JPA.BPO(S)324/1/7-15 Jld. 19 (53) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 21 TAHUN 2013 PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN PENJAGA JENTERA ELEKTRIK

dokumen-dokumen yang mirip
JPA.BPO(S)324/14/16-4 (14) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 15 TAHUN 2013

JPA.BPO(S)324/14/9-6 Jld.14 s.k.3 (78) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013

JPA(S)324/14/23-3 Klt.8(38) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 33 TAHUN 2013 PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN

JPA (K)(S)263/7/6 Klt.8(39) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2016 PANDUAN PERTUKARAN PELANTIKAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2005 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17, N22, N26

JPA(S) (BPO)324/8/19 Klt 6 (31) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2013

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2013

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN OPERATOR MESIN PROSESAN DATA GRED F11, F14

JPA(S)(BPO)324/14/12-4 Klt. 2 ( 22 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 27 TAHUN 2007

JPA(BPO)(S)324/14/34-1 Klt. 3 (4) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2008

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 19 TAHUN 2013 SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU OPERASI DAN PEMBANTU AWAM

PELARASAN GAJI YANG AKHIR DITERIMA BAGI PEGAWAI YANG BERSARA ATAU MENINGGAL DUNIA DALAM PERKHIDMATAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 21 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERUBATAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 12 TAHUN 2013

KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PERKHIDMATAN PEGAWAI PENGUAT KUASA MARITIM DAN PEGAWAI LAIN-LAIN PANGKAT PENGUAT KUASA MARITIM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2009

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2008 TAWARAN OPSYEN PELANJUTAN UMUR PERSARAAN WAJIB KEPADA 58 TAHUN

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2002

JPA(BPO)(S)324/14/21-1 Klt.7( 22 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2008

JPA.BPO(S)324/14/16-1 Jld.15 ( 32 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2014

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2009 PENJUMUDAN SKIM PERKHIDMATAN JAGA

JPA(S)(BPO)324/14/6-1 Klt. 17 ( 21 ) Siri No. : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 25 TAHUN 2007

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 17 TAHUN 2013 PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN OPERATOR LOJI, PEMANDU KENDERAAN DAN PENGHANTAR NOTIS

SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH UNIVERSITI

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

PELAKSANAAN SISTEM SARAAN MALAYSIA BAGI ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2007 PERSARAAN DEMI KEPENTINGAN PERKHIDMATAN AWAM

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 4 TAHUN 2013

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2015

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2000 SKIM PERKHIDMATAN JURUTEKNIK KOMPUTER DAN PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2013

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT & PENAMATAN PERKHIDMATAN) AHSAN AHMAD BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABATAN PENDAFTAR

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 16 TAHUN 2003 PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN JURUTEKNIK GRED J17, J22, J26

SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH PERUBATAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2006

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Nama dan Permulaan Kuatkuasa

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2009

JPA(S)(BPO)324/14/6-1 Klt. 17 ( 20 ) Siri No. : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 24 TAHUN 2007

SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH PERGIGIAN

JPA(BPO)(S)328/2Klt.2(29) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN

SKIM PERKHIDMATAN PEREKA KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL, PELAKSANA (SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU)

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2006

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P001

SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PERUBATAN DAN KESIHATAN KUMPULAN PERKHIDMATAN : BERSEPADU

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 18 TAHUN 2009

SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH FARMASI KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2009 PERUBAHAN NAMA SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU PERUBATAN DAN PEMBANTU FARMASI

SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN/ PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (05) 2009 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 05/2009

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

JPA.BK(R)149/3/5Jld.2(26) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2011

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2014 BANTUAN UPAH JAHIT

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 13 TAHUN 2011

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (1) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2015 BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2015

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 38 TAHUN 2013

JPA.BK(S)71/3/4-11( 47 ) Siri No. : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2012

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (2) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2015

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2016

JANGKAAN ISU-ISU BERBANGKIT DARIPADA PELAKSANAAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI PP 33/2007. Ya.

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2005

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P003 PROSEDUR PELANTIKAN STAF KONTRAK BUKAN AKADEMIK

PELAKSANAAN SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PERSEKUTUAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2006 IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PRESTASI 2006

KENAIKAN GAJI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA

LAMPIRAN A SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH PERUBATAN KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

PELUANG KERJAYA DI LEMBAGA TEKNOLOGIS MALAYSIA

SKIM PERKHIDMATAN JURURAWAT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA. Bilangan 34 Tahun 2013 PENAMBAHBAIKAN JADUAL GAJI MINIMUM-MAKSIMUM GRED HINGGA GRED 54 DIBAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA

IKLAN JAWATAN KOSONG KAKITANGAN BUKAN AKADEMIK KUMPULAN PERKHIDMATAN PELAKSANA

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM PENAMATAN PERKHIDMATAN) Oleh INA MD. YASIN

UNTUK KEGUNAAN JABATAN PENDAFTAR

PANDUAN PENGURUSAN PEMANGKUAN DAN KENAIKAN PANGKAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM

PROSEDUR PERKHIDMATAN

JPA(S)NP.134/1/KLT. 15(18) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 17 TAHUN 2007 PERATURAN PENANGGUNGAN KERJA PERKHIDMATAN AWAM

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL JADUAL GAJI : RM2, RM9,546.00

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian Y.Bhg. Tan Sri/Datuk/Dato /Datin/tuan/puan mengenai perkara di atas.

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (4) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2015

IKLAN JAWATAN KOSONG

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN

JPA.BK (S) 43/13/1Jld. 3 (15) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 2002

JPA.BK (S) 241/87 Jld. 4(10) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011 PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

PEKELILING PENDAFTAR

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (12) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2016 BAYARAN KHAS TAHUN 2016

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 21 TAHUN 2008

SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17

Transkripsi:

JPA.BPO(S)324/1/7-15 Jld. 19 (53) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 21 TAHUN 2013 PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN PENJAGA JENTERA ELEKTRIK TUJUAN 1. Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklum dan melaksanakan keputusan kerajaan mengenai pindaan skim perkhidmatan Penjaga Jentera Elektrik. LATAR BELAKANG 2. Seiring dengan pembangunan negara, keperluan tenaga kerja mahir dalam bidang penyenggaraan aset dan bangunan kerajaan semakin meningkat. Dalam usaha untuk menarik tenaga kerja mahir yang mempunyai kemahiran dan kebolehpasaran yang tinggi memasuki perkhidmatan awam, kerajaan telah bersetuju supaya skim perkhidmatan Penjaga Jentera Elektrik ditambah baik yang antara lain melibatkan pindaan syarat lantikan, syarat kenaikan pangkat dan laluan kemajuan kerjaya. 1

PINDAAN 3. Skim perkhidmatan Penjaga Jentera Elektrik Gred R17, R22, R24 yang berkuat kuasa dipinda seperti berikut: (a) diletakkan di bawah Klasifikasi Perkhidmatan Kejuruteraan (J); (b) diperuntukkan gred jawatan/gaji J17, J22, J26; (c) diperuntukkan syarat lantikan: (i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta sekurang-kurangnya Sijil Kekompetenan Kategori A0 (Sistem Voltan Rendah) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan Gaji permulaan di Gred J17 ditetapkan mengikut Kategori Sijil Kekompetenan: A0/A1 : RM1,318.42 A4-2/A4-1/A4 : RM1,374.81 B0-2/B0-1/B0/B1/B4 : RM1,431.21 (ii) kepujian Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; (d) diperuntukkan syarat sekurang-kurangnya Sijil Kekompetenan Kategori A4-1 (Sistem Voltan Rendah) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan bagi kenaikan pangkat daripada Gred J17 ke Gred J22; (e) diperuntukkan syarat sekurang-kurangnya Sijil Kekompetenan Kategori B0-2 (Sistem Voltan Tinggi) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan 2

bagi kenaikan pangkat daripada Gred J22 ke Gred J26; dan (f) diperuntukkan Peningkatan Secara Lantikan (PSL) ke jawatan Penolong Jurutera Gred JA29 yang kosong tertakluk memenuhi syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan. 4. Skim perkhidmatan Penjaga Jentera Elektrik yang baharu adalah seperti di Lampiran A, format iklan jawatan adalah seperti di Lampiran B dan penghuraian kerja umum adalah seperti di Lampiran C. PELAKSANAAN Prinsip Umum Pertukaran Pelantikan 5. Pegawai hendaklah ditukar lantik ke jawatan baharu di skim perkhidmatan yang sama atau berlainan pada gred yang setara dengan jawatan asal. Pegawai yang ditukar lantik ke skim perkhidmatan dalam kelompok kelayakan lebih tinggi pula, gred jawatan yang akan ditawarkan adalah pada gred lantikan. Sekiranya tiada gred setara, maka jawatan secara Khas Untuk Penyandang (KUP) boleh diwujudkan. 6. Pegawai dalam skim perkhidmatan Penjaga Jentera Elektrik sedia ada yang dilantik secara tetap adalah layak ditukar lantik ke skim perkhidmatan Penjaga Jentera Elektrik yang baharu seperti berikut: (a) Penjaga Jentera Elektrik Gred R17 akan ditukar lantik ke skim perkhidmatan Penjaga Jentera Elektrik Gred J17; (b) Penjaga Jentera Elektrik Gred R22 akan ditukar lantik ke skim perkhidmatan Penjaga Jentera Elektrik Gred J22; dan (c) Penjaga Jentera Elektrik Gred R24 akan ditukar lantik ke skim perkhidmatan Penjaga Jentera Elektrik Gred J26. 3

7. Jabatan ini [Bahagian Pembangunan Organisasi (BPO)] akan melaksanakan perubahan jawatan Penjaga Jentera Elektrik dalam Senarai Perjawatan sedia ada. 8. Mulai tarikh kuat kuasa skim perkhidmatan ini, semua lantikan hendaklah menggunakan skim perkhidmatan yang baharu dan syarat lantikan yang ditetapkan hendaklah dipatuhi. PEMBERIAN OPSYEN 9. Ketua Jabatan hendaklah menawarkan opsyen kepada pegawai yang sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penjaga Jentera Elektrik bagi membolehkan pegawai membuat pilihan. 10. Pegawai yang bersetuju menerima opsyen akan ditukar lantik ke skim perkhidmatan yang baharu. 11. Pegawai yang menolak opsyen atau tidak membuat sebarang opsyen atau gagal mengembalikan borang opsyen dalam tempoh yang ditetapkan tanpa sebab yang munasabah atau membuat opsyen dengan bersyarat dianggap sebagai tidak bersetuju untuk ditukar lantik ke skim perkhidmatan baharu ini. Dengan ini: (a) pegawai akan kekal dalam skim perkhidmatan dan gred jawatan asal secara KUP; (b) pegawai akan berada dalam skim perkhidmatan asal yang telah dijumudkan dan tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan asal; dan (c) pegawai juga tidak layak menikmati keistimewaan dan penambahbaikan yang diperuntukkan dalam skim perkhidmatan Penjaga Jentera Elektrik yang baharu dan sebarang pindaan kepadanya. 4

12. Semua pegawai yang terlibat akan diberi tempoh 30 hari mulai tarikh surat opsyen diedarkan untuk membuat pilihan sama ada menerima atau menolak tawaran opsyen ini. Pilihan yang dibuat adalah muktamad. 13. Tawaran opsyen ini hanya diberi kepada pegawai yang bertaraf tetap dan masih dalam perkhidmatan pada 1 November 2013, termasuk mereka yang masih dalam tempoh percubaan serta berada dalam Sistem Saraan Malaysia. 14. Tawaran opsyen ini juga hendaklah diberi kepada mereka yang berada dalam keadaan berikut: (a) (b) (c) (d) (e) dipinjamkan atau ditukar sementara; sedang bercuti; tidak hadir bertugas semasa opsyen dikeluarkan dan berkuat kuasa; sedang dalam proses tindakan tatatertib; dan sedang menjalani hukuman tatatertib. 15. Pegawai yang sedang dalam proses tindakan tatatertib, jika sabit kesalahannya dan dijatuhi hukuman buang kerja dalam tempoh opsyen, maka tawaran opsyen tersebut dengan sendirinya terbatal. 16. Sekiranya surat tawaran opsyen tidak dapat disampaikan, termasuk kepada pegawai yang berada dalam keadaan seperti di perenggan 14, Ketua Jabatan boleh menawarkan surat tawaran opsyen dengan memberi tempoh yang sama (30 hari) untuk membolehkan mereka membuat pilihan, walaupun tempoh opsyen asal telah tamat. 17. Bagi urusan pemberian opsyen pertukaran pelantikan bagi pegawai dalam skim perkhidmatan Penjaga Jentera Elektrik, contoh Surat Tawaran Opsyen Pertukaran Pelantikan, Syarat-syarat Pertukaran Pelantikan dan Borang Opsyen Pertukaran Pelantikan bagi Penjaga Jentera Elektrik Gred R17, R22, R24 adalah seperti di Lampiran D, D1 dan D2. 5

18. Tawaran opsyen ini tidak melibatkan pegawai lantikan sementara atau kontrak dan perkhidmatan pegawai tersebut perlu ditamatkan. Urusan pelantikan semula pegawai berkenaan akan diuruskan oleh Ketua Jabatan, tertakluk memenuhi syarat skim perkhidmatan yang baharu. KAEDAH PELAKSANAAN OPSYEN 19. Bagi melaksanakan opsyen ini, Pihak Berkuasa Melantik, Ketua Jabatan dan pegawai yang terlibat hendaklah mematuhi kaedah yang ditetapkan seperti berikut: (a) Pihak Berkuasa Melantik Pihak Berkuasa Melantik akan mewakilkan kuasa kepada Ketua Jabatan untuk menawarkan opsyen pertukaran pelantikan kepada pegawai yang terlibat. (b) Ketua Jabatan (i) menawarkan opsyen kepada pegawai terlibat; (ii) memberi penjelasan terperinci mengenai opsyen kepada pegawai yang terlibat dan implikasi keputusan yang dibuat; (iii) mengemas kini Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti pegawai yang terlibat selaras dengan perubahan-perubahan berkaitan; dan (iv) melaksanakan pekeliling perkhidmatan dan melaporkan kepada jabatan ini (BPO) mengenai status pelaksanaan pekeliling perkhidmatan ini sebelum 1 Mei 2014 mengikut format seperti di Lampiran E. 6

(c) Pegawai Yang Ditawarkan Opsyen (i) membaca dengan teliti dan faham mengenai opsyen sebelum membuat keputusan. Jika terdapat sebarang keraguan, pegawai hendaklah merujuk kepada Ketua Jabatan untuk mendapatkan penjelasan selanjutnya. Pemilihan opsyen adalah muktamad; (ii) melengkapkan dua (2) salinan borang opsyen iaitu satu (1) salinan untuk disimpan oleh Ketua Jabatan manakala satu (1) salinan lagi untuk pegawai berkenaan; dan (iii) mengembalikan borang opsyen dalam tempoh 30 hari mulai tarikh surat tawaran dikeluarkan. KAEDAH PENETAPAN GAJI PERMULAAN 20. Pegawai akan ditawarkan gaji permulaan di jawatan baharu seperti berikut: (a) pada gaji minimum di gred jawatan baharu sekiranya gaji akhir di gred jawatan asal adalah sama atau lebih rendah daripada gaji minimum di gred jawatan baharu; atau (b) pada amaun gaji yang sama dengan amaun gaji akhir di gred jawatan asal jika gaji akhir di gred jawatan asal lebih tinggi daripada gaji minimum di gred jawatan baharu. 21. Pegawai yang gaji akhirnya tidak dapat ditampung oleh amaun gaji dalam Jadual Gaji Minimum Maksimum mengikut kaedah di atas, maka jadual gaji KUP hendaklah dipohon daripada jabatan ini (Bahagian Saraan) dengan mengemukakan salinan Kenyataan Perkhidmatan pegawai terlibat yang telah dikemas kini dan disahkan. 7

22. Contoh kaedah penetapan gaji permulaan bagi pertukaran pelantikan ini adalah seperti di Lampiran F. TARIKH PERGERAKAN GAJI 23. Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) bagi pegawai yang terlibat dalam urusan ini dikekalkan mengikut TPG jawatan asal. ELAUN DAN KEMUDAHAN 24. Urusan pertukaran pelantikan ini tidak melibatkan sebarang perubahan elaun dan kemudahan yang sedang diterima oleh pegawai mengikut pekeliling perkhidmatan/surat pekeliling perkhidmatan/surat edaran yang berkuat kuasa, termasuk Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. Walau bagaimanapun, penetapan kadar elaun dan kemudahan tersebut adalah tertakluk kepada penetapan gred jawatan pegawai ditukar lantik. TARIKH KUAT KUASA 25. Pekeliling perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 November 2013. PEMBATALAN 26. Dengan berkuat kuasanya pekeliling perkhidmatan ini, maka skim perkhidmatan Penjaga Jentera Elektrik Gred R17, R22, R24 di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2009 adalah dibatalkan kecuali untuk menampung pegawai yang menolak opsyen. 8

PEMAKAIAN 27. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, pekeliling perkhidmatan ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA (TAN SRI MOHAMAD ZABIDI ZAINAL) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PUTRAJAYA Oktober 2013 Semua Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Semua Pihak Berkuasa Tempatan 9

LAMPIRAN A SKIM PERKHIDMATAN PENJAGA JENTERA ELEKTRIK KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA GRED JAWATAN/GAJI : J17, J22, J26 TARIKH KUAT KUASA : 1 NOVEMBER 2013 SYARAT LANTIKAN 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (a) (b) (c) warganegara Malaysia; berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta sekurangkurangnya Sijil Kekompetenan Kategori A0 (Sistem Voltan Rendah) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Gaji permulaan di Gred J17 ditetapkan mengikut Kategori Sijil Kekompetenan: A0/A1 : RM1,318.42 A4-2/A4-1/A4 : RM1,374.81 B0-2/BO-1/B0/B1/B4 : RM1,431.21 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. 3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Operator Loji, Pembantu Awam atau Pemandu/Operator Jentera Pemunggah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk peningkatan secara lantikan ke jawatan Penjaga Jentera Elektrik Gred J17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan: (a) (b) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; dan had umur pelantikan: (i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau (ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau (iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun. 1

PENETAPAN GAJI PERMULAAN 4. Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum Gred J17 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja atau kemahiran berkaitan. TEMPOH PERCUBAAN 5. Pegawai yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun. LATIHAN 6. Pegawai boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan. PROGRAM TRANSFORMASI MINDA PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN 7. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda. 8. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah: (a) (b) (c) memenuhi tempoh percubaan; hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda; dan diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan. PERGERAKAN GAJI TAHUNAN 9. Pergerakan Gaji Tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan. KEPERLUAN KOMPETENSI DAN POTENSI KENAIKAN PANGKAT KE GRED J22 KENAIKAN PANGKAT KE GRED J26 10. Pegawai hendaklah memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan untuk kenaikan pangkat. 11. Penjaga Jentera Elektrik Gred J17 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penjaga Jentera Elektrik Gred J22 yang kosong apabila telah: (a) (b) (c) (d) (e) disahkan dalam perkhidmatan; mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; memiliki sekurang-kurangnya Sijil Kekompetenan Kategori A4-1 (Sistem Voltan Rendah) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan. 12. Penjaga Jentera Elektrik Gred J22 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penjaga Jentera Elektrik Gred J26 yang kosong apabila telah: (a) (b) (c) (d) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; memiliki sekurang-kurangnya Sijil Kekompetenan Kategori B0-2 (Sistem Voltan Tinggi) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan. 2

PENINGKATAN SECARA LANTIKAN KE JAWATAN PENOLONG JURUTERA GRED JA29 13. Penjaga Jentera Elektrik yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk peningkatan secara lantikan ke jawatan Penolong Jurutera Gred JA29 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan. Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Penjaga Jentera Elektrik yang berkuat kuasa pada 1.11.2002 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002) dan 2.7.2009 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2009). 3

LAMPIRAN B FORMAT IKLAN JAWATAN Rujukan Fail: 1. (a) Jawatan : Nyatakan nama jawatan seperti dalam skim perkhidmatan berkenaan. (b) Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun/Kuasa Tempatan* : Nama Agensi. (c) Kumpulan Perkhidmatan : Nyatakan sama ada Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Kumpulan Pelaksana. (d) Klasifikasi Perkhidmatan : Nyatakan Klasifikasi Perkhidmatan yang mengandungi skim perkhidmatan tersebut wujud. 2. Jadual Gaji : Rujuk pekeliling perkhidmatan yang berkuat kuasa. 3. Syarat Lantikan : Seperti syarat lantikan dalam skim perkhidmatan yang berkenaan. 4. Taraf Jawatan : Nyatakan sama ada bertaraf tetap, sementara atau kontrak. 5. Penaklukan Di Bawah Syarat-syarat Skim Perkhidmatan : Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan (nyatakan seperti di 1(a) di atas) adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa. 6. Fungsi Bidang Tugas : Untuk diisi oleh Ketua Perkhidmatan setiap kali pengiklanan dibuat. 7. Tarikh Tutup Permohonan : Nyatakan tarikh tutup permohonan. (* Potong mana yang tidak berkenaan)

LAMPIRAN C PENGHURAIAN KERJA UMUM PENJAGA JENTERA ELEKTRIK 1. SKIM PERKHIDMATAN Penjaga Jentera Elektrik Gred J17, J22, J26. 2. PERINGKAT ORGANISASI Pelbagai kementerian/jabatan/agensi kerajaan. 3. RINGKASAN TUGAS Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas penyenggaraan dan operasi ke atas sistem pepasangan elektrik dengan memastikan tatacara/prosedur keselamatan adalah sentiasa dipatuhi bagi memenuhi keperluan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994. 4. SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS 4.1 Aspek Operasi (a) Membantu mengurus kerja penyenggaraan elektrik bagi pihak jabatan, termasuk kerja-kerja pemasangan elektrik sementara dan khidmat tunggu sedia pada upacara majlis rasmi. (b) Mengenal pasti, memeriksa dan menguji peralatan dan komponen elektrik (contoh, papan suis utama dan papan suis kecil) di bangunan-bangunan kerajaan supaya sentiasa berkeadaan baik dan selamat. (c) Merekod, menyimpan rekod dan menyelenggara rekod senggaraan elektrik. Segala aktiviti senggara perlu didokumenkan dengan baik dengan menggunakan borang dan buku log. (d) (e) Membantu melaksanakan kerja-kerja pemeriksaan/inspektorat ke atas pepasangan elektrik untuk premis-premis kerajaan. Melaksanakan/mengendalikan kerja serta operasi bagi sistem elektrik voltan rendah dan tinggi termasuk jana kuasa tunggu sedia. 1

4.2 Aspek Pembangunan Bertanggungjawab memastikan dan menunjuk ajar serta memberi latihan kepada kumpulan penyenggaraan bawahan dalam melaksanakan tugas mengikut amalan teknikal yang betul dan selamat, berdasarkan prosedur dan peraturan yang berkuat kuasa. 5. HUBUNGAN KERJA 5.1 Dalaman (a) Pengurusan atasan. (b) Rakan sekerja di bahagian/unit/cawangan yang sama. (c) Pegawai di bahagian lain dalam organisasi yang sama. 5.2 Luaran (a) Suruhanjaya Tenaga. (b) Agensi kerajaan. (c) Agensi swasta. (d) Badan/pertubuhan antarabangsa. 6. PERSEKITARAN KERJA Dalam dan luar pejabat. 7. KOMPETENSI YANG DIPERLUKAN (a) Memiliki kelayakan dan sijil sebagai seorang kompeten mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994. (b) Berkebolehan dalam merancang dan mengurus kerja-kerja penyenggaraan dan kakitangan bawahan. (c) (d) (e) Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Malaysia. Berkebolehan menulis laporan dan membuat analisis. Berkebolehan menggunakan teknologi maklumat. 8. SIFAT-SIFAT YANG BERSESUAIAN DENGAN JAWATAN (a) Kompeten. (b) Berintegriti. (c) Bertanggungjawab. (d) Profesionalisme. (e) Kualiti. (f) Disiplin. 2

(g) (h) Menepati masa. Tidak cacat anggota badan (contoh: buta, pekak dan lain-lain) 9. ANCAMAN/BAHAYA (a) Boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. (b) Boleh mengakibatkan bahaya kepada pengguna dan aset. (c) Boleh diambil tindakan undang-undang. (d) Faktor kesihatan (fitness) yang menghalang pelaksanaan tugas. 3

LAMPIRAN D SURAT TAWARAN OPSYEN PERTUKARAN PELANTIKAN (PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED R17, R22, R24) ( Nama dan Alamat Ketua Jabatan)...... Fail Ruj.: Tarikh: Nama : (Nama pegawai) Alamat :...... Tuan/Puan, TAWARAN PERTUKARAN PELANTIKAN BERIKUTAN PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED R17, R22, R24 MELALUI PEMBERIAN OPSYEN Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Kerajaan telah memutuskan supaya pindaan skim perkhidmatan Penjaga Jentera Elektrik dilaksanakan berkuat kuasa pada 1 November 2013. Sehubungan itu, tuan/puan dengan ini ditawarkan pertukaran pelantikan ke skim perkhidmatan Penjaga Jentera Elektrik Gred... di (Nama Jabatan) di bawah Klasifikasi Perkhidmatan Kejuruteraan. 2. Tawaran pertukaran pelantikan melalui opsyen ini tertakluk kepada syaratsyarat seperti dinyatakan di Lampiran D1. Tuan/Puan dikehendaki memberi jawapan sama ada menerima atau menolak tawaran pertukaran pelantikan ini dengan mengisi Borang Opsyen di Lampiran D2. Jawapan tuan/puan hendaklah sampai ke pejabat ini sebelum atau pada... (30 hari mulai tarikh surat tawaran dikeluarkan). 1

2.1 Sekiranya tuan/puan menerima tawaran, tuan/puan hendaklah: Menandakan ( ) dalam kotak yang disediakan di perenggan (a) dalam Borang Opsyen di Lampiran D2; atau 2.2 Sekiranya tuan/puan menolak tawaran, tuan/puan hendaklah: Menandakan ( ) dalam kotak yang disediakan di perenggan (b) dalam Borang Opsyen di Lampiran D2. Tuan/Puan akan dikekalkan di dalam skim perkhidmatan dan gred jawatan asal secara Khas Untuk Penyandang (KUP). Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,... (Tandatangan Ketua Jabatan) 2

LAMPIRAN D1 SYARAT-SYARAT PERTUKARAN PELANTIKAN MELALUI OPSYEN BAGI PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED R17, R22, R24 1. Kerajaan telah memutuskan supaya pindaan skim perkhidmatan Penjaga Jentera Elektrik dilaksanakan berkuat kuasa pada 1 November 2013. Dengan keputusan itu, tuan/puan diberi opsyen sama ada menerima tawaran untuk ditukar lantik ke skim perkhidmatan Penjaga Jentera Elektrik Gred... ataupun menolak tawaran pertukaran pelantikan. Jika tuan/puan menolak tawaran pertukaran pelantikan ini, tuan/puan akan dikekalkan dalam skim perkhidmatan dan gred jawatan asal secara Khas Untuk Penyandang (KUP). Opsyen ini adalah muktamad. 2. Tempoh opsyen yang diberi kepada tuan/puan untuk membuat pilihan ialah 30 hari mulai dari tarikh surat tawaran dikeluarkan. Jika tuan/puan tidak membuat pilihan atau tidak melaporkan diri bertugas pada tarikh yang ditetapkan atau membuat pilihan dengan bersyarat atau gagal mengembalikan borang opsyen tanpa sebarang sebab yang munasabah, tuan/puan adalah dianggap menolak tawaran pertukaran pelantikan dan akan dikekalkan dalam skim perkhidmatan dan gred jawatan asal secara KUP. 3. Tuan/Puan akan ditawarkan ke skim perkhidmatan Penjaga Jentera Elektrik Gred... 4. Tuan/Puan akan tertakluk kepada syarat dan peraturan yang diperuntukkan dalam skim perkhidmatan yang tuan/puan ditukar lantik. 5. Tuan/Puan yang memilih untuk terus ditukar lantik ke skim perkhidmatan Penjaga Jentera Elektrik akan ditawarkan: OPSYEN TEMPOH MEMBUAT OPSYEN JAWATAN YANG DITAWARKAN PEMAKAIAN SYARAT DAN PERATURAN PERKHIDMATAN BAHARU GAJI PERMULAAN (a) (b) gaji minimum di gred jawatan baharu sekiranya gaji akhir di gred jawatan asal adalah sama atau lebih rendah daripada gaji minimum di gred jawatan baharu; atau gaji yang sama dengan gaji akhir di gred jawatan asal jika gaji akhir tuan/puan di gred jawatan asal lebih tinggi daripada gaji minimum di gred jawatan baharu. 3

Pegawai yang gaji akhirnya tidak dapat ditampung oleh amaun gaji mengikut kaedah di atas, maka jadual gaji Khas Untuk Penyandang (KUP) hendaklah dipohon daripada Bahagian Saraan, JPA. 6. Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) tuan/puan akan dikekalkan mengikut TPG jawatan asal. 7. Tuan/Puan dikecualikan daripada syarat tempoh percubaan jika tuan/puan telah disahkan dalam perkhidmatan asal. Walau bagaimanapun untuk tujuan pencen, tuan/puan hendaklah disahkan dalam perkhidmatan baharu oleh Pihak Berkuasa Melantik pada bila-bila masa dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan. 8. Tuan/Puan yang belum disahkan dalam perkhidmatan asal, dikehendaki menghabiskan baki tempoh percubaan dan boleh disahkan dalam perkhidmatan pada bila-bila masa sekiranya telah mencukupi tempoh sekurang-kurangnya satu (1) tahun termasuk mengambil kira tempoh percubaan jawatan asal tertakluk dengan syarat tuan/puan telah memenuhi semua syarat pengesahan dalam perkhidmatan yang ditetapkan. Syarat-syarat pengesahan dalam perkhidmatan yang telah dipenuhi dengan jayanya semasa di jawatan asal adalah dikecualikan. TARIKH PERGERAKAN GAJI TEMPOH PERCUBAAN BAGI PEGAWAI YANG TELAH DISAHKAN TEMPOH PERCUBAAN BAGI PEGAWAI YANG BELUM DISAHKAN 9. Kekananan tuan/puan di jawatan baharu akan dikekalkan. KEKANANAN 10. Jika tuan/puan belum disahkan dalam perkhidmatan, tuan/ puan layak diberi opsyen skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebelum diperakukan pengesahan dalam perkhidmatan di jawatan baharu. 11. Taraf berpencen yang diberi kepada tuan/puan sebelum pertukaran pelantikan ini dikuatkuasakan akan dikekalkan. 12. Tuan/Puan dibenarkan membawa baki cuti rehat tahunan dan cuti rehat yang telah dikumpulkan untuk tujuan award wang tunai sebagai gantian cuti rehat, mengikut syarat dan peraturan yang berkuat kuasa. 13. Tuan/Puan boleh ditempatkan berkhidmat di mana-mana jua sepertimana yang diarahkan oleh Ketua Perkhidmatan/ Ketua Jabatan. OPSYEN SKIM KWSP TARAF BERPENCEN DIKEKALKAN CUTI REHAT PENEMPATAN 14. Ketua Perkhidmatan tuan/puan ialah... KETUA PERKHIDMATAN 4

15. Tuan/Puan akan sentiasa tertakluk kepada peraturan dan arahan yang berkuat kuasa dalam perkhidmatan awam. 16. Tuan/Puan dikecualikan daripada syarat pemeriksaan perubatan, akuan berkanun, aku janji dan tapisan keselamatan sekiranya tuan/puan telah memenuhi syarat tersebut semasa di jawatan asal. 17. Pertukaran pelantikan tuan/puan melalui pemberian opsyen ini adalah berkuat kuasa mulai 1 November 2013. 18. Hubungan tuan/puan dengan perkhidmatan asal adalah terputus kecuali bagi tujuan faedah persaraan dan kemudahan-kemudahan lain yang diberi berdasarkan tempoh perkhidmatan seperti cuti rehat, cuti haji dan pinjaman. KEPERLUAN MEMATUHI PERATURAN SYARAT PELANTIKAN YANG DIKECUALIKAN TARIKH KUAT KUASA HUBUNGAN DENGAN PERKHIDMATAN ASAL 5

LAMPIRAN D2 BORANG OPSYEN (PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED R17, R22, R24) --------------------------------------------------------------------------------------------------------- Fail Rujukan : Tarikh : ( Nama dan Alamat Ketua Jabatan )...... Tuan, TAWARAN PERTUKARAN PELANTIKAN BERIKUTAN PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED R17, R22, R24 MELALUI PEMBERIAN OPSYEN Berhubung dengan surat tuan bil.:... bertarikh... mengenai perkara di atas, maka saya dengan ini membuat pilihan seperti berikut: * (a) Menerima tawaran pertukaran pelantikan ke skim perkhidmatan Penjaga Jentera Elektrik di (nama Jabatan) di bawah Klasifikasi Perkhidmatan Kejuruteraan dengan gaji RM... atas Gred... dengan syarat yang dinyatakan di Lampiran D1 surat tawaran tuan: ATAU (b) Menolak tawaran pertukaran pelantikan ke skim perkhidmatan Penjaga Jentera Elektrik Gred... di (nama Jabatan) dan dengan ini bersetuju kekal dalam skim perkhidmatan dan gred jawatan asal secara Khas Untuk Penyandang (KUP). 6

2. Saya sesungguhnya faham kandungan surat tawaran ini dan implikasi ke atas pilihan yang saya buat. Tandatangan:... Nama Penuh: No.Kad Pengenalan: Jawatan: Tarikh: Di hadapan:... SAKSI** Nama Penuh: No. Kad Pengenalan: Jawatan: Alamat: Tarikh: Nota: * Tandakan ( ) dalam salah satu petak yang berkenaan. ** Ketua Jabatan atau Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional. 7

LAMPIRAN E STATUS PELAKSANAAN OPSYEN TUKAR LANTIK PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN TAHUN (*Nyatakan tajuk pekeliling perkhidmatan) Status Penerimaan Opsyen Bil Skim Perkhidmatan Gred Perjawatan Pengisian Bilangan Pegawai Ditawarkan Opsyen Bilangan Opsyen Tidak Dapat Diserahkan Bilangan Pegawai Menerima Opsyen Bilangan Pegawai Menolak Opsyen

LAMPIRAN F CONTOH 1: KAEDAH PENETAPAN GAJI PERMULAAN BAGI PERTUKARAN PELANTIKAN PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED R17 KEPADA PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED J17 Tarikh Kuat Kuasa : 1 November 2013 Tarikh Pergerakan Gaji : 1 April Gaji Minimum - Maksimum J17 : RM953.00 - RM3,490.00 Kenaikan Gaji Tahunan J17 : RM95 Tarikh Gaji Sekarang Gred R17 (RM) Gaji Baharu Gred J17 (RM) 31.10.2013 2,324.73-1.11.2013 2,324.73 2,324.73 1.4.2014-2,419.73 [diberi 1 KGT di Gred J17 iaitu RM95] Catatan Gaji pegawai sehari sebelum tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan. Tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan. Penetapan gaji permulaan pertukaran pelantikan pada amaun gaji yang sama dengan gaji akhir di gred jawatan asal. TPG dikekalkan pada 1 April. TPG gred jawatan baharu. Diberi pergerakan gaji biasa mengikut keputusan PPSM. Catatan: PPSM : Panel Pembangunan Sumber Manusia TPG : Tarikh Pergerakan Gaji KGT : Kenaikan Gaji Tahunan 1

CONTOH 2: KAEDAH PENETAPAN GAJI PERMULAAN BAGI PERTUKARAN PELANTIKAN PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED R22 KEPADA PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED J22 Tarikh Kuat Kuasa : 1 November 2013 Tarikh Pergerakan Gaji : 1 April Gaji Minimum - Maksimum J22 : RM2,184.00 - RM4,265.00 Kenaikan Gaji Tahunan J22 : RM115 Tarikh Gaji Sekarang Gred R22 (RM) Gaji Baharu Gred J22 (RM) 31.10.2013 2,104.35-1.11.2013 2,104.35 2,184.00 1.4.2014-2,299.00 [diberi 1 KGT di Gred J22 iaitu RM115] Catatan Gaji pegawai sehari sebelum tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan. Tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan. Penetapan gaji permulaan pertukaran pelantikan pada gaji minimum di gred jawatan baharu kerana gaji akhir di gred jawatan asal lebih rendah daripada gaji minimum di gred jawatan baharu. TPG dikekalkan pada 1 April. TPG Gred J22 Diberi pergerakan gaji biasa mengikut keputusan PPSM. Catatan: PPSM : Panel Pembangunan Sumber Manusia TPG : Tarikh Pergerakan Gaji KGT : Kenaikan Gaji Tahunan 2

CONTOH 3: KAEDAH PENETAPAN GAJI PERMULAAN BAGI PERTUKARAN PELANTIKAN PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED R24 KEPADA PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED J26 Tarikh Kuat Kuasa : 1 November 2013 Tarikh Pergerakan Gaji : 1 Julai Gaji Minimum - Maksimum J26 : RM2,505.00 - RM4,790.00 Kenaikan Gaji Tahunan J26 : RM125 Tarikh Gaji Sekarang Gred R24 (RM) Gaji Baharu Gred J26 (RM) 31.10.2013 2,791.64-1.11.2013 2,791.64 2,791.64 1.7.2014-2,916.64 [diberi 1 KGT di Gred J26 iaitu RM125] Catatan Gaji pegawai sehari sebelum tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan. Tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan. Penetapan gaji permulaan pertukaran pelantikan pada amaun gaji yang sama dengan gaji akhir di gred jawatan asal. TPG dikekalkan pada 1 Julai. TPG gred jawatan baharu. Diberi pergerakan gaji biasa mengikut keputusan PPSM. Catatan: PPSM : Panel Pembangunan Sumber Manusia TPG : Tarikh Pergerakan Gaji KGT : Kenaikan Gaji Tahunan 3