JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS PRINSIP-PRINSIP SYARIAH DALAM OPERASI KAD KREDIT ISLAM: ANALISIS DARI PERSPEKTIF FIQH AL-SYAFI I

dokumen-dokumen yang mirip
BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim.

BAB 5 PENUTUP. telah dibincangkan secara terperinci merangkumi latar belakang produk berstruktur,

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN

PARAMETER PELABURAN EMAS

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

Insurans dan Takaful: Suatu Perbandingan dan Perbahasan Hukum

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

Institusi terulung dalam sejarah Islam dan bertindak sebagai Perbendaharaan Negara Dikenali juga dengan nama Kementerian Kewangan pada masa kini.

Pelaburan Berasaskan Syariah

Wang sesuatu koperasi berdaftar boleh diperdapatkan melalui mana-mana atau kesemua yang berikut:

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

MODUL 201 (B) PERANCANGAN PELABURAN

KOPERASI KAKITANGAN MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA BERHAD D/A MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA, 103, JALAN TEMPLER, PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

Takaful adalah satu perkataan yang berasal dari perkataan Arab 'Al-Kafala (jamin) iaitu bermaksud 'Saling jamin menjamin'

Kuliah 6: SISTEM PERBANKAN DAN PENCIPTAAN WANG

85. Swap Kadar Keuntungan (Profit Rate Swap) secara Islam Berasaskan Bai` `Inah

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

KULIAH 6: SISTEM PERBANKAN DAN PENCIPTAAN WANG

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

Pengenalan Takaful 45 BAB A3 PENGENALAN TAKAFUL

TAKAFULINK DANA SIMPANAN PROFIL DANA 2015

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

LAMPIRAN BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA

UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BHD (271809K)

EPPD1023: Makroekonomi Kuliah 7: Wang, Kadar Bunga dan Pendapatan Negara

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 502 AKTA KOPERASI 1993

SAHAM KEUTAMAAN: ANTARA HUTANG & EKUITI

Penjamin PINJAMAN ANDA. Penjamin. Program pendidikan pengguna oleh:

CERAMAH MUAMALAT ISLAM

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

Rekod permohonan, siasatan, tindakan dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

TERMA DAN SYARAT KHUSUS BAGI DEPOSIT BERTEMPOH BERASASKAN KOMODITI MURABAHAH (Tarikh Berkuatkuasa: Oktober 2016) [Layak dilindungi oleh PIDM]

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

1. Antara yang berikut, yang manakah merupakan ciri perbankan konvensional?

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

Pengurusan Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

15 HARTANAH DALAM PEMBINAAN DAN UNTUK DIJUAL Kumpulan

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

PEMATUHAN SYARIAH DI BAWAH IFSA DAN CABARAN-CABARAN SEMASA

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

Amanah Saham Panduan Pelabur

Kandungan. Perancangan kewangan. Simpanan. Melabur wang anda. Mendapatkan produk kewangan. Pinjaman dan kad kredit. Melindungi wang anda

Hong Leong Akaun Semasa-i PowerSME Terma & Syarat

BAHAGIAN I PERMULAAN

MANUAL RUJUKAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH

KEBENARAN KEPADA SPEKAR MEMAPARKAN LAPORAN KEWANGAN SAYA KEPADA KOPERASI PERKHIDMATAN PELAJARAN NASIONAL BERHAD

PENSTRUKSTURAN PRODUK DEPOSIT PATUH SHARIAH BERDASARKAN AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM (IFSA) 2013 PRODUK DEPOSIT : ISU-ISU DAN CABARAN

Lembaran Maklumat Produk Al-Ansar Pembiayaan Perniagaan-i (Tawarruq)

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

PERATURAN PEMBAYARAN YURAN PELAJAR PASCASISWAZAH MOD KERJA KURSUS UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Katakunci : Bai Bithaman Ajil, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

Wang bermaksud sesuatu komoditi atau benda yang diterima umum sebagai alat atau media perantaraan pertukaran.

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

ANALISA KEWANGAN TABUNG HAJI

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

Terma dan Syarat bagi Akaun Semasa-i dan Akaun Simpanan-i Hong Leong (Tawarruq CASA-i)

Hadiah 1 : Arca Saduran Emas 24K Anjing Mini RM60,000 4 bulan. Hadiah 2 : Arca Saduran Emas 24K Keluarga Anjing RM80,000 4 bulan

BERTUKAR-TUKAR HADIAH MELALUI UNDIAN MENURUT MAZHAB AL-SYAFIE

PLUS Tarikh: 21/01/2015. Pelan Takaful ini matang apabila Orang Yang Dilindungi berumur seratus (100) tahun.

PUBLIC ISLAMIC GLOBAL EQUITY FUND

NAMA PRODUK : AKAUN SIMPANAN MUAMALAT (WADI AH)-i MUAMALAT SAVING ACCOUNT (WADI AH)-i 1. PENGENALAN

Akaun Perniagaan-i Terma & Syarat (Berkuatkuasa: 5 Disember 2016)

GARIS PANDUAN BAGI LAYANAN CUKAI KE ATAS PENDAPATAN FAEDAH BAGI INDUSTRI PAJAK GADAI

TERMA DAN SYARAT AKAUN EMAS BIBDS

EKONOMI ISLAM. 2. Konsep Penguasaan - Manusia bebas bergerak seluas2nya dlm garis panduan yg disediakan oleh Allah

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ) KEMPEN ICM-UT KFH MALAYSIA ( KEMPEN )

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

Bahan Cg Fadzlina - Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online BAB 7: ASET ( PERAKAUNAN UNTUK SUSUT NILAI )

KOPERASI WARGA USM KELANTAN BERHAD PEMBIAYAAN PEMBELIAN BARANG ELETRIK ATAU PERABUT MENGGUNAKAN KAEDAH AL-BITHAMAN AJIL SYARAT-SYARAT PEMBIAYAAN

Seminar Unit Amanah. Siti Uraidah Udin

PERATURAN PEMBAYARAN YURAN PELAJAR SISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

Celik Wang Pengurusan Wang Secara Bijak. Diterbitkan oleh: Not To Be Reproduced

ATURAN-ATURAN MODAL SYER. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Modal Syer Koperasi.

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

Nikmati detik indah bersama keluarga dan keupayaan untuk melindungi mereka.

BAB 3 PENGURUSAN TERIMAAN

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

TAKAFULINK DANA EKUITI PROFIL DANA 2015

Berurusan dengan Pengantara Takaful

JABATAN BENDAHARI PERMOHONAN PEMBIAYAAN KOMPUTER BAGI PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

SOALAN : HALALKAH MAKANAN SAYA? üdalam PEMAKANAN KITA AMAT PRIHATIN & SENSITIF TENTANG KEBERSIHAN DAN KANDUNGAN MAKANAN

BIL PERKARA SEMAKAN ANGGOTA DOKUMEN DIPERLUKAN BAGI PEMBIAYAAN BAI AL INAH BERJAMIN

Ringkasan Kertas Putih: Pelunasan Menyeluruh Hutang Talam

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

SYNERGY CARDS SDN BHD

TERMA & SYARAT KEMPEN BUAT TRANSAKSI ONLINE & MENANG OCBC

Kearah Kefahaman Sistem Perbankan Islam di Bank Islam Malaysia Berhad

Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Bank Perdagangan: Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pinjaman Purata (ALR) bagi Pinjaman Baharu Berasaskan BLR

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN AL BAI BITHAMAN AJIL. Nama Penuh: No.KP: Alamat Rumah: No. Tel: Alamat Pejabat: No. Tel: Nama Barang: Harga:RM

Transkripsi:

PRINSIP-PRINSIP SYARIAH DALAM OPERASI KAD KREDIT ISLAM: ANALISIS DARI PERSPEKTIF FIQH AL-SYAFI I Dr. Mohd. Faisal Mohamed 1 Maad Ahmad 2 Muhammad Yosef Niteh 3 ABSTRAK Kad Kredit adalah merupakan instrumen kewangan masa kini dan menjadi keperluan bagi sesetengah pihak. Namun, pada permulaan penciptaannya, kad kredit beroperasi berorentasikan sistem pinjaman berfaedah tsarjana Islam masa kini telah mengemukakan alternatif dengan penciptaan kad kredit yang beroperasi berasaskan prinsip-prinsip Syariah. Di antara prinsipprinsip yang diaplikasikan ialah Bay al- Inah, al- Wadi ah dan Qard al-hasan. Walaupun begitu terdapat sedikit-sebanyak perbezaan di antara prinsip-prinsip yang diaplikasikan dalam operasi kad kredit dengan prinsip-prinsip yang telah dikemukakan oleh ulamaulama al-syafi i. Justeru, kajian ini bertujuan untuk melihat kedudukan prinsip-prinsip Syariah yang diaplikasikan oleh ulama-ulama semasa dalam operasi kad kredit Islam dari perspektif dan sudut pandang fiqh al-syafi i. PENDAHULUAN Kad kredit ialah kad yang membolehkan pemegangnya memperoleh barangan, perkhidmatan dan wang secra tunai melalui kontrak atau perjanjian yang berlaku antara pemegang dan syarikat pengeluar atau bank dan mereka bersetuju dengan syarat-syarat yang telah ditentukan (Fadhillah Mansor, 2004). Secara mudah untuk 1 Pensyarah Kanan di Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), faisalmohd1981@yahoo.com 2 Pensyarah di Pusat Pengajian Teras (PPT) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Malaysia, maad@kuis.edu.my 3 Pensyarah di Pusat Pengajian Teras (PPT) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Malaysia, myosef@kuis.edu.my 101

DR MOHD FAISAL MOHAMED, MAAD AHMAD, MUHAMMAD YOSEF NITEH difahami, kad kredit memberi kuasa kepada pemegangnya untuk membeli barangan atau melanggani perkhidmatan secara kredit (Fadhillah Mansor, 2004). Secara umumnya pada awal perkembangan sistem perbankan Islam di seluruh dunia, perkhidmatan ini masih belum wujud lagi. Pada ketika itu perkhidmatan kad kredit yang wujud hanyalah berasaskan cara konvensional. Namun, disebabkan permintaan terhadap penggunaan kad kredit menggalakkan khusus di kalangan orang Islam, pihak-pihak tertentu telah berusaha mewujudkan satu perkhidmatan kad kredit alternatif berdasarkan prinsip-prinsip Syariah (Fadhillah Mansor, 2004). Maka dalam konteks Malaysia, dengan usaha tersebut matlamat tersebut telah tercapai dengan kewujudan perkhidmatan kad kredit yang berasaskan beberapa prinsip iaitu Bay al- Inah, al-wadi ah dan Qard al-hasan. Namun prinsip yang menjadi teras perkhidmatan ini ialah Bay al- Inah. Berikut adalah merupakan operasi perkhidmatan kad kredit secara Islam: 1- Apabila pelanggan membuat permohonan kepada bank untuk menggunakan perkhidmatan kad kredit, pihak bank akan meminta pelanggan membuka akaun dibank dan mendepositkan sejumlah wang yang telah ditentukan kadarnya oleh pihak bank. Kebiasaannya bank meminta untuk pelanggan membuka akaun simpanan melalui prinsip al-wadi ah (Fadhillah Mansor, 2004). 2- Melalui prinsip Bay al- Inah, pihak bank akan menjualkan aset tertentu yang berada dibawah pemilikannya kepada pelanggan dengan harga yang tertentu seperti contoh RM 10,000. Bayaran harga aset tersebut akan dibuat secara bertangguh berdasarkan prinsip Qard al-hasan (Zaharuddin Abd Rahman, 2008). 3- Setelah itu, pihak pelanggan akan menjualkan kembali aset yang telah dimilikinya melalui urusniaga tadi kepada pihak bank semula dengan harga yang lebih rendah daripada urusniaga pertama tadi misalnya RM 7000. Bayaran harga aset tersebut akan dibuat secara tunai (Zaharuddin Abd Rahman, 2008). 4- Bayaran harga aset secara tunai ini akan dimasukkan ke dalam akaun tertentu pelanggan. Pelanggan akan diberikan sekeping kad kredit untuk digunakan berdasarkan nilai yang terdapat dalam akaun pelanggan tersebut (Zaharuddin Abd Rahman, 2008). 102

Prinsip Bay Al- Inah Menurut Fiqh Al-Syafi i Dalam memperkatakan mengenai prinsip Bay al- Inah, perlaksanaannya dalam sistem kewangan Islam sama ada sistem perbankan Islam ataupun sistem pasaran kewangan menimbulkan perselisihan ketara di kalangan sarjana-sarjana Islam. Walaupun perlaksanaan prinsip ini mendapat tentangan hebat khususnya dari sarjana-sarjana Islam di Timur-Tengah, Majlis Penasihat Syariah telah meluluskan penggunaan prinsip ini dalam sistem kewangan Islam di Malaysia (Suruhanjaya Sekuriti, 2006). Kebanyakan para sarjana Islam di Timur-Tengah berpendapat kontrak ini adalah satu langkah berani menghalalkan kontrak yang menjurus kepada riba (Wahbah al-zuhayli, 2006). Menurut ulama-ulama Hanafi kontrak ini haram sekiranya dilakukan tanpa orang perantaraan di antara penjual dan pembeli (Wahbah al-zuhayli, 2006). Ulama-ulama Hanbali dan Maliki mengharamkannya berdasarkan kaedah Sad al-zara i (Wahbah al- Zuhayli, 2006). Berdasarkan analisis, sesetengah ulama-ulama al- Syafi i silam tidak menyebutkan mengenai kontrak Bay al- Inah secara spesifik dalam kitab Fiqh al-syafi i, namun berdasarkan kenyataan mereka secara, umum tidak terdapat sebarang larangan tehadap kontrak ini. Ini berdasarkan pernyataan dalam kitab Fiqh al-syafi i yang dipegangi: Maka apabila dijual makanan dengan selain daripadanya seperti matawang atau pakaian, atau dijual selain makanan dengan selain makanan dan keduanya bukan matawang seperti jual haiwan dengan haiwan tidak disyaratkan sesuatupun dari tiga syarat tersebut : Pertama mesti sama kadar, berat, jumlah dan timbangannya, kedua kontrak tersebut mesti terus diselesaikan dalam majlis tersebut tanpa bertangguh dan ketiga pertukaran tersebut mesti dilakukan serentak dengan cara saling berunjuk-unjukan dari tangan kepada tangan... (Jalal al-din al-mahalli, t.t.). Seperti yang dimaklumi, kontrak Bay al- Inah melibatkan dua kontrak iaitu penjualan barang dari penjual kepada pembeli dengan bayaran wang dan pembelian barang dari penjual kepada pembeli dengan menggunakan wang (Sudin Haron 2007). Berdasarkan analisis perlaksanaan Bay al- Inah, walaupun dilihat natijah kepada perlaksanaan kontrak ini tidak mempunyai beza dengan perlaksanaan pertukaran wang dengan wang secara riba, namun mekanisma 103

DR MOHD FAISAL MOHAMED, MAAD AHMAD, MUHAMMAD YOSEF NITEH perlaksanaannya berbeza kerana kontrak Bay al- Inah melibatkan dua kontrak manakala pertukaran wang dengan wang secara riba hanya melibatkan satu kontrak sahaja. Dan dua kontrak yang berlaku dalam prinsip Bay al- Inah ialah kontrak pertukaran wang dengan barangan. Kontrak pertukaran antara wang dan barangan selainnya tidak tertakluk kepada tiga syarat barangan ribawi iaitu mesti bersamaan kuantitnya, kontrak tersebut mesti terus diselesaikan dalam majlis tersebut tanpa bertangguh dan pertukaran tersebut mesti dilakukan serentak dengan cara saling berunjuk-unjukan dari tangan kepada tangan (Jalal al-din al- Mahalli, t.t.). Maka dapat difahami secara umum bahawa ulama-ulama al- Syafi i tidak melarang kontrak Bay al- Inah. Hal ini dikuatkan lagi dengan kenyataan dan pendapat sesetengah ulama al-syafi i secara jelas dengan penyataan mereka: Dan berbuat helah pada riba itu makruh. Maka helah itu seperti kita hendak jualkan emas dengan emas yang tiada bersamaan pada timbangan, maka kita jualkan emas itu dengan ringgit atau dengan kain umpamanya, kemudian kita belikan emasnya dengan harga itu dan kita pulang ringgitnya itu dengan, maka dapatlah emas itu kepada kita dan dapatlah emas kita kepadanya, dan beberapa banyak lagi jalan helah tetapi makruh jika kita qasadkan helah, dan jika tiada, hanya jadi dengan sendirinya tiadalah mengapa... (Muhammad Nur al-fatani, t.t.). Jadi berdasarkan pendapat ulama-ulama tersebut, tidak haram kontrak Bay al- Inah sebaliknya menurut mereka hukumnya hanya makruh jika diniatkan sebagai helah. Tetapi jika ia dilakukan secara kebetulan tanpa dirancang hukumnya adalah harus. Disamping itu, kebiasaannya, proses jual-beli kedua atau penjualan semula dalam prinsip Bay al- Inah dilaksanakan dengan cara hutang dan bayaran bertangguh dengan menggunakan pula prinsip Qard al-hasan. Maka, ini juga adalah merupakan satu lagi elemen tambahan dalam prinsip Bay al- Inah. 104

Prinsip Al-Wadi ah dan Qard al-hasan Menurut Fiqh Al-Syafi i Selain itu, prinsip al-wadi ah dan Qard al-hasan turut diaplikasikan sebagai pelengkap kepada operasi perkhidmatan kad kredit Islam. Secara asasnya, kedua-dua prinsip ini ada disebut oleh kebanyakan ulama-ulama al-syafi i diantaranya penyataan mereka: Al-Wadi ah adalah sesuatu barangan yang diletakkan pada seseorang supaya dia menjaganya, dinamakan orang tersebut muda iaitu dibaca dengan huruf د baris atas. Dan orang yang meletakkan barang tersebut dinamakan mudi iaitu dibaca dengan huruf د baris bawah... Dan bagi keduanya boleh minta pulang dan memulangkan bila-bila masa iaitu orang yang memberi simpan boleh menuntut pulang apa yang telah disimpan kerana dia dia adalah pemilik ataupun wakil untuk memberi simpan barang tersebut dan bagi penyimpan boleh memulangkan barangan tersebut kerana pekerjaannya adalah satu pertolongan untuk menyimpan barang tersebut (Jalal al-din al-mahalli, t.t.). Qard ialah proses memberi milik sesuatu kepada seseorang dengan bahawa digantikan semula dengan sesuatu yang seumpamanya, dan hukumnya adalah sunat kerana terdapat unsur-unsur pertolongan yang menghilangkan kesusahan... (Jalal al-din al-mahalli, t.t.). Dan berdasarkan analisis dalam konteks perkhidmatan kad kredit Islam, prinsip al-wadi ah yang menjadi amalan kini bukanlah berasaskan prinsip al-wadi ah yang telah dibahaskan oleh kebanyakan ulama-ulama al-syafi i silam. Asas prinsip al-wadi ah menurut ulamaulama terdahulu ialah simpanan dan amanah semata-mata. Sebaliknya, pada masa kini, simpanan pelanggan tersebut sudah tentu perlu dimanfaatkan untuk memperolehi pulangan keuntungan dan mempunyai nilai yang komersial kerana salah satu daripada matlamat utama penubuhan dan operasi bank ialah untuk mencari keuntungan. Justeru, apabila simpanan tersebut mendapat keizinan dalam kontrak tersebut daripada pelanggan untuk dimanfaatkan, ia tidak lagi dikategorikan sebagai kontrak al-wadi ah tetapi ia termasuk dalam kategori kontrak I arah iaitu pinjaman atau hutang (Wahbah al-zuhayli, 2006). Maka produk ini telah dijenamakan dengan nama Wadi aah Yad 105

DR MOHD FAISAL MOHAMED, MAAD AHMAD, MUHAMMAD YOSEF NITEH Damanah (Yusaini binti Mohd. Yusoff, 2005). Berdasarkan prinsip I arah wang tersebut boleh dimanfaatkan oleh penyimpan iaitu pihak bank untuk digunakan dalam kegiatan-kegiatan ekonomi yang boleh mendatangkan keuntungan. Selain itu, wang tersebut akan menjadi tanggungan pihak bank dan akan dijamin untuk dikembalikan kepada pelanggan walaupun berlaku kerugian. Justeru, berdasarkan prinsip I arah, tidak boleh disyaratkan wang pelanggan tersebut dipulangkan dengan jumlah yang asal beserta tambahan keuntungan ketika melakukan akad kerana ia termasuk dalam kategori urusniaga riba (Wahbah al-zuhayli, 2006). Namun, dalam praktik sistem kewangan Islam di Malaysia, institusi kewangan Islam akan memberi pelanggannya sedikit pulangan daripada simpanan tersebut jika mereka berjaya memperoleh keuntungan daripada perniagaan dan pelaburan yang telah dilakukannya (Zaharuddin Abd Rahman, 2008). Dan pulangan tersebut adalah berdasarkan prestasi perniagaan dan pelaburan yang dibuat. Sumbangan tersebut adalah dikategorikan sebagai hadiah ataupun Hibah. Namun, jika pelaburan dan perniagaan yang telah pihak bank laksanakan mengalami kerugian tiada sebarang hadiah dan wang simpanan mereka tidak berkurangan (Zaharuddin Abd Rahman, 2008). Bagaimanapun sebahagian bank-bank Islam di Negara-negara Arab seperti Kuwait Finance House dan Al-Rajhi Banking and Investment Corporation tidak membenarkan perlaksanaan hadiah ini untuk mengelakkan syubahat riba (Zaharuddin Abd Rahman, 2008). Tetapi berdasarkan rujukan yang telah dibuat, terdapat pendapat yang mengatakan bahawa jika hadiah tersebut tidak disyaratkan ketika memeterai kontrak, sebaliknya ia hanya diberikan oleh pihak bank sebagai hadiah kepada pelanggan kerana sanggup membantu memperkembangkan dana bank tersebut maka ia tidak dikategorikan sebagai riba bahkan sebagai satu penganugerahan untuk mengeratkan hubungan sesama insan berdasarkan konsep Tabarru. Pendapat ini seperti yang telah disebutkan oleh ulama-ulama al-syafi i, diantara penyataan mereka: Apabila penghutang membayar hutang lebih daripada hutang asal ataupun penghutang memberikan hadiah sebagai tambahan kepada bayaran hutang tanpa pemiutang terbabit meletakkannya sebagai syarat dalam kontrak dan bukan menjadi amalan yang digunapakai, apakah hukum tindakan ini? Beberapa perkara perlu dilihat. Jika manfaat tersebut diberikan sebelum hutang 106

dibayar sepenuhnya adalah lebih baik jika ia ditolak, kecuali jika amalan bertukar-tukar manfaat tersebut telah menjadi kebiasaan kedua-dua pihak sebelum kontrak hutang dilakukan. Jika manfaat tersebut diberikan selepas hutang dibayar, tindakan ini tidak salah dan pemiutang tidak dimakruhkan untuk mengambilnya kerana hutang tersebut telah selesai dibayar. Malah, penghutang digalakkan berbuat demikian kerana mencontohi perbuatan Rasulullah s.a.w. yang menyuruh umat Islam membayar hutang mereka dengan cara yang terbaik... (Mustafa al-khin, Mustafa al-bugha, Ali al- Syarbaji, 2000). Hal ini bertepatan dengan pendapat sesetengah ulama al-syafi i dalam memperkatakan tentang hutang dengan penyataan beliau: Dan tidak harus Qard atau hutang berbentuk matawang ataupun selainnya dengan disyaratkan memulangkan sesuatu yang baik sedangkan barang yang dihutangi tersebut tidak baik, ataupun disyaratkan memulangkan dengan tambahan. Maka sekiranya dipulangkan barang yang lebih baik atau dipulangkan dengan tambahan yang tidak disyaratkan maka ia adalah satu tindakan yang baik... (Jalal al-din al-mahalli t.t.). Walaupun begitu, terdapat juga pendapat mengatakan anugerah pemberian dari penghutang tersebut adalah makruh dalam beberapa keadaan seperti yang telah disebutkan oleh sebahagian daripada mereka seperti: Walaubagaimanapun, perkara ini hanya dibenarkan dengan syarat tindakan penghutang memulangkan hutang bersama bayaran tambahan atau memberikan sesuatu manfaat kepada pemiutang sebelum hutang sebenar dijelaskan tidak menjadi amalan kebiasaan orang ramai. Selain itu, ia juga tidak menjadi amalan kebiasaan penghutang. Jika perbuatan tersebut menjadi amalan kebiasaan orang ramai atau amalan kebiasaan penghutang, mengikut pendapat yang kuat, makruh menerima manfaat tersebut kerana amalan ini boleh diibaratkan seperti syarat... (Mustafa al-khin, Mustafa al-bugha, Ali al-syarbaji, 2000). 107

DR MOHD FAISAL MOHAMED, MAAD AHMAD, MUHAMMAD YOSEF NITEH Disebabkan peredaran zaman serta berlaku perubahan dalam sistem ekonomi dari masa ke semasa, ulama-ulama semasa telah memanjangkan lagi perbahasan mengenai prinsip al-wadi ah bagi menyesuaikannya dengan realiti semasa. Prinsip al-wadi ah yang sedang diamalkan oleh sistem kewangan Islam masa kini adalah bukan berlandaskan konsep penjagaan dan penyimpanan sesuatu barangan semata-mata. Justeru, prinsip al-wadi ah berdasarkan perbahasan semasa boleh dibahagikan kepada tiga pembahagian iaitu (Wahbah al- Zuhayli, 2006): 1- Wadi ah tahta al-talab: Ia adalah satu prinsip di mana pelanggan menyimpan wang di bank berdasarkan konsep amanah. Pelanggan boleh mengeluarkan wang atau menarik balik simpanannya pada bila-bila masa yang dia kehendaki. Dan tidak berhak memperolehi sebarang faedah atau pulangan daripada simpanan ini. Dia hanya berhak menerima kembali jumlah yang disimpan tanpa penambahan dan pengurangan. 2- Wadi ah Thabitah li Ajal: Ia adalah satu prinsip di mana pelanggan menyimpan wang di bank untuk satu tempoh yang tertentu. Dia hanya boleh mengeluarkan simpanannya setelah sampai tempoh tersebut. Pelanggan tersebut berhak menerima faedah atau pulangan yang telah dipersetujui dengan pihak bank. Prinsip al-wadi ah ini sebenarnya adalah berasaskan prinsip al- Mudarabah bukan berasaskan konsep asal prinsip al-wadi ah iaitu amanah. 3- Wadi ah Idkhar: Berdasarkan prinsip ini pelanggan menyimpan wang di bank dan boleh mengeluarkannya pada bila-bila masa yang dikehendaki. Pelanggan diberi faedah atau pulangan. Dan kebiasaannya pulangan dan faedah tersebut lebih sedikit jika dibandingkan dengan faedah dan pulangan berdasarkan prinsip al-wadi ah Thabitah li Ajal. Berasaskan pengkelasan mengenai al-wadi ah yang dibuat oleh ulama-ulama semasa, pemikiran ulama-ulama al-syafi i silam tentang prinsip al-wadi ah dapat dikategorikan sebagai prinsip Wadi ah tahta al-talab dan aplikasi perkhidmatan simpanan al-wadi ah untuk operasi kad kredit Islam dalam sistem kewangan Islam masa kini berasaskan prinsip Wadi ah Idkhar (Wahbah al-zuhayli, 2006). 108

Selain itu, dalam memperkatakan mengenai perlaksanaan prinsip Qard al-hasan sebagai prinsip pelengkap bagi operasi perkhidmatan kad kredit Islam, didapati implimentasinya tidak berubah jika dibandingkan dengan apa yang dikemukakan oleh ulama-ulama al- Syafi i. Analisis Kajian Instrumen kad kredit Islam merupakan kombinasi tiga prinsip yang telah disebutkan oleh ulama-ulama al-syafi i iaitu prinsip Bay al- Inah, prinsip al-wadi ah dan prinsip Qard al-hasan. Berdasarkan analisis didapati terdapat perubahan ketara antara prinsip al-wadi ah yang dikemukakan oleh ulama-ulama al-syafi i dengan prinsip al- Wadi ah yang diaplikasikan dalam operasi kad kredit Islam. Ini adalah kerana prinsip al-wadi ah menurut ulama al-syafi i dapat dikategorikan sebagai prinsip Wadi ah tahta al-talab dan aplikasi prinsip al-wadi ah dalam operasi kad kredit Islam adalah berasaskan prinsip Wadi ah Idkhar. Prinsip Wadi ah Idkhar mempunyai penambahan elemen I arah iaitu peminjaman barangan untuk dimanfaatkan. Selain itu, didapati prinsip Bay al- Inah tidak bercanggah dengan syarat-syarat yang dikemukakan oleh ulama-ulama al-syafi i mengenai urusniaga jual-beli. Namun begitu, Bay al- Inah boleh dilihat sebagai satu prinsip Bay yang telah dikemukakan oleh ulamaulama al-syafi i yang mempunyai perubahan ketara. Ini disebabkan Bay al- Inah, jika diteliti adalah merupakan dua kali proses prinsip Bay dengan barangan jualan yang sama tetapi dengan harga yang berbeza. Disamping itu, kebiasaannya, proses jual-beli kedua atau penjualan semula dalam prinsip Bay al- Inah dilaksanakan dengan cara hutang dan bayaran bertangguh dengan menggunakan pula prinsip Qard al-hasan. Maka, ini juga adalah merupakan salah satu elemen tambahan. Jadi, boleh dikategorikan prinsip yang diaplikasikan dalam proses penerbitan bon Bay al- Inah adalah merupakan aplikasi prinsip yang telah dikemukakan oleh ulama-ulama al-syafi i dengan perubahan ketara. 109

DR MOHD FAISAL MOHAMED, MAAD AHMAD, MUHAMMAD YOSEF NITEH KESIMPULAN Kesimpulannya, prinsip yang diaplikasikan dalam perkhidmatan kad kredit Islam adalah merupakan kombinasi prinsip-prinsip yang telah dikemukakan oleh ulama-ulama al-syafi i serta mempuyai beberapa perubahan ketara. Walaupun begitu, secara keseluruhannya, perlaksanaan kad kredit Islam didapati tidak bercanggah secara langsung dengan pandangan-pandangan muktamad ulama-ulama al- Syafi i. RUJUKAN Ab. Mumin bin Ab. Ghani (1999), Sistem Kewangan Islam dan Perlaksanaannya di Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Al-Bujairimi, Sulayman (1950), Hasyiyah al-bujairimi ala al-manhaj. Kaherah: Maktabah Mustafa al-babi al-halabi. Al-Haytami, MuÍammad bin Ahmad Ibn Hajar (2001), Tuhfah al- Muhtaj. Beirut: Dar al-kutub al- Ilmiyyah. Al-Mahalli, Jalal al-din (t.t.), Kanz al-raghibin ma a Hasyiyatayn al- Qulyibi wa al- Umayrah. Kaherah: Al-Maktabah al- Tawfiqiyyah. Al-Ramli, Syams al-dên MuÍammad bin Ahmad (1984), Nihayah al- Muhtaj ma a Hasyiyatayn al-syubramulusi wa Hasyiyah Rasyidi. Beirut: Dar al-kutub al- Ilmiyyah. Al-Syafi i, Muhammad bin Idris (t.t.), al-umm. Beirut: Dar al-fikr. Al-Syarbini, Syams al-din Muhammad al-khatib (2006), Mughni al- Muhtaj. Kaherah: Dar al-hadith. Fadhillah Mansor (2004), Produk Kad Kredit Islam dan Aplikasinya di Bank Islam Malaysia Berhad, Jurnal Syariah, Jil. 12, Bil. 1, Januari 2004. 110

Jamaiyah Mohammed Nor (2002), Kad Kredit Islam: Satu Pengenalan (Seminar Kewangan Islam di Kuala Lumpur pada 18 Jun 2002). Mariah Abd. Rahim (2010), Pengaplikasian Prinsip-Prinsip Syariah dalam Transaksi Kad Kredit: Kajian Perbandingan di Institusi Kewangan Islam Brunei dan Malaysia (Thesis (Ph.D) -- Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya). Muhammad Nur al-fatani (t.t.) Kifayah al-muhtadi. Bangkok: Maktabah wa Matba ah Muhammad al-nahri wa Awladih. Mustafa al-khin, Mustafa al-bugha, Ali al-syarbaji (2000), Al-Fiqh Al- Minhaji. Damsyik: Dar al-qalam. Sudin Haron (2007), Sistem Kewangan dan Perbankan Islam. Kuala Lumpur: Kuala Lumpur Business School Sdn. Bhd. Suruhanjaya Sekuriti (2006), Keputusan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti. C. 2. Kuala Lumpur: Suruhanjaya Sekuriti. Wahbah al-zuhayli (2006), Al-Mu amalat Al-Maliyyah al-mu asarah. Beirut: Dar al-fikr. Yusaini binti Mohd. Yusoff (2005), Akad Wadi ah dalam Sistem Perbankan Islam di Malaysia: Satu Analisis Hukum, Disertasi Sarjana Syariah, Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Zaharuddin Abd Rahman (2008), Wang, Anda dan Islam. Selangor: True Wealth Sdn. Bhd. 111