BAHAGIAN KEWANGAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK DOKUMEN SEBUTHARGA TAWARAN UNTUK MEMBELI KENDERAAN DAN BARANG-BARANG TERPAKAI, SEBAGAIMANA DI MANA (AS IS WHERE IS) DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK NO. RUJUKAN: SH02/2018(11601) Kandungan Muka Surat 1. Kenyataan Tawaran Sebutharga / LAMPIRAN A 2-3 2. Syarat-syarat Sebutharga / LAMPIRAN B 4-7 3. Borang Tawaran Harga / LAMPIRAN C 8 4. Muka Depan Sampul Surat / LAMPIRAN D 9 NOTA PENTING SILA BACA SYARAT-SYARAT SEBUTHARGA DENGAN TELITI, KEGAGALAN PIHAK TUAN MEMATUHI SYARAT-SYARAT TERSEBUT AKAN MENYEBABKAN TAWARAN TUAN TIDAK DIPERTIMBANGKAN. TAWARAN HENDAKLAH DIKEMUKAKAN DALAM DOKUMEN YANG ASAL DAN LENGKAP 1/9
LAMPIRAN A UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK KENYATAAN TAWARAN SH02/2018(11601) Tawaran adalah dipelawa daripada Penyebutharga atau Orang Perseorangan untuk membeli Kenderaan dan Barang-barang Terpakai Sebagaimana Di Mana (As is where is) di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak seperti berikut:- BIL JENIS KENDERAAN NOMBOR PENDAFTARAN TAHUN DIBELI LOKASI LAWATAN TAPAK 1 2 3 4 Mesin Basuh - Lg 11kg Washer/Dryer Free Standing Herbarium Drying Cabinet Overall 125 Model Vision Scintific Brushless Diesel Welder & Generator Sincos Diesel Power Tiller Model Rv125-2 2006 2002 2008 2006 5 Modenas Kriss QTF 1445 2007 6 Modenas Kriss QTF 1447 2007 7 Modenas Kriss QTF 1449 2007 8 9 Kereta 4wd Model Nissan Frontier Traktor 4 X 4 Model: Erreppt Buffalo 10my QTE 2937 2006 2006 KOLEJ SRI REJANG JABATAN SAINS HUTAN Dokumen Tawaran boleh diperolehi secara PERCUMA mulai 22 Januari 2018 di laman sesawang rasmi UPMKB :www.btu.upm.edu.my 2/9
Kenderaan dan Barang-barang boleh dilihat pada tarikh dan waktu seperti berikut : Tarikh : 22. 01. 2018 (Isnin) hingga 24. 01. 2018 (Rabu) Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari Tempat : Seperti yang tertera Dokumen Tawaran hendaklah sampai dan dimasukkan ke dalam Peti Tender No 3 pada atau sebelum 25.01.2018 jam 12 tengahari. Pihak Universiti tidak akan terikat untuk menerima sebarang tawaran, dan keputusan Universiti adalah muktamad. Sila hubungi Puan Zuraida (086-855648) / Puan Lucy (086-855273) untuk lawatan tapak selain daripada tarikh di atas atau sebarang pertanyaan. 3/9
LAMPIRAN B SYARAT-SYARAT 1. PENDAHULUAN Tawaran ini adalah dipelawa daripada penyebutharga atau orang perseorangan yang berminat untuk membeli Kenderaan & Barang-barang Terpakai, Sebagaimana di mana, (As is where is). Kenderaan Terpakai tersebut boleh dilihat di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak. Tiada jaminan bertulis atau dianggap, diberi samada atas keadaan yang ditawarkan atau butir-butir dinyatakan di senarai. 2. HARGA Penyebutharga boleh menyebutharga untuk satu item atau kesemua item berkenaan tetapi secara berasingan. Penyebutharga yang membeli sebahagian item hendaklah menyebutharga untuk item berkenaan di ruang yang disediakan. 3. SAMPUL SURAT SEBUTHARGA Penyebutharga diminta menggunakan sampul surat bersaiz 9 x13 dengan melekatkan Lampiran D pada sampul berkenaan. Sampul surat yang mengandungi Borang Tawaran hendaklah di seal. Penyebutharga adalah dilarang menulis nama atau tanda-tanda pengenalan di sampul surat berkenaan. 4. PINDAAN/PEMBATALAN DALAM BORANG-BORANG TAWARAN Segala pindaan atau pembatalan dalam borang-borang tawaran hendaklah ditandatangani oleh Penyebutharga. 5. DOKUMEN SEBUTHARGA a) Dokumen Sebutharga hendaklah dihantar dan dialamatkan kepada:- Bahagian Kewangan Fakulti Sains Pertanian Dan Makanan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak Jalan Nyabau, 97008 Bintulu, Sarawak b) Dokumen Sebutharga yang dihantar dengan tangan hendaklah dimasukkan terus ke dalam Peti Tender yang telah ditetapkan. 4/9
c) Dokumen Sebutharga hendaklah sampai pada atau sebelum tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Dokumen yang diterima lewat daripada tarikh dan masa yang telah ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. 6. PERSETUJUAN a) Pihak Universiti akan memberi notis bertulis kepada Penyebutharga yang berjaya apabila sebutharganya dipersetujui. b) Notis itu mengandungi syarat-syarat kontrak sebagai tambahan kepada syaratsyarat atau sebagai pengubahsuaian syarat-syarat yang dilampirkan bersama ini. Oleh yang demikian, sebutharga itu tidaklah boleh disifatkan sebagai dipersetujui sehingga pengesahan bertulis daripada Penyebutharga menyatakan bahawa syarat-syarat tambahan atau yang diubahsuai itu telah diterima. c) Apabila dipersetujui maka suatu kontrak hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat antara Universiti dengan Penyebutharga mengikut syarat-syarat kontrak yang dilampirkan (termasuk syarat-syarat tambahan atau yang diubahsuai yang tersebut itu, jika ada) dan tidak ada sebarang perjanjian atau syarat lain walau dari apa jenis pun boleh disifatkan sebagai termasuk dalam kontrak ini. d) Pihak Universiti tidak terikat mempersetujui sebutharga samada kesemuanya atau sebahagian daripadanya. e) Pihak Universiti tidak terikat mempersetujui sebutharga yang tertinggi sekali atau mana-mana sebutharga jua pun. f) Pihak Universiti tidak bertanggungjawab bagi Kenderaan Terpakai yang telah dijual. 7. CAGARAN (DEPOSIT) Semua Penyebutharga dikehendaki menyertakan wang cagaran sebanyak 10 peratus (10%) daripada jumlah harga tawaran setiap aset atau RM5,000 mengikut mana yang terendah yang dikemukakan bersama-sama dokumen tawaran harga. Cagaran hendaklah dibuat dalam bentuk BANK DRAFT, KIRIMAN WANG / WANG POS (cekcek persendirian atau selainnya tidak diterima), yang sah tempoh lakunya sekurangkurangnya tiga (3) bulan, di atas nama BENDAHARI, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. a) Tawaran tanpa atau kurang deposit sebutharga tidak akan dipertimbangkan. b) Penyebutharga yang berjaya dikehendaki membuat pembayaran penuh dalam tempoh dua minggu* dari tarikh pemberitahuan keputusan. Jika bayaran penuh tidak dijelaskan dalam tempoh dua minggu*, deposit Sebutharga akan dilucuthak dan Pejabat Bendahari akan melupuskan semua aset dan barang berkenaan dengan apa-apa cara. c) Penyebutharga yang berjaya hendaklah mengeluarkan aset dan barang dalam tempoh tujuh (7) hari selepas bayaran penuh dijelaskan, jika tidak UPM berhak untuk melupuskannya semula dan apa-apa bayaran yang telah dibuat akan dilucuthak. Segala bayaran hendaklah dijelaskan sepenuhnya sebelum aset dan barang boleh dikeluarkan daripada Universiti. 5/9
d) Aset dan barang akan dijual tertakluk kepada harga simpanan. 8. Kenderaan akan hanya diserahkan kepada pembeli yang berjaya setelah bayaran penuh dibuat. 9. Bayaran atau penyerahan kenderaan diantara pembeli-pembeli bagi pihak petender yang asal tidak dibenarkan. 10. Pertukaran hak milik kenderaan hendaklah dibuat oleh pembeli dengan perbelanjaan sendiri. 11. Semua kos perbelanjaan yang terlibat berkaitan dengan sebutharga ini adalah tanggungjawab pembeli. 12. Pihak Universiti tidak akan melayan sebarang surat-menyurat daripada Penyebutharga mengenai sebab-sebab sebutharga mereka tidak berjaya. 13. Sebutharga yang dibuat dengan tidak mengikut arahan di atas, tidak akan dipertimbangkan. 14. Sebarang pertanyaan bolehlah dibuat atau sila hubungi:- Bahagian Kewangan Fakulti Sains Pertanian Dan Makanan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak [u/p. Penyelaras) SH02/2018(11601) Tel : Puan Zuraida (086-855648) / Puan Lucy (086-855273) 6/9
BAHAGIAN KEWANGAN FAKULTI SAINS PERTANIAN DAN MAKANAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK TAWARAN UNTUK MEMBELI KENDERAAN DAN BARANG-BARANG TERPAKAI SEBAGAIMANA DIMANA (AS IS WHERE IS) DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA Nama Individu / Syarikat :. No. Kad Pengenalan / No. Pendaftaran Syarikat :. Alamat No. Telefon :... :. Bahagian Kewangan Fakulti Sains Pertanian Dan Makanan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak Jalan Nyabau 97000 Bintulu, Sarawak Tuan, TAWARAN UNTUK SEBUTHARGA BIL. SH02/2018(11601) Saya/Kami merujuk kepada perkara di atas dan ingin memaklumkan saya/kami berminat untuk menyertai sebutharga tersebut. 2. Harga tawaran saya/kami adalah seperti di LAMPIRAN C. 3. Bersama-sama ini disertakan deposit sebutharga daripada harga tawaran kenderaan di atas yang bernilai RM... (Ringgit Malaysia...) dalam bentuk *kiriman wang/wang pos/bank deraf bernombor... di atas nama BENDAHARI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. 4. Saya/Kami memahami serta bersetuju dengan semua syarat-syarat tawaran ini. Sekian, terima kasih. Tandatangan. Nama/Cop Syarikat.... 7/9
LAMPIRAN C BORANG TAWARAN HARGA No. Rujukan : SH02/2018(11601) No. Peti Tender : 3 Tarikh Tutup & Masa : 25 JANUARI 2018 12.00 tengahari Tawaran adalah dipelawa daripada mereka yang berminat untuk membeli kenderaan terpakai berdasarkan kepada keadaan yang sediada sekarang seperti berikut:- BUTIR-BUTIR KENDERAAN YANG AKAN DIJUAL BIL JENIS KENDERAAN NOMBOR PENDAFT ARAN TAHUN DIBELI HARGA SIMPANAN (RM) Mesin Basuh - Lg 11kg 1 Washer/Dryer 2006 80.00 Free Standing Herbarium Drying 2 Cabinet Overall 2002 100.00 125 Model Vision Scintific 3 Brushless Diesel Welder & 2008 100.00 Generator Sincos Diesel Power Tiller Model 4 Rv125-2 2006 300.00 5 Modenas Kriss QTF 1445 2007 300.00 6 Modenas Kriss QTF 1447 2007 500.00 7 Modenas Kriss QTF 1449 2007 500.00 8 Kereta 4wd Model Nissan Frontier QTE 2937 2006 10,000.00 Traktor 4 X 4 Model: Erreppt 9 Buffalo 10my 2008 1,500.00 HARGA YANG DITAWARKAN DEPOSIT (WAJIB) 10% (RM) `... (Tandatangan Nama dan Alamat...... No Telefon.... 8/9
SULIT LAMPIRAN D PEGAWAI KEWANGAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 9KAMPUS BINTULU SARAWAK JALAN NYABAU 97008 BINTULU, SARAWAK. TAJUK: TAWARAN UNTUK MEMBELI KENDERAAN DAN BARANG-BARANG TERPAKAI, SEBAGAIMANA DI MANA (AS IS WHERE IS) DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK TARIKH TUTUP NO. PETI MASA NO. RUJUKAN 25 JANUARI 2018 3 12.00 TENGAHARI SH02/2018 (11601) 9/9