terperinci

BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bab ini menerangkan ringkasan kajian secara menyeluruh. Ianya merangkumi tujuan

BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bab ini menerangkan ringkasan kajian secara menyeluruh. Ianya merangkumi tujuan BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN 7.0 PENDAHULUAN Bab ini menerangkan ringkasan kajian secara menyeluruh. Ianya merangkumi tujuan kajian, rekabentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian dan pendekatan

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan 1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Seringkali kedengaran berita tentang tanah-tanah milik persendirian diambil oleh kerajaan di mana sejumlah pampasan akan diberikan kepada tuan tanah untuk menggantikan

Lebih terperinci

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis TAJUK 5 PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES 5.1. Sinopsis Bab ini menjelaskan proses penyelidikan tindakan yang meliputi empat peringkat. disebabkan penyelidikan tindakan adalah satu proses berputar (cyclic)

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Sistem Penilaian Kenaikan Pangkat Pensyarah Secara Sistematik Berasaskan Sistem Bantuan Keputusan (SBK) Berkumpulan dibangunkan berdasarkan proses penilaian kenaikan pangkat

Lebih terperinci

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pendahuluan Setelah menjalankan kajian secara menyeluruh terhadap teknik dan kaedah muhawarah di Sekolah Kebangsaan Sungai Kapar Indah, Sekolah Kebangsaan Meru dan Sekolah

Lebih terperinci

UPAYA PENGEMBANGAN PENDIDIKAN MELALUI PEMBELAJARAN BERBASIS MULTIMEDIA

UPAYA PENGEMBANGAN PENDIDIKAN MELALUI PEMBELAJARAN BERBASIS MULTIMEDIA UPAYA PENGEMBANGAN PENDIDIKAN MELALUI PEMBELAJARAN BERBASIS MULTIMEDIA Oleh : SISWO SAROSO, SPd Sistem pendidikan dewasa ini telah mengalami kemajuan yang sangat pesat. Berbagai cara telah dikenalkan serta

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1. Pengenalan Perkembangan teknologi maklumat seiring dengan pertumbuhan pesat industri kandungan digital atau kreatif membantu dalam meningkatkan ekonomi dan memanfaatkan tenaga kerja

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Industri pembinaan hari ini terdedah kepada cabaran dari dalam dan luar industri yang membawa kepada keperluan pengurusan dan pengawalan risiko pembinaan. Salah satu kaedah

Lebih terperinci

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar Rumusan Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar normal yang lain. Secara keseluruhannya pemaparan

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan 1 BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Menurut Ramlah dan Mahani (2002), konstruktivisme bukanlah suatu konsep baru. Ia berasal daripada falsafah dan telah diaplikasikan dalam bidang sosiologi, antropologi

Lebih terperinci

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB I PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Dunia kini telah mengiktiraf Malaysia sebagai salah satu negara membangun yang maju di rantau Asia Tenggara. Pengiktirafan seperti ini merupakan satu tilik tolak untuk

Lebih terperinci

PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN DOA MENGGUNAKAN PENDEKATAN BERCERITA

PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN DOA MENGGUNAKAN PENDEKATAN BERCERITA PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN DOA MENGGUNAKAN PENDEKATAN BERCERITA Siti Fatimah A Wahab ABSTRAK Perisian Multimedia Pembelajaran Doa menggunakan Pendekatan Bercerita merupakan satu perisian berunsurkan

Lebih terperinci

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN Topik 9 Kawalan HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan terma kawalan dan tujuan utamanya; 2. Melihat langkah-langkah yang terlibat dalam proses kawalan; 3. Menghuraikan

Lebih terperinci

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN 5.0 PENDAHULUAN Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil dapatan kajian yang diperoleh daripada analisis statistik deskriptif dan inferensi

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi pada hari ini telah banyak menyumbang kemajuan dalam bidang perniagaan. Hampir semua jenis perniagaan pada hari ini banyak

Lebih terperinci

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH Guru biasa turut memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi serta kejayaan murid. Meskipun guru biasa tidak mempunyai

Lebih terperinci

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT 1.0 Latarbelakang Kajian Tempat kerja dan pekerja merupakan dua entiti yang saling berkait rapat di antara satu sama lain. Perkaitan ini wujud kerana pekerja

Lebih terperinci

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru Kesinambungan PPPM : Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah (2013-2025) ke Pengajian Tinggi (2015-2025) Guru Abad Ke-21

Lebih terperinci

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19 BAB I PENGENALAN 1.0 Pendahuluan. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19 dengan terdirinya pengajian di pondok-pondok dan kemudian berkembang ke Sekolah Agama Rakyat

Lebih terperinci

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN 5.1 Pengenalan Hasil daripada kajian strategi membaca teks bahasa Arab dalam kalangan pelajar ini, pengkaji akan mengemukakan cadangan dan saranan dalam dua bentuk yang berbeza,

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat. BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Bidang penterjemahan merupakan salah satu cabang dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Penterjemahan adalah satu kemahiran seni yang membantu mengembangkan pengetahuan

Lebih terperinci

NUR FARA AYUNI BINTI ABDUL RAFFAR PISMP AMBILAN JANUARI 2012 RBT 1

NUR FARA AYUNI BINTI ABDUL RAFFAR PISMP AMBILAN JANUARI 2012 RBT 1 REFLEKSI Alhamdulillah, saya berjaya juga menyiapkan tugasan projek Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran EDU3105 tepat pada masanya. Saya juga berasa bersyukur kerana mampu menyiapkan hampir 85%

Lebih terperinci

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001 TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah

Lebih terperinci

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN 1 BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN 1.1 Pengenalan Sejak hampir dua dekad yang lalu, beberapa kajian berkaitan penilaian selepas-dihuni (post-occupancy

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Bahagian III Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Pindaan 2001 (Akta A1129) telah memperuntukkan keperluan kepada penyediaan sistem rancangan pemajuan sebagai

Lebih terperinci

SENARAI KANDUNGAN BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS HALAMAN JUDUL PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI RAJAH 1 PENGENALAN 1

SENARAI KANDUNGAN BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS HALAMAN JUDUL PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI RAJAH 1 PENGENALAN 1 vi SENARAI KANDUNGAN BAB TAJUK MUKA SURAT BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI KANDUNGAN SENARAI RAJAH i ii iii iv v vi

Lebih terperinci

Integrasi Teknologi dalam Pendidikan

Integrasi Teknologi dalam Pendidikan Integrasi Teknologi dalam Pendidikan Memahami Integrasi Teknologi Apakah yang dimaksudkan dengan teknologi merentas kurikulum? Apakah yang dimaksudkan dengan integrasi teknologi dalam sekolah dan bilik

Lebih terperinci

HHHC 9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK

HHHC 9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK HHHC 9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK NAMA NURUL AMALINA BINTI AHMAD NO MATRIK A146240 TAJUK PROGRAM/ PROJEK BENGKEL ADOBE ILLUSTRATOR( BASIC) TEMPAT MAKMAL

Lebih terperinci

KONSEP PENGAJARAN. Thomas F. Green : The Activitis Of Teaching (1971)

KONSEP PENGAJARAN. Thomas F. Green : The Activitis Of Teaching (1971) PENGAJARAN KONSEP PENGAJARAN Aktiviti / proses yg dirancang / dikelola / disampaikan / dibimbing / dinilai dgn tujuan penyebaran ilmu pengetahuan / kemahiran secara berkesan. Thomas F. Green : The Activitis

Lebih terperinci

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden 5.1 Pengenalan Dalam Bab ini dapatan kajian berdasarkan penganalisisan data dalam bab 4 akan dibincangkan.dengan itu jawapan kepada soalan-soalan akan dikemukakan dalam bab ini. Pengkaji juga telah mengemukakan

Lebih terperinci

Asas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan

Asas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan Asas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan ------------------------------------------------- Apabila kita memperkatakan mengenai reka bentuk dalam proses pembangunan aplikasi atau perisian multimedia

Lebih terperinci

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh MODEL PENGAJARAN Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh Model Ekspositori Model Pemprosesan maklumat Model Inkuiri Model Projek. Model Ekspositori Istilah ekspositori diperoleh daripada konsep penjelasan, yang bermakna

Lebih terperinci

Kelebihan Internet dalam P&P ::.

Kelebihan Internet dalam P&P ::. Kelebihan Internet dalam P&P ::. Era teknologi maklumat, World Wide Web (WWW) telah menjadikan internet lebih mesra pengguna di mana ia dapat mengintegrasikan grafik, teks dan bunyi ke dalam satu halaman

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Projek

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Projek BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Projek Industri pelancongan, terutamanya yang melibatkan sistem penerbangan, telah menunjukkan keberkesanannya dalam membawa penumpang dan bagasi. Walau bagaimanapun, para

Lebih terperinci

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO Oleh: Aida Ibrahim Sekolah Kebangsaan Seri Kampung Tengah 86000 Kluang, Johor ABSTRAK Kajian ini dijalankan dengan

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan 1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Dasar Pendidikan Negara telah menekankan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di dalam pendidikan. Tetapi, menjelang akhir-akhir ini, timbul keresahan dan

Lebih terperinci

Pendahuluan Kandungan Sukatan Pelajaran

Pendahuluan Kandungan Sukatan Pelajaran Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Produksi Multimedia Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2002 Pendahuluan Mata pelajaran Produksi Multimedia ialah

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Industri pembinaan merupakan salah satu cabang kejuruteraan yang mengalami perkembangan yang pesat. Walaupun masih wujud jurang yang ketara jika dibandingkan dengan industri

Lebih terperinci

KAEDAH PENGAJARAN JAWI KEKUATAN DAN KELEMAHAN

KAEDAH PENGAJARAN JAWI KEKUATAN DAN KELEMAHAN KAEDAH PENGAJARAN JAWI Teknik-teknik pembelajaran yang baik merupakan satu kaedah dalam usaha para pendidik dalam membantu para pelajar untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang di dalam bidang pembelajaran.

Lebih terperinci

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini adalah bab terakhir dalam laporan penyelidikan ini dan pengkaji

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini adalah bab terakhir dalam laporan penyelidikan ini dan pengkaji BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 PENGENALAN Bab ini adalah bab terakhir dalam laporan penyelidikan ini dan pengkaji akan merumuskan keseluruhan kajian yang telah dilaksanakan. Pengkaji juga akan membuat

Lebih terperinci

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa KERTAS KERJA 2 : Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa 1. TUJUAN 1.1 Kertas Cadangan ini dikemukakan bagi tujuan untuk

Lebih terperinci

SIMULASI PEMPROSESAN PADI BERLANDASKAN PERMAINAN

SIMULASI PEMPROSESAN PADI BERLANDASKAN PERMAINAN SIMULASI PEMPROSESAN PADI BERLANDASKAN PERMAINAN ABDULLAH AZFAR MOHD NASIR DIAN INDRAYANI JAMBARI Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Simulasi ialah menghasilkan

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan 1 BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Sektor perumahan merupakan salah satu sektor yang utama di dalam program pembangunan negara ini yang bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti hidup penduduk, sekaligus

Lebih terperinci

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH .0 PENGENALAN Bidang kokurikulum yang merangkumi kegiatan pasukan badan beruniform; kelab dan persatuan dan; Murid

Lebih terperinci