MAKLUMAT LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI DISEMBER 2014 Adalah dimaklumkan bahawa Lapor Diri Pelajar Senior Sesi Disember 2014 untuk pelajar yang layak meneruskan pengajian selepas keputusan Peperiksaan Akhir Sesi Jun 2014 diumumkan adalah seperti berikut: Tarikh: 27 NOV 2014 Khamis Masa: 8:30AM 12:30PM 2:15PM 4:30PM Tempat: DEWAN SERBAGUNA PMU Pakaian/Tatarias: FORMAL, KEMAS, SOPAN serta MEMPAMERKAN KAD PELAJAR *Pelajar lelaki diingatkan untuk memastikan rambut adalah pendek, kemas, tidak berfesyen keterlaluan Rambut diwarnakan adalah tidak dibenarkan sama sekali (lelaki/perempuan) Semua pelajar adalah DIWAJIBKAN untuk membuat Lapor Diri Pelajar Senior secara ONLINE. Pelajar DIWAJIBKAN MEMBAWA SLIP LAPOR DIRI PADA HARI LAPOR DIRI RASMI. PELAJAR YANG TIDAK MEMBAWA SLIP BERKENAAN BOLEH DIHALANG DARIPADA MELAPOR DIRI. MULA SEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR(SPMP) LAYAK MENERUSKAN PENGAJIAN? YA Tarikh Diumumkan: 24 November 2014 TIDAK HUBUNGI UNIT PEPERIKSAAN PMU CARTA ALIR PROSES LAPOR DIRI SENIOR SESI DISEMBER 2014 PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN (BANK ISLAM) DAN BAYARAN PELBAGAI (MAYBANK) LAPOR DIRI ONLINE DI SPMP (SELEPAS 24 JAM YURAN DIBAYAR DI BANK ISLAM) Boleh mula dibuat selepas: 24 November 2014 Perlu di buat sebelum hadir untuk Pendaftaran Rasmi LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR 19 JUN 2014 (KHAMIS) PENDAFTARAN KURSUS (AKADEMIK) (RUJUK JABATAN MASING- MASING) TAMAT
PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN, YURAN ASRAMA DAN BAYARAN PELBAGAI Semua pelajar adalah DIWAJIBKAN untuk menjelaskan Yuran Pengajian, Yuran Asrama (sekiranya ditawarkan asrama) dan Bayaran Pelbagai SEBELUM MELAPOR DIRI DI POLITEKNIK. 1. YURAN PENGAJIAN DAN YURAN ASRAMA (BAYAR DI CDM BANK ISLAM SAHAJA) Yuran Pengajian (RM200) dan Yuran Asrama (RM60) hendaklah dibayar menggunakan Mesin Deposit Tunai (CDM) Bank Islam. Tatacara pembayaran Yuran Pengajian/Yuran Asrama melalui Mesin Deposit Tunai adalah seperti berikut: a) Pilih menu YURAN IPT b) Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar c) Pilih POLITEKNIK KPT d) Sahkan data dan masukkan wang e) Sahkan jumlah kemasukkan wang f) Transaksi selesai dan ambil Resit (Sila buat 5 salinan resit untuk Lapor Diri) 2. BAYARAN PELBAGAI (BAYAR DI MAYBANK) Pembayaran Yuran Pelbagai perlu dibuat di mana-mana cawangan Maybank (melalui kaunter sahaja). Pelajar perlu merujuk kepada Jadual Bayaran berdasarkan semester masing-masing. Maklumat akaun bagi tujuan pembayaran adalah seperti berikut: Nama Akaun : KOPERASI POLITEKNIK MUKAH BERHAD No Akaun : 511104122305 Jumlah : (Rujuk jadual bayaran) No Rujukan : (Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan) Keterangan Urusniaga : BAYARAN PELBAGAI SESI DIS 2014 Pembayaran Yuran Pelbagai melalui Mesin Deposit Tunai (CDM) adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali. Pelajar perlu membuat lima (5) salinan slip pembayaran pada hari Lapor Diri. PASTIKAN ANDA MENULIS NO KAD PENGENALAN PADA RUANGAN NO RUJUKAN DI SLIP MAYBANK!
JUMLAH BAYARAN PELBAGAI BERDASARKAN SEMESTER PENGAJIAN SESI DISEMBER 2014 Pelajar hendaklah memastikan jumlah bayaran yang tepat. Permohonan untuk menuntut kembali lebihan bayaran yuran akan mengambil masa minima 6 bulan selepas menerima permohonan rasmi untuk membuat tuntutan kembali yuran yang terlebih bayar. BAYARAN PELBAGAI PELAJAR SENIOR SESI DISEMBER 2014 A PELAJAR SEMESTER 2 SEHINGGA SEMESTER 6 (TIDAK MENJALANI LATIHAN INDUSTRI) 1 Tabung Kebajikan Pelajar 5.00 2 Sukan & Ko-Kurikulum 30.00 3 Tabung Aktiviti Pelajar 85.00 120.00 PELAJAR YANG MENJALANI LATIHAN INDUSTRI B 1 2 3 TIADA BAYARAN - C PELAJAR SEMESTER LANJUTAN (SEMESTER 7 DAN KE ATAS) 1 Tabung Kebajikan Pelajar 5.00 2 Sukan & Ko-Kurikulum 30.00 3 Tabung Aktiviti Pelajar 85.00 4 Insuran Berkelompok (Lanjutan) 15.00 135.00 PENTING! Mulai Sesi Disember 2014, semakan Bayaran Pelbagai akan disahkan oleh SPMP. Pelajar diingatkan agar membuat bayaran hanya di kaunter Maybank sahaja dan bukan melalui CDM Machine/Mesin Deposit Tunai. Pastikan pelajar menulis NO KAD PENGENALAN di ruangan No Rujukan pada slip deposit masuk. Kegagalan pelajar untuk mengikut arahan pembayaran akan menyebabkan Lapor Diri secara online disekat.
LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SECARA ONLINE MELALUI SPMP a) Semua pelajar DIWAJIBKAN untuk membuat Lapor Diri secara Online melalui Portal SPMP. b) Lapor Diri Online Pelajar Senior Sesi Disember 2014 boleh mula dibuat pada 24 November 2014 (Isnin) c) Proses Lapor Diri Online boleh dibuat selepas tempoh 24 jam pembayaran Yuran Pengajian di buat di Bank Islam dan Bayaran Pelbagai dibuat di Maybank. d) Pelajar DIWAJIBKAN MENCETAK SLIP LAPOR DIRI SEBANYAK 3 SALINAN dan dibawa pada hari Lapor Diri Sesi Disember 2014 bersama-sama slip bayaran Yuran Pengajian/Asrama dan Yuran Pelbagai (Maybank). TATACARA LAPOR DIRI SECARA ONLINE MELALUI SPMP (BOLEH MULA DIBUAT SELEPAS 24 NOVEMBER 2014) a) Layari http://spmp.pmu.edu.my b) Log masuk menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Pelajar c) Klik pada menu Hal Ehwal Pelajar > Pendaftaran > Lapordiri Pelajar Senior d) Pelajar akan diminta untuk mengemaskini Maklumat Peribadi/Penjaga. Sila masukkan maklumat terkini yang sah. e) Cetak Slip Lapor Diri (3 salinan) dan bawa semasa hari Lapor Diri Senior. SEKATAN ONLINE LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR Pelajar berikut akan DISEKAT UNTUK LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR: 1. Fail Pelajar/Dokumen tidak lengkap 2. Tidak menjelaskan Yuran/Bayaran semester lepas 3. Tidak menjelaskan bayaran denda/saman Sehubungan dengan itu, semua pelajar terlibat dikehendaki untuk berhubung segera dengan Jabatan Hal Ehwal Pelajar untuk penyelesaian kes bagi mengelakkan Lapor Diri anda disekat.
PERINGATAN ADALAH DITEGASKAN BAHAWA MANA-MANA PELAJAR YANG GAGAL UNTUK MELAPOR DIRI PADA TARIKH PENDAFTARAN RASMI ADALAH MELANGGAR PERATURAN AKTA 174, AKTA INSTITUSI- INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB) 1976, JAD. 2, BAH. II, KAEDAH 26, DI MANA PELAJAR BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN TATATERTIB, SETERUSNYA DIGANTUNG PENGAJIAN MENGIKUT KAEDAH 50, AKTA YANG SAMA. KEGAGALAN MELAPOR DIRI JUGA AKAN DIAM KIRA SEBAGAI TEMPOH PENGAJIAN PELAJAR. (TEMPOH PENGAJIAN MAKSIMA UNTUK MENAMATKAN DIPLOMA POLITEKNIK ADALAH SELAMA 9 SEMESTER). PENANGGUHAN PENGAJIAN Pelajar yang mempunyai masalah kesihatan dan tidak dapat melapor diri pada Sesi Disember 2014 dikehendaki untuk membuat permohonan Penangguhan Pengajian secara rasmi kepada PENGARAH, POLITEKNIK MUKAH. Hanya pelajar yang diluluskan penangguhan pengajian dibenarkan untuk tidak melapor diri. MASALAH DAN PERTANYAAN BERKENAAN LAPOR DIRI SESI DISEMBER 2014 Pelajar yang mempunyai sebarang masalah berkenaan dengan proses Lapor Diri, sila hubungi Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (JHEPP) di talian. Bagi pertanyaan-pertanyaan lain berikut, sila hubungi terus unit berkenaan untuk jawapan dan penyelesaian segera. Masalah dan pertanyaan berkenaan Keputusan Peperiksaan, rayuan Gagal Berhenti, Penilaian Khas dan lain-lain berkenaan peperiksaan akhir Sesi Jun 2014. Pertanyaan berkenaan permohonan Kolej Kediaman/Asrama Pertanyaan berkenaan pendaftaran pelajar lepasan Latihan Industri. Unit Peperiksaan Encik Fifdil Majiwan Pegawai Peperiksaan Unit Pengurusan Kolej Kediaman Encik Mohammadd Arni bin Ahmad Chek Pengurus Kolej Kediaman Unit Perhubungan & Latihan Industri Encik Kang Chia Yang Pegawai Perhubungan & Latihan Industri Dikeluarkan oleh JABATAN HAL EHWAL & PEMBANGUNAN PELAJAR Politeknik Mukah Sarawak Tel : Faks : 084-874006 http://www.facebook.com/politeknikmukah