Page1 Saudara / saudari, Rujukan kami : PPD/019/JHEP/B21 JLD 3 ( ) Tarikh : 5 Oktober 2016 LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI DISEMBER 2016 Berikut makluman kepada semua pelajar senior : (i) (ii) Arahan lapor diri ini berkuatkuasa untuk semua pelajar senior termasuk pelajar yang menangguh pengajian Sesi Jun 2016 dan pelajar yang tamat Latihan Industri Sesi Jun 2016. Sila patuhi tatacara pembayaran yang telah ditetapkan. Sebarang kecuaian atau kesilapan adalah di bawah tanggungjawab pelajar sendiri. (iii) Pastikan telah membayar kesemua yuran sebelum membuat pendaftaran online. Pendaftaran Online hanya boleh dilakukan selepas 24 jam pembayaran yuran dibuat. (iv) Resit Pembayaran Yuran adalah untuk simpanan pelajar dan TIDAK PERLU diserahkan kepada Penasihat Akademik. (v) Pelajar yang menjalani Latihan Industri bagi Sesi Disember 2016 TIDAK PERLU membuat sebarang pembayaran yuran atau pendaftaran online. Namun sekiranya kad pelajar dan insurans telah tamat tempoh, pelajar LI yang berkenaan perlu perbaharuinya di Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP). (vi) Pelajar yang tidak mendaftar secara online TIDAK DIBENARKAN mengikuti kuliah, makmal, bengkel atau menggunakan sebarang kemudahan Politeknik. Sila hubungi talian di bawah jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan : BIL PERKARA MAKLUMAT RUJUKAN 1 YURAN Jabatan Hal Ehwal Pelajar : 06-662 2036 / 2014 / 2016 TAJAAN (Zakat, ATM) Jabatan Hal Ehwal Pelajar : 06-662 2011 2 BAYARAN PENDAFTARAN Koperasi PPD : 06-662 8257 3 KEPUTUSAN PEPERIKSAAN Unit Peperiksaan : 06-662 2039 / 2037 / 2013 PENDAFTARAN KURSUS / Jabatan Kejuruteraan Awam : 06-662 2042 PERJUMPAAN DENGAN Jabatan Kejuruteraan Elektrik : 06-662 2043 4 PENASIHAT AKDEMIK Jabatan Kejuruteraan Mekanikal : 06-662 2044 (bagi pelajar senior yang Jabatan Perdagangan : 06-662 2045 carry modul) Jabatan Pengajian Am : 06-662 2046 Jabatan Matematik, Sains dan Komputer : 06-662 2047 5 LATIHAN INDUSTRI Unit Perhubungan & Latihan Industri : 06-662 2020 / 8817 6 ASRAMA Unit Kamsis / Asrama : 06-662 2032 7 PENDAFTARAN ONLINE, SEMAKAN DATA BAYARAN Unit ICT : 06-662 2081 / 1585
Page2 JADUAL PROSES LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI DISEMBER 2016 POLITEKNIK PORT DICKSON TARIKH / HARI / MASA PERKARA RUJUKAN 21 Nov 2016 (Isnin) 10.00 pagi 21 Nov 2016 (Isnin) 9 Dis 2016 (Jumaat) Semakan Keputusan Peperiksaan Akhir Sesi Jun 2016 (Kecuali Pelajar Tangguh Pengajian & Latihan Industri Sesi Jun 2016) Pembayaran Yuran Pengajian, Yuran Asrama dan Bayaran Pendaftaran http://spmp.polipd.edu.my/ Rujuk Maklumat Bayaran Pelajar Senior dan Tatacara Pembayaran Yuran ** 22 Nov 2016 (Selasa) mulai jam 10.00 pagi - 10 Dis 2016 (Sabtu) Pendaftaran Pengajian Secara Online (SPMP Menu ihelp) Pendaftaran Kursus Secara Online (SPMP Menu idaftar) Rujuk Tatacara Pendaftaran Online Pelajar Senior & http://spmp.polipd.edu.my/ 23 & 24 Nov 2016 (Rabu & Khamis) 8.30 pagi - 12.00 tgh hari Perjumpaan Pelajar Senior dengan Penasihat Akademik (bagi pelajar senior yang carry modul dan mempunyai masalah pendaftaran kursus sahaja) Rujuk Jabatan Akademik (JKA, JKE, JKM dan JP) / Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) / Jabatan Pengajian Am (JPA) 24 Nov 2016 (Khamis) 8.30 pagi - 12.00 tgh hari Pendaftaran Kamsis Pelajar Senior Rujuk Pengumuman daripada Unit Pengurusan Kamsis 28 Nov 2016 (Isnin) Kuliah Sesi Disember 2016 Bermula Rujuk Jadual Waktu Program daripada Jabatan Akademik masing-masing / www.polipd.edu.my ** tertakluk kepada sebarang pindaan
MAKLUMAT BAYARAN PELAJAR SENIOR SESI DISEMBER 2016 Jenis yuran yang perlu dijelaskan oleh pelajar senior sebelum membuat pendaftaran online: KATEGORI DITAWARKAN ASRAMA TIDAK DITAWARKAN ASRAMA JENIS YURAN 1. Yuran Pengajian 2. Yuran Asrama 3. Bayaran Pendaftaran 1. Yuran Pengajian 2. Bayaran Pendaftaran *Bagi pelajar senior yang telah memohon asrama, sila rujuk keputusan tawaran asrama yang akan dimaklumkan oleh Unit Asrama. **Rujuk Tatacara Pembayaran Yuran terlebih dahulu sebelum membuat bayaran untuk mengelakkan berlakunya kesilapan. Page 3
C. BAYARAN PENDAFTARAN >>>> RUJUK JADUAL BAYARAN PENDAFTARAN PELAJAR SENIOR SESI DISEMBER 2016 MENGGUNAKAN NO. PENDAFTARAN PELAJAR Rujukan No. Pendaftaran Pelajar dan Sesi Kemasukan : CONTOH : 06DSB15F2001 = SESI KEMASUKAN DISEMBER 2015 06DET14F1006 = SESI KEMASUKAN JUN 2014 Info Tambahan : Bagi pelajar yang mendapat tawaran asrama, Bayaran Pendaftaran ini termasuk Yuran Aktiviti Asrama. Bagi pelajar yang kad pelajar telah tamat tempoh, sila perbaharui kad pelajar di Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) dengan membawa slip pembayaran Bayaran Pendaftaran Sesi Disember 2016. Page 4
Page 5
PROSEDUR PERMOHONAN TUNTUTAN BALIK BAYARAN YURAN SESI DISEMBER 2016 Tempoh permohonan tuntutan bermula pada 1 Disember 2016 (Khamis) jam 9.00 pagi hingga 16 Disember 2016 (Jumaat) jam 4.30 petang. TUNTUTAN YURAN PENGAJIAN / YURAN ASRAMA Permohonan dibuat melalui Pegawai Pengambilan dan Data, Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) sahaja. Pelajar perlu mengemukakan : i. Borang permohonan tuntutan balik yuran diperolehi di JHEP. ii. Surat rasmi tuntutan balik yuran iii. Salinan kad pengenalan (perlu disahkan) iv. Salinan kad pelajar (perlu disahkan) v. Resit asal pembayaran yuran yang jelas dan terang (perlu ditampal pada kertas A4) - Sekiranya resit pembayaran sudah kabur/tidak jelas, sila dapatkan bukti pembayaran daripada pihak bank beserta cop dan tandatangan daripada Pesuruhjaya Sumpah pada bukti pembayaran berkenaan. vi. Salinan penyata akaun bagi mana-mana akaun bank pelajar yang aktif (perlu disahkan) Permohonan akan dipanjangkan kepada Bahagian Kewangan, Jabatan Pendidikan Politeknik, Putrajaya. Tempoh pembayaran balik mengambil masa lebih kurang 4 hingga 6 bulan. Pembayaran balik yuran akan dibayar terus ke dalam akaun pelajar. TUNTUTAN BAYARAN PENDAFTARAN Permohonan dibuat melalui Pejabat Pengurusan Koperasi Politeknik Port Dickson Berhad sahaja. No. Tel : 06-662 8257. Page 6