BAB 1: PENGENALAN. Malaysia. Pembelajaran bahasa asing ini telah berkembang dalam pembelajaran dari

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. membuat rumusan kepada kajian yang bertajuk Penguasaan Maṣdar : Satu Kajian Di

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

peranan, prinsip, teknik, masalah pengajaran terjemahan disamping analisis huruf, sama ada imbuhan awalan, sisipan, apitan dan akhiran.

BAB SATU PENGENALAN 1.0 PENDAHULUAN: Bab ini mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian yang

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

MQA merupakan agensi baru yang ditubuhkan dengan penggabungan Lembaga Akreditasi

1 Soal Jawab ini telah dikemaskini pada 5 May 2014 SOAL JAWAB. Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan IPTS yang menawarkan mata pelajaran ODL ataupun pembelajaran secara jarak jauh

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

PINDAH KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN UPNM

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

BAB 1 : PENGENALAN. Walau bagaimanapun, Membeczka (2008) menyatakan bahawa pengajaran sebutan

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bab ini menerangkan ringkasan kajian secara menyeluruh. Ianya merangkumi tujuan

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

BAB III KERTAS KERJA PROGRAM AKADEMIK BAHARU

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

SOALAN DAN MAKLUMBALAS BERKAITAN PELAKSANAAN MPU

Pengajaran dan Pembelajaran Hadith di IPT Selangor

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

PERSEPSI DAN SIKAP PELAJAR MELAYU TERHADAP MODUL BAHASA KEBANGSAAN A DI KUIS

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

PINDAHAN KREDIT PROGRAM PENGAJIAN

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

PERSEPSI TERHADAP PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TAKLIMAT PINJAMAN PENDIDIKAN PTPTN KEPADA PELAJAR BAHARU IPT

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

KISSM adalah bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut:

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

GARIS PANDUAN PROGRAM KERJASAMA IPTA / IPTS DI DALAM NEGARA

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB IV KERTAS KERJA SEMAKAN KURIKULUM

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

BAB TIGA METODOLOGI PENYELIDIKAN. Bab ini akan membincangkan panduan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

BAB PERTAMA: PENDAHULUAN. Arab di seluruh dunia selepas bahasa ibunda masing-masing. Ia dituturkan oleh semua

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

BAB SATU PENGENALAN. topik perbincangan dalam kajian morfologi ( ) perlu diketengahkan. fonologi yang berlaku dalam pembentukan kata bahasa Arab.

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

1. PENGENALAN 2. TUJUAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : Khashimah bt. Hj. Ismail No. Matrik : EDMA 1-19 Program : Diploma Eksekutif Pengurusan (Pentadbiran dan Operasi)

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

OREIENTASI PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM DI PENCAPAIAN DALAM AKADEMIK

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

BAB 3: PENGAJARAN BAHASA ARAB DAN METODOLOGI KAJIAN. digunakan oleh penulis disusun di dalam bab ini. Bab ini bermula dengan penerangan

KENYATAAN AKHBAR. oleh Y. BHG. PROF. TAN SRI DATO DZULKIFLI BIN ABDUL RAZAK PENGERUSI MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. tentang

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

ýii _5 ý ýs ýý ý ýý KAJIAN PENGESANAN GRADUAN UNIMAS 2006 LAPORAN KAJIAN Disediakan Oleh : Pusat Pemajuan Pelajar Universiti Malaysia Sarawak

1. PENGENALAN 2. TUJUAN

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

BORANG SOAL SELIDIK TAJUK: PENGUASAAN KATA KERJA PERINTAH BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR PRA UNIVERSITI

SOALSELIDIK MENGENAI PENGUASAAN HASIL PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN INSANIAH DAN TAHAP KEPUASAN PELAJAR UTHM

KURSUS PASCA AKRAB BENGKEL DAN PROJEK AKRAB

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

LAPORAN PENYELIDIKAN

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian

Sistem Pengajaran dan Pembelajaran Pengantar Qira at dan Hafazan di UKM

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

BAB 1 PENGENALAN KEPADA KAJIAN

MODEL PENAKSIRAN ZAKAT DI BANK-BANK ISLAM DI MALAYSIA. Siti Sarah Binti Mohamad Noor Shofian Bin Haji Ahmad

Transkripsi:

BAB 1 1

BAB 1: PENGENALAN. Bahasa Arab (BA) merupakan satu subjek yang tidak asing lagi dipelajari di Malaysia. Pembelajaran bahasa asing ini telah berkembang dalam pembelajaran dari peringkat Pra Sekolah sehingga ke peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT). Ini adalah disebabkan pendedahan secara meluas akan kepentingan pembelajaran bahasa tersebut. Antara faktor utama penularan pembelajaran bahasa ini adalah kerana agama iaitu Agama Islam. Sumber utama bagi mendapat pengetahuan ilmu agama ini adalah Al- Quran yang menggunakan bahasa Arab (BA) sebagai bahasa pengantar. Al-Qur an adalah sumber ajaran Islam yang utama. Al-Qur an adalah wahyu Allah yang diturunkan kepada Rasul-Nya, Nabi Muhammad SAW. Al-Qur an dijaga dan dipelihara oleh Allah SWT: Kaelany HD (2009). Bukan sekadar itu sahaja bahkan bahasa ini juga digunakan untuk melakukan amal ibadat yang disyariatkan kepada penganut agama tersebut. Pembelajaran BA yang bermula dari Pra sekolah hingga ke peringkat IPT melalui beberapa tingkatan dan tahap umur dan keperluan pelajar tersebut. Contohnya pembelajaran di peringkat pra sekolah dan sekolah rendah pembelajaran bahasa ini lebih tertumpu kepada mengenal huruf, mengetahui cara menyebut dengan betul dan mengetahui beberapa makna perkataan yang di terjemahkan di dalam bahasa pertama. Manakala di peringkat menengah pula beberapa kaedah berkaitan di dalam BA dipelajari oleh pelajar yang ingin memahami tatabahasa bahasa tersebut. Lebih-lebih lagi pelajar yang mengambil subjek BA sebagai subjek elektif di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Di peringkat ini juga terdapat pelajar yang mempelajari bahasa asing ini untuk mereka memahami dengan lebih mendalam dan bertujuan untuk menyambung pelajaran ke negara-negara yang menggunakan bahasa tersebut sebagai 2

bahasa pengantar. Kebanyakan dari pelajar tersebut ingin menyambung pelajaran di dalam bidang ilmu keagamaan. Di IPT pula pembelajaran bahasa ini tertumpu kepada kehendak pelajar mengikut pengkhususan yang diambil. Namun begitu terdapat IPT yang meletakkan BA ini sebagai subjek major atau subjek institusi yang wajib diambil pelajar bagi IPT berkenaan. Ini adalah kerana terdapat beberapa buah fakulti di sesebuah IPT yang menggunakan BA sebagai bahasa pengantar, bahan bacaan serta bahasa bahan rujukan bagi subjek tertentu. Contohnya ia menjadi subjek yang penting sekiranya seorang pelajar itu mengambil jurusan Pengajian Islam yang mempelajari ilmu-ilmu Islam yang menggunakan bahan bacaan dalam BA seperti di UIAM, UKM dan lain-lain. Walaupun pembelajaran bahasa ini telah bermula dari peringkat pra sekolah hingga peringkat yang lebih tinggi namun penguasaan secara keseluruhan di kalangan pelajar-pelajar tersebut masih di tahap yang rendah. Pembelajaran BA meliputi tatabahasa atau qawaid, gaya bahasa atau uslub serta budaya bahasa tersebut yang diperlukan untuk menguasai empat kemahiran iaitu kemahiran bertutur, kemahiran mendengar, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Antara tajuk utama di dalam mempelajari tatabahasa adalah maṣdar atau diterjemahkan sebagai kata terbitan. Maṣdar atau kata terbitan ini berpunca dari kata kerja ṣadara, iaitu gabungan huruf Ṣād, Dāl dan Rā yang memberi maksud keluar atau sumber. Menurut al-sayyid Ahmad Al-Ḥāshimī dalam kitab al-qawāid al-asāsiyyah Lilughati al-arabiyah Maṣdar bermaksud sesuatu perkara yang menunjukkan satu 3

kejadian yang sunyi dari menunjukkan waktu atau masa, iaitu asal bagi himpunan segala derivasi Abd al-ghaniy al-duqr (1986:343) mendefinisikan maṣdar ialah kata nama yang menunjukkan perbuatan sahaja. Manakala Fakhr ad-dīn Qabawat (1988:130) menjelaskan definisi maṣdar ialah kata nama yang menunjukkan perbuatan yang tidak terikat dengan masa. Topik ini merupakan salah satu aspek yang penting di dalam mempelajari ilmu nahu BA. Perkara ini banyak diperbincangkan di dalam beberapa buah kitab nahu hasil karangan ulama -ulama bahasa yang mu tabar. Ini menunjukkan bahawa tajuk ini amat penting bagi seorang pelajar memahami tatabahasa BA. Secara umumnya tajuk ini dipelajari meliputi setiap lapisan pengajian terutama di peringkat sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi. Manakala di tempat kajian penulis iaitu di Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Perak tajuk ini dipelajari oleh pelajar BA di dalam dua semester. Oleh yang demikian maṣdar ini bukanlah asing di kalangan pelajar bahasa tersebut. Berdasarkan penyataan di atas kajian ini dibuat untuk melihat tahap penguasaan pelajar di dalam bidang binaan maṣdar dan penggunaannya. Di samping melihat permasalahan yang timbul menyebabkan kerencatan bagi pelajar untuk memahami dan mengaplikasikannya di dalam penggunaan BA yang baik. 1.1 MASALAH KAJIAN. Walaupun tidak keseluruhan pelajar mempelajari BA di peringkat sekolah menengah namun subjek yang diperkenalkan oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) (2006:5) ini bermatlamatkan adalah: 4

Pengajian BA di peringkat menengah bermatlamatkan untuk membolehkan pelajar menguasai kemahiran-kemahiran bahasa yang empat iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta memperaktiskannya berdasarkan kepada situasi tertentu, menambahkan pembendaharaan kata mereka, menguasai kaedah-kaedah nahu, saraf dan bahan hafazan terpilih dan meningkatkan kemampuan mereka menggunakan bahasa dengan betul. Di samping menyemai nilai-nilai Islam dan akhlak yang mulia. Ini bermaksud pembelajaran ini bertujuan untuk menyemaikan nilai-nilai murni yang di terapkan di dalam Islam yang menitikberatkan akhlak yang baik. Oleh yang demikian tidak hairanlah kebanyakan institusi pengajian tinggi awam dan swasta meletakkan BA sebagai bahasa wajib dipelajari. Di antara matlamatnya adalah bagi menerapkan nilai-nilai tersebut. Namun begitu terdapat juga faktor-faktor yang lain. Dari sudut penguasaan BA pula, Ismail Ibrahim dalam Ab. Halim Mohamad (2002:10) menyatakan bahawa, kalau kita meninjau ke sekolahsekolah menengah agama di seluruh negara dan meninjau pendapat guru-guru sekolah tersebut tentang pencapaian BA pelajar di sekolah-sekolah menengah dan pensyarah-pensyarah BA di universiti, mereka menyatakan bahawa mutunya telah jatuh begitu rendah, pencapaian pelajar-pelajar begitu lemah dan menurun. Ab. Halim Mohamad (2002:9) pula menyatakan bahawa tahap penguasaan BA dalam kalangan pelajar-pelajar yang telah melepasi peringkat sekolah menengah yang berjaya memasuki pusat-pusat pengajian tinggi tempatan adalah lemah, khususnya daripada segi penguasaan frasa Arab. Mereka banyak melakukan kesalahan bahasa dari segi frasa selain daripada unsur-unsur nahu yang lain sama ada ketika bercakap, membaca teks atau menulis. 5

Oleh yang demikian dapatlah dilihat bahawa permasalahan ini bukan hanya menular di peringkat sekolah menengah bahkan di pusat-pusat pengajian tinggi tidak terkecuali menanggung kelemahan yang sama walaupun pelajar tersebut telah didedahkan dengan pembelajaran BA di peringkat awal persekolahan lagi. Permasalahan ini timbul berdasarkan beberapa faktor yang dikenal pasti. Di dalam dapatan kajian Ismail Hj. Ibrahim (1974:14) menyatakan bahawa di antara masalah utama yang dihadapi oleh orang-orang yang bahasa asalnya bahasa Melayu dalam mempelajari BA ialah: a) Masalah fonologi atau sebutan huruf-huruf Arab yang tidak ada dalam Bahasa Melayu seperti. b) Masalah morfologi atau penambahan yang begitu banyak dalam satu kata dasar BA dan agak asing bagi Bahasa Melayu seperti kata (kataba) yang menjadi dan kemudian dan sebagainya. c) Masalah struktur ayat yang tidak ada dalam Bahasa Melayu seperti dalam Bahasa Melayunya pergi Muhammad d) Masalah transliterasi atau menulis perkataan Arab dalam Bahasa Melayu yang tidak mempunyai satu sistem yang seragam dalam melahirkan bunyibunyi huruf Arab yang asing bagi Bahasa Melayu seperti disebutkan dalam masalah fonologi (a) di atas. 6

e) Masalah kata pinjaman dari BA yang menimbulkan masalah sebutan bagi orang-orang yang berbahasa Melayu. Contohnya nama-nama Arab yang telah dimelayukan; Halīm ( ) dalam BA telah bertukar menjadi Hālīm ( ) apabila di tulis di dalam Bahasa Melayu. Begitulah juga Fātimah ( ), Nūr ad-dīn menjadi Nūrdīn dan sebagainya. Walaupun kajian literatur ini dianggap sudah lama iaitu kajian yang dibuat pada tahun 1974 namun ia dianggap releven kepada penulis kerana permasalahan berkaitan topik ini masih timbul dari semasa kesemasa. Kenyataan ini dikuatkan apabila Azlan Abdul Rahman (2003) menulis di dalam disertasinya berkaitan pencapaian pelajar dalam menguasai topik ini. Di dalam himpunan elemen atau tajuk di dalam ilmu nahu BA, maṣdar merupakan satu tajuk yang penting dikuasai oleh pelajar untuk memahami dan mengaplikasi BA dengan kaedah yang betul. Ini adalah kerana maṣdar banyak dikaitkan dengan tajuk-tajuk lain di dalam nahu Arab. Kelemahan pelajar untuk menguasai beberapa tajuk penting terutamanya maṣdar menjadi punca kepada kelemahan pelajar menguasai BA secara keseluruhan. Kekeliruan yang timbul di dalam mengaplikasikan maṣdar dari sudut binaan dan fungsi menjadikan pembelajaran bahasa menjadi sukar dan berada di tahap yang rendah. Menurut Azlan Abdul Rahman (2003:4) kelemahan pelajar untuk memahami maṣdar adalah berpunca dari beberapa faktor berikut iaitu: 7

a) Kelemahan memahami dan menggunakan maṣdar menghalang pelajar daripada menguasai BA dengan baik. b) Wujud kelemahan dalam pembelajaran maṣdar Arab. c) Kekeliruan membezakan jenis, fungsi, dan pola maṣdar menyebabkan mereka sering melakukan kesilapan dalam pertuturan dan penulisan. Di antara bahagian yang menjadi permasalahan bagi kalangan pelajar adalah pembinaan maṣdar sama ada dari sudut fi l thulāthī, atau ghayr thulāthī serta pemahaman mengenai fungsi dan penggunaannya. Di mana pelajar tidak dapat mengenal pasti sesuatu maṣdar sekali gus menyebabkan kerumitan para pelajar mendapatkan makna tepat dari kamus BA itu sendiri. Justeru itu ia menjadi satu masalah yang perlu dirungkai oleh pengkaji bagi menjawab persoalan ini. 1.2 OBJEKTIF KAJIAN. Kajian ini akan mengkaji beberapa perkara berdasarkan beberapa objektif yang dirangka bagi menyelesaikan permasalahan yang timbul, iaitu: a) Mengumpulkan tajuk maṣdar dari sumber primer dan skunder berkaitan sukatan pembelajaran tajuk ini di sebuah IPTS di Perak b) Melihat penggunaan dan pemahaman fungsi maṣdar di dalam pembelajaran mereka. c) Mengenalpasti punca permasalahan yang berlaku dalam pembelajaran dan pemahaman berkaitan binaan maṣdar di kalangan pelajar. d) Mencari jalan penyelesaian bagi permasalahan tersebut seterusnya mencadangkan di dalam pembelajaran BA. 8

1.3 SOALAN KAJIAN. Berpandukan kepada latar belakang kajian, pernyataan masalah kajian dan objektif kajian yang telah di huraikan, disertasi ini ingin mengkaji dan menjawab beberapa persoalan yang berikut: a) Apakah sukatan serta bahan pengajaran yang digunakan dalam mendefinisi dan menerangkan tajuk yang berkaitan maṣdar dan binaannya? b) Apakah aspek yang tidak dapat dikuasai oleh pelajar dalam bab berkaitan maṣdar dan binaannya? c) Apakah sebab berlaku kesukaran pelajar untuk menguasai dan memahami penggunaan binaan maṣdar ini? d) Apakah jalan penyelesaian yang berkesan bagi pelajar melayu menguasai topik ini? 1.4 KEPENTINGAN KAJIAN. Kajian ini menunjukkan pengkaji ingin melihat tahap pencapaian pelajar dalam menguasai dan mengaplikasi penggunaan maṣdar dan binaannya. Di mana dalam tinjauan awal penulis, maṣdar dan binaannya merupakan salah satu tajuk yang sukar difahami di kalangan pelajar. Dengan demikian itu kajian ini dibuat untuk melihat dan merungkai punca permasalahan dan kekeliruan yang berlaku. Menurut kajian yang lampau terdapat beberapa kajian yang menyentuh perbincangan mengenai maṣdar contohnya seorang pengkaji iaitu Abdullah Tahmin Hj. Abdul Latiff (1994:131) dengan tajuk Maṣdar Mu awwal: Suatu Analisis. Dalam kajian beliau ini ia cenderung untuk membincangkan berkenaan konsep, bentuk, cara pemakaian dan kepentingan Maṣdar Mu awwal. 9

Manakala kajian yang dijalankan oleh Azlan Abdul Rahman (2003:4) di dalam tajuknya Penggunaan Maṣdar Di Kalangan Pelajar Melayu: Satu Kajian Kes lebih menumpukan tentang kajian penggunaan maṣdar di kalangan pelajar Melayu. Pada 2004 juga satu lagi kajian yang berkaitan dengan maṣdar dijalankan iaitu Maṣdar Thulāthī Mazīd: Aspek Pola dan Semantik oleh Ummi Syarah Ismail (2004:9) iaitu pengkaji membuat kajian yang berkaitan salah satu dari bahagian di dalam maṣdar iaitu jenis-jenis thulāthī mazīd iaitu kajian yang berkaitan dengan morfologi BA. Manakala pada 2007 kajian maṣdar dihuraikan lagi oleh Noor Shamsinar Zakaria (2005:5)iaitu Analisis Penggunaan Maṣdar Ṣarih dalam Surah Al-Luqmān. Kajian ini lebih menumpukan penggunaan maṣdar Ṣarih di dalam sebuah surah di dalam al-quran. Walaupun telah ada beberapa kajian yang dibuat namun kajian ini lebih tertumpu kepada gabungan di antara dua bahagian penting di dalam maṣdar iaitu binaan dan penggunaannya. Di samping itu juga kawasan pengkajian yang berbeza dan latarbelakang responden yang berlainan dengan kajian-kajian yang lepas memberi kecenderungan pengkaji untuk meneruskan kajian. 1.5 METODOLOGI KAJIAN. Bagi menjalankan kajian ini, pengkaji menggunakan beberapa metod seperti pengumpulan data dari teks atau turath Arab mengenai tajuk yang di jalankan, mengkaji silibus pembelajaran di tempat kajian dan menganalisis data yang diperolehi dari kajian lapangan. Secara amnya kajian ini menggunakan 2 metod yang berbeza iaitu: 10

1.5.1 Kajian Perpustakaan. Metod ini digunakan oleh pengkaji untuk mencapai maklumat secara terperinci mengenai tajuk yang dibincangkan iaitu konsep maṣdar dan kepentingannya di dalam pembelajaran tatabahasa BA. Pengkaji perlu untuk melihat sumber utama dan skunder untuk mendapatkan teori-teori yang telah di bawa oleh pengkaji bahasa atau para sarjana bahasa untuk mendapatkan maklumat secara terperinci bagi tajuk kajian pengkaji. Di dalam metod ini pengkaji akan menganalisis bahan pengajaran yang digunakan di dalam pembelajaran di tempat kajian. 1.5.2 Kajian Lapangan. Bagi kajian lapangan pula pengkaji akan menggunakan beberapa instrumen kajian iaitu ujian dan soal selidik ke atas responden yang dipilih secara rawak. Responden yang dipilih terdiri daripada pelajar yang telah mempelajari tajuk binaan maṣdar, fungsi dan penggunaannya. Pengkaji menggunakan instrumen ini untuk mendapatkan maklumat mengenai tahap penguasaan pelajar iaitu pemahaman dan penggunaan tajuk tersebut. Instrumen ujian dijalankan terhadap pelajar untuk menilai kemampuan pelajar terhadap penguasaan tajuk maṣdar. Soalan-soalan yang dikemukakan meliputi beberapa topik sukatan pembelajaran yang dipelajari di dalam kelas. Soalan yang luar dari sukatan tidak diberikan di dalam soalan ujian ini. Berkaitan borang soal selidik pula terdapat tiga bentuk soalselidik yang digunapakai dalam kajian ini iaitu: 11

a) Soal selidik yang berkaitan dengan latar belakang pelajar. Soal selidik ini lebih tertumpu kepada ciri responden yang di pilih iaitu pengkaji ingin mendapatkan data mengenai latar belakang pelajar seperti umur, jantina, pendidikan, pengalaman belajar BA dan sikap untuk mempelajari bahasa ini. b) Soal selidik berkaitan pembelajaran dan pengajaran BA. Pengkaji ingin mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan sikap pelajar terhadap pembelajaran nahu secara keseluruhan dan terhadap tajuk kajian secara terperinci. Bentuk soalan yang diberikan berperingkat dari yang mudah kepada yang lebih sukar untuk melihat tahap pencapaian dan penguasaan pelajar. c) Soal selidik berkaitan maṣdar secara menyeluruh. Soal selidik ini dijalankan untuk pengkaji memperolehi maklumat berkaitan tahap penguasaan pelajar dalam disiplin binaan maṣdar serta fungsi dan penggunaannya. Pelajar akan disoal mengenai pemahaman dan aplikasi yang dapat dilakukan berdasarkan soalan-soalan yang diberi. Berpandukan soal selidik yang dijalankan, dapatan kajian ini akan di analisis secara deskriptif iaitu pengkaji dapat menggunakan peratusan, min dan taburan skor untuk menghasilkan maklumat yang berkaitan dengan latar belakang responden dan sikap terhadap pembelajaran dan penguasaan tajuk maṣdar. Pengkaji juga akan mempamerkan hasil dapatan kajian di dalam beberapa bentuk seperti graf dan jadual untuk kemudahan pembaca menilai dan memahami data yang telah dikaji. Instrumen temubual digunakan untuk menghasilkan dapatan kajian beberapa perkara berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan luar kelas. Temubual ini dijalankan terhadap tenaga pengajar yang 12

mengajar subjek dan topik yang menjadi tajuk kajian penulis. Penulis menggunakan kaedah temubual semi-struktur dalam kajian ini. 1.6 BATASAN KAJIAN. Batasan bagi kajian ini adalah hanya tertumpu kepada tajuk maṣdar dan binaannya mengikut sukatan pelajaran di lokasi kajian sahaja. Iaitu meliputi permasalahan yang timbul di kalangan tajuk ini sahaja tidak menyentuh tajuk lain di dalam ilmu nahu BA. Tajuk-tajuk yang menjadi perhatian dalam kajian ini adalah bab binaan maṣdar dari aspek maṣdar thulāthī dan ghayr thulāthī, termasuk juga aspek maṣdar al-mīmī dan penterjemahan sahaja. Manakala dari sudut penggunaannya pula, kajian ini lebih tertumpu kepada penggunaan yang melibatkan fungsi maṣdar dan terjemahan sahaja. Hubungan dengan elemen yang lain tidak di kaji di dalam kajian ini kerana ia di luar skop silibus pembelajaran BA di tempat kajian. Kajian ini dilakukan kepada responden yang terdiri dari 42 orang pelajar yang dipilih secara rawak dari kalangan pelajar Kolej Islam Darul Ridzuan, Kuala Kangsar, Perak. Pelajar-pelajar tersebut adalah dalam kalangan pelajar yang telah menduduki kelas pengajian BA secara berperingkat dari semester kedua, ketiga dan keempat iaitu subjek al-lughah al- Arabiyyah I (LA I), al- Lughah al- Arabiyyah II (LA II) dan al-lughah al- Arabiyyah III (LA III). Responden ini dipilih kerana jumlah pelajar yang terhad di institusi tersebut dan penulis hanya dapat mengumpulkan kesemua pelajar tersebut pada masa kajian dijalankan. Pelajar-pelajar lepasan tiga subjek ini akan bertambah dan berkurang mengikut keadaan semasa. 13

1.6.1 Pengenalan lokasi kajian dijalankan. Kolej Islam Darul Ridzuan telah ditubuhkan pada tahun 1999 oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Pada September, 1999 seramai 11 orang pensyarah perintis telah diambil bagi memulakan operasi penubuhan Kolej Islam Darul Ridzuan. Pada 4 Oktober, 1999 seramai 47 orang pelajar perintis telah diambil bagi mengikuti 3 program Pengajian iaitu Diploma Syariah Islamiyyah (SYA), Diploma Bahasa dan Kesusasteraan Arab (BKA) dan Diploma Usuluddin (USL). Pada peringkat awalnya Kolej Islam Darul Ridzuan telah didaftarkan di bawah Enakmen Kawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996 di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Perak. Kampus sementara Kolej Islam Darul Ridzuan terletak di Jalan Dato Seri Shaari, Off Jalan Raja Dihilir, 30350 Ipoh. Kampus ini telah dirasmikan oleh Kebawah DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada 16 Oktober, 1999. Pada 17 November, 2000 Dewan Undangan Negeri Perak telah meluluskan enakmen Bil.3 Tahun 2000, Enakmen Kolej Islam Darul Ridzuan yang menjadikan Kolej Islam Darul Ridzuan sebagai sebuah Badan Berkanun yang terletak terus di bawah Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Enakmen Kolej Islam Darul Ridzuan telah diluluskan oleh Dewan Negeri Perak pada 19 November 2001 dan telah diperkenankan oleh Ke bawah DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada 6 Mac 2002 dan telah disiarkan untuk pengetahuan umum pada 28 Mac, 2002. Pada 24 Mei 2003 penubuhan Kolej Islam Darul Ridzuan telah didaftarkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. 14

Kampus tetap Kolej Islam Darul Ridzuan telah siap dibina pada 30 April 2008 dan mula berpindah ke Kampus Tetap Kolej Islam Darul Ridzuan pada Mei 2008 dan pengambilan pelajar pertama di kampus ini bermula 2 Mei 2008. Perasmian Kampus Tetap Kolej Islam darul Ridzuan, Kuala Kangsar telah disempurnakan oleh Ke bawah DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada 16 Julai 2009. (http://www.kiperak.edu.my/v2/index.php?option=com_content&view=article& id=63&itemid=83) 1.6.2 Pengenalan Kepada Program Pengajian. Kursus-kursus pengajian di Kolej Islam Darul Ridzuan telah mendapat pengiktirafan Akreditasi penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmtan Awam (JPA) setaraf dengan Diploma dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan. Program-program pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut : Jadual 1.7.2.1: Senarai Program yang ditawarkan di Kolej Islam Darul Ridzuan. Bil. Program 1 Diploma Bahasa dan Kesusasteraan Arab 2 Diploma Teknologi Maklumat 3 Diploma Perbankan dan Kewangan Islam 4 Diploma Perakaunan 5 Diploma Syariah Islamiyyah 6 Diploma Usuluddin 7 Diploma Pentadbiran Perniagaan 8 Diploma Pengajian Islam 9 Diploma Kaunseling Islam 10 Diploma Komunikasi Islam 11 Diploma Pengurusan Muamalat 15

Lepasan Diploma Syariah Islamiyyah (SYA), Diploma Usuluddin (USL), Diploma Bahasa dan Kesusasteraan Arab (BKA) berpeluang melanjutkan pengajian keperingkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Jordan, Universiti Yarmouk, Universiti Mu tah, Universiti Ahlu Al-Bayt dan Universiti Hashimiyyah di Jordan serta Universiti Muhammad Al-Khamis, Universiti Al- Qarawiyyin di Morocco dan IPTA tempatan di seluruh Malaysia. Dari segi pasaran kerja atau Job Market pula, graduan lulusan Kolej Islam Darul Ridzuan mempunyai peluang yang tinggi untuk bekerja samada di sektor awam atau swasta memandangkan graduan lulusan kolej memiliki pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA), Syarikatsyarikat GLC dan Syarikat-syarikat swasta di Malaysia. (http://www.kiperak.edu.my/v2/index.php?option=com_content&view=article& id=63&itemid=83) Senarai fakulti/sekolah/jabatan/pusat dalam PPT (dan kampus cawangannya) dan bilangan program ditawarkan: Jadual 1.7.2.2: Senarai Fakulti di Kolej Islam Darul Ridzuan. Bil. Nama Fakulti/Sekolah/Jabatan/Pusat Bilangan Program ditawarkan 1. USL 3 program 2. SYA 2 program 3. BKA 1 program 4. Fakulti Pengurusan 4 program 5. Fakulti Teknologi Maklumat 1 program 16

Jumlah Pelajar Tahun 2011 Jadual 1.7.2.3: Bilangan Pelajar di Kolej Islam Darul Ridzuan. Jantina Bilangan pelajar Jumlah Tempatan Asing Lelaki 326 7 333 Perempuan 502 0 502 Jumlah 828 7 835 1.6.3 Pengajaran bahasa Arab di lokasi kajian.. Kolej Islam Darul Ridzuan merupakan institusi Islam yang menerapkan pengajian Islam bagi semua fakulti termasuklah matapelajaran BA. Di mana BA merupakan subjek wajib di ambil bagi setiap fakulti. Namun begitu pembelajaran tersebut dibahagikan kepada beberapa tahap mengikut kesesuaian fakulti masing-masing. Fakulti yang menggunakan bahasa pengantarnya BA sepenuhnya adalah seperti SYA, USL dan BKA. Bagi fakulti ini satu modul telah disediakan oleh pihak akademik kolej yang telah mendapat pengikitirafan oleh Malaysian Qualifications Agency atau akronimnya MQA. Subjek yang ditawarkan bagi fakulti tersebut ialah al-lughah al- Arabiyyah I, al-lughah al- Arabiyyah II dan al-lughah al- Arabiyyah III. Untuk pemantapan BA di kalangan pelajar sebelum menduduki diploma ini pelajar harus menduduki peperiksaan penempatan BA untuk melihat tahap kebolehan pelajar tersebut. Sekiranya pencapaian di dalam peperiksaan tersebut tidak mencapai kepada tahap piawaian yang ditetapkan oleh pihak kolej, pelajar tersebut perlu memasuki kelas asas BA sama ada pada tahap satu atau dua. 17

Manakala bagi fakulti yang tidak menggunakan BA sebagai bahasa pengantar, subjek yang ditawarkan adalah BA I dan BA II. Ia merupakan subjek yang wajib diambil untuk memperolehi diploma. 1.7 RANGKA KAJIAN. bab iaitu: Penulis telah membahagikan kerangka kajian disertasi ini kepada lima Bab 1: Pengenalan. Bab ini disusun sebagai pengenalan atau pendahuluan kepada disertasi ini. Bab ini membicarakan tentang beberapa tajuk iaitu pengenalan, masalah kajian, objektif kajian, kepentingan kajian, metodologi kajian, batasan kajian dan kerangka kajian yang akan dijalankan. Bab 2: Kajian Literatur dan Maṣdar. Bab ini pula membicarakan tentang kajian lepas yang telah dilakukan terhadap tajuk yang berkaitan dengan disertasi ini. Iaitu kajian yang berkaitan dengan ilmu tatabahasa di dalam BA dan permasalahan yang timbul. Di dalam ini juga menjelaskan hasil dapatan kajian terdahulu serta pendapat atau cadangan yang dikemukakan oleh ahli bahasa. Dalam bab ini juga dipamerkan tajuk maṣdar mengenai definisi maṣdar serta binaannya mengikut peraturan nahu Arab. Di dalam bab ini penulis akan membahagikan perbahasan mengenai maṣdar kepada dua bahagian iaitu binaannya dan penggunaannya. Pembahagian ini dibuat mengikut peraturan dan disiplin serta silibus pembelajaran maṣdar iaitu binaannya yang terdiri dalam bentuk thulāthī dan ghayr thulāthī serta beberapa bab maṣdar yang telah 18

diterangkan sahaja. Seterusnya perbincangan fungsi dan penggunaannya maṣdar di dalam hubungan dengan beberapa perkara di dalam nahu Arab. Bab 3: Pengajaran Bahasa Arab dan Metodologi Kajian. Adalah bab yang membincangkan berkaitan pengajaran BA di lokasi kajian secara umum dan pengajaran tajuk maṣdar secara khususnya. Di dalam bab ini juga diterangkan mengenai susur galur pengajaran bermula dari pihak yang bertanggungjawab menyediakan pembelajaran BA di kolej tersebut sehingga topik-topik yang dipelajari di dalam matapelajaran BA yang ditawarkan kepada pelajar. Bagi bahagian yang berikutnya penulis fokus di dalam bab ini adalah kaedah kajian yang digunakan oleh penulis untuk menghasilkan dapatan kajian selaras dengan objektif kajian yang dilakukan. Di dalam bab ini penulis menunjukkan rentetan aktiviti-aktiviti yang dilakukan sehingga disertasi ini dapat diselesaikan. Bab 4: Dapatan Kajian dan Analisis. Analisis dapatan kajian akan dibincangkan di dalam bab ini. Semua data dan maklumat yang diperolehi setelah kajian dijalankan dikumpul dan dihuraikan secara terperinci. Dapatan yang terhasil dari kajian ini akan dibentangkan di dalam bab ini dengan beberapa cara seperti jadual atau graf bagi memudahkan pencarian pembaca tentang dapatan kajian dan perbezaannya. Bab 5: Rumusan dan Cadangan. Bab kelima merupakan bab yang terakhir. Penulis akan menempatkan rumusan kajian dan kesimpulan yang dicapai. Cadangan kepada penyelesaian 19

masalah bagi soalan kajian ini akan diutarakan di dalam bab ini untuk rujukan kepada kajian yang mendatang. 1.8 KESIMPULAN. Sebagai rumusan, penulis mengharapkan agar kajian ini dapat dilaksanakan dengan sempurna hingga ke akhirnya tanpa ada kesulitan yang menghalang penulis mencapai jawapan bagi setiap persoalan yang ditimbulkan. Semoga kajian ini serba sedikit dapat membantu di dalam memperbaiki kekurangan dan kelemahan di dalam pengajaran dan pembelajaran BA terutamanya berkaitan ilmu tatabahasa BA. Walaupun ia merupakan salah satu tajuk dari beberapa tajuk dalam perbahasan BA namun penulis berbesar harap agar kajian ini dapat membantu para pengkaji yang mendatang bagi menyelesaikan masalah pembelajaran bahasa ini pada masa akan datang. 20