ORDINAN PELAJARAN, 1957 PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN (DISIPLIN SEKOLAH) 1959.

dokumen-dokumen yang mirip
UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 308

PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KENAIKAN PANGKAT MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA 1999

AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA. Akta 15 AKTA HASUTAN Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

Undang-Undang Malaysia

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 1 D.R. 9/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

AKTA PILIHAN RAYA 1958

Undang-Undang Malaysia

SEMINAR PERBANDINGAN ANTARA AKTA PERLINDUNGAN SAKSI 2009 (AKTA 696) DENGAN AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 (AKTA 711)

D.R. 20/2007 RANG UNDANG-UNDANG MAKMAL PATOLOGI 2007

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Industri Pelancongan (Pindaan) 1 D.R. 44/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Industri Pelancongan 1992.

Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 1 D.R. 4/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Umur Persaraan Minimum 1 D.R. 26/2012 RANG UNDANG-UNDANG UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012

D.R. 35/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Takaful DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

D.R. 8/94 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987.

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 35/95 RANG UNDANG-UNDANG PENDIDIKAN 1995

Undang-Undang Malaysia

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

Perdagangan Strategik 1 D.R. 4/2010

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

D.R. 38/98 RANG UNDANG-UNDANG LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA 1998

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN

D.R. 32/90 RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIYITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN- 1990

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PERJANJIAN PENGAJIAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PERJANJIAN BERTARIKH :

Rekod permohonan, siasatan, tindakan, dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

Undang-Undang Malaysia

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

AKTA KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994 (Akta 521) SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BELIMBING SETIA DURIAN TUNGGAL, MELAKA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 13/2008 RANG UNDANG-UNDANG IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2008 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN 1 PERMULAAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2008 TAWARAN OPSYEN PELANJUTAN UMUR PERSARAAN WAJIB KEPADA 58 TAHUN

PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION) No. Pendaftaran 676/88 (Wilayah Persekutuan) UMNO

D.R. 19/90 RANG UNDANG-UNDANG. b ernama. Suatu Akta untuk meminda Akta Eksais [ ]

UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA. Akta 62 AKTA AUDIT Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

STATUT UNIVERSITI STATUT XXIII (SIRI BAHARU) STATUT UNIVERSITI MALAYA (BADAN-BADAN PELAJAR) 1979 BAHAGIAN I: PERMULAAN

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (2) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2015

D.R. 19/92 RANG UNDANG-UNDANG HIBURAN (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) Naskhah Sahih Bahasa Malaysia. 7. Tempoh lesen.

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

(PPG/KDPM KDC-Pin.2/2014) No. Pendaftaran Institut...

PERJANJIAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN GURU ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN ZURAIDA HAMSIAH BINTI MOHAMED NASIR

GARIS PANDUAN TATACARA MENGENAKAN HUKUMAN DAN TINDAKAN KEPADA PELAJAR PELAJAR OLEH : TN. SYED KHAIRUL AZWI SYED MOKHTAR 26 OKTOBER

D.R. 35/2009 RANG UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2009

Profesion Kesihatan Bersekutu 1 D.R. 24/2015 RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU 2015

UNDANG-UNDANG (PERUNTUKAN KHAS) Akta 202 CETAKAN SEMULA. Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 341 AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988

D.R. 4/96. Naskhah Sahih Bahasa Kebangsaan RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Angkatan Tentera 1972.

D.R. 11/97 RANG UNDANG-UNDANG TELEPERUBATAN 1997

Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 1 D.R. 19/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 680 AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK 2007 SUSUNAN SEKSYEN

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

TAKLIMAT PERLAKSANAAN SIJIL PERAKUAN PEMATUHAN STANDARD IMPORT (PPSi)

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 1 D.R. 27/2008. Rang Undang-Undang Suruhanjaya pelantikan kehakiman 2008

(6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH PERATURAN NO. I PERATURAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (PERATURAN-PERATURAN MESYUARAT SENAT) 1998

Peranti Perubatan 1 D.R. 9/2011. RANG UNDANG-UNDANG peranti perubatan 2011

Majlis Keselamatan Negara 1 D.R. 38/2015 RANG UNDANG-UNDANG MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2015

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

P.U. (A) 8/2008 AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN 2007 PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (MEKANISME PENSTABILAN HARGA) 2008

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

RANG UNDANG-UNDANG EKSTRADISI 1991

D.R. 25/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n am a. Suatu Akta untuk meminda Akta Pusat Jagaan DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Nama dan Permulaan Kuatkuasa

Akta 5 AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA 1954

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA PERSATUAN NELAYAN 1971

Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan D.R. 23/2009

BAHAGIAN III KEWAJIPAN-KEWAJIPAN DAN KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN KOPERASI-KOPERASI

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT & PENAMATAN PERKHIDMATAN) AHSAN AHMAD BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABATAN PENDAFTAR

RANG UNDANG-UNDANG. bernama. .Suatu Akta untuk meminda Akta Institut Teknologi MARA 1976.

D.R. 2/2008 RANG UNDANG-UNDANG AHLI GEOLOGI 2008

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Pergigian 1 D.R. 46/2017 RANG UNDANG-UNDANG PERGIGIAN 2017

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AYER HITAM BATCH 84 (ALUMNI SMAH 84)

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Transkripsi:

Lampiran A Edaran Terhad untuk Kegunaan Rasmi Sahaja ORDINAN PELAJARAN, 1957 PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN (DISIPLIN SEKOLAH) 1959. 2 tahun 1957 Tajuk ringkas dan pemakaian. Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 116 Ordinan Pelajaran, 1957, Menteri dengan ini membuat peraturan-peraturan yang berikut : 1. Peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan- Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah), 1959, dan hendaklah dipakai bagi semua sekolah daripada :- (a) (b) sekolah yang dikecualikan daripada pendaftaran di bawah seksyen 114(2) Ordinan dan sekolah gaya pos Tafsiran. P.U.(A)130. 80 2. Dalam peraturan-peraturan ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain - Pihak berkuasa pelantik ertinya orang atau badan yang bertanggungjawab pada masa itu bagi melantik mana-mana orang menjadi Guru Besar sesebuah sekolah. Pendaftar Besar ertinya Pendaftar Besar Sekolah-sekolah yang dilantik di bawah seksyen 57(1) Ordinan ; Pendaftar ertinya Pendaftar Sekolahsekolah yang dilantik di bawah seksyen 57(2) Ordinan. Perlantikan Guru Besar. 3. (1) Apabila melantik seseorang menjadi Guru Besar sesebuah sekolah, pihak berkuasa pelantik hendaklah dengan seberapa segera yang boleh, memberitahu Pendaftar tentang perlantikan itu. 6.

(2) Pendaftar hendaklah mencatatkan nama Guru yang dilantik menjadi Guru Besar di mana-mana sekolah dalam daftar sebagai nama guru besar sekolah itu. (3) Apabila Guru Besar sesebuah sekolah bersara atau berhenti bertindak sebagai Guru Besar, badan berkuasa pelantik hendaklah dengan seberapa segera yang boleh melaporkan hal itu secara bertulis kepada Pendaftar, yang hendaklah dengan membuat apa-apa catatan dalam daftar itu sebagaimana perlu. (4) Dalam peraturan ini daftar ertinya daftar yang disimpan di bawah seksyen 59 Ordinan. Tanggungjawab Guru Besar atas disiplin. Kuasa-kuasa Guru Besar. 4. Guru Besar sesebuah sekolah adalah bertanggungjawab atas disiplin sekolah dan bagi maksud itu hendaklah mempunyai kuasa ke atas Guru-Guru dan murid-murid sekolah itu. 5. (1) Bagi maksud menjaga disiplin di kalangan murid-murid, Guru Besar hendaklah mempunyai kuasa menjalankan hukumanhukuman sekolah yang biasa sebagaimana perlu atau bermanfaat : Dengan syarat bahawa (a) hukuman dera kepada murid-murid perempuan adalah dilarang : dan (b) hukuman dera kepada murid-murid lelaki oleh seseorang Guru atau lainlain kakitangan sekolah adalah dihadkan kepada merotan dengan rotan yang ringan ditapak tangan ataupun dipunggung yang berlapik dengan pakaian dan hendaklah dijalankan hanya oleh Guru Besar ataupun dengan kuasa nyata yang diberi olehnya dalam hal yang tertentu. (2) Satu rekod mengandungi semua hukuman yang dijalankan dibawah perenggan hendaklah disimpan secara sulit mengikut bentuk yang diluluskan oleh Pendaftar. 7.

Perwakilan kuasa oleh Guru Besar. 6. Guru Besar sesebuah sekolah boleh dari semasa ke semasa, tertakluk kepada apaapa syarat dan hal yand difikirkannya patut, mewakilkan kuasa disiplin sekolah dan kuasa menjalankan hukum kepada Guru-Guru lain di sekolah itu atau kepada murid-murid yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu, tetapi kecuali yang disebut di atas tidak seorang pun Guru atau murid boleh menjalankan kuasa itu melainkan dengan arahan tertentu. Dengan syarat bahawa kuasa menjalankan hukuman dera tidak boleh diwakilkan kepada mana-mana orang selain daripada guru berdaftar. Murid-murid tidak boleh mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti pilihanraya atau politik. 7. (1) Tiada seorang pun murid yang berumur kurang daripada dua puluh satu tahun yang belajar di mana-mana sekolah boleh (a) merayu undi bagi pihak mana-mana parti atau pertubuhan politik, atau mana-mana calon dalam sesuatu pilihanraya ; (b) dengan tujuan menyokong atau menentang mana-mana parti atau pertubuhan politik, atau pencalonan mana-mana individu dengan menentang seorang atau beberapa orang lain dalan sesuatu pilihanraya, berucap atau mengganggu manamana perjumpaan awam yang sah ; (c) menyebar atau menyebab disebarkan apa-apa penulisan politik, dokumen atau lain-lain propaganda bagi pihak atau untuk menyokong sesuatu parti atau pertubuhan politik atau yang ada hubungan dengan mana-mana calon yang sedang bertanding dalam sesuatu pilihanraya. (d) Mengganggu perjalanan sesuatu perjumpaan awam yang sah dengan cara yang mungkin menghalang perjalanan urusan perjumpaan yang diadakan itu ; 8.

(e) Mengambil bahagian dalam manamana perarakan atau perhimpunan yang dikelolakan atau diadakan dengan tujuan untuk menyokong atau menentang mana-mana parti atau pertubuhan politik atau apa-apa pendapat politik atau mana-mana calon dalam sesuatu pilihanraya. (2) Dalam peraturan ini pilihanraya ertinya pemilihan seseorang ahli untuk Dewan Rakyat, Dewan Undangan Negeri atau manamana pihak berkuasa tempatan. Kuasa guru besar menggantung persekolahan atau membuang murid dari sekolah 8. Pada bila-bila masa sahaja didapati dengan memuaskan hati Guru Besar sesebuah sekolah (a) sebagai perlu atau dikehendaki bagi maksud menjaga disiplin atau ketenteraman di mana-mana sekolah yang seseorang murid patut digantung persekolahannya ataupun dibuang sekolah; atau (b) yang seseorang murid telah melanggar peruntukan-peruntukan peraturan 7, ia boleh dengan perintah menggantung murid itu dari hadir sekolah selama suatu tempoh yang difikirkannya patut atau membuang murid itu dari sekolah. Kuasa pendaftar mengarahkan pembuangan murid dari sekolah. 9. (1) Pada bila-bila masa sahaja (a) Didapati dengan memuaskan hati Pendaftar sebagai perlu atau dikehendaki bagi maksud menjaga disiplin atau ketenteraman dimanamana sekolah : atau (b) Pendaftar diarahkan sedemikian oleh Pendaftar Besar; atau (c) Pendaftar berpuas hati bahawa telah berlaku pelanggaran terhadap peraturan 7. 9.

Rayuan. 10. (1) Ibu bapa atau penjaga mana-mana murid yang digantung persekolahannya atau dibuang sekolah di bawah peraturan 8(a) boleh merayu kepada Pendaftar yang boleh membuat suatu perintah mengenainya sebagaimana difikirkannya patut : (2) Ibu bapa atau penjaga mana-mana murid yang dibuang sekolah mengikut mana-mana perintah yang dibuat di bawah peraturan 8(b) atau peraturan 9 boleh, dalam tempoh satu bulan dari tarikh murid itu dibuang sekolah atau dari tarikh perintah yang disebut dalam peraturan 9(2) disampaikan kepadanya, mengikut mana yang lebih lama, merayu kepada Menteri mengikut peruntukanperuntukan seksyen 90 dan 91 ordinan. Catatan dibuang sekolah dalam sijil berhenti sekolah. Syarat masuk balik sekolah. 11. Sijil berhenti sekolah tiap-tiap murid yang dibuang sekolah di bawah peruntukanperuntukan peraturan 8 atau 9 hendaklah dicatat oleh Guru Besar dengan catatan yang menyatakan murid itu telah dibuang sekolah di bawah peruntukan-peruntukan Peraturan- Peraturan ini. 12. Seseorang murid yang telah dibuang sekolah dengan perintah yang dibuat di bawah peraturan 9 tidak boleh selepas itu, (melainkan jika perintah itu telah terlebih dahulu dimansuhkan oleh pihak berkuasa yang membuatnya ). (a) masuk atau dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah itu; atau (b) diterima masuk sebagai seorang murid di mana-mana sekolah lain, tanpa kebenaran Pendaftar Besar. Kuasa menutup sekolah, dll, dalam hal keadaan tertentu 13. (1) Jika, pada pendapat Pendaftar, perlu atau dikehendaki oleh kerana apa-apa hal tak tenteram atau ketiadaan disiplin di pihak murid atau pelajar sesebuah sekolah yang sekolah itu patut ditutup sementara waktu, maka Pendaftar boleh, dengan perintah secara bertulis, menutup sekolah itu selama suatu tempoh, tidak melebihi satu bulan dari tarikh perintah tersebut itu, sebagaimana difikirkannya perlu. 10.

(2) Tiada seorang pun boleh tanpa sebab yang munasabah masuk atau cuba masuk atau tinggal di premis itu yang digunakan sebagai atau berkaitan dengan sesebuah sekolah yang mana suatu perintah yang dibuat di bawah perenggan (1) adalah berkuatkuasa. (3) Mana-mana pegawai polis boleh, tanpa waran masuk dan menggeledah mana-mana sekolah atau mana-mana bangunan / premis yang digunakan sebagai atau berkaitan dengan sekolah itu yang suatu perintah telah dibuat di bawah perenggan (1) peraturan ini dan boleh menghalau keluar sesiapa juga yang terjumpa didalamnya; dan untuk memasuki mana-mana bahagian premis itu, pegawai polis boleh menggunakan kekerasan yang perlu untuk memecah buka pintu atau tingkap yang di luar atau di dalam jika, setelah menunjukkan kuasa dan tujuannya dan izin masuk telah dibuat dengan sempurnanya, ia tidak dapat dengan cara itu masuk premis itu. (4) Apa-apa perintah yang dibuat di bawah perenggan (1) boleh pada bila-bila masa semasa masih berkuatkuasa dibatalkan oleh Menteri, tetapi tanpa menyentuh sahnya perintah yang lalu atau apa-apa jua yang dilakukan di bawahnya atau kuasa Pendaftar untuk membuat perintah baru di bawah peraturan ini. Penalti 14. Mana-mana murid yang tidak mematuhi mana-mana perintah yang dibuat di bawah peraturan 8 atau 9, atau yang melanggar peruntukan-peruntukan peraturan 12 dan sesiapa jua yang tidak mematuhi peruntukanperuntukan peraturan 11 atau peraturan 13(2) boleh dikenakan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-dua denda atau penjara itu, dan sesiapa jua yang tidak mematuhi peruntukan-peruntukan manamana peraturan lain boleh dikenakan denda tidak lebih daripada satu ratus ringgit bagi kesalahan kali pertama dan dua ratus ringgit bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya. 11.

Kuasa memberi pengecualian Pembatalkan L.N. 452. 56. 15. Menteri boleh dengan perintah mengecualikan mana-mana sekolah atau golongan sekolah semua atau mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini, sama ada dengan mutlak atau tertakluk kepada apaapa syarat yang difikirkannya patut dikenakan, dan boleh pada bila-bila masa menurut budi bicaranya membatalkan manamana pengecualian itu atau memansuhkan atau meminda atau menambah kepada syarat-syarat itu. 16. Peraturan-peraturan (Disiplin) Sekolah 1956 adalah dengan ini dibatalkan. Diperbuat pada 20hb. Februari, 1959. ( M.E. 040 : AG.FM.Y/26/64/8: AG/FM/Y/ 98/6-Vol.II/4 ) MOHAMED KHIR JOHARI Menteri Pelajaran 12