Kertas Kerja ST 132/2009 UNTUK KELULUSAN UNTUK MAKLUMAN UNTUK PENGESAHAN MESYUARAT SENAT BILANGAN 26 CADANGAN JUMLAH PENGAMBILAN PELAJAR BARU DAN CADANGAN SYARAT-SYARAT KEMASUKAN SESI AKADEMIK 2010/2011 NAMA DISEDIAKAN OLEH RAJA AZLAN BIN RAJA ISMAIL PENOLONG PENDAFTAR DISEMAK DAN DILULUSKAN OLEH ZAINAL ABIDIN BIN ISMAIL TIMBALAN PENDAFTAR TARIKH 30/8/2009 30/8/2009
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN KERTAS KERJA UNTUK KELULUSAN SENAT CADANGAN JUMLAH PENGAMBILAN PELAJAR BARU DAN CADANGAN PERUBAHAN SYARAT SYARAT KEMASUKAN PELAJAR SESI AKADEMIK 2010/2011 1.0 TUJUAN 1.1 Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan Senat Universiti Malaysia Kelantan, mengenai Cadangan Jumlah Pengambilan Pelajar Baru dan Cadangan Perubahan Syarat-Syarat Kemasukan Pelajar Lepasan STPM/setaraf, Lepasan Matrikulasi/setaraf, Lepasan STAM/setaraf dan Lepasan Diploma/setaraf bagi Sesi Akademik 2010/2011. 2.0 LATAR BELAKANG 2.1 Pengambilan pelajar ke semua 20 IPTA, sepertimana tahun-tahun terdahulu adalah diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Pemusatan ini meliputi pengambilan pelajar tahun pertama dan kes khas (pengambilan pelajar Lepasan Diploma/setaraf) yang diambil pada semester pertama sesi akademik 2010/2011. 2.2 Bagi melancarkan proses kerja tersebut, pihak Universiti diminta untuk mengemukakan maklumat awal berkenaan unjuran pengambilan pelajar baru beserta syarat-syarat kemasukan ke program yang akan ditawarkan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bagi tujuan perancangan kerja dan hal-hal yang berkaitan.
2.3 Cadangan jumlah pengambilan pelajar ini juga diperlukan untuk perancangan Universiti sendiri pada sesi akademik 2010/2011 dan bagi tujuan perancangan penempatan kolej serta kemudahan pengajaran dan pembelajaran di setiap Fakulti. 2.4 Sesi Akademik 2010/2011 adalah merupakan tahun keempat Universiti Malaysia Kelantan mengambil pelajar Lepasan STPM/setaraf dan kali kedua mengambil pelajar Lepasan Diploma/setaraf. 3.0 CADANGAN JUMLAH PENGAMBILAN PELAJAR SESI 2010/2011 3.1 Cadangan jumlah pengambilan pelajar dan saluran kemasukan sesi akademik 2010/2011 adalah seperti berikut:- Bil Lampiran Keterangan Saluran Kemasukan/Jumlah 1 A Senarai nama program pengajian yang STPM 18 akan ditawarkan pada sesi pengambilan STAM - 10 2010/2011 mengikut saluran Diploma - 14 kemasukan 2 B Perlunjuran pengambilan pelajar sesi STPM - 721 akademik 2010/2011 mengikut saluran STAM - 73 kemasukan Diploma - 116 3.2 Cadangan jumlah pengambilan pelajar sesi akademik 2010/2011 sepertimana yang dikemukakan Fakulti adalah seramai 910 orang mengikut pembahagian seperti berikut:
Bil Fakulti Perbandingan Jumlah Pengambilan Mengikut Sesi Peratusan / Lebihan / (Pengurangan) 2009/2010 2010/2011 1. Fakulti Agro Industri dan Sumber Asli 340 340 0% 2. Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan 210 370 76.19% 3. Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan 160 160 0% 4. Fakulti Perubatan Veterinar 40 40 0% JUMLAH 750 910 21.33% 3.3 Pada sesi akademik 2010/2011 ini, Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan bercadang untuk menawarkan 4 program baru. Program baru yang akan ditawarkan mulai sesi 2010/2011 adalah :- Sarjana Muda Keusahawanan (Logistik & Pengedaran) dengan Kepujian Sarjana Muda Keusahawanan (Keusahawanan Koperasi) dengan Kepujian Sarjana Muda Keusahawanan (Peruncitan) dengan Kepujian Sarjana Muda Perniagaan (Kewangan Islam) dengan Kepujian
3.5 Walau bagaimanapun penawaran semua program-program baru tersebut adalah tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. 3.6 Secara keseluruhan cadangan jumlah pengambilan pelajar sesi akademik 2010/2011 telah meningkat seramai 160 orang atau 21.33% berbanding dengan jumlah pengambilan sesi akademik 2009/2010. Jumlah pengambilan keseluruhan mengikut Fakulti, program pengajian dan saluran kemasukan adalah seperti Lampiran B. 4.0 CADANGAN SYARAT-SYARAT KHAS PROGRAM PENGAJIAN BARU DAN PERUBAHAN SYARAT SYARAT PROGRAM PENGAJIAN SEDIAADA 4.1 Cadangan syarat-syarat program pengajian baru dan perubahan syarat syarat khas program pengajian sediaada adalah di Lampiran C1,C2,C3 dan C4. 4.2 Syarat-syarat kemasukan bagi lain-lain program pengajian adalah tidak berubah sepertimana Kertas Kerja Senat ST45/2008. 4.3 Perubahan syarat-syarat khas program disyorkan kerana; 4.3.1 Penawaran Program Pengajian baru 4.3.2 Pengambilan Pelajar Lepasan Diploma mula dilaksanakan mulai sesi 2010/2011 4.3.3 Syarat kemasukan Lepasan STPM dan Matrikulasi adalah berbeza. Adalah menjadi dasar BPKP supaya syarat-syarat ini diselaraskan kerana kedua-duanya mempunyai kualiti yang sama. 4.3.4 Menjadikan syarat-syarat kemasukan ke UMK lebih kompetatif.
5.0 DASAR-DASAR PENGAMBILAN DAN PEMILIHAN PELAJAR SESI AKADEMIK 2010/2011 5.1 Dasar pemilihan Lepasan STPM/setaraf (a) Dasar pemilihan yang menggunakan Sistem Meritokrasi tanpa kuota dari segi kaum dan jantina akan dikekalkan bagi sesi akademik 2010/2011. 5.2 Dasar Pengiraan Merit (a) Akademik Komponen Akademik akan mewakili 90% markah keseluruhan merit. (b) Kokurikulum Seperti sesi 2009/2010 markah komponen kokurikulum sebanyak 10% akan dijumlah dengan markah akademik dan menjadikan jumlah markah keseluruhan pemohon ialah 100. 5.3 Kuota Mengikut Aliran Dalam Pengambilan Pelajar ke IPTA Kuota 60% Sains dan 40% aliran Sastera akan dikekalkan. 5.4 Kewarganegaraan Permohonan terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja. Permohonan selain warganegara Malaysia hendaklah dikemukakan terus ke IPTA yang berkenaan.
5.5 Permohonan Lepasan Diploma Pemohon yang telah tamat pengajian sahaja (telah mendapat keputusan peperiksaan akhir) layak memohon. Semua permohonan hendaklah dikemukakan melalui BPKP. 5.6 Program Pengajian Baru Hanya program pengajian yang telah diluluskan oleh Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia selewat-lewatnya 30 November 2009 sahaja dibenarkan untuk ditawarkan bagi sesi akademik 2010/2011. 5.7 Asas Pertimbangan Setara Hanya pemohon yang menyatakan persetujuan dalam Pernyataan Khas untuk menerima tawaran selain dari lapan (8) pilihan program pengajian sahaja akan ditawarkan program pengajian yang sesuai dengan kelayakan dan berdasarkan kekosongan tempat sedia ada 5.8. Dasar e-rayuan (a) Hanya calon gagal mendapat tawaran sahaja yang boleh membuat rayuan melalui Applikasi e-rayuan yang diselaraskan oleh BPKP. (b) Calon dibenarkan untuk mengemukakan dua (2) pilihan program semasa membuat rayuan. (c) Proses pemilihan bersama rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat selepas mendaftar.
5.9. Dasar-dasar lain adalah tidak berubah 6.0 PERAKUAN SENAT 4.1 Senat dengan segala hormatnya dipohon untuk meluluskan Cadangan Jumlah Pengambilan Pelajar Baru dan Cadangan Perubahan Syarat-Syarat Kemasukan Pelajar Lepasan STPM/setaraf, Lepasan Matrikulasi/setaraf, Lepasan STAM/setaraf dan Lepasan Diploma/setaraf bagi Sesi Akademik 2009/2010 ke Universiti Malaysia Kelantan seperti di Lampiran B dan Lampiran C1,C2,C3 dan C4.