7 Kesilapan Kritikal Resume Dilongkangkan

dokumen-dokumen yang mirip
7 Kesilapan Kritikal Resume Dilongkangkan

Disclaimer. Perhatian!

Disclaimer. Amaran!!! E-book ini adalah Hak Cipta Terpelihara Tim Infokerjaya

INFOKERJAYA BONUS. Rujukan Kerjaya Online No. 1 Malaysia SEBAB GAGAL TEMUDUGA HARGAI PANEL TEMUDUGA

30 TiPS LULUS TEMUDUGA

Peperiksaan Penolong Akauntan W27 Sesi 21 Oktober 2015

Kesetiaan kepada Syarikat


Belajar daripada pengalaman orang lain... Disediakan oleh;

M / S : 1/16 TARIKH : 1 APRIL 2015 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN PENTADBIRAN PINDAAN : 01 UPSI(ISO)/BSM/P09 KELUARAN : A 1.

Rahsia Resume Kerja Soal Jawab Spesifik Resume. Tim Infokerjaya

Jahit Baju Kurung Tradisional Panduan Langkah Demi Langkah

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Ujian Sahsiah dan Minat: 303 Soalan dan Jawapan. Legal Notice

DASAR PERTUKARAN PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN APLIKASI/LAMAN WEB UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Dapatkan sekarang Rujukan Pantas Temuduga Separa Perubatan di laman

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

Polisi Privasi. Pengenalan

TERMA & SYARAT PERADUAN

30 Contoh Soalan & Jawapan Exam Pegawai Teknologi Maklumat. Disclaimer

LMCK1621 ETIKA & PROFESIONAL SET 6 SESI /2017 TUGASAN BERKUMPULAN 1 NAMA PENSYARAH PROF. MADYA DR. WAN ZAWIAH BINTI WAN ZIN NAMA AHLI KUMPULAN

Rahsia Tarik Klik Facebook Ads

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI AKAUNTAN W41 MALAYSIA

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

PENYALURAN DANA BANTUAN PELAJAR PENDIDIKAN TINGGI (BPPT) MELALUI KAD DEBIT-i DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA (KADS1M DEBIT-i)

Temuduga Pembantu Penguasa Kastam W17 - Oktober 2015

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

PANDUAN DAN PERATURAN-PERATURAN PENTAULIAHAN DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA 2006 PANDUAN DOKUMENTASI BUKU LOG DAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

MENGAPA ANDA TIDAK DAPAT MEMPEROLEHI PEKERJAAN?

Garis Panduan Tiga Pihak Tentang Amalan Pekerjaan Yang Adil

Insurans Perubatan & Kesihatan. Pengenalan

Salam sukses untuk anda! Page 1

LAPORAN AKHIR HHHC9301 PENGURUSAN MAKLUMAT & PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (SET 5) PROGRAM UKM FLY HIGH AUSTRALIA

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN PEKELILING BENDAHARI BIL. 7 / 2003 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR. KUiTTHO.(PB) 10.12/04 (14) 15 Oktober 2003

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

DASAR PERKHIDMATAN SERVER

UJIAN LATIHAN UJIAN TAAKULAN GLOBAL

INFO E-BOOK INFO E-BOOK PANDUAN PEMOHONAN UPU 2018/19

SOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI

KANDUNGAN. 1.0 Dasar Latihan Industri Institusi Pengajian Tinggi Definisi Latihan Industri Objektif Khusus. 4

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

GARIS PANDUAN PINDAHAN KREDIT & PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

Garis Panduan Mengikuti Kursus Anjuran Dalaman, Luaran dan Luar Negara

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

CSOC(GT) - Malay Sample Questions Set 2

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan : Satu Pengenalan

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

SURAT PERJANJIAN STOKIS/AGENT/DROPSHIP SUTRINA

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

Rahsia Marketing Plan Guru Coklat

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

Nombor Dokumen USIM / PK / 14. Prosedur LATIHAN INDUSTRI PELAJAR

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

MAJLIS KONVOKEYSEN UMS KALI KE-14. Makluman Penting Kepada Bakal Graduan. Pusat Pengajian Pascasiswazah

CSC399 LATIHAN PRAKTIK DIPLOMA SAINS KOMPUTER (CS110)

TM3923 ETIKA PROFESIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT. Objektif :

PANDUAN MENGISI BORANG

MANUAL PENGGUNA BAHAGIAN PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJAR

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME NAMA NURUL AMIRAH BINTI MOKHTAR NOMBOR MATRIK A146234

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

SOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI (DERMASISWA)

Universiti Malaysia PAHANG engineering' Technology' CreatMty

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM2, (Minimum) - RM 9, (Maksimum)

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

UNIT LATIHAN PEJABAT KETUA PEGAWAI KESELAMATAN KERAJAAN JABATAN PERDANA MENTERI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENDAFTAR RAHSIA

PERKONGSIAN ILMU HANYA BOLEH DIDAPATI DI. Discover Your Potential

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET PEKELILING PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET BIL.1 TAHUN 2009

Garis Panduan Tiga Pihak Bagi Amalan Pekerjaan Yang Adil

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Projek

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESIONAL. Semester I TUGASAN INDIVIDU

perkara-perkara berkaitan pemahaman terhadap hadis kerana beliau merasakan penghayatan masyarakat Malaysia terhadap hadis masih berada di tahap yang

GARIS PANDUAN Pembangunan Laman Web Universiti Kebangsaan Malaysia

PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PANDUAN PENGGUNA UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI

SOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim.

MANUAL PENGGUNA SISTEM PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE UNIVERSITI AWAM PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM SETARAF SESI AKADEMIK 2017/2018

TAKLIMAT UNTUK PELAJAR TAHUN AKHIR DI JEPUN (TAMAT PENGAJIAN 2013)

Tatakelakuan. Tatakelakuan berkenaan hubungan Syarikat dengan Pentadbiran Awam

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

TEKS UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

CSC399 (4562) / CSC397 (5680) LATIHAN PRAKTIK DIPLOMA SAINS KOMPUTER (CS110)

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN MEL ELEKTRONIK

Hakcipta Terpelihara Irfan Khairi Sdn. Bhd. Page 1

Transkripsi:

7 Kesilapan Kritikal Resume Dilongkangkan Tim Infokerjaya www.resumekerja.com

Disclaimer Untuk makluman anda, e-book ini ditulis berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan kajian Tim Infokerjaya. Anda dilarang sama sekali untuk mengeluar ulang mana-mana bahagian e-book ini dengan apa cara sekalipun. E-book ini ditulis bagi anda yang baru sahaja tamat pengajian di mana-mana institusi pengajian sebagai tips untuk persediaan memohon kerja melalui penulisan resume yang baik. E-book ini bakal membantu anda mencipta resume yang memenuhi permintaan bakal majikan anda. Oleh itu, diharap e-book Rahsia Resume Kerja ini dapat membantu anda mencipta resume yang baik seterusnya memudahkan anda terpilih ke temuduga. Amaran E-book ini adalah Hak Cipta Terpelihara Tim Infokerjaya Resources. Anda dilarang sama sekali sama ada Mengubah, Mengedar atau Menjual e-book ini kepada Pihak Lain. Sebarang kegiatan yang menyalahi etika penerbitan boleh dikenakan tindakan undang-undang. Oleh itu, anda hendaklah melaporkan kepada pihak admin Tim Infokerjaya Resources Kerjaya jika menerima e-book ini tanpa melalui laman web www.resumekerja.com Tindakan anda amatlah dihargai bagi membanteras kegiatankegiatan sebegini. E-book ini hanya untuk mereka yang membelinya secara sah dari www.resumekerja.com sahaja. Jika anda memilikinya secara tidak sah, kami tidak menghalalkan ilmu di dalam e-book ini di Dunia mahupun Akhirat. Ditulis Oleh www.resumekerja.com

7 KESILAPAN KRITIKAL RESUME DILONGKANGKAN 1. Copy & Paste Resume Perkara ini terjadi apabila anda meminta satu contoh resume dari rakan yang sudah mempunyai resume. Perkara pertama yang anda lakukan ialah mengubah maklumat tersebut kepada perkara yang berkaitan dengan diri anda. Seterusnya, maklumat akademik dan ko-kurikulum juga diubah. Anda lupa satu perkara yang perlu diubah iaitu susunan resume tersebut. Atau ada beberapa maklumat yang anda lupa tukar semasa proses pindahan dilakukan. Rahsia Resume Kerja 4

Panel penilai resume, mereka telah menilai beratusratus resume sebelum pemilihan calon dilakukan. Oleh itu, mereka sudah mahir dengan corak penulisan resume yang ada. Mereka mempunyai keupayaan mengesan resume yang ditiru. Tambahan pula jika ada maklumat yang tersalah, itu melambangkan sikap anda yang kurang serius untuk memohon pekerjaan. Resume ini layak untuk dilongkangkan oleh panel penilai resume. Jadi elakkan sikap copy & paste resume dan mulakan penulisan resume yang serius dan berwawasan. 2. Crowded Data Rahsia Resume Kerja 5

Adakalanya anda mahu bakal majikan mengetahui kelebihan dan kepakaran anda sekaligus diterima bekerja dalam syarikatnya. Jadi anda pun berfikir untuk memasukkan kesemua pencapaian yang pernah anda miliki bermula dari sekolah rendah hinggalah ke universiti. Ini bukanlah perkara yang tepat kerana anda hanya perlu memasukkan pencapaian yang perlu dengan keperluan jawatan yang dipohon sahaja. Paling tidak pun pastikan ianya berkaitan dengan skop kerjaya yang anda pohon. Anda mesti ingat, apabila maklumat terlalu banyak, resume anda akan menjadi panjang dan isi kandungan yang meleret-leret serta kurang penting. Ini merbahaya kepada anda. Jika panel penilai resume bosan dengan resume anda, Game Over lah jawabnya. Cipta resume yang ringkas, padat dan memenuhi kehendak panel penilai resume anda. Rahsia Resume Kerja 6

3. Tulisan @ Font Yang Fancy Anda pasti mahukan resume yang benar-benar menarik perhatian majikan. Jadi anda akan mengambil langkah untuk mencantikkan resume anda. Salah satu aspek yang bakal diubahsuai adalah jenis tulisan atau font. Anda boleh gunakan font yang standard iaitu Arial, Times New Roman atau Tahoma. Menggunakan font atau tulisan yang fancy hanya akan mengelirukan majikan anda contohnya font atau Rahsia Resume Kerja 7

tulisan tersebut berkerawang. Ia mungkin cantik pada pandangan mata anda, tetapi bagi panel penilai ia suatu yang merumitkan penilaian mereka. Langkah terbaik yang mereka boleh lakukan adalah mereka terus ketepikan resume anda tanpa meneliti dengan lebih mendalam lagi walaupun anda mempunyai kelayakan yang cukup. Ini sangat merugikan anda. 4. Resume Terlalu General Rahsia Resume Kerja 8

Anda mempunyai satu resume dan ianya akan dihantar kepada bakal majikan anda di sebuah syarikat. Resume yang sama juga anda hantar kepada satu lagi syarikat yang lain. Ini merupakan satu strategi yang salah untuk memohon pekerjaan kerana resume anda bersifat umum atau general. Setiap syarikat mempunyai kriteria jawatan yang berbeza-beza dan cara penilaiannya juga tidak sama. Kaedah yang terbaik adalah sekiranya anda mempunyai lebih dari satu permohonan kerja, hasilkan satu resume untuk satu permohonan atau dalam erti kata lain Satu resume untuk satu syarikat bukannya satu resume untuk banyak syarikat. Pastikan setiap resume yang dihasilkan memenuhi syarat dan kriteria jawatan yang dikehendaki oleh sesebuah syarikat. Resume anda mesti ada sasaran yang tepat. Tanpa sasaran, anda tidak dapat mengatur langkah dengan baik. Fokus betul-betul! Rahsia Resume Kerja 9

5. Guna Lebih Dari 2 Warna Selain daripada tulisan, warna yang digunakan dalam resume turut memainkan peranan. Dalam penulisan resume, hanya perlu gunakan warna dengan kadar yang minimum untuk menaikkan tarikan resume anda, iaitu kombinasi 2 warna yang tidak menjolok mata. Tujuan kombinasi warna ini adalah untuk membangkitkan maklumat yang anda masukkan ke dalam resume anda dan menimbulkan mood membaca kepada panel penilai resume anda. Ingat, yang menilai resume adalah manusia. Jadi, mood mereka berbeza-beza dan tidak menentu. Bantu mereka untuk berada dalam mood yang baik supaya mereka boleh menghabiskan penilaian resume anda. Rahsia Resume Kerja 10

Ini meningkatkan peluang anda dipanggil ke temuduga. Warna yang pelbagai dan kombinasi warna yang kurang baik boleh merimaskan mereka. Ini membuka peluang yang tinggi untuk resume anda dimasukkan ke dalam bakul sampah mereka. 6. Cover Letter/Surat Iringan Pada bahagian ini, surat iringan yang dihantar hanya perlu menyatakan pengenalan ringkas tentang diri anda, mengapa dan kenapa anda memohon jawatan di syarikat tersebut. Rahsia Resume Kerja 11

Terdapat beberapa kes di mana pemohon meletakkan terlalu banyak informasi dalam surat iringan sehingga menenggelamkan resume yang dihantar. Sebahagian daripada maklumat di dalam resume diterangkan secara panjang lebar dalam surat iringan. Ini akan menghilangkan minat bakal majikan anda untuk meneliti resume anda sekaligus beralih kepada resume pemohon yang lain. Ingat, jangan ulang maklumat yang telah anda terangkan dalam resume di dalam surat iringan. Nyatakan maklumat penting sahaja. Ini surat iringan bukan surat rasmi aduan kerosakan yang dipenuhi dengan pelbagai laporan. Senangkan kerja-kerja bakal majikan atau panel penilai resume anda. Jangan susahkan mereka! Buat mereka gembira. 7. Tidak Faham Keperluan Jawatan Dalam satu bidang jawatan, pasti ada beberapa pecahan jawatan dan skop tugasan. Bidang kerja seorang pegawai operasi tidak sama dengan seorang akauntan. Sekiranya jawatan yang ditawarkan ialah pereka bangunan, ianya pasti tidak sama dengan pereka grafik biar pun nama jawatannya hampir sama. Rahsia Resume Kerja 12

Pereka bangunan menggunakan ukuran secara tepat dan logik, pereka grafik menggunakan ukuran tepat tetapi kreatif, pasti skop kerja dan tugasannya tidak sama. Oleh itu sebelum anda membuat permohonan, pastikan skop kerja, tanggungjawab dan kriteria yang diperlukan dapat diteliti bagi mengelakkan anda menerima risiko kerja yang tidak sepatutnya diterima. Bayangkan jika anda menerima tawaran kerja yang berbeza dengan kelulusan dan pengetahuan yang ada, kerja dan tugasan yang bakal anda terima tidak dapat disiapkan dan bakal menghasilkan kerja yang tidak sempurna. Rahsia Resume Kerja 13

Tidak faham keperluan jawatan juga boleh buatkan resume anda menjadi terlalu penuh dengan maklumat kerana anda ingin muatkan segala maklumat yang anda rasakan penting walhal tidak bagi panel penilai. Resume begini bakal dilongkangkan oleh mereka. Kesimpulan Strategi anda menulis resume yang baik adalah untuk menarik perhatian panel penilai atau bakal majikan anda untuk pilih anda ke proses seterusnya iaitu temuduga. Jika tahap ini anda gagal, bermakna langkah seterusnya menjadi lebih sukar buat anda. Oleh itu, anda perlu ambil serius dalam penulisan resume ini jika anda benar-benar impikan pekerjaan yang hebat. Pastikan resume anda mencapai tahap yang panel penilai mahukan. Pikat hati mereka melalui penulisan resume anda. Apa yang diterangkan dalam ebook ini adalah langkah awal untuk anda elak dalam penulisan resume anda. Kesilapan-kesilapan inilah yang banyak dilakukan oleh mereka diluar sana dan mungkin juga anda. Untuk lebih mendalam, ketahui teknik-teknik dan cara penulisan resume yang menarik serta mempunyai daya tarikan kepada bakal majikan anda di dalam versi penuh ebook Rahsia Resume Kerja. Resume anda bakal dinilai bukan DILONGKANGKAN! Rahsia Resume Kerja 14

Dapatkan panduan lengkap persediaan resume kerja di halaman rasmi kami : www.resumekerja.com

RAHSIA RESUME KERJA Membantu anda membina resume kerja langkah demi langkah. Menerangkan proses sesebuah resume dipilih untuk ke temuduga. Dimuatkan dengan 20 soalan temuduga daripada resume kerja anda. Terus ke www.resumekerja.com RAHSIA BIJAK TEMUDUGA Membantu persediaan temuduga anda. Bagaimana menyediakan mental yang kuat sebelum hadir ke temuduga? Mempunyai 1 ebook utama dan 5 komponen penting persiapan untuk temuduga. Dan Banyak lagi yang menarik di www.rahsiabijaktemuduga.com PANDUAN KERJAYA JURURAWAT Anda berminat menjadi Jururawat? Menerangkan langkah demi langkah memohon jururawat kerajaan dan swasta. Diterangkan dalam 7 Modul utama. Kerjaya jururawat adalah satu kerjaya yang murni dan lumayan. Terus ke www.kerjayajururawat.com Forum Blog Facebook www.sembangkerjaya.com www.rujukankerjaya.com TimInfokerjaya