BAB LIMA PENUTUP. rumusan yang diperolehi daripada kajian yang telah dijalankan. Dari situ

dokumen-dokumen yang mirip
BAB SATU PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan. Istilah merupakan perkataan atau paduan perkataan-perkataan yang

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB I PENDAHULUAN. Arab. Tiada sesiapapun yang menyangkal bahawa bahasa Arab dan al-qur an al-karim

BAB 5 PENUTUP. ayat tanpa penafian (مثبت) maka yang lainnya ayat penafian.(منفي) Kedua-duanya

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui,

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Teori Semantik

BAB KELIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Rumusan di sini membawa pengertian kesimpulan kepada semua fakta-fakta

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. membuat rumusan kepada kajian yang bertajuk Penguasaan Maṣdar : Satu Kajian Di

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

BAB 5 PENUTUP. Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami

Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

NUR FARA AYUNI BINTI ABDUL RAFFAR PISMP AMBILAN JANUARI 2012 RBT 1

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN APLIKASI/LAMAN WEB UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

Di dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan mengenai kerangka teori, kaedah-kaedah yang digunakan, di mana pengkaji juga turut meninjau kerangka dan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5 KESIMPULAN. sosial dan mesej segera dalam kalangan mahasiswa Cina di Universiti Malaya, Kuala

BAB KEENAM KESIMPULAN. dapatan bagi setiap analisis yang telah dibuat dalam bab-bab sebelum ini. Huraian bagi

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

BAB LIMA KESIMPULAN DAN SARANAN. Berdasarkan kepada keseluruhan hasil kajian yang diperolehi, bab ini akan

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

BAB SATU PENGENALAN. topik perbincangan dalam kajian morfologi ( ) perlu diketengahkan. fonologi yang berlaku dalam pembentukan kata bahasa Arab.

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. sebelumnya. Seterusnya pengkaji akan mengemukakan beberapa cadangan yang

GARIS PANDUAN PENULISAN TESIS/DISERTASI KOMPILASI. Pusat Siswazah. Universiti Kebangsaan Malaysia

ARAHAN: ( )

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BANGI, 15 Mac 2013 Sebarang usaha untuk menghuraikan nahu yang hendak dijadikan pegangan Bahasa Melayu mestilah yang mudah difahami masyarakat.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu

LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESIONAL. Semester I TUGASAN INDIVIDU

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

Ucapan YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB EMPAT RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan menampilkan rumusan bagi keseluruhan perkara yang telah

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN. segi proses-proses pembentukan kata dan item leksikal (KIL) berserta beberapa

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

BAB SATU PENGENALAN. Bahasa sangat penting dalam kehidupan manusia. Kepentingannya tidak dapat dinafikan

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR

BAB 1 PENGENALAN. Teknologi khususnya yang berkaitan dengan penggunaan komputer adalah

PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

KERJA KURSUS PROJEK: TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN EDU3105

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini.

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

UNSUR KESANTUNAN DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN

Ulasan makalah. Wan Suhaimi Wan Abdullah

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Kriteria Belanjawan Modal

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

BAB 1 PENGENALAN. pembentukan kata dalam akhbar harian bahasa Tamil. Seterusnya, pernyataan masalah,

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

TEORI SEGITIGA SEMIOTIK

Keseluruhan kaedah pengajaran BM murid-murid pekak telah memberi gambaran yang

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN. Al-Quran diturunkan oleh Allah s.w.t sebagai mukjizat kepada Nabi Muhammad s.a.w

PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

BAB 5 PENUTUP. Kajian ini telah membincangkan mengenai topik-topik yang berkaitan dengan konsep

Terima kasih kepada Pengerusi Majlis Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

LMCK1621 ETIKA DAN PROFESIONAL SET 8

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. bertentangan dalam arena bacaan al-quran, bahkan in menambahkan lagi khazanah kaedah

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

Membina Masa Depan dalam Acuan Sendiri. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Transkripsi:

BAB LIMA PENUTUP 5.0. Pendahuluan Dalam bab terakhir ini penulis akan mengemukakan dapatan dan rumusan yang diperolehi daripada kajian yang telah dijalankan. Dari situ penulis cuba mengemukakan beberapa saranan dan cadangan yang penulis kira dapat membantu para pencinta bahasa Arab dan Melayu di luar sana dalam memperkukuhkan lagi penguasaan leksikal kedua-dua bahasa tersebut. 5.1. Rumusan Setelah menghurai dan menganalisis segala data dan maklumat yang diperolehi sepanjang menyediakan disertasi ini, penulis telah membuat beberapa rumusan dan kesimpulan. Antaranya: a. Makna sesuatu istilah tidak mudah untuk ditentukan. Untuk memahami makna perkataan, istilah atau ungkapan, perlu dilihat penggunaannya dalam ayat. Hubungan makna antara perkataan dalam 104

ayat dapat membantu kita memahami makna sesuatu istilah. Selain itu, untuk mendapatkan padanan makna yang sebenar, pengamatan, pengalaman dan rasa bahasa yang amat tinggi diperlukan. b. Para sarjana linguistik berbeza pendapat tentang kewujudan padanan makna bagi setiap perkataan. Namun melalui kajian yang dilakukan, penulis berpendapat tidak ada padanan makna yang benar-benar tepat bagi hampir keseluruhan kata sebagaimana kata yang mempunyai pelbagai makna yang berbeza. Namun itu bukanlah suatu perkara yang perlu dirisaukan kerana apa yang penting ialah mesej yang ingin disampaikan oleh seseorang penutur melalui perkataan yang digunakan sampai dan dapat difahami oleh pendengar. c. Di antara istilah-istilah yang menimbulkan kesukaran dalam menentukan padanan makna yang sesuai ialah kata panggilan keluarga, istilah-istilah yang agak jarang digunakan serta istilah-istilah yang mempunyai lebih daripada satu makna. d. Apa yang perlu apabila seseorang ingin menterjemah sesuatu leksikal ialah berusaha sedaya mungkin untuk mencari padanan makna yang paling hampir dan ringkas agar ia dapat memudahkan mereka yang bukan daripada penutur bahasa asal memahami maksud yang ingin disampaikan melalui bahasa terjemahan. e. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi padanan makna istilah kekeluargaan dan kemasyarakatan sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Arab. Antara faktor yang menyebabkan berlakunya 105

ketidaktepatan padanan makna di antara bahasa Arab dengan bahasa Melayu dan sebaliknya ialah pengaruh budaya dan persekitaran yang berbeza di kalangan penutur kedua-dua bahasa. f. Istilah-istilah dalam penggunaan kata panggilan keluarga dan masyarakat bagi orang Melayu dilihat lebih rencam dan kompleks berbanding dengan kata panggilan keluarga dalam masyarakat Arab. Ini akan menyebabkan kesukaran dan kekeliruan dalam menentukan padanan makna yang sesuai bagi istilah-istilah tersebut. g. Walaupun terdapat kesukaran untuk menentukan padanan makna terhadap leksikal-leksikal tertentu dalam kedua-dua bahasa, namun fenomena kepelbagaian ciri-ciri makna ini dari sudut yang lain dapat memudahkan pengguna kedua-dua bahasa memperolehi pelbagai maklumat seperti gender, kedudukan dalam keluarga dan masyarakat, status dan sebagainya hanya daripada satu leksikal sahaja. Tegasnya di sini, mencari padanan yang serasi dan tepat daripada semua aspek bagi sesuatu perkataan adalah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan. Justeru para penterjemah dan sesiapa juga yang terlibat dalam proses pemindahan makna perkataan dalam bahasa Melayu dan bahasa Arab termasuk para guru bahasa harus berhati-hati dan sentiasa membuat rujukan terhadap sesuatu istilah sebelum diberi padanan makna agar tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan mereka yang menerima terjemahan kata tersebut. 106

5.2. Cadangan Selepas memperolehi dapatan-dapatan melalui kajian yang dijalankan, penulis ingin mengemukakan beberapa cadangan. Diharap cadangancadangan ini dapat dipertimbangkan dan diambil perhatian oleh pihak-pihak berkaitan. Antara cadangan-cadangan itu ialah: a. Perlu ada usaha untuk mendokumentasikan istilah-istilah Arab dan Melayu di bidang kekeluargaan dan kemasyarakatan berserta padanan makna agar makna setiap istilah dapat diseragamkan penggunaannya. Pihak-pihak berkenaan seperti DBP tidak seharusnya hanya menumpukan kepada pengumpulan dan penerbitan daftar-daftar istilah berkaitan bidang-bidang teknikal, sains dan teknologi semata-mata tetapi seharusnya juga menerbitkan daftar istilah bagi bidang-bidang sains sosial seperti kekeluargaan dan kemasyarakatan. b. Para penterjemah harus mengambil berat tentang padanan makna yang tepat meliputi semua bidang khususnya dari sudut kekeluargaan dan kemasyarakatan dengan melihat kepada unsur-unsur yang mempengaruhi terjemahan agar hasil terjemahan mereka dilihat menepati makna teks asal. c. Para guru dan tenaga pengajar bahasa Arab di sekolah-sekolah (terutamanya sekolah-sekolah rendah) harus mendedahkan tentang leksikalleksikal yang menimbulkan kekeliruan kepada para pelajar mereka dari sudut padanan makna terutamanya leksikal yang dipinjam dari bahasa Arab. Para pelajar juga harus didedahkan tentang penggunaan istiah-istilah tersebut dari 107

sudut semantik bahasa Arab. Usaha ini memerlukan kesepaduan ilmu dan pengalaman di kalangan guru untuk memberi penerangan yang mudah dan jitu. d. Para ahli perkamusan harus menghasilkan suatu kamus khusus Arab- Melayu dan Melayu-Arab di mana entrinya terdiri daripada istilah-istilah kekeluargaan dan kemasyarakatan berserta penjelasan secara terperinci tentang padanan maknanya. Kamus ini dapat membantu para pelajar, guru, penterjemah, pengkaji bahasa dan mereka yang ingin mendalami ilmu leksikografi Arab dan Melayu dalam mencari makna-makna istilah dengan lebih mudah. 5.3. Penutup Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan inayahnya penulis dapat menyiapkan disertasi ini. Sebelum itu penulis ingin memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dan kelemahan dalam kajian yang telah dijalankan ini. Penulis tidak menafikan kemungkinan ada kelemahan dalam disertasi ini kerana skop kajian yang dilaksanakan ini agak kecil dan tidak luas. Oleh kerana itu tidak banyak kajian berkaitan yang boleh dirujuk sebagai panduan dalam menyiapkan disertasi ini. Justeru itu penulis berharap agar suatu hari nanti penulis atau sesiapa juga yang berminat dapat melanjutkan kajian ini dengan 108

penerokaan yang lebih mendalam. Ini kerana banyak lagi topik-topik dalam penulisan ini yang boleh diperluaskan skop kajiannya. Penulis juga mengakui sepanjang menjalankan kajian ini, penulis berdepan dengan pelbagai rintangan dan cabaran sama ada dari sudut tenaga, masa, wang ringgit dan pelbagai lagi yang menuntut komitmen dan pengorbanan yang tinggi. Walaubagaimanapun penulis berharap kajian yang tidak seberapa ini dapat memberi manafaat dan sedikit maklumat dan pengetahuan kepada para pembaca. Akhir kata, sekali lagi penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam memberi sumbangan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung terhadap penulisan ini. Wassala:mu alaikum wa rah matulla:hi wa baraka:tuh. 109