KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 19 TAHUN 2008

dokumen-dokumen yang mirip
KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2008 TAWARAN OPSYEN PELANJUTAN UMUR PERSARAAN WAJIB KEPADA 58 TAHUN

KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PERKHIDMATAN PEGAWAI PENGUAT KUASA MARITIM DAN PEGAWAI LAIN-LAIN PANGKAT PENGUAT KUASA MARITIM

JPA.BPO(S)324/14/9-6 Jld.14 s.k.3 (78) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013

PELARASAN GAJI YANG AKHIR DITERIMA BAGI PEGAWAI YANG BERSARA ATAU MENINGGAL DUNIA DALAM PERKHIDMATAN

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

JPA (K)(S)263/7/6 Klt.8(39) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2016 PANDUAN PERTUKARAN PELANTIKAN

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2002

UPSI (ISO) / BSM / P05 PINDAAN : 01

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

TAKLIMAT FAEDAH TERBITAN. BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN Bahagian Pasca Perkhidmatan

TAKLIMAT FAEDAH TERBITAN. BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN Bahagian Pasca Perkhidmatan

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2007 PERSARAAN DEMI KEPENTINGAN PERKHIDMATAN AWAM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2006 IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PRESTASI 2006

JPA.BPO(S)324/14/16-4 (14) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 15 TAHUN 2013

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2003 PEMERIKSAAN KESIHATAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

PROSEDUR PERKHIDMATAN

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (2) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2015

Universiti Malaysia PAHANG

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2005 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17, N22, N26

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 4 TAHUN 2013

JPA.BK (S) 43/13/1Jld. 3 (15) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2009

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (12) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2016 BAYARAN KHAS TAHUN 2016

Pengurusan Maklumat Persaraan. BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN Bahagian Pasca Perkhidmatan

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 18 TAHUN 2009

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Nama dan Permulaan Kuatkuasa

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P008. PROSEDUR PENCEN TERBITAN Tarikh: 08/08/2011

KEMUDAHAN TAMBANG MENGUNJUNGI WILAYAH ASAL BAGI PEGAWAI YANG BERTUKAR WILAYAH

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2005

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2006

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (22) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2017

GARIS PANDUAN AWARD WANG TUNAI GANTIAN CUTI REHAT (GCR)

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

JPA(S)TT. 71/3/1 ( ) No. Siri KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2009

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P006 PROSEDUR PERSARAAN

PROSES PERSARAAN. DISAMPAIKAN Oleh

JPA(S)(BPTM)146/1-130( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2008

IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PRESTASI 2004

PERATURAN BAYARAN KHAS TAHUN 2017

ARAHAN KERJA PERSARAAN WAJIB. Ringkasan Pindaan Dokumen. Disediakan Oleh Dokumen Baru TP(P) TPK(HCM)

PENGENALAN BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN. BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN Bahagian Pasca Perkhidmatan 2

BORANG PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (13) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2016 KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2013

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2009

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (1) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2015 BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2015

PELEPASAN WAKTU BEKERJA KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG MENJALANKAN TUGAS RONDAAN DI BAWAH SKIM RONDAAN SUKARELA KAWASAN RUKUN TETANGGA

PEJABAT PENDAFTAR PROSEDUR PERKHIDMATAN PERSONEL. Ringkasan Pindaan Dokumen Dokumen Baru PP(P) TPK (HCM)

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2014 BANTUAN UPAH JAHIT

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 21 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERUBATAN

KEMUDAHAN PERLINDUNGAN INSURANS KESIHATAN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG BERADA DI LUAR NEGARA ATAS URUSAN PERSENDIRIAN

BORANG PERMOHONAN KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN (PP BIL. 11/2016)

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (20) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2017 BAYARAN KHAS TAHUN 2017

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 38 TAHUN 2013

PERATURAN BAYARAN KHAS AIDILFITRI TAHUN 2018

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT & PENAMATAN PERKHIDMATAN) AHSAN AHMAD BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABATAN PENDAFTAR

DASAR PELETAKAN JAWATAN

PEMBERIAN SUBSIDI YURAN PENGASUHAN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK DI TEMPAT KERJA SEKTOR AWAM

Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan)(No. 2) D.R. 23/2008 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

JPA(S)324/14/23-3 Klt.8(38) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 33 TAHUN 2013 PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P001

Jawapan: Tuan adalah layak memohon Pinjaman Perumahan Kerajaan jika tuan telah memenuhi syarat-syarat berikut:

FAQ PEKELILING PENTADBIRAN UMP BIL. 6 TAHUN 2017 KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN

K U M P U L A N W A N G S I M P A N A N P E K E R J A SENARAI SEMAKAN DOKUMEN PERMOHONAN PENGELUARAN PEKERJA BERPENCEN / PESARA PILIHAN

KEMENTERIAN KEWANGAN PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 7 TAHUN 2013 TATACARA DAN PERATURAN MENGENAI PENGURUSAN PENDAHULUAN PELBAGAI

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

TAFSIRAN. Sebarang tempoh seseorang pegawai tersebut dibenarkan meninggalkan tugasnya (dikira sebagai putus perkhidmatan)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERMOHONAN CUTI TANPA GAJI DAN CUTI SEPARUH GAJI BAGI KAKITANGAN TETAP

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (4) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2015

JPA.BK(S)71/3/4-11( 47 ) Siri No. : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2012

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Dan Peraturan Mengenai Pengurusan Pendahuluan Pelbagai

JPA(S)(BPO)256/6/19 Klt.8 (1) No. Siri :

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

SYARAT DAN KELAYAKAN CUTI TANPA GAJI DAN SEPARUH GAJI. Cuti Tanpa Gaji Atas Sebab Persendirian

PROGRAM PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN KEPADA GOLONGAN PEKERJA

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM PENAMATAN PERKHIDMATAN) Oleh INA MD. YASIN

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2000 SKIM PERKHIDMATAN JURUTEKNIK KOMPUTER DAN PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005].

JPA(S)(BPO)324/14/12-4 Klt. 2 ( 22 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 27 TAHUN 2007

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

PERMOHONAN CUTI TANPA GAJIDAN CUTI SEPARUH GAJI BAGI KAKITANGAN TETAP (TidaktermasukCutiMenjagaAnak)

PERTUKARAN. Surat Iringan Permohonan Pertukaran

1.1 Sebagai garis panduan pengurusan cuti kepada semua kakitangan tetap dan sementara di UPSI.

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

The National Heart Institute (Institut Jantung Negara, IJN)

BAYARAN PASPORT DAN VISA BAGI PEGAWAI YANG DILULUSKAN MENGIKUTI KURSUS JANGKA SEDERHANA DAN KURSUS JANGKA PANJANG DI LUAR NEGARA

JPA(S) (BPO)324/8/19 Klt 6 (31) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2013

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

URUSAN SERI PADUKA BAGINDA

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P003 PROSEDUR PELANTIKAN STAF KONTRAK BUKAN AKADEMIK

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Transkripsi:

JPA/PEN/228/11/5 ( 6 ) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 19 TAHUN 2008 TAWARAN OPSYEN SEMULA KEPADA ANGGOTA YANG TELAH MEMILIH SKIM KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan menjelaskan syarat dan menetapkan prosedur bagi melaksanakan keputusan Kerajaan berkaitan pemberian opsyen semula kepada anggota tetap sektor awam (iaitu pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri serta pekerja Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan) yang telah memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah Seksyen 6A(1) Akta Pencen 1980 (Akta 227) atau Seksyen 6A(1) Akta Pencen Pihak Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239) sebagai skim faedah persaraan, untuk memilih pencen, ganjaran atau faedah faedah lain mengikut peruntukan Seksyen 6A(6A) Akta 227 atau Seksyen 6A(6A) Akta 239. 1

LATAR BELAKANG 2. Seksyen 6A(1) Akta 227 dan Seksyen 6A(1) Akta 239 memberi peluang kepada anggota yang dilantik pada atau selepas 12 April 1991 memilih Skim KWSP sebelum mereka disahkan dalam perkhidmatan. Subseksyen (3) di bawah seksyen yang sama pula menetapkan bahawa opsyen tersebut adalah menjadi muktamad apabila ia berkuat kuasa pada tarikh pengesahan dalam perkhidmatan anggota. Prosedur pemberian opsyen ini adalah seperti dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2001. 3. Seksyen 6A Akta 227 dan Seksyen 6A Akta 239 telah dipinda bagi membolehkan opsyen semula diberikan kepada anggota yang telah memilih Skim KWSP sebelum 1 Januari 2009 dan telah disahkan dalam perkhidmatannya sebelum tarikh tersebut. 4. Opsyen semula anggota di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini akan menjadi muktamad pada 1 Februari 2009. PELAKSANAAN Anggota Yang Layak Ditawarkan Opsyen Semula 5. Opsyen semula ini layak ditawarkan kepada: (i) anggota tetap yang telah memilih Skim KWSP sebelum 1 Januari 2009 dan telah disahkan dalam perkhidmatannya sebelum tarikh itu; dan 2

(ii) anggota tetap yang telah memilih Skim KWSP sebelum 1 Januari 2009 di mana tarikh pengesahan dalam perkhidmatannya dikebelakangkan sebelum 1 Januari 2009 tetapi dimaklumkan oleh Pihak Berkuasa Melantik (PBM) kepada anggota selepas 1 Januari 2009. 6. Anggota tetap yang dimaksudkan adalah termasuk anggota yang sedang (i) dalam peminjaman; (ii) dalam pertukaran sementara; (iii) bercuti (cuti tanpa gaji, cuti separa gaji dan cuti sakit khas); (iv) bercuti belajar atau berkursus; (v) dalam tindakan tatatertib yang belum berkeputusan muktamad anggota itu dibuang kerja; dan/atau (vi) dalam tindakan untuk disahkan dalam perkhidmatannya. Anggota Yang Tidak Layak Ditawarkan Opsyen Semula 7. Opsyen semula ini tidak layak ditawarkan kepada: (i) anggota yang telah memilih Skim KWSP dan telah bersara pada atau sebelum 1 Januari 2009; dan (ii) pekerja yang telah memilih Skim KWSP dan berkhidmat di agensi Kerajaan berasaskan sistem saraan yang diasingkan daripada Skim Baru (termasuk Sistem Saraan Baru dan Sistem Saraan Malaysia) dan pemberian faedah persaraannya adalah selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 6B, 6C dan 6D, atau 6E, 6F dan 6G Akta 239. 3

Tanggungjawab Ketua Jabatan 8. Ketua Jabatan hendaklah: (i) memberikan penjelasan mengenai perbandingan antara Skim KWSP dan pencen, ganjaran atau faedah faedah lain seperti yang dinyatakan dalam Lampiran A, sebelum anggota membuat pilihan melalui opsyen semula; (ii) mengedarkan Borang Opsyen Semula seperti di Lampiran B kepada setiap anggota yang layak diberi opsyen semula; (iii) memastikan anggota mengemukakan 2 salinan Borang Opsyen Semula yang telah dilengkapkan sebelum tarikh tamat tempoh opsyen semula dan mengembalikan sesalinan borang tersebut untuk rujukan anggota; (iv) menyimpan sesalinan Borang Opsyen Semula anggota dalam fail peribadinya; (v) merekodkan pilihan opsyen semula anggota dalam Buku Perkhidmatan dengan mencatatkan maklumat seperti di Lampiran C; (vi) memperakukan secepat mungkin setiap anggota yang memilih pencen, ganjaran atau faedah faedah lain melalui opsyen semula ini kepada PBM, atau bagi pekerja Pihak Berkuasa Berkanun atau Tempatan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (Bahagian Pasca 4

Perkhidmatan), untuk diberi taraf berpencen mengikut prosedur yang berkuat kuasa pada masa kini; (vii) mengisi dan mengembalikan borang maklum balas seperti di Lampiran D kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (Bahagian Pasca Perkhidmatan) sebelum 7 Februari 2009; dan (viii) memastikan pemberian opsyen semula kepada anggota di bawah perenggan 5(ii) Pekeliling Perkhidmatan ini diuruskan segera dalam tempoh sebulan selepas pengesahan perkhidmatannya dimaklumkan. 9. Bagi anggota yang dinyatakan di perenggan 6(vi) Pekeliling Perkhidmatan ini, Ketua Jabatan hendaklah menyegerakan perakuan kepada PBM untuk pengesahan dalam perkhidmatannya. Tempoh Opsyen Semula 10. Opsyen semula boleh dibuat mulai 1 Januari 2009 dan Borang Opsyen Semula hendaklah diserahkan kepada Ketua Jabatan sebelum 1 Februari 2009. Anggota yang tidak membuat opsyen semula atau tidak menyerahkan Borang Opsyen Semula sebelum tarikh tersebut atau yang membuat opsyen dengan bantahan atau syarat tambahan disifatkan kekal di bawah Skim KWSP. Opsyen oleh anggota berkuat kuasa pada 1 Februari 2009 dan adalah muktamad. 11. Bagi anggota di bawah perenggan 5(ii) Pekeliling Perkhidmatan ini yang dimaklumkan pengesahan dalam perkhidmatannya selepas 1 Januari 2009, tarikh muktamad opsyen semulanya ialah sebulan daripada tarikh dia membuat opsyen semula itu. 5

12. Sehubungan perenggan 11, jika anggota tersebut memilih pencen, ganjaran atau faedah faedah lain di bawah pemberian opsyen semula ini dan dikenakan tindakan tatatertib yang berkeputusan beliau dibuang kerja atau dikehendaki bersara di bawah keadaan keadaan yang dinyatakan dalam Seksyen 6A(6) Akta 227 atau Seksyen 6A(6) Akta 239 pada bila bila masa sebelum genap sebulan daripada tarikh opsyen semulanya itu, beliau masih tertakluk kepada Skim KWSP (iaitu pilihan melalui opsyen asalnya). IMPLIKASI OPSYEN SEMULA KEPADA ANGGOTA YANG MEMILIH PENCEN, GANJARAN ATAU FAEDAH FAEDAH LAIN SEBAGAI SKIM FAEDAH PERSARAAN Pemakaian Undang Undang Pencen Dan Peraturan Peraturan Lain 13. Anggota yang memilih pencen, ganjaran atau faedah faedah lain di bawah pemberian opsyen semula ini adalah tertakluk kepada undang undang pencen serta Perintah Am, peraturan perkhidmatan, skim perkhidmatan, pekeliling perkhidmatan, surat pekeliling perkhidmatan dan arahan arahan lain berkaitannya yang berkuat kuasa sehubungan dengan pemberian pencen, ganjaran atau faedahfaedah lain. Pemberian Taraf Berpencen 14. Perakuan pemberian taraf berpencen kepada anggota yang memilih pencen, ganjaran atau faedah faedah lain di bawah opsyen semula ini hendaklah mengikut prosedur yang sedang berkuat kuasa. Borang Opsyen Semula anggota tersebut hendaklah dilampirkan semasa perakuan pemberian taraf berpencen dikemukakan kepada PBM, atau bagi pekerja Pihak Berkuasa Berkanun atau Tempatan, kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (Bahagian Pasca Perkhidmatan). Tarikh kuat kuasa pemberian taraf berpencen tidak boleh lebih awal daripada 1 Februari 2009. 6

15. Bagi memenuhi syarat pemberian taraf berpencen seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 7 Akta 227 atau Seksyen 6 Akta 239, tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira adalah mulai tarikh pelantikan pertama anggota dalam perkhidmatan, tertakluk kepada syarat syarat mengenai tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira di bawah undang undang pencen. Pengambilan Kira Tempoh Perkhidmatan 16. Tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira bagi maksud pengiraan faedah persaraan (pencen dan ganjaran) ialah mulai tarikh lantikan pertama anggota dalam perkhidmatan sehingga anggota berkenaan bersara atau dibersarakan di bawah undang undang pencen tertakluk kepada syarat syarat mengenai tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira di bawah undangundang pencen. Walau bagaimanapun, apa apa caruman KWSP syer Kerajaan/majikan serta faedah yang terakru bagi mana mana tempoh perkhidmatan yang diambil kira hendaklah dibayar balik kepada Kerajaan sebagaimana contoh di Lampiran E. Kematian Anggota Dalam Tempoh Opsyen 17. Jika seseorang anggota yang telah memilih pencen, ganjaran atau faedahfaedah lain melalui opsyen semula meninggal dunia sebelum tarikh kuat kuasa opsyen tersebut, anggota itu disifatkan sebagai anggota berpencen seperti mana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 6A(6C) Akta 227 atau Seksyen 6A(6C) Akta 239 berasaskan pengesahan ke dalam perkhidmatan beliau sebelum ini. Peruntukan undang undang pencen berkaitan dengan pemberian pencen, ganjaran atau faedah faedah lain adalah terpakai ke atasnya pada tarikh kematiannya itu. 7

PENGEKALAN 18. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2001 adalah terpakai bagi anggota yang dilantik pada atau selepas 1 Januari 2009. TARIKH KUAT KUASA 19. Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa pada 1 Januari 2009. PEMAKAIAN 20. Pekeliling Perkhidmatan ini meliputi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri serta pekerja Pihak Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan. " BERKHIDMAT UNTUK NEGARA " ( TAN SRI ISMAIL ADAM ) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PUTRAJAYA 24 Disember 2008 Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Semua Pihak Berkuasa Tempatan 8

Lampiran A Perbandingan Antara Faedah Persaraan/Faedah Terbitan Yang Akan Diterima Oleh Anggota Yang Memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pilihan Pencen, Ganjaran atau Faedah Faedah Lain PERKARA PERBANDINGAN ANTARA SKIM KWSP DAN PILIHAN PENCEN, GANJARAN ATAU FAEDAH FAEDAH LAIN SKIM KWSP PENCEN, GANJARAN ATAU FAEDAH FAEDAH LAIN 1. ASAS PERUNDANGAN 2. SKIM CARUMAN (a) Caruman Kerajaan (majikan) (b) Caruman anggota 3. PEMBERIAN TARAF BERPENCEN (PTB) Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 1991 (Akta 452) NOTA:Tertakluk kepada pindaan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa. (a) Caruman oleh Kerajaan (majikan) atas kadar 12% emolumen (iaitu gaji dan imbuhan tetap) sepanjang tempoh perkhidmatan anggota. (b) Caruman oleh anggota atas kadar 11% emolumen (iaitu gaji dan imbuhan tetap) sepanjang tempoh perkhidmatan anggota. NOTA:Tertakluk kepada apa apa kadar caruman yang ditetapkan di bawah Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 1991 (Akta 452). Tiada konsep pemberian taraf berpencen. (1) Akta Pencen 1980 (Akta 227); (2) Akta Pencen Pihak Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239); dan (3) Akta Penyelarasan Pencen 1980 (Akta 238). NOTA:Tertakluk kepada pindaan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa. (a) Caruman oleh Kerajaan (majikan) atas kadar 12% emolumen (iaitu gaji dan imbuhan tetap). (b) Caruman oleh anggota atas kadar 11% emolumen (iaitu gaji dan imbuhan tetap). NOTA: i. Tertakluk kepada apa apa kadar caruman yang ditetapkan di bawah Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 1991 (Akta 452). ii. Caruman dihentikan apabila anggota diberi taraf berpencen. Jumlah caruman Kerajaan (majikan) berserta faedahnya dikembalikan kepada Kerajaan apabila faedah persaraan atau faedah terbitan di bawah undang undang pencen diberi kepada anggota atau tanggungannya, atau semasa anggota mengeluarkan carumannya berserta faedah melalui Skim Pengeluaran Pekerja Berpencen KWSP. Taraf anggota berpencen diberi oleh Pihak Berkuasa Melantik (PBM) [bagi pegawai Perkhidmatan Awam] atau Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam [bagi pekerja Pihak Berkuasa Berkanun atau Tempatan] selepas anggota disahkan dalam perkhidmatan dan mempunyai sekurang kurangnya 3 tahun tempoh perkhidmatan. NOTA:Taraf anggota berpencen melayakkan anggota diberi faedah persaraan sekiranya berlaku persaraan (kecuali bagi maksud persaraan atas sebab kesihatan dan persaraan setelah dilantik untuk berkhidmat dalam pertubuhan yang mana syarat pengesahan dalam perkhidmatan sahaja adalah memadai). Faedah terbitan boleh diberi dengan syarat telah disahkan dalam perkhidmatan sahaja. 9

PERKARA 4. FAEDAH PERSARAAN/ FAEDAH TERBITAN PERBANDINGAN ANTARA SKIM KWSP DAN PILIHAN PENCEN, GANJARAN ATAU FAEDAH FAEDAH LAIN SKIM KWSP (1) Apabila anggota bersara atau meninggal dunia dalam perkhidmatan, anggota/penama/ balu atau duda/anak akan diberi jumlah caruman Kerajaan (majikan) dan caruman anggota kepada KWSP, berserta faedah ke atasnya untuk dikeluarkan mengikut peruntukan undang undang KWSP yang berkuat kuasa. (2) Jika anggota meninggal dunia dalam persaraan, tiada apa apa pemberian dibuat kepada mana mana pihak sekiranya anggota telah mengeluarkan keseluruhan carumannya di KWSP berserta faedah ke atasnya. PENCEN, GANJARAN ATAU FAEDAH FAEDAH LAIN (1) Faedah persaraan yang boleh diberi apabila anggota bersara ialah (i) pencen (bulanan) atas kadar: 1/600 x jumlah genapnya bulan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira x gaji yang akhir diterima, tertakluk kepada maksimum sebanyak tiga per lima daripada gaji akhir yang diterimanya; dan (ii) ganjaran (sekaligus) atas kadar: 7.5% x jumlah genapnya bulan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira x gaji yang akhir diterima. (2) Faedah terbitan yang boleh diberi jika (i) anggota meninggal dunia dalam perkhidmatan ialah (a) (b) pencen terbitan (bulanan) atas kadar seperti di (1) (i) tetapi tidak kurang 1/5 dari gaji akhir, kepada: balu atau duda (diberi seumur hidup, tidak kira sama ada berkahwin semula atau tidak); anak yang belum berkahwin (sehingga mencapai umur 21 tahun atau sehingga menamatkan pendidikan ke ijazah pertama, mengikut mana yang terkemudian); dan anak cacat dan tidak boleh menanggung nafkah sendiri (diberi seumur hidup) [sekiranya gemulah dilantik selepas 16 Mei 1986, kecacatan anak tersebut hendaklah sebelum dia mencapai umur 21 tahun]. ganjaran terbitan (sekaligus) atas kadar seperti di (1)(ii), kepada: balu atau duda; anak di bawah umur 21 tahun (tiada had umur bagi anak cacat); ibu (atau bapa tanggungan sekiranya ibu telah meninggal dunia) 10

PERKARA PERBANDINGAN ANTARA SKIM KWSP DAN PILIHAN PENCEN, GANJARAN ATAU FAEDAH FAEDAH LAIN SKIM KWSP PENCEN, GANJARAN ATAU FAEDAH FAEDAH LAIN Jika tiada ahli keluarga tanggungan, ganjaran terbitan diberi kepada wakil diri di sisi undang undang. (ii) anggota meninggal dunia dalam persaraan ialah (a) pencen terbitan yang kadarnya sama banyak dengan kadar pencen yang telah dibayar kepada gemulah, diberi kepada: balu atau duda (seumur hidup, tidak kira sama ada berkahwin semula atau tidak); anak yang belum berkahwin (sehingga mencapai umur 21 tahun atau sehingga menamatkan pendidikan ke ijazah pertama, mengikut mana yang terkemudian); dan anak cacat dan tidak boleh menanggung nafkah sendiri (diberi seumur hidup) [sekiranya gemulah dilantik selepas 16 Mei 1986, kecacatan anak tersebut adalah sebelum dia mencapai umur 21 tahun]. (3) Faedah faedah lain yang boleh diberi kepada anggota ialah (i) elaun bersara/elaun bersara terbitan kepada pegawai sementara di bawah seksyen 24/25 Akta 227; atau (ii) pencen hilang upaya sebagai pemberian tambahan kepada pencen di 1(i); atau (iii) pencen tanggungan sebagai pemberian tambahan kepada pencen terbitan di 2(i)(a); atau (iv) elaun tanggungan sebagai menggantikan pencen yang dihentikan dalam keadaan pesara atau penerima pencen dipenjarakan atau diisytiharkan bankrap. NOTA: Pencen/pencen terbitan, elaun bersara/elaun bersara terbitan, pencen hilang upaya dan pencen tanggungan diselaraskan dibawah Akta 238 apabila berlaku semakan atau pelarasan gaji sektor awam secara umum. 11

PERKARA PERBANDINGAN ANTARA SKIM KWSP DAN PILIHAN PENCEN, GANJARAN ATAU FAEDAH FAEDAH LAIN SKIM KWSP PENCEN, GANJARAN ATAU FAEDAH FAEDAH LAIN Pemberian Wang Tunai Sebagai Gantian Cuti Rehat (GCR) dibayar kepada semua anggota sama ada yang memilih Skim KWSP atau pencen, ganjaran atau faedah faedah lain atas kadar 1/30 x gaji yang akhir diterima (termasuk imbuhan tetap) x jumlah hari Cuti Rehat (atau Cuti Rehat Khas, bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan) yang dikumpulkan, tertakluk kepada had maksimum 150 hari. 5. FAEDAH PERUBATAN Tiada. Kemudahan rawatan dan perubatan di Hospital Kerajaan untuk pesara dan ahli keluarga tanggungan adalah seperti yang diperuntukkan di bawah Perintah Am Bab F 1974 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2001. 6. SEKIRANYA TAMAT PERKHIDMATAN TANPA BERSARA (CONTOHNYA, LETAK JAWATAN ATAU DIBUANG KERJA) Jumlah caruman Kerajaan (majikan) dan caruman anggota kepada KWSP, berserta faedah ke atasnya kekal dalam akaun KWSP anggota untuk ditambahkan kepada caruman semasa pekerjaan seterusnya dan boleh dikeluarkan oleh pekerja mengikut peruntukan undang undang KWSP yang berkuat kuasa. NOTA: i. Kad pesara akan dikeluarkan kepada semua pesara untuk pengenalan dan bagi melayakkan pesara mendapat faedah perubatan. ii. Tuntutan bayaran balik bagi kemudahan rawatan dan perubatan boleh dibuat kepada pihak pihak seperti berikut (1) kepada Jabatan Perkhidmatan Awam bagi pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan; (2) kepada Pihak Berkuasa Negeri bagi pesara Perkhidmatan Awam Negeri; dan (3) kepada Pihak Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan bagi pekerja Pihak Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan. Anggota tidak diberi pencen, ganjaran atau faedahfaedah lain. Jumlah caruman Kerajaan (majikan) dan caruman anggota kepada KWSP, berserta faedah ke atasnya sebelum anggota memperolehi taraf berpencen, kekal dalam akaun KWSP anggota untuk ditambahkan kepada caruman KWSP semasa pekerjaan seterusnya dan boleh dikeluarkan oleh pekerja mengikut peruntukan undang undang KWSP yang berkuat kuasa. NOTA: (1) Untuk fahaman terperinci, sila rujuk undang undang berkaitan termasuk perundangan tambahan di bawah undang undang tersebut. (2) Sebarang pertanyaan mengenai pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan ini termasuk penjelasan perbandingan antara faedah faedah persaraan yang akan diterima oleh anggota yang memilih Skim KWSP dan yang memilih pencen, ganjaran atau faedah faedah lain hendaklah dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (Bahagian Pasca Perkhidmatan). 12

Lampiran B Kepada: PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 19 TAHUN 2008 Borang Opsyen Semula Tuan, (Ketua Jabatan) Merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 19 Tahun 2008, saya dengan ini membuat opsyen semula untuk *: Memilih pencen, ganjaran atau faedah faedah lain dan tertakluk kepada Akta Pencen 1980 (Akta 227) dibaca bersama sama Akta Pencen (Pindaan)(No. 2) 2008 / Akta Pencen Pihak Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239) dibaca bersama Akta Pencen Pihak Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan)(No. 2) 2008**, tertakluk kepada semua peruntukan Akta Pindaan tersebut. ATAU Kekal di bawah Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan tertakluk kepada Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452). 2. Saya sesungguhnya mengaku memahami akan segala kandungan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 19 Tahun 2008 serta implikasi, kesan dan akibat opsyen semula saya ini dan saya sesungguhnya mengetahui bahawa opsyen yang telah saya buat ini adalah muktamad. Tandatangan : Nama : No. Kad Pengenalan : Jawatan : Tarikh : * Tandakan ( ) dalam petak yang berkenaan ** Potong mana yang tidak berkenaan Disahkan oleh: Tandatangan : Nama : Jawatan : Tarikh : Cop Rasmi Jabatan : 13

Lampiran C CATATAN DI BUKU REKOD PERKHIDMATAN KERAJAAN Opsyen Semula Di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 19 Tahun 2008 Telah memilih pencen, ganjaran atau faedah faedah lain dan tertakluk kepada Akta Pencen 1980 (Akta 227) dibaca bersama sama Akta Pencen (Pindaan) (No. 2) 2008 / Akta Pencen Pihak Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239) dibaca bersama Akta Pencen Pihak Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan)(No. 2) 2008*, tertakluk kepada semua peruntukan Akta Pindaan tersebut. (ATAU) Telah memilih untuk kekal di bawah Skim KWSP dan tertakluk kepada Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452 ). Tandatangan pihak yang mengesahkan, jawatannya dan tarikh pengesahan *Potong mana yang tidak berkenaan. Akta 227 ialah bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan atau Negeri dan Akta 239 ialah bagi pekerja Pihak Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan. 14

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 19 TAHUN 2008 Laporan Jumlah Anggota Yang Membuat Opsyen Semula Lampiran D PILIHAN KUMPULAN PERKHIDMATAN DI BAWAH P.P. 19/2008 MEMILIH PENCEN, GANJARAN ATAU FAEDAH FAEDAH LAIN MEMILIH KEKAL DI BAWAH SKIM KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA LELAKI PEREMPUAN LELAKI PEREMPUAN KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL (GRED 41 54) KUMPULAN SOKONGAN (GRED 31 40) KUMPULAN SOKONGAN (GRED 21 30) KUMPULAN SOKONGAN (GRED 17 20) KUMPULAN SOKONGAN (GRED 1 16) JUMLAH Pegawai Yang Mengesahkan Maklumat Nama & Alamat Lengkap Jabatan Tandatangan : Nama : Jawatan : No. Telefon : Tarikh : 15

Lampiran E PENGAMBILAN KIRA TEMPOH PERKHIDMATAN BAGI TUJUAN PERKIRAAN PENCEN DAN GANJARAN BAGI ANGGOTA YANG MEMILIH PENCEN, GANJARAN ATAU FAEDAH FAEDAH LAIN DI BAWAH PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 19 TAHUN 2008 Tarikh Pelantikan Tarikh Pengesahan Dalam Perkhidmatan Tarikh Kuat Kuasa Opsyen Semula Dan Anggota Memilih Pencen, Ganjaran Atau Faedah Faedah Lain Tarikh Pemberian Taraf Berpencen Tarikh Henti Caruman KWSP Tarikh Persaraan / Tarikh Kematian Dalam Perkhidmatan A B C D E F 216 bulan 180 bulan KWSP Caruman Anggota KWSP Caruman Kerajaan/Majikan 396 bulan 1. Tempoh perkhidmatan bagi pengiraan pencen dan ganjaran bagi anggota yang memilih pencen, ganjaran atau faedah faedah lain ialah : (i) bagi persaraan, dari (A) hingga sehari sebelum tarikh persaraan di (F); (ii) bagi kematian dalam perkhidmatan, dari (A) hingga tarikh kematian di (F). 2. Pencen/Pencen Terbitan: 1/600 x 360 bulan (maksimum tempoh perkhidmatan yang diambil kira) x gaji akhir yang diterima [bagi persaraan, pada sehari sebelum tarikh persaraan di (F) dan bagi kematian dalam perkhidmatan, pada tarikh kematian di (F)]. 3. Ganjaran/Ganjaran Terbitan: 7.5% x 396 bulan x gaji akhir yang diterima [bagi persaraan, pada sehari sebelum tarikh persaraan di (F) dan bagi kematian dalam perkhidmatan, pada tarikh kematian di (F)] tolak KWSP caruman syer Kerajaan/majikan bagi tempoh caruman di (A) sehingga di (E) berserta faedah yang terakru. 16