BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. institusi kewangan Islam berasaskan penggunaan konsep pengawasan melalui

dokumen-dokumen yang mirip
BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

DIMENSIKOOP. melibatkan aktiviti perekodan, pengkelasan, menganalisis dan mentafsir kegiatan urus niaga.

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Model Pengurusan Strategik

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini adalah bab terakhir dalam laporan penyelidikan ini dan pengkaji

STANDARD AUDIT DALAM UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. 1.1 Tujuan Standard Audit Dalam adalah untuk:

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

RISIKO-RISIKO ORGANISASI

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

MANUAL RUJUKAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN APLIKASI/LAMAN WEB UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

DIMENSIKOOP PENGAUDITAN: TANDA ARAS KEJAYAAN KOPERASI. Norhazilina Abdul Halim Maktab Koperasi Malaysia Zon Timur

BAB 14 AUDIT DALAMAN

Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.

Marilah sama-sama kita bersatupadu dan mengetepikan apa jua fahaman politik demi mempertahankan kesucian dan keagungan Agama Islam.

Bahagian. Penaksiran Prestasi dan Keberkesanan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

BAB 1 Dasar Pengurusan ICT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

Tatakelakuan. Tatakelakuan berkenaan hubungan Syarikat dengan Pentadbiran Awam

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Bahagian Tiga. Mempengaruhi Ekosistem Pelaporan Kewangan Dan Memanfaatkan Sokongan Pihak Berkepentingan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Kesetiaan kepada Syarikat

7 CIRI BUDAYA POLITIK MATANG SEJAHTERA (BPMS)

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737)

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

TAKLIMAT SISTEM PENILAIAN PRESTASI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 2004

DASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

UKM-SPKP-JP-PK05-BO09 No. Semakan: 00 Tarikh Kuatkuasa: 01/06/2013 LAPORAN PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT P&P GRED 52

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN

Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim.

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

MODUL UMUM 2: PENDEKATAN PROSES DALAM PENGURUSAN

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

PROSEDUR PELAKSANAAN AUDIT DALAMAN DI UTHM

PROFIL AUDIT DALAM SECARA RINGKAS. Audit Dalam USM ditubuhkan pada tahun 1982

SURAT PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 2002

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

BAB 5 PENUTUP. Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

PIAGAM LEMBAGA PENGARAH

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

PENYATA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

SINOPSIS KURSUS. Jabatan Perakaunan Dan Kewangan

UKM-SPKP-JP-PK05-BO10 No. Semakan: 00 Tarikh Kuatkuasa: 01/06/2013 LAPORAN PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT P&P GRED 48

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Lampiran 1 GARIS PANDUAN PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (AIICT)

Polisi Privasi. Pengenalan

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

Transkripsi:

BAB 5

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 PENGENALAN Bab ini mengandungi kesimpulan keseluruhan hasil kajian dan saranan serta cadangan berdasarkan hasil kajian kepada elemen pengawasan pematuhan syariah di institusi kewangan Islam berasaskan penggunaan konsep pengawasan melalui pengaplikasian audit syariah. Tujuannya ialah bagi memperkemaskan lagi pengoperasian audit syariah yang berkaitan dengan persoalan kajian. 5.2 RUMUSAN Entiti pengawasan merupakan salah satu daripada institusi yang terpenting dalam sejarah ketamadunan Islam, khususnya dalam bidang ekonomi, pentadbiran dan undang-undang. Merujuk kepada fungsinya sahaja telah mengambarkan tentang kesyumulan dan kecemerlangan sistem pengurusan Islam. Institusi pengawasan merupakan sebuah entiti yang menjadi kebanggaan umat Islam kerana kecemerlangannya dalam memenuhi keperluan keadilan umat. Walaupun terdapat pelbagai kenyataan yang menyatakan bahawa institusi ini diciplak dari peradaban asing, namun sejarah telah membuktikan bahawa institusi ini adalah lahir daripada warisan ketamadunan Islam. Institusi pengawasan pernah diamalkan oleh beberapa buah kerajaan Islam pada zaman silam dengan bersandarkan kepada prinsip al-amr bil ma rūf wa nahyi anil- 150

munkar. Berdasarkan prinsip inilah, institusi pengawasan menyerlah matlamatnya yang hakiki terutama dari sudut kepentingan pengawasan dalam hidup manusia tanpa mengira status dan kedudukan. Matlamatnya adalah untuk memastikan ma rūf dilakukan apabila ternyata ianya ditinggalkan dan dalam masa yang sama memastikan kemungkaran ditinggalkan apabila ternyata perkara tersebut dilakukan. Ia juga merupakan sebuah institusi yang melibatkan hak-hak Allah dan juga hak-hak manusia dan berhubungan di antara kedua-dua hak tersebut. Sumber-sumber dan prinsipprinsipnya adalah berlandaskan kepada al-quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Merujuk kepada fungsi dan peranan yang amat penting dimainkan oleh institusi ini, memberikan tasawur kepada umat Islam bahawa pelaksanaannya merupakan tanggungjawab yang berat. Hal ini memandangkan skop institusi pengawasan mempunyai bidang kuasa yang amat luas merangkumi soal-soal aqidah, ibadah, sosial, ekonomi, pentadbiran, undang-undang dan sebagainya. Oleh sebab itu, ramai golongan ulama telah sepakat menghukumkan pelaksanaan institusi ini sebagai fardhu kifayah dalam konteks masyarakat dan menghukumkan sebagai fardhu ain dalam konteks pentadbiran. Dari sudut yang lain, penyediaan pegawai-pegawai yang berkelayakan dan berketrampilan dipilih berdasarkan kriteria-kriteria tertentu mempengaruhi kelicinan pelaksanaan urus tadbir institusi pengawasan. Tanggungjawab ini disusuli dengan aspek kewibawaan, legitimasi, justifikasi, yang menjadikan mereka memiliki kuasa-kuasa eksekutif. Tanggungjawab ini amat diperlukan bagi menjamin keberkesanan dalam merealisasikan tugas-tugas yang diamanahkan. Justeru itu, bagi memastikan pelaksanaan tersebut dalam apa jua bentuk penguatkuasaan, ia memerlukan kerjasama dan sokongan dari semua pihak agar aktiviti-aktiviti penguatkuasaan pematuhan syariah di mana-mana jabatan atau bahagian di dalam institusi kewangan Islam dijalankan dengan sebaik mungkin. 151

Secara dasarnya, penyelidik telah berjaya membuat penyelidikan berkenaan dengan audit syariah terhadap pengurusan dan pelaksanaan oleh Unit Audit Syariah (UAS) di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Secara keseluruhannya, penyelidikan ini merangkumi perbincangan dalam lima bab yang utama iaitu bermula dengan huraian tentang metodologi kajian yang digunakan, pengenalan mengenai Audit Syariah, huraian kaedah pengauditan syariah secara menyeluruh, konsep serta implementasi pengaplikasian audit syariah khususnya di BIMB, bentuk-bentuk pengawasan dan pembangunan yang telah dijalankan berdasarkan sumber-sumber rujukan utama dari Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan badan-badan yang berautoriti yang diiktiraf oleh kerajaan. Ringkasnya, bermula dari bab pendahuluan mengandungi huraian tentang metodologi kajian yang telah digunakan dalam penyelidikan ini adalah berbentuk kajian kes yang memerlukan penyelidik untuk turun sendiri ke BIMB bagi mendapatkan datadata. Selain itu, ia juga mengandungi keterangan tentang metodologi komparatif yang banyak diaplikasikan oleh penyelidik melibatkan kesemua pandangan dan dakwaan telah dibincangkan secara ilmiah bagi mendapatkan hasil kajian yang adil dan holistik. Perbincangan dalam bab dua dan bab tiga ini juga telah banyak membantu penyelidik untuk memahami konsep pengauditan menurut syariah dan realiti pembangunannya di Malaysia dari perspektif Islam serta dalil pensyariatannya. Antara fakta yang dapat dikemukakan di sini ialah pendekatan yang diambil oleh Islam dalam usaha untuk membangunkan entiti pengauditan syariah khususnya dalam sistem kewangan Islam supaya tidak berlaku pemesongan dan penyelewengan. Segala maklumat yang diauditkan akan dibangunkan untuk keuntungan dan kepentingan masyarakat umumnya dan pengamal industri kewangan Islam khususnya. Penyelidik juga telah menghuraikan secara terperinci mengenai pengurusan audit syariah yang dipraktikkan oleh UAS di BIMB yang mana ianya menjadi fokus 152

utama dalam bab empat. Memandangkan pengurusan UAS ini mempunyai kaitan rapat dengan penilaian terhadap pengaplikasian dan pengamalan audit syariah, perbincangan mengenai sorotan diimplimentasikan bahagian UAS dalam bab ini lebih difokuskan dalam pembangunan dan kemajuannya yang telah disentuh iaitu berkenaan sistem yang digunapakai, bentuk-bentuk operasi pengauditan syariah, modus pengamalan dan elemen kawasan pengauditan syariah di bawah BIMB. Tujuannya ialah bagi mendapatkan kefahaman yang menyeluruh tentang pengoperasian dan pembangunan yang telah dilaksanakan oleh pihak pengurusan BIMB. Perbincangan dalam bab ini sebenarnya lebih bersifat teknikal kerana banyak membincangkan sistem pengoperasian audit syariah yang dijalankan di BIMB. Kemuncak kepada penyelidikan ini sebenarnya berlaku melibatkan perbincangan tentang penilaian terhadap pengurusan di BIMB berdasarkan kaedah sistem pengawasan dan pematuhan syariah. Justeru itu, perbincangan dalam bab ini lebih bersifat komparatif kerana kesemua pandangan serta hujah-hujah yang dikemukakan telah dianalisa secara perbandingan untuk mengenalpasti pandangan manakah yang lebih tepat. Hasilnya, penyelidik mendapati bahawa setiap apa yang diamalkan atau dilaksanakan oleh pihak pengurusan BIMB melalui Unit Audit Syariahnya bertepatan dengan kehendak pengauditan syariah semasa. Ia juga bertepatan dengan inspirasi serta kehendak pihak BNM, SC dan pihak kerajaan dan secara ringkasnya adalah mampu memberikan manfaat kepada pengguna maklumat audit dan pihak berkepentingan dalam industri. Maka, setiap pembangunan dan pelaksanaan yang diimplemetasikan oleh BIMB adalah bertepatan dengan keperluan semasa. Sebaliknya pula, jika ia dikenalpasti boleh memudaratkan institusi dan manusia maka hukumnya adalah haram dan penghasilannya perlu diberhentikan. 153

Merujuk kepada maklumat-maklumat berkaitan, pertamanya memperlihatkan UAS merupakan satu bahagian dalam Jabatan Audit Dalaman yang diberi tanggungjawab penuh menjalankan kerja pengauditan terutamanya dalam aspek pematuhan syariah. Penubuhan unit ini merupakan pendekatan yang relevan memandangkan ianya bukan sahaja berperanan mengawasi urusan-urusan perniagaan BIMB yang tertakluk dengan elemen syariah sahaja, bahkan lebih daripada itu. Ia secara tidak langsung berperanan melaksanakan apa yang disarankan oleh syariah khususnya dalam urusan perbankan dan kewangan. Sesungguhnya pokok pangkal kelahiran nilainilai moral dan etika yang utama dalam diri pengamal industri islamik seperti jujur, amanah, adil, sabar, ketekunan dan taqwa. Sejurusnya, ia menatijahkan satu institusi perbankan Islam yang proaktif, kreatif, inovatif dan berkualiti. Hasil daripada kajian yang dibuat juga, penyelidik mendapati UAS mempunyai bidang kuasa yang agak luas. Bidang kuasa unit ini nampaknya lebih tertumpu kepada kerja-kerja semakan dan menganalisis rekod-rekod bagi menegakkan keadilan dan membanteras apa jua bentuk kesilapan dan penyelewengan di dalam urus niaga BIMB. Dalam konteks kewangan Islam negara pada hari ini, apabila dirujuk kepada tugasan JAS seharian, tanggungjawab ini semakin rumit dan berat. Hal ini adalah kerana aspek integriti institusi kewangan Islam khususnya BIMB yang semakin mencabar dan dalam bentuk yang lebih agresif. Kesan daripada sains dan teknologi mutakhir ini, aktiviti perbankan Islam nampaknya lebih mementingkan keuntungan yang maksimum dengan terlepas pandang sama sekali nilai-nilai etika sebenar yang dituntut oleh agama. Usaha-usaha yang kreatif dan inovatif yang diaplikasikan oleh UAS BIMB seharusnya dicontohi oleh semua pihak. Berdasarkan maklumat-matlumat yang diperolehi, kejayaan demi kejayaan telah dicapai oleh mereka dalam usaha meningkatkan lagi perkasaan pengawasan syariah dalam aktiviti pengoperasian perbankan Islam. Hal ini termasuklah kejayaan mereka dalam kes-kes yang melibatkan 154

undang-undang. Kejayaan ini dicapai hasil daripada semangat berpasukan dan kesungguhan dalam menjalankan sesuatu operasi. Semakin canggih sesebuah zaman, maka bertambah hebatlah cara sistem pengamalan yang dilakukan. Bagi menghadapi kemelut ini, pihak pentadbir hendaklah sentiasa bersedia sama ada dari segi pengurusan pentadbiran, material dan juga psikologi. Langkah-langkah sewajarnya perlu diambil dengan adanya pembaharuan daripada pelbagai aspek selaras dengan kemajuan dan pembangunan industri kewangan Islam di Malaysia mahupun seantero dunia. Motifnya ialah untuk mengelak daripada menjejaskan kredibiliti dan imej Unit Audit Syariah sebagai sebuah badan pengawasan syariah. 5.3 IMPLIKASI KAJIAN Merujuk kepada arahan am Rangka Kerja Urus Tadbir Syariah BNM (SGF), audit syariah ialah penilaian berkala yang dijalankan dari semasa ke semasa, untuk memberi penilaian bebas dan jaminan objektif. Ia bertujuan untuk menambah nilai dan meningkatkan tahap pematuhan berhubung dengan operasi perniagaan institusi kewangan Islam, dengan objektif utama memastikan sistem kawalan dalaman yang baik dan berkesan bagi pematuhan syariah. Secara amnya, ia boleh membahagikan aktiviti pematuhan syariah kepada dua fasa; pematuhan ex-ante dan pematuhan ex-post. Dalam pematuhan yang pertama, aktiviti-aktiviti khidmat nasihat dan penyeliaan akan dilakukan oleh Jawatankuasa Syariah dengan bantuan dari Jabatan Syariah Dalaman BIMB. Aktiviti-aktiviti ini termasuk (tetapi tidak terhad) kepada memastikan bahawa reka bentuk kontrak syariah dan struktur produk, manual dan prosedur produk, 155

dokumen undang-undang yang terlibat dan iklan (jika ada) adalah mematuhi peraturan syariah dan prinsip-prinsipnya. Kegagalan UAS mematuhi konsep audit syariah yang telah ditetapkan oleh BNM, SC dan BIMB akan menjejaskan prestasi dan kemampuan unit tersebut. UAS yang kurang atau tidak mematuhi pengaplikasian audit syariah amnya akan membawa kesan seperti berikut: i. Kesan Kepada BIMB: Audit syariah merupakan satu elemen yang amat penting sebagai petunjuk prestasi dan pematuhan utama strategik ke arah mencapai matlamat BIMB yang patuh syariah, moden, kredibel dan seimbang serta versatil. Jika bahagian atau jabatan dalam BIMB mencapai keputusan yang memuaskan dan mematuhi audit syariah yang telah dilaksanakan, maka BIMB akan merealisasikan matlamatnya. Tetapi jika sebaliknya, maka hal ini akan membuatkan BIMB akan ketinggalan berbanding dengan pengamal industri perbankan Islam yang lain. ii. Kesan kepada Institusi Kewangan Islam: Sesuatu institusi dalam sistem kewangan Islam tidak beroperasi secara bersendirian dan ianya amat berhubung kait di antara satu institusi dengan institusi yang lain. Sekiranya terdapat institusi yang prestasinya sederhana dan kurang memuaskan, maka ia akan menjejaskan prestasi keseluruhan sistem kewangan Islam. Oleh itu, tahap kesedaran sikap (awareness) dan fahaman terhadap arahan-arahan serta prosedur dalam urus tadbir institusi kewangan Islam amat penting. Latihan audit syariah adalah penting untuk institusi kewangan Islam kerana objektif utama dalam menyediakan jaminan yang munasabah bahawa aktiviti perniagaan dan operasi institusi kewangan Islam tidak bercanggah 156

dengan peraturan dan prinsip syariah. Ia memuaskan hati juruaudit syariah bahawa pemeriksaan yang mereka lakukan adalah mematuhi syariah. Sebagai hasil dengan jaminan yang munasabah, pemegang saham dan pelabur mendapatkan keselesaan yang mana pelaburan mereka sedang dijalankan oleh institusi kewangan Islam adalah mengikut peraturan dan prinsip syariah. Pasti, pendapatan dan keuntungan daripada pelaburan ini dianggap sebagai halal dan wajar dari sudut pandangan syariah. Selepas ini, ia akan menarik keyakinan orang ramai dan meningkatkan jumlah pelanggan untuk melibatkan diri dalam hubungan perniagaan dengan institusi kewangan Islam. Hal ini akan membantu institusi kewangan Islam untuk meningkatkan pelanggan dan pelabur mereka dan pada masa yang sama meningkatkan asas dana dan mengembangkan perniagaan mereka. 5.4 CADANGAN Berdasarkan kepada penemuan kajian ini, demi untuk memperbaiki dan melanjutkan kelangsungan reputasi yang tinggi yang dimiliki oleh sistem kewangan Islam, berhadapan dengan cabaran pemodenan yang dibawa dengan arus globalisasi, maka dicadangkan beberapa saranan kepada pihak tertentu serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menangani dan menghadapi pelbagai permasalahan pematuhan di dalam sistem kewangan Islam. Dalam melaksanakan kajian yang lebih terperinci, keputusan, fatwa mahupun garis panduan dipertimbangkan bertujuan memperkemaskan lagi perbahasan persoalan semasa berkaitan entiti pengawasan khususnya aspek pengauditan syariah di dalam sistem kewangan Islam khususnya di Malaysia, seperti mana berikut: 157

5.4.1 Saranan kepada Pengkaji Akan Datang i. Berdasarkan kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa persoalan ini melibatkan standard asas pengauditan yang agak mendasar. Justeru, pengkaji haruslah mempunyai pengalaman dan pendedahan terhadap perkembangan pengauditan semasa agar kejumudan pengetahuan dapat diatasi sehingga mampu membina kredibiliti sebenar dalam memahami persoalan bersifat baru dan semasa. ii. Kajian ini merupakan kajian secara umum sebagai asas untuk memahami persoalan pengaplikasian audit syariah dan metodologi dan tata cara berkaitan penggunaan pengauditan dalam elemen pengawasan syariah kepada sistem kewangan Islam. Oleh itu, dicadangkan satu kajian lain yang lebih khusus untuk menghalusi metodologi pengauditan syariah, kaedah atau garis panduan dan perincian permasalahan pengauditan syariah yang melibatkan hukum syarak dan aplikasinya. Kajian sebegini penting untuk melihat keupayaan syariat Islam memenuhi jawapan kepada masalah penggunaan ekonomi semasa dan perubahan hukum yang berlaku. iii. Memandangkan kajian ini merupakan kajian kes melalui temu bual dan akses kepada data-data sedia ada di perpustakaan dan sebagainya, maka dicadangkan kajian yang berbentuk lain seperti kajian lapangan, kajian tinjauan, kajian kolerasi dan sebagainya dapat dijalankan untuk penelitian selanjutnya. Dengan itu, aspek-aspek lain yang tidak disentuh dalam kajian ini dapat diperhalusi lagi maklumat mengenainya. 158

5.4.2 Saranan kepada Pengamal Perkhidmatan Kewangan Islam i. Pastikan kemudahan yang diberikan kepada JAS terutama melibatkan aspek penyediaan rangka kerja audit syariah diperhalusi terlebih dahulu dengan merujuk kepada pihak yang mempunyai kepakaran dan berautoriti. Jangan terlalu cepat mempraktikkan sesuatu semata-mata ingin memperolehi keuntungan semata-mata dari perkhidmatan yang dijalankan. ii. Jika keperluan mendesak, hendaklah dilantik penasihat syariah yang khusus bagi mengawasi pelaksanaan operasi audit syariah yang bakal dijalankan. Pemantauan setiap operasi perlu bagi memastikan ianya menepati standard atau piawaian yang dikehendaki tanpa mendatangkan sebarang gangguan atau penangguhan kepada operasi tersebut. Hal ini akan lebih meyakinkan JAS dan membantu mereka terutama jika wujud sebarang permasalahan dan juga menyatakan sebarang pelanggaran kepada prinsip dan cadangan penambahbaikan. iii. Penerangan yang jelas dan terperinci terhadap terma dan syarat perkhidmatan pengauditan syariah mesti dilakukan. Contohnya dalam penyediaan laporan audit syariah kepada Jawatankuasa Syariah dan sebagainya mestilah diberitahu secara rasmi dan jelas mengenai terma dan syaratnya. Laporan ini mestilah mengandungi perkara-perkara berikut: Ulasan (Review) Kesan (Impact) Pengesyoran (Recommendation) Pelan Tindakan Pengurusan (Management Action Plan) 159

5.4.3 Saranan kepada Pihak Berkuasa i. Pihak berkuasa perlu lebih proaktif dalam permasalahan pematuhan syariah terutama melibatkan persoalan pengawasan melalui aspek pengauditan. Sikap tunggu dan lihat bukanlah satu tindakan yang relevan masa kini. Semua pihak harus mendahului permasalahan dengan mengkaji, memahami dan mengeluarkan arahan atau pekeliling seberapa segera tatkala berlaku sesuatu isu atau permasalahan yang diutarakan. ii. Garis panduan atau standard terutama melibatkan persoalan audit syariah semasa harus diperjelaskan secara lebih sistematik kepada pengamal industri. Kegagalan menyampaikan maklumat berkenaannya secara tepat boleh membawa kepada salah faham dan kekeliruan yang menyesatkan. Justeru, hebahan dan sistem penyampaian haruslah diperkemaskan agar penyampaian kepada pihak-pihak berwajib dapat dilakukan dengan tepat dan berkesan. iii. Para ahli Majlis Penasihat Syariah BNM, SC dan juga JKS institusi berkenaan bersama-sama ahli-ahli akademik perlu berganding bahu dengan kepakaran pihak dalaman dan luaran terutama melibatkan aplikasi pengauditan moden yang selaras dengan syariah. Sikap pengasingan diri dari urusan pihak tertentu kadangkala menimbulkan permasalahan yang lebih besar. Oleh yang demikian, diharapkan agar perbincangan, diskusi, seminar, forum dan wacana ilmiah tentang produk kewangan Islam dari perspektif syariah perlu diperhebatkan dengan penglibatan semua pihak. 160

iv. Aspek undang-undang dan penguatkuasaannya harus diperkemaskan. Perlu ada peruntukan khas legislatif kepada permasalahan seperti mewujudkan praktikal kurikulum tambahan iaitu praktikal dan latihan industri di institusiinstitusi kewangan Islam dan seumpamanya. Hal ini bertujuan untuk memudahkan sebarang tindakan diambil sekiranya berlaku sesuatu kesalahan. v. Institusi pendidikan tinggi juga perlu memain peranan dalam memperkasakan sistem pengauditan syariah ini, dengan menjadikan produk kewangan Islam sebagai sukatan subjek pelajaran yang wajib dipelajari oleh pelajar jurusan Syariah, Undang-Undang dan Ekonomi. Terutama bagi subjek utama seperti fiqh muamalat, operasi perbankan Islam, teknik pengauditan, prinsip perakaunan, perdagangan dan pengurusan risiko. Hal ini merupakan satu tanggungjawab bagi institusi terbabit yang bertujuan meningkatkan kefahaman dan kesedaran terhadap muamalat Islam dan melahirkan juruaudit syariah yang ideal. 5.5 PENUTUP Melihat kepada tuntutan semasa, penyelidikan ini dilihat mampu digunapakai keseluruh institusi kewangan Islam di Malaysia untuk mempertingkatkan urus tabdir dalam sesebuah organisasi khususnya dalam aspek pengawasan. Dengan adanya standard yang diiktiraf berkenaan audit syariah di setiap institusi, ia berpotensi memperbaiki urus tadbir supaya selaras dengan prinsip syariah. Hal ini dapat mengukur 161

tahap pencapaian serta dapat menjadi asas penambahbaikan kepada institusi kewangan Islam itu sendiri. Sebagai kesimpulan, usaha yang berterusan ke arah memahami metodologi pengauditan syariah perlulah diperkemaskan dan dimantapkan demi memastikan persoalan semasa yang ditangani dengan sebaiknya dan berkesan. Usaha ini dapat dilakukan dengan kerjasama semua pihak terutamanya para ulama, ahli akademik dan lebih-lebih lagi pengamal industri. Cara penentuan dan pengamalan audit syariah dalam era moden hendaklah dilakukan dengan pendekatan yang lebih efektif dan kompetatif berbanding apa yang dilakukan terdahulu. Hal ini kerana era moden mempunyai ciri-ciri dan isunya yang tersendiri. Seterusnya menggabungkan kefahaman serta praktikal yang tepat dan kemampuan berinteraksi yang betul akan memastikan modus operandi audit syariah sentiasa malar, segar, berdaya saing dan membuktikan kesyumulan syariah Islam yang sentiasa relevan sepanjang masa. Akhir kata, penyelidik sememangnya mengakui dan menyedari bahawa kajian ini masih mengandungi banyak kelemahan dan kekurangan. Oleh yang demikian, penyelidik mengharapkan agar kesinambungan penyelidikan ini akan dapat diteruskan demi meneruskan jihad ilmu ini. Semoga usaha ini dapat menjadi nadi penggerak ke arah mengembalikan dan memacu semula kegemilangan dan keagungan institusi pengawasan syariah khususnya serta sistem kewangan Islam umumnya. 162