DASAR KESELAMATAN ICT (DKICT) UNIMAS UNIMAS ICT SECURITY POLICY VERSI : 5.0

dokumen-dokumen yang mirip
DASAR KESELAMATAN ICT JPP DAN POLITEKNIK DKICT JPP DAN POLITEKNIK

GARIS PANDUAN KESELAMATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (GPKTMK) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

DASAR ISMS V1R1 MS ISO/IEC 27001:2007 PENGURUSAN SISTEM KESELAMATAN MAKLUMAT DI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (KKMM)

KELULUSAN. Diluluskan oleh: Disokong oleh: ... Rosmi bin Othman Timbalan Pengarah Pengurusan Strategik & Sokongan Pengguna

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN PERKAKASAN ICT UNTUK STAF UPNM

POLISI PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN SISTEM MAKLUMAT

DASAR KESELAMATAN ICT POLITEKNIK SEBERANG PERAI VERSI 1.2

Program Membangunkan Keupayaan ICT MKM

BAB 1 Dasar Pengurusan ICT

DASAR KESELAMATAN ICT

RANGKA DASAR KESELAMATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI KERAJAAN

BAB 6 PENGURUSAN ASET

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2000 RANGKA DASAR KESELAMATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI KERAJAAN

DASAR PERKHIDMATAN SERVER

BAB 7 Dasar Infrastruktur

SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/ISMS/SOK/GP03/PENGENDALIAN MAKLUMAT

DASAR PERKAKASAN DAN PERISIAN AUTOMASI PEJABAT

CADANGAN STANDARD PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Seksyen 5 Keselamatan IT

SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/ISMS/SOK/GP03/PENGENDALIAN MAKLUMAT

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN APLIKASI/LAMAN WEB UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

KUATKUASA 1 JULAI Kelulusan MTM Bil.2/2014 (30/6/2014)

Tajuk : Isu kelemahan pengurusan asset alih kerajaan sering dibangkitkan. dalam laporan Ketua Audit Negara. Sebagai pengurus sekolah,

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 1/12 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN GERAN BRING YOUR OWN DEVICE (BYOD)

DASAR KESELAMATAN TEKNOLOGI MAKUMAT DAN KOMUNIKASI ( ICT) UKM Versi 2.0 (Kuatkuasa 1 Disember 2015) KUATKUAS. Halaman 1 1

STANDARD PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2015

TERHAD ARAHAN PENGENDALIAN KOMPUTER BAGI SECURE DIGITAL COMMUNICATION SYSTEM (SDCS)

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

TATACARA PENJAGAAN ASET, PENGURUSAN KEHILANGAN DAN TINDAKAN YANG BOLEH DIKENAKAN APABILA BERLAKU KEHILANGAN

DASAR PENGURUSAN REKOD UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

Polisi Privasi. Pengenalan

DASAR PENGURUSAN REKOD KERAJAAN

SOKONGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI. PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/SOK/ICT/P001

JABATAN PEGUAM NEGARA

PANDUAN PELAKSANAAN PENYELARASAN SISTEM PENGURUSAN REKOD KENDIRI DI PTJ SELURUH UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

DASAR AKAUNTABILITI DAN KERAHSIAAN MAKLUMAT

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/ISMS/OPR/DC/P001 PROSEDUR PENGOPERASIAN PENGURUSAN PUSAT DATA

POLISI UMUM PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

TATACARA PENGGUNAAN PERALATAN ICT. Disediakan oleh: Jawatankuasa ICT, Politeknik Jeli Kelantan.

GARIS PANDUAN ELAUN KEMUDAHAN KOMPUTER/NOTEBOOK KEPADA PENSYARAH DAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen : UPM/ISMS/SOK/P001 PROSEDUR PELAN TINDAK BALAS INSIDEN ICT

Panduan Mengatasi Isu / Kelemahan Yang Sering Berlaku Dalam Pengurusan Kewangan

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/ISMS/OPR/GP03/KAWALAN AKSES

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET PEKELILING PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET BIL.1 TAHUN 2009

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET PEKELILING PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET BIL.3 TAHUN 2009

SPESIFIKASI TUGAS JAWATANKUASA MAJLIS KUALITI (MKI) INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

Arkib Negara Malaysia

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/ISMS/OPR/P001 PROSEDUR PENGOPERASIAN PENGURUSAN PUSAT DATA

3. Pegawai Yang Layak Pembantu Keselamatan (Gred KP17/22) yang telah Menduduki Peperiksaan: disahkan dalam perkhidmatan. BAHAGIAN II (3 JAM)

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Kawalan & pengauditan sistem maklumat. Sinopsis:

1.0 TUJUAN Garis panduan ini disediakan untuk rujukan staf Pusat melaksanakan kawalan akses ke Pusat Data.

BAB 14 AUDIT DALAMAN

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/SOK/ICT/P001. Prosedur ini menerangkan cara perlaksanaan penyelenggaraan ICT.

GARIS PANDUAN Pembangunan Laman Web Universiti Kebangsaan Malaysia

M / S : 1 / 15 TARIKH : 8 JANUARI 2016 PINDAAN : 01 PENGURUSAN ASET /INVENTORI UPSI(ISO)/BEN/P08 KELUARAN : A 1.0 TUJUAN

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

TATACARA PENJAGAAN ASET, PENGURUSAN KEHILANGAN DAN TINDAKAN YANG BOLEH DIKENAKAN APABILA BERLAKU KEHILANGAN

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

TAMBAHAN KEPADA BLACKBERRY PERJANJIAN PENYELESAIAN LESEN UNTUK BLACKBERRY ENTERPRISE PERKHIDMATAN 12 CLOUD ("TAMBAHAN itu")

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/ISMS/OPR/P003

DASAR PENGURUSAN REKOD ARKIB ELEKTRONIK DAN

PROSEDUR PELAKSANAAN AUDIT DALAMAN DI UTHM

: 20 Mac Tujuan Peperiksaan : Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat untuk pengesahan dalam jawatan Juruteknik Komputer FT19.

PENGURUSAN ASET UNIVERSITI Tanggungjawab Bersama

DASAR dan GARIS PANDUAN PERUNDINGAN Universiti Teknologi MARA

SOKONGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI. PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/OPR/IDEC/P004

PROFIL AUDIT DALAM SECARA RINGKAS. Audit Dalam USM ditubuhkan pada tahun 1982

Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul

DASAR UMUM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Juruteknik Audio Visual/ Jurukamera yang dilantik terus;

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/ISMS/OPR/DC/P002

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pelaksanaan dan pemantauan penyelidikan.

Lampiran C JADUAL 1 : PENDAFTARAN ASET ALIH UNIVERSITI. 1 Terima aset bersama punca maklumat. 2 Tentukan kumpulan aset

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU SECARA DALAM TALIAN

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

KANDUNGAN. 1. Objektif Kuasa Melulus Hapuskira Urusetia Kehilangan dan Hapuskira Proses Hapuskira 3-5

Kawalan & pengauditan sistem maklumat. Kandungan: Prakata BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGAUDITAN SISTEM MAKLUMAT. Pengenalan

PENGENDALIAN AUDIT DALAMAN

GARIS PANDUAN PENGURUSAN BANK ITEM DAN PERATURAN PEMARKAHAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

BAB 3 PENGURUSAN TERIMAAN

TATACARA PENGURUSAN ASET ALIH UiTM. BAHAGIAN PENGURUSAN HARTA BENDA PEJABAT BENDAHARI UiTM SHAH ALAM

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Pengawal Keselamatan yang dilantik terus;

KELULUSAN CADANGAN PINDAAN/TAMBAHAN DOKUMEN (CPD)

Diluluskan oleh: Disediakan oleh: Jawatan: Jawatan: PENGARAH SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN REKTOR INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL UNIVERSITI MALAYA

Tatacara Pengurusan. Aset Alih Kerajaan (PANDUAN WARGA PHT)

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Transkripsi:

UNIMAS UNIMAS ICT SECURITY POLICY VERSI : 5.0 TARIKH : 4 Mei 2017

REKOD PINDAAN DOKUMEN TARIKH NO. KELUARAN/ PINDAAN BAB/ MUKA SURAT 14 November 2012 1.0 - Baharu KETERANGAN PINDAAN 5 Mei 2013 2.0 - Rujuk Borang Cadangan Pindaan Dokumen PKTMK Bil 1/Tahun 2013 10 September 2013 3.0 - Rujuk Borang Cadangan Pindaan Dokumen PKTMK Bil 52/Tahun 2013 10 September 2013 3.0 - Rujuk Borang Cadangan Pindaan Dokumen PKTMK Bil 53/Tahun 2013 14 Julai 2015 4.0 - Rujuk Borang Cadangan Pindaan Dokumen PKTMK Bil 23/2015 9 September 2015 4.1 - Rujuk Borang Cadangan Pindaan Dokumen PKTMK Bil 5/2015 8 Februari 2017 5.0 - Rujuk Borang Cadangan Pindaan Dokumen CITDS Bil 1/2017 Versi 5.0 ii

KANDUNGAN PENGENALAN... 1 OBJEKTIF... 1 PERNYATAAN DASAR... 2 PRINSIP-PRINSIP... 3 BIDANG 01 PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN DASAR... 6 0101 Dasar Keselamatan ICT (DKICT)... 6 010101 Perlaksanaan Dasar... 6 010102 Penyebaran Dasar... 6 010103 Penyelenggaraan Dasar... 7 010104 Pengecualian Dasar... 7 BIDANG 02 ORGANISASI KESELAMATAN... 8 0201 Infrastruktur Organisasi Dalaman... 8 020101 Ketua Pegawai Maklumat (CIO)... 8 020102 Ketua Pegawai Teknologi Maklumat (CTO)... 9 020103 Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO)... 9 020104 Pengurus ICT...10 020105 Pentadbir Sistem ICT...11 020106 Pengguna...12 020107 Pasukan Tindak Balas Insiden Keselamatan ICT UNIMAS...13 (UNIMAS-CERT)...13 020108 Jawatankuasa Pemandu ICT UNIMAS...14 0202 Pihak Ketiga...14 020201 Keperluan Keselamatan Kontrak Dengan Pihak Ketiga...15 BIDANG 03 PENGURUSAN ASET...16 0301 Akauntabiliti Aset...16 030101 Aset Alih ICT...16 0302 Pengelasan dan Pengendalian Maklumat...17 030201 Pengelasan Maklumat...17 030202 Pengendalian Maklumat...18 BIDANG 04 KESELAMATAN SUMBER MANUSIA...20 0401 Keselamatan Sumber Manusia Dalam Tugas Harian...20 040101 Sebelum Pengesahan dalam Perkhidmatan...20 040102 Dalam Perkhidmatan...20 040103 Bertukar Atau Tamat Perkhidmatan...21 Versi 5.0 iii

BIDANG 05 KESELAMATAN FIZIKAL DAN PERSEKITARAN...23 0501 Keselamatan Kawasan...23 050101 Kawalan Kawasan...23 050102 Kawalan Masuk Fizikal...24 050103 Kawasan Larangan...25 0502 Keselamatan Peralatan...26 050201 Aset ICT...26 050202 Media Storan...29 050203 Media Perisian dan Aplikasi...30 050204 Penyelenggaraan Perkakasan...31 050205 Peralatan di Luar Premis...32 050206 Pelupusan Perkakasan ICT...32 0503 Keselamatan Persekitaran...35 050301 Kawalan Persekitaran...35 050302 Bekalan Kuasa...36 050303 Kabel Data...37 050304 Prosedur Kecemasan...38 0504 Keselamatan Dokumen...38 050401 Dokumen...38 BIDANG 06 PENGURUSAN OPERASI DAN KOMUNIKASI...40 0601 Pengurusan Prosedur Operasi...40 060101 Pengendalian Prosedur...40 060102 Kawalan Perubahan...41 060103 Pengasingan Tugas dan...41 0602 Pengurusan Penyampaian Perkhidmatan Pihak Ketiga...42 060201 Perkhidmatan Penyampaian...42 0603 Perancangan dan Penerimaan Sistem...43 060301 Perancangan Kapasiti...43 0604 Perisian Berbahaya...44 060401 Perlindungan dari Perisian Berbahaya...45 060402 Perlindungan dari Mobile Code...46 0605 Pengurusan Backup...46 060501 Backup & Recovery...46 0606 Pengurusan Rangkaian...47 060601 Kawalan...48 0607 Pengurusan Media...49 Versi 5.0 iv

060701 Penghantaran dan Pemindahan...49 060702 Keselamatan Sistem Dokumentasi...50 0608 Pengurusan Pertukaran/Perkongsian Maklumat dan Perisian...50 060801 Pertukaran/Perkongsian Maklumat dan Perisian...50 060802 Pengurusan Mel Elektronik (E-mel)...51 0609 Perkhidmatan E-Dagang (Electronic Commerce Services)...51 060901 E-Dagang...52 060902 Maklumat Umum...52 0610 Pemantauan...53 061001 Pemantauan Aktiviti ICT...53 061002 Jejak Audit...54 061003 Log Sistem...55 BIDANG 07 KAWALAN CAPAIAN...57 0701 Dasar Kawalan Capaian...57 070101 Keperluan Kawalan Capaian...57 0702 Pengurusan Capaian Pengguna...58 070201 Akaun Pengguna...58 070202 Hak Capaian...59 070203 Pengurusan Kata Laluan...59 070204 Clear Desk dan Clear Screen...60 0703 Kawalan Capaian Rangkaian...61 070301 Capaian Rangkaian...61 070302 Capaian Internet...62 0704 Kawalan Capaian Sistem Pengoperasian...64 070401 Capaian Sistem Pengoperasian...64 0705 Kawalan Capaian Aplikasi dan Maklumat...65 070501 Capaian Aplikasi dan Maklumat...66 0706 Peralatan Mudah Alih dan Kerja di Luar Pejabat...67 070601 Peralatan Mudah Alih...67 070602 Prosedur Kerja di Luar Pejabat...68 BIDANG 08 PEROLEHAN, PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN SISTEM 70 0801 Keselamatan Dalam Membangunkan Sistem dan Aplikasi...70 080101 Keperluan Keselamatan Sistem Maklumat...70 080102 Pengesahan Data Input dan Output...71 0802 Kawalan Kriptografi...71 080201 Enkripsi...72 Versi 5.0 v

080202 Pengurusan Infrastruktur Kunci Awam (PKI)...72 0803 Keselamatan Sistem Fail...72 080301 Kawalan Sistem Fail...72 0804 Keselamatan Dalam Proses Pembangunan dan Sokongan...73 080401 Prosedur Kawalan Perubahan...73 080402 Pembangunan Perisian Secara Outsource...74 0805 Kawalan Teknikal Keterdedahan (Vulnerability)...75 080501 Kawalan dari Ancaman Teknikal...75 BIDANG 09 PENGURUSAN PENGENDALIAN INSIDEN KESELAMATAN MAKLUMAT.....76 0901 Mekanisme Pelaporan Insiden Keselamatan Maklumat...76 090101 Mekanisme Pelaporan...76 0902 Pengurusan Maklumat Insiden Keselamatan Maklumat...77 090201 Prosedur Pengurusan Maklumat Insiden Keselamatan...78 BIDANG 10 PENGURUSAN KESINAMBUNGAN PERKHIDMATAN...79 1001 Dasar Kesinambungan Perkhidmatan...79 100101 Pelan Kesinambungan Perkhidmatan...79 BIDANG 11 PEMATUHAN...82 1101 Pematuhan dan Keperluan Perundangan...82 110101 Pematuhan Dasar...82 110102 Pematuhan dengan Dasar, Piawaian dan Keperluan Teknikal...83 110103 Pematuhan Keperluan Audit...83 110104 Keperluan Perundangan...84 110105 Pelanggaran Dasar...85 GLOSARI...86 Lampiran 1: Surat Akuan Pematuhan Dasar Keselamatan ICT UNIMAS...90 Lampiran 2: Unit Keselamatan UNIMAS (S.O.P 1/18)...91 Lampiran 3: UNIMAS-PKTMK-SOP 2.4.10 Prosedur Capaian Masuk Ke Dalam Pusat Data...92 Lampiran 4: Borang Kebenaran Membawa Keluar/Masuk Harta Benda/Peralatan Hak Milik UNIMAS...93 Lampiran 5: KEW.PA-2 Daftar Harta Modal...94 Lampiran 6: KEW.PA-3 Daftar Inventori...95 Versi 5.0 vi

Lampiran 7: KEW.PA-17 Permohonan/Laporan Jawatankuasa Pemeriksa Pelupusan Aset Alih...96 Versi 5.0 vii

PENGENALAN Dasar Keselamatan ICT (DKICT) UNIMAS mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam menggunakan aset Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Dasar ini juga menerangkan kepada semua pengguna mengenai tanggungjawab dan peranan mereka dalam melindungi aset ICT UNIMAS. OBJEKTIF DKICT UNIMAS diwujudkan untuk menjamin kesinambungan urusan UNIMAS dengan meminimumkan kesan insiden keselamatan ICT. Dasar ini juga bertujuan untuk memudahkan perkongsian maklumat sesuai dengan keperluan operasi UNIMAS. Ini hanya boleh dicapai dengan memastikan semua aset ICT dilindungi. Manakala, objektif utama Keselamatan ICT UNIMAS ialah seperti berikut: (a) Memastikan kelancaran operasi UNIMAS dan meminimumkan kerosakan atau kemusnahan, (b) Melindungi kepentingan pihak-pihak yang bergantung kepada sistem maklumat dari kesan kegagalan atau kelemahan dari segi kerahsiaan, integriti, kebolehsediaan, kesahihan maklumat dan komunikasi; dan (c) Mencegah salah guna atau kecurian aset ICT kerajaan. Versi 5.0 1

PERNYATAAN DASAR Keselamatan ditakrifkan sebagai keadaan yang bebas daripada ancaman dan risiko yang tidak boleh diterima. Penjagaan keselamatan adalah suatu proses yang berterusan. Ia melibatkan aktiviti berkala yang mesti dilakukan dari semasa ke semasa untuk menjamin keselamatan kerana ancaman dan kelemahan sentiasa berubah. Keselamatan ICT adalah bermaksud keadaan di mana segala urusan menyedia dan membekalkan perkhidmatan yang berasaskan kepada sistem ICT berjalan secara berterusan tanpa gangguan yang boleh menjejaskan keselamatan. Keselamatan ICT berkait rapat dengan perlindungan aset ICT. Terdapat empat (4) komponen asas keselamatan ICT iaitu: 1. Melindungi maklumat rahsia rasmi dan maklumat rasmi kerajaan dari capaian tanpa kuasa yang sah, 2. Menjamin setiap maklumat adalah tepat dan sempurna, 3. Memastikan ketersediaan maklumat apabila diperlukan oleh pengguna; dan 4. Memastikan akses kepada hanya pengguna-pengguna yang sah atau penerimaan maklumat dari sumber yang sah. DKICT UNIMAS merangkumi perlindungan ke atas semua bentuk maklumat elektronik bertujuan untuk menjamin keselamatan maklumat tersebut dan kebolehsediaan kepada semua pengguna yang dibenarkan. Ciri-ciri utama keselamatan maklumat adalah seperti berikut: 1. Kerahsiaan - Maklumat tidak boleh didedahkan sewenang-wenangnya atau dibiarkan diakses tanpa kebenaran, Versi 5.0 2

2. Integriti - Data dan maklumat hendaklah tepat, lengkap dan kemas kini. Ia hanya boleh diubah dengan cara yang dibenarkan, 3. Tidak Boleh Disangkal - Punca data dan maklumat hendaklah dari punca yang sah dan tidak boleh disangkal, 4. Kesahihan - Data dan maklumat hendaklah dijamin kesahihannya; dan 5. Ketersediaan - Data dan maklumat hendaklah boleh diakses pada bila-bila masa. Selain dari itu, langkah-langkah ke arah menjamin keselamatan ICT hendaklah bersandarkan kepada penilaian yang bersesuaian dengan perubahan semasa terhadap kelemahan semula jadi aset ICT, ancaman yang wujud akibat daripada kelemahan tersebut, risiko yang mungkin timbul dan langkah-langkah pencegahan sesuai yang boleh diambil untuk menangani risiko berkenaan. PRINSIP-PRINSIP Prinsip-prinsip yang menjadi asas kepada DKICT UNIMAS dan perlu dipatuhi adalah seperti berikut: 1. Akses atas dasar perlu mengetahui Akses terhadap penggunaan aset ICT hanya diberikan untuk tujuan spesifik dan dihadkan kepada pengguna tertentu atas dasar perlu mengetahui sahaja. Ini bermakna akses hanya akan diberikan sekiranya peranan atau fungsi pengguna memerlukan maklumat tersebut. Pertimbangan untuk akses adalah berdasarkan kategori maklumat seperti yang dinyatakan di dalam dokumen Arahan Keselamatan perenggan 53, muka surat 15. Versi 5.0 3

2. Hak akses minimum Hak akses pengguna hanya diberi pada tahap set yang paling minimum iaitu untuk membaca dan/atau melihat sahaja. Kelulusan adalah perlu untuk membolehkan pengguna mewujud, menyimpan, mengemas kini, mengubah atau membatalkan sesuatu maklumat. Hak akses perlu dikaji dari semasa ke semasa berdasarkan kepada peranan dan tanggungjawab pengguna/bidang tugas. 3. Akauntabiliti Semua pengguna adalah dipertanggungjawabkan ke atas semua tindakannya terhadap aset ICT. ini perlu dinyatakan dengan jelas sesuai dengan tahap sensitiviti sesuatu sumber ICT. Untuk menentukan tanggungjawab ini dipatuhi, sistem ICT hendaklah mampu menyokong kemudahan mengesan atau mengesah bahawa pengguna sistem maklumat boleh dipertanggungjawabkan atas tindakan mereka. Akauntabiliti atau tanggungjawab pengguna termasuklah: i. Menghalang pendedahan maklumat kepada pihak yang tidak dibenarkan, ii. Memeriksa maklumat dan menentukan ianya tepat dan lengkap dari semasa ke semasa, iii. Menentukan maklumat sedia untuk digunakan, iv. Menjaga kerahsiaan kata laluan, v. Mematuhi standard, prosedur, langkah dan garis panduan keselamatan yang ditetapkan, vi. Memberi perhatian kepada maklumat terperingkat terutama semasa pewujudan, pemprosesan, penyimpanan, penghantaran, penyampaian, Versi 5.0 4

pertukaran dan pemusnahan; dan vii. Menjaga kerahsiaan langkah-langkah keselamatan ICT dari diketahui umum. 4. Pengasingan Tugas mewujud, memadam, kemas kini, mengubah dan mengesahkan data perlu diasingkan bagi mengelakkan daripada capaian yang tidak dibenarkan serta melindungi aset ICT daripada kesilapan, kebocoran maklumat terperingkat atau di manipulasi. Pengasingan juga merangkumi tindakan memisahkan antara kumpulan operasi dan rangkaian; 5. Pengauditan Pengauditan adalah tindakan untuk mengenal pasti insiden berkaitan keselamatan atau mengenal pasti keadaan yang mengancam keselamatan. Ia membabitkan pemeliharaan semua rekod berkaitan tindakan keselamatan. Dengan itu, aset ICT seperti komputer, pelayan, router, firewall dan rangkaian hendaklah ditentukan dapat menjana dan menyimpan log tindakan keselamatan atau audit trail. 6. Pematuhan DKICT UNIMAS hendaklah dibaca, difahami dan dipatuhi bagi mengelakkan sebarang bentuk kelalaian yang boleh membawa ancaman kepada keselamatan negara. Versi 5.0 5

BIDANG 01 PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN DASAR 0101 Dasar Keselamatan ICT (DKICT) Objektif: Menerangkan hala tuju dan sokongan pengurusan terhadap keselamatan maklumat selaras dengan keperluan UNIMAS dan perundangan yang berkaitan. 010101 Perlaksanaan Dasar Pelaksanaan dasar ini akan dijalankan oleh Naib Canselor UNIMAS selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemandu ICT UNIMAS. Jawatankuasa ini terdiri daripada TNC, Pengarah CITDS, Bendahari, Pendaftar, Pengarah Bahagian Keselamatan, Ketua Pustakawan, Dekan, Pengarah Bahagian Canselori, Pengarah Pejabat Pembangunan, Pengarah UNIMAS Innovation dan ICTSO. Naib UNIMAS Canselor 010102 Penyebaran Dasar Dasar ini perlu disebarkan kepada semua pengguna UNIMAS ICTSO Versi 5.0 6

(termasuk staf, pembekal, pakar runding, pelajar dan lain-lain pihak yang berurusan dengan UNIMAS). 010103 Penyelenggaraan Dasar DKICT UNIMAS adalah tertakluk kepada semakan dan pindaan dari semasa ke semasa termasuk kawalan keselamatan, prosedur dan proses selaras dengan perubahan teknologi, aplikasi, prosedur, perundangan, dasar kerajaan dan kepentingan sosial. Berikut adalah prosedur yang berhubung dengan penyelenggaraan DKICT UNIMAS: ICTSO (a) (b) (c) (d) Kenal pasti dan tentukan perubahan yang diperlukan, Pembentangan dan persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT UNIMAS, Maklum kepada semua pengguna perubahan yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Pemandu ICT UNIMAS; dan Mengkaji semula dasar sekurang-kurangnya sekali setahun atau mengikut keperluan semasa. 010104 Pengecualian Dasar DKICT UNIMAS adalah terpakai kepada semua pengguna ICT UNIMAS tanpa ada sebarang pengecualian. Semua Versi 5.0 7

BIDANG 02 ORGANISASI KESELAMATAN 0201 Infrastruktur Organisasi Dalaman Objektif: Menerangkan peranan dan tanggungjawab individu yang terlibat dengan lebih jelas dan teratur dalam mencapai objektif DKICT UNIMAS. 020101 Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Ketua Pegawai Maklumat (CIO) bagi UNIMAS adalah berperanan dan bertanggungjawab dalam perkara-perkara seperti berikut: CIO (a) (b) (c) Memastikan semua pengguna memahami dan mematuhi DKICT UNIMAS, Memastikan semua keperluan organisasi (sumber kewangan, sumber manusia dan perlindungan keselamatan) adalah mencukupi; dan Memastikan penilaian risiko dan program keselamatan ICT dilaksanakan seperti yang ditetapkan di dalam DKICT UNIMAS. Versi 5.0 8

020102 Ketua Pegawai Teknologi Maklumat (CTO) Ketua Pegawai Teknologi Maklumat (CTO) bagi UNIMAS ialah Pengarah CITDS. Peranan dan tanggungjawab CTO adalah seperti berikut: (a) Menyelaras keseluruhan program-program keselamatan ICT UNIMAS, (b) Menguatkuasakan pelaksanaan DKICT UNIMAS, (c) Mengesahkan garis panduan, prosedur dan tatacara selaras dengan keperluan DKICT UNIMAS, (d) Melaporkan insiden keselamatan ICT kepada CIO; dan (e) Bertanggungjawab ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan ICT UNIMAS. CTO 020103 Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO) Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO) bagi UNIMAS ialah Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) Gred 48 dan ke atas, CITDS, UNIMAS. Peranan dan tanggungjawab ICTSO yang dilantik adalah seperti berikut: (a) Mengurus keseluruhan program-program keselamatan ICT UNIMAS, ICTSO Versi 5.0 9

(b) Memberi penerangan dan pendedahan berkenaan DKICT UNIMAS kepada semua pengguna, (c) Mewujudkan garis panduan, prosedur dan tatacara selaras dengan keperluan DKICT UNIMAS, (d) Menjalankan pengurusan risiko, (e) Menjalankan audit, mengkaji semula, merumus tindak balas berdasarkan hasil penemuan keselamatan ICT dan menyediakan laporan mengenainya kepada Pengurusan UNIMAS, (f) Memberi amaran terhadap kemungkinan berlakunya ancaman berbahaya seperti virus dan memberi khidmat nasihat serta menyediakan langkah-langkah perlindungan yang bersesuaian, (g) Melaporkan insiden keselamatan ICT kepada Pasukan Tindak Balas Insiden Keselamatan ICT UNIMAS (UNIMAS-CERT), dan memaklumkannya kepada CTO, (h) Bekerjasama dengan semua pihak yang berkaitan dalam mengenalpasti punca ancaman atau insiden keselamatan ICT dan memperakukan langkah-langkah baikpulih dengan segera, (i) Menyedia dan melaksanakan program-program kesedaran mengenai keselamatan ICT; dan (j) Menilai teknologi yang bersesuaian dan mencadangkan penyelesaian terhadap keperluan keselamatan ICT. 020104 Pengurus ICT Versi 5.0 10

Pengurus ICT bagi UNIMAS ialah Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) Gred 44/41 di Pusat Pembangunan & Khidmat Teknologi Maklumat, UNIMAS yang telah berkhidmat melebihi tempoh 3 tahun perkhidmatan di UNIMAS. Pengurus ICT Peranan dan tanggungjawab Pengurus ICT adalah seperti berikut: (a) Mengkaji semula dan melaksanakan kawalan keselamatan ICT selaras dengan keperluan UNIMAS, (b) Menentukan kawalan akses pengguna terhadap aset ICT UNIMAS, (c) Melaporkan sebarang perkara atau penemuan mengenai keselamatan ICT kepada ICTSO; dan (d) Menyimpan rekod, bahan bukti dan laporan terkini mengenai ancaman keselamatan ICT UNIMAS. 020105 Pentadbir Sistem ICT Pentadbir Sistem ICT bagi UNIMAS ialah Pegawai Teknologi Maklumat atau Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Penolong Jurutera atau Juruteknik Komputer di UNIMAS. Pentadbir Sistem ICT Peranan dan tanggungjawab Pentadbir Sistem ICT adalah seperti berikut: (a) Mengambil tindakan yang bersesuaian dengan segera apabila dimaklumkan mengenai staf yang berhenti, bertukar, bercuti Versi 5.0 11

panjang, berkursus panjang atau berlaku perubahan dalam bidang tugas, (b) Menentukan ketepatan dan kesempurnaan sesuatu tahap capaian berdasarkan arahan Pemilik Sistem maklumat sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam DKICT UNIMAS, (c) Memantau aktiviti capaian harian sistem aplikasi pengguna, (d) Mengenalpasti aktiviti-aktiviti tidak normal seperti pencerobohan dan pengubahsuaian data tanpa kebenaran dan membatalkan atau memberhentikannya dengan serta merta, (e) Menganalisis dan menyimpan rekod jejak audit, (f) Menyediakan laporan mengenai aktiviti capaian secara berkala; dan (g) Bertanggungjawab memantau setiap aset ICT yang diagihkan kepada pengguna seperti komputer peribadi, komputer riba, pencetak, pengimbas dan sebagainya di dalam keadaan yang baik. 020106 Pengguna Pengguna bagi UNIMAS terdiri daripada semua staf UNIMAS yang merangkumi staf tetap/kontrak/sambilan/dipinjamkan/sementara dan Pelajar. Pengguna mempunyai peranan dan tanggungjawab seperti berikut: (a) Membaca, memahami dan mematuhi DKICT UNIMAS, (b) Mengetahui dan memahami implikasi keselamatan ICT kesan Pengguna Versi 5.0 12

dari tindakannya, (c) Lulus tapisan keselamatan, (d) Melaksanakan prinsip-prinsip Dasar Keselamatan ICT UNIMAS dan menjaga kerahsiaan maklumat UNIMAS, (e) Melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan atau mengancam keselamatan ICT kepada ICTSO dengan segera, (f) Menghadiri program-program kesedaran mengenai keselamatan ICT 020107 Pasukan Tindak Balas Insiden Keselamatan ICT UNIMAS (UNIMAS-CERT) UNIMAS-CERT dipengerusikan oleh ICTSO. Jawatankuasa ini terdiri daripada ketua-ketua unit yang terlibat dalam pembangunan sistem aplikasi, rangkaian, Pusat Data, sokongan teknikal dan wakil skim F (Gred 29 ke atas) di PTj. ICTSO Peranan dan tanggungjawab UNIMAS-CERT adalah seperti berikut: (a) Menerima dan mengesan aduan keselamatan ICT serta menilai tahap dan jenis insiden, (b) Merekod dan menjalankan siasatan awal insiden yang diterima, (c) Menangani tindak balas (response) insiden keselamatan ICT dan mengambil tindakan baik pulih, (d) Menghubungi dan melapor insiden yang berlaku kepada KPT- CERT (jika perlu), (e) Menasihati pihak berkaitan mengambil tindakan pemulihan dan pengukuhan, Versi 5.0 13

(f) (g) Menyebarkan maklumat berkaitan pengukuhan keselamatan ICT kepada Pengguna; dan Menjalankan penilaian untuk memastikan keselamatan ICT pada tahap yang baik dan mengambil tindakan pemulihan atau pengukuhan bagi meningkatkan tahap keselamatan infrastruktur ICT. 020108 Jawatankuasa Pemandu ICT UNIMAS Jawatankuasa Pemandu ICT UNIMAS adalah jawatankuasa yang bertanggungjawab sebagai penasihat dan pemangkin dalam merumuskan rancangan dan strategi ICT UNIMAS. Naib Canselor Peranan dan tanggungjawab Jawatankuasa Pemandu ICT UNIMAS adalah seperti berikut: a) Memperakukan/meluluskan dokumen DKICT UNIMAS, b) Memperaku dasar, garis panduan dan prosedur ICT UNIMAS, c) Memastikan DKICT UNIMAS selaras dengan dasar-dasar ICT kerajaan semasa, 0202 Pihak Ketiga Versi 5.0 14

Objektif: Menjamin keselamatan semua aset ICT yang digunakan oleh pihak ketiga (Pembekal, Pakar Runding, Pihak Berkepentingan, Agensi Luar dan lain-lain). 020201 Keperluan Keselamatan Kontrak Dengan Pihak Ketiga Ini bertujuan memastikan penggunaan maklumat dan kemudahan proses maklumat oleh pihak ketiga dikawal dengan rapi. yang perlu dipatuhi termasuk yang berikut: (a) Membaca, memahami dan mematuhi DKICT UNIMAS, (b) Mengenal pasti risiko keselamatan maklumat dan kemudahan pemprosesan maklumat serta melaksanakan kawalan yang sesuai sebelum memberi kebenaran keatas capaian maklumat, (c) Mengenal pasti keperluan keselamatan sebelum memberi kebenaran capaian atau penggunaan kepada pihak ketiga, (d) Akses kepada aset ICT UNIMAS perlu berlandaskan kepada perjanjian kontrak, (e) Memastikan semua syarat keselamatan dinyatakan dengan jelas dalam perjanjian dengan pihak ketiga. -perkara berikut hendaklah dimasukkan di dalam perjanjian yang dimeterai. i. Dasar Keselamatan ICT (DKICT) UNIMAS, Naib Canselor, CIO, CTO, ICTSO, Pengurus ICT, Pentadbir Sistem dan Pihak Ketiga Versi 5.0 15

ii. Non-Disclosure Agreement (NDA); dan (f) Menandatangani Surat Akuan Pematuhan Dasar Keselamatan ICT UNIMAS seperti di Lampiran 1. BIDANG 03 PENGURUSAN ASET 0301 Akauntabiliti Aset Objektif: Memberi dan menyokong perlindungan yang bersesuaian ke atas semua aset ICT UNIMAS. 030101 Aset Alih ICT Ini bertujuan memastikan semua aset alih ICT diberi kawalan dan perlindungan yang sesuai oleh pemilik atau pemegang amanah masing-masing. yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: (a) Memastikan semua aset alih ICT dikenalpasti, didaftarkan dan maklumatnya direkod dan sentiasa dikemaskini dalam KEW.PA-2 bagi borang daftar harta modal (Rujuk Lampiran 5) dan KEW.PA-3 bagi inventori (Rujuk Lampiran 6), Pentadbir Sistem dan Pengguna (tidak termasuk Pelajar) Versi 5.0 16

(b) (c) (d) (e) (f) Memastikan semua aset alih ICT mempunyai pemilik dan dikendalikan oleh pengguna yang dibenarkan sahaja, Memastikan Pegawai Aset PTj mengurus dan mengawal penempatan aset alih ICT yang ditempatkan di PTj masingmasing, Peraturan bagi pengendalian aset alih ICT hendaklah dikenal pasti, didokumen dan dilaksanakan, Setiap pengguna adalah bertanggung jawab ke atas semua aset alih ICT dibawah kawalannya serta mematuhi UNIMAS ICT Policy; dan Mematuhi Tatacara Pengurusan Aset Alih UNIMAS. 0302 Pengelasan dan Pengendalian Maklumat Objektif: Memastikan setiap maklumat atau aset alih ICT diberikan tahap perlindungan yang bersesuaian. 030201 Pengelasan Maklumat Maklumat hendaklah dikelaskan atau dilabelkan sewajarnya oleh staf yang diberi kuasa mengikut dokumen Arahan Keselamatan Kerajaan Semua (tidak termasuk Pelajar) Versi 5.0 17

Malaysia. Setiap maklumat yang dikelaskan mestilah mempunyai peringkat keselamatan sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam dokumen Arahan Keselamatan seperti berikut: (a) Rahsia Besar, (b) Rahsia, (c) Sulit; atau (d) Terhad. 030202 Pengendalian Maklumat Aktiviti pengendalian maklumat seperti mengumpul, memproses, menyimpan, menghantar, menyampai, menukar dan memusnah hendaklah mengambil kira langkah-langkah keselamatan berikut: (a) Menghalang pendedahan maklumat kepada pihak yang tidak dibenarkan, (b) Memeriksa maklumat dan menentukan ia tepat dan lengkap dari semasa ke semasa, (c) Menentukan maklumat sedia untuk digunakan, (d) Menjaga kerahsiaan kata laluan, (e) Mematuhi standard, prosedur, langkah dan garis panduan keselamatan yang ditetapkan, (f) Memberi perhatian kepada maklumat terperingkat terutama semasa pewujudan, pemprosesan, penyimpanan, penghantaran, penyampaian, pertukaran dan pemusnahan; dan Semua Versi 5.0 18

(g) Menjaga kerahsiaan langkah-langkah keselamatan maklumat ICT dari diketahui umum. Versi 5.0 19

BIDANG 04 KESELAMATAN SUMBER MANUSIA 0401 Keselamatan Sumber Manusia Dalam Tugas Harian Objektif: Memastikan semua sumber manusia yang terlibat termasuk staf UNIMAS dan pihak ketiga memahami tanggungjawab dan peranan serta meningkatkan pengetahuan dalam keselamatan aset ICT. Semua pihak berkenaan hendaklah mematuhi terma dan syarat perkhidmatan serta peraturan semasa yang berkuatkuasa. 040101 Sebelum Pengesahan dalam Perkhidmatan -perkara yang mesti dipatuhi termasuk yang berikut: (a) Mematuhi semua terma dan syarat perkhidmatan yang ditawarkan dan peraturan semasa yang berkuatkuasa berdasarkan perjanjian yang telah ditetapkan. Semua (tidak termasuk Pelajar) 040102 Dalam Perkhidmatan Versi 5.0 20

-perkara yang perlu dipatuhi termasuk yang berikut: (a) Memastikan staf UNIMAS serta pihak ketiga yang berkepentingan mengurus keselamatan aset ICT mestilah berdasarkan perundangan dan peraturan yang ditetapkan oleh UNIMAS, (b) Memastikan latihan kesedaran dan yang berkaitan mengenai pengurusan keselamatan aset ICT diberi kepada pengguna ICT UNIMAS secara berterusan dalam melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab mereka, dan sekiranya perlu diberi kepada pihak ketiga yang berkepentingan dari semasa ke semasa, (c) Memastikan adanya proses tindakan disiplin dan/atau undangundang ke atas staf UNIMAS serta pihak ketiga yang berkepentingan sekiranya berlaku perlanggaran dengan perundangan dan peraturan ditetapkan oleh UNIMAS; dan (d) Memantapkan pengetahuan berkaitan dengan penggunaan aset ICT bagi memastikan setiap kemudahan ICT digunakan dengan cara dan kaedah yang betul demi menjamin kepentingan keselamatan ICT. Merujuk kepada Bahagian Pembangunan Modal Insan, UNIMAS untuk sebarang keperluan kursus dan latihan teknikal yang berkaitan. Semua (tidak termasuk Pelajar) 040103 Bertukar Atau Tamat Perkhidmatan -perkara yang perlu dipatuhi termasuk yang berikut: (a) Memastikan semua aset ICT dikembalikan kepada UNIMAS mengikut peraturan dan/atau terma perkhidmatan yang Semua (tidak termasuk Pelajar) Versi 5.0 21

(b) ditetapkan; dan Membatalkan atau menarik balik semua kebenaran capaian ke atas maklumat dan kemudahan ICT mengikut peraturan yang ditetapkan oleh UNIMAS dan/atau terma perkhidmatan. Versi 5.0 22

BIDANG 05 KESELAMATAN FIZIKAL DAN PERSEKITARAN 0501 Keselamatan Kawasan Objektif: Melindungi premis dan maklumat daripada sebarang bentuk pencerobohan, ancaman, kerosakan serta akses yang tidak dibenarkan. 050101 Kawalan Kawasan Ini bertujuan untuk menghalang akses, kerosakan dan gangguan secara fizikal terhadap premis dan maklumat agensi. -perkara yang perlu dipatuhi termasuk yang berikut: (a) Kawasan keselamatan fizikal hendaklah dikenal pasti dengan jelas. Lokasi dan keteguhan keselamatan fizikal hendaklah bergantung kepada keperluan untuk melindungi aset dan hasil penilaian risiko, (b) Menggunakan keselamatan perimeter (halangan seperti dinding, pagar kawalan, pengawal keselamatan) untuk melindungi kawasan yang mengandungi maklumat dan kemudahan ICT, Pengarah Bahagian Keselamatan, Ketua OSHA, CIO, CTO dan ICTSO Versi 5.0 23

(c) Memasang alat penggera atau kamera/cctv, (d) Menghadkan jalan keluar masuk, (e) Mengadakan kawalan di kaunter perkhidmatan, (f) Menyediakan tempat atau bilik khas untuk pelawat-pelawat, (g) Menyediakan staging room untuk kerja-kerja penerimaan, pemasangan dan konfigurasi aset ICT. (h) Mewujudkan perkhidmatan kawalan keselamatan di pintu masuk, (i) Melindungi kawasan terhad melalui kawalan pintu masuk yang bersesuaian bagi memastikan staf yang diberi kebenaran sahaja boleh melalui pintu masuk ini, (j) Mereka bentuk dan melaksanakan keselamatan fizikal di dalam pejabat, bilik dan kemudahan, (k) Mereka bentuk dan melaksanakan perlindungan fizikal dari kebakaran, banjir, letupan, kacau-bilau dan bencana; dan (l) Memastikan kawasan-kawasan penghantaran dan pemunggahan dan juga tempat-tempat lain dikawal dari pihak yang tidak diberi kebenaran memasukinya. 050102 Kawalan Masuk Fizikal -perkara yang perlu dipatuhi termasuk yang berikut: (a) Setiap staf/pelajar UNIMAS hendaklah memakai atau mengenakan kad staf/pelajar sepanjang berada di UNIMAS, (b) Semua kad staf hendaklah dikembalikan kepada UNIMAS Semua Versi 5.0 24

apabila pengguna tamat perkhidmatan, (c) Pelawat hendaklah mendapatkan pas pelawat di pintu kawalan keselamatan utama UNIMAS, (d) Pas ini hendaklah dikembalikan semula selepas tamat lawatan; dan (e) Kehilangan pas pelawat/kad staf/kad pelajar mestilah dilaporkan dengan segera. 050103 Kawasan Larangan Kawasan larangan ditakrifkan sebagai kawasan yang dihadkan kemasukan kepada pengguna dan pihak ketiga yang tertentu sahaja. Ini dilaksanakan untuk melindungi aset ICT yang terdapat di dalam kawasan tersebut. Semua Kawasan larangan di UNIMAS adalah bilik Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, Ketua-Ketua PTj, Bilik Fail, Bilik Kebal, Bilik Perkakasan ICT, Stor ICT dan Pusat Data (Data Centre). (a) Akses kepada kawasan larangan hanyalah kepada staf yang dibenarkan sahaja, (b) Pihak ketiga dan pengguna lain adalah dilarang sama sekali untuk memasuki kawasan larangan kecuali, bagi kes-kes tertentu seperti memberi perkhidmatan sokongan, bantuan teknikal atau lawatan rasmi, dan mereka hendaklah diiringi oleh staf yang dibenarkan, sepanjang masa sehingga urusan di Versi 5.0 25

(c) kawasan berkenaan selesai; dan Pihak ketiga/staf/pelajar yang perlu berurusan di Pusat Data UNIMAS hendaklah mematuhi UNIMAS-PKTMK-SOP 2.4.10 Prosedur Capaian Masuk Ke Dalam Pusat Data (Rujuk Lampiran 3). 0502 Keselamatan Peralatan Objektif: Melindungi aset ICT UNIMAS dari kehilangan, kerosakan, kecurian serta gangguan kepada aset tersebut. 050201 Aset ICT -perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: (a) Pengguna hendaklah memahami dan mematuhi UNIMAS ICT Policy, (b) Pengguna hendaklah menyemak dan memastikan semua aset ICT di bawah kawalannya berfungsi dengan sempurna, (c) Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya ke atas aset ICT masing-masing dan tidak dibenarkan membuat sebarang pertukaran perkakasan dan konfigurasi yang telah ditetapkan di dalam UNIMAS ICT Policy; (d) Pengguna dilarang sama sekali menambah, menanggal atau Pengguna Versi 5.0 26

mengganti sebarang perkakasan ICT yang telah ditetapkan, (e) Pengguna dilarang membuat instalasi sebarang perisian tambahan tanpa kebenaran Pentadbir Sistem ICT, (f) Pengguna adalah bertanggungjawab di atas kerosakan atau kehilangan aset ICT di bawah kawalannya, (g) Pengguna mesti memastikan perisian antivirus di komputer peribadi/riba mereka sentiasa aktif (activated) dan dikemas kini disamping melakukan imbasan ke atas media storan yang digunakan, (h) Penggunaan kata laluan untuk akses ke sistem operasi komputer adalah diwajibkan, (i) Semua peralatan sokongan ICT hendaklah dilindungi daripada kecurian, kerosakan, penyalahgunaan atau pengubahsuaian tanpa kebenaran, (j) Peralatan-peralatan kritikal perlu disokong oleh Uninterruptable Power Supply (UPS), (k) Semua aset ICT hendaklah disimpan atau diletakkan di tempat yang teratur, bersih dan mempunyai ciri-ciri keselamatan, (l) Peralatan rangkaian seperti switches, hub, router dan lain-lain perlu diletakkan di dalam rak khas dan berkunci, (m) Semua peralatan yang digunakan secara berterusan mestilah diletakkan di kawasan yang berhawa dingin dan mempunyai pengudaraan (air ventilation) yang sesuai, (n) Pengguna yang ingin membawa keluar aset ICT dari premis UNIMAS, perlu mengisi Borang Kebenaran Membawa Keluar/Masuk Harta Benda/Peralatan Hak Milik UNIMAS (Rujuk Lampiran 4), mendapat kelulusan Ketua PTj dan direkodkan bagi tujuan pemantauan, Versi 5.0 27

(o) Sebarang kehilangan aset ICT hendaklah dilaporkan kepada Pegawai Aset dan diuruskan mengikut Tatacara Pengurusan Kehilangan Aset Alih dengan segera, (p) Pengendalian aset ICT hendaklah mematuhi dan merujuk kepada peraturan semasa yang berkuat kuasa, (q) Pengguna tidak dibenarkan memindahkan aset ICT dari lokasi asal tanpa kebenaran Ketua PTj atau memohon melalui sistem ICT Service Desk bagi perkakasan di Pusat Data, (r) Sebarang kerosakan aset ICT hendaklah dilaporkan kepada Pentadbir Sistem ICT untuk dibaik pulih, (s) Sebarang pelekat selain bagi tujuan rasmi tidak dibenarkan. Ini bagi menjamin peralatan tersebut sentiasa berkeadaan baik, (t) Pengguna dilarang sama sekali mengubah kata laluan bagi pentadbir (administrator password) untuk aset ICT guna sama yang telah ditetapkan oleh Pentadbir Sistem ICT, (u) Pengguna bertanggungjawab terhadap perkakasan, perisian dan maklumat di bawah jagaannya dan hendaklah digunakan sepenuhnya bagi urusan rasmi sahaja, (v) Pengguna hendaklah memastikan semua perkakasan komputer, pencetak dan pengimbas dalam keadaan OFF apabila meninggalkan pejabat; dan (w) Sebarang bentuk penyelewengan atau salah guna aset ICT hendaklah dilaporkan kepada ICTSO. Versi 5.0 28

050202 Media Storan Media storan merupakan peralatan elektronik yang digunakan untuk menyimpan data dan maklumat seperti dan tidak terhad kepada pita magnetik, optical disk, flash drive dan media storan lain. Media-media storan perlu dipastikan berada dalam keadaan yang baik, selamat, terjamin kerahsiaan, integriti dan keboleh sediaan untuk digunakan. Pengguna Pengguna hendaklah sentiasa memantau dan memastikan data dan maklumat yang disimpan terutamanya pada media storan berpusat tidak melebihi kuota yang ditetapkan. Pengguna bertanggungjawab untuk mengarkib, menghapus atau mengambil tindakan yang bersesuaian mengikut keutamaan data dan maklumat masing-masing. Pengguna hendaklah memahami dan mematuhi UNIMAS ICT Policy. Media storan yang mengandungi maklumat kritikal perlu mematuhi perkara-perkara seperti berikut: (a) Media storan hendaklah disimpan di ruang penyimpanan yang baik dan mempunyai ciri-ciri keselamatan bersesuaian dengan kandungan maklumat, (b) Akses untuk memasuki kawasan penyimpanan media storan hendaklah terhad kepada pengguna yang dibenarkan sahaja, (c) Semua media storan perlu dikawal bagi mencegah dari capaian yang tidak dibenarkan, kecurian dan kemusnahan, (d) Semua media storan yang mengandungi maklumat sulit Versi 5.0 29

(e) (f) (g) (h) (i) hendaklah disimpan di dalam peti keselamatan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan termasuk tahan dari dipecahkan, api dan air, Akses dan pergerakan media storan yang mengandungi maklumat sulit hendaklah direkod dan disahkan, Perkakasan backup hendaklah diletakkan di tempat yang terkawal, Mengadakan salinan atau penduaan (backup) pada media storan kedua bagi tujuan keselamatan dan bagi mengelakkan kehilangan data, Semua media storan data yang hendak dilupus mestilah dihapuskan dengan teratur dan selamat; dan Penghapusan maklumat atau kandungan media mestilah mendapat kelulusan pemilik maklumat terlebih dahulu. 050203 Media Perisian dan Aplikasi -perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: (a) Pengguna hendaklah memahami dan mematuhi UNIMAS ICT Policy, (b) Hanya perisian yang diperakui sahaja dibenarkan bagi kegunaan UNIMAS sepertimana dinyatakan pada UNIMAS ICT Policy, (c) Sistem aplikasi untuk kegunaan dalaman tidak dibenarkan didemonstrasi atau diagih kepada pihak lain kecuali dengan Pengguna Versi 5.0 30

kebenaran Pengurus ICT, (d) Lesen perisian (registration code, serials, CD-keys) perlu disimpan berasingan daripada CD-rom, disk atau media berkaitan bagi mengelakkan dari berlakunya kecurian atau cetak rompak; dan (e) Source code sesuatu sistem hendaklah disimpan dengan teratur dan sebarang pindaan mestilah mengikut prosedur yang ditetapkan. 050204 Penyelenggaraan Perkakasan Perkakasan hendaklah diselenggarakan dengan betul bagi memastikan kebolehsediaan, kerahsiaan dan integriti. -perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: (a) Semua perkakasan yang diselenggara hendaklah mematuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh pengeluar, (b) Memastikan perkakasan hanya boleh diselenggara oleh staf atau pihak yang dibenarkan sahaja, (c) Bertanggungjawab terhadap setiap perkakasan bagi penyelenggaraan perkakasan sama ada dalam tempoh jaminan atau telah tamat tempoh jaminan, (d) Menyemak dan menguji semua perkakasan sebelum dan selepas proses penyelenggaraan, (e) Memaklumkan pengguna sebelum melaksanakan Staf Pejabat Pembangunan, Pengurus ICT, Pentadbir Sistem dan Pihak Ketiga. Versi 5.0 31

penyelenggaraan mengikut jadual yang ditetapkan atau atas keperluan; dan (f) Semua penyelenggaraan mestilah mendapat kebenaran daripada Pengurus ICT. 050205 Peralatan di Luar Premis Perkakasan yang dibawa keluar dari premis UNIMAS adalah terdedah kepada pelbagai risiko. Semua -perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: (a) Peralatan perlu dilindungi dan dikawal sepanjang masa; dan (b) Penyimpanan atau penempatan peralatan mestilah mengambil kira ciri-ciri keselamatan yang bersesuaian. 050206 Pelupusan Perkakasan ICT Semua aset alih ICT sama ada harta modal atau inventori yang dibekalkan oleh UNIMAS dan ditempatkan di UNIMAS boleh dilupuskan berdasarkan justifikasi berikut: (a) Tidak ekonomi untuk diperbaiki, Pengguna Versi 5.0 32

(b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j) (k) Usang/ obsolete, Rosak dan tidak boleh digunakan, Luput tempoh penggunaan, Keupayaan aset tidak lagi di peringkat optimum, Tiada alat ganti, Ketiadaan pembekal, Disyor selepas pemeriksaan aset, Tidak lagi diperlukan oleh UNIMAS, Perubahan teknologi; atau Melebihi keperluan. Aset ICT yang hendak dilupuskan perlu melalui prosedur pelupusan semasa. Pelupusan perlu dilakukan secara terkawal dan lengkap supaya maklumat tidak terlepas dari kawalan UNIMAS. -perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: (a) Semua kandungan peralatan khususnya maklumat rahsia rasmi hendaklah dihapuskan terlebih dahulu sebelum pelupusan sama ada melalui shredding, grinding, degaussing atau pembakaran, (b) Sekiranya maklumat perlu disimpan, maka pengguna bolehlah membuat penduaan, (c) Aset ICT yang akan dilupuskan sebelum dipindah milik hendaklah dipastikan data-data dalam storan telah dihapuskan dengan cara yang selamat, (d) Pegawai Aset hendaklah mengenal pasti sama ada peralatan tertentu boleh dilupuskan atau sebaliknya, (e) Peralatan yang hendak dilupus hendaklah disimpan di tempat Versi 5.0 33

(f) (g) (h) yang telah dikhaskan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan bagi menjamin keselamatan peralatan tersebut, Pegawai Aset bertanggungjawab memohon untuk melupus serta merekodkan butir butir pelupusan menggunakan borang KEW.PA-17 (Rujuk Lampiran 7) dan seterusnya mengemaskini rekod pelupusan, Pelupusan aset ICT hendaklah dilakukan secara berpusat dan mengikut Tatacara Pengurusan Aset Alih UNIMAS; dan Pengguna adalah dilarang sama sekali daripada melakukan perkara-perkara seperti berikut: i. Menyimpan mana-mana aset ICT yang hendak dilupuskan untuk milik peribadi. Mencabut, menanggal dan menyimpan perkakasan tambahan dalaman CPU seperti RAM, hardisk, motherboard dan sebagainya, ii. Menyimpan dan memindahkan perkakasan luaran komputer seperti UPS, speaker dan mana-mana peralatan yang berkaitan ke mana-mana bahagian di UNIMAS, iii. Memindah keluar dari UNIMAS mana-mana aset ICT yang hendak dilupuskan, iv. Melupuskan sendiri aset ICT kerana kerja-kerja pelupusan di bawah tanggungjawab UNIMAS; dan v. Pengguna bertanggungjawab memastikan segala maklumat sulit dan rahsia di dalam komputer disalin pada media storan kedua seperti thumb drive sebelum menghapuskan maklumat tersebut daripada peralatan komputer yang hendak dilupuskan. Versi 5.0 34

0503 Keselamatan Persekitaran Objektif: Melindungi aset ICT UNIMAS dari sebarang bentuk ancaman persekitaran yang disebabkan oleh bencana alam, kesilapan, kecuaian atau kemalangan. 050301 Kawalan Persekitaran Bagi menghindarkan kerosakan dan gangguan terhadap premis dan aset ICT, semua cadangan berkaitan premis sama ada untuk memperoleh, menyewa, ubahsuai, pembelian hendaklah dirujuk terlebih dahulu kepada Pejabat Pembangunan. Pengguna (tidak termasuk Pelajar) Bagi menjamin keselamatan persekitaran, perkara-perkara berikut hendaklah dipatuhi: (a) Merancang dan menyediakan pelan keseluruhan susun atur pusat data (bilik percetakan, peralatan komputer dan ruang atur pejabat dan sebagainya) dengan teliti, (b) Semua ruang pejabat khususnya kawasan yang mempunyai kemudahan ICT hendaklah dilengkapi dengan perlindungan keselamatan yang mencukupi dan dibenarkan seperti alat pencegah kebakaran dan pintu kecemasan, (c) Peralatan perlindungan hendaklah dipasang di tempat yang bersesuaian, mudah dikenali dan dikendalikan, Versi 5.0 35

(d) Bahan mudah terbakar hendaklah disimpan di luar kawasan kemudahan penyimpanan aset ICT, (e) Semua bahan cecair hendaklah diletakkan di tempat yang bersesuaian dan berjauhan dari aset ICT, (f) Pengguna adalah dilarang merokok atau menggunakan peralatan memasak seperti cerek elektrik berhampiran aset ICT, (g) Semua peralatan perlindungan hendaklah disemak dan diuji sekurang-kurangnya satu (1) kali dalam setahun. Aktiviti dan keputusan ujian ini perlu direkodkan bagi memudahkan rujukan dan tindakan sekiranya perlu; dan (h) Akses kepada saluran riser hendaklah sentiasa dikunci. 050302 Bekalan Kuasa Bekalan kuasa merupakan punca kuasa elektrik yang dibekalkan kepada aset ICT. -perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: (a) Semua aset ICT hendaklah dilindungi dari kegagalan bekalan elektrik dan bekalan yang sesuai hendaklah disalurkan kepada aset ICT, (b) Peralatan sokongan seperti Uninterruptable Power Supply (UPS) atau penjana (generator) boleh digunakan bagi perkhidmatan kritikal seperti di bilik server dan bilik Staf Pejabat Pembangunan, ICTSO, Pengurus ICT dan Pentadbir Sistem. Versi 5.0 36

(c) perkakasan rangkaian supaya mendapat bekalan kuasa berterusan; dan Semua bekalan kuasa peralatan sokongan bagi perkhidmatan kritikal hendaklah diperiksa dan diuji sekurang-kurangnya satu (1) kali setahun. 050303 Kabel Data Kabel data hendaklah dilindungi kerana ia boleh menyebabkan maklumat menjadi terdedah. Langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil adalah seperti berikut: (a) Menggunakan kabel yang mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan, (b) Melindungi kabel daripada kerosakan yang disengajakan atau tidak disengajakan, (c) Melindungi laluan pemasangan kabel sepenuhnya bagi mengelakkan ancaman kerosakan dan wire tapping; dan (d) Semua kabel perlu dilabelkan dengan jelas dan mestilah melalui trunking bagi memastikan keselamatan kabel daripada kerosakan. ICTSO, Pengurus ICT dan Pentadbir Sistem Versi 5.0 37

050304 Prosedur Kecemasan -perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: (a) Setiap pengguna hendaklah membaca, memahami dan mematuhi prosedur kecemasan dengan merujuk kepada Panduan Kecemasan yang telah ditetapkan oleh BPA; dan (b) Kecemasan persekitaran seperti kebakaran hendaklah dilaporkan kepada Pegawai Keselamatan UNIMAS. Semua Pegawai OSHA dan 0504 Keselamatan Dokumen Objektif: Melindungi maklumat UNIMAS dari sebarang bentuk ancaman persekitaran yang disebabkan oleh bencana alam, kesilapan atau kecuaian. 050401 Dokumen -perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: (a) Setiap dokumen hendaklah difail dan dilabelkan mengikut klasifikasi keselamatan seperti Terbuka, Terhad, Sulit, Rahsia Pengguna yang bertanggung jawab dalam Versi 5.0 38

atau Rahsia Besar, (b) Pergerakan fail dan dokumen hendaklah direkodkan dan perlulah mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil 5/2007 Panduan Pengurusan Pejabat. (c) Kehilangan dan kerosakan ke atas semua jenis dokumen perlu dimaklumkan mengikut prosedur pada Arahan Keselamatan, (d) Pelupusan dokumen hendaklah mengikut prosedur keselamatan semasa seperti mana Arahan Keselamatan, Arahan Amalan (Jadual Pelupusan Rekod) dan Tatacara Jabatan Arkib Negara; dan (e) Menggunakan enkripsi (encryption) ke atas dokumen rahsia rasmi yang disediakan dan dihantar secara elektronik. menguruskan fail dan Pentadbir Sistem. Versi 5.0 39

BIDANG 06 PENGURUSAN OPERASI DAN KOMUNIKASI 0601 Pengurusan Prosedur Operasi Objektif: Memastikan pengurusan operasi berfungsi dengan betul dan selamat daripada sebarang ancaman dan gangguan. 060101 Pengendalian Prosedur -perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: (a) Semua prosedur pengurusan operasi yang diwujud, dikenal pasti dan diguna pakai hendaklah didokumen, disimpan dan dikawal, (b) Setiap prosedur mestilah mengandungi arahan-arahan yang jelas, teratur dan lengkap seperti keperluan kapasiti, pengendalian dan pemprosesan maklumat, pengendalian dan penghantaran ralat, pengendalian output, bantuan teknikal dan pemulihan sekiranya pemprosesan tergendala atau terhenti; dan Semua prosedur hendaklah dikemas kini dari semasa ke semasa atau mengikut keperluan. Semua (tidak termasuk Pelajar) Versi 5.0 40

060102 Kawalan Perubahan -perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: (a) Pengubahsuaian yang melibatkan perkakasan, sistem untuk pemprosesan maklumat, perisian, dan prosedur mestilah mendapat kebenaran daripada pegawai atasan atau Pentadbir Sistem ICT yang berkenaan terlebih dahulu, (b) Aktiviti-aktiviti seperti memasang, menyelenggara, menghapus dan mengemaskini mana-mana komponen sistem ICT hendaklah dikendalikan oleh pihak atau pegawai yang diberi kuasa dan mempunyai pengetahuan atau terlibat secara langsung dengan aset ICT berkenaan, (c) Semua aktiviti pengubahsuaian komponen sistem ICT hendaklah mematuhi spesifikasi perubahan yang telah ditetapkan; dan (d) Semua aktiviti perubahan atau pengubahsuaian hendaklah direkod dan dikawal bagi mengelakkan berlakunya ralat sama ada secara sengaja atau pun tidak. Semua (tidak termasuk Pelajar) 060103 Pengasingan Tugas dan -perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: Pengurus ICT Versi 5.0 41

(a) Skop tugas dan tanggungjawab perlu diasingkan bagi mengurangkan peluang berlaku penyalahgunaan atau pengubahsuaian yang tidak dibenarkan ke atas aset ICT, (b) Tugas mewujud, memadam, mengemas kini, mengubah dan mengesahkan data hendaklah diasingkan bagi mengelakkan daripada capaian yang tidak dibenarkan serta melindungi aset ICT daripada kesilapan, kebocoran maklumat terperingkat atau dimanipulasi; dan (c) Perkakasan yang digunakan bagi tugas membangun, mengemas kini, menyelenggara dan menguji aplikasi hendaklah diasingkan dari perkakasan yang digunakan sebagai production. dan ICTSO 0602 Pengurusan Penyampaian Perkhidmatan Pihak Ketiga Objektif: Memastikan pelaksanaan dan penyelenggaraan tahap keselamatan maklumat dan penyampaian perkhidmatan yang sesuai selaras dengan perjanjian perkhidmatan dengan pihak ketiga. 060201 Perkhidmatan Penyampaian -perkara yang mesti dipatuhi adalah seperti berikut: Semua (tidak Versi 5.0 42

(a) (b) (c) Memastikan kawalan keselamatan, definisi perkhidmatan dan tahap penyampaian yang terkandung dalam perjanjian dipatuhi, dilaksanakan dan diselenggarakan oleh pihak ketiga, Perkhidmatan, laporan dan rekod yang dikemukakan oleh pihak ketiga perlu dipantau, disemak semula dan disahkan; dan Pengurusan perubahan dasar perlu mengambil kira tahap kritikal sistem dan proses yang terlibat serta penilaian semula risiko. termasuk Pelajar) 0603 Perancangan dan Penerimaan Sistem Objektif: Meminimumkan risiko yang menyebabkan gangguan atau kegagalan sistem. 060301 Perancangan Kapasiti Kapasiti sesuatu komponen atau sistem ICT hendaklah dirancang, diurus dan dikawal dengan teliti oleh staf berkenaan bagi memastikan keperluannya adalah mencukupi dan bersesuaian untuk pembangunan dan kegunaan sistem ICT pada masa akan datang. Perancangan kapasiti adalah mengikut keselamatan berpandukan Pengurus Pentadbir Sistem, Ketiga ICTSO. ICT, Pihak dan Versi 5.0 43

Arahan Teknologi Maklumat MAMPU Disember 2007 bagi meminimumkan risiko seperti gangguan pada perkhidmatan dan kerugian akibat pengubahsuaian yang tidak dirancang. 060302 Penerimaan Sistem Semua sistem baharu (termasuklah sistem yang dikemas kini atau diubah suai) hendaklah memenuhi kriteria yang ditetapkan sebelum diterima atau dipersetujui. Pengurus ICT, Pentadbir Sistem, Pemilik Sistem, Pihak Ketiga dan ICTSO. 0604 Perisian Berbahaya Objektif: Melindungi integriti perisian dan maklumat dari pendedahan atau kerosakan yang disebabkan oleh perisian berbahaya seperti virus, trojan dan sebagainya. Versi 5.0 44

060401 Perlindungan dari Perisian Berbahaya -perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: (a) Memasang sistem keselamatan untuk mengesan perisian atau program berbahaya seperti antivirus dan Intrusion Prevention System (IPS) serta mengikut prosedur penggunaan yang betul dan selamat, (b) Pengecualian untuk item (a) adalah terpakai untuk server yang menggunakan OS yang kurang berisiko dengan virus atau server yang akan mengalami impak negatif kesan daripada installasi antivirus, (c) Memasang dan menggunakan hanya perisian yang tulen, berdaftar dan dilindungi di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa (rujuk UNIMAS ICT Policy), (d) Mengimbas semua perisian atau sistem dengan antivirus sebelum menggunakannya, (e) Mengimbas kandungan sistem bagi mengesan aktiviti yang tidak diingini seperti kehilangan dan kerosakan maklumat, (f) Memastikan konfigurasi antivirus yang dipasang membenarkan pengemaskinian pattern antivirus yang terkini, (g) Mana-mana peralatan ICT yang dijangkiti virus, spyware, malware, Trojan dan lain-lain program berbahaya, akan dihalang daripada capaian rangkaian, (h) Menghadiri sesi kesedaran mengenai ancaman perisian berbahaya dan cara mengendalikannya, Semua Versi 5.0 45

(i) (j) (k) Memasukkan klausa tanggungan di dalam kontrak yang telah ditawarkan kepada pembekal perisian. Klausa ini bertujuan untuk tuntutan baik pulih sekiranya perisian tersebut mengandungi program berbahaya, Mengadakan program dan prosedur jaminan kualiti ke atas semua aplikasi yang dibangunkan; dan Memberi hebahan mengenai ancaman keselamatan ICT seperti serangan virus. 060402 Perlindungan dari Mobile Code Penggunaan mobile code yang boleh mendatangkan ancaman keselamatan ICT adalah tidak dibenarkan. Semua 0605 Pengurusan Backup Objektif: Melindungi integriti maklumat agar boleh diakses pada bila-bila masa. 060501 Backup & Recovery Versi 5.0 46

Bagi memastikan sistem dapat dibangunkan semula setelah berlakunya bencana, backup hendaklah dilakukan setiap kali konfigurasi berubah. Semua -perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: (a) Membuat backup keselamatan ke atas semua sistem perisian dan aplikasi sekurang-kurangnya sekali atau setelah mendapat versi terbaru, (b) Membuat backup ke atas semua data dan maklumat mengikut keperluan operasi. Kekerapan backup bergantung pada tahap kritikal maklumat, (c) Menguji sistem backup dan prosedur restore sedia ada bagi memastikan ianya dapat berfungsi dengan sempurna, boleh dipercayai dan berkesan apabila digunakan khususnya pada waktu kecemasan, (d) Menyimpan backup mengikut tempoh-tempoh yang ditetapkan; dan (e) Merekod dan menyimpan salinan backup di lokasi yang berlainan dan selamat. 0606 Pengurusan Rangkaian Objektif: Melindungi maklumat dalam rangkaian dan infrastruktur sokongan. Versi 5.0 47

060601 Kawalan Infrastruktur rangkaian mestilah dikawal dan diuruskan sebaik mungkin demi melindungi ancaman kepada sistem dan aplikasi di dalam rangkaian. ICTSO, Pengurus ICT dan Pentadbir Sistem. -perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: (a) atau kerja-kerja operasi rangkaian hendaklah diasingkan dari tugasan yang lain untuk mengurangkan capaian dan pengubahsuaian yang tidak dibenarkan, (b) Peralatan rangkaian hendaklah diletakkan di lokasi yang mempunyai ciri-ciri fizikal yang kukuh dan mengurangkan daripada risiko bencana, (c) Capaian kepada peralatan rangkaian hendaklah dikawal dan terhad kepada pengguna yang dibenarkan sahaja, (d) Firewall hendaklah dipasang serta dikonfigurasi dan diselia oleh Pentadbir Sistem ICT, (e) Konfigurasi firewall sentiasa dikemas kini berdasarkan keperluan semasa dan salinan konfigurasi disimpan oleh Pentadbir Sistem Keselamatan ICT, (f) Semua trafik keluar dan masuk hendaklah melalui firewall di bawah kawalan UNIMAS, (g) Semua perisian sniffer, network analyser dan hacking adalah dilarang dipasang pada komputer pengguna kecuali mendapat kebenaran ICTSO, (h) Memasang perisian Intrusion Prevention System (IPS) bagi Versi 5.0 48

(i) (j) (k) mengesan sebarang cubaan menceroboh dan aktiviti-aktiviti lain yang boleh mengancam sistem dan maklumat UNIMAS, Memasang Web Content Filtering pada Internet Gateway untuk menyekat laman web dan aktiviti atas talian yang dilarang, Sebarang penyambungan rangkaian perlu merujuk kepada UNIMAS ICT Policy; dan Kemudahan bagi rangkaian tanpa wayar perlu dipastikan kawalan keselamatannya. 0607 Pengurusan Media Objektif: Melindungi media ICT dari sebarang pendedahan, pengubahsuaian, pemindahan atau pemusnahan serta gangguan ke atas aktiviti perkhidmatan. 060701 Penghantaran dan Pemindahan Penghantaran atau pemindahan media ke luar pejabat hendaklah mendapat kebenaran daripada pemilik media terlebih dahulu. Semua Versi 5.0 49

060702 Keselamatan Sistem Dokumentasi -perkara yang perlu dipatuhi dalam memastikan keselamatan sistem dokumentasi adalah seperti berikut: (a) Memastikan sistem penyimpanan dokumentasi mempunyai ciri-ciri keselamatan, (b) Menyedia dan memantapkan keselamatan sistem dokumentasi; dan (c) Mengawal dan merekodkan semua aktiviti capaian dokumentasi sulit sedia ada. Semua 0608 Pengurusan Pertukaran/Perkongsian Maklumat dan Perisian Objektif: Memastikan keselamatan pertukaran/ perkongsian maklumat dan perisian terjamin di dalam UNIMAS mahupun dengan agensi luar. 060801 Pertukaran/Perkongsian Maklumat dan Perisian -perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: (a) Dasar, prosedur dan kawalan pertukaran maklumat yang formal perlu diwujudkan untuk melindungi pertukaran Semua Versi 5.0 50

(b) (c) (d) maklumat melalui penggunaan pelbagai jenis kemudahan komunikasi, Perjanjian perlu diwujudkan untuk pertukaran maklumat dan perisian di antara UNIMAS dengan Pihak Ketiga, Media yang mengandungi maklumat perlu dilindungi daripada capaian yang tidak dibenarkan, penyalahgunaan atau kerosakan semasa pemindahan keluar dari UNIMAS; dan Maklumat yang terdapat dalam mel elektronik perlu dilindungi sebaik-baiknya. 060802 Pengurusan Mel Elektronik (E-mel) Penggunaan e-mel di UNIMAS hendaklah dipantau secara berterusan oleh Pentadbir Sistem untuk memenuhi keperluan etika penggunaan e-mel dan Internet yang terkandung dalam UNIMAS ICT Policy dan mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa. Semua 0609 Perkhidmatan E-Dagang (Electronic Commerce Services) Objektif: Mengawal sensitiviti aplikasi dan maklumat dalam perkhidmatan ini agar sebarang risiko seperti penyalahgunaan maklumat, kecurian maklumat serta pindaan yang tidak sah dapat dihalang. Versi 5.0 51

060901 E-Dagang Bagi menggalakkan pertumbuhan e-dagang serta sebagai menyokong hasrat kerajaan mempopularkan penyampaian perkhidmatan melalui elektronik, pengguna boleh menggunakan kemudahan Internet. Semua -perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: (a) Maklumat yang terlibat dalam e-dagang perlu dilindungi daripada aktiviti penipuan, pertikaian kontrak dan pendedahan serta pengubahsuaian yang tidak dibenarkan, (b) Maklumat yang terlibat dalam transaksi dalam talian (online) perlu dilindungi bagi mengelak penghantaran yang tidak lengkap, salah destinasi, pengubahsuaian, pendedahan, duplikasi atau pengulangan mesej yang tidak dibenarkan; dan (c) Integriti maklumat yang disediakan untuk sistem yang boleh dicapai oleh orang awam atau pihak lain yang berkepentingan hendaklah dilindungi untuk mencegah sebarang pindaan yang tidak diperakukan. 060902 Maklumat Umum Versi 5.0 52

-perkara yang perlu dipatuhi dalam memastikan keselamatan maklumat adalah seperti berikut: (a) Memastikan perisian, data dan maklumat dilindungi dengan mekanisme yang bersesuaian, (b) Memastikan sistem yang boleh diakses oleh orang awam diuji terlebih dahulu; dan (c) Memastikan segala maklumat yang hendak dipaparkan telah disah dan diluluskan sebelum dimuat naik ke laman web. Semua 0610 Pemantauan Objektif: Melaksanakan pemantauan ketersediaan perkhidmatan dan pengesanan aktiviti pemprosesan maklumat yang tidak dibenarkan 061001 Pemantauan Aktiviti ICT Pentadbir Sistem mestilah bertanggung jawab menyemak dan mengambil tindakan ke atas perkara-perkara berikut: (a) Sebarang percubaan pencerobohan kepada sistem ICT UNIMAS, (b) Serangan kod perosak (malicious code), halangan pemberian perkhidmatan (denial of service), spam, pemalsuan (forgery, Pengurus ICT dan Pentadbir Sistem Versi 5.0 53

(c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) phising), pencerobohan (intrusion), ancaman (threats) dan kehilangan fizikal (physical loss), Pengubahsuaian ciri-ciri perkakasan, perisian atau mana-mana komponen sesebuah sistem tanpa pengetahuan, arahan atau persetujuan mana-mana pihak, Aktiviti melayari, menyimpan atau mengedar bahan-bahan lucah, berunsur fitnah dan propaganda anti kerajaan, Aktiviti pewujudan perkhidmatan-perkhidmatan yang tidak dibenarkan, Aktiviti instalasi dan penggunaan perisian yang membebankan jalur lebar (bandwidth) rangkaian, Aktiviti penyalahgunaan akaun e-mel, Aktiviti penukaran alamat IP (IP address) selain daripada yang telah diperuntukkan tanpa kebenaran Pentadbir Sistem; dan Pemantauan ketersediaan perkhidmatan. 061002 Jejak Audit Setiap sistem mestilah mempunyai jejak audit (audit trail). Jejak audit merekod aktiviti-aktiviti yang berlaku dalam sistem secara kronologi bagi membenarkan pemeriksaan dan pembinaan semula dilakukan bagi susunan dan perubahan dalam sesuatu acara. Pengurus ICT dan Pentadbir Sistem Jejak audit hendaklah mengandungi maklumat-maklumat berikut: (a) Rekod setiap aktiviti transaksi, Versi 5.0 54

(b) (c) (d) Maklumat jejak audit mengandungi identiti pengguna, sumber yang digunakan, perubahan maklumat, tarikh dan masa aktiviti, rangkaian dan aplikasi yang digunakan, Aktiviti capaian pengguna ke atas sistem ICT sama ada secara sah atau sebaliknya; dan Maklumat aktiviti sistem yang tidak normal atau aktiviti yang tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan Pentadbir Sistem hendaklah menyemak catatan jejak audit dari semasa ke semasa dan menyediakan laporan jika perlu. Ini akan dapat membantu mengesan aktiviti yang tidak normal dengan lebih awal. Jejak audit juga perlu dilindungi dari kerosakan, kehilangan, penghapusan, pemalsuan dan pengubahsuaian yang tidak dibenarkan. 061003 Log Sistem Pentadbir Sistem hendaklah melaksanakan perkara-perkara berikut: (a) Mewujudkan log sistem bagi merekodkan aktiviti pentadbiran dan operator sistem kesalahan, kesilapan dan/atau penyalahgunaan (b) Menyimpan log untuk tempoh masa yang dipersetujui bagi membantu siasatan dan memantau kawalan capaian, (c) Waktu yang berkaitan dengan sistem pemprosesan maklumat dalam UNIMAS atau domain keselamatan perlu diselaraskan dengan satu sumber waktu yang dipersetujui; dan Pengurus ICT dan Pentadbir Sistem Versi 5.0 55

(d) Sistem merekod log dan maklumat log perlu dilindungi daripada diubahsuai atau capaian yang tidak dibenarkan, 061004 Pemantauan Log -perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: (a) Prosedur untuk memantau penggunaan kemudahan memproses maklumat perlu diwujud dan hasilnya perlu dipantau secara berkala; (b) Menyemak, memantau, menganalisa dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas sebarang penemuan, (c) Menyemak sistem log bagi mengesan ralat yang menyebabkan gangguan kepada sistem dan mengambil tindakan membaik pulih dengan segera; dan (d) Sekiranya wujud aktiviti-aktiviti lain yang tidak sah seperti kecurian maklumat dan pencerobohan, Pentadbir Sistem hendaklah melaporkan kepada UNIMAS-CERT UNIMAS-CERT, Pengurus ICT dan Pentadbir Sistem Versi 5.0 56

BIDANG 07 KAWALAN CAPAIAN 0701 Dasar Kawalan Capaian Objektif: Mengawal capaian ke atas maklumat. 070101 Keperluan Kawalan Capaian Capaian kepada proses dan maklumat hendaklah dikawal mengikut keperluan keselamatan dan fungsi kerja pengguna yang berbeza. Ia perlu direkodkan, dikemas kini dan menyokong dasar kawalan capaian pengguna sedia ada. Peraturan kawalan capaian hendaklah diwujudkan, didokumenkan dan dikaji semula berasaskan keperluan perkhidmatan dan keselamatan. Pengurus ICT, Pentadbir Sistem dan ICTSO -perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: (a) Kawalan capaian ke atas aset ICT mengikut keperluan keselamatan dan peranan pengguna, (b) Kawalan capaian ke atas perkhidmatan rangkaian dalaman dan luaran, (c) Keselamatan maklumat yang dicapai menggunakan kemudahan atau peralatan mudah alih; dan Versi 5.0 57

(d) Kawalan ke atas kemudahan pemprosesan maklumat. 0702 Pengurusan Capaian Pengguna Objektif: Mengawal capaian pengguna ke atas aset ICT UNIMAS. 070201 Akaun Pengguna Setiap pengguna bertanggungjawab ke atas capaian kepada sistem/aplikasi/aset ICT. Langkah-langkah berikut perlu dipatuhi bagi membolehkan aktiviti pengguna dijejaki:- (a) Pengguna hanya dibenarkan menggunakan akaun yang diberikan oleh UNIMAS, (b) Akaun pengguna mestilah unik, tidak boleh dikongsi dan menggambarkan identiti pengguna. i) Pengenalan identiti pengguna untuk staf hendaklah terdiri daripada ID e-mel. ii) Pengenalan identiti pengguna untuk pelajar hendaklah menggunakan nombor matrik. Semua dan Pentadbir Sistem (c) UNIMAS berhak menarik balik segala hak capaian pada bilabila masa tanpa makluman awal. Versi 5.0 58

(d) (e) Kebenaran daripada Pemilik Sistem adalah WAJIB bagi pengguna yang memerlukan hak untuk create, update dan delete data. Pentadbir Sistem ICT mempunyai hak untuk menggantung atau menamatkan akaun pengguna atas sebab berikut, setelah menerima arahan dari pihak Pengurusan UNIMAS: i) Perubahan bidang tugas yang tidak lagi memerlukan hak capaian kepada sistem ii) Bersara iii) Tamat Perkhidmatan/Pengajian iv) Dikenakan tindakan tatatertib 070202 Hak Capaian Penetapan dan penggunaan ke atas hak capaian perlu diberi kawalan dan penyeliaan berdasarkan keperluan skop tugas. Pengurus ICT, Pentadbir Sistem, Pemilik Sistem dan ICTSO 070203 Pengurusan Kata Laluan Versi 5.0 59

Pemilihan, penggunaan dan pengurusan kata laluan sebagai laluan utama bagi mencapai maklumat dan data dalam sistem mestilah mematuhi amalan terbaik serta prosedur yang ditetapkan oleh UNIMAS seperti berikut: Semua dan Pentadbir Sistem (a) Dalam apa jua keadaan dan sebab, kata laluan hendaklah dilindungi dan tidak boleh dikongsi dengan sesiapa pun, (b) Pengguna hendaklah menukar kata laluan apabila disyaki berlakunya kebocoran kata laluan atau dikompromi, (c) Panjang kata laluan hendaklah sekurang-kurangnya lapan (8) aksara dengan gabungan abjad dan angka, (d) Kata laluan hendaklah diingat dan tidak didedahkan dengan apa cara sekalipun, (e) Kata laluan windows dan screen saver hendaklah diaktifkan terutamanya pada komputer yang terletak di ruang guna sama, (f) Kata laluan hendaklah tidak dipaparkan semasa input, dalam laporan atau media lain dan tidak boleh dikodkan (hard code) di dalam program, (g) Kuatkuasakan pertukaran kata laluan semasa login kali pertama atau selepas login kali pertama atau selepas kata laluan diset semula, (h) Kata laluan hendaklah berlainan daripada pengenalan identiti pengguna; dan (i) Tentukan had masa pengesahan mengikut kesesuaian sistem dan selepas had itu, sesi ditamatkan. 070204 Clear Desk dan Clear Screen Versi 5.0 60

Semua maklumat dalam apa jua bentuk media hendaklah disimpan dengan teratur dan selamat bagi mengelakkan kerosakan, kecurian atau kehilangan. Semua Clear Desk dan Clear Screen bermaksud tidak meninggalkan bahanbahan yang sensitif terdedah sama ada atas meja pengguna atau di paparan skrin apabila pengguna tidak berada di tempatnya. -perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: (a) Menggunakan kemudahan password screen saver atau logout apabila meninggalkan komputer, (b) Menyimpan bahan-bahan sensitif di dalam laci atau kabinet fail yang berkunci; dan (c) Memastikan semua dokumen diambil segera dari pencetak, pengimbas, mesin faks dan mesin fotostat. 0703 Kawalan Capaian Rangkaian Objektif: Menghalang capaian tidak sah dan tanpa kebenaran ke atas perkhidmatan rangkaian. 070301 Capaian Rangkaian Versi 5.0 61

Kawalan capaian perkhidmatan rangkaian hendaklah dijamin selamat dengan: (a) Memastikan pengguna membuat capaian pada sistem yang dibenarkan sahaja, (b) Mewujudkan dan menguatkuasakan mekanisme untuk pengesahan pengguna dan peralatan yang menepati kesesuaian penggunaannya; dan (c) Memantau dan menguatkuasakan kawalan capaian pengguna terhadap perkhidmatan rangkaian ICT. (d) UNIMAS mempunyai hak untuk memantau capaian elektronik sistem maklumat dalam semua aspek bagi mengelakkan sebarang kegagalan terhadap pematuhan polisi/peraturan UNIMAS. Pengurus Pentadbir Sistem dan ICTSO ICT, 070302 Capaian Internet -perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: (a) Penggunaan Internet di UNIMAS hendaklah dipantau secara berterusan oleh Pentadbir Rangkaian bagi memastikan penggunaannya untuk tujuan capaian yang dibenarkan sahaja. Kewaspadaan ini akan dapat melindungi daripada kemasukan malicious code, virus dan bahan-bahan yang tidak sepatutnya kedalam rangkaian UNIMAS, Pengurus Pentadbir Sistem dan ICTSO ICT, Versi 5.0 62

(b) Kaedah Content Filtering mestilah digunakan bagi mengawal akses Internet mengikut fungsi kerja dan pemantauan tahap pematuhan, (c) Penggunaan teknologi (packet shaper) untuk mengawal aktiviti (video conferencing, video streaming, chat, downloading) adalah perlu bagi menguruskan penggunaan jalur lebar (bandwidth) yang maksimum dan lebih berkesan, (d) Penggunaan Internet hanyalah untuk kegunaan rasmi sahaja, (e) Laman yang dilayari hendaklah hanya yang berkaitan dengan bidang kerja dan terhad untuk tujuan yang dibenarkan oleh Ketua PTj/ staf yang diberi kuasa, (f) Bahan yang diperoleh dari Internet hendaklah ditentukan ketepatan dan kesahihannya. Sebagai amalan terbaik, rujukan sumber Internet hendaklah dinyatakan, (g) Bahan rasmi hendaklah disemak dan mendapat pengesahan daripada Ketua PTj sebelum dimuat naik ke Internet, (h) Pengguna hanya dibenarkan memuat turun bahan yang sah seperti perisian yang berdaftar dan di bawah hak cipta terpelihara, (i) Sebarang bahan yang dimuat turun dari Internet hendaklah digunakan untuk tujuan yang dibenarkan oleh UNIMAS; (j) Penggunaan switch/unauthorized devices untuk tujuan sambungan ke Internet tidak dibenarkan sama sekali. Rujuk UNIMAS ICT Policy; dan (k) Pengguna adalah dilarang melakukan aktiviti-aktiviti seperti berikut: i. Memuat naik/ turun, menyimpan dan menggunakan perisian tidak berlesen dan sebarang aplikasi seperti Versi 5.0 63

permainan elektronik, video, lagu yang boleh menjejaskan tahap capaian internet; dan ii. Menyedia, memuat naik/ turun dan menyimpan material, teks ucapan atau bahan-bahan yang mengandungi unsur-unsur lucah. 0704 Kawalan Capaian Sistem Pengoperasian Objektif: Menghalang capaian tidak sah dan tanpa kebenaran ke atas sistem pengoperasian. 070401 Capaian Sistem Pengoperasian Kawalan capaian sistem pengoperasian perlu bagi mengelakkan sebarang capaian yang tidak dibenarkan. Kemudahan keselamatan dalam sistem operasi perlu digunakan untuk menghalang capaian ke sumber sistem komputer. Pengurus Pentadbir Sistem dan ICTSO ICT, Kemudahan ini juga perlu bagi: (a) Mengenal pasti identiti, terminal atau lokasi bagi setiap pengguna yang dibenarkan; dan (b) Merekodkan capaian yang berjaya dan gagal. Versi 5.0 64

Kaedah-kaedah yang digunakan hendaklah mampu menyokong perkara-perkara berikut: (a) Mengesahkan pengguna yang dibenarkan, (b) Mewujudkan jejak audit ke atas semua capaian sistem pengoperasian terutama pengguna bertaraf super user; dan (c) Menjana amaran (alert) sekiranya berlaku perlanggaran ke atas peraturan keselamatan sistem. -perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: (a) Mengawal capaian ke atas sistem pengoperasian menggunakan prosedur logon yang terjamin, (b) Mewujudkan satu pengenalan diri (ID) yang unik untuk setiap pengguna dan hanya digunakan oleh pengguna berkenaan sahaja, (c) Menghadkan dan mengawal dengan rapi penggunaan utiliti atau program yang boleh memberi ancaman kepada sistem dan aplikasi; dan (d) Menghadkan tempoh sambungan ke sesebuah aplikasi berisiko tinggi. 0705 Kawalan Capaian Aplikasi dan Maklumat Versi 5.0 65

Objektif: Menghalang capaian tidak sah dan tanpa kebenaran ke atas maklumat yang terdapat di dalam sistem aplikasi 070501 Capaian Aplikasi dan Maklumat Bertujuan melindungi sistem aplikasi dan maklumat sedia ada dari sebarang bentuk capaian yang tidak dibenarkan yang boleh menyebabkan kerosakan. Bagi memastikan kawalan capaian sistem dan aplikasi adalah kukuh, perkara-perkara berikut hendaklah dipatuhi: (a) Pengguna hanya boleh menggunakan sistem maklumat dan aplikasi yang dibenarkan mengikut tahap capaian dan keselamatan maklumat yang telah ditentukan, (b) Setiap aktiviti capaian sistem maklumat dan aplikasi pengguna hendaklah direkodkan (system log), (c) Menghadkan capaian sistem dan aplikasi kepada tiga (3) kali percubaan. Sekiranya gagal, akaun atau kata laluan pengguna akan disekat, (d) Memastikan kawalan sistem rangkaian adalah kukuh dan lengkap dengan ciri-ciri keselamatan bagi mengelakkan aktiviti atau capaian yang tidak sah; dan Pengurus ICT, Pemilik Sistem, Pentadbir Sistem dan ICTSO Versi 5.0 66

(e) Capaian sistem maklumat dan aplikasi melalui jarak jauh adalah terhad kepada perkhidmatan yang dibenarkan sahaja. 0706 Peralatan Mudah Alih dan Kerja di Luar Pejabat Objektif: Memastikan keselamatan maklumat semasa menggunakan peralatan mudah alih dan kemudahan kerja di luar pejabat. 070601 Peralatan Mudah Alih Bagi memastikan maklumat yang disimpan di dalam peralatan mudah alih dikawal dan dilindungi dengan rapi, perkara yang perlu dipatuhi termasuk yang berikut: (a) Peralatan mudah alih mesti disimpan di persekitaran yang selamat seperti ditempatkan di kabinet berkunci. (b) Peralatan mudah alih mesti berada pada kawalan visual pada setiap masa, terutamanya semasa berada di luar pejabat. (c) Semasa berada di kawasan umum atau gunasama, akses kepada data sulit hendaklah dihadkan. Sekiranya masih ada keperluan untuk berbuat demikian, maka langkah-langkah keselamatan, hendaklah diambil supaya data tersebut tidak boleh dilihat oleh pihak yang tidak berkenaan. Semua Versi 5.0 67

(d) (e) (f) (g) Peralatan mudah alih hendaklah dilengkapkan dengan sistem pengoperasian dan perisian antivirus yang telah diselenggarakan dengan baik. Data sulit tidak dibenarkan untuk disimpan di dalam peralatan mudah alih. Namun dalam keadaan di mana tiada alternatif untuk penyimpanan data tersebut ke media storan berpusat, data sulit pada peralatan mudah alih mesti dilindungi melalui kaedah data encryption atau personal firewall. Apabila data sulit tidak lagi perlu disimpan pada peralatan mudah alih, maka data tersebut hendaklah dihapuskan. Proses backup perlu dilaksanakan bagi menjamin keselamatan data. 070602 Prosedur Kerja di Luar Pejabat yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: (a) Pihak ketiga hendaklah membuat permohonan rasmi secara bertulis untuk capaian kepada rangkaian dalaman UNIMAS kepada pegawai yang bertanggungjawab terhadap aset ICT tersebut. (b) Permohonan pihak ketiga tertakluk kepada kelulusan pegawai yang bertanggungjawab. (c) Staf dibenarkan untuk membuat capaian kepada rangkaian dalaman UNIMAS, tertakluk kepada aset di bawah kawalan pegawai tersebut. Semua (tidak termasuk Pelajar) Versi 5.0 68

(d) Pengguna hendaklah mematuhi 070601 Peralatan Mudah Alih. Versi 5.0 69

BIDANG 08 PEROLEHAN, PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN SISTEM 0801 Keselamatan Dalam Membangunkan Sistem dan Aplikasi Objektif: Memastikan sistem yang dibangunkan mempunyai ciri-ciri keselamatan ICT yang bersesuaian. 080101 Keperluan Keselamatan Sistem Maklumat -perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: (a) Perolehan, pembangunan, penambah baikan dan penyelenggaraan sistem hendaklah mengambil kira kawalan keselamatan bagi memastikan tidak wujudnya sebarang ralat yang boleh mengganggu pemprosesan dan ketepatan maklumat, (b) Ujian keselamatan hendaklah dijalankan ke atas; i) sistem input untuk menyemak pengesahan dan integriti data yang dimasukkan, ii) sistem pemprosesan untuk menentukan sama ada program berjalan dengan betul dan sempurna dan; iii) sistem output untuk memastikan data yang telah Pengurus ICT, Pemilik Sistem, Pentadbir Sistem dan ICTSO Versi 5.0 70

(c) (d) diproses adalah tepat, Aplikasi perlu mengandungi semakan pengesahan (validation) untuk mengelakkan sebarang kerosakan maklumat akibat kesilapan pemprosesan atau perlakuan yang disengajakan; dan Semua sistem yang dibangunkan sama ada secara dalaman atau sebaliknya hendaklah diuji terlebih dahulu bagi memastikan sistem berkenaan memenuhi keperluan keselamatan yang telah ditetapkan sebelum digunakan. 080102 Pengesahan Data Input dan Output -perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: (a) Data input bagi aplikasi perlu disahkan bagi memastikan data yang dimasukkan betul dan bersesuaian; dan (b) Data output daripada aplikasi perlu disahkan bagi memastikan maklumat yang dihasilkan adalah tepat. Pengurus ICT, Pemilik Sistem dan Pentadbir Sistem 0802 Kawalan Kriptografi Objektif: Melindungi kerahsiaan, integriti dan kesahihan maklumat melalui kawalan kriptografi. Versi 5.0 71

080201 Enkripsi Pengguna hendaklah membuat enkripsi (encryption) ke atas maklumat rahsia rasmi pada setiap masa. Semua 080202 Pengurusan Infrastruktur Kunci Awam (PKI) Pengurusan ke atas PKI hendaklah dilakukan dengan berkesan dan selamat bagi melindungi kunci berkenaan dari diubah, dimusnah dan didedahkan sepanjang tempoh sah kunci tersebut. Pengurus ICT, Pentadbir Sistem dan ICTSO. 0803 Keselamatan Sistem Fail Objektif: Memastikan supaya sistem fail dikawal dan dikendalikan dengan baik dan selamat. 080301 Kawalan Sistem Fail Versi 5.0 72

-perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: (a) Proses pengemas kinian sistem fail hanya boleh dilakukan oleh Pentadbir Sistem atau staf yang berkenaan dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan, (b) Kod atau atur cara sistem yang telah dikemaskini hanya boleh dilaksanakan atau digunakan selepas diuji, (c) Mengawal capaian ke atas kod atau aturcara program bagi mengelakkan kerosakan pengubahsuaian tanpa kebenaran, penghapusan dan kecurian, (d) Data ujian perlu dipilih dengan berhati-hati, dilindungi dan dikawal; dan (e) Mengaktifkan audit log bagi merekodkan semua aktiviti pengemaskinian untuk tujuan statistik, pemulihan dan keselamatan. Pengurus ICT dan Pentadbir Sistem. 0804 Keselamatan Dalam Proses Pembangunan dan Sokongan Objektif: Menjaga dan menjamin keselamatan sistem maklumat dan aplikasi. 080401 Prosedur Kawalan Perubahan Versi 5.0 73

(a) (b) (c) (d) (e) Perubahan atau pengubahsuaian ke atas sistem maklumat dan aplikasi hendaklah dikawal, diuji, direkodkan dan disahkan sebelum digunapakai, Aplikasi kritikal perlu dikaji semula dan diuji apabila terdapat perubahan kepada sistem pengoperasian untuk memastikan tiada kesan yang buruk terhadap operasi dan keselamatan agensi. Individu atau suatu kumpulan tertentu perlu bertanggungjawab memantau penambahbaikan dan pembetulan yang dilakukan oleh pembekal, Mengawal perubahan dan/atau pindaan ke atas pakej perisian dan memastikan sebarang perubahan adalah terhad mengikut keperluan sahaja; dan Akses kepada kod sumber (source code) aplikasi dihadkan kepada pengguna yang diizinkan. Menghalang sebarang peluang untuk membocorkan maklumat. Pengurus ICT, Pemilik Sistem dan Pentadbir Sistem 080402 Pembangunan Perisian Secara Outsource Pembangunan perisian secara outsource perlu diselia dan dipantau. Kod sumber (source code) bagi semua aplikasi dan perisian adalah menjadi hak milik UNIMAS tertakluk kepada kontrak perjanjian. Pihak Ketiga, CTO, ICTSO, Pengurus ICT, Pentadbir Sistem dan Pemilik Sistem. Versi 5.0 74

0805 Kawalan Teknikal Keterdedahan (Vulnerability) Objektif: Memastikan kawalan teknikal keterdedahan adalah berkesan dan sistematik dengan mengambil langkah-langkah yang bersesuaian untuk menjamin keberkesanannya. 080501 Kawalan dari Ancaman Teknikal Kawalan teknikal keterdedahan ini perlu dilaksanakan ke atas sistem pengoperasian dan sistem aplikasi yang digunakan. yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: (a) Memperoleh maklumat teknikal keterdedahan yang tepat pada masanya ke atas sistem maklumat yang digunakan, (b) Menilai tahap pendedahan bagi mengenalpasti tahap risiko yang bakal dihadapi; dan (c) Mengambil langkah-langkah kawalan untuk mengatasi risiko berkaitan. Pengurus ICT, Pentadbir Sistem dan ICTSO Versi 5.0 75

BIDANG 09 PENGURUSAN PENGENDALIAN INSIDEN KESELAMATAN MAKLUMAT 0901 Mekanisme Pelaporan Insiden Keselamatan Maklumat Objektif: Memastikan insiden dikendalikan dengan cepat dan berkesan bagi meminimumkan kesan insiden keselamatan maklumat. 090101 Mekanisme Pelaporan Insiden keselamatan maklumat bermaksud musibah (adverse event) yang berlaku ke atas maklumat atau ancaman kemungkinan berlaku kejadian tersebut. Ia mungkin suatu perbuatan yang melanggar dasar keselamatan maklumat yang telah ditetapkan. Semua Insiden keselamatan maklumat yang melibatkan ICT seperti (a) hingga (e) hendaklah dilaporkan kepada ICTSO dan UNIMAS-CERT, manakala insiden keselamatan maklumat yang tidak melibatkan ICT seperti (a) hingga (b) hendaklah dilaporkan kepada BPA, dengan kadar segera: (a) Maklumat didapati hilang, didedahkan kepada pihak-pihak Versi 5.0 76

(b) (c) (d) (e) yang tidak diberi kuasa atau, disyaki hilang atau didedahkan kepada pihak-pihak yang tidak diberi kuasa, Berlaku percubaan menceroboh, penyelewengan dan insideninsiden yang tidak dijangka, Sistem maklumat digunakan tanpa kebenaran atau disyaki sedemikian, Kata laluan atau mekanisme kawalan akses hilang, dicuri atau didedahkan, atau disyaki hilang, dicuri atau didedahkan; dan Berlaku kejadian sistem yang luar biasa seperti kehilangan fail, sistem kerap kali gagal dan komunikasi tersalah hantar. Prosedur pelaporan insiden keselamatan maklumat di UNIMAS adalah berdasarkan: (a) Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2001 - Mekanisme Pelaporan Insiden Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2006 Pengurusan Pengendalian Insiden Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Sektor Awam, bagi maklumat ICT, (b) Bab F: Kehilangan dan Hapus Kira (Tatacara Pengurusan Aset Alih UNIMAS), bagi maklumat yang tidak melibatkan ICT; atau (c) SOP 1/18 Pencerobohan, Unit Keselamatan, BPAK (Rujuk Lampiran 2). 0902 Pengurusan Maklumat Insiden Keselamatan Maklumat Objektif: Memastikan pendekatan yang konsisten dan efektif digunakan dalam pengurusan Versi 5.0 77

maklumat insiden keselamatan maklumat. 090201 Prosedur Pengurusan Maklumat Insiden Keselamatan Maklumat mengenai insiden keselamatan yang dikendalikan perlu disimpan dan dianalisis bagi tujuan perancangan, tindakan pengukuhan dan pembelajaran bagi mengawal kekerapan, kerosakan dan kos kejadian insiden yang akan datang. Maklumat ini juga digunakan untuk mengenal pasti insiden yang kerap berlaku atau yang memberi kesan serta impak yang tinggi kepada UNIMAS. Semua dan UNIMAS-CERT Bahan-bahan bukti berkaitan insiden keselamatan maklumat hendaklah disimpan dan diselenggarakan. Kawalan-kawalan yang perlu diambil kira dalam pengumpulan maklumat dan pengurusan pengendalian insiden adalah seperti berikut: (a) Menyimpan jejak audit, backup secara berkala dan melindungi integriti semua bahan bukti, (b) Menyalin bahan bukti dan merekodkan semua maklumat aktiviti penyalinan, (c) Menyediakan pelan kontingensi dan mengaktifkan pelan kesinambungan perkhidmatan, (d) Menyediakan tindakan pemulihan segera; dan (e) Memaklumkan atau mendapatkan nasihat pihak berkuasa perundangan sekiranya perlu. Versi 5.0 78

BIDANG 10 PENGURUSAN KESINAMBUNGAN PERKHIDMATAN 1001 Dasar Kesinambungan Perkhidmatan Objektif: Menjamin operasi perkhidmatan agar tidak tergendala dan penyampaian perkhidmatan yang berterusan kepada pelanggan. 100101 Pelan Kesinambungan Perkhidmatan Pelan Kesinambungan Perkhidmatan (Business Continuity Management - BCM) akan dibangunkan untuk menentukan pendekatan yang menyeluruh diambil bagi mengekalkan kesinambungan perkhidmatan. JSKU Ini bertujuan memastikan tiada gangguan kepada proses-proses dalam penyediaan perkhidmatan organisasi. Pelan ini mestilah diluluskan oleh JSKU. -perkara berikut perlu diberi perhatian: (a) Mengenal pasti semua tanggungjawab dan prosedur kecemasan atau pemulihan, (b) Mengenal pasti peristiwa yang boleh mengakibatkan gangguan terhadap proses bisnes bersama dengan kemungkinan dan Versi 5.0 79

impak gangguan tersebut serta akibat terhadap keselamatan ICT, (c) Melaksanakan prosedur-prosedur kecemasan bagi membolehkan pemulihan dapat dilakukan secepat mungkin atau dalam jangka masa yang telah ditetapkan, (d) Mendokumentasikan proses dan prosedur yang telah dipersetujui, (e) Mengadakan program latihan kepada pengguna mengenai prosedur kecemasan, (f) Membuat backup; dan (g) Menguji dan mengemas kini pelan sekurang-kurangnya setahun sekali. Pelan BCM mengandungi perkara-perkara berikut: (a) Senarai aktiviti teras yang dianggap kritikal mengikut susunan keutamaan, (b) Senarai staf UNIMAS dan pembekal berserta nombor yang boleh dihubungi (faks, telefon dan e-mel). Senarai kedua juga hendaklah disediakan sebagai menggantikan staf tidak dapat hadir untuk menangani insiden, (c) Senarai lengkap maklumat yang memerlukan backup dan lokasi sebenar penyimpanannya serta arahan pemulihan maklumat dan kemudahan yang berkaitan, (d) Alternatif sumber pemprosesan dan lokasi untuk menggantikan sumber yang telah lumpuh; dan (e) Perjanjian dengan pembekal perkhidmatan untuk mendapatkan keutamaan penyambungan semula perkhidmatan di mana boleh. Versi 5.0 80

Salinan pelan BCM perlu disimpan di lokasi berasingan untuk mengelakkan kerosakan akibat bencana di lokasi utama. Pelan BCM hendaklah diuji sekurang-kurangnya sekali setahun atau apabila terdapat perubahan dalam persekitaran atau fungsi bisnes untuk memastikan ia sentiasa kekal berkesan. Penilaian secara berkala hendaklah dilaksanakan untuk memastikan pelan tersebut bersesuaian dan memenuhi tujuan dibangunkan. Ujian pelan BCM hendaklah dijadualkan untuk memastikan semua ahli dalam pemulihan dan staf yang terlibat mengetahui mengenai pelan tersebut, tanggungjawab dan peranan mereka apabila pelan dilaksanakan. Salinan pelan BCM sentiasa dikemas kini dan dilindungi seperti di lokasi utama. Versi 5.0 81

BIDANG 11 PEMATUHAN 1101 Pematuhan dan Keperluan Perundangan Objektif: Meningkatkan tahap keselamatan ICT bagi mengelak dari pelanggaran kepada DKICT UNIMAS. 110101 Pematuhan Dasar Setiap pengguna di UNIMAS hendaklah membaca, memahami dan mematuhi DKICT UNIMAS dan undang-undang atau peraturanperaturan lain yang berkaitan yang berkuatkuasa. Semua Semua aset ICT di UNIMAS termasuk maklumat yang disimpan di dalamnya adalah hak milik UNIMAS. Staf yang diberi kuasa berhak untuk memantau aktiviti pengguna untuk mengesan penggunaan selain dari tujuan yang telah ditetapkan. Sebarang penggunaan aset ICT UNIMAS selain daripada maksud dan tujuan yang telah ditetapkan, adalah merupakan satu penyalahgunaan sumber UNIMAS. Versi 5.0 82

110102 Pematuhan dengan Dasar, Piawaian dan Keperluan Teknikal ICTSO hendaklah memastikan semua prosedur keselamatan dalam bidang tugas masing-masing mematuhi dasar, piawaian dan keperluan teknikal. ICTSO Sistem maklumat perlu diperiksa secara berkala bagi mematuhi standard pelaksanaan keselamatan ICT. 110103 Pematuhan Keperluan Audit Pematuhan kepada keperluan audit perlu bagi meminimumkan ancaman dan memaksimumkan keberkesanan dalam proses audit sistem maklumat. Keperluan audit dan sebarang aktiviti pemeriksaan ke atas sistem operasi perlu dirancang dan dipersetujui bagi mengurangkan kebarangkalian berlaku gangguan dalam penyediaan perkhidmatan. Capaian ke atas peralatan audit sistem maklumat perlu dijaga dan diselia bagi mengelakkan berlaku penyalahgunaan. Semua Versi 5.0 83

110104 Keperluan Perundangan Berikut adalah keperluan perundangan atau peraturan-peraturan lain berkaitan yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna di UNIMAS: (a) Arahan Keselamatan, (b) Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2000 Rangka Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kerajaan, (c) Malaysian Public Sector Management of Information and Communications Technology Security Handbook (MyMIS) 2002; (d) Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2001 Mekanisme Pelaporan Insiden Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), (e) Surat Pekeliling Am Bilangan 6 Tahun 2005 Garis Panduan Penilaian Risiko Keselamatan Maklumat Sektor Awam, (f) Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2006 Pengurusan Pengendalian Insiden Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) SektorAwam, (g) Surat Arahan Ketua Setiausaha Negara - Langkah-Langkah Untuk Memperkukuhkan Keselamatan Rangkaian Setempat Tanpa Wayar (Wireless Local Area Network) di Agensi-Agensi Kerajaan yang bertarikh 20 Oktober 2006, (h) Surat Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 2000 Peranan Jawatankuasa-jawatankuasa di Bawah Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK), (i) Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.2/1995 (Tambahan Semua Versi 5.0 84

Pertama) Tatacara Penyediaan, Penilaian dan Penerimaan Tender, (j) Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3/1995 Peraturan Perolehan Perkhidmatan Perundingan, (k) Akta Tandatangan Digital 1997, (l) Akta Rahsia Rasmi 1972, (m) Akta Jenayah Komputer 1997, (n) Akta Hak Cipta (Pindaan) Tahun 1997, (o) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, (p) Perintah-Perintah Am, (q) Arahan Perbendaharaan, (r) Arahan Teknologi Maklumat 2007; dan (s) UNIMAS ICT Policy. 110105 Pelanggaran Dasar Pelanggaran Dasar Keselamatan ICT (DKICT) UNIMAS dan UNIMAS ICT Policy, boleh dikenakan tindakan tatatertib. Semua Versi 5.0 85

Antivirus Aset ICT Backup Bandwidth SQC BPA BPPA CIO CTO Denial Services Downloading Encryption Firewall Forgery UNIMAS-CERT Hard Disk GLOSARI Perisian yang mengimbas virus pada media storan seperti disket, cakera padat, pita magnetik, optical disk, flash disk, CDROM, thumb drive untuk sebarang kemungkinan adanya virus. Peralatan ICT termasuk perkakasan, perisian, perkhidmatan, data atau maklumat dan manusia. Proses penduaan sesuatu dokumen atau maklumat. Lebar Jalur Ukuran atau jumlah data yang boleh dipindahkan melalui kawalan komunikasi (contoh di antara cakera keras dan komputer) dalam jangka masa yang ditetapkan. Strategic Planning and Quality Management Centre Bahagian Pentadbiran Am Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Aset UNIMAS Chief Information Officer Ketua Pegawai Maklumat yang bertanggungjawab sebagai peneraju perubahan, pelaksanaan dasar, pembudayaan dan inovasi ICT bagi menyokong arah tuju sesebuah organisasi. Chief Technology Officer Ketua Pegawai Teknologi (CTO) ialah Pengarah CITDS yang bertanggungjawab dalam mengurus keperluan ICT UNIMAS. Halangan pemberian perkhidmatan. Aktiviti muat-turun sesuatu perisian. Enkripsi ialah satu proses penyulitan data oleh pengirim supaya tidak difahami oleh orang lain kecuali penerima yang sah. Sistem yang direka bentuk untuk menghalang capaian pengguna yang tidak berkenaan kepada atau daripada rangkaian dalaman. Terdapat dalam bentuk perkakasan atau perisian atau kombinasi kedua-duanya. Pemalsuan dan penyamaran identiti yang banyak dilakukan dalam penghantaran mesej melalui e-mel termasuk penyalahgunaan dan pencurian identiti, pencurian maklumat (information theft/espionage), penipuan (hoaxes). UNIMAS Computer Emergency Response Team atau Pasukan Tindak Balas Insiden Keselamatan ICT UNIMAS. Organisasi yang ditubuhkan untuk membantu agensi mengurus pengendalian insiden keselamatan ICT di agensi masing-masing dan agensi dibawah kawalannya. Cakera keras. Digunakan untuk menyimpan data dan boleh di akses lebih pantas. Versi 5.0 86

Hub ICT ICTSO Internet Internet Gateway Intrusion Detection System (IDS) Intrusion Prevention (IPS) LAN Logout Malicious Code Media MODEM System GLOSARI Hab (hub) merupakan peranti yang menghubungkan dua atau lebih stesen kerja menjadi suatu topologi bas berbentuk bintang dan menyiarkan (broadcast) data yang diterima daripada sesuatu port kepada semua port yang lain. Information and Communication Technology (Teknologi Maklumat dan Komunikasi). ICT Security Officer Pegawai yang bertanggungjawab terhadap keselamatan sistem ICT. Sistem rangkaian seluruh dunia, di mana pengguna boleh membuat capaian maklumat daripada pelayan (server) atau komputer lain. Merupakan suatu titik yang berperanan sebagai pintu masuk ke rangkaian yang lain. Menjadi pemandu arah trafik dengan betul dari satu trafik ke satu trafik yang lain di samping mengekalkan trafiktrafik dalam rangkaianrangkaian tersebut agar sentiasa berasingan. Sistem Pengesan Pencerobohan Perisian atau perkakasan yang mengesan aktiviti tidak berkaitan, kesilapan atau yang berbahaya kepada sistem. Sifat IDS berpandukan jenis data yang dipantau, iaitu sama ada lebih bersifat host atau rangkaian. Sistem Pencegah Pencerobohan Perkakasan keselamatan komputer yang memantau rangkaian dan/atau aktiviti yang berlaku dalam sistem bagi mengesan perisian berbahaya. Boleh bertindak balas menyekat atau menghalang aktiviti serangan atau malicious code. Contohnya: Network-based IPS yang akan memantau semua trafik rangkaian bagi sebarang kemungkinan serangan. Local Area Network Rangkaian Kawasan Setempat yang menghubungkan komputer. Keluar daripada sesuatu sistem atau aplikasi komputer. Perkakasan atau perisian yang dimasukkan ke dalam sistem tanpa kebenaran bagi tujuan pencerobohan. Ia melibatkan serangan virus, trojan horse, worm, spyware dan sebagainya. Peralatan atau perantara yang digunakan untuk menyimpan data dan maklumat seperti media USB, cakera keras dan dokumen bercetak. MOdulator DEModulator Peranti yang boleh menukar strim bit digital ke isyarat analog dan sebaliknya. Ia biasanya disambung ke talian telefon bagi membolehkan capaian Internet dibuat dari komputer. Versi 5.0 87

GLOSARI Outsource Bermaksud menggunakan perkhidmatan luar untuk melaksanakan fungsi fungsi tertentu ICT bagi suatu tempoh berdasarkan kepada dokumen perjanjian dengan bayaran yang dipersetujui. Pemilik Sistem Pihak yang memiliki dan berhak ke atas maklumat tersebut. Pengurusan UNIMAS Pihak yang terlibat dalam membuat keputusan ke atas pengurusan pentadbiran UNIMAS. Perisian Aplikasi Ia merujuk pada perisian atau pakej yang selalu digunakan seperti spreadsheet dan word processing ataupun sistem aplikasi yang dibangunkan oleh sesebuah organisasi atau jabatan. PTj Pusat UNIMAS. Public-Key Infrastructure (PKI) Infrastruktur Kunci Awam merupakan satu kombinasi perisian, teknologi enkripsi dan perkhidmatan yang membolehkan organisasi melindungi keselamatan berkomunikasi dan transaksi melalui Internet. Router Penghala yang digunakan untuk menghantar data antara dua rangkaian yang mempunyai kedudukan rangkaian yang berlainan. Contohnya, capaian Internet. Screen Saver Imej yang akan diaktifkan pada komputer setelah ianya tidak digunakan dalam jangka masa tertentu. Server Pelayan komputer Switch Switch merupakan gabungan hab dan titi yang menapis bingkai supaya mensegmenkan rangkaian. Kegunaan switch dapat memperbaiki prestasi rangkaian Carrier Sense Multiple Access/Collision Detection (CSMA/CD) yang merupakan satu protokol penghantaran dengan mengurangkan perlanggaran yang berlaku. Threat Gangguan dan ancaman melalui pelbagai cara iaitu e-mel dan surat yang bermotif personal dan atas sebab tertentu. Uninterruptible Satu peralatan yang digunakan bagi membekalkan bekalan kuasa Power Supply yang berterusan dari sumber berlainan ketika ketiadaan bekalan (UPS) kuasa ke peralatan yang bersambung. Video Conference Media yang menerima dan memaparkan maklumat multimedia kepada pengguna dalam masa yang sama ia diterima oleh penghantar. Video Streaming Teknologi komunikasi yang interaktif yang membenarkan dua atau lebih lokasi untuk berinteraksi melalui paparan video dua hala dan audio secara serentak. Virus Atur cara yang bertujuan merosakkan data atau sistem aplikasi. Wireless LAN Rangkaian komputer yang terhubung tanpa melalui kabel. Pakar Kejuruteraan Wakil yang berkepakaran dalam bidang Kejuruteraan Versi 5.0 88

CITDS KPT OSHA JSKU GLOSARI Centre For Information Technology Development & Services (Pusat Pembangunan & Khidmat Teknologi Maklumat) Kementerian Pendidikan Tinggi Occupational Safety and Health Administration Jawatankuasa Strategi dan Kualiti UNIMAS Versi 5.0 89

Lampiran 1: Surat Akuan Pematuhan Dasar Keselamatan ICT UNIMAS Versi 5.0 90

SURAT AKUAN PEMATUHAN DASAR KESELAMATAN ICT UNIMAS Nama (Huruf Besar) : No. Kad Pengenalan : Jawatan : Nama Syarikat : No Pendaftaran Syarikat : Adalah dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa :- 1. Saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini telah membaca, memahami dan akur akan peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam Dasar Keselamatan ICT UNIMAS dan apa-apa arahan yang dikuatkuasakan oleh Universiti Malaysia Sarawak dari masa ke semasa; 2. Saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini bertanggungjawab memastikan Dasar Keselamatan ICT UNIMAS difahami dan dipatuhi oleh semua individu di dalam syarikat ini yang berurusan dengan Universiti Malaysia Sarawak; dan

3. Jika saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini ingkar kepada peruntukan-peruntukan yang ditetapkan, maka tindakan sewajarnya boleh diambil ke atas saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini atau syarikat yang saya wakili. Tanda tangan Tarikh : : Pengesahan Pegawai Keselamatan ICT ( ) Tarikh:

Lampiran 2: Unit Keselamatan UNIMAS (S.O.P 1/18) Versi 5.0 91

UNIT KESELAMATAN UNIMAS S.O.P 1/ 18 FUNGSI UNIT AKTIVITI : KAWALAN KESELAMATAN : KESELAMATAN : PENCEROBOHAN Bil. Prosedur Tetap Operasi Peraturan Dan Undang - undang 1 2 3 4 Terima maklumat berkaitan dengan pencerobohan di dalam bangunan/ kawasan universiti Pergi ke tempat kejadian dengan kadar segera Arahkan pasukan ronda ke tempat kejadian dan berkumpul di suatu tempat yang ditentukan i) Bahagikan anggota untuk kawalan di setiap laluan keluar bangunan ii) Bentukkan satu pasukan pengesan iii) Pastikan setiap pasukan mempunyai alat komunikasi iv) Maklumkan Pos kawalan keselamatan tentang pencerobohan v) Mohon bantuan bilik kawalan CCTV untuk mengesan suspek Arahkan semua anggota untuk bertindak dengan kadar segera Penyelia Penyelia Penyelia Rujuk Arahan Kerja Penyelia

UNIT KESELAMATAN UNIMAS S.O.P 1/ 18 Bil. Prosedur Tetap Operasi Peraturan Dan Undang - undang 5 6 7 8 9 10 Minta semua pasukan membuat laporan keadaan semasa Sekiranya penceroboh berjaya ditahan i) Ambil maklumat berkaitan dengan penceroboh ii) Rampas harta benda Universiti yang diambil iii) Hubungi Pihak Polis Sediakan anggota untuk memberi tunjuk arah dan iringi pihak Polis ke tempat kejadian Jangan tinggal tempat kejadian Beri bantuan sepenuhnya kepada pihak Polis Sediakan laporan dan hantar ke Pejabat Keselamatan Penyelia Penyelia Penyelia/ Pengawal Keselamatan Penyelia Penyelia Penyelia