KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 3 TAHUN 2018 TATACARA PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN

dokumen-dokumen yang mirip
KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 4 TAHUN 2013

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2008 TAWARAN OPSYEN PELANJUTAN UMUR PERSARAAN WAJIB KEPADA 58 TAHUN

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

JPA.BPO(S)324/14/16-4 (14) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 15 TAHUN 2013

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

JPA.BPO(S)324/14/9-6 Jld.14 s.k.3 (78) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013

UNTUK KEGUNAAN JABATAN PENDAFTAR

JPA (K)(S)263/7/6 Klt.8(39) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2016 PANDUAN PERTUKARAN PELANTIKAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 18 TAHUN 2009

KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PERKHIDMATAN PEGAWAI PENGUAT KUASA MARITIM DAN PEGAWAI LAIN-LAIN PANGKAT PENGUAT KUASA MARITIM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2007 PERSARAAN DEMI KEPENTINGAN PERKHIDMATAN AWAM

PANDUAN PENGURUSAN PEMANGKUAN DAN KENAIKAN PANGKAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2002

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Nama dan Permulaan Kuatkuasa

PROSEDUR PERKHIDMATAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2005 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17, N22, N26

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 1TAHUN 2011

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2005

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

GARIS PANDUAN URUSAN PENGESAHAN KE DALAM PERKHIDMATAN

BORANG LAPORAN PENGESAHAN/ PELANJUTAN/ PENAMATAN (STAF BUKAN AKADEMIK)

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P005 PROSEDUR PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN DAN PEMBERIAN TARAF BERPENCEN

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (2) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2015

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN OPERATOR MESIN PROSESAN DATA GRED F11, F14

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian Y.Bhg. Tan Sri/Datuk/Dato /Datin/tuan/puan mengenai perkara di atas.

JPA(S)324/14/23-3 Klt.8(38) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 33 TAHUN 2013 PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN

PELARASAN GAJI YANG AKHIR DITERIMA BAGI PEGAWAI YANG BERSARA ATAU MENINGGAL DUNIA DALAM PERKHIDMATAN

SULIT BORANG LAPORAN PENGESAHAN/ PELANJUTAN/ PENAMATAN (STAF AKADEMIK) ARAHAN; PP 03

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (12) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2016 BAYARAN KHAS TAHUN 2016

UPSI (ISO) / BSM / P05 PINDAAN : 01

PEJABAT PENDAFTAR PROSEDUR PERKHIDMATAN PERSONEL. Ringkasan Pindaan Dokumen Dokumen Baru PP(P) TPK (HCM)

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2006 IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PRESTASI 2006

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT & PENAMATAN PERKHIDMATAN) AHSAN AHMAD BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABATAN PENDAFTAR

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

JPA(BPO)(S)324/14/34-1 Klt. 3 (4) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2008

JPA.BK(S)71/3/4-11( 47 ) Siri No. : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2012

PANDUAN MENGISI BORANG PERAKUAN PENILAIAN PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN UNTUK STAF BUKAN AKADEMIK BAHAGIAN A

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2009

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 2 TAHUN 2011

GARIS PANDUAN URUSAN PENGESAHAN KE DALAM PERKHIDMATAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

Universiti Malaysia PAHANG

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2014 BANTUAN UPAH JAHIT

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (20) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2017 BAYARAN KHAS TAHUN 2017

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENILAIAN TAHAP KECEMERLANGAN BAGI URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED

No. Borang Tender :... (Diisi Oleh Petender) Kod Tender :... (Diisi Oleh Petender) KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BORANG TENDER

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

LAPORAN NILAIAN PRESTASI UNTUK PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL / PELAKSANA 1. NAMA :. NO. UKM(PER) :.

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

DASAR PELETAKAN JAWATAN

PERTUKARAN. Surat Iringan Permohonan Pertukaran

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AKTIVITI UNIT KOMPETENSI

JPA(S)(BPO)324/14/12-4 Klt. 2 ( 22 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 27 TAHUN 2007

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2013

M / S : 1/16 TARIKH : 1 APRIL 2015 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN PENTADBIRAN PINDAAN : 01 UPSI(ISO)/BSM/P09 KELUARAN : A 1.

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 21 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERUBATAN

PANDUAN AM MENGISI BORANG LAPORAN PRESTASI TAHUNAN

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (1) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2015 BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2015

PERMOHONAN CUTI TANPA GAJIDAN CUTI SEPARUH GAJI BAGI KAKITANGAN TETAP (TidaktermasukCutiMenjagaAnak)

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P003 PROSEDUR PELANTIKAN STAF KONTRAK BUKAN AKADEMIK

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2006

DASAR KENAIKAN PANGKAT BAGI PEGAWAI YANG SEDANG DISIASAT DAN TELAH DIKENAKAN HUKUMAN TATATERTIB

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P006 PROSEDUR PERSARAAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERMOHONAN CUTI TANPA GAJI DAN CUTI SEPARUH GAJI BAGI KAKITANGAN TETAP

PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 7 TAHUN 2015 PELAKSANAAN DASAR PEMISAH (EXIT POLICY) BAGI PEGAWAI YANG BERPRESTASI RENDAH DALAM PERKHIDMATAN AWAM

TAKLIMAT PENGENALAN SUBMODUL PENGURUSAN TATATERTIB. Bahagian Pengurusan Maklumat, JPA

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

JPA.BK (S) 43/13/1Jld. 3 (15) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2009

PROGRAM PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN KEPADA GOLONGAN PEKERJA

JPA(S)(BPO)256/6/19 Klt.8 (1) No. Siri :

TAFSIRAN. Kriteria dan Wajaran Markah Penilaian KPI HRMIS bagi Tahun 2017 adalah seperti berikut: KRITERIA

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM PENAMATAN PERKHIDMATAN) Oleh INA MD. YASIN

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KENAIKAN PANGKAT MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA 1999

PANDUAN MENGISI BORANG PERAKUAN PENILAIAN PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN UNTUK STAF AKADEMIK BAHAGIAN A

PANDUAN MENGURUS PEGAWAI TIDAK HADIR BERTUGAS

BORANG PPPM 1A PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI PENGURUSAN PPPS GRED DG41 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) Tahun

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PAHANG

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

JPA(S) (BPO)324/8/19 Klt 6 (31) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2013

URUSAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG41 KE GRED DG44 SECARA TIME-BASED

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P001

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN 1 BAGI JAWATAN PEMBANTU TADBIR (P/O) N17

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (05) 2009 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 05/2009

3. Pegawai Yang Layak Penyelia Asrama (Gred N17) yang telah Menduduki Peperiksaan: disahkan dalam perkhidmatan.

SUKATAN PEPERIKSAAN KHAS UNTUK MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI TADBIR (N41) Bidang sukatan peperiksaan adalah merangkumi

PELEPASAN WAKTU BEKERJA KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG MENJALANKAN TUGAS RONDAAN DI BAWAH SKIM RONDAAN SUKARELA KAWASAN RUKUN TETANGGA

Transkripsi:

SPP(S).100-1/6/1 KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 3 TAHUN 2018 TATACARA PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN TUJUAN 1. Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan tatacara urusan pengesahan dalam perkhidmatan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (APP) di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). LATAR BELAKANG 2. Pada masa ini, SPP melaksanakan urusan perkhidmatan bagi APP berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A)1/2012] dan peraturan-peraturan lain yang berkuat kuasa. 3. Peraturan 29(1) [P.U.(A)1/2012] memperuntukkan seseorang pegawai yang dalam tempoh percubaan yang telah memenuhi semua syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan atau apa-apa syarat lain yang ditetapkan adalah layak disahkan dalam perkhidmatan oleh Suruhanjaya yang berkenaan. 1

4. Peraturan 29(5) [P.U.(A)1/2012] menjelaskan bahawa jika Ketua Jabatan gagal mengemukakan perakuan bagi pengesahan seseorang pegawai yang telah layak disahkan dalam perkhidmatan, pegawai itu boleh memohon kepada Suruhanjaya untuk disahkan dan suatu salinan permohonan itu hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan. Suruhanjaya boleh menjalankan suatu siasatan ke atas permohonan tersebut dan apabila selesai siasatan itu, pegawai boleh disahkan dalam perkhidmatan sekiranya layak seperti yang dinyatakan dalam Peraturan 29(6) [P.U.(A)1/2012]. 5. Peraturan 37(1) [P.U.(A)1/2012] menjelaskan bahawa seseorang pegawai yang berhasrat untuk memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 6A Akta Pencen 1980 atau undang-undang pencen yang berkuat kuasa hendaklah, sebelum diperakukan pengesahan dalam perkhidmatan, melaksanakan pilihannya dengan menggunakan Borang Opsyen Bagi Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Mengikut Subseksyen 6A(1) Akta Pencen 1980. 6. Peraturan 37(2) [P.U.(A)1/2012] menjelaskan bahawa pegawai yang telah memilih Skim KWSP pada jawatan terdahulu dan dilantik ke jawatan lain dalam perkhidmatan awam, perkhidmatan awam Negeri, pihak berkuasa berkanun atau pihak berkuasa tempatan hendaklah tertakluk kepada peraturan yang dinyatakan di Perenggan 5. 7. Tempoh percubaan seseorang pegawai sebelum disahkan dalam perkhidmatan adalah antara satu (1) hingga tiga (3) tahun selaras dengan Perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2012 Pelaksanaan Urusan Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia. 2

8. Peraturan 50(1) [P.U.(A)1/2012] memperuntukkan Yang di-pertuan Agong boleh menamatkan perkhidmatan seseorang pegawai dalam percubaan pada pelantikan pertama yang telah gagal untuk disahkan dalam perkhidmatan semasa tempoh percubaan, sama ada tempoh percubaan asal atau yang dilanjutkan. Manakala Peraturan 50(2) [P.U.(A) 1/2012] menjelaskan bahawa pegawai boleh ditamatkan perkhidmatannya jika dia gagal dalam kursus atau latihan yang disyaratkan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan. DEFINISI 9. Bagi maksud pekeliling ini: Anggota Kumpulan Pelaksana bermaksud (i) (ii) (iii) Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19 Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19 Pembantu Pengurusan Murid Gred N19 (iv) Penyelia Asrama Gred N19 (v) Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 (vi) Pembantu Makmal Gred C19 (vii) Pembantu Operasi Gred N11 (viii) Pemandu Kenderaan Gred H11 Anggota Perkhidmatan Pendidikan bermaksud Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi dan Anggota Kumpulan Pelaksana lantikan SPP; Buku Perkhidmatan Kerajaan bermaksud buku perkhidmatan pegawai; 3

Pegawai bermaksud pegawai yang dilantik tetap oleh SPP; dan Ketua Jabatan bermaksud Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia atau mana-mana pegawai yang diwakilkan kuasa secara bertulis oleh Ketua Jabatan untuk bertindak bagi pihaknya seperti yang berikut: (i) Pegawai yang berkhidmat di Agensi dan Bahagian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Ketua Jabatan ialah Ketua Pengarah, Pengarah atau Setiausaha Bahagian yang berkenaan; (ii) Pegawai yang berkhidmat di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan kampus-kampusnya, Ketua Jabatan ialah Rektor IPGM atau Pengarah bagi IPG Kampus yang berkenaan; (iii) Pegawai yang berkhidmat di Politeknik, Kolej Komuniti dan Kolej Matrikulasi, Ketua Jabatan ialah Pengarah di institusi yang berkenaan; (iv) Pegawai yang berkhidmat di Jabatan Pendidikan Negeri, Ketua Jabatan ialah Pengarah Pendidikan Negeri; (v) Pegawai yang berkhidmat di Pejabat Pendidikan Daerah, Ketua Jabatan ialah Pegawai Pendidikan Daerah; (vi) Pegawai yang berkhidmat di Kolej Vokasional, Ketua Jabatan ialah Pengarah Kolej Vokasional yang berkenaan; dan (vii) Pegawai yang berkhidmat di sekolah menengah atau rendah, Ketua Jabatan ialah Pengetua atau Guru Besar sekolah yang berkenaan. 4

SYARAT PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN 10. Seseorang pegawai yang sedang berkhidmat dalam tempoh percubaan layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah memenuhi syarat seperti berikut: Syarat Pengesahan Dalam Perkhidmatan Mengikut Skim Perkhidmatan Bil. Skim Perkhidmatan Syarat Pengesahan Dalam Perkhidmatan i. Pegawai Perkhidmatan a. Menjalani percubaan bagi tempoh Pendidikan (PPP) dan satu (1) hingga tiga (3) tahun; Pegawai Pendidikan b. Hadir dengan jaya Kursus Induksi Pengajian Tinggi (PPPT) (Modul Umum)/ Program Transformasi Minda (PTM); c. Diperaku oleh Ketua Jabatan; dan d. Syarat-syarat lain yang diperuntukkan dari semasa ke semasa (jika ada). ii. Anggota Kumpulan a. Menjalani percubaan bagi tempoh Pelaksana (AKP) satu (1) hingga tiga (3) tahun; b. Hadir dengan jaya Kursus Induksi (Modul Umum)/ PTM; c. Lulus peperiksaan perkhidmatan seperti yang disyaratkan mengikut skim perkhidmatan; d. Diperaku oleh Ketua Jabatan; dan e. Syarat-syarat lain yang diperuntukkan dari semasa ke semasa (jika ada). 5

PIHAK BERKUASA MELULUS PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN 11. Kelulusan pengesahan dalam perkhidmatan adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran seperti mana diperuntukkan dalam Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan. PENGECUALIAN MENGHADIRI KURSUS INDUKSI/ PTM 12. Pegawai yang sedang berkhidmat dan kemudian dilantik ke skim perkhidmatan atau perkhidmatan lain dikecualikan daripada menghadiri PTM dengan syarat pegawai dalam skim terdahulu: (i) (ii) (iii) Hadir dengan jaya PTM; atau Hadir dengan jaya Kursus Induksi (Modul Umum); atau Lulus Peperiksaan Am Kerajaan di skim perkhidmatan terdahulu. 13. Pengecualian daripada menghadiri PTM boleh diberikan oleh Pengurus Sumber Manusia, Kementerian/ Jabatan/ Agensi dan hendaklah direkodkan di dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan pegawai tersebut. PEMILIHAN OPSYEN SKIM KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA 14. Seksyen 6A(1), Akta Pencen 1980 memberi peluang kepada pegawai yang dilantik pada atau selepas 12 April 1991 memilih Skim KWSP atau Pencen sebelum disahkan dalam perkhidmatan. 6

15. Ketua Jabatan hendaklah memberi penjelasan kepada pegawai mengenai faedah yang boleh diperolehi apabila memilih Skim KWSP atau Pencen seperti berikut: (i) (ii) (iii) Implikasi pilihan dengan membuat perbandingan faedah di antara Skim KWSP dan Pencen; Menyatakan dengan jelas pilihan yang telah dibuat oleh pegawai dalam Jadual Kelima Borang Opsyen Bagi Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Mengikut Subseksyen 6A(1) Akta Pencen 1980 (Peraturan 37) [P.U.(A)1/2012]; Pegawai yang gagal mengembalikan Borang Opsyen tersebut atau mengembalikannya tanpa menyatakan sebarang pilihan atau membuat pilihan dengan bersyarat akan dianggap telah menolak opsyen Skim KWSP; dan (iv) Opsyen yang telah ditandatangani oleh pegawai dan telah diterima oleh SPP adalah muktamad dan tidak boleh dipinda. PERAKUAN PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN OLEH KETUA JABATAN 16. Bagi pegawai dalam tempoh percubaan yang telah memenuhi semua syarat pengesahan dalam perkhidmatan dan telah berkhidmat tidak kurang dari tempoh percubaan minimum (satu tahun), Ketua Jabatan hendaklah mengambil tindakan dengan memastikan perakuan pengesahan dalam perkhidmatan yang dikemukakan adalah lengkap dan tepat seperti berikut: 7

Senarai Dokumen Pengesahan Dalam Perkhidmatan Mengikut Skim Perkhidmatan Bil. Skim Perkhidmatan i. PPP dan PPPT Senarai Dokumen a. Borang perakuan pengesahan dalam perkhidmatan (Jadual Ketiga) [P.U.(A)1/2012] seperti di LAMPIRAN A; b. Borang opsyen Skim KWSP (Jadual Kelima) [P.U.(A)1/2012] seperti di LAMPIRAN B; dan c. Buku Perkhidmatan Kerajaan pegawai yang dikemas kini dengan catatan seperti berikut: Tarikh pengesahan lantikan Tarikh hadir dengan jaya Kursus Induksi (Modul Umum)/ PTM atau pengecualian menghadiri Kursus Induksi (Modul Umum)/ PTM Kenyataan cuti seperti cuti separuh gaji, cuti tanpa gaji atau ketidakhadiran tanpa cuti (jika ada) Keputusan tatatertib (jika ada) Tempoh Dikemukakan Satu (1) bulan daripada tarikh pegawai layak diperakukan 8

Bil. Skim Perkhidmatan Senarai Dokumen ii. AKP a. Borang perakuan pengesahan dalam perkhidmatan (Jadual Ketiga) [P.U.(A)1/2012] seperti di LAMPIRAN A; b. Borang opsyen Skim KWSP (Jadual Kelima) [P.U.(A)1/2012] seperti di LAMPIRAN B; c. Buku Perkhidmatan Kerajaan pegawai yang dikemas kini dengan catatan seperti berikut: Tarikh pengesahan lantikan Tarikh hadir dengan jaya Kursus Induksi (Modul Umum)/ PTM atau pengecualian menghadiri Kursus Induksi (Modul Umum)/ PTM Keputusan peperiksaan perkhidmatan seperti yang disyaratkan mengikut skim perkhidmatan Kenyataan cuti seperti cuti separuh gaji, cuti tanpa gaji atau ketidakhadiran tanpa cuti (jika ada) Keputusan tatatertib (jika ada) Tempoh Dikemukakan Satu (1) bulan daripada tarikh layak 9

17. Perakuan Ketua Jabatan hendaklah menepati prestasi dan kebolehan sebenar pegawai merangkumi sahsiah, tingkah laku dan disiplin kehadiran sepanjang pegawai berkhidmat dalam tempoh percubaan. Sekiranya perakuan Ketua Jabatan didapati bercanggah dengan kelakuan sebenar pegawai, SPP tidak terikat untuk mengesahkan perkhidmatan pegawai seperti yang dinyatakan dalam Peraturan 29(7) [P.U.(A)1/2012]. 18. Jika Ketua Jabatan bercadang untuk tidak memperakukan pengesahan dalam perkhidmatan seseorang pegawai, maka Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan borang perakuan pengesahan dalam perkhidmatan (Jadual Ketiga) [P.U.(A)1/2012] dengan menyatakan sebab-sebab pegawai tidak diperakukan dalam tempoh satu (1) bulan daripada tarikh pegawai layak disahkan dalam perkhidmatan. 19. Bagi kes pegawai yang meninggal dunia (gemulah), Ketua Jabatan hendaklah melengkapkan borang perakuan pengesahan dalam perkhidmatan (Jadual Ketiga) [P.U.(A)1/2012] dan mengemukakan bersama dengan sijil kematian pegawai kepada SPP. Kelulusan pengesahan dalam perkhidmatan gemulah adalah tertakluk kepada pertimbangan SPP. PENETAPAN TARIKH PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN OLEH SURUHANJAYA 20. Penetapan tarikh pengesahan dalam perkhidmatan adalah berdasarkan tarikh-tarikh berikut: (i) (ii) Sehari selepas genap satu (1) tahun perkhidmatan; atau Sehari selepas hadir dengan jaya Kursus Induksi (Modul Umum)/ PTM setelah genap satu (1) tahun perkhidmatan; atau 10

(iii) (iv) (v) (vi) (vii) Sehari selepas tarikh lulus peperiksaan perkhidmatan seperti yang disyaratkan mengikut skim perkhidmatan setelah genap satu (1) tahun perkhidmatan; atau Sehari selepas tarikh perakuan Ketua Jabatan bagi pegawai yang dilanjutkan tempoh percubaan kerana tidak mendapat sokongan Ketua Jabatan; atau Sehari selepas tarikh kuat kuasa opsyen tukar lantik yang diputuskan oleh Kerajaan (jika berkaitan); atau Pada mana-mana tarikh yang ditetapkan oleh SPP bagi pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh percubaan; atau Pada mana-mana tarikh yang ditetapkan oleh SPP. PENETAPAN TARIKH PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN BAGI PEGAWAI YANG DIKENAKAN TINDAKAN TATATERTIB DALAM TEMPOH PERCUBAAN 21. SPP telah menetapkan bahawa tarikh pengesahan dalam perkhidmatan bagi pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib semasa dalam tempoh percubaan adalah seperti berikut: Penetapan Tarikh Pengesahan Dalam Perkhidmatan Bagi Pegawai Yang Dikenakan Tindakan Tatatertib Dalam Tempoh Percubaan Jenis hukuman Tempoh Penalti Tarikh Pengesahan Dalam Perkhidmatan Amaran Denda Lucut Hak Emolumen Tangguh Pergerakan Gaji Turun Gaji 12 bulan Sehari selepas tamat tempoh penalti 24 bulan 36 bulan 11

TANGGUNGJAWAB PEGAWAI 22. Bagi pegawai yang telah berkhidmat melebihi satu (1) tahun dalam tempoh percubaan dan memenuhi semua syarat pengesahan dalam perkhidmatan yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan namun Ketua Jabatan gagal mengemukakan perakuan seperti di perenggan 16, maka pegawai boleh mengemukakan permohonan untuk disahkan dalam perkhidmatan kepada SPP tanpa melalui Ketua Jabatan seperti dinyatakan di Perenggan 4. Sesalinan permohonan tersebut hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 23. Ketua Jabatan hendaklah memperakukan pengesahan dalam perkhidmatan pegawai kepada SPP dalam tempoh satu (1) bulan daripada tarikh pegawai layak untuk disahkan. Senarai semak perakuan urusan pengesahan dalam perkhidmatan adalah seperti di LAMPIRAN C. 24. Sekiranya tempoh percubaan asal seseorang pegawai telah melebihi tiga (3) tahun, maka perakuan pelanjutan tempoh percubaan pegawai hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada SPP sehingga pegawai memenuhi syarat pengesahan dalam perkhidmatan. 25. Pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib kecuali hukuman buang kerja atau turun pangkat, perakuan pengesahan dalam perkhidmatan hendaklah dibuat setelah keputusan tatatertib diperoleh. 26. Pegawai yang diluluskan cuti separuh gaji, cuti tanpa gaji atau ketidakhadiran tanpa cuti, perakuan pengesahan dalam perkhidmatan hendaklah dibuat setelah genap tempoh satu (1) tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira iaitu suatu tempoh perkhidmatan pegawai yang ditolak jumlah cuti separuh gaji atau cuti tanpa gaji atau ketidakhadiran tanpa cuti. 12

27. Ketua Jabatan hendaklah merekodkan pengesahan dalam perkhidmatan pegawai ke dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan sebaik sahaja memperolehi kelulusan daripada SPP. PENAMATAN PERKHIDMATAN 28. Seseorang pegawai yang tidak diperakukan pengesahan dalam perkhidmatan oleh Ketua Jabatan boleh ditamatkan perkhidmatan berdasarkan Peraturan 50 [P.U.(A)1/2012]. Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan borang perakuan pengesahan dalam perkhidmatan di Jadual Ketiga [P.U.(A)1/2012] dengan menyatakan sebab-sebab pegawai tersebut tidak disahkan. Perakuan berkaitan hendaklah dikemukakan berserta dengan Buku Perkhidmatan Kerajaan, Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tempoh tiga (3) tahun terkini serta dokumen lain yang berkaitan. PENGECUALIAN 29. Sebarang pengecualian daripada mana-mana peruntukan dalam Pekeliling ini hendaklah mendapatkan pertimbangan dan kelulusan SPP. PEMAKAIAN 30. Pekeliling ini terpakai untuk semua APP yang dilantik oleh SPP di bawah bidang kuasanya. Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P. U. (A)1/2012] dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2012 - Pelaksanaan Urusan Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah Sistem Saraan Malaysia dan peraturan-peraturan lain yang berkuat kuasa. 13

SENARAI EDARAN: Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia Pengarah Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia Semua Pengarah Pendidikan Negeri Semua Pegawai Pendidikan Daerah Semua Pengarah Politeknik/ Kolej Komuniti/ Kolej Matrikulasi 15

LAMPIRAN A JADUAL KETIGA BORANG PERAKUAN PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN [subperaturan 29(2)] Saya dengan ini mengesahkan bahawa No. Kad Pengenalan... Diperakukan untuk disahkan dalam perkhidmatan kerana telah menjalankan tugasnya dengan jujur, tekun dan berkebolehan dan saya berpuas hati dengan sifat peribadi dan kelakuannya.* atau Tidak diperakukan untuk disahkan dalam perkhidmatan kerana.....* Tandatangan Ketua Jabatan: Nama Ketua Jabatan:..... Kementerian/ Jabatan: Tarikh:.. *Tandakan ( ) dalam kotak berkenaan 16

LAMPIRAN B JADUAL KELIMA BORANG OPSYEN BAGI SKIM KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA MENGIKUT SUBSEKSYEN 6A(1) AKTA PENCEN (Peraturan 37) Kepada: (Ketua Jabatan) Tuan, Merujuk kepada peraturan 37 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012], saya.... No. Kad Pengenalan.... yang dilantik sebagai.... dalam perkhidmatan.... pada (tarikh).... dengan ini membuat opsyen untuk* memilih SKIM KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP) atau menolak SKIM KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP) 2. Saya sesungguhnya mengaku memahami bahawa jika saya menolak SKIM KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA, atau mengembalikan borang ini tanpa menyatakan apa-apa pilihan atau menyatakan apa-apa syarat kepada pilihan atau tidak mengembalikan borang opsyen ini mengikut peraturan yang ditetapkan, maka saya hendaklah diberi taraf sebagai pegawai berpencen mengikut Akta Pencen 1980. Saya sesungguhnya mengetahui bahawa opsyen yang telah dibuat ini adalah muktamad. Tandatangan :... Nama :... No. Kad Pengenalan :... Jawatan :... Tarikh :... *Tandakan ( ) dalam kotak yang berkenaan Disaksikan oleh :... Tandatangan :... Nama :... Jawatan :... Tarikh :... Cop Rasmi Jabatan: 17

SENARAI SEMAK PERAKUAN URUSAN PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN LAMPIRAN C Nama Pegawai: No. Kad Pengenalan: Jawatan: Gred: Tandakan [ / ] pada petak yang berkenaan BIL. DOKUMEN YANG DIPERLUKAN 1. Perakuan Ketua Jabatan JADUAL KETIGA [P.U.(A) 1/2012] 2. Borang Opsyen Skim KWSP JADUAL KELIMA [P.U.(A) 1/2012] 3. Salinan Sijil Kursus Induksi/ PTM Yang Dihadiri 4. Salinan Keputusan Peperiksaan Perkhidmatan Yang Diduduki 5. Salinan Surat Kelulusan Pengecualian PTM (Jika Berkenaan) 6. Salinan Kenyataan Perkhidmatan Yang Dikemas Kini Dengan Catatan Berikut: 6.1 Tarikh Tawaran Pelantikan Tetap 6.2 Tarikh Pengesahan Pelantikan Tetap 6.3 Tarikh Kursus Induksi/ PTM 6.4 Tarikh Peperiksaan Perkhidmatan Yang Diduduki dan Keputusan 6.5 Pelanjutan Tempoh Percubaan (jika ada) i. Pelanjutan Pertama mulai. hingga. Dengan/ Tanpa Denda Sebab Pelanjutan: ii. Pelanjutan Kedua mulai.... hingga. Dengan/ Tanpa Denda Sebab Pelanjutan:. 6.6 Cuti Tanpa Gaji (Jawatan Sekarang): i. Tarikh Mula: Tarikh Tamat: ii. Tarikh Mula: Tarikh Tamat: iii. Tarikh Mula: Tarikh Tamat: Bilangan Hari Cuti Tanpa Gaji:... Hari 6.7 Cuti Separuh Gaji (Jawatan Sekarang): i. Tarikh Mula: Tarikh Tamat: ii. Tarikh Mula: Tarikh Tamat: iii. Tarikh Mula: Tarikh Tamat: Bilangan Hari Cuti Separuh Gaji:... Hari 18

6.8 Tidak Hadir Bertugas Tanpa Cuti (Jawatan Sekarang): i. Tarikh Mula:.. Tarikh Tamat: ii. Tarikh Mula:.. Tarikh Tamat: iii. Tarikh Mula: Tarikh Tamat: Bilangan Hari Tidak Hadir Bertugas Tanpa Cuti:... Hari 6.9 Tindakan Tatatertib: i. Jenis Hukuman Tatatertib: (Amaran/ Denda/ Lucut Hak Emolumen/ Tangguh Pergerakan Gaji/ Turun Gaji) ii. Tarikh Lembaga Tatatertib Membuat Keputusan:... iii. Tarikh Lembaga Rayuan Tatatertib Membuat Keputusan: *Disertakan salinan keputusan Lembaga Tatatertib 6.10 Tarikh Pemberian Taraf Berpencen (Jika Berkenaan) 7. Salinan Kenyataan Cuti Yang Dikemas Kini 19