LAPORAN AKHIR KURSUS HHHC9101 SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN

dokumen-dokumen yang mirip
LAPORAN AKHIR KURSUS KEMAHIRAN KREATIF DAN INOVATIF

KERTAS KERJA KELAB JABATAN PENGAJIAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH (JANNAH) TARIKH 26 OKTOBER 2013 ( SABTU )

KERTAS KERJA SEMINAR DAN BENGKEL ASAS KEUSAHAWANAN (PRA MINI KEUSAHAWANAN) TARIKH 6 DISEMBER 2015 TEMPAT BILIK KULIAH 7

KERTAS KERJA KARNIVAL CETUSAN SENI UKM 2013 TARIKH. 13 Disember 2013 TEMPAT. Panggung Seni (DECTAR) dan Dataran Panggung Seni ANJURAN

KERTAS KERJA KEMPEN KESEDARAN KEBERSIHAN DIRI DIKALANGAN KANAK-KANAK PELAJAR PRASISWAZAH KEJURURAWATAN (SEPARUH MASA) 2013/2014 TARIKH 25 APRIL 2014

KERTAS KERJA LAWATAN SILANG BUDAYA KE YOGYAKARTA TARIKH JANUARI 2014 (JUMAAT - ISNIN) TEMPAT YOGYAKARTA, INDONESIA

KERTAS KERJA KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI DAN PENTADBIRAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CABANG UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2014/2015

KERTAS KERJA KURSUS INDUKSI JAKSA SESI 2010/2011 KOLEJ UNGKU OMAR

KERTAS KERJA MINGGU USAHAWAN SATRIA 2014 (MUS 2014) TARIKH FEBRUARI 2014 TEMPAT BANGUNAN PUSANIKA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

KERTAS KERJA PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT, KELAB SAINS MAKANAN DAN PEMAKANAN (KESAMAP) KOD KURSUS LMCK2811 SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KURSUS STQP2513 KE BANK NEGARA MALAYSIA 8 MEI 2015 KERTAS KERJA

KERTAS KERJA (NAMA PROGRAM) ( Bahasa Melayu sahaja )

MEMOHON BOOTH BAGI PROGRAM PALESTINE GRAND EXHIBTION 2013

KERTAS KERJA PROGRAM JALINAN UKHUWAH PUSAT CITRA UNIVERSITI DENGAN RUMAH PENGASIH WARGA PRIHATIN, SG RAMAL TARIKH 10 MEI 2015

Sila masukkan kod dan nama kursus ko kurikulum Rujukan : MEMOHON KELULUSAN MENJALANKAN AKTIVITI DAN BANTUAN KEWANGAN

TARIKH : 10 Mac- 14 Mac 2014 TEMPAT : PUSAT ANIKA KEMUDAHAN (PUSANIKA) ANJURAN : KELAB MIKROBIOLOGI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TEMA :

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1995 : PELAKSANAAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

KUMPUL DAN DERMA 10 MEI 2014

KERTAS KERJA: NUMOSS TEAM BUILDING AND GATHERING 2015

BENGKEL ADOBE PHOTOSHOP: POSTER DAN BANNER KOLEJ RAHIM KAJAI SESI 2014/2015

KERJA TAUTAN KASIH ANJURAN KOMUNITI SUMBER TERBUKA, FTSM DENGAN KERJASAMA PERTAMA UKM, FAKULTI TEKNOLOGI & SAINS MAKLUMAT (FTSM) UKM NAMA PROGRAM

Program Menara Impian diadakan pada 20 hingga 22 Disember 2013 di Kolej Matrikulasi. Melaka yang bertemakan merintih keperitan menggapai kejayaan.

KERTAS KERJA SEMINAR ICT & KOMUNIKASI (SIKOM14) KOLEJ DATO ONN TARIKH 26 MAC 2014 (RABU)

KERTAS KERJA COFFEE AND CAKES CORNER KOLEJ IBU ZAIN (KIZ) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

KERTAS KERJA GAYA HIDUP SIHAT TARIKH 28 MEI 2015 TEMPAT FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN UKM ANJURAN SET 5 KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN

KERTAS KERJA NAMA PROGRAM TARIKH : XXXXXXXXX TEMPAT : XXXXXXXXXXX ANJURAN : XXXXXXXXXXXX DENGAN KERJASAMA :

KERTAS KERJA MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN PELAJAR JABATAN SYARIAH SESI 2014/ MEI 2015 (KHAMIS) BILIK BANKUASI BANGUNAN CANSELORI UKM

KERTAS KERJA PROGRAM EDUFEST TARIKH 15 DISEMBER 2013(AHAD) TEMPAT DEWAN CANSELOR TUN ABDUL RAZAK(DECTAR) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA ANJURAN

KERTAS KERJA PROGRAM KAYUHAN AMAL DAN SIHAT (KASIH 5) KOLEJ IBU ZAIN (KIZ) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TEMPAT ANJURAN KELAB SUKAN IBU ZAIN (KESIZ)

HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK SET3 SEMESTER TAJUK: LAPORAN AKHIR

RINGKASAN EKSEKUTIF PROGRAM BAKTI SISWA (BAKSIS)

PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA Universiti Kebangsaan Malaysia Paras 3, Bangunan Pusanika UKM, Bangi Selangor Darul Ehsan

(Logo Kelab) Kelab Catur UNISEL. Kertas kerja Perlembagaan Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Kampus Shah Alam. Disediakan Oleh:

LAPORAN AKHIR PROGRAM NAMA PENSYARAH

KERTAS KERJA HARI KETERAMPILAN MAHASIWA (HAKERA) KOLEJ DATO ONN TARIKH FEBRUARI 2014 (JUMAAT, SABTU & AHAD)

KERTAS KERJA PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT TABURKAN JASA DAN SEMAIKAN BUDI (GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN SURAU BUKIT PUTERI)

URUSAN PERKHIDMATAN PENGANJURAN AKTIVITI PELAJAR DALAM NEGARA

BORANG LAPORAN AKTIVITI PERSATUAN / KELAB PELAJAR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

LAPORAN AKHIR KEMAHIRAN INSANIAH KEMAHIRAN PENGURUSAN DAN KEUSAHAWANAN

LAPORAN LAWATAN KE BANK NEGARA MALAYSIA 11 DISEMBER 2014 SASANA KIJANG BANK NEGARA MALAYSIA NO. 2, JALAN DATO ONN KUALA LUMPUR

Terima kasih kepada Pengerusi Majlis Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

KERTAS KERJA KEJOHANAN TAEKWONDO DAN SILAT MRSM PERINGKAT ZON UTARA 2018 TARIKH: 23hb-26hb FEBRUARI 2018 TEMPAT: MAKTAB RENDAH SAINS MARA MERBOK

KRITERIA ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (KATEGORI KEPIMPINAN)

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

FAKULTI SENIBINA, PERANCANGAN DAN UKUR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BORANG PERMOHONAN LAWATAN / PROGRAM / SEMINAR / AKTIVITI AKADEMIK PELAJAR

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

PERLEMBAGAAN KELAB SETEM DAN FILATELI SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA

KERTAS KERJA HARI KETERAMPILAN MAHASISWA (HAKERA) KOLEJ DATO ONN TARIKH FEBRUARI 2014 (JUMAAT, SABTU & AHAD)

KERTAS KERJA PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BERSAMA ANAK-ANAK PITRAH SESI 2014/2015 KOLEJ DATO ONN TARIKH 08 MEI MEI 2015 TEMPAT

KERTAS KERJA PROGRAM HIJAB STYLE 2013 TARIKH 18 DISEMBER 2013 HARI RABU LOKASI DEWAN KULIAH 3B 301 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

KERTAS KERJA KEM PEMIMPIN MUDA : WARNAKAN SEKOLAHMU. TARIKH 17 Disember 2015 TEMPAT S.K BATANG BENAR, MANTIN NEGERI SEMBILAN

LAPORAN AKHIR KEMAHIRAN INSANIAH KEMAHIRAN KOMUNIKASI

KERTAS KERJA MAJLIS MAKAN MALAM RASMI JPATI 9 MEI 2014 KELAB GOLF DANAU UKM,UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, UKM BANGI, SELANGOR, MALAYSIA.

KERTAS KERJA PROGRAM AMAL DAN KEBAJIKAN SISWA SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN PUSAT CITRA UKM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2015/2016

TEKS UCAPAN ALUAN PENDAFTAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM TAHUN NOVEMBER 2014

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM BAKTI SISWA SIRI 1 UTeM

Saudara Mohd. Rahmat bin Nordin, Pengerusi Jawatankuasa Penaja Persatuan Alumni Universiti Malaysia Pahang;

KERTAS CADANGAN PROGRAM KURSUS PENGURUSAN JENAZAH & KURSUS SEMBELIHAN TARIKH 3 MEI 2014 SABTU TEMPAT BILIK MEMORIAL KOLEJ TUN HUSSEIN ONN

PROGRAM FESTIVAL SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI PERINGKAT KEBANGSAAN II, 2016

TARIKH AHAD, 1 JULAI 2007 TEMPAT ASTAKA, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

BORANG PERMOHONAN TABUNG AMANAH PEMBANGUNAN AKADEMIK

KERTAS KERJA CABARAN DEBAT ZA BA 2015 (CDZ 15) KOLEJ PENDETA ZA BA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TARIKH 6-8 MAC 2015

HHHC 9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

LMCK 1531 Kepimpinan dan Kreativiti Laporan Hasil Pembelajaran

CHIA CHONG YANG A143398

UTHM.PB/100-6/4( 20) 11 November 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 14/2008 GARIS PANDUAN KEWANGAN BAGI MELAKSANAKAN PROGRAM / AKTIVITI PELAJAR

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MAJLIS DAN ACARA IPG KPM

TEKS UCAPAN Y.BHG. REKTOR SEMPENA MAJLIS ANUGERAH DEKAN SEMESTER II SESI 2005/2006 DAN SEMESTER I SESI 2006/2007

RINGKASAN PERMOHONAN KEGIATAN PELAJAR AKADEMIK / ILMIAH KEPIMPINAN KHIDMAT MASYARAKAT PATRIOTISME KREATIF / INOVASI KEMAHIRAN KOMUNIKASI

KERTAS KERJA Festival Kesenian dan Kebudayan Kolej Ungku Omar 2014 (FESKUO 14) TARIKH 1 Mac TEMPAT Panggung Seni, UKM

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

RINGKASAN PERMOHONAN KEGIATAN PELAJAR AKADEMIK / ILMIAH KEPIMPINAN KHIDMAT MASYARAKAT PATRIOTISME KREATIF / INOVASI KEMAHIRAN KOMUNIKASI

PERLEMBAGAAN PERSATUAN/ KELAB: 1.1 Nama pertubuhan ini ialah *Persatuan/Kelab. 1.2 Nama ringkas persatuan/kelab ini ialah UPM

LOGO KELAB. KERTAS KERJA (NAMA PROGRAM) (Bahasa Melayu sahaja) TARIKH (hari/bulan/tahun) TEMPAT (bangunan/kawasan/daerah)

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 Tahun 2014 GARIS PANDUAN KEMUDAHAN KAD KORPORAT

KERTAS KERJA PROGRAM JELAJAH PENDIDIKAN 2014 (PJP 14)

Teks Ucapan Perasmian Ybhg Prof Dato Dr Mohamad Kadim Bin Suaidi Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2013 TATACARA PERMOHONAN DAN PELARASAN WANG PENDAHULUAN

AKTIVITI TAHUNAN KEMAFIZ

TARIKH : 1 DISEMBER 2015 MASA : A.M TEMPAT : BILIK PERTAMA PENGERUSI : KETUA PENGARAH

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN PESTA KAAMATAN SABAH PERINGKAT IPTA DAN IPTS KALI KE-9 (4 ogos 2010) Masa:10.00am-11.

JABATAN BENDAHARI. Bil. Kami : Bil. Tuan : Tarikh :

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA KERTAS KERJA BENGKEL GRADUATE EMPLOYABILITY (GE) 2016 TEMPAT DEWAN JEMAAH, PERPUSTAKAAN TUNKU TUN AMINAH

DASAR INOVASI DAN DAYA KEUSAHAWANAN DALAM PENGALAMAN PEMBELAJARAN MENYELURUH PELAJAR UKM

TEKS UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

KERTAS KERJA MALAM PERSEMBAHAN ORKESTRA TRADISIONAL ARTISUKMA UKM 2014

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 LATAR BELAKANG AKAUN AMANAH DANA KECEMERLANGAN AKADEMIK UiTM

KRITERIA ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (KATEGORI KESUKARELAWANAN)

LAPORAN PERLAKSANAAN PROGRAM / AKTIVITI DAN PENYATA PERBELANJAAN DANA SUKARELAWAN im4u NAMA PROGRAM PEMANTAPAN DALAM PENGURUSAN PERNIAGAAN

KERTAS KERJA PROGRAM INTERAKSI SAINS FORENSIK UKM.

DRAF GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MAJLIS DAN IPG KPM

RINGKASAN EKSEKUTIF MINGGU KESEDARAN JENAYAH TARIKH 3 9 DISEMBER 2014 TEMPAT PENJARA SEJAHTERA KAJANG, BANDAR BARU BANGI DAN PUSANIKA UKM ANJURAN

UTHM/PB/100-6/4Jld 3 ( 9 ) Tarikh: 26 September 2017 PEKELILING BENDAHARI BIL. 6/2017 PENGISIAN TUNTUTAN PERJALANAN DALAM NEGERI SECARA ATAS TALIAN

SEMAKAN PEMOHON (Tandakan ) SEMAKAN HEA (Tandakan ) 1. Borang permohonan telah lengkap diisi. 2. Permohonan dihantar 4 minggu sebelum tarikh aktiviti.

TARIKH: 03 OKTOBER TEMPAT: DEWAN UTeM 1, KAMPUS INDUSTRI UTeM

Transkripsi:

LAPORAN AKHIR KURSUS HHHC9101 SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN NAMA:NUR ANIS FASHA BINTI ROSLAN NO MATRIK:A144150 PENYELARAS:PROF MADYA DR FAZAL MOHAMED BIN MOHAMED SULTAN

KANDUNGAN 1.0 Abstrak 2 2.0 Pengenalan Projek 3 3.0 Perancangan Projek 3.1 Sebelum Projek 3.2 Semasa Projek 3.3 Selepas Projek 4.0 Hasil Pembelajaran 4.1 Kesan Kepada Pelajar 4.2 Kesan Kepada Masyarakat 4.3 Nilai Inovasi 4 6 5.0 Lampiran 8 1

1.0 ABSTRAK Tujuan laporan akhir ini adalah untuk melaporkan hasil ataupun nilai yang diperolehi daripada projek yang telah diikuti dan dijalankan.projek yang telah saya sertai ialah Kem Pembinaan Insaniah Waja Diri Fatani UKM 2013.Bertepatan dengan kursus ini,sosial dan kebertanggungjawaban HHHC9101,projek yang telah disertai mempunyai nilai-nilai sosial dan kebertanggungjawaban yang dapat dipelajari dan dipraktikkan dalam kehidupan masa kini.projek yang disertai ini dapat memberi banyak pengajaran bukan sahaja kepada mahasiswa dan mahasiswi UKM tetapi juga kepada masyarakat setempat.seperti yang diketahui umum,ilmu persilatan merupakan sejenis seni mempertahankan diri yang telah diwarisi dari zaman berzaman.seharusnya,ilmu persilatan ini diperkembangkan dan diajarkan kepada generasi baru supaya ilmu ini tidak luput ditelan zaman dan supaya generasi baru dapat menguasai cara-cara mempertahankan diri supaya dapat melindungi diri sendiri dan keluarga di samping dapat membantu mereka yang di dalam kesusahan.dalam proses projek ini dijalankan,mahasiswa dan mahasiswi UKM dapat mempertingkatkan cara berkomunikasi dengan pihak atasan serta masyarakat.setiap ahli masing-masing memegang jawatan dalam projek ini,dimana setiap ahli perlu bertanggungjawab antara satu sama lain untuk memastikan kelestarian projek ini. 2

2.0 PENGENALAN PROJEK Projek yang dijalankan ialah Kem Pembinaan Insaniah Waja Diri Fatani UKM 2013 yang diadakan di Rimbaria Suara Hutan,Sungai Congkak,Hulu Langat Selangor.Projek ini diadakan di sini kerana tempat ini berlatarbelakangkan kawasan hutan yang merupakan alam semulajadi di mana amat sesuai bagi melakukan latihan silat.projek ini merupakan anjuran Kelab Senni Gayung Fatani (ARTISUKMA) UKM dengan kerjasama artisukma dan pusat kebudayaan UKM.Sesuai dengan nama projek ini iaitu kem pembinaan insaniah,projek ini diadakan untuk membina dan memantapkan lagi nilai jati diri dan juga nilai kerohanian dalam diri pelajar.seterusnya,tujuan projek ini adalah supaya hubungan antara pelajar,senior,jurulatih,guru dan juga masyarakat dapat dieratkan.seni silat merupakan warisan nenek moyang kita yang diturunkan dari zaman-berzaman.walaubagaimanapun,seperti yang dapat dilihat pada hari ini,anak-anak muda tidak lagi gemar untuk mempelajari seni persilatan ini tetapi lebih gemar bermain permainan atas talian.mereka semakin melupakan aktiviti silat yang merupakan salah satu cara terbaik untuk mempertahankan diri, keluarga serta membantu masyarakat.oleh itu,melalui projek ini diharapkan seni persilatan dapat berkembang dan kembali aktif seperti pada tahun 90 an.kertas kerja bagi projek ini boleh dilihat di bahagian lampiran (Lampiran A).Projek ini juga telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Perkhidmatan Pelajar(JPPEL) yang boleh dilihat dalam lampiran B. 3

3.0 PERANCANGAN PROJEK 3.1 Sebelum Projek Pelbagai persiapan dilakukan sebelum projek bermula.mesyuarat untuk melantik ketua projek,setiausaha,bendahari dan ahli jawatankuasa diadakan bagi memastikan kelancaran pengurusan projek.laporan minit mesyuarat boleh dilihat di bahagian lampiran (Lampiran C).Saya telah diberi jawatan sebagai ahli jawatankuasa pemasaran di mana,tugas saya ialah mencari sumbangan ataupun dana untuk membantu projek kami dari segi kewangan.dalam persiapan untuk mencari sumbangan,saya telah mencari nombor telefon beberapa syarikat seperti Econsave dan Wisma Unikeb serta menghubungi mereka untuk temu janji.selain itu,saya juga diberi jawatan sebagai ahli jawatankuasa kebajikan kerana ahli jawatankuasa kebajikan sedia ada terpaksa menarik diri daripada projek atas sebab-sebab tertentu.oleh itu,saya telah mengambil alih tempat beliau dan bertugas sebagai ahli jawatankuasa kebajikan.saya menyediakan ubat-ubatan untuk dibawa ke tempat projek diadakan sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya terdapat ahli yang cedera. 3.2 Semasa Projek Semasa projek ini berlangsung,sebagai ahli jawatankuasa kebajikan,saya sentiasa membawa peti keselamatan sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini kerana kawasan persekitaran tempat projek ini agak berbahaya kerana dikelilingi hutan dan terdapat banyak batu-batuan.tugas sebagai pengacara majlis juga telah diberi kepada saya untuk majlis penutup 4

projek ini.melalui tugas ini,saya dapat belajar cara untuk mengendalikan sesuatu majlis dan menyediakan teks ucapan. 3.3 Selepas Projek Setelah projek tamat,pengarah,setiausaha,bendahari dan ahli jawatankuasa projek telah mengadakan mesyuarat untuk menyiapkan laporan projek untuk dihantar kepada penasihat kelab Seni Gayung Fatani iaitu En Roslan Bin Abd Salam dan juga kepada Jabatan Perkhidmatan Pelajar(JPPEL). 5

4.0 HASIL PEMBELAJARAN 4.1 Kesan Kepada Pelajar Melalui projek ini pelajar dapat memupuk rasa bertanggungjawab pada diri,agama,bangsa dan masyarakat.seterusnya,pelajar dapat belajar cara untuk berinteraksi dengan pelbagai pihak kerana projek ini bukan sahaja melibatkan mahasiswa dan mahasiswi UKM tetapi juga alumnialumni UKM mahupun bukan UKM yang pernah belajar seni Silat Gayung Fatani.Selain itu,projek ini dapat memberi pengetahuan yang lebih mendalam tentang seni silat dan mempertahankan diri kepada pelajar serta keperluan jasmani dan rohani ketika mempelajari seni silat.pelajar juga dapat mempelajari cara menguruskan sesuatu projek melalui projek ini.akhir sekali,pelajar dapat memupuk semangat cintakan aktiviti kokurikulum dalam diri masing-masing. 4.2 Kesan Kepada Masyarakat Projek ini turut memberi kesan kepada masyarakat.antara kesan projek ini kepada masyarakat ialah memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan seni mempertahankan diri.dalam era globalisasi ini,seni pertahanan diri adalah sangat penting bagi mempertahankan diri daripada gejala sosial seperti rompakan yang sering terjadi pada masa kini.selain itu,masyarakat dapat mewarisi ilmu persilatan melayu yang menjadi jati diri bangsa melayu sejak dari zaman nenek moyang lagi.seterusnya,masyarakat dapat mengeratkan hubungan Antara satu sama lain dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti seperti ini. 6

4.3 Nilai Inovasi Terdapat beberapa nilai inovasi yang dapat dipelajari sepanjang projek ini berlangsung.antara nilai inovasi yang dapat dipelajari ialah cara megubah ikatan kain batik atau pelikat.di dalam seni persilatan kain batik dan pelikat sering digunakan dalam pertandingan mahupun persembahan.seperti yang diketahui umum,terdapat pelbagai cara untuk mengikat kain batik atau pelikat dan cara mereka diikat adalah berbeza di setiap negeri.oleh itu,dalam projek ini,mahasiswa dan mahasiswi UKM dikehendaki mengubah sendiri cara ikatan kain batik atau pelikat yang dapat menunjukkan nilai inovasi mereka.selain itu,terdapat pertandingan berpantun dalam projek ini yang melibatkan semua ahli untuk berpantun.melalui pertandingan ini,mahasiswa dan mahasiswi UKM dapat mengembangkan cara pemikiran mereka dan juga menunjukkan nilai kreativiti mereka dalam mereka pantun mahupun mengubah pantun yang sedia ada. 7

5.0 LAMPIRAN LAMPIRAN A:KERTAS KERJA PROJEK KERTAS KERJA KEM PEMBINAAN INSANIAH WAJA DIRI FATANI UKM 2013 TARIKH 20 DISEMBER - 22 DISEMBER 2013 TEMPAT RIMBARIA SUARA HUTAN, SUNGAI CONGKAK, HULU LANGAT, SELANGOR 8

ANJURAN KELAB SENI GAYUNG FATANI (ARTISUKMA) UKM DENGAN KERJASAMA URUSETIA ARTISUKMA DAN PUSAT KEBUDAYAAN UKM TEMA FATANI MEDAN TRANSFORMASI JATI DIRI KERTAS KERJA KEM PEMBINAAN INSANIAH WAJA DIRI FATANI UKM 2013 1.0 TUJUAN KELAB SENI GAYUNG FATANI (ARTISUKMA) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan daripada Jabatan Perkhidmatan Pelajar UKM untuk mengadakan Kem Pembinaan Insaniah Waja Diri Fatani UKM 2013 yang dianjurkan oleh Kelab Seni Gayung Fatani (Artisukma) Universiti Kebangsaan Malaysia. 2.0 PENGENALAN/LATAR BELAKANG 2.1 Pengenalan ringkas kelab Kelab Seni Gayung Fatani (Artisukma) UKM adalah diuruskan oleh pelajar-pelajar UKM yang datang dari pelbagai fakulti. Buat masa kini jumlah ahli adalah melebihi 60 orang pada setiap sesi pengajian termasuk pelajar-pelajar ko-kurikulum. Bilik Gerakan kelab ini 9

bertempat di Bangunan Pusanika UKM. Tujuan kelab ini ditubuhkan adalah untuk melestarikan ilmu seni warisan bangsa secara tradisional dan bersifat akademik. Kelab ini juga membantu menjalankan aktiviti ko-kurikulum seni silat dan projek projek kebudayaan di peringkat universiti, fakulti dan kolej. 2.2 Sejarah/Rekod Kelab Seni Gayung Fatani (Artisukma) UKM telah ditubuhkan pada tahun 1984 dan bergerak aktif di bawah naungan Urusetia Artisukma dan Pusat Kebudayaan UKM. Pelbagai aktiviti telah banyak dijalankan sejak ditubuhkan. Antara aktivitinya adalah bengkel seni silat, persembahan dan demonstrasi silat sempena hari keluarga kolej, fakulti dan pesta konvokesyen, kursus pengurusan seni budaya, kem kecemerlangan diri, demonstrasi seni mempertahankan diri wanita, pertandingan seni silat peringkat UKM dan negeri serta lain-lain aktiviti di dalam dan luar kampus yang juga melibatkan aktiviti pengantarabangsaan seperti Kunjungan Budaya Ke Vietnam, Australia, China, Hong Kong dan sebagainya. 2.3 Bagaimana lahirnya idea untuk menjalankan program ini Idea untuk menjalankan program ini tercetus untuk mengeratkan lagi hubungan antara ahli-ahli kelab yang terdiri daripada pelajar pelbagai jurusan dan tahun pengajian. Program ini dapat mengurangkan lagi jurang di antara pelajar tidak kira bangsa atau negara. Secara tidak langsung, program ini melatih pelajar untuk menguruskan sesuatu aktiviti, berinteraksi dengan pelbagai pihak dan membina keyakinan terhadap kebolehan diri sendiri seterusnya bekerjasama untuk menjayakannya. Melalui program ini, pelbagai ciri-ciri seperti kepimpinan, berkomunikasi, pengurusan dan sebagainya dapat diketengahkan oleh pelajar dalam menimba ilmu untuk 10

menguruskan sesuatu aktiviti seperti Kem Pembinaan Insaniah Waja Diri Fatani UKM 2013. Selain itu, Seni Silat Melayu merupakan satu warisan Melayu penting yang memerlukan generasi-generasi remaja sekarang mewarisinya agar warisan ini tidak hilang dibawa arus zaman kemodenan. Ilmu silat ini juga dapat membentuk keperibadian sebenar generasi muda zaman sekarang dari segi akhlak, disiplin dan kepimpinan. Lebih-lebih lagi sebagai mahasiswa yang merupakan suara atau jurubicara kepada masyarakat. Mereka perlu mengembangkan ilmu Seni Silat Melayu kepada masyarakat yang hampir melupakan warisan nenek moyang mereka sejak akhir-akhir ini. Menyedari hakikat inilah, Kelab Seni Gayung Fatani (Artisukma), Universiti Kebangsaan Malaysia Sesi 2012/2013 telah mengatur satu program iaitu Kem Pembinaan Insaniah Waja Diri Fatani UKM 2013 bagi tujuan memberikan pendedahan kepada pelajar untuk menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan faedahnya mereka mempelajari ilmu tersebut disamping memantapkan ilmu mempertahankan diri. Sebagai seorang pesilat, sifat kepimpinan dan berani perlu ada pada diri seseorang itu. Di samping itu, program ini dijalankan untuk mendidik diri mengenai pentingnya ilmu mempertahankan diri bagi menempuh kehidupan di dunia sekarang yang penuh cabaran dalam kehidupan. Selain itu, ia juga bagi melahirkan mahasiswa yang dinamis, progresif serta cemerlang dalam akademik dan ko-kurikulum dalam pembinaan sahsiah dan keintelektualan mahasiswa. 3.0 MISI Kem Pembinaan Insaniah Waja Diri Fatani UKM 2013 yang dianjurkan oleh Kelab Seni Gayung Fatani (Artisukma) Universiti Kebangsaan Malaysia di mana penganjurannya adalah untuk memberi ruang kepada setiap ahli menghayati dan menghargai keindahan seni silat yang telah diwariskan oleh generasi terdahulu selain memupuk kasih sayang dan 11

silaturrahim di antara ahli Kelab Seni Gayung Fatani di Universiti Kebangsaan Malaysia supaya ukhwah terus terjalin antara satu sama lain. 4.0 MATLAMAT 4.1 Memupuk dan melahirkan mahasiswa yang bertanggungjawab pada diri, agama, bangsa dan akademik. 4.2 Memberi kesedaran kepada mahasiswa akan pentingnya ilmu persilatan Melayu dan juga Seni Silat Gayung Fatani yang menjadi jati diri bangsa melayu. 4.3 Membina sahsiah yang cemerlang, gemilang, terbilang dalam diri mahasiswa bagi membina kebahagian hidup di dunia dan akhirat. 5.0 OBJEKTIF 5.1 Melahirkan mahasiswa yang berjiwa patriotik dan mempunyai daya ketahanan diri serta kekuatan peribadi. 5.2 Memberi peluang kepada mahasiswa yang terlibat dalam Seni Gayung Fatani untuk lebih mengenali falsafah dan ketinggian ilmu Seni Silat Melayu yang digarapkan secara ilmiah dan tradisional sifatnya. 5.3 Menghasilkan mahasiswa yang kreatif, inovatif dan berbudaya disamping cintakan warisan seni kebanggaan negara. 5.4 Memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan dan melatih sifat kepimpinan pada diri peserta. 5.5 Mengukuhkan ikatan silaturrahim dan saling membantu di kalangan peserta. 6.0 TEMA FATANI MEDAN TRANSFORMASI JATI DIRI 12

7.0 ANJURAN Kelab Seni Gayung Fatani (Artisukma) Universiti Kebangsaan Malaysia 8.0 TARIKH DAN MASA Program ini dicadangkan untuk diadakan pada : Tarikh: 20 Disember 22 Disember 2013 (Jumaat-Ahad) Masa: 10.00 Pagi (Jumaat) - 2.30 Petang (Ahad) 9.0 TEMPAT PROGRAM Rimbaria Suara Hutan, Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor 10.0 PUBLISITI Strategi publisiti: Menyediakan banting dan pamplet Kawasan liputan: Kelab Seni Gayung Fatani (Artisukma) UKM 11.0 CADANGAN PERASMI Perasmian Pembukaan dan Penutup: Encik Roslan Abd Salam Penasihat Kelab Seni Gayung Fatani (Artisukma) UKM 12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM 13.0 STRUKTUR ORGANISASI 13

Rujuk Lampiran A. 14.0 TENTATIF PROGRAM Rujuk Lampiran B. 15.0 PERINCIAN PROGRAM 15.1 Ceramah : Silat Dari Perspektif Islam Ceramah ini diadakan bertujuan untuk memberi ruang kepada para peserta untuk mendedahkan teknik dan langkah yang betul dalam persilatan. Melalui slot ini juga, para peserta juga diberi pemahaman mengenai silat dari perspektif Islam. Oleh itu diharap para peserta akan dapat memahami silat dari perspektif Islam bukan dari sudut fizikal sahaja malah rohani. 15.2 Merentas Rimba Ria Aktiviti ini mendedahkan para peserta mengenai alam semulajadi ciptaan Allah. Dalam masa yang sama, mendidik jiwa para peserta agar menjiwai suara alam dan memberi peluang kepada para peserta mendapatkan ketenangan sebelum menghadapi peperiksaan. 15.3 Bengkel 1 : Latihan Dalam Kumpulan Di dalam bengkel ini, para peserta akan menjalankan aktiviti mengikut kumpulan masing-masing. Para peserta didedahkan dengan beberapa aktiviti seperti permainan dalam kumpulan, menyelesaikan sesuatu tugasan yang di berikan dalam kumpulan dan sebagainya. Matlamat aktiviti ini dijalankan bagi memupuk semangat kerjasama dan ukhwah antara satu sama lain. 15.4 Persembahan Kebudayaan 14

Para peserta akan diberi tugasan secara kumpulan untuk membuat persembahan kebudayaan mengikut kreativiti ahli kumpulan masingmasing. Tema persembahan ialah bersifat alam semulajadi sebagai terapi minda. Matlamat persembahan ini adalah untuk mendedahkan para peserta agar berfikiran kreatif. 15.5 Ujian Kenaikan Bengkung Ujian kenaikan bengkung adalah ujian yang akan dikenakan terhadap ahli Kelab Seni Gayung Fatani (Artisukma) UKM bagi tiap-tiap semester. Ujian ini akan membolehkan ahli-ahli kelab melayakkan diri untuk mempelajari ilmu persilatan yang lebih tinggi tahapnya. Ahli-ahli kelab perlu melepasi markah lulus dan seterusnya dianugerahkan kenaikan bengkung. Ia meliputi bunga sembah, jurus silat, buah pukul, tapak empat dan juga tempur. 15.6 Interaksi Alam Rimba Aktiviti ini merupakan aktiviti penutup kepada Kem Pembinaan Insaniah Waja Diri Fatani UKM 2013. Di dalam aktiviti ini para peserta ini didedahkan dengan cara untuk muhasabah diri setelah selesai menjalankan aktiviti. 16.0 BELANJAWAN Rujuk Lampiran C. 17.0 PEJABAT URUSAN Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila hubungi: Bilik Kelab Seni Gayung Fatani (Artisukma) UKM 15

Paras 3, Bangunan Pusanika Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor Darul Ehsan. Atau hubungi: Yuzairi bin Mohd Yusof Ketua Pengarah Kem Pembinaan Insaniah Waja Diri Fatani UKM 2013 Kelab Seni Gayung Fatani (Artisukma) UKM. No. Telefon: 019-6292204 E-mel: myyuzairi@gmail.com 18.0 PENUTUP Menjadi harapan kami agar kertas kerja ini dapat diluluskan dengan kadar segera oleh pihak JPPEL dan dengan harapan juga pihak JPPEL dapat menghulurkan sedikit sebanyak sumbangan bantuan kewangan bagi melancarkan Kem Pembinaan Insaniah Waja Diri Fatani UKM 2013 ini. Semoga bengkel ini dapat dijalankan dengan jayanya di samping peserta-peserta Seni Gayung Fatani (Artisukma) UKM dapat mengaplikasikan segala ilmu persilatan yang telah dipelajari sepanjang penglibatan diri dalam kelab ini. Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu melicinkan urusan sepanjang menguruskan program atau bengkel ini khususnya kepada pihak JPPEL sendiri. Disediakan oleh 16

... YUZAIRI BIN MOHD YUSOF Ketua Pengarah Kem Pembinaan Insaniah Waja Diri Fatani UKM 2013 Kelab Seni Gayung Fatani (Artisukma) Universiti Kebangsaan Malaysia 019-6292204 Disemak oleh... NUR ADILAH BT MD ADNAN Setiausaha Kem Pembinaan Insaniah Waja Diri Fatani UKM 2013 Kelab Seni Gayung Fatani (Artisukma) Universiti Kebangsaan Malaysia 012-3660949 Disahkan oleh... ROSLAN ABD SALAM Penasihat Kelab Seni Gayung Fatani (Artisukma) Universiti Kebangsaan Malaysia 17

017-6380338 LAMPIRAN A STRUKTUR ORGANISASI KEM PEMBINAAN INSANIAH WAJA DIRI FATANI UKM 2013 Penaung Y.Bhg. Prof. Tan Sri Dato Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin Naib Canselor, UKM Pengerusi Y.Bhg. Prof. Dr. Ir. Othman A. Karim Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UKM Penyelaras Tuan Haji Musa Zainal Abidin Othman Timbalan Pendaftar Jabatan Perkhidmatan Pelajar, UKM Penasihat Encik Roslan Abd Salam Penasihat Kelab Seni Gayung Fatani (Artisukma), UKM Ketua Pengarah Yuzairi bin Mohd Yusof FST/3 A136645 18

019-6292204 Timbalan Ketua Pengarah Ahmad Safwan bin Shahruddin FKAB/1 A144234 013-4486870 Pengarah Projek Mohd Insani bin Abdullah FSSK/3 A137169 017-9776882 Timbalan Pengarah Projek Liyana binti Abd Talib FPEND/1 A143901 013-6233361 Setiausaha Nur Adilah binti Md Adnan FTSM/1 A146396 012-3660949 Timbalan Setiausaha Khairunnisa binti Mohd Ismail FPI/3 A139019 0111-5690093 Bendahari Nur Elliya Azman FSSK/1 A145224 017-2769487 Timbalan Bendahari Wan Nor Aziemah binti Wan Azman FSSK/3 A138059 19

017-5652286 EXCO-EXCO PROGRAM Exco Pemasaran Nur Anis Fasha binti Roslan FKAB/1 A144150 012-6034626 Nurul Athirah binti Mohamad Kamil FKAB/1 A144096 010-5732774 Exco Pengangkutan Rafikah binti Nordin FSSK/1 A145285 013-4486870 Exco Sukan dan Rekreasi Zaimuddin Bin Mohd Anizan FPI/3 A138131 013-3104132 Dalila Syaherra binti Romli FKAB/1 A143917 012-4806303 Exco Jamuan Aimi Najiha binti Rosli FTSM/1 A146218 011-23200410 Exco Publisiti Nadiah binti Mohd Zakie FSSK/1 A145241 017-2967752 20

Exco Cenderamata Nor Suzawani binti Sudin FPEND/1 A143886 014-5924023 Exco Teknikal Najmuddin bin Mohd Faudzir FST/1 A145818 017-3232497 Exco Kebajikan Nurul Hidayu binti Saberi FKAB/1 A143907 012-6438636 21

LAMPIRAN B:SURAT KELULUSAN JPPEL YUZAIRI BIN MOHD YUSOF KETUA PROJEK No, Kelulusan : DN00775/2013 Tarikh:3 Disember2013 KEM PEMBINAAN INSANIAH WA]A DIRI FATANI UKM 2013 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Saudara/saudari, KELULUSAN MENGORGANISASI/PERHIMPUNAN (KAEDAH UKM, TTP 1999 BAHAGIAN II, KAEDAH 9(1), (2) & (3) DAN 13(1) & 13(2)) KEPADA PROTEK KEM PEMBINMN INSANIAH WAJA DIRI FATANI UKM 2013 Adalah dimaklumkan bahawa Timbalan Naib Canselor (HEPA) telah meluluskan projek yang tersebut di atas 2. Maklumat kelulusan ini adalah seperti berikut: No Kelulusan:DN 00775/2013 Kewangan:RM 300.00 Peruntukan: Kegiatan Mahasiswa UPSP (BG-M-12HXOO1-Of-O602OO5- B421OO) Tarikh: 20/12/ 2013 22/12/2013 Tempat: RIMBARIA SUARA HUTAN, SUNGAI CONGKAK HULU LANGAT, SELANGOR Anjuran:KELAB SENI GAYUNG FATANI UKM Peserta: :Mahasiswa/i UKM 22

Lain-lain: 1.Tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan di muka sebelah. 2.Sila jaga nama baik Universiti Kebangsaan Malaysia. 3.Mendapatkan penggunaan ruang/tempat, kemudahan-kemudahan, peralatan, perkhidmatan di UKM adalah tertakluk kepada pihak-pihak yang berkenaan. 4.Jika majlis perasmian atau aktiviti melibatkan kehadiran Y.B. Menteri Kabinet, Menteri Besar atau Timbalan Menteri hanyalah ditandatangani oleh Naib Canselor UKM sahaja. 5. Sebarang perubahan berkaitan dengan pengisian program seperti pertukaran perasmi, penceramah, masa, tempat dan tarikh program perlulah mendapat kelulusan daripada lppel terlebih dahulu. 6. Jadikan program ini sebagai medium/kaedah yang baik bagi mencapai matlamat integrasi kaum di kalangan mahasiswa UKM. 7. Sila pilih pemudahcara yang komited, dedikasi, cemerlang, terlatih dan memahami aspirasi UKM serta agenda Nasional. Sekian, terima kasih. MENGILHAM HARAPAN, MENCIPTA MASA DEPAN" Yang benar, MUSA ZAINAL ABIDIN OTHMAN b.p Timbalan Naib Canselor (HEPA) SK -TNC HEPA - Penasihat,KEM PEMBINAAN INSANIAH WAJA DIRI FATANI 2013 23

-Ketua, Bahagian Keselamatan,UKM Unit Pembangunan Sahsiah Pelajar, Jabatan Perkhidmatan Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Telefon: +603-89213146153413194 Faksimili: +603-89256798 I8921 4534EIJ;tel:rusu.ipppl@rojlq LamanWeb: httn://wwry.ukm.mv/innel 24

LAMPIRAN C:MINIT MESYUARAT BIL NAMA 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 NUR 'ADILAH BINTI MD ADNAN NADIAH BINTI MOHD ZAKIE NUR ELLIYA BINTI AZMAN NUR ANIS FASHA BINTI ROSLAN LIYANA BINTI ABDUL TALIB NURUL HIDAYU BINTI SABERI AIMI NAJIHA BINTI ROSLI NOR SUZAWANI BINTI SUDIN NAJMUDDIN BIN MOHD FAUDZIR AHMAD SAFWAN BIN SHAHRUDDIN MOHD. INSANI BIN ABDULLAH WAN NOR AZIEMAH BINTI WAN AZMAN YUZAIRI BIN MOHD YUSOF ZAIMUDDIN BIN MOHD ANIZAN KHAIRUNNISA BINTI MOHD ISMAIL NO.MATRIK M1(19/9) M2(22/11) M3(26/12) A146396 A145241 A145224 A144150 A143981 A143907 A146218 A143886 A145818 A144234 A137169 A138059 A136645 A138131 A139019 25

16 17 NURUL ATHIRAH BINTI MOHD KAMIL DALILA SYAHEERA BINTI ROMLI A144096 A143917 26

LAMPIRAN D:GAMBAR SEMASA PROJEK Setelah Selesai Ujian Kenaikan Bengkung 27

Majlis Penutup 28

Ujian Kenaikan Bengkung 29

Penyampaian Hadiah 30

Gambar Bersama Alumni Silat Gayung Fatani 31