Panduan Guru Versi 2. Layari untuk versi terbaru.

dokumen-dokumen yang mirip
Panduan Guru Versi 1. Layari standtogether.my/competition untuk versi terbaru.

DUA BENAR SATU BOHONG

CABARAN PROGRAM BLITZ SELAMA 6 MINGGU

Memahami Demensia. Talian Maklumat Demensia:

Pengurusan Bilik Darjah

Cabaran dalam Menjaga Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Erica Lovel

PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 4 Bandar Kinrara Laman web sekolah: / E-mel:

PENGAJARAN Sistem Nombor Perduaan Mengenal pasti nombor perduaan dan nombor perpuluhan

Penilaian Kempen Tak Nak. Dan. Tinjauan Polisi Pengawalan Tembakau Antarabangsa SOAL SELIDIK REMAJA ARAHAN

Keperluan Komunikasi. Komunikasi Berkesan 2/2/2016

Hasrat Penjagaan Saya

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

Peranan Penyokong Kumpulan Advokasi Diri

FACT SHEET

Menjamin Keselamatan Peranti Digital Anda. Melindungi Penyambungan Anda. Etika Penggunaan Peranti Mudah Alih

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

BAHAGI...OH...BAHAGI...! Oleh. Sinah anak Robinson Sekolah Kebangsaan Mubok Berawan, Serian, Sarawak. Abstrak

MODUL PENGENDALIAN AKTIVITI GALAKAN MEMBACA. Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan Awam Pustaka Negeri Sarawak

Borang soal selidik iklim keselamatan perkerjaan Nordic

ARAHAN: ( )

Rahsia Marketing Plan Guru Coklat

CHIA CHONG YANG A143398

Seterusnya? Memahami Kesedihan

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

SOALAN-SOALAN LAZIM. 3. Adakah sexting atau menghantar gambar kemaluan satu bentuk gangguan dalam talian?

NUR FARA AYUNI BINTI ABDUL RAFFAR PISMP AMBILAN JANUARI 2012 RBT 1

11 Cerita Sosial Adab

Membudayakan Kemahiran Berfikir KEMENTERIAN 1 PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu

MODUL PENGENDALIAN AKTIVITI GALAKAN MEMBACA. Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan Awam Pustaka Negeri Sarawak

TIP UNTUK MEMPERTAHANKAN DIRI

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Hasil temu bual dengan murid ini akan digunakan untuk menjawab soalan kajian yang empat dan lima. 2. Bolah nyatakan sebab anda ke sekolah?

(3) mahu membawa awak ke kawasan Geylang Serai pula. (4) belum pernah menonton persembahan muzik tradisional

PENGURUSAN ADUAN BAGI PETUGAS BARISAN HADAPAN SEKTOR AWAM Oleh Bahagian Perhubungan Korporat Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

ECO-SCHOOLS. Helaian Sumber Fasilitator 9 Pemerolehan Anugerah

Cahaya, Kasih Sayang dan Kegembiraan Sepanjang Perjalanan

Diterjemahkan oleh Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip (2010)

SOAL SELIDIK BUKAN PEROKOK DEWASA (MENGHUBUNGI SEMULA) TEMUBUAL MELALUI TELEFON

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN LARIAN HARI KEPUTERAAN SULTAN NAZRIN SHAH [LHKSNS] 2017 (Sila luangkan masa untuk membaca syarat2 dan peraturan di bawah)

HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI (Set31) BAGAIMANA PENGGUNAAN JARINGAN SOSIAL MEMBERI KESAN KEPADA KANAK-KANAK.

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

CONTOH KERTAS ARAHAN KEMAHIRAN SOSIAL (KENDIRI) JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA ARAS 7 & 8 BLOK D4, PARCEL D PUTRAJAYA

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

Malay. 1 Soalan: Saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang saya telan, suntik atau gunakan pada tubuh saya.

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

Tajuk Ebook: Rahsia 5 Langkah Mudah Perniagaan TASKA Didedah. Ditulis oleh: Ummi Sofea

1 of 5 PENYATAAN PRIVASI EDUCATE TO LEARN SDN BHD

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR

Unit 5 Pendekatan Tematik

Peranan Guru Peranan Pelajar Sebelum Sebelum Semasa Semasa Selepas Selepas

Penafian 15 MINIT SIAPKAN KIRA KOS BINA & LUAS RUMAH BANGLO

POLISI PEMBELIAN. Pembelian Produk Samak. Produk Pesanan SAMAK SERTU SERVICES SDN BHD POLISI PEMBELIAN

DARI BURUK KE BAIK. Oleh. June Sim Mei Lin ABSTRAK

Polisi Privasi. Pengenalan

PENDIDIKAN KESIHATAN

KETAGIHAN INTERNET SATU PENYAKIT MENTAL? Ketahuilah sama ada anda seorang penagih internet atau tidak. Oleh Redy Jeffry Mohamad Ramli

PENDIDIKAN KESIHATAN

PANDUAN DAN PERATURAN-PERATURAN PENTAULIAHAN DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA 2006 PANDUAN DOKUMENTASI BUKU LOG DAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

Sila baca setiap soalan dengan teliti dan jawab seberapa tepat yang anda boleh.

Mengenali Apa Itu Emel Phishing

Polisi Privasi Smiggle

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

BUKU PANDUAN IBU BAPA

Apakah terma dan syarat yang dimaksudkan? Kami akan membimbing anda satu persatu bermula dengan:

BAB 3 : TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

MODUL 6: HUTANG KAWAN ATAU LAWAN? Isi Kandungan. 6.0 Pengenalan. 6.1 Definisi dan tujuan pinjaman. 6.2 Sumber-sumber dan jenis-jenis pinjaman

GARIS PANDUAN Pembangunan Laman Web Universiti Kebangsaan Malaysia

Melindungi Anak-anak di Alam Siber

Kesetiaan kepada Syarikat

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

Simdrom Down. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

KAJI SELIDIK INDEKS GAYA PEMBELAJARAN

Yang terakhir diubah suai: 29 Ogos 2016 (lihat versi yang diarkibkan) (Contoh melalui hiperpautan disediakan di akhir dokumen ini.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 Mata Pelajaran Pendidikan Islam ( Akidah )

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

SESI TAKLIMAT FORMAT PEPERIKSAAN PSLE, Februari 2017, Sabtu

Buat Apa Yang Betul. Kod Etika

Mencipta Alat Permainan Magnet Daripada Bahan Terbuang: Kaedah Alternatif Mengajar Topik Magnet

Peraduan InstaHarapan AADK

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

Dapatkan sekarang Rujukan Pantas Temuduga Separa Perubatan di laman

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

Kenalpasti seorang murid anda yang bersifat ekstrovert dan seorang lagi yang bersifat

Transkripsi:

Panduan Guru Versi 2. Layari www.standtogether.my/teacher untuk versi terbaru.

PANDUAN GURU Pengenalan Buku ini adalah panduan bagi guru-guru yang ingin mengambil bahagian dalam Minggu Baik Hati Kebangsaan #StandTogether yang akan berlangsung pada minggu pertama setiap April (April 2-6, 2018). Aktiviti-aktiviti ini hanya mengambil masa 10-15 minit setiap hari, tetapi ia mampu menambahbaik budaya dan suasana sekolah anda! 1 PANDUAN INI TERBAHAGI KEPADA 2 BAHAGIAN: Aktiviti Kelas Harian Aktiviti-aktiviti ini hendaklah dijalankan di setiap kelas setiap hari semasa Minggu Baik Hati Kebangsaan. Guru Tingkatan akan jalankan aktiviti-aktiviti tersebut semasa waktu pengajarannya. Pihak sekolah juga bebas untuk menjalankan aktiviti-aktiviti mereka sendiri! 2 Cabaran Baik Hati Cabaran Baik Hati adalah sebuah senarai semak harian perbuatan kebaikan yang para pelajar atau guru perlu lakukan. Selepas anda tandakan senarai perbuatan pada hari tersebut, tulis bagaimana perasaan anda! Terdapat dua senarai semak yang berbeza, satu untuk para guru, dan satu lagi untuk para pelajar. Apa Itu Minggu Baik Hati Kebangsaan? Minggu Baik Hati Kebangsaan adalah sebuah program tahunan bertujuan untuk memulakan revolusi kebaikan di semua sekolah seluruh negara. Ia akan dijalankan pada setiap minggu pertama bulan April setiap tahun, bermula tahun 2018 ini! Sepanjang minggu ini, pihak sekolah boleh menganjurkan aktiviti-aktiviti yang mampu mewujudkan budaya sikap baik hati dan saling memahami di kalangan pelajar, guru, kakitangan dan juga komuniti di luar sekolah. Ketahui lebih lanjut di www.standtogether.my. Lawati www.standtogether.my/teacher untuk muat turun bahan tambahan para guru, termasuk permainan, tips daripada pakar bagaimana untuk membanteras buli dan video pendidikan.

BAGAIMANA ANDA BOLEH AMBIL BAHAGIAN Bagaimana Untuk Mengambil Bahagian Dalam Minggu Baik Hati Kebangsaan 1 DAFTAR Layari laman web www.standtogether.my/register dan isi borang pendaftaran yang disediakan. 2 MUAT TURUN BAHAN-BAHAN Muat turun buku Panduan Guru yang mengandungi aktiviti-aktiviti kelas yang ringkas dan panduan bagaimana untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut. 3 LAKSANA Jalankan aktiviti-aktiviti yang terdapat di dalam buku panduan tersebut sepanjang Minggu Baik Hati Kebangsaan (2 6 April) di kelas atau kelab/persatuan. KONGSI! Libatkan seluruh sekolah anda! Muat turun Panduan Pengetua dan kongsikannya dengan pengetua sekolah anda. Panduan ini mengandungi 8 langkah terbaik untuk memberantas buli di mana sekolah anda boleh praktikkan untuk mengurangkan perlakuan buli. Sahkan penyertaan sekolah anda! Jika pengetua anda telah bersetuju untuk mengambil bahagian dalam Minggu Baik Hati Kebangsaan (setelah membaca Panduan Pengetu, sila e-mel Surat Pengesahan Penglibatan Sekolah kepada alltherage@thestar.com.my dengan subjek Pengesahan Pengilibatan Sekolah #StandTogether. AJAK PELAJAR-PELAJAR ANDA UNTUK SERTAI PERTANDINGAN! Kami akan menghadiahkan geran sehingga RM1,000 kepada 25 Projek Baik Hati yang dikendalikan oleh pelajar! Minta pelajar-pelajar kongsikan idea bagaiman untuk memupuk sikap baik hati di sekolah, dan hantarkannya kepada kami di www.standtogether.my/competition. Pelajar-pelajar yang terpilih akan menerima lawatan selebriti ke sekolah mereka!

panduan guru Sebelum Anda Mula Sebelum anda mulakan aktiviti-aktiviti ini pada hari Isnin, sila baca garis panduan di bawah bagaimana untuk mengenal pasti dan menangani masalah buli di kelas anda. Garis panduan ini sebagai persediaan jika pelajar-pelajar anda mengadu jika mereka pernah dibuli. Bagaimana saya tahu jika pelajar dibuli? 1. 2. 3. 4. 5. Berikut adalah beberapa tanda mereka dibuli: Kecederaan yang tidak mampu dijelaskan dan kehilangan atau kerosakan baju, buku, alat eletronik dan barang kemas. Kerap sakit kepala atau sakit perut, tidak sihat atau pun berpura-pura sakit. Pelajaran merosot, hilang minat dalam menyiapkan kerja rumah, atau enggan ke sekolah. Hilang kawan secara mendadak atau kurang bergaul. Perlakuan distruktif seperti ponteng kelas atau sekolah, mencederakan diri sendiri secara fizikal, atau bercakap mengenai bunuh diri. 1. 2. 3. 4. 5. Apa yang patut saya lakukan jika pelajar saya dibuli? Sentiasa ambil berat perkara yang disampaikan oleh mereka. Amat penting untuk anda mendengar kisah mereka dan beri mereka semangat. Bersabarlah! Sukar sebenarnya untuk seorang kanak-kanak bercerita kerana buli adalah sesuatu yang sangat menyeksakan untuk diceritakan. Jangan pernah salahkan kanak-kanak tersebut atas apa yang telah berlaku atau beritahu mereka untuk abaikan sahaja, atau perkara tersebut sebahagian daripada proses pembinaan jati diri. Membuli bukanlah suatu pembinaan karakter. Malah, membuli membunuh keupayaan kanak-kanak tersebut untuk mencapai potensi maksimal mereka. Jika anda ada melihat insiden buli berlaku atau ada pelajar yang melaporkan kejadian tersebut pada anda, pergi dan campur tangan dengan segera. Apa sahaja kes buli, penting untuk pembuli memahami bahawa perlakuan mereka itu salah. Setiap situasi buli itu unik. Ambil masa untuk memahami dinamik situasi tersebut supaya anda boleh mengambil langkah terbaik untuk menanganinya. Contohnya, jika berlaku pergaduhan fizikal, jangan leraikan dan beritahu mereka untuk main bersama-sama dengan elok. Perkara tersebut takkan berlaku. Hormati permintaan mangsa untuk merahsiakan dirinya dibuli. Jika ada pelajar yang datang mengadu tetapi mereka tidak mahu anda mengambil tindakan, hormati keputusan mereka dan bantu mereka selesaikan situasi tersebut sendiri. Jika keselamatan kanak-kanak tersebut terancam adalah lebih baik untuk mengambil tindakan (*Ada masanya kita patut bersuara, contohnya apabila keselamatan kanakkanak tersebut terancam).

ISNIN Pengenalan Kepada Cabaran Baik Hati BAHAN-BAHAN: Student Kindness Checklist (disertakan di lampiran). Anda juga boleh memuat turun dan dapatkan senarai semak ini di www.standtogether.my/resource BAGAIMANA? 1 Cetak Student Kindness Checklist daripada bahagian Cabaran Baik Hati dan agihkan kepada semua pelajar di kelas. 2 Terangkan pada para pelajar apa yang mereka lakukan sepanjang minggu ini. Setiap kali pelajar anda melakukan suatu kebaikan dari senarai tersebut, minta mereka tandakan kotak Done. 3 Tandatangan senarai semak mereka setiap kali mereka selesai melakukan satu perbuatan baik hati dan isikan bahagian Bagaimana perasaan anda. 4 Ingatkan para pelajar untuk menyelesaikan senarai semak tersebut sepanjang minggu ini. Hari ini, mereka perlu katakan sesuatu yang baik kepada guru, pelajar atau seseorang yang mereka tidak kenali. Ingatkan pelajar anda untuk tonton Video Pendidikan Selebriti #StandTogether hari Isnin di laman web www.standtogether.my

SELASA Senaraikan Tingkah Laku Jahat Minta para pelajar untuk menyenaraikan tingkah laku jahat bersama-sama (cth: memanggil nama, menarik rambut, bergosip, dll) dan pastikan mereka bersama-sama bersetuju untuk menukar setiap tingkah laku jahat tersebut dengan tingkah laku yang baik. Menukar setiap tingkah laku jahat kepada sesuatu yang baik mampu mengubah suasana kelas menjadi lebih ramah. BAHAN-BAHAN: Kertas Mahjong Pen Marker Pen dan kertas (daripada pelajar) 1 TANYAKAN MEREKA APA YANG MEREKA RASAKAN ADALAH KELAKUAN YANG JAHAT Contohnya: Kelakuan memanggil nama boleh digantikan dengan perbuatan memuji. Bimbing pelajar-pelajar untuk merenung dan Tambahkannya pada kertas sama yang ditulis memikirkan kelakuan jahat yang mereka pernah dalam soalan #1 dan lipat kertas tersebut. saksikan. Adakan kelakuan itu menyakitkan diri Kumpul semua kertas-kertas jawapan pelajar. mereka sendiri ataupun orang lain? Beri mereka beberapa contoh. Pastikan mereka 3 TULIS JAWAPAN PELAJAR sertakan contoh-contoh kelakuan fizikal (memukul, mencubit, menolak, dll) dan kelakuan Tampal sehelai kertas mahjong di atas papan bukan fizikal (menyebarkan khabar angin, putih/papan hitam. memuatnaik gambar-gambar memalukan di Jika ada jawapan yang berulang (atau jawapan atas talian, membuat lawak yang menyakitkan, tersebut hampir sama dengan jawapan memulaukan seseorang dari kumpulan, dll) sebelumny, anda tak perlu tuliskannya lagi. Minta pelajar-pelajar untuk menulis SATU contoh Anda hanya perlu kira jumlah jawapan sama yang kelakuan jahat atas sehelai kertas dan lipat kertas telah diberi, dan tuliskannya di sebelah jawapan tersebut. sebenar. d) Kumpul kertas-kertas jawapan para pelajar. 2 MINTA PARA PELAJAR UNTUK MENCADANGKAN SATU KELAKUAN BAIK 4 PELAJAR-PELAJAR BERIKRAR UNTUK MENGELAK KELAKUAN-KELAKUAN JAHAT INI DAN BERSIKAP BAIK HATI UNTUK MENUKAR KELAKUAN JAHAT ITU Tampal kertas mahjong ini di mana-mana dinding Minta para pelajar untuk mencadangkan satu kelas. kelakuan baik yang boleh menggantikan kelakuan Minta semua pelajar untuk berikrar sesama jahat itu. sendiri untuk menggantikan kelakuan jahat tersebut dengan kelakuan baik Ingatkan pelajar-pelajar untuk menonton Video Pendidikan Selebriti #StandTogether hari Selasa di laman web www.standtogether.my. Video hari ini adalah tentang jenis-jenis buli. Semak bagaimana perkembangan pelajar-pelajar anda dengan Cabaran Baik Hati. Perbuatan hari ini adalah Tuliskan sebuah nota yang memberi galakan kepada rakan anda.

RABU Memahami Tingkah Laku Jahat Semalam, pelajar-pelajar anda sudah pun bersetuju apakah itu kelakuan yang jahat. Matlamat hari ini adalah untuk memahami apakah yang menyebabkan seseorang berkelakuan jahat dan mengapa sesetengah orang menjadi sasaran pembuli berbanding orang lain. Bincangkan dengan para pelajar apakah punca sebenar seseorang berkelakuan ganas ataupun jahat. Latihan ini menggalakkan pelajar-pelajar untuk menyelami dan memahami perasaan orang lain. BAHAN-BAHAN Kertas Mahjong Pen Marker Pen dan kertas (daripada pelajar) 1 TANYAKAN PARA PELAJAR APAKAH PUNCA SESEORANG BERKELAKUAN JAHAT Lihat pada kelakuan-kelakuan jahat yang telah kerana dia marah, bagaimana bersikap baik hati boleh menghentikan kemarahan mereka? Bagaimana ia boleh membantu rakan-rakan sekelas mereka? Bagaimana dikenalpasti semalam. Tanyakan pada para pelajar mengapa mereka rasa perasaan anda? Dsb. Minta mereka tulis jawapan mereka pada sehelai kertas sesetengah orang melakukan perkara-perkara jahat itu? dan lipat kertas tersebut. Contohnya, jika semalam seorang pelajar mengatakan bahawa Menumbuk itu adalah kelakuan jahat, tanya pelajar tersebut Apakah punca seseorang menumbuk 4 TULIS JAWAPAN PELAJAR Kumpul semua kertas jawapan dari para pelajar. orang lain? Minta mereka tulis jawapan-jawapan mereka di atas sehelai kertas. Tampal sehelai kertas mahjong pada papan putih/papan hitam. Di hadapan kelas, bacakan jawapan-jawapan pelajar dan tuliskan jawapan tersebut di atas kertas mahjong. 2 TANYAKAN MEREKA MENGAPA SESETENGAH ORANG MENJADI SASARAN Minta para pelajar untuk berfikir mengapa sesetengah individu lebih berkemungkinan untuk dibuli. BERIKRAR UNTUK SALING MENYOKONG Ingatkan para pelajar bahawa pelajar yang membuli selalunya menghadapi masalah di rumah atau masalah Minta mereka tulis pada kertas yang sama dengan soalan #1. peribadi. Ingatkan para pelajar bahawa mereka mampu memastikan bahawa semua rakan sekelas mereka 3 BINCANG BAGAIMAN BERSIKAP BAIK HATI BOLEH MEMBANTU selamat daripada dibuli. Beritahu para pelajar bahawa kita semua lebih kuat apabila kita bekerjasama, dan Rujuk kelakuan baik yang telah dikenalpasti semalam. Tanyakan mereka bagaimana bersikap baik hati boleh membantu kawan-kawan mereka yang dibuli atau kadangkala apa yang diperlukan untuk menghentikan kes-kes pembulian adalah untuk bersuara beramai-ramai. Minta para pelajar berikrar untuk bersikap baik hati dan yang jahat. Contohnya, jika seseorang menumbuk membantu pembuli dan mangsa. Ingatkan pelajar-pelajar untuk menonton Video Duta Selebriti #StandTogether hari Rabu di laman web www.standtogether.my. Semak bagaimana perkembangan pelajar-pelajar anda dengan Cabaran Baik Hati. Perbuatan hari ini adalah Minta maaf kepada kelakuan salah anda kepada seseorang.

KHAMIS Bantuan dan Sokongan Kami ingin memastikan bahawa para pelajar mempunyai seseorang yang mereka boleh percayai dan mengharapkan pada bila-bila masa. Di sini, anda boleh memperkenalkan servis sedia ada yang mampu membantu mereka, di dalam dan luar sekolah. Samada mereka pembuli, pernah dibuli atau perlukan bantuan, mereka boleh manfaatkan senarai di bawah. BAHAN-BAHAN: Pen Marker Papan hitam/papan putih Poster Sokongan #StandTogether (muat turun di www.standtogether.my/support) BAGAIMANA? PERKENALKAN MEREKA DENGAN SERVIS-SERVIS BERIKUT: 1. Bilik Kaunseling Lokasu Siapa guru kaunselor 2. Bantuan talian untuk pelajar-pelajar yang ingin mengadu atau meluahkan perasaan Befrienders - hubungi 03-79568145 or e-mel sam@befrienders.org.my Talian Kasih - hubungi 15999 3. Layari www.standtogether.my/support untuk lihat senarai organisasi yang boleh membantu. Kami sudah menyediakan beberapa tip untuk para pelajar tentang apa yang mereka boleh lakukan jika mereka dibuli (disertakan di bahagian lampiran). Sila bacakan senarai ini bersama pelajar-pelajar anda. Ingatkan pelajar-pelajar untuk menonton Video Pendidikan Selebriti #StandTogether hari Khamis di laman web www.standtogether.my. Video hari ini mengandungi tips untuk pelajar-pelajar yang dibuli. Semak bagaimana perkembangan pelajar-pelajar anda dengan Cabaran Baik Hati. Perbuatan hari ini adalah Tuliskan sebuah nota ucapan terima kasih kepada peniaga kantin anda.

JUMAAT Ikrar Baik Hati Peribadi Sebagai penutup, minta pelajar-pelajar anda untuk menulis ikrar baik hati mereka sendiri untuk tahun ini. Ini boleh membina mereka menjadi bertanggungjawab memperbaiki suasana sekolah, bermula dengan mereka sendiri BAHAN-BAHAN: Pen dan kertas BAGAIMANA? Minta para pelajar untuk tulis sebuah ikrar peribadi di atas sehelai kertas. Ikrar tersebut perlu mengandungi TIGA perkara yang mereka mampu lakukan sepanjang tahun untuk menyebarkan kebaikan. 1. 2. 3. Contoh: Saya berikrar untuk berbuat baik pada satu orang sekali sehari sepanjang tahun. Saya berikrar untuk berhenti menulis komen-komen jahat di media sosial, dan menulis komen yang lebih positif. Saya berikrar untuk mempertahankan kawan saya jika mereka dibuli d) Perkara lain yang mereka boleh ikrarkan: Saya berikrar untuk berjabat tangan atau high-five cikgu saya setiap hari! Saya berikrar untuk menulis nota terima kasih kepada semua guru dan rakan sekelas saya sepanjang tahun Saya berikrar untuk menulis mesej positif di media sosial setiap minggu Saya berikrar untuk membantu kerja rumah kawan saya setiap hari Galakkan pelajar-pelajar anda untuk ikrarkan sesuatu yang mereka mampu lakukan sepanjang tahun, bukan sekali sahaja. Bersikap baik hati sepatutnya menjadi sebuah kebiasaan! Mereka boleh tampal ikrar mereka di dalam bilik, di laman sosial, ataupun simpan sahaja. Ataupun anda boleh reka sebuah papan ikrar baik hati di dalam kelas, di mana pelajar-pelajar boleh tampal ikrar mereka di situ sepanjang tahun. Ingatkan pelajar-pelajar untuk menonton Video Pendidikan Selebriti #StandTogether hari Jumaat di laman web www.standtogether.my. Semak bagaimana perkembangan pelajar-pelajar anda dengan Cabaran Baik Hati. Perbuatan hari ini adalah Tampalkan sebuah nota ucapan terima kasih di pejabat guru anda

LAMPIRAN

Tip untuk pelajar-pelajar yang dibuli Jika anda dibuli, anda tidak keseorangan dan anda bukanlah seorang yang tidak berdaya. Di sini kami kongsikan lima perkara yang anda boleh lakukan hari ini, untuk membantu diri anda. 1. Pertama, jangan salahkan diri anda! Inilah mesej paling penting dan jika anda hanya mampu ingat satu perkara sahaja, ingatlah bahawa ini bukan salah anda. Segala perkara jahat yang dilemparkan atau dilakukan pada anda, ia bukan salah anda dan anda tidak sepatutnya diperlakukan begitu. 2. Pastikan anda dapatkan bantuan. Beritahu guru anda, ibubapa anda, guru kaunselor atau mana-mana orang dewasa yang anda boleh percayai. Kami faham bahawa ia sesuatu yang sukar untuk mengakui diri anda dibuli dan mungkin anda malu, tetapi membuli itu sesuatu yang berlaku hampir pada semua orang. Memberitahu pada seorang dewasa mungkin akan membantu anda mendapatkan bantuan, dan mungkin juga membantu pembuli mengubah kelakuannya. 3. Bersuaralah. Kadangkala, memberanikan diri di hadapan pembuli sekali sahaja pun mampu menghentikan mereka. Jika anda rasa mereka suka membuli anda sebab anda tidak membalas balik, berdepanlah dengan mereka dan buktikan bahawa anda tidak takut untuk mendiamkan mereka. 4. Buat perubahan. Jika anda dibuli secara fizikal, pilihan yang lebih selamat adalah dengan mengelak dengan pembuli. Fikirkan bila dan di mana ia berlaku - jika buli itu berlaku di dalam perjalanan pulang ke rumah, contohnya, ada tak jalan lain yang anda boleh ambil? Ada tak kawan yang anda boleh balik bersama? Cuba fikirkan kawasan yang lebih selamat anda boleh pergi, yang boleh buat anda tidak mudah diserang. Apapun ia, jangan takut untuk lari jika perlu. Tidak perlu malu untuk menyelamatkan diri. 5. Akhirnya, jika anda nampak seseorang dibuli, jangan jadi pemerhati - itu hanyalah seseorang yang berdiri tanpa membuat apa-apa. Bersegeralah melaporkan pada seorang dewasa! Walaupun anda tidak mampu buat apa-apa, jangan hanya berdiri dan melihat. Kadang-kadang, pembuli sukakan perhatian dari orang ramai. Tinggalkan tempat itu, dan yakinkan orang lain untuk ikut anda sekali (jika ia selamat untuk dilakukan) dan laporkan pada seorang dewasa.