TATATERTIB & SURCAJ Pejabat Pendaftar Universiti Teknologi MARA, Shah Alam Malaysia

dokumen-dokumen yang mirip
BORANG PERISYTIHARAN HARTA Di bawah Peraturan 9, Bahagian II, Jadual Kedua Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) - Akta 605

TATATERTIB DAN SURCAJ. (Gambar)

PEMILIKAN DAN PERISYTIHARAN HARTA OLEH PEKERJA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

BORANG PERISYTIHARAN HARTA DAN LIABILITI

GARIS PANDUAN PEMILIKAN DAN PERISYTIHARAN HARTA STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UKM-SPKP-JP-PK02-BO01 No. Semakan: 00 Tarikh Kuatkuasa: 01/05/2012

SESI PERKONGSIAN PERKARA-PERKARA BAHARU TADBIR URUS SUMBER MANUSIA UPM

GARIS PANDUAN PEMILIKAN DAN PENGISYTIHARAN HARTA UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 3 TAHUN 2012 GARIS PANDUAN ETIKA PAKAIAN STAF UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

BORANG PERISYTIHARAN HARTA. ii) Tambahan

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Tarikh Kuatkuasa

PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 2 TAHUN 1985 (PAKAIAN MASA BEKERJA DAN SEMASA MENGHADIRI UPACARA-UPACARA RASMI BAGI PEGAWAI-PEGAWAI AWAM)

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT & PENAMATAN PERKHIDMATAN) AHSAN AHMAD BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABATAN PENDAFTAR

ETIKA BERPAKAIAN PENJAWAT AWAM JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam 1 Malaysia dam Salam Perak Aman Jaya

PENGURUSAN KERJA LUAR STAF

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT. KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017)

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 1 TAHUN 2011

TATAKELAKUAN DAN LARANGAN UNIT INTEGRITI

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2009

AKTA BADAN-BADAN BERKANUN (TATATERTIB DAN SURCAJ) 2000 (AKTA 605)

PENGURUSAN TATATERTIB

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

Bengkel Penyiasatan Kehilangan Aset Universiti

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2008 TAWARAN OPSYEN PELANJUTAN UMUR PERSARAAN WAJIB KEPADA 58 TAHUN

1.1 Nama penuh : No. anggota : No. K/P :. 1.4 Alamat rumah : No. tel rumah : 1.6 No. H/P :.

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PEMBIAYAAN MEMBELI KENDERAAN BAGI KAKITANGAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERMOHONAN CUTI TANPA GAJI DAN CUTI SEPARUH GAJI BAGI KAKITANGAN TETAP

Larangan dan Hukuman Tatatertib Jangan!

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2014 BANTUAN UPAH JAHIT

BORANG PERMOHONAN RASMI PEMBIAYAAN KOPERASI (Aturan-Aturan Jimat Cermat 11 (1) ) BAHAGIAN A

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

20hb Jun 2002 P.U. (A) 246. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (22) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2017

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN KENDERAAN

BORANG PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN

JPA.BPO(S)324/14/9-6 Jld.14 s.k.3 (78) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

PENGENALAN TATATERTIB PEKERJA

BAB 2 : GURU DAN PERUNDANGAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

BORANG PERMOHONAN PENENTUSAHAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA BAGI PELANTIKAN ATAU PELANTIKAN SEMULA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI

KOPERASI KAKITANGAN FELCRA (M) BERHAD KOOP NEGARA INSTITUSI NO 009 BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN ANGGOTA. Perempuan Bangsa. Negeri

BAB 11 PINJAMAN Berikut adalah pihak berkuasa melulus mengikut kategori: 2) Pinjaman Komputer Bendahari

PERMOHONAN CUTI TANPA GAJIDAN CUTI SEPARUH GAJI BAGI KAKITANGAN TETAP (TidaktermasukCutiMenjagaAnak)

ULASAN: SENARAI SEMAK DOKUMEN PEMINJAM

UPNM BUSINESS CENTRE SDN. BHD. UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

3. Tujuan Peperiksaan : Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17 yang dilantik;

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

PEKELILING BENDAHARI BILANGAN 5/2007

BORANG PERMOHONAN RASMI PEMBIAYAAN KOPERASI

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

SENARAI SEMAK MAKLUMAT YANG DIBERIKAN OLEH PERTUBUHAN BELIA BERDAFTAR SEKSYEN 22 AKTA ) Borang PPB 09-2 salinan

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 9/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 4 TAHUN 2013

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (05) 2009 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 05/2009

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2002

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

KERAJAAN MALAYSIA. Pengurusan Kehilangan Dan Hapuskira Wang Awam

D.R. 20/95 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

BORANG PERMOHONAN RASMI PEMBIAYAAN KOPERASI (Aturan-Aturan Jimat Cermat 11 (1) ) BAHAGIAN A

PROGRAM PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN KEPADA GOLONGAN PEKERJA

KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA KEWAJIPAN MARUAH INTEGRITI

PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 13 TAHUN 2008 PENGURUSAN KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA WANG AWAM

Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) PERATURAN-PERATURAN LALU LINTAS JALAN USIM 2007

BIL PERKARA SEMAKAN ANGGOTA DOKUMEN DIPERLUKAN BAGI PEMBIAYAAN BAI AL INAH BERJAMIN

UPSI (ISO) / BSM / P05 PINDAAN : 01

Panduan Am Untuk Staf Sekolah SK Taginambur Tamparuli, SABAH, MALAYSIA

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

PERMOHONAN KEMUDAHAN CUTI TANPA GAJI MENJAGA ANAK (CMA) DIBAWAH PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Pengawal Keselamatan yang dilantik terus;

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN TATACARA DAN SYARAT-SYARAT MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

PEKELILING PENDAFTAR

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

JUMLAH DIPOHON : RM TEMPOH BAYAR BALIK : BULAN

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEKELILING PENGURUSAN BIL. 32/2008 PELAKSANAAN SKIM CUTI PENEMPATAN INDUSTRI STAF AKADEMIK

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2007 PERSARAAN DEMI KEPENTINGAN PERKHIDMATAN AWAM

IKLAN JAWATAN KOSONG

BORANG PERMOHONAN RASMI PEMBIAYAAN KOPERASI (Aturan-Aturan Jimat Cermat 11 (1) ) BAHAGIAN A

LAPORAN NILAIAN KERJA KAKITANGAN

Transkripsi:

TATATERTIB & SURCAJ Oleh: Pejabat Pendaftar Universiti Teknologi MARA, Shah Alam Malaysia November 2009

Prakata Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera Syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dalam usaha Pejabat Pendaftar untuk memastikan staf universiti sentiasa berada di dalam lunas-lunas peraturan yang ditetapkan, buku kecil ini dapat diterbitkan dengan tujuan untuk memberi kefahaman yang lebih jelas tentang tatakelakuan. Tatakelakuan merupakan aspek penting untuk memastikan staf universiti melaksanakan tugas dengan cekap, amanah, bertanggungjawab, mengelakkan penyelewengan serta penyalahgunaan kuasa dan meletakkan kepentingan universiti lebih utama daripada kepentingan diri sendiri. Mudah-mudahan penerbitan buku kecil ini dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan kepada staf universiti tentang perkara-perkara yang dilarang secara mutlak dari dilakukan dan perkara-perkara yang boleh dilakukan dengan kebenaran. Akhir kata, semoga buku kecil ini memberi manfaat kepada semua. Sekian. Wassalam Dr. Hajah Zahrah Mokhtar Pendaftar 2

Panduan ini hendaklah dibaca dengan merujuk kepada Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [ Akta 605]. Selepas ini akan disebut Akta 605. 3

BAB 1 PENDAHULUAN Semua staf Universiti adalah tertakluk kepada Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605]. Tindakan tatatertib boleh diambil ke atas staf yang melanggar peraturan, tatakelakuan serta larangan-larangan yang terdapat dalam Akta 605 dan Peraturan UiTM. - Tatakelakuan dijelaskan dengan terperinci di dalam Peraturan-peraturan Tatatertib Badan-badan Berkanun, Bahagian II, Jadual Kedua, Akta 605. 4

BAB 2 TATAKELAKUAN YANG MESTI DIPATUHI PERATURAN 3, JADUAL KEDUA, AKTA 605 (1) Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya yang tidak berbelah bahagi kepada Yang Di Pertuan Agong, Negara, Kerajaan dan Badan Berkanun. (2) Seseorang pegawai tidak boleh :- (a) Membelakangkan kewajipannya kepada badan berkanun demi kepentingan peribadinya; (b) Berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan kewajipannya kepada badan berkanun; (c) Berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa :- (i) dia telah membiarkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan kewajipannya kepada badan be rkanun sehingga menjejaskan kebergunaannya sebagai seorang pegawai Badan Berkanun; 5

(ii) dia telah menggunakan kedudukannya sebagai seorang pegawai Badan Berkanun bagi faedahnya sendiri; (d) Berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan atau mencemarkan nama badan berkanun; (e) Kurang cekap atau kurang berusaha; (f) Tidak jujur atau tidak amanah; (g) Tidak bertanggungjawab; (h) Membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan apa-apa tuntutan berhubung dengan atau terhadap badan berkanun, sama ada tuntutan itu ialah tuntutan sendiri atau tuntutan mana-mana pegawai lain badan berkanun; (i) Ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah; dan (j) Cuai dalam melaksanakan tugas-tugasnya. 6

BAB 3 LARANGAN-LARANGAN LAIN Disamping tatakelakuan yang terdapat dalam Peraturan 3 Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [ Akta 605], Akta yang sama juga telah menggariskan laranganlarangan lain yang perlu dipatuhi. Larangan-larangan ini dibahagikan kepada dua (2) kategori: KATEGORI 1 - Yang Ditegah Secara Mutlak: i. Menggunakan atau mengambil apa-apa dadah berbahaya, kecuali yang dipreskripsikan oleh pegawai perubatan yang didaftarkan Peraturan 6 ii. Menerima/memberi keraian Peraturan 8 iii. Menyelenggara taraf kehidupan yang melebihi emolumen dan pendapatan persendirian yang sah Peraturan 10 iv. Meminjam wang atau menjadi penjamin kepada peminjam atau menyebabkan dirinya berhutang kepada seseorang yang secara langsung atau tak langsung ada hubungan rasmi dengannya Peraturan 11 7

v. Kesusahan berat kerana hutang Peraturan 12. vi. Meminjamkan wang dengan faedah, sama ada dengan atau tanpa cagaran Peraturan 14 vii. Melibatkan diri sebagai pembeli atau penjual atau selainnya dalam pasaran niaga hadapan, sama ada pasaran tempatan atau luar negara Peraturan 15 viii. Mengadakan, mengelola atau mengambil bahagian dalam cabutan bertuah atau loteri Peraturan 16 ix. Menerbitkan atau menulis apa-apa buku, makalah atau karya lain yang berasaskan maklumat rasmi terperingkat Peraturan 17. x. Bertindak sebagai penyunting dan sebagainya dalam mana-mana penerbitan kecuali yang dibenarkan Peraturan 19. xi. Penglibatan pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi atau Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam politik Peraturan 20 xii. Tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah Peraturan 23. 8

KATEGORI II - Yang Dilarang Tetapi Boleh Memohon Kebenaran Jika Hendak Melakukannya: i. Larangan untuk membuat kerja luar - Peraturan 4 Kebenaran menjalankan kerja-kerja luar adalah tertakluk kepada syarat-syarat di dalam Peraturan 4 ii. Penerimaan atau pemberian hadiah dilaporkan kepada Ketua Jabatan Peraturan 7 iii. Seseorang pegawai boleh memberi atau menerima daripada mana-mana orang apa-apa jenis keraian jika (a) Tidak dalam apa-apa cara mempengaruhi pelaksanaan tugas-tugasnya ; dan (b) Pemberian atau penerimaan keraian itu tidak dalam apa-apa cara menjadi tidak selaras dengan Peraturan 3 iv. Pemunyaan Harta Peraturan 9 Seseorang pegawai hendaklah apabila dilantik ke perkhidmatan sesuatu badan berkanun atau pada bila-bila masa selepas itu, dikehendaki mengisytiharkan secara bertulis kepada Jawatankuasa Tatatertib melalui Ketua Jabatannya, segala harta yang dipunyai olehnya, isterinya, suaminya, anaknya atau yang dipegang oleh mana-mana orang bagi pihaknya, isteri, suami atau anaknya (Borang Pengisytiharan Harta dan Liabiliti seperti di Lampiran 9

A, A(1), B(1), C(1) dan C). v. Kecuali dengan kebenaran Menteri seseorang pegawai adalah dilarang membuat pernyataan awam yang berkaitan dengan dasar, fungsi, laporan badan-badan berkanun atau kerajaan atau menyebarkan Peraturan 18 vi. Pegawai Kumpulan Sokongan boleh mengambil bahagian secara aktif dalam politik setelah mendapat kebenaran Jawatankuasa Tatatertib Peraturan 20. 10

BAB 4 SURCAJ Alasan bagi surcaj Seksyen 14 hingga 22, Akta 605 Seseorang yang adalah atau pernah berada dalam penggajian sesuatu badan berkanun boleh disurcaj jika orang itu: (a) tidak atau telah gagal untuk memungut apa-apa wang yang terhutang kepada badan berkanun itu yang bagi pemungutannya dia adalah atau telah dipertanggung jawabkan; (b) adalah atau telah dipertanggungjawabkan bagi apa-apa pembayaran wang yang tidak sepatutnya daripada badan berkanun itu atau bagi apa-apa pembayaran wang yang tidak diluluskan dengan sewajarnya; (c) adalah atau telah dipertanggungjawabkan, secara langsung atau tidak langsung, bagi apa-apa kekurangan dalam, atau bagi pemusnahan, apa-apa wang, barang-barang simpanan atau harta lain badan berkanun itu; (d) sebagai atau sebagai seorang yang pernah menjadi seorang pegawai akaun, tidak atau telah gagal untuk menyimpan atau memantau akaun atau rekod yang sepatutnya bagi badan berkanun itu; atau 11

12 (e) tidak atau telah gagal untuk membuat apa-apa pembayaran, atau adalah atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa kelewatan berkanun itu kepada mana-mana orang yang kepadanya bayaran itu kena dibayar di bawah mana-mana undang-undang atau di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat antara orang itu dengan badan berkanun itu.

BAB 5 PENAMATAN PERKHIDMATAN DEMI KEPENTINGAN AWAM Jawatankuasa Tatatertib boleh memperakukan kepada Lembaga supaya perkhidmatan seseorang ditamatkan demi kepentingan awam walaupun tiada prosiding tatatertib telah dijalankan di bawah Akta ini Seksyen 9 hingga 13, Akta 605 13

BAB 6 HUKUMAN TATATERTIB Peraturan 40, Jadual Kedua, Akta 605 Jawatankuasa Tatatertib boleh mengenakan ke atas seseorang staf yang didapati bersalah atas suatu kesalahan tatatertib, mana-mana satu atau apa-apa gabungan dua atau lebih hukuman berikut : (a) Amaran; (b) Denda; (c) Lucut hak emolumen; (d) Tangguh pergerakan gaji; (e) Turun gaji; (f) Turun pangkat; (g) Buang kerja. 14

BAB 7 RAYUAN Seseorang pegawai yang didapati bersalah oleh Jawatankuasa Tatatertib boleh merayu kepada Jawatankuasa Rayuan Tatatertib secara bertulis dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh keputusan disampaikan kepadanya Peraturan 20, Jadual Ketiga, Akta 605. 15

BAB 8 ETIKA PAKAIAN UiTM menggunapakai etika pakaian yang ditetapkan oleh Kerajaan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa seperti berikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985, Surat Pekeliling Rektor Bil. 100 Tahun 1998, Pekeliling Pendaftar Bil. 10 Tahun 1999; Pekeliling Pendaftar Bil. 28 Tahun 2001. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2006 Pekeliling Pendaftar Bil. 30 Tahun 2007 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2008 Pekeliling Pendaftar Bil. 2 Tahun 2008 Pekeliling Pendaftar Bil. 39 Tahun 2008 16

BAB 9 PAKAIAN YANG DITETAPKAN SEMASA BEKERJA i. LELAKI a. Pegawai-pegawai dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional dan ke atas dikehendaki memakai lounge suit atau bush jacket dengan kain yang sesuai; atau seluar panjang dengan baju kemeja dan bertali leher dan jika baju tersebut berlengan panjang, tangan baju hendaklah jangan dilipatkan. b. Pegawai-pegawai dalam Kumpulan Sokongan, dikehendaki memakai seluar panjang beserta baju kemeja dengan warna yang sesuai dan dikehendaki memakai tali leher pada setiap hari Isnin (Hari Korporat). c. Pakaian Baju Melayu lengkap dengan bersamping atau pakaian baju yang mirip dengan potongan Baju Melayu dan dipakai dengan seluar panjang (pemakaian Baju Melayu dengan kain sarong tidak dibenarkan). d. Jeans atau seluar pendek tidak dibenarkan dipakai. e. Kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya. Capal boleh dipakai dengan pakaian Baju Melayu yang lengkap dan bersamping. 17

f. Selipar, kasut getah dan kasut sukan tidak dibenarkan dipakai. ii. WANITA a. Pakaian Kebangsaan atau pakaian kaum masingmasing yang sesuai dipakai semasa bekerja. b. Semua staf wanita yang beragama Islam dikehendaki memakai baju kurung pada hari Isnin dan Jumaat. c. Semua staf wanita dibenarkan memakai pant suit. d. Jeans, slacks atau seluar pendek dan apa-apa pakaian yang menutup muka tidak boleh dipakai semasa bekerja. e. Pakaian yang menjolok mata tidak dibenarkan dipakai. iii. PAKAIAN SERAGAM Pakaian seragam hendaklah sentiasa dipakai semasa bekerja bagi mereka yang dibekalkan dengannya. iv. PEMAKAIAN BATIK MALAYSIA Kewajipan memakai pakaian batik pada setiap hari Khamis kecuali staf yang dibekalkan dengan pakaian seragam, pegawai yang menghadiri acara 18

rasmi seperti persidangan antarabangsa, perjumpaan dengan pelawat asing atau pegawai yang menghadiri majlis rasmi yang menetapkan pemakaian jenis pakaian yang lain. 19

BAB 10 PEMILIKAN DAN PERISYTIHARAN HARTA Kewajipan Mengisytiharkan Harta Di bawah Peraturan 9, Bahagian II, Jadual Kedua, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605), semua pegawai dikehendaki mengisytiharkan secara bertulis kepada Ketua Jabatan masing-masing segala harta yang dimiliki olehnya atau isteri atau suami atau anaknya atau yang dipegang oleh mana-mana orang bagi pihaknya atau bagi pihak isteri atau suaminya atau anaknya. Keperluan Membuat Perisytiharan Harta Semua staf dikehendaki mengisytiharkan harta apabila: i. Dilantik ke dalam perkhidmatan di UiTM; ii. Dikehendaki oleh universiti; iii. Memperolehi harta tambahan; dan iv. Melupuskan harta. i. harta bermaksud harta yang telah ditetapkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam menerusi Warta Kerajaan Malaysia P.U.(B) 559 bertarikh 30 November 1995 seperti berikut : 20

a. Berkenaan dengan harta tak alih: i) Tanah, termasuk tanah yang diduduki di bawah lesen pendudukan sementara; ii) Segala jenis tempat kediaman seperti rumah, rumah pangsa, pangsapuri atau kondominium; iii) Bangunan, termasuk rumah kedai atau ruang kedai, ruang pejabat atau warung; dan b. Berkenaan dengan harta alih: i) Apa-apa bentuk wang tunai di mana jua dideposit atau disimpan; ii) Syer, saham, debentur, bon atau sekuriti lain; iii) Apa-apa bentuk lesen atau permit perdagangan, perniagaan atau komersial; iv) apa-apa harta alih yang lain, termasuklah segala jenis kenderaan motor, barang kemas, keahlian kelab, perabot rumah dan alat sukan yang harga belian tiap-tiap satunya melebihi 6 bulan emolumen atau RM10,000.00 mengikut mana yang lebih rendah; ii. pegawai bermaksud semua staf yang bertaraf tetap, sementara atau kontrak; 21

iii. pemilikan harta bermaksud harta yang dimiliki oleh pegawai atau isteri atau suaminya atau anaknya atau yang dipegang oleh mana-mana orang bagi pihak isteri atau suaminya atau anaknya; iv. perisytiharan harta bermaksud perisytiharan harta kali pertama, harta tambahan, pelupusan harta dan termasuk pengakuan tiada perubahan ke atas pemilikan harta. Tempoh Perisytiharan Harta Semua pegawai dikehendaki membuat perisytiharan harta sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima (5) tahun. Tempoh Perisytiharan Harta dikira berdasarkan tarikh terakhir perisytiharan harta dibuat. Tatacara Perisytiharan Harta Borang Yang Digunakan Bagi tujuan membuat perisytiharan harta, borang berikut hendaklah digunakan:- Jenis Borang Kegunaan (i) Borang UiTM (T) 3/2006 Borang Pengisytiharan LAMPIRAN A Harta dan Liabiliti Kali Pertama 22

(ii) Borang UiTM (T) 4/2006 Borang Pengisytiharan LAMPIRAN A (1) Harta dan Liabiliti Tambahan Harta Kali Kedua LAMPIRAN B (1) Tiada Perubahan Ke Atas Pemilikan Harta LAMPIRAN C (1) Pelupusan Harta (iii) Surat Akuan Kakitangan Yang Tidak Ada Harta LAMPIRAN C Perisytiharan Tidak Ada Harta KEGAGALAN MENGISYTIHARKAN PEMILIKAN HARTA Pegawai yang gagal membuat perisytiharan harta, boleh diambil tindakan tatatertib di bawah Peraturan 9, Peraturan-Peraturan Tatatertib Badan-Badan Berkanun, Jadual Kedua, Akta Badan- Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605). 23

BAB 11 SURAT AKU JANJI Surat Aku Janji ialah untuk menimbulkan kesedaran di kalangan staf akan betapa pentingnya melaksanakan tugas dengan setia, jujur, bertanggungjawab, dedikasi dan profesional. Semua Pegawai UiTM yang sedang berkhidmat dan pegawai baru yang dilantik ke dalam perkhidmatan adalah diwajibkan menandatangani Surat Aku Janji. 24

LAMPIRAN 25

LAMPIRAN C (1) Borang UiTM(T)4/2006 BORANG PENGISYTIHARAN PELUPUSAN HARTA (Diisi dalam 3 salinan) 1. KETERANGAN MENGENAI PEGAWAI i) Nama :...... :. ii) No. Kad Pengenalan :...... iii) No. Pekerja :...... iv) Jawatan / Gred :... v) Alamat Tempat Bertugas :... :... :... :... 2. PENGAKUAN PEGAWAI Dengan ini saya mengaku bahawa pelupusan ke atas pemilikan harta saya seperti yang telah diisytiharkan pada... Saya membuat pengakuan ini selaras dengan kehendak peranggan 3(i), Pekeliling Pendaftar Bil. 4 Tahun 2006. Tarikh :...... ( Tandatangan Pegawai ) 1 SULIT 26

SULIT LAMPIRAN C(1) 3. KETERANGAN MENGENAI PELUPUSAN HARTA Jenis Harta Pemilik Harta dan Alamat Harta /No. Tarikh Pemilikan Tarikh Pelupusan Cara Pelupusan (sama ada Untuk Kegunaan Hubungan Dengan Pendaftaran /No. Sijil Harta dijual, dihadiahkan dan Rasmi Pegawai (sendiri, dan sebagainya sebagainya). Jika dijual, suami/isteri atau anak dan Nyatakan Harga Jualan sebagainya) (1) (2) (3) (4) (5) (6) (7) SULIT 27

4. KETUA JABATAN Borang pengisytiharan pelupusan harta pegawai telah diisi dengan lengkap dan dikemukakan untuk pertimbangan Jawatankuasa Tatatertib (4/6). Tarikh :...... (Tandatangan Ketua Jabatan) Cop rasmi jabatan Nama :... Jawatan :... 5. KEPUTUSAN JAWATANKUASA TATATERTIB Jawatankuasa Tatatertib (4/6) dalam mesyuaratnya bil... pada... telah mengambil maklum ke atas pengisytiharan pelupusan harta pegawai ini mengikut Peraturan 9 Dan 12 Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib Dan Surcaj) 2000 [Akta 605]. Tarikh..... (Tandatangan) Cop Rasmi: Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib 3 SULIT 28

LAMPIRAN B (1) Borang UiTM(T)4/2006 BORANG PENGAKUAN TIADA PERUBAHAN KE ATAS PEMILIKAN HARTA (Diisi dalam 3 salinan) 1. KETERANGAN MENGENAI PEGAWAI Nama :.. No. Kad Pengenalan :.. No. Pekerja :.. Jawatan/Gred :.. Alamat tempat bertugas :.. 2. PENGAKUAN PEGAWAI Dengan ini saya mengaku bahawa tiada perubahan ke atas pemilikan harta saya seperti yang telah diisytiharkan pada... Saya membuat pengakuan ini selaras dengan kehendak perenggan 3(i), Pekeliling pendaftar Bil 4 Tahun 2006 Tarikh :....... (Tandatangan Pegawai) 3. KETUA JABATAN Borang pengakuan tiada perubahan ke atas pemilikan harta pegawai ini dikemukakan untuk pertimbangan Jawatankuasa Tatatertib (4/6). Tarikh:...... (Tandatangan Ketua Jabatan ) Cop Rasmi Jabatan Nama:..... Jawatan:.... 4. KEPUTUSAN JAWATANKUASA TATATERTIB Jawatankuasa Tatatertib (4/6) dalam mesyuaratnya bil... pada... telah mengambil maklum ke atas pengisytiharan tiada perubahan harta pegawai ini mengikut Peraturan 9 Dan 12 Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib Dan Surcaj) 2000 [Akta 605]. Tarikh :...... (Tandatangan ) Cop Rasmi: Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib SULIT 29

SULIT No. Pekerja:... Bhg./Fakulti/Pusat/Cawangan:... Lampiran A Borang UiTM(T)3/2006 BORANG PENGISYTIHARAN HARTA DAN LIABILITI (KALI PERTAMA) PENGISYTIHARAN HARTA DAN LIABILITI DI BAWAH PERATURAN 9 DAN 12 AKTA BADAN- BADAN BERKANUN (TATATERTIB DAN SURCAJ) 2000 [AKTA 605] PERHATIAN: 1. Sila lihat panduan mengisi borang sebelum mengisinya. 2. Borang ini hendaklah diisi dengan lengkap dalam 3 salinan. 3. Borang ini hendaklah diisi dengan ditaip atau ditulis dengan huruf cetak dan salinan boleh dibuat secara fotokopi 1. KETERANGAN MENGENAI PEGAWAI i. Nama :... ii. Tarikh Lahir :... iii. No. Kad Pengenalan :... iv. Alamat Rumah :......... v. Tarikh Lantikan Pertama :... vi. Tarikh Lantikan Ke Perkhidmatan Sekarang dan Nama Perkhidmatan :... vii. viii. ix Kumpulan Perkhidmatan Gred/Tingkatan Hakiki Dan Gelaran Jawatan Taraf Perkhidmatan (sama ada dalam percubaan, tetap dan berpencen, sementara, kontrak) Nama Bhg./Fakulti/Pusat/ Cawangan :... :... :......... 1 30

2. KETERANGAN MENGENAI KELUARGA * Sekiranya suami/isteri kakitangan UiTM, sila nyatakan no pekerja. i. Suami/Isteri Nama No. Pekerja No Kad Pengenalan Pekerjaan/Alamat Majikan (jika berkaitan) a...................... b...................... c...................... d...................... ii. Anak/Tanggungan (anak-anak di bawah umur 21 tahun sahaja) Nama Tarikh Lahir Umur No. K/P (Jika berkaitan) a............ b............ c............ d............ e............ f............ g............ h............ i............ j............ k............ 2 31

3. PENDAPATAN BULANAN Pegawai i. Gaji :... ii. Elaun Tetap Keraian :... iii. Imbuhan Tetap Perumahan :... iv. Imbuhan Tetap Khidmat Awam :... v. Bantuan Sara Hidup :... vi. Sewa Rumah/Kedai :... vii. Dividen (Nyatakan) :... viii. Lain-lain (Nyatakan) :... JUMLAH :... Suami/Isteri i. Gaji :... ii. Elaun Tetap Keraian :... iii. Imbuhan Tetap Perumahan :... iv. Imbuhan Tetap Khidmat Awam :... v. Bantuan Sara Hidup :... vi. Sewa Rumah/Kedai :... vii. Dividen (Nyatakan) :... viii. Lain-lain (Nyatakan) :... JUMLAH :... Suami/Isteri i. Gaji :... ii. Elaun Tetap Keraian :... iii. Imbuhan Tetap Perumahan :... iv. Imbuhan Tetap Khidmat Awam :... v. Bantuan Sara Hidup :... vi. Lain-lain (Nyatakan) :... JUMLAH :... 3 32

4. TANGGUNGAN/ANSURAN BULANAN ATAS HUTANG/PINJAMAN Pegawai Suami/Isteri i. Pinjaman Perumahan ii. Pinjaman Kenderaan iii. Cukai Pendapatan iv. Pinjaman Koperasi v. Pinjaman Pendidikan vi. Lain-lain (Nyatakan) Jumlah Pinjaman Tanggungan (RM) : i)... Jumlah Bayaran Bulanan (RM) i)... : ii)... ii)... : i)... i)... Jumlah Pinjaman/ Tanggungan (RM) i)... ii)... i)... Jumlah Bayaran Bulanan (RM) i)... ii)... i)... : ii)... ii)... ii)... ii)... :............ :............ :............ :............ ASN/ASB............ JUMLAH :............ Suami/Isteri Suami/Isteri Jumlah Pinjaman Tanggungan (RM) Jumlah Bayaran Bulanan (RM) Jumlah Pinjaman/ Tanggungan (RM) Jumlah Bayaran Bulanan (RM) i. Pinjaman Perumahan ii. Pinjaman Kenderaan iii. Cukai Pendapatan iv. Pinjaman Koperasi v. Pinjaman Pendidikan vi. Lain-lain (Nyatakan) : i)... : ii)... i)... ii)... : i)... i)... : ii)... ii)... i)... ii)... i)... ii)... i)... i)... ii)... ii)... :............ :............ :............ :............ ASN/ASB............ JUMLAH :............ 4 33

5. KETERANGAN MENGENAI HARTA Jenis Harta Pemilik Alamat Tarikh Bilangan/ Nilai Anggaran Cara dan Punca-punca Kewangan Bagi Keterangan Untuk Harta Dan Harta/No Pemilikan Ekar/Kaki Perolehan Nilai Dari Siapa Memiliki Harta Dan Lain Kegunaan Hubungan Pendaftaran/ Harta Persegi/Unit Harta Semasa Harta Jumlahnya. Jika Pinjaman Jika Ada Rasmi Dengan No. Sijil Dan (Kalau Rumah, (RM) Diperolehi, Nyatakan: Pegawai Sebagainya Nyatakan (dipusakai, I. Jumlah Pinjaman (sendiri, Keluasan dibeli, ii. Institut memberi suami/isteri Tanah Tapak dihadiahkan pinjaman atau anak Rumah itu) dan iii. Tempoh bayaran balik dan sebagainya sebagainya iv. Ansuran bulanan v. Tarikh ansuran pertama (1) (2) (3) (4) (5) (6) (7) (8) (9) (10) (11) Nota: Sekiranya harta tersebut diperolehi melalui pusaka atau hadiah, sila sertakan sesalinan geran atau dokumen -dokumen berkaitan sebagai bukti 5 34

6. PENGAKUAN PEGAWAI Saya dengan ini mengisytiharkan semua harta dan liabiliti yang saya miliki serta tanggungan dan segala maklumat yang diberikan adalah benar. Tarikh: (Tandatangan Pegawai) 7. KETUA JABATAN Borang Pengisytiharan Harta dan Liabiliti pegawai telah diisi dengan lengkap dan dikemukakan kepada Jawatankuasa Tatatertib (4/6). Tarikh: (Tandatangan Ketua Jabatan) Nama: ( Cop rasmi Jabatan ) Jawatan: 8. KEPUTUSAN Jawatankuasa Tatatertib (4/6) dalam mesyuaratnya bil.... pada telah mengambil maklum ke atas Pengisytiharan Harta dan Liabiliti pegawai ini mengikut, Peraturan 9 dan 12, AKTA BADAN-BADAN BERKANUN (TATATERTIB DAN SURCAJ) 2000 [AKTA 605]. Tarikh :.... (Tandatangan) Cop Rasmi:... Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib:.......... 35

SULIT LAMPIRAN A (1) Borang UiTM(T)4/2006 BORANG PENGISYTIHARAN HARTA TAMBAHAN (Diisi dalam 3 salinan) 1. KETERANGAN MENGENAI PEGAWAI 2. JUMLAH PENDAPATAN * DAN TANGGUNGAN * BULANAN (i) Nama :... * Pendapatan * Tanggungan/Ansuran Bulanan Atas Hutang/Pinjaman (RM) (ii) No. K/P :... Pegawai :...... (iii) No. Pekerja :... Suami/Isteri :...... (iv) Jawatan/Gred :... Suami/Isteri :...... (v) Alamat Tempat Suami/Isteri :...... Bertugas : Suami/Isteri :...... 3. KETERANGAN MENGENAI PENGISYTIHARAN HARTA Jenis Harta Pemilik Harta Dan Nilai Perolehan/ Punca Punca Kewangan Bagi Memiliki Harta Dan Jumlahnya. Jika Hubungan Dengan Simpanan Pinjaman Nyatakan: Pegawai (sendiri, (RM) i. Jumlah Pinjaman suami/isteri atau ii. Institusi memberi pinjaman anak dan iii. Tempoh bayaran balik sebagainya) iv. Ansuran bulanan v. Tarikh ansuran pertama NOTA: Sekiranya harta tersebut diperolehi melalui pusaka atau hadiah, sila sertakan sesalinan geran atau dokumen-dokumen berkaitan sebagai bukti SULIT 36

SULIT LAMPIRAN A(1) Jenis Harta Pemilik Harta Dan Nilai Perolehan/ Punca Punca Kewangan Bagi Memiliki Harta Dan Jumlahnya. Jika Hubungan Dengan Simpanan Pinjaman Nyatakan: Pegawai (sendiri, (RM) i. Jumlah Pinjaman suami/isteri atau ii. Institusi memberi pinjaman anak dan iii. Tempoh bayaran balik sebagainya) iv. Ansuran bulanan v. Tarikh ansuran pertama NOTA: Sekiranya harta tersebut diperolehi melalui pusaka atau hadiah, sila sertakan sesalinan geran atau dokumen-dokumen berkaitan sebagai bukti * Pendapatan : Gaji + Elaun + Lain- lain Punca Sah * Tangunggan Ansuran + Lain-lain Perbelanjaan SULIT 37

SULIT 4. PENGAKUAN PEGAWAI Saya dengan ini mengisytiharkan semua harta dan liabiliti yang saya miliki serta tanggungan dan segala maklumat yang diberikan adalah benar. Tarikh: (Tandatangan Pegawai) 5. KETUA JABATAN Borang Pengisytiharan Harta dan Liabiliti pegawai telah diisi dengan lengkap dan dikemukakan kepada Jawatankuasa Tatatertib (4/6). Tarikh:...... (Tandatangan Ketua Jabatan) 6. KEPUTUSAN Nama: ( Cop rasmi Jabatan ) Jawatan: Jawatankuasa Tatatertib (4/6) dalam mesyuaratnya bil pada. telah mengambil maklum ke atas pengisytiharan penambahan harta pegawai ini mengikut Peraturan 9 Dan 12 Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib Dan Surcaj) 2000 [Akta 605]. Tarikh :.... (Tandatangan) Cop Rasmi:... Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib:......... SULIT 38

LAMPIRAN C SURAT AKUAN KAKITANGAN YANG TIDAK ADA HARTA Ketua Bahagian/Pusat/Unit/Dekan Fakulti/Provos, Tuan/Puan PENGESAHAN TIDAK ADA HARTA UNTUK DIRI/SUAMI/ISTERI/ANAK-ANAK Saya, bernama No.K/P No.Pekerja berjawatan di Bahagian/Pusat/Unit/Fakulti/Cawangan mengisytiharkan tidak mempunyai harta seperti yang terkandung di dalam Pekeliling Pendaftar Bil. 1 Tahun 2000. Sekian, Terima kasih. Yang benar,.. (Nama: ) Tarikh: 39

NOTA