AL-KAFI #1395: HIKMAH DITETAPKAN MAS KAHWIN DALAM PERKAHWINAN

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "AL-KAFI #1395: HIKMAH DITETAPKAN MAS KAHWIN DALAM PERKAHWINAN"

Transkripsi

1 AL-KAFI #1395: HIKMAH DITETAPKAN MAS KAHWIN DALAM PERKAHWINAN Soalan Assalamualaikum SS Dato Seri Mufti. Kenapa Islam menetapkan mas kahwin dalam perkahwinan? Jawapan Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan. Kami mulakan dengan firman Allah SWT:?????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????? Maksudnya: Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya 1 / 5

2 memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya. Surah al-nisa (4) Ibn Kathir berkata: Menurut Ibn Abbas, perkataan?????? membawa maksud mahar. Ibn Zaid pula menjelaskan, ianya bermaksud sesuatu yang wajib diberikan kepada isteri disebabkan aqad nikah. Seorang lelaki wajib menyerahkan mahar kepada wanita sebagai hadiah dan pemberian ke atasnya dengan penuh kerelaaan hati. (Lihat Tafsir al-quran al- Azim, 2/235) Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Sahl bin Sa ad RA katanya:???????????????????????????????????????????????????????????????:?????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????: «??????????????????????????????»??????????????:???????????????????: «????????????????»??????:???????????????: «??????????????????????????????????»? Maksudnya: Seorang perempuan menyerahkan dirinya untuk dikahwini oleh Nabi SAW kerana Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: Aku tidak berhajat kepada perempuan. Lalu seorang lelaki berkata: Kahwinkanlah aku dengan perempuan itu. Sabda Baginda: Engkau berikan perempuan itu sehelai pakaian. Dia menjawab: Aku tidak memilikinya. Lalu Baginda bersabda lagi: Engkau berikanlah dia walaupun sebentuk cincin besi. Riwayat al-bukhari (4741) dan Muslim (1425) Imam Nawawi dalam menjelaskan hadis ini menyebut: Hadis ini menunjukkan bahawa mahar itu boleh sedikit (bernilai rendah) dan boleh juga banyak (bernilai tinggi) apabila kedua pasangan saling redha, kerana cincin dari besi menunjukkan nilai mahar yang murah. Inilah pendapat dalam mazhab Syafi i dan juga pendapat jumhur ulama dari kalangan salaf dan khalaf. (Lihat al-minhaj fi Syarh Sahih Muslim Ibn al-hajjaj, 9/190) Menjawab persoalan di atas, penetapan mas kahwin dalam perkahwinan mempunyai pelbagai hikmah yang tersendiri. Kami kemukakan di sini beberapa hikmah pensyariatan mas kahwin dalam Islam. Di dalam kitab al-fiqh al-manhaji, dinyatakan: Mas kahwin disyariatkan bagi menzahirkan keinginan bakal suami yang benar-benar menggauli isterinya dengan pergaulan yang baik dan membina rumahtangga yang mulia. Begitu juga untuk membolehkan bakal pengantin perempuan menyediakan dirinya dengan keperluan perkahwinan, seperti pakaian dan 2 / 5

3 perbelanjaan. (Lihat al-fiqh al-manhaji, 2/586) Syeikh Muhammad Mutawalli al-sya rawi menyebut, Allah SWT memfardukan mas kahwin ke atas pihak lelaki untuk diberikan kepada pasangan wanitanya adalah sebagai bukti ikatan cinta antara kedua-duanya. Ia juga bertindak mengikat perhubungan kedua-dua pasangan dengan kasih sayang dan belas kasihan di bawah pimpinan pasangan lelaki tersebut. (Lihat Ahkam al- Usrah li Bait al-muslim, hlm. 75) Syeikh Mustafa al-siba ie menyebut, pemberian mas kahwin disyariatkan sebagai lambang kemuliaan dan penghargaan terhadap wanita melalui sesebuah perkahwinan. (Lihat al-mar ah Baina al Fiqh wa al-qanun, hlm. 56) Menurut Syeikh Dr. Wahbah al-zuhaili pula, mas kahwin bertujuan untuk menzahirkan keutamaan dan kepentingan sebuah perkahwinan di samping memuliakan kedudukan wanita. Penyediaan mas kahwin di dalam Islam juga dilihat sebagai ukuran tahap persediaan pasangan dalam menempuh alam perkahwinan yang lebih mencabar. Mas kahwin yang diberikan turut menjadi perlambangan kesucian dan keikhlasan pihak suami untuk menjalani kehidupan bersama-sama pasangan wanita yang dipilihnya. (Lihat al-fiqh al-islami wa Adillatuh, 9/239) Syeikh Dr. Yusuf al-qaradhawi dalam menjelaskan hikmah disyariatkan mas kahwin menyebut, antaranya: Penetapan mas kahwin adalah bagi menunjukkan kemuliaan kaum wanita. Hal ini menandakan bahawa merekalah yang dicari, bukan mencari, dan yang mencarinya ialah lelaki, bukan dia yang berusaha mencari lelaki. Lelaki itulah yang mencari, berusaha, dan mengeluarkan hartanya untuk mendapatkan wanita. Berbeza dengan bangsa-bangsa atau umat yang membebani kaum wanita untuk memberikan hartanya atau harta keluarganya untuk lelaki, sehingga si lelaki ingin mengahwininya. Bagi menzahirkan cinta dan kasih sayang seorang suami kepada isterinya, sehingga pemberian harta itu sebagai nihlah daripadanya, iaitu sebagai pemberian, hadiah, dan hibah, bukan sebagai pembayar harga seseorang wanita sepertimana didakwa oleh sesetengah pihak. Kerana itu al-qur'an menyatakan dengan bahasa yang jelas:?????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????? Maksudnya: Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya. Surah al-nisa (4) 3 / 5

4 Mas kahwin juga menunjukkan sebagai lambang kesungguhan. Pernikahan bukanlah sesuatu yang dapat dipermainkan kaum lelaki dengan begitu saja, dengan mengatakan kepada seseorang wanita: "Saya nikahi engkau," sehingga menjadikannya terikat. Kemudian tidak lama setelah itu si wanita dilepaskan begitu saja, dan dia mencari lagi wanita lain untuk diperlakukan sama dengan yang pertama, dan seterusnya... Pemberian harta ini menunjukkan bahawa lelaki bersungguh-sungguh dalam mendekati wanita, bersungguh-sungguh dalam membina hubungan dengannya. Apabila dalam hubungan yang tahapnya masih di bawah hubungan perkahwinan pun manusia mahu memberikan cenderamata, perlindungan dan hadiah sebagai tanda kesungguhan maka dalam jalinan kehidupan kekeluargaan tentu lebih utama memberikannya. Kerana itu Islam mewajibkan kepada lelaki membayar separuh mahar jika dia menikah dengan seorang wanita tetapi kemudian menceraikannya sebelum melakukan hubungan suami-isteri. Hal ini sebagai penghormatan terhadap perjanjian yang berat dan perhubungan yang suci, juga sebagai petanda bahawa persetubuhan bukanlah tujuan paling utama kerana dalam kes ini belum terjadi hubungan persetubuhan. Allah berfirman:??????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????? Maksudnya: Dan jika kamu ceraikan mereka sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka, padahal kamu sudah menetapkan kadar maskahwin untuk mereka, maka mereka berhak mendapat separuh dari maskahwin yang telah kamu tetapkan itu, kecuali jika mereka memaafkannya tidak menuntutnya); atau (pihak) yang memegang ikatan nikah itu memaafkannya (memberikan maskahwin itu dengan sepenuhnya). Surah al-baqarah (237) Hikmah disyariatkan mas kahwin juga kerana bahawa Islam meletakkan tanggungjawab keluarga di tangan lelaki (suami), kerana kemampuan fitriahnya dalam mengendalikan emosi (perasaan) lebih besar dibandingkan kaum wanita. Dia (lelaki) lebih mampu mengatur kehidupan bersama ini. Oleh kerana itu, wajarlah jika lelaki membayar kerana ia memperoleh hak seperti itu, dan di sisi lain ia akan lebih bertanggungjawab serta tidak semudah-mudahnya menghancurkan rumahtangga hanya kerana perkara remehtemeh. Dialah yang mendanai pembangunan keluarga atau rumah tangga itu, maka apabila bangunan itu runtuh tentu akan menimpa dirinya. (Lihat Fatawa Mu asirah, 2/322) Kesimpulan 4 / 5

5 Powered by TCPDF ( Berdasarkan kenyataan di atas, jelas bahawa penetapan mas kahwin mempunyai pelbagai hikmah yang tersendiri. Antaranya termasuklah bagi menzahirkan kemuliaan kaum wanita dan sebagai lambang kesucian dan ketinggian wanita dalam Islam. Begitu juga ia sebagai tanda kesungguhan lelaki dalam membina hubungan dengan seseorang wanita. Kami berpendapat, mas kahwin akan membawa perasaan redha oleh banyak pihak termasuklah isteri dan keluarga masing-masing. Ini melambangkan perbezaan yang ketara antara akad nikah Islam dengan yang lain. Semoga pencerahan yang dinyatakan itu menambahkan lagi ikatan kasih sayang, mawaddah dan rahmah antara pasangan suami isteri yang menatijahkan Baiti Jannati. Kami menutup dengan berdoa kepada Allah SWT:?????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????? Maksudnya: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. Source: FATWA TERKINI DARI PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN Surah al-furqan (74) 5 / 5

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI Soalan: Apakah hukum wanita membuka syarikat sendiri? Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan

Lebih terperinci

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR "PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR" Saya menyeru agar kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-nya dan meninggalkan segala larangan-nya. Kepimpinan di

Lebih terperinci

JODOH DALAM PANDANGAN ISLAM http://sav3-prabandari.blog.friendster.com/2007/06/jodoh-dalam-pandangan-islam/ Allah swt berfirman dalam QS : Ar Ruum : 21 Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-nya ialah Dia

Lebih terperinci

WANITA DAN PEMBUBARAN Perkahwinan dalam Islam Oleh : Abd. Muhsin Ahmad Majalah Sinar Rohani Disember 2001

WANITA DAN PEMBUBARAN Perkahwinan dalam Islam Oleh : Abd. Muhsin Ahmad Majalah Sinar Rohani Disember 2001 WANITA DAN PEMBUBARAN Perkahwinan dalam Islam Oleh : Abd. Muhsin Ahmad Majalah Sinar Rohani Disember 2001 Perkahwinan adalah akad yang ditentukan oleh syarak yang menghalalkan hubungan jenis antara lelaki

Lebih terperinci

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-222: DAGING UNTA MEMBATALKAN WUDHUK

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-222: DAGING UNTA MEMBATALKAN WUDHUK IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-222: DAGING UNTA MEMBATALKAN WUDHUK Soalan: Apakah benar memakan daging unta membatalkan wudhuk? Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan

Lebih terperinci

BAB V PENUTUP. pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup

BAB V PENUTUP. pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup BAB V PENUTUP Alhamdulillah, pengkaji bersyukur ke hadrat Allah SWT yang telah memberikan pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup dengan kesimpulan dan cadangan.

Lebih terperinci

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian, Marilah kita bertakwa kepada Allah s.w.t.

Lebih terperinci

pusaka), namun keduanya tidak jumpa orang yang mampu menyelesaikan perselisihan mereka. Keutamaan Hak harta Simati

pusaka), namun keduanya tidak jumpa orang yang mampu menyelesaikan perselisihan mereka. Keutamaan Hak harta Simati ILMU FARAID 1 Firman Allah : "Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka untuk) anakanakmu. Iaitu bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan; dan jika anak itu

Lebih terperinci

HIS 224 INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM

HIS 224 INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2007/2008 Oktober/November 2007 HIS 224 INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM Masa : 3 jam Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi

Lebih terperinci

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

SABAR ANUGERAH TERINDAH "SABAR ANUGERAH TERINDAH" Marilah kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taqwa, mengamalkan syariat di segenap sudut kehidupan di samping melaksanakan segala tuntutan perintah Allah dan menghindari

Lebih terperinci

BAB IV PARADIGMA SEKUFU DI DALAM KELUARGA MAS MENURUT ANALISIS HUKUM ISLAM

BAB IV PARADIGMA SEKUFU DI DALAM KELUARGA MAS MENURUT ANALISIS HUKUM ISLAM BAB IV PARADIGMA SEKUFU DI DALAM KELUARGA MAS MENURUT ANALISIS HUKUM ISLAM A. Hal-Hal Yang Melatarbelakangi Paradigma Sekufu di dalam Keluarga Mas Kata kufu atau kafa ah dalam perkawinan mengandung arti

Lebih terperinci

BAB EMPAT KESIMPULAN DAN CADANGAN. tradisi dalam kalangan masyarakat Islam pada umumnya. Oleh kerana itu, amalan

BAB EMPAT KESIMPULAN DAN CADANGAN. tradisi dalam kalangan masyarakat Islam pada umumnya. Oleh kerana itu, amalan BAB EMPAT KESIMPULAN DAN CADANGAN 4.1. Rumusan Pemberian hantaran telah menjadi satu kemestian dalam majlis perkahwinan. Amalan tersebut tidak kalah pentingnya dengan pemberian mahar. Ia sudah menjadi

Lebih terperinci

MUNAKAHAT : IDDAH, RUJUK, FASAKH,KHULU DISEDIAKAN OLEH: SITI NUR ATIQAH

MUNAKAHAT : IDDAH, RUJUK, FASAKH,KHULU DISEDIAKAN OLEH: SITI NUR ATIQAH MUNAKAHAT : IDDAH, RUJUK, FASAKH,KHULU DISEDIAKAN OLEH: SITI NUR ATIQAH IDDAH PENGERTIAN Iddah adalah hari-hari di mana seorang wanita berpisah (bercerai) dengan suaminya menjalani masa menunggu. Selama

Lebih terperinci

BAB LIMA PENUTUP. sebelumnya. Dalam bab ini juga, pengkaji akan mengutarakan beberapa langkah

BAB LIMA PENUTUP. sebelumnya. Dalam bab ini juga, pengkaji akan mengutarakan beberapa langkah BAB LIMA PENUTUP 5.0 Pendahuluan Di dalam bab ini, pengkaji akan mengemukakan kesimpulan yang diperoleh daripada perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada babbab sebelumnya.

Lebih terperinci

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika BAB 2 : PERBEZAAN ANTARA AKHLAK, MORAL DAN ETIKA HASIL PEMBELAJARAN Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

Lebih terperinci

JENIS HAJI DAN PERMASALAHANNYA

JENIS HAJI DAN PERMASALAHANNYA JENIS HAJI DAN PERMASALAHANNYA Haji merupakan satu rukun daripada rukun Islam yang lima dan menjadi kemuncak penzahiran ubudiyyah hamba kepada Tuhan-Nya. Pada ruangan kali ini, akan dibincangkan berkenaan

Lebih terperinci

i) HARTA SEPENCARIAN ii) MUTAAH iii) PENGUATKUASAAN PERINTAH NAFKAH ORANG ISLAM Macam mana nak tentukan sesuatu harta itu adalah Harta Sepencarian?

i) HARTA SEPENCARIAN ii) MUTAAH iii) PENGUATKUASAAN PERINTAH NAFKAH ORANG ISLAM Macam mana nak tentukan sesuatu harta itu adalah Harta Sepencarian? UNDANG-UNDANG SYARIAH (Bahagian 2) i) HARTA SEPENCARIAN ii) MUTAAH iii) PENGUATKUASAAN PERINTAH NAFKAH ORANG ISLAM HARTA SEPENCARIAN Apa itu Harta Sepencarian? Sama ada harta alih atau tak alih yang diperolehi

Lebih terperinci

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran BAB 5: AKHLAK RASULULLAH SAW HASIL PEMBELAJARAN Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran PENGENALAN Islam adalah agama yang bukan hanya mementingkan aspek akidah

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. Rasulullah SAW juga telah memerintahkan agar orang-orang segera

BAB I PENDAHULUAN. Rasulullah SAW juga telah memerintahkan agar orang-orang segera 1 BAB I PENDAHULUAN A. Latar Belakang Masalah Hubungan perkawinan antara seorang laki-laki dan perempuan pada kenyataannya merupakan sudut penting bagi kebutuhan manusia. Bahkan perkawinan adalah hukum

Lebih terperinci

BAB 5 PENUTUP. Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami

BAB 5 PENUTUP. Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami BAB 5 PENUTUP 5.1 Rumusan Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan atau persetubuhan. Pemberian mahar yang merupakan adat tertua

Lebih terperinci

BAB 5 : PENUTUP. Al-Khatib al-shirbini adalah seorang yang faqih dalam mazhab al-shafi i dan

BAB 5 : PENUTUP. Al-Khatib al-shirbini adalah seorang yang faqih dalam mazhab al-shafi i dan BAB 5 : PENUTUP 5.1 Pendahuluan Penulis akan membuat kesimpulan daripada perbincangan-perbincangan pada bab-bab yang lalu. Bab ini lebih memfokuskan dapatan yang penulis perolehi pada setiap kajian bab.

Lebih terperinci

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4053 : Fiqh Munakahat (Minggu 4 )

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4053 : Fiqh Munakahat (Minggu 4 ) DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM WD4053 : Fiqh Munakahat (Minggu 4 ) PENSYARAH: Ustazah Dr Nek Mah Batri PhD Pendidikan Agama Islam (UMM) PhD Fiqh Sains & Teknologi (UTM) Silibus Munakahat: Poligami dalam Islam

Lebih terperinci

BAB IV ANALISIS PERNIKAHAN DALAM MASA IDDAH. A. Analisis Pemikiran Pernikahan dalam Masa Iddah di Desa Sepulu Kecamatan

BAB IV ANALISIS PERNIKAHAN DALAM MASA IDDAH. A. Analisis Pemikiran Pernikahan dalam Masa Iddah di Desa Sepulu Kecamatan BAB IV ANALISIS PERNIKAHAN DALAM MASA IDDAH A. Analisis Pemikiran Pernikahan dalam Masa Iddah di Desa Sepulu Kecamatan Sepulu Kabupaten Bangkalan Syariat Islam telah menjadikan pernikahan menjadi salah

Lebih terperinci

Perihal Sujud Syahwi Yang Benar

Perihal Sujud Syahwi Yang Benar Perihal Sujud Syahwi Yang Benar http://fiqh-sunnah.blogspot.com Sujud syahwi adalah nama bagi dua sujud yang dilakukan oleh seseorang yang bersolat, untuk menutup kekurangan yang terjadi ketika solat disebabkan

Lebih terperinci

ilmu dan amalan dengannya. Untuk memahami pengertian dan

ilmu dan amalan dengannya. Untuk memahami pengertian dan HIKMAH DAN FALSAFAH HAJI Alhamdulillah, saya rafa kan kesyukuran kepada Yang Maha Esa atas kurniaan yang tidak terhingga. Pada kali ini, dengan izin-nya, dapat menyiapkan artikel yang bertajuk: Hikmah

Lebih terperinci

MACAM-MACAM MAHRAM 1. MAHRAM KARENA NASAB Allah berfirman:

MACAM-MACAM MAHRAM 1. MAHRAM KARENA NASAB Allah berfirman: Mahram Bagi Wanita Masalah mahram bagi wanita banyak diantara kaum muslimin yang kurang memahaminya. Padahal banyak sekali hukum tentang pergaulan wanita yang berkaitan erat dengan masalah mahram ini.

Lebih terperinci

Ditulis oleh : Hajar Abdullah

Ditulis oleh : Hajar Abdullah Ditulis oleh : Hajar Abdullah ISI KANDUNGAN PENGENALAN 1 APA SEBAB KITA TAK FAHAM QURAN?...2 7 TEKNIK BERKOMUNIKASI DENGAN QURAN #1 Perbaiki Hati 6 #2 Tahu Sebab Baca Al- Quran 7 #3 Baca Dalam Solat.8

Lebih terperinci

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA Anak-anak walaupun telah bersuami ataupun beristeri masih mempunyai tanggungjawab terhadap kedua ibu bapa mereka. Tanggungjawab anak kepada kedua ibu bapa terbahagi

Lebih terperinci

Menggapai Ridha Allah dengan Birrul Wâlidain. Oleh: Muhsin Hariyanto

Menggapai Ridha Allah dengan Birrul Wâlidain. Oleh: Muhsin Hariyanto Menggapai Ridha Allah dengan Birrul Wâlidain Oleh: Muhsin Hariyanto AL-BAIHAQI, dalam kitab Syu ab al-îmân, mengutip hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abdullah ibn Amr ibn al- Ash: Ridha Allah bergantung

Lebih terperinci

FATWA MAJELIS ULAMA INDONESIA Nomor 17 Tahun 2013 Tentang BERISTRI LEBIH DARI EMPAT DALAM WAKTU BERSAMAAN

FATWA MAJELIS ULAMA INDONESIA Nomor 17 Tahun 2013 Tentang BERISTRI LEBIH DARI EMPAT DALAM WAKTU BERSAMAAN FATWA MAJELIS ULAMA INDONESIA Nomor 17 Tahun 2013 Tentang BERISTRI LEBIH DARI EMPAT DALAM WAKTU BERSAMAAN (MUI), setelah : MENIMBANG : a. bahwa dalam Islam, pernikahan adalah merupakan bentuk ibadah yang

Lebih terperinci

BAB IV ANALISIS PENDAPAT MAZHAB H{ANAFI DAN MAZHAB SYAFI I TENTANG STATUS HUKUM ISTRI PASCA MULA> ANAH

BAB IV ANALISIS PENDAPAT MAZHAB H{ANAFI DAN MAZHAB SYAFI I TENTANG STATUS HUKUM ISTRI PASCA MULA> ANAH BAB IV ANALISIS PENDAPAT MAZHAB H{ANAFI DAN MAZHAB SYAFI I TENTANG STATUS HUKUM ISTRI PASCA MULA> ANAH A. Persamaan Pendapat Mazhab H{anafi Dan Mazhab Syafi i Dalam Hal Status Hukum Istri Pasca Mula> anah

Lebih terperinci

ANALISIS PENDAPAT IMAM SYAFI I TENTANG MAHAR DENGAN SYARAT

ANALISIS PENDAPAT IMAM SYAFI I TENTANG MAHAR DENGAN SYARAT ANALISIS PENDAPAT IMAM SYAFI I TENTANG MAHAR DENGAN SYARAT SKRIPSI Diajukan untuk Memenuhi Tugas dan Melengkapi Syarat guna Memperoleh Gelar Sarjana Strata Satu (S1) dalam Bidang Hukum Perdata Islam Oleh:

Lebih terperinci

Malam Nisfu Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban. Malam Nisfu Syaaban. Dr Yusuf al-qaradawi ada mengulas tentang amalan malam Nisfu Syaaban dengan katanya: Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid

Lebih terperinci

Objektif. Topik yang akan dipelajari SIMPOSIUM 2015 METODOLOGI PENGELUARAN HUKUM DALAM ISLAM. Ciri-Ciri Syariat Islam Ustaz Sayid Sufyan b Jasin

Objektif. Topik yang akan dipelajari SIMPOSIUM 2015 METODOLOGI PENGELUARAN HUKUM DALAM ISLAM. Ciri-Ciri Syariat Islam Ustaz Sayid Sufyan b Jasin SIMPOSIUM 2015 METODOLOGI PENGELUARAN HUKUM DALAM ISLAM Ciri-Ciri Syariat Islam Ustaz Sayid Sufyan b Jasin Objektif Mengenali ilmu-ilmu yang diperlukan untuk mengeluarkan hukum dalam Islam. Menyatakan

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. mahluk Allah SWT, tanpa perkawinan manusia tidak akan melanjutkan sejarah

BAB I PENDAHULUAN. mahluk Allah SWT, tanpa perkawinan manusia tidak akan melanjutkan sejarah 1 BAB I PENDAHULUAN Perkawinan merupakan salah satu sunnatullah yang umum berlaku pada mahluk Allah SWT, tanpa perkawinan manusia tidak akan melanjutkan sejarah hidupnya karena keturunan dan perkembangbiakan

Lebih terperinci

PANDUAN Sembahyang Sunat Tarawih

PANDUAN Sembahyang Sunat Tarawih PANDUAN Sembahyang Sunat Tarawih Bahan cetakan ini mengandungi ayat al-quran. Jangan pijak/langkah. PANDUAN SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA Aras 4 Blok D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran

Lebih terperinci

BAB V PENUTUP. dapat dijerat dengan pasal-pasal : (1) Pasal 285 Kitab Undang-undang Hukum

BAB V PENUTUP. dapat dijerat dengan pasal-pasal : (1) Pasal 285 Kitab Undang-undang Hukum BAB V PENUTUP A. Kesimpulan Sanksi hukum bagi seorang ayah melakukan tindak pidana pemerkosaan terhadap anak kandungnya, berdasarkan ketentuan hukum positif di Indonesia, ia dapat dijerat dengan pasal-pasal

Lebih terperinci

Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA:

Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA: Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA: Syukur hanya kepada Allah, Yang telah menurunkan Kitab (Al-Qur an) ke atas hambanya (Nabi Muhammad saw). Dan Dia tidak sekali-kali menjadikan Kitab itu

Lebih terperinci

BAB V PENUTUP. Kajian ini merupakan satu analisis tentang aplikasi pelaksanaan murébaíah dalam

BAB V PENUTUP. Kajian ini merupakan satu analisis tentang aplikasi pelaksanaan murébaíah dalam BAB V PENUTUP 5.1. PENDAHULUAN Kajian ini merupakan satu analisis tentang aplikasi pelaksanaan murébaíah dalam operasi Pegadaian Syariah Dewi Sartika, Jakarta, Indonesia. Secara khasnya kajian ini membahas

Lebih terperinci

BAB V PENUTUP. Alhamdulillah penulis merafa kan syukur ke hadrat Allah SWT yang telah

BAB V PENUTUP. Alhamdulillah penulis merafa kan syukur ke hadrat Allah SWT yang telah BAB V PENUTUP Alhamdulillah penulis merafa kan syukur ke hadrat Allah SWT yang telah memberikan pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup dengan kesimpulan dan

Lebih terperinci

Surah Al- Alaq, ayat 1-5. Surah Al-Fatihah. Surah Al-Mudatsir, ayat 1-4. Bismillah. Manna Al-Qattan (Mabahith fi Ulum al-quran)

Surah Al- Alaq, ayat 1-5. Surah Al-Fatihah. Surah Al-Mudatsir, ayat 1-4. Bismillah. Manna Al-Qattan (Mabahith fi Ulum al-quran) Surah Al- Alaq, ayat 1-5 Surah Al-Fatihah Manna Al-Qattan (Mabahith fi Ulum al-quran) Surah Al-Mudatsir, ayat 1-4 Bismillah 1. Ayat 1-5, Surah Al- Alaq (Paling Rajih) i. Berdasarkan hadis Aisyah yang diriwayatkan

Lebih terperinci

Tanya Jawab Edisi 3: Warisan Anak Perempuan: Syari'at "Satu Banding Satu"?

Tanya Jawab Edisi 3: Warisan Anak Perempuan: Syari'at Satu Banding Satu? Pertanyaan: Saya, Raditya (36 tahun), ingin menanyakan tentang sebuah masalah cukup pelik dalam keluarga kami. Ayah saya sakit-sakitan dan berniat membuat surat waris bagi anak-anaknya. Kami bersaudara

Lebih terperinci

Hak Cipta Terpelihara :

Hak Cipta Terpelihara : Terima kasih kerana anda sudi untuk mendownload e-book ini. E- book ini diberikan secara PERCUMA kepada anda dan anda tidak boleh menjualnya atas apa jua tujuan. Ianya hanya boleh diberikan secara PERCUMA

Lebih terperinci

1. PENGERTIAN. a. Islam b. Iman c. Ihsan - Hubungan antara Iman, Islam dan Ihsan

1. PENGERTIAN. a. Islam b. Iman c. Ihsan - Hubungan antara Iman, Islam dan Ihsan 1. PENGERTIAN a. Islam b. Iman c. Ihsan - Hubungan antara Iman, Islam dan Ihsan c. AKHLAK - Hubungan Manusia dgn Allah - Hubungan Manusia sesama Manusia - Hubungan Manusia dgn Makhluk / Alam 2. ASAS2 SYARIAT

Lebih terperinci

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 5

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 5 Kertas ini mengandungi lima soalan. Jawab semua soalan. 1. a) Tuliskan semula petikan ayat al-quran dan letakkan tanda baris dengan sempurna. b) Firman Allah swt. (Surah al-taubah :129 ) Ayat di atas menerangkan

Lebih terperinci

BAB III TINJAUAN UMUM TENTANG HARTA DALAM PERKAWINAN ISLAM. harta kerabat yang dikuasai, maupun harta perorangan yang berasal dari harta

BAB III TINJAUAN UMUM TENTANG HARTA DALAM PERKAWINAN ISLAM. harta kerabat yang dikuasai, maupun harta perorangan yang berasal dari harta BAB III TINJAUAN UMUM TENTANG HARTA DALAM PERKAWINAN ISLAM A. Pengertian Harta Dalam Perkawinan Islam Menurut bahasa pengertian harta yaitu barang-barang (uang dan sebagainya) yang menjadi kekayaan. 1

Lebih terperinci

BAB IV ANALISIS TERHADAP PELAKSANAAN PERNIKAHAN WANITA HAMIL DI LUAR NIKAH DI KUA KECAMATAN CERME KABUPATEN GRESIK

BAB IV ANALISIS TERHADAP PELAKSANAAN PERNIKAHAN WANITA HAMIL DI LUAR NIKAH DI KUA KECAMATAN CERME KABUPATEN GRESIK BAB IV ANALISIS TERHADAP PELAKSANAAN PERNIKAHAN WANITA HAMIL DI LUAR NIKAH DI KUA KECAMATAN CERME KABUPATEN GRESIK A. Analisis Terhadap Prosedur Pernikahan Wanita Hamil di Luar Nikah di Kantor Urusan Agama

Lebih terperinci

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin moasriza@yahoo.com Seperti mana kepetahan dan kefasihan itu tidak dimiliki oleh semua orang, demikian juga ketajaman dan

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. jalan pernikahan. Sebagai umat Islam pernikahan adalah syariat Islam yang harus

BAB I PENDAHULUAN. jalan pernikahan. Sebagai umat Islam pernikahan adalah syariat Islam yang harus BAB I PENDAHULUAN A. Latar Belakang Manusia adalah salah satu mahluk ciptaan Allah yang paling sempurna, manusia sendiri diciptakan berpasang-pasangan. Setiap manusia membutuhkan bermacam-macam kebutuhan,

Lebih terperinci

Inspirasi Dua Wanita Paling Mulia dalam Sejarah Manusia

Inspirasi Dua Wanita Paling Mulia dalam Sejarah Manusia Metafora Suci dari Langit Metafora 32 Inspirasi Dua Wanita Paling Mulia dalam Sejarah Manusia Keutuhan Iman Seorang Isteri dan Kesucian Seorang Gadis Menuju ke Syurga 256 Inspirasi Dua Wanita Paling Mulia

Lebih terperinci

BAB IV TINJAUAN HUKUM ISLAM TENTANG PENARIKAN KEMBALI HIBAH OLEH AHLI WARIS DI DESA SUMOKEMBANGSRI KECAMATAN BALONGBENDO KABUPATEN SIDOARJO

BAB IV TINJAUAN HUKUM ISLAM TENTANG PENARIKAN KEMBALI HIBAH OLEH AHLI WARIS DI DESA SUMOKEMBANGSRI KECAMATAN BALONGBENDO KABUPATEN SIDOARJO BAB IV TINJAUAN HUKUM ISLAM TENTANG PENARIKAN KEMBALI HIBAH OLEH AHLI WARIS DI DESA SUMOKEMBANGSRI KECAMATAN BALONGBENDO KABUPATEN SIDOARJO A. Analisis Penarikan Kembali Hibah Oleh Ahli Waris Di Desa Sumokembangsri

Lebih terperinci

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini.

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini. BAB LIMA KESIMPULAN 5.0 PENDAHULUAN Di dalam bab ini, Pengkaji akan mengemukakan kesimpulan yang diperolehi daripada perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum

Lebih terperinci

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 2

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 2 TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 2 Muhammad Haniff Hassan ismhaniff@ntu.edu.sg / www.haniff.sg Ayat, 12:11 8 12:11, bacaan khas dalam Al Quran La ta manna i.e. ishmam Renung ketiadaan kredibiliti dan integriti

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. Makna dari mahar pernikahan yang kadang kala disebut dengan belis oleh

BAB I PENDAHULUAN. Makna dari mahar pernikahan yang kadang kala disebut dengan belis oleh 1 BAB I PENDAHULUAN A. Latar Belakang Masalah Makna dari mahar pernikahan yang kadang kala disebut dengan belis oleh masyarakat Ende Nusa Tenggara Timur adalah suatu pemberian dari pihak calon mempelai

Lebih terperinci

Gambaran Wanita Menggunakan Jilbab PUNUK ONTA

Gambaran Wanita Menggunakan Jilbab PUNUK ONTA Gambaran Wanita Menggunakan Jilbab PUNUK ONTA by Hilfan Soeltansyah - Tuesday, June 19, 2012 http://hilfan.staff.telkomuniversity.ac.id/2012/06/gambaran-wanita-menggunakan-jilbab-punuk-onta/ Gambaran Wanita

Lebih terperinci

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH DENGAN AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI DALAM DALAM Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak DENGAN DALAM DALAM LIHAT DAN FIKIRKAN??? MANAKAH YANG LEBIH UTAMA? ANTARA PERKARA-PERKARA?

Lebih terperinci

BAB III DEFINISI IJBAR, DASAR HUKUM DAN SYARAT IJBAR. Kata ijbar juga bisa mewajibkan untuk mengerjakan. 2 Sedangkan Ijbar

BAB III DEFINISI IJBAR, DASAR HUKUM DAN SYARAT IJBAR. Kata ijbar juga bisa mewajibkan untuk mengerjakan. 2 Sedangkan Ijbar 29 BAB III DEFINISI IJBAR, DASAR HUKUM DAN SYARAT IJBAR A. Pengertian Ijbar Ijbar berarti paksaan, 1 yaitu memaksakan sesuatu dan mewajibkan melakukan sesuatu. Kata ijbar juga bisa mewajibkan untuk mengerjakan.

Lebih terperinci

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING WPK 713 Prinsip & Proses Bimbingan dan Kaunseling Minggu 6 Pensyarah: Ustazah Dr Nek Mah Bte Batri PhD Pendidikan Agama Islam (UMM) PhD Fiqh & Sains Teknologi (UTM)

Lebih terperinci

ÎTSÂR SEORANG PEMIMPIN. Oleh: Muhsin Hariyanto

ÎTSÂR SEORANG PEMIMPIN. Oleh: Muhsin Hariyanto ÎTSÂR SEORANG PEMIMPIN Oleh: Muhsin Hariyanto Seorang pemimpin, kata Yusuf al-qaradhawi mengutip pernyataan Rasulullah s.aw. -- harus mampu memberi contoh. Jangan banyak berharap rakyat berbuat baik ketika

Lebih terperinci

APAKAH ITU MAHRAM. Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam bersabda:

APAKAH ITU MAHRAM. Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam bersabda: APAKAH ITU MAHRAM Beberapa waktu yang lalu di berita salah satu televisi swasta nasional menayangkan kontak pemirsa. Di sana ada penelpon yang menyebutkan tentang kegeli-annya terhadap tingkah pejabat-pejabat

Lebih terperinci

Penawar Bagi Hati (Asy-Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al-Indonesia Al-Mandili)

Penawar Bagi Hati (Asy-Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al-Indonesia Al-Mandili) Kitab Penawar Bagi Hati (Tasawuf)..bhgn 1 Penawar Bagi Hati (Asy-Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al-Indonesia Al-Mandili) Seulas Pinang Daripada Penulis Kitab ini Segala pujian hanya layak kepada

Lebih terperinci

Hukum Puasa Tetapi Tidak Solat

Hukum Puasa Tetapi Tidak Solat Hukum Puasa Tetapi Tidak Solat Sesungguhnya solat termasuk rukun Islam yang paling tinggi kedudukannya setelah syahadatain. Apabila mereka meninggalkan solat karena meremehkan dan malas menjalankannya,

Lebih terperinci

FATWA TARJIH MUHAMMADIYAH HUKUM NIKAH BEDA AGAMA

FATWA TARJIH MUHAMMADIYAH HUKUM NIKAH BEDA AGAMA FATWA TARJIH MUHAMMADIYAH HUKUM NIKAH BEDA AGAMA Pertanyaan Dari: Hamba Allah, di Jawa Tengah, nama dan alamat diketahui redaksi (Disidangkan pada hari Jum at, 20 Syakban 1432 H / 22 Juli 2011 M) Pertanyaan:

Lebih terperinci

SUMBER HUKUM ISLAM 1

SUMBER HUKUM ISLAM 1 SUMBER HUKUM ISLAM 1 SUMBER UTAMA HUKUM ISLAM (DALIL QAT EI) Sumber utama hukum Islam ialah dalildalil yang telah disepakati oleh para ulamak dengan secara putus sebagai sumber hukum Islam yang utama dalam

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. Artinya : Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah. (Q.S.Adz-Dzariyat: 49).

BAB I PENDAHULUAN. Artinya : Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah. (Q.S.Adz-Dzariyat: 49). BAB I PENDAHULUAN A. Latar Belakang Masalah Al-Quran dinyatakan bahwa hidup berpasang-pasangan, hidup berjodoh-jodohan adalah naluri segala makhluk Allah, termasuk manusia. 1 Dalam surat Adz-Dzariyat ayat

Lebih terperinci

ISTILAH MUNAKAHAT. Oleh: Meor Shukri Panduan ini adalah PERCUMA. Persediaan Perkahwinan Istilah Munakahat

ISTILAH MUNAKAHAT. Oleh: Meor Shukri Panduan ini adalah PERCUMA. Persediaan Perkahwinan Istilah Munakahat ISTILAH MUNAKAHAT Oleh: Meor Shukri admin@nikahkahwin.com Panduan ini adalah PERCUMA. 1 Istilah Munakahat yang perlu anda ketahui: Akad Ijab & Kabul Fasakh Melepaskan ikatan perkahwinan bila dituntut oleh

Lebih terperinci

LALUAN KEHIDUPAN

LALUAN KEHIDUPAN 2006 LALUAN KEHIDUPAN Kelahiran 15.2.2015 Kematian MERENUNG DIRI Adalah tuan berkesempatan solat lima waktu di masjid? Adakah tuan membaca al-quran dan memahami bacaan tersebut? Berapa banyakkah tuan sempat

Lebih terperinci

BAB IV DASAR PERTIMBANGAN MAHKAMAH AGUNG TERHADAP PUTUSAN WARIS BEDA AGAMA DALAM PERSPEKTIF HUKUM ISLAM

BAB IV DASAR PERTIMBANGAN MAHKAMAH AGUNG TERHADAP PUTUSAN WARIS BEDA AGAMA DALAM PERSPEKTIF HUKUM ISLAM BAB IV DASAR PERTIMBANGAN MAHKAMAH AGUNG TERHADAP PUTUSAN WARIS BEDA AGAMA DALAM PERSPEKTIF HUKUM ISLAM A. Dasar Pertimbangan Hakim Mahkamah Agung Terhadap Putusan Waris Beda Agama Kewarisan beda agama

Lebih terperinci

ZAKAT PENGHASILAN. FATWA MAJELIS ULAMA INDONESIA Nomor 3 Tahun 2003 Tentang ZAKAT PENGHASILAN

ZAKAT PENGHASILAN. FATWA MAJELIS ULAMA INDONESIA Nomor 3 Tahun 2003 Tentang ZAKAT PENGHASILAN ZAKAT PENGHASILAN الر ح يم الر ح من االله ب س م Majelis Ulama Indonesia, setelah MENIMBANG MENGINGAT FATWA MAJELIS ULAMA INDONESIA Nomor 3 Tahun 2003 Tentang ZAKAT PENGHASILAN : a. bahwa kedudukan hukum

Lebih terperinci

KARAKTER PEMIMPIN DALAM ISLAM. HM. Khoir Hari Moekti

KARAKTER PEMIMPIN DALAM ISLAM. HM. Khoir Hari Moekti KARAKTER PEMIMPIN DALAM ISLAM HM. Khoir Hari Moekti 4 MACAM PEMIMPIN Imam al-auza iy berkata kepada Khalifah Abu Ja far al-manshur, Sesungguhnya, Umar bin Khaththab ra pernah berkata, Pemimpin itu ada

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. Tujuan perkawinan sebagaimana yang diisyaratkan oleh Al-Quran dan

BAB I PENDAHULUAN. Tujuan perkawinan sebagaimana yang diisyaratkan oleh Al-Quran dan BAB I PENDAHULUAN A. Latar Belakang Tujuan perkawinan sebagaimana yang diisyaratkan oleh Al-Quran dan Undang-Undang dapat diwujudkan dengan baik dan sempurna jika perkawinan tersebut sejak proses pendahuluannya

Lebih terperinci

Bayar Fidyah FIDYAH DIBAYAR SEKALIGUS DAN FIDYAH DENGAN UANG

Bayar Fidyah FIDYAH DIBAYAR SEKALIGUS DAN FIDYAH DENGAN UANG Bayar Fidyah FIDYAH DIBAYAR SEKALIGUS DAN FIDYAH DENGAN UANG Pertanyaan Dari: Hj. Maryam, Midai, Kepri, pertanyaan disampaikan lewat telpon, tanggal 4 Ramadan 1431 H (disidangkan [ada hari Jum'at, 17 Ramadan

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. berdampingan antara satu sama lainnya. Pernikahan merupakan suatu ikatan lahir

BAB I PENDAHULUAN. berdampingan antara satu sama lainnya. Pernikahan merupakan suatu ikatan lahir BAB I PENDAHULUAN A. Latar Belakang Masalah Dalam kehidupan dunia ini manusia memiliki salah satu tujuan hidup yakni menikah yang merupakan kodrat atas diri manusia untuk dapat hidup saling berdampingan

Lebih terperinci

Bukti Cinta Kepada Nabi

Bukti Cinta Kepada Nabi Bukti Cinta Kepada Nabi Khutbah Pertama:?????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. perbuatan yang bernilai ibadah adalah perkawinan. Shahihah, dari Anas bin Malik RA, Ia berkata bahwa Rasulullah SAW

BAB I PENDAHULUAN. perbuatan yang bernilai ibadah adalah perkawinan. Shahihah, dari Anas bin Malik RA, Ia berkata bahwa Rasulullah SAW BAB I PENDAHULUAN Allah SWT menciptakan manusia terdiri dari dua jenis, pria dan wanita. dengan kodrat jasmani dan bobot kejiwaan yang relatif berbeda yang ditakdirkan untuk saling berpasangan dan saling

Lebih terperinci

Pentingnya Menyambung Silaturahmi

Pentingnya Menyambung Silaturahmi Pentingnya Menyambung Silaturahmi Khutbah Pertama:?????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????.????????????:??????????????????????????????????:???????????????????????

Lebih terperinci

Waris Tanpa Anak. WARISAN ORANG YANG TIDAK MEMPUNYAI ANAK Penanya: Abdul Salam, Grabag, Purworejo. (disidangkan pada hari Jum'at, 10 Februari 2006)

Waris Tanpa Anak. WARISAN ORANG YANG TIDAK MEMPUNYAI ANAK Penanya: Abdul Salam, Grabag, Purworejo. (disidangkan pada hari Jum'at, 10 Februari 2006) Waris Tanpa Anak WARISAN ORANG YANG TIDAK MEMPUNYAI ANAK Penanya: Abdul Salam, Grabag, Purworejo. (disidangkan pada hari Jum'at, 10 Februari 2006) Pertanyaan: Kami lima orang bersaudara: 4 orang laki-laki

Lebih terperinci

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui,

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui, BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN 5.0. Pengenalan Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui, penulis mendapati bahawa Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. A. Latar Belakang Masalah. Perkawinan amat penting dalam kehidupan manusia, baik bagi

BAB I PENDAHULUAN. A. Latar Belakang Masalah. Perkawinan amat penting dalam kehidupan manusia, baik bagi BAB I PENDAHULUAN A. Latar Belakang Masalah Perkawinan amat penting dalam kehidupan manusia, baik bagi perseorangan maupun kelompok. Dengan jalan perkawinan yang sah, pergaulan laki-laki dan perempuan

Lebih terperinci

KEPUTUSAN KOMISI B-1 IJTIMA ULAMA KOMISI FATWA MUI SE INDONESIA III tentang MASAIL FIQHIYYAH MU'ASHIRAH (MASALAH FIKIH KONTEMPORER)

KEPUTUSAN KOMISI B-1 IJTIMA ULAMA KOMISI FATWA MUI SE INDONESIA III tentang MASAIL FIQHIYYAH MU'ASHIRAH (MASALAH FIKIH KONTEMPORER) KEPUTUSAN KOMISI B-1 IJTIMA ULAMA KOMISI FATWA MUI SE INDONESIA III tentang MASAIL FIQHIYYAH MU'ASHIRAH (MASALAH FIKIH KONTEMPORER) MASALAH YANG TERKAIT DENGAN ZAKAT DESKRIPSI MASALAH Terjadinya perubahan

Lebih terperinci

BAB IV ANALISIS PENETAPAN JUMLAH MAHAR BAGI MASYARAKAT ISLAM SARAWAK, MALAYSIA

BAB IV ANALISIS PENETAPAN JUMLAH MAHAR BAGI MASYARAKAT ISLAM SARAWAK, MALAYSIA 61 BAB IV ANALISIS PENETAPAN JUMLAH MAHAR BAGI MASYARAKAT ISLAM SARAWAK, MALAYSIA A. Tentang penetapan jumlah mahar bagi Masyarakat Islam Sarawak, Malaysia. Mahar merupakan kewajiban yang harus dipenuhi

Lebih terperinci

HALAL, HARAM & SYUBHAT

HALAL, HARAM & SYUBHAT HALAL, HARAM & SYUBHAT Muhammad Haniff Hassan ismhaniff@ntu.edu.sg / www.haniff.sg Hadis Sandaran Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud Apa yang halal adalah jelas dan apa yang haram juga telah

Lebih terperinci

Engkau Bersama Orang Yang Kau Cintai

Engkau Bersama Orang Yang Kau Cintai Engkau Bersama Orang Yang Kau Cintai Khutbah Pertama:??????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????:

Lebih terperinci

PANDUAN : Tanggungjawab bapa terhadap kelahiran anak

PANDUAN : Tanggungjawab bapa terhadap kelahiran anak PANDUAN : Tanggungjawab bapa terhadap kelahiran anak 1. Menanam uri Kebanyakan daripada kita tidak menghiraukan tentang kepentingan uri. Di saatsaat kegembiraan menerima ahli baru, seringkali uri dilupakan.

Lebih terperinci

Tidaklah itu menjadi asas untuk mewajibkan keatasnya haji dengan merentas lautan jika ia mampu melakukannya.

Tidaklah itu menjadi asas untuk mewajibkan keatasnya haji dengan merentas lautan jika ia mampu melakukannya. Kitab haji Berkata Imam Syafie: Haji (diwajibkan) kepada setiap orang yang merdeka, baligh dan berkemampuan, menurut Al-Quran dan Sunnah. Sesiapa yang telah berhaji sekali seumur hidupnya, maka tidak wajib

Lebih terperinci

TAJUK AYAT ASBAB L Tingkatan Empat 1 Gejala Mempersendakan Agama

TAJUK AYAT ASBAB L Tingkatan Empat 1 Gejala Mempersendakan Agama BI TAJUK AYAT ASBAB L Tingkatan Empat 1 Gejala Mempersendakan Agama Surah Al Anam (70) 2 Pertanian Dalam Kehidupan Surah Al Anam (141) 3 Konsep Ibadah Surah Al Anam (162-163) 4 Negara Aman Rakyat Sejahtera

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. yang berlainan jenis antara laki-laki dan perempuan serta menjadikan hidup

BAB 1 PENDAHULUAN. yang berlainan jenis antara laki-laki dan perempuan serta menjadikan hidup BAB 1 PENDAHULUAN A. Latar Belakang Masalah. Perkawinan merupakan suatu ikatan yang mempersatukan dua insan yang berlainan jenis antara laki-laki dan perempuan serta menjadikan hidup bersama, hal ini merupakan

Lebih terperinci

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23:

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23: SALING MENGHORMATI Saling hormat-menghormati adalah salah satu sifat mahmudah atau sifat terpuji dalam Islam. Sifat saling hormat-menghormati ini harus ada kepada seseorang muslim yang mengaku beriman

Lebih terperinci

FATWA MAJELIS ULAMA INDONESIA Nomor : 24 Tahun 2012 Tentang PEMANFAATAN BEKICOT UNTUK KEPENTINGAN NON-PANGAN

FATWA MAJELIS ULAMA INDONESIA Nomor : 24 Tahun 2012 Tentang PEMANFAATAN BEKICOT UNTUK KEPENTINGAN NON-PANGAN FATWA MAJELIS ULAMA INDONESIA Nomor : 24 Tahun 2012 Tentang PEMANFAATAN BEKICOT UNTUK KEPENTINGAN NON-PANGAN (MUI) setelah: Menimbang : 1. bahwa seiring dengan dinamika yang terjadi di masyarakat, beberapa

Lebih terperinci

Munakahat ZULKIFLI, MA

Munakahat ZULKIFLI, MA Munakahat ZULKIFLI, MA Perkawinan atau Pernikahan Menikah adalah salah satu perintah dalam agama. Salah satunya dijelaskan dalam surat An Nuur ayat 32 : Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara

Lebih terperinci

PENGAJIAN PENCERAH LAZISMU & MAJELIS TABLIGH PDM SURABAYA

PENGAJIAN PENCERAH LAZISMU & MAJELIS TABLIGH PDM SURABAYA PENGAJIAN PENCERAH LAZISMU & MAJELIS TABLIGH PDM SURABAYA Minggu, 22-09-2013 page 1 / 5 page 2 / 5 Pengajian Pencerah di Gedung Dakwah Muhammadiyah Surabaya, ahad 22 September 2013 pk 07.30 WIB, bersama

Lebih terperinci

IMAM / BILAL BERTUGAS USTAZ MUHAMMAD FAUZEE BIN MOHAMED USTAZ HASNIZATUL AZRI BIN ZAINUDIN MUAZZIN/BILAL KHATIB /IMAM

IMAM / BILAL BERTUGAS USTAZ MUHAMMAD FAUZEE BIN MOHAMED USTAZ HASNIZATUL AZRI BIN ZAINUDIN MUAZZIN/BILAL KHATIB /IMAM IMAM / BILAL BERTUGAS USTAZ MUHAMMAD FAUZEE BIN MOHAMED KHATIB /IMAM USTAZ HASNIZATUL AZRI BIN ZAINUDIN MUAZZIN/BILAL الحمد هلل القائل: إ ن م ا ي ع م ر م س اج د الل ه م ن آم ن ب الل ه و ال ي و م اآلخ ر

Lebih terperinci

RISALAH AQIQAH. Hukum Melaksanakan Aqiqah

RISALAH AQIQAH. Hukum Melaksanakan Aqiqah RISALAH AQIQAH Hukum Melaksanakan Aqiqah Aqiqah dalam istilah agama adalah sembelihan untuk anak yang baru lahir sebagai bentuk rasa syukur kepada Allah SWT dengan niat dan syarat syarat tertentu. Oleh

Lebih terperinci

PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH. Disediakan oleh Datuk Hj. Mohamad Shahir bin Hj. Abdullah

PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH. Disediakan oleh Datuk Hj. Mohamad Shahir bin Hj. Abdullah PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH Disediakan oleh Datuk Hj. Mohamad Shahir bin Hj. Abdullah Disemak oleh Datuk Hj. Ahmad Shahir bin Hj. Daud Tan Sri Syaikh Ismail bin Muhammad JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Lebih terperinci

BAB V PEMBAHASAN. A. Praktek Dan Pemahaman Masyarakat Desa Pinggirsari Kecamatan Ngantru tentang Kafa ah Dalam Perkawinan

BAB V PEMBAHASAN. A. Praktek Dan Pemahaman Masyarakat Desa Pinggirsari Kecamatan Ngantru tentang Kafa ah Dalam Perkawinan BAB V PEMBAHASAN A. Praktek Dan Pemahaman Masyarakat Desa Pinggirsari Kecamatan Ngantru tentang Kafa ah Dalam Perkawinan Kafa ah dalam perkawinan merupakan persesuaian keadaan antara si suami dengan perempuannya

Lebih terperinci

FATWA MAJELIS ULAMA INDONESIA Nomor: 14 Tahun 2011 Tentang PENARIKAN, PEMELIHARAAN, DAN PENYALURAN HARTA ZAKAT

FATWA MAJELIS ULAMA INDONESIA Nomor: 14 Tahun 2011 Tentang PENARIKAN, PEMELIHARAAN, DAN PENYALURAN HARTA ZAKAT FATWA MAJELIS ULAMA INDONESIA Nomor: 14 Tahun 2011 Tentang PENARIKAN, PEMELIHARAAN, DAN PENYALURAN HARTA ZAKAT Komisi Fatwa Majelis Ulama Indonesia (MUI), setelah : MENIMBANG : a. bahwa dalam hal operasional

Lebih terperinci

IMA>MIYAH TENTANG HUKUM MENERIMA HARTA WARISAN DARI

IMA>MIYAH TENTANG HUKUM MENERIMA HARTA WARISAN DARI BAB IV ANALISIS TERHADAP PANDANGAN IMAM SYAFI I DAN SYI> AH IMA>MIYAH TENTANG HUKUM MENERIMA HARTA WARISAN DARI PEWARIS NON MUSLIM A. Persamaan Pandangan Imam Syafi i dan Syi> ah Ima>miyah tentang Hukum

Lebih terperinci

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3 Kertas ini mengandungi lima soalan. Jawab semua soalan. 1 a) Tuliskan semula petikan ayat al-quran berikut dan letakkan tanda baris dengan sempurna. b) Firman Allah swt. : ( Surah al-taubah : 128 ) (Surah

Lebih terperinci

Istri-Istri Rasulullah? Adalah Ibunya Orang-Orang Beriman

Istri-Istri Rasulullah? Adalah Ibunya Orang-Orang Beriman Istri-Istri Rasulullah? Adalah Ibunya Orang-Orang Beriman Khutbah Pertama:?????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????.????????????:?????????????????????????????????????????

Lebih terperinci

PANDUAN. Sembahyang Sunat Tarawih

PANDUAN. Sembahyang Sunat Tarawih PANDUAN Sembahyang Sunat Tarawih 1 PANDUAN SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA Aras 4 Blok D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62519, W.P PUTRAJAYA, MALAYSIA Telefon

Lebih terperinci