POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH Kulim Hi-Tech Park 09000 Kulim, Kedah Darul Aman Tel: 04-4033333 Faks: 04-4033033 Laman Web: http://www.ptsb.edu.my No. Ruj. : PTSB/HEP/PEL201 Jld 2(61) Tarikh : 27 Oktober 2013 Saudara/i, PENDAFTARAN PENGAJIAN PELAJAR BAHARU SESI DISEMBER 2013 Sukacita dimaklumkan bahawa Saudara/i ditawarkan tempat pengajian di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah (PTSB). Saudara/i ditawarkan asrama dan dikehendaki menghadirkan diri ke Politeknik ini dengan maklumat seperti berikut : TEMPAT TARIKH MASA CATATAN Dewan Mu adzam Shah, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah. 24/11/2013 (AHAD) 8.00 pagi sehingga 10.00 pagi PENDAFTARAN PENGAJIAN DAN PENGINAPAN ASRAMA 1. NOMBOR PENDAFTARAN PELAJAR 1 6 1 3 F 2 2. NO. BILIK (PENGINAPAN PELAJAR) BLOK NO. BILIK V Maklumat nombor pendaftaran dan penginapan pelajar di asrama boleh diperolehi setelah Pendaftaran Pengajian Dalam Talian (On-line) dilakukan. Sila rujuk Langkah 5: Daftar Pengajian Secara Dalam Talian (Online) untuk maklumat lanjut. 2. Slip bayaran yuran yang berkaitan boleh diperolehi di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) untuk urusan pembayaran mengikut maklumat dalam lampiran yang disertakan. 3. Saudara/i dikehendaki memuat turun (download) Dokumen Pendaftaran melalui laman web http://spmp.ptsb.edu.my. Sila hubungi Pejabat Hal Ehwal Pelajar, PTSB di talian 04-4033333 (sambungan 2164/2166) sekiranya saudara/i ingin mendapatkan maklumat lanjut. Sekian, selamat belajar dan semoga berjaya. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, (HAMZAN BIN HARUN) b.p. Pengarah, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah Darul Aman. 1
Langkah-langkah yang perlu calon pelajar lakukan sebelum melapor diri di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah LANGKAH 1: Bayaran Yuran Pengajian dan Yuran Asrama Sila jelaskan bayaran yuran melalui mesin ATM Bank Islam Malaysia Berhad(BIMB) sahaja. PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN Bayar Kepada Jenis Bayaran Amaun : POLITEKNIK KPT : YURAN PENGAJIAN : RM200 PEMBAYARAN YURAN ASRAMA (Bagi calon pelajar yang menerima tawaran asrama sahaja) Bayar Kepada Jenis Bayaran Amaun : POLITEKNIK KPT : YURAN ASRAMA : RM60 Peralatan yang disediakan di asrama: Katil, tilam, almari, meja dan kerusi, belajar, langsir, kipas, tong sampah, lampu belajar. Cerek dan seterika disediakan di setiap aras. Peralatan yang perlu disediakan oleh pelajar: Bantal, sarung bantal dan peralatan lain yang dirasakan perlu. 2
LANGKAH 2: Bayaran Pelbagai Jumlah Bayaran Cara Bayaran CALON LEPASAN SPM CALON LULUSAN SIJIL KOLEJ KOMUNITI (Bermodular) CALON LULUSAN SIJIL KOLEJ KOMUNITI (Berterusan) CALON LULUSAN SIJIL POLITEKNIK 6 Semester 6 Semester 4 Semester 4 Semester RM 600.00 RM 600.00 RM580 RM580 Sila jelaskan bayaran pelbagai di kaunter Bank Islam Malaysia Berhad(BIMB). Slip pembayaran boleh diperolehi di Bank Islam dan diisi seperti contoh di bawah. Peringatan Pastikan pembayaran adalah atas akaun: Nama Akaun: KOPERASI POLITEKNIK KULIM No. Akaun: 02057010027096 Pastikan nombor kad pengenalan yang dicetak pada slip adalah betul sebelum meninggalkan kaunter bayaran. BAYAR KEPADA : KOPERASI POLITEKNIK KULIM NOMBOR AKAUN : 02057010027096 Jumlah Bayaran Sebanyak : RM 600.00 atau RM580.00 No. Kad Pengenalan calon pelajar SLIP PEMBAYARAN PERLU DIBAWA PADA HARI PENDAFTARAN 3
LANGKAH 3: Cetak Dokumen Pendaftaran Pelajar Sila layari laman web berikut: http://spmp.ptsb.edu.my 3.1 CETAK BUKU PANDUAN PENDAFTARAN 3.2 CETAK BORANG PENDAFTARAN HEP1, HEP2, HEP3, HEP4, HEP5 dan HEP6 3.3 CETAK BORANG PENDAFTARAN ASRAMA LANGKAH 4: Lakukan Pemeriksaan Kesihatan Sila lakukan pemeriksaan kesihatan di hospital/klinik kerajaan atau swasta. Bawa bersama Borang HEP5 ketika berjumpa doktor. Peringatan Pemeriksaan X-ray adalah diwajibkan. Lekatkan Laporan X-ray pada Borang HEP5. LANGKAH 5: Daftar Pengajian Dalam Talian (Online) Pendaftaran pengajian secara online dibuka DUA(2) HARI SELEPAS YURAN PENGAJIAN DIJELASKAN. Sila layari laman web berikut: http://spmp.ptsb.edu.my Catatan Sila cetak Slip Pendaftaran Pengajian. 4
LANGKAH 6: Tempahan Bilik Asrama, Saiz Baju Batik dan Fotografi Sila layari laman web berikut: http://spmp.ptsb.edu.my Catatan Semua pelajar baharu diwajibkan menginap di asrama semasa Minggu Haluan Siswa. Sila cetak Slip Tempahan. LANGKAH 7: Permohonan Pembiayaan Pendidikan PTPTN (Bagi calon pelajar yang berminat untuk memohon PTPTN sahaja) Permohonan adalah dipelawa daripada pelajar-pelajar baharu dan lama (semester dua dan ke atas) Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah yang ingin memohon Pembiayaan Pendidikan PTPTN. CARA MEMOHON: 1) Dapatkan nombor pin PTPTN di Bank Simpanan Nasional (BSN) Bayaran RM5.00 2) Membuka akaun simpanan (atas nama pelajar) di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Wang pembiayaan PTPTN pelajar akan dimasukkan ke akaun ini. 3) Membuka akaun e-mel (untuk urusan rasmi PTPTN). 4) Membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN). Ini adalah sebagai syarat untuk memohon pembiayaan PTPTN. Pembukaan akaun SSPN melalui Maybank atau Bank Islam adalah digalakkan untuk mendapatkan nombor akaun SSPN dengan segera. 5) Daftar permohonan pembiayaan secara online di laman web PTPTN di alamat: http://www.ptptn.gov.my Perhatian: i) Pemohon hendaklah mengingati katalaluan yang digunakan semasa mengisi permohonan secara online. (Katalaluan ini akan digunakan untuk membuat semakan kelulusan permohonan nanti). ii) Sila pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dan betul semasa pengisian kali pertama supaya tidak timbul masalah di kemudian hari. Sila rujuk semua panduan dan arahan di laman web PTPTN. Tarikh tutup permohonan ialah pada 30/11/2013 (Kelompok Pertama) dan 30/12/2013 (Kelompok Kedua). 5
DOKUMEN YANG PERLU DISEDIAKAN UNTUK PEMBIAYAAN PTPTN 1. Senarai Semak - 1 salinan 2. Dokumen Perjanjian (boleh dicetak selepas permohonan diluluskan): 2.1 Surat Tawaran Pembiayaan PTPTN 2.2 Akuan Penerimaan 2.3 Surat Kebenaran 1, 2, 3-2 salinan 2.4 Perjanjian 2.5 Lampiran Perjanjian 2.6 Lampiran A - 1 salinan 3. Dokumen Sokongan: 3.1 Maklumat Permohonan (Butiran Peribadi) (Boleh dicetak selepas permohonan dihantar) 3.2 Salinan Kad Pengenalan Pemohon 3.3 Salinan Sijil SPM (Jika menggunakan slip SPM hendaklah tidak melebihi tempoh 2 tahun dari tahun semasa dokumen perjanjian PTPTN diserahkan) 3.4 Salinan Surat Tawaran Masuk ke Politeknik - 1 salinan 3.5 Salinan Slip Akaun Bank Islam 3.6 Salinan Slip Gaji Penjaga 1 & 2 yang terkini atau Surat Pengesahan Pendapatan. (Slip Gaji hendaklah tidak melebihi tempoh 3 bulan dari bulan semasa dokumen Perjanjian PTPTN diserahkan). 4. Setem Hasil RM10.00-2 keping 5. Lain-lain dokumen seperti di Senarai Semak (Jika berkenaan). - 1 salinan (Senarai semak boleh dicetak selepas permohonan diluluskan) Maklumat lanjut sila hubungi, Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. TEL: 04-4033333 SAMB 2027, 2166. 6
LANGKAH 8: Menyusun Dokumen Pendaftaran Sila susun dokumen pendaftaran mengikut tertib berikut: (Bawa semasa melapor diri) Bil. Dokumen Semakan ( / ) 1. Slip Pendaftaran Pengajian Dalam Talian (Online). 2. Slip Tempahan Bilik Asrama, Saiz Baju Batik dan Fotografi (Online). 3. Salinan Surat Tawaran Program Pengajian Politeknik (3 Salinan) 4. Slip Pembayaran Bil BIMB Bayaran Yuran Pengajian 5. Slip Deposit Tunai BIMB Bayaran Pelbagai 6. Borang HEP1 Maklumat Peribadi Pelajar Borang HEP2 Akuan Pelajar dan Akuan Bapa/ibu/penjaga Borang HEP3 Ikrar Pelajar dan Lepas Tanggung Borang HEP4 Kebenaran Bapa/ibu/penjaga Borang HEP5 - Laporan Pemeriksaan Kesihatan Borang HEP6 - Aku Janji Pelajar Bagi calon pelajar yang menerima tawaran asrama kepilkan bersama dokumen berikut: (Bawa semasa melapor diri) Bil. Dokumen Semakan ( / ) 7. Salinan Slip Yuran Pengajian/Asrama 8. Borang-borang Pendaftaran Asrama Butiran Peribadi Penghuni Asrama Borang Jaminan Tatatertib Asrama Akuan Terima Kunci. SLIP BANK ISLAM HENDAKLAH DIBAWA PADA HARI PENDAFTARAN. TIDAK PERLU DIPOSKAN. 7
PENDAFTARAN PENGAJIAN (LAPOR DIRI) PELAJAR BAHARU SESI DISEMBER 2013 PADA 24 NOVEMBER 2013 (AHAD) ATURCARA MAJLIS Masa Perkara Tempat 8.00 pagi 10.00 pagi Pendaftaran Pengajian & Asrama. Dewan Mu adzam Shah, PTSB. 11.00 pagi 12.00 tengahari Taklimat oleh Pengarah PTSB. Dewan Mu adzam Shah, PTSB. 12.00 tengahari 1.00 tengahari Rehat (waktu bebas pelajar bersama waris) Ibubapa/waris dibenarkan pulang. Kafeteria dan dataran asrama. Catatan : Semua pelajar termasuk pelajar yang menolak tawaran asrama dikehendaki tinggal di asrama sepanjang tempoh Minggu Haluan Siswa pada 24/11/2013 (Ahad) hingga 26/11/2013 (Selasa). Sila bawa kelengkapan untuk tinggal di asrama secukupnya. Pesta Jualan oleh pihak Koperasi dan Kelab Keusahawanan PTSB diadakan pada 9.00 pagi 1.00 petang di sekitar Pusat Islam. 8