UCAPAN OLEH: DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD ( PERDANA MENTERI ) UPACARA: PELANCARAN MAJLIS PERDAGANGAN MALAYSIA

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

ﻢﯿﺤﺮﻠ ﻤ اﻦ ﺤﺮﻠاﷲاﻢﺴﺒ ﮫﺗﺎگﺮﺒﻮﷲاﺔﻤﺣﺮﻮﻢﻛﯿﻠﻋﻤﻸﺴﻟا

KETEGUHAN NEGARA DAN CABARAN DI HADAPAN KITA

UCAPAN ALU-ALUAN YBHG. DATO DR. HALIM MAN PENGARAH INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA SEMPENA PERSIDANGAN TRANSFORMASI KEPIMPINAN MUDA

Ucapan Menteri Besar Johor Program Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Johor Pada 16 Ogos 2017 di Dewan Majlis Daerah Pontian Johor.

Pengenalan Makroekonomi

Teks Ucapan. YB Datuk Abdul Rahim bin Bakri Timbalan Menteri Pertahanan Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Ke-50

Ucapan YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN PEJABAT BARU DAN

NO. SOALAN: 41 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS, DEWAN RAKYAT LISAN PERTANYAAN

Teks Ucapan YB. Datuk Abdul Rahim Bakri Timbalan Menteri Pertahanan. Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Yang Ke-49

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal

Masalah Kesihatan Mental Kurang Menerima Perhatian

Satu hari nanti, semua kanak-kanak di Malaysia akan mempunyai peluang yang sama untuk mendapatkan pendidikan yang terbaik.

22. Dengan ini, saya dengan sukacitanya merasmikan bangunan Suruhanjaya Sekuriti ini.

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

UCAPAN YBHG. DATO HAJI ABDUL FATTAH BIN HAJI ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI ALUMNI SEVOTEK TAIPING BERHAD

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 9/1991 PANDUAN MENGENAI PELAKSANAAN DASAR PERSYARIKATAN MALAYSIA

Ekonomi Malaysia dibahagikan kepada 3 sektor iaitu sektor utama, sektor kedua dan sektor ketiga.

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA DATUK WIRA HAJI AHMAD BIN HAMZAH

Pekerja seluruhnya di satu pihak, dan di satu pihak yang lain pula, di antara Kerajaan dengan Kesatuan-kesatuan Sekerja dan Persatuan-persatuan

untuk mengukuhkan mata wang ringgit daripada terus merosot dan berapakah jumlah negara yang tidak menerima matawang ringgit dalam urus niaga.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DR. MANSOR BIN ABD RAHMAN (SIK) Y.B. DR. MANSOR BIN ABO RAHMAN [ SIK ] minta MENTERI

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

Perdagangan Antarabangsa. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH BIN HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN MESYUARAT AGUNG

Saudara Mohd. Rahmat bin Nordin, Pengerusi Jawatankuasa Penaja Persatuan Alumni Universiti Malaysia Pahang;

HASIL PEMBELAJARAN. Menerangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia.

Program Transformasi Kerajaan. Pelan Hala Tuju

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NEGERI MELAKA

Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Jadual Keempat. (Subperenggan 6(l)(m)(ii)) AKTA INDUSTRI PELANCONGAN PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PELANCONGAN (PERNIAGAAN PENGENDALIAN PELANCONGAN DAN

Page 1. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ilmu, Keikhlasan dan Kecemerlangan UniMAP,

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

1 Y.B. Datuk Hussein Onn.

UCAPAN PERDANA MENTERI DI MAJLIS JAMUAN TAHUNAN PERSATUAN PERKHIDMATAN TADBIR DAN DIPLOMATIK (PTD) DI HOTEL HILTON, KUALA LUMPUR, PADA 9 JUN, 1979.

Yang Berhormat, Dato Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia,

UCAPAN TIMBALAN PERDANA MENTERI, DALAM UPA- CARA PENUTUP KONGRES EKONOMI BUMIPUTERA DI DEWAN TUNKU ABDUL RAHMAN, KUALA LUMPUR PADA 7 JUN, 1965

TEKS UCAPAN REKTOR SEMPENA PROGRAM MAJLIS TAKLIMAT SISWAZAH

Jadual 4.5.1: Tahap pemahaman guru besar sekolah rendah di Semenanjung Malaysia terhadap model PBS

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

UCAPAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI ALUMNI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUANTAN 72/73

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH DI MALAYSIA:

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

KOD KELAKUAN DAN ETIKA BAGI APACMED SEMASA BERINTERAKSI DENGAN PENJAGA KESIHATAN PROFESIONAL

Info Ketua Pengarah LPP Ke 10

TERMA ASAS RUJUKAN PERUNTUKAN PERKHIDMATAN PROFESIONAL BAGI KAJIAN KEMUNGKINAN PENGGUBALAN AKTA STANDARD KESELAMATAN SIBER

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

ARAHAN: ( )

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

oleh Dato Abdul Hamid bin Hj. Mohamad Hakim, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Tuan Pengerusi, Dato -Dato, Tuan-Tuan yang saya hormati sekalian,

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007 EKONOMI ASAS

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA. Y.B. DATO' HAJI ZAINUDIN BIN ISMAIL [ JELEBU ] minta MENTERI

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

TEKS UCAPAN ALUAN PENDAFTAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM TAHUN NOVEMBER 2014

TEKS UCAPAN OLEH: Y.BHG DATO MOEHAMAD IZAT EMIR MAJLIS:

TEKS UCAPAN PERASMIAN YB DATO SERI DR. HILMI BIN HAJI YAHAYA TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SEMPENA MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BARAH USUS BESAR

Bil 07/2010 Edisi JULAI

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE 2012 (MyGOSS 2012)


Garis Panduan Bagi Perbelanjaan Potongan Dua Kali Untuk Perbelanjaan Penyelidikan Dan Pembangunan Di Bawah Seksyen 34A Akta Cukai Pendapatan 1967

TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN ULANG TAHUN MK KE-60 DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015 OLEH

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN YBHG.DATO HJ. ABDUL FATAH HJ. ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA MAJLIS DIALOG BERSAMA PENGETUA- PENGETUA NEGERI PAHANG

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA 2006 DI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (PICC) 28 FEBRUARI 2008

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

DASAR PRIVASI. UiTM... Mengubah Destini Anak Bangsa

TEKS UCAPAN YB DATO SERI HAJI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH PERASMIAN HALFEST SEPTEMBER 2014, 2.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera. Yang Berbahagia Prof. Dr. Ali Yeon Md. Shakaff, Timbalan Rektor Akademik dan

TEKS UCAPAN ALUAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Produk. Teknologi. Perkhidmatan. Dihantar Di Seluruh Dunia. THE BLUE BOOK. Merayajan 50 tahun kecermerlangan

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

PERHIMPUNAN BULANAN YAB PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA JABATAN PERDANA MENTERI BAGI BULAN MEI 2014 TRANSKRIP UCAPAN YAB PERDANA MENTERI:

1.0 LATAR BELAKANG AKAUN AMANAH DANA KECEMERLANGAN AKADEMIK UiTM

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

TEKS UCAPAN. Oleh. Y. Bhg. Kol. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon. Naib Canselor. Universiti Malaysia Sabah. Sempena Majlis Perasmian Penutupan

Akaun Pelaburan Waheed

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

Penyumbang kepada Pertumbuhan Ekonomi Malaysia, oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

DIBACAKAN OLEH: EN. SHAHRUL AZLAN B. MOHD ZULKIFLI PENGURUS BESAR BAHAGIAN OPERASI PERNIAGAAN

Yang Amat Berhormat, Dato Seri Dr. Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis

PEKELILING BENDAHARI BIL 2 TAHUN 2008 GARIS PANDUAN BAGI PERBELANJAAN SECARA BERHEMAT

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

2 SULIT 3757/2 Bahagian A [75 markah] Jawab mana-mana tiga soalan daripada bahagian ini

Transkripsi:

UCAPAN OLEH: DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD ( PERDANA MENTERI ) UPACARA: PELANCARAN MAJLIS PERDAGANGAN MALAYSIA TEMPAT: HOTEL HILTON, KUALA LUMPUR (K.L) TARIKH: 28 FEB 1991 MASA: Yang Amat Berhormat Encik Ghafar Baba, Timbalan Perdana Menteri; Yang Berhormat Menteri-Menteri; Dif-Dif Kehormat; Tuan-tuan dan Puan-puan. Saya merasa sukacita kerana dapat hadir bersama-sama di Majlis Pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia, dan sebagai pengerusinya saya mengucapkan terima kasih atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan. 2. Perjumpaan kita ini adalah pada permulaan dekad 90-an -- pada masa negara kita dan rantau ini menghadapi cabaran yang besar. Sebagai sebuah negara, usia negara kita hampir 34 tahun. Bagi sebuah negara, usia ini tidaklah begitu lama, tetapi bagi sebuah negara yang sedang membangun yang telah dapat mengawal dan menentukan tujuan serta matlamatnya hanya selepas merdeka, ini merupakan satu jangka masa yang sangat bermakna. 3. Dalam masa tiga abad yang pertama negara ini merdeka, kita telah maju begitu pesat daripada sebuah negara yang berpendapatan rendah, ekonominya yang mundur, bergantung semata-mata kepada getah dan bijih timah sebagai sumber kekayaan ekonomi yang utama, kita telah meningkat kepada sebuah negara yang telah mempelbagaikan bidang ekonominya kepada sektor perkhidmatan dan perindustrian, dengan disokong oleh sistem kewangan yang canggih. Namun kita tidak membelakangkan pengeluaran bahan-bahan utama. Sebaliknya kita telah meningkatkan kemampuan dayasaing kita dan telah memasuki pelbagai bidang komoditi yang baru yang telah memberi pulangan tukaran asing yang banyak. 4. Daripada segi ukuran apapun kita telah berjaya tetapi ini tidaklah bermakna kita boleh leka. Kita mesti berusaha untuk menjadi sebuah negara yang maju setanding dengan negara-negara di Eropah dan juga Amerika Utara. Ini mungkin tidak akan tercapai esok, tahun depan mahupun pada penghujung kurun, tetapi kita tidak seharusnya berasa kecewa. Setiap sesuatu mesti ada permulaannya. Kita sudahpun melangkaui langkah pertama. Sekarang kita mesti teruskan dengan langkah yang lebih cepat lagi. 5. Untuk memudahkan pencapaian matlamat kita, kita mesti

menyusun satu cara baru dan melangkau jauh -- dalam bidangbidang utama institusi negara kita, dalam bidang budaya ekonomi, penyusunan semula dan inovasi. Namun demikian yang paling utama ialah kita mesti memahami matlamat kita dan jalan menuju ke arahnya. Kita di sini bermaksud kita semua -- kerajaan, sektor swasta, para pekerja, pihak pengurusan dan semua institusi yang secara terus ataupun tidak terlibat dalam pembangunan negara ini. 6. Aspirasi kebangsaan ini mestilah dikongsi bersama di setiap peringkat. Ini bukanlah angan-angan besar yang kita cita-citakan. Ianya adalah satu wawasan yang boleh dicapai, asalkan kita semua bekerjasama. 7. Kerajaan telahpun melahirkan konsep Persyarikatan Malaysia, satu konsep yang berasaskan perkongsian di antara kerajaan dan sektor swasta, satu konsep negara sebagai syarikat gergasi dalam mana sektor awam dan swasta bersamasama ditugaskan ke arah memastikan kejayaan dan berhak menikmati keuntungan bersama. Meskipun pada peringkat awal ada kecurigaan, namun konsep ini telah diterima oleh semua. Hari ini pegawai-pegawai kerajaan lebih bersikap sedia membantu pihak swasta dan mereka sentiasa berusaha memperbaiki perkhidmatan mereka melalui cara-cara terbaru. Masa di mana para pegawai kerajaan tidak menghiraukan berjaya atau tidaknya sektor swasta telahpun berlalu. Mereka sekarang menerima dan memahami bahawa sektor swasta bukan sahaja tidak semata-mata membuat keuntungan untuk dirinya sendiri tetapi juga menyumbang ke arah pembangunan ekonomi dan dengan demikian untuk kebaikan semua, termasuk pegawai-pegawai kerajaan sendiri. Sektor swasta yang mengalu-alukan konsep Persyarikatan Malaysia tidak harus hanya mengharapkan perkhidmatan yang lebih baik daripada Kerajaan tetapi juga mesti menyumbang ke arah menjayakannya. Mereka mesti berusaha memudahkan kerajaan untuk memberi khidmat dengan memahami peranan dan aturan peraturan kerajaan dan perhatian berat kerajaan ke atas keadilan sosial dan ekonomi bagi semua rakyat. Tuan-tuan dan Puan-puan, 8. Eloklah kita semua jelas mengenai perkara ini. Ini tidak sekali-kali bermakna bahawa kerjasama di antara sektor awam dan swasta adalah satu perkara yang harus dan perlu. Ada kerjasama yang produktif dan ada juga kerjasama yang tidak produktif. Kerjasama yang menghasilkan akibat-akibat sosial yang negatif, yang menggagalkan pencapaian nilainilai dan aspirasi kebangsaan mesti ditentang. 9. Dalam banyak bidang, hubungan sektor awam dan swasta tidak boleh terlalu rapat. Dalam banyak isu perlu ada peraturan yang produktif. Apa yang baik bagi sektor swasta tidak semestinya baik untuk rakyat pada amnya. Walau bagaimanapun kita perlu bekerjasama dalam banyak bidang. Majlis ini adalah salah satu mekanisma yang bertujuan untuk terus menyumbang ke arah hubungan baik di antara kedua-dua sektor.

10. Saya percaya ramai daripada ahli Majlis ini juga menjadi ahli beberapa majlis lain tetapi Kerajaan menganggap penubuhan Majlis ini satu langkah yang penting bagi merapatkan sektor awam dan sektor swasta pada peringkat yang paling tinggi bagi membincangkan perkara-perkara mengenai kepentingan negara. Majlis ini adalah satu Majlis yang kecil -- terdiri daripada sepuluh orang Menteri, lapan pemimpin daripada sektor awam dan empat puluh empat orang pemimpin daripada sektor swasta. Ianya kecil kerana ini perlu bagi memudahkan perbincangan kita dalam suasana yang berterus terang dan rapat. Keahlian tuan-tuan dan puan-puan merupakan tanggungjawab kepada negara dan juga rakyat., 11. Majlis ini akan mempunyai empat matlamat utama: Pertama, untuk memudahkan pengaliran maklumat dan ideaidea antara sektor awam dan swasta; Kedua, untuk menyelesaikan masalah-masalah berkaitan dengan kemajuan industri dan perdagangan dan untuk mengatasi halangan-halangan terhadap pertumbuhan ekonomi; Ketiga, untuk mewujudkan persefahaman yang lebih baik bagi menguatkan hubungan di antara sektor awam dan swasta, dan Keempat, untuk mengesan dan mempertingkatkan bidangbidang kerjasama dan pakatan di antara sektor awam dan swasta. 12. Untuk mengisi matlamat-matlamat ini, bidang tugas Majlis ini adalah seperti berikut: Pertama, untuk mengkaji dengan mendalam perkembangan perdagangan dan ekonomi negara dan antarabangsa yang penting bagi pertumbuhan industri dan ekonomi di Malaysia; Kedua, untuk membincang secara mendalam persoalanpersoalan dan masalah-masalah masa kini dan masa hadapan yang menyentuh perkara perdagangan dan perindustrian; Ketiga, untuk mengkaji serta menyarankan pelbagai langkah perlaksanaan dan strategi; Keempat, untuk menghasilkan sistem maklumbalas tentang persoalan-persoalan dasar dan pembangunan yang berhubung dengan perindustrian dan perdagangan; Kelima, untuk mengatasi kesalahfahaman dan hambatanhambatan yang menghalang terbentuknya kerjasama yang bermanfaat di antara sektor awam dan swasta, dan Keenam, untuk melahirkan muafakat tentang arah dan strategi pembangunan ekonomi negara. 13. Sebagai Ahli Majlis ini saya akan berterus-terang. Sebagai Ahli-Ahli Majlis ini juga saya berharap tuan-tuan dan puan-puan sekalian juga berterus-terang. Tidak akan berlaku penelitian atau perbincangan secara mendalam jika kita tidak berterus-terang. Kita tidak akan dapat mengatasi sebarang salah faham dan rintangan ke arah tercapainya kerjasama yang produktif jikalau kita gagal memberi fikiran yang jelas dan terang. Pilihan dan strategi yang praktikal

akan hanya timbul jikalau kita bertukar maklumat dan fikiran dengan bebas dan jelas. Saya berharap setiap para anggota Majlis akan berhujah dan mendengar secara serius dengan hati dan fikiran terbuka. 14. Adalah penting dan mustahak untuk tuan-tuan dan puanpuan memberi keutamaan kepada mesyuarat-mesyuarat Majlis ini. Untuk menyediakan sokongan pengurusan yang diperlukan, Kerajaan telah mewujudkan sebuah Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Ekonomi yang bertempat di ISIS Malaysia dengan kakitangan yang cukup. Pusat ini akan dipertanggungjawabkan terhadap penyelidikan, urusetia, perkhidmatan-perkhidmatan organisasi dan pentadbiran untuk Majlis Perdagangan Malaysia. Kerajaan telah menyediakan peruntukan tahunan bagi membiayai belanja operasi Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Ekonomi ini. Pihak swasta tidak dimestikan memberi sumbangan kewangan terhadap Pusat ini dan membiayai kerja-kerjanya. Sungguhpun begitu persediaan telah dibuat supaya semua sumbangan daripada sektor swasta kepada Majlis ini dikecualikan daripada dicukai. 15. Pada hemat saya adalah sesuai bagi saya memberi imbasan keadaan ekonomi di negara kita dan di seluruh dunia. Selepas tahun 1985-86 di waktu berlakunya kemelesetan, ekonomi kita telah pulih dengan pesatnya dan mencapai kadar pertumbuhan yang cemerlang. Perindustrian di negara kita semakin meningkat dan kita sekarang mengeksport lebih banyak barang-barang perkilangan dibandingkan dengan bahan-bahan utama. Sementara dahulu pembangunan adalah berasaskan kepada perbelanjaan awam tetapi sekarang ini sebahagian besar daripada pertumbuhan ekonomi adalah hasil aktivitiaktiviti sektor swasta. 16. Pembangunan negara kita masih lebih banyak berasaskan kepada eksport dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan eksport. Pasaran dalaman kita masih terlalu kecil untuk dijadikan jentera pertumbuhan. Pendapatan per kapita kita ialah satu per lima pendapatan per kapita negara-negara maju. Dengan demikian apa yang berlaku kepada ekonomi dunia dan terhadap dagangan bebas adalah penting kepada kita. 17. Sungguhpun berlaku perang Teluk, Malaysia sebagai negara pengeksport minyak telah berjaya mengimbangkan sedikit sebanyak kesan terhadap pengeluaran dan harga minyak. Sungguhpun begitu kita tidak terlindung sepenuhnya daripada kesan-kesan akibat peperangan tersebut. Kita telahpun merasai kesan daripada berkurangnya penerbangan udara, kekurangan kapal-kapal kerana keperluan peperangan, kenaikan kos pengangkutan dan insuran, kekurangan pertumbuhan ekonomi dan kemungkinan berlakunya kemelesetan di negara-negara perdagangan utama kita. Eksport kita ke negara-negara yang terlibat dalam peperangan di Teluk telah bekurangan akibat risiko-risiko peperangan, masalah-masalah logistik dan kesukaran menembusi pasaran-pasaran ini. Kenaikan harga minyak yang diramalkan tidak berlaku. Nampaknya bekalan berlebihan akan berlaku semasa dan selepas

perang. 18. Jelaslah bahawa Malaysia tidak akan mencapai kadar pertumbuhan seperti pertumbuhan dalam masa tiga tahun yang lepas, jikalau kita hanya berdiam diri dan tidak berbuat sesuatu. Kerajaan telahpun membuat satu kajian yang komprehensif mengenai kesan sekarang dan kesan yang mungkin berlaku terhadap kita akibat perang Teluk ini. Untuk menjamin kesan buruk terhadap ekonomi kita di tahap minima akibat peperangan ini, kita perlu bertindak dan membuat penyesuaian. Kita mesti bersedia mengelak daripada hanya meneruskan amalan-amalan yang lampau. Kita mesti sedia mengambil risiko, risiko yang berpatutan. 19. Kerajaan sedia untuk membuat penyesuaian-penyesuian ini. Kerajaan bersedia untuk mendengar, menimbang dan menyokong sektor swasta. Saya berharap Majlis ini akan memainkan peranan utama di saat kita menghadapi masa hadapan yang mencabar. Insya-Allah, dengan bersatu tenaga kita boleh mengatasinya. 20. Kejayaan Majlis ini bergantung kepada semangat bertanggungjawab dan komitmen setiap ahlinya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua anggota Majlis yang telah bersetuju menyertainya. Dengan kebijaksanaan dan pengalaman tuan-tuan dan puan-puan serta sumbangan daripada sektor-sektor lain dalam masyarakat, saya yakin kita akan bersama-sama merangka arah dan matlamat negara yang lebih jelas. Saya yakin kita dapat bekerjasama dengan rapatnya. 21. Dengan ini saya dengan sukacitanya melancarkan Majlis Perdagangan Malaysia ini.