BAB PERTAMA: MAKLUMAT ASAS PERUBATAN

dokumen-dokumen yang mirip
PERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KELAB SUKAN BANK RAKYAT (KEBARA) NO. PENDAFTARAN 1939 (SELANGOR) 30HB. NOVEMBER, 1976.

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

(Logo Kelab) Kelab Catur UNISEL. Kertas kerja Perlembagaan Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Kampus Shah Alam. Disediakan Oleh:

KELAB SUKAN DAN REKREASI VETERINAR FAKULTI PERUBATAN VETERINAR BUKU PANDUAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI KOLEJ MATRIKULASI YAYASAN SAAD, LEMBAH BERINGIN, SELANGOR, MALAYSIA (AKMATYS)

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KELANA JAYA, SELANGOR

PERLEMBAGAAN PERSATUAN KAKITANGAN POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (PKPK)

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AYER HITAM BATCH 84 (ALUMNI SMAH 84)

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (UNIVERSITI SAINS MALAYSIA ALUMNI ASSOCIATION)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN PEMBANGUNAN PENYELIDIKAN DAN DASAR PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

UNDANG-UNDANG PERSATUAN CAPAIAN MAKLUMAT DAN PENGURUSAN PENGETAHUAN (PECAMP) MALAYSIA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BELIMBING SETIA DURIAN TUNGGAL, MELAKA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN/ KELAB: 1.1 Nama pertubuhan ini ialah *Persatuan/Kelab. 1.2 Nama ringkas persatuan/kelab ini ialah UPM

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ALUMNI PELATIH JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA(JPSM) NEGERI SABAH

4. Wilayah Kegiatan Kegiatan PSM meliputi seluruh Malaysia. 5. Bidang Aktiviti PSM tidak boleh melibatkan diri dalam politik.

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK KELAB PACUAN EMPAT RODA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS 4WDVC)

(1) Alamat dan tempat urusan Pertubuhan ialah. Ibu Pejabat KDCA Hongkod, Jalan Penampang, Peti Surat 907, Penampang, Sabah.

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

PERSATUAN PEDAGANG SARANG BURUNG MALAYSIA UNDANG-UNDANG BAGI PERSEKUTUAN

CONTOH PERLEMBAGAAN BADAN SUKAN PERINGKAT KEBANGSAAN

BADAN KHAIRAT KEMATIAN KARIAH SURAU AT-TAQWA BUKIT BANDARAYA, SEKSYEN U11, SHAH ALAM, SELANGOR

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N

Perlembagaan Kelab Sukan & Rekreasi ELTC

PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR. PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR.

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (NO PPM WKL 0296/08) & NO PPP WKL0023/08)

Contoh undang-undang ini menepati kehendak Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan disebarkan untuk tujuan pendidikan semata-mata.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SAINS ANALISIS MALAYSIA (MALAYSIAN ANALYTICAL SCIENCES SOCIETY) No. Pendaftaran: 5269/93 (Selangor)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA (TPS) KAJANG SEKSYEN 5

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG) MAAHAD/ SEKOLAH MENENGAH UGAMA (ARAB) YAYASAN ISLAM KELANTAN

PERLEMBAGAAN KELAB / PERSATUAN

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SISWAZAH WANITA MALAYSIA (Pindaan 2016)

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN SPINAL MALAYSIA

FASAL 1 NAMA FASAL 2 TEMPAT URUSAN FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT FASAL 4 KEAHLIAN FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI FASAL 6 SUMBER KEWANGAN

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AYER HITAM KELAS , AYER HITAM, JOHOR

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BUKAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Perlembagaan PARTI KEADILAN RAKYAT

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA) PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA)

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN. Kelab Sukan Dan Rekreasi UniKL RCMP Ipoh Perak

1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ini ialah:

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEMBIMBING IBU MENYUSU MALAYSIA

BUKU PANDUAN PERLEMBAGAAN BADAN KEBAJIKAN PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (CICT) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM

PARTI SOSIALIS MALAYSIA (BARU) SOCIALIST PARTY OF MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA

Perlembagaan Persatuan Linguistik Malaysia

PROFIL AUDIT DALAM SECARA RINGKAS. Audit Dalam USM ditubuhkan pada tahun 1982

(6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.

PERLEMBAGAAN BAGI KELAB PENYOKONG LIVERPOOL FC SABAH (THE LIVERPOOL FC SUPPORTERS CLUB OF SABAH)

PERLEMBAGAAN BAGI KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

PERLEMBAGAAN KELAB SETEM DAN FILATELI SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN IXORA, BANDAR BARU SALAK TINGGI, SEPANG, SELANGOR (2008)

Terma Rujukan (Terms Of Reference) Jawatankuasa Budaya Kerja Cemerlang [JK BKC PPKT] Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi

Fasal 2: Pilihan Raya Umum MASAF

Rekod permohonan, siasatan, tindakan dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

NORAFFENDY B. ABD. KHALID JPPN SELANGOR

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNIVERSITI TENAGA NASIONAL ALUMNI ASSOCIATION)

UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN PENGANUT DEWA SI THIAN KONG, KUALA PILAH, N.S.

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK BERCAWANGAN PERSATUAN PEGAWAI KANAN KASTAM MALAYSIA PERSATUAN PEGAWAI KANAN KASTAM MALAYSIA

perlembagaan harakah islamiah hikmah no pendaftaran : 11/69 (sarawak) PPM

UNDANG-UNDANG PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI LANGAT JAYA (PPPLJ) CHERAS, SELANGOR DARUL EHSAN.

KANDUNGAN. Muka Surat Fasal 1 Nama 1. Fasal 3 Tujuan /Matlamat 2-4

PERLEMBAGAAN PERSATUAN WANITA BUMIPUTERA DALAM PERNIAGAAN DAN PROFESYEN, MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

PERUNDANGAN PERLEMBAGAAN PERDASAMA (Pindaan 12 November 2016)

PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION) No. Pendaftaran 676/88 (Wilayah Persekutuan) UMNO

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KEMATIAN BANDAR TUN HUSSEIN ONN

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN MURID-MURID TUA SEROLAH CHUNG TUCK KAMPONG SIMEE, IPOH, PERAK.

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN ORANG PEKAK ISLAM MALAYSIA MALAYSIAN DEAF MUSLIM ASSOCIATION 1

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ADVOKASI KESIHATAN KANSER MALAYSIA (TOGETHER AGAINST CANCER ASSOCIATION MALAYSIA (TAC))

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK PETALING JAYA 2017 (MYPJ) PERSATUAN PENDUDUK PETALING JAYA 2017 (MYPJ)

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PERKHIDMATAN DIALISIS SWASTA MALAYSIA (ASSOCIATION OF PRIVATE KIDNEY CARE PROVIDERS OF MALAYSIA)

Zairon Mustapha, Unit Sukan & Kokurikulum, PKB

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

Unit Perkhidmatan, Bahagian Sumber Manusia

Universiti Teknologi MARA 1C / 2010

PERUNDANGAN PERLEMBAGAAN PERDASAMA (PINDAAN 10 DISEMBER 2017)

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

UNDANG-UNDANG KELAB BUKIT PERDANA

8 DISEMBER 2013 (Ahad) Nur Lembah Bestari, Training & Eco Resort Hutan Lipur Sungai Tua, Jalan Ulu Yam Baru, Batu Caves, Selangor

UNDANG UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN SENIFOTO PETALING JAYA

PERLEMBAGAAN Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP001

AKTA PENDIDIKAN 1996 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA-GURU) 1998

DASAR DAN PERLEMBAGAAN DEWAN PERNIAGAAN DAN PERUSAHAAN MELAYU BRUNEI

UNIT KOMUNIKASI BENCANA TERENGGANU

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH PERATURAN NO. I PERATURAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (PERATURAN-PERATURAN MESYUARAT SENAT) 1998

Transkripsi:

BAB PERTAMA: MAKLUMAT ASAS PERUBATAN Fasal 1 : Nama Dan Alamat Persatuan ini dinamakan PERSATUAN PELAJAR-PELAJAR PERUBATAN MALAYSIA-MESIR atau dalam Bahasa Inggeris, MALAYSIAN MEDICAL STUDENTS ASSOCIATION IN EGYPT, atau dalam Bahasa Arab ا ت ح اد ط ل ب ة الط ب الم ال يز ي ين في م ص ر dan sebutan ringkasnya disebut sebagai PERUBATAN dan selepas ini disebut sebagai PERUBATAN. Alamat berdaftar dan alamat surat-menyurat PERUBATAN ialah Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah, 26, Jalan Sabel El-Khazindar, Abbasiah, Kaherah, Mesir. Fasal 2 : Jenis Persatuan PERUBATAN adalah sebuah persatuan bersifat kebajikan dan non-partisan. Fasal 3 : Penaung Education Malaysia Egypt (EME). Fasal 4 : Dasar Dasar PERUBATAN adalah seperti berikut: 1. Al-Quran 2. As-Sunnah 3. Ijma 4. Qias Fasal 5 : Logo PERUBATAN mempunyai satu logo: Makna logo PERUBATAN adalah seperti berikut: 1. "PERSATUAN PELAJAR-PELAJAR PERUBATAN MALAYSIA-MESIR": Nama persatuan. 2. "At-Taqwa, As-Syifa, Ar-Rahmah": Motto PERUBATAN. 3. PERUBATAN: Singkatan bagi nama persatuan ini. 4. Lambang bulan dan bintang kuning dan berlatarkan warna biru: Malaysia sebagai negara asal ahli PERUBATAN. 5. Lambang ECG: Membantu pesakit sebagai tugas murni para pengamal sains kesihatan. 6. Bendera Mesir: Mesir sebagai bumi menuntut ilmu. 7. Lambang Al-Quran: Pegangan utama dan perlembagaan utama PERUBATAN. 8. Bulan sabit merah: PERUBATAN disertai oleh mahasiswa sains kesihatan (perubatan, pergigian & farmasi). Fasal 6 : Objektif Objektif PERUBATAN adalah seperti berikut: 1. Menjaga dan memperkasa kebajikan ahli. 2. Menjaga dan memperkasa pencapaian akademik ahli. 3. Menjadi saluran kepada ahli supaya dapat bertemu dan berbincang ke arah memantapkan perpaduan sesama ahli. 4. Mengukuhkan perpaduan dalam kalangan ahli melalui aktiviti sosial, pendidikan, kerohanian dan lain-lain. 5. Mengadakan hubungan dan jalinan kerjasama dengan badan dan pertubuhan lain yang mempunyai matlamat dan kepentingan yang sama untuk mengukuhkan PERUBATAN. BAB KEDUA: KEAHLIAN

Fasal 7 : Keahlian 1. Keahlian PERUBATAN adalah automatik kepada semua mahasiswa Malaysia dalam bidang sains kesihatan di Republik Arab Mesir. 2. Ahli Biasa: a) Warganegara Malaysia. b) Mahasiswa dalam bidang sains kesihatan di Mesir. c) Melengkapkan proses pendaftaran keahlian. d) Mempunyai hak mengundi. e) Mempunyai hak memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN atau Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan. f) Mendapat faedah-faedah lain selari dengan Perlembagaan. 3. Ahli Bersekutu: a) Warganegara Malaysia. b) Bukan ahli biasa. c) Mempunyai hubungan perkahwinan dengan ahli biasa. d) Tidak mempunyai hak mengundi. e) Tidak mempunyai hak memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN atau Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan f) Mendapat faedah-faedah lain selari dengan Perlembagaan. 4. Proses Pendaftaran Keahlian: a) Hendaklah melengkapkan borang pendaftaran keahlian yang disediakan oleh PERUBATAN beserta yuran pendaftaran keahlian dan dihantar kepada Setiausaha Agung PERUBATAN atau Setiausaha PERUBATAN Cawangan yang akan mengemukakan borang tersebut kepada Majlis Tertinggi PERUBATAN untuk pertimbangan. b) Majlis Tertinggi PERUBATAN mempunyai kuasa mutlak untuk menerima atau menolak permohonan. Fasal 8 : Yuran 1. Setiap ahli perlu membayar yuran pendaftaran keahlian sebanyak 5 (lima) Egyptian Pound dan yuran tahunan sebanyak 20 (dua puluh) Egyptian Pound. 2. Hasil kutipan yuran pendaftaran keahlian dan tahunan cawangan hendaklah disimpan di bawah akaun PERUBATAN sebanyak 30 (tiga puluh) peratus. Fasal 9 : Kewajipan Ahli 1. Ahli yang menghadiri mana-mana mesyuarat atau program PERUBATAN hendaklah berkelakuan baik selaras dengan etika PERUBATAN. 2. Ahli hendaklah menggunakan cara rundingan dalam keadaan yang bertanggungjawab. 3. Ahli hendaklah menghormati Perlembagaan PERUBATAN dan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan. 4. Ahli hendaklah menjaga nama baik PERUBATAN, agama dan negara amnya. 5. Ahli hendaklah menjaga kesatuan dan keharmonian PERUBATAN. 6. Ahli hendaklah mendukung pembawaan tahunan PERUBATAN dan berusaha membantu mencapai objektif PERUBATAN. Fasal 10 : Kegiatan 1. Semua ahli perlu menyertai sebarang aktiviti atau program yang dianjurkan oleh PERUBATAN. 2. Setiap program yang melibatkan ahli PERUBATAN mestilah mendapat kelulusan daripada Majlis Tertinggi PERUBATAN. 3. Setiap kegiatan hendaklah mencapai objektif PERUBATAN seperti yang terkandung dalam Perlembagaan ini. 4. Ahli PERUBATAN yang bercadang untuk membuat sebarang kegiatan yang menggunakan nama PERUBATAN hendaklah mengemukakan surat bertulis bersama-sama dengan kertas kerja kepada Setiausaha Agung PERUBATAN untuk pertimbangan Majlis Tertinggi PERUBATAN. Fasal 11 : Larangan 1. Ahli dilarang melanggar syariat Islam. 2. Ahli dilarang melanggar sebarang etika dan peraturan PERUBATAN. 3. Ahli dilarang menggunakan logo dan nama PERUBATAN tanpa kebenaran Majlis Tertinggi PERUBATAN.

4. Ahli dilarang menggunakan hak milik dan perbendaharaan PERUBATAN tanpa kebenaran Majlis Tertinggi PERUBATAN. 5. Ahli dilarang menerbitkan sebarang surat keterangan atau surat pekeliling atau mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi mengenai PERUBATAN kepada pihak yang bukan ahli atau lain-lain pertubuhan atau media tanpa izin Majlis Tertinggi PERUBATAN melainkan jika surat keterangan atau surat pekeliling atau kenyataan itu diluluskan oleh Majlis Tertinggi PERUBATAN. 6. Ahli dilarang memberi kenyataan media, menerbit atau mengedar sebarang bentuk tulisan yang melanggar etika PERUBATAN dan bertentangan dengan dasar dan pembawaan PERUBATAN yang boleh mengganggu keharmonian dan perpaduan PERUBATAN. Fasal 12 : Tindakan Tatatertib Dan Pelucutan Hak Keahlian 1. Keahlian seseorang itu gugur dengan sendirinya setelah menamatkan pengajian di Mesir. 2. Tindakan tatatertib akan dikenakan terhadap ahli jawatankuasa atau ahli secara individu atau kumpulan yang melanggar mana-mana perkara yang terkandung dalam Perlembagaan dalam membuat keputusan atau tindakan yang membawa nama PERUBATAN. Tindakan ini mestilah dengan kelulusan Majlis Tertinggi PERUBATAN. 3. Pelucutan hak keahlian akan dibuat bagi perkara-perkara berikut: a) Ahli PERUBATAN yang disabitkan kesalahan jenayah. b) Ahli PERUBATAN yang merosakkan atau memudaratkan keharmonian dan nama baik PERUBATAN atau melanggar Perlembagaan PERUBATAN. c) Lain-lain kesalahan yang difikirkan perlu. 4. Pelucutan berlaku melalui keputusan Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN yang mengandungi keterangan tentang nama ahli, sebab pelucutan dan tarikh pelucutan. 5. Ahli yang dilucutkan keahlian hendaklah diberitahu tentang pelucutan keahliannya dalam tempoh 15 (lima belas) hari daripada tarikh keputusan Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN. Fasal 13 : Penerimaan Semula Keahlian 1. Keahlian bagi mereka yang telah dilucutkan boleh diterima semula apabila dikemukakan rayuan bertulis untuk pertimbangan dan kelulusan daripada Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN. Fasal 14 : Kewangan 1. SUMBER: a) Sumber kewangan adalah diperolehi daripada yuran, sumbangan dan derma. b) Segala kemasukan dan pengeluaran wang termasuk sumbangan dan derma yang hendak diterima mestilah mendapat kelulusan daripada Majlis Tertinggi PERUBATAN, setelah ditentukan bahawa penerimaan tersebut tidak akan menjejaskan kebebasan PERUBATAN, menggugat pendiriannya atau mempengaruhi dasar, perancangan atau aktivitinya. 2. PENGURUSAN: a) Tahun Kewangan PERUBATAN bermula pada 30 (tiga puluh) hari sebelum tarikh diadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan berakhir 30 (tiga puluh) hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan berikutnya. b) Bendahari Kehormat PERUBATAN dibenarkan untuk menyimpan wang yang akan ditetapkan jumlahnya oleh Majlis Tertinggi PERUBATAN dari semasa ke semasa. Wang yang melebihi daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang dipersetujui oleh Majlis Tertinggi PERUBATAN di bawah Akaun PERUBATAN. c) Peruntukan atau permohonan kewangan yang lebih daripada 500 (lima ratus) Egyptian Pound bagi satu-satu masa mestilah mendapat kelulusan daripada Majlis Tertinggi PERUBATAN. d) Segala cek dan Penyata Akaun PERUBATAN hendaklah ditandatangani secara bersama oleh Presiden dan Bendahari Kehormat PERUBATAN. 3. TUJUAN PERBELANJAAN: a) Bayaran kos dan perbelanjaan pentadbiran PERUBATAN. b) Menjalankan aktiviti sukan, akademik, dan sosio-budaya untuk ahli PERUBATAN. c) Membeli atau membina atau menyewa bangunan untuk menjalankan gerak kerja PERUBATAN. d) Hal ehwal kebajikan dan kepentingan ahli PERUBATAN. Fasal 15 : Mesyuarat Agung Tahunan 1. TARIKH, MASA DAN TEMPAT: BAB KETIGA: MESYUARAT AGUNG DAN MAJLIS TERTINGGI PERUBATAN

Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN mestilah diadakan tidak lewat daripada 31 Mac setiap tahun pada tarikh, masa dan di tempat yang akan ditetapkan oleh Majlis Tertinggi PERUBATAN. 2. NOTIS: a) Notis mengenai tarikh yang telah ditetapkan untuk Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PERUBATAN kepada ahli sekurang-kurangnya 14 (empat belas) hari sebelum tarikh diadakan mesyuarat. b) Notis mengenai segala urusan mesyuarat yang akan dibincangkan semasa Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PERUBATAN kepada ahli sekurang-kurangnya 7 (tujuh) hari sebelum tarikh diadakan mesyuarat. Notis tersebut hendaklah dilampirkan dengan laporan tahunan Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN, Penyata Akaun Tahunan PERUBATAN dan sebarang usul lain yang yang telah dicadangkan oleh ahli. 3. USUL: Setiap ahli yang layak mengundi boleh menghantar usul bertulis kepada Setiausaha Agung PERUBATAN tidak kurang daripada 7 (tujuh) hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan untuk dibahaskan. 4. PELAKSANA: a) Mesyuarat Agung Tahunan akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Mesyuarat Agung Tahunan (JMAT) yang akan dilantik oleh Majlis Tertinggi PERUBATAN selewat-lewatnya 30 (tiga puluh) hari sebelum tarikh mesyuarat tersebut diadakan. b) Jawatankuasa Mesyuarat Agung Tahunan (JMAT) bertanggungjawab untuk: i. Mengurus dan memastikan kelancaran Mesyuarat Agung Tahunan. ii. Melaksanakan gerak kerja mengikut etika yang ditetapkan. 5. PERWAKILAN: a) Kuorum Mesyuarat Agung Tahunan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Mesyuarat Agung Tahunan (JMAT) dan hendaklah diluluskan oleh Majlis Tertinggi PERUBATAN. b) Jika kuorum tidak mencukupi selepas 1 (satu) jam, Mesyuarat Agung Tahunan boleh diteruskan dengan syarat mendapat persetujuan sekurang-kurangnya 50 (lima puluh) peratus daripada jumlah perwakilan yang hadir. 6. AGENDA MESYUARAT: a) Mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN bagi tahun sebelumnya. b) Membentangkan laporan tahunan PERUBATAN. c) Membentang dan mengesahkan Penyata Akaun Tahunan PERUBATAN. d) Membahas dan meluluskan usul. e) Membincangkan perkara yang berkaitan dengan ahli dan kemajuan PERUBATAN. f) Melantik 4 (empat) orang Pemeriksa Kira-kira (Juruaudit). g) Membincangkan perkara-perkara lain yang difikirkan sesuai oleh Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN. 7. KEPUTUSAN: a) Proses perbahasan dan pengundian akan dijalankan oleh Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Agung Tahunan (JMAT) mengikut etika yang ditetapkan. b) Sebarang keputusan adalah dianggap lulus untuk diterima jika perwakilan yang hadir memberikan undi dengan majoriti mudah. c) Sekiranya jumlah undian adalah sama, undian semula akan diadakan. Fasal 16 : Mesyuarat Agung Khas 1. TUJUAN: a) Apabila difikirkan mustahak oleh Majlis Tertinggi PERUBATAN tanpa bantahan daripada 2/3 (dua per tiga) ahli PERUBATAN yang layak mengundi; atau b) Atas permintaan secara bertulis oleh tidak kurang daripada 2/3 (dua per tiga) ahli PERUBATAN yang layak mengundi dengan menjelaskan tujuan mereka mengadakannya. 2. TARIKH, MASA DAN TEMPAT: Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli (merujuk kepada Fasal 16, Perkara 1, Ceraian b) hendaklah diadakan pada satu tarikh dalam tempoh 60 (enam puluh) hari daripada tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu pada masa dan di tempat yang akan ditetapkan oleh Majlis Tertinggi PERUBATAN. 3. NOTIS: Notis mengenai tarikh yang telah ditetapkan untuk Mesyuarat Agung Khas dan segala urusan mesyuarat yang akan dibincangkan semasa Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PERUBATAN kepada ahli sekurang-kurangnya 7 (tujuh) hari sebelum tarikh mesyuarat. 4. PELAKSANA: a) Mesyuarat Agung Khas akan diuruskan oleh Jawatankuasa Mesyuarat Agung Khas (JMAK) yang dilantik oleh Majlis Tertinggi PERUBATAN selewat-lewatnya 30 (tiga puluh) hari daripada tarikh mesyuarat tersebut ditetapkan. b) Jawatankuasa Mesyuarat Agung Khas (JMAK) bertanggungjawab untuk: i. Mengurus dan memastikan kelancaran mesyuarat tersebut. ii. Mengikut dan melaksanakan gerak kerja mengikut etika yang ditetapkan. 5. PERWAKILAN:

Fasal 15 Perkara 5 berkenaan kuorum akan digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas ini, tetapi jika kuorum tidak juga mencukupi selepas 2 (dua) jam, Mesyuarat Agung Khas ini boleh diteruskan dengan syarat mendapat persetujuan sekurang-kurangnya 50 (lima puluh) peratus daripada jumlah perwakilan yang hadir. 6. KEPUTUSAN: Fasal 15 Perkara 7 berkenaan keputusan akan digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas ini. Fasal 17 : Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN 1. PELAKSANA: a) Jawatankuasa Khas untuk pemilihan Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN yang selepas ini disebut sebagai Jawatankuasa Pilihanraya PERUBATAN (JPP) hendaklah ditubuhkan oleh Lembaga Penasihat PERUBATAN untuk mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan pemilihan Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN. b) Jawatankuasa Pilihanraya PERUBATAN (JPP) terdiri daripada: i. Pengarah ii. Timbalan Pengarah iii. Setiausaha iv. Bendahari v. Ahli-ahli Jawatankuasa c) Ahli Jawatankuasa Pilihanraya PERUBATAN (JPP) dilarang untuk mencalon atau dicalonkan dalam pemilihan Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN. d) Bidang tugas Jawatankuasa Pilihanraya PERUBATAN (JPP) adalah seperti berikut: i. Mengurus dan memastikan kelancaran dan ketelusan proses pemilihan Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN. ii. Melaksanakan gerak kerja mengikut etika yang telah ditetapkan. e) Tugas-tugas Jawatankuasa Pilihanraya PERUBATAN (JPP) dalam proses pemilihan Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN boleh dipantau oleh tidak lebih daripada 4 orang pemantau yang akan dilantik oleh Lembaga Penasihat PERUBATAN sekiranya perlu. 2. PEMILIHAN: a) Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN hendaklah dijalankan sebelum atau semasa Mesyuarat Agung Tahunan. b) Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN adalah terdiri daripada 2 orang wakil (seorang lelaki dan seorang perempuan) daripada setiap PERUBATAN Cawangan mengikut universiti. c) Calon Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN mestilah pernah menjawat jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan. d) Pemilihan Presiden dan Timbalan Presiden dalam kalangan Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Pilihanraya PERUBATAN (JPP). e) Berdasarkan Fasal 18 Perkara 1 (d), seramai 1 (satu) orang Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN lelaki dan 1 (satu) orang Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN wanita yang telah dikekalkan untuk sesi pentadbiran seterusnya adalah secara automatik terkeluar daripada proses pemilihan Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN. f) Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN yang dikekalkan boleh bertanding sebagai Presiden atau Timbalan Presiden. g) Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN yang dipilih akan berkuatkuasa selepas pengumuman dilakukan oleh Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya PERUBATAN (JPP) dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang terdekat. Fasal 18 : Majlis Tertinggi PERUBATAN 1. PENGURUSAN: a) Pengurusan PERUBATAN adalah dipertanggungjawabkan kepada Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN yang dipilih sebelum atau semasa Mesyuarat Agung Tahunan. b) Majlis Tertinggi PERUBATAN terdiri daripada: i. Presiden ii. Timbalan Presiden iii. Naib Presiden I iv. Naib Presiden II v. Setiausaha Agung vi. Timbalan Setiausaha Agung vii. Bendahari Kehormat viii. Timbalan Bendahari Kehormat ix. Ketua & Timbalan Ketua Jabatan Akademik x. Ketua & Timbalan Ketua Jabatan Pembangunan Insan xi. Ketua & Timbalan Ketua Jabatan Penerbitan dan Penerangan

xii. xiii. xiv. Ketua & Timbalan Ketua Jabatan Sukan dan Aktiviti Luar Ketua & Timbalan Ketua Jabatan Kebajikan dan Kemanusian Ketua & Timbalan Ketua Jabatan Ekonomi c) Pembahagian jawatan-jawatan dalam Majlis Tertinggi PERUBATAN akan ditentukan oleh Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN dalam mesyuarat pertama selepas Mesyuarat Agung Tahunan kecuali jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. d) Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN perlu bermesyuarat di akhir sesi pentadbiran untuk menetapkan 1 (satu) orang Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN lelaki dan 1 (satu) orang Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN wanita untuk dikekalkan dalam Majlis Tertinggi PERUBATAN sesi seterusnya. e) Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN tidak boleh bergiat aktif dan menjadi ahli jawatankuasa dalam mana-mana pertubuhan lain di Mesir dan perlu memberikan sepenuh komitmen kepada PERUBATAN. Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN tidak boleh menggunakan kedudukan dalam PERUBATAN dan perbendaharaan PERUBATAN untuk kepentingan peribadi. 2. MESYUARAT: a) Majlis Tertinggi PERUBATAN hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 4 (empat) kali setahun. b) Sekurang-kurangnya 1/2 (satu per dua) daripada bilangan Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN mestilah hadir untuk mencukupkan bilangan ahli mesyuarat dan mengesahkan mesyuarat. c) Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN yang tidak menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi PERUBATAN sebanyak 3 (tiga) kali berturut-turut tanpa alasan yang munasabah boleh dilucutkan jawatan dengan kelulusan Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN. 3. KEKOSONGAN JAWATAN: a) Perletakan jawatan oleh mana-mana Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN perlu mendapat kelulusan Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN. Keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi PERUBATAN adalah muktamad dan mesti dihormati oleh ahli. b) Jika terdapat Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan atau tidak dapat bertugas atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kekosongan tersebut perlu dipangku oleh mana-mana Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN lain untuk satu tempoh tertentu dan kemudiannya ditentukan oleh Jawatankuasa Pilihanraya PERUBATAN (JPP) berdasarkan etika. Kekosongan jawatan Presiden hanya boleh dipangku oleh Naib Presiden I. 4. PEMBUBARAN JAWATAN: Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN dan Lembaga Penasihat PERUBATAN akan terbubar secara rasmi selepas ucapan penangguhan Presiden semasa Mesyuarat Agung Tahunan yang terdekat. Fasal 19 : Tugas-Tugas Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN 1. Tugas-tugas umum Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN adalah seperti berikut: a) Menyelia kebajikan ahli. b) Mengatur program PERUBATAN. c) Membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan PERUBATAN dan tidak bertentangan dengan Perlembagaan PERUBATAN. 2. Tugas-tugas ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN mengikut jawatan adalah seperti berikut: a) Presiden i) Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Majlis Tertinggi PERUBATAN dan Presiden berhak mempengerusikan sebarang mesyuarat dalam PERUBATAN. ii) Menandatangani minit mesyuarat yang diluluskan dalam setiap mesyuarat Majlis Tertinggi PERUBATAN. iii) Bersama Bendahari Kehormat menandatangani cek-cek dan Penyata Akaun PERUBATAN. iv) Menguruskan pentadbiran am, organisasi dan hal ehwal PERUBATAN. v) Bertanggungjawab terhadap semua portfolio dalam PERUBATAN. vi) Mempengerusikan Majlis Keselamatan PERUBATAN seandainya berlaku bencana besar atau krisis kemanusiaan yang menimpa keseluruhan mahasiswa. vii) Mengetuai hal ehwal hubungan luar PERUBATAN. b) Timbalan Presiden i) Membantu tugas Presiden dalam menjayakan pembawaan tahunan PERUBATAN. ii) Bertanggungjawab terhadap kebajikan ahli PERUBATAN dalam kalangan wanita. iii) Mempengerusikan mesyuarat dalam kalangan Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN wanita. iv) Mengetuai perwakilan PERUBATAN dalam sidang-sidang mengenai wanita. v) Membantu Presiden menyelia semua portfolio dalam PERUBATAN. c) Naib Presiden I i) Memangku Presiden ketika ketiadaannya. ii) Merangkap Ketua Panitia Perancang PERUBATAN dan bertindak sebagai penyelaras bagi semua Panitia Perancang PERUBATAN Cawangan. iii) Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Panitia Perancang PERUBATAN serta mesyuarat bersama semua Panitia Perancang PERUBATAN Cawangan.

iv) Merancang dan menyusun takwim PERUBATAN dan menyelaras takwim PERUBATAN Cawangan. v) Merancang dan menyelaras program mega PERUBATAN. vi) Menyelaras perancangan setiap Jabatan dalam Majlis Tertinggi PERUBATAN. d) Naib Presiden II i) Membantu tugas-tugas Naib Presiden I. ii) Merupakan Timbalan Ketua Panitia Perancang PERUBATAN. iii) Memangku Naib Presiden I semasa ketiadaannya. e) Setiausaha Agung i) Mengurus semua urusan surat-menyurat bagi pihak PERUBATAN dan menerima semua salinan surat-menyurat yang diterima atau dikirim oleh PERUBATAN Cawangan kepada persatuan, badan atau pihak lain. ii) Bertanggungjawab terhadap arkib PERUBATAN. iii) Menyimpan semua minit mesyuarat PERUBATAN. iv) Menyimpan semua rekod dan dokumen PERUBATAN. v) Menjaga, merekod dan mengemaskini maklumat ahli PERUBATAN di seluruh Mesir. vi) Bertanggungjawab untuk memanggil Mesyuarat Agung dan mesyuarat Majlis Tertinggi PERUBATAN apabila diarahkan oleh Presiden. f) Timbalan Setiausaha Agung i) Membantu tugas-tugas Setiausaha Agung. ii) Memangku Setiausaha Agung ketika ketiadaannya. g) Bendahari Kehormat i) Mengutip yuran pendaftaran keahlian dan yuran tahunan daripada ahli PERUBATAN. ii) Menyelia dan menguruskan Akaun PERUBATAN dan memantau Akaun PERUBATAN Cawangan. iii) Mengemaskini dan menandatangani Penyata Akaun PERUBATAN dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PERUBATAN. iv) Menandatangani cek-cek dan Penyata Akaun PERUBATAN bersama Presiden. v) Menyediakan Penyata Akaun Tahunan PERUBATAN pada akhir Tahun Kewangan PERUBATAN dan membentangkan Laporan Kewangan Tahunan PERUBATAN bagi pihak Majlis Tertinggi PERUBATAN dalam Mesyuarat Agung Tahunan. h) Timbalan Bendahari Kehormat i) Membantu tugas-tugas Bendahari Kehormat. ii) Memangku Bendahari Kehormat ketika ketiadaannya. i) Ketua-ketua & Timbalan-timbalan Ketua Jabatan i) Menjalankan tugas berdasarkan mesyuarat Majlis Tertinggi PERUBATAN mengikut etika yang ditetapkan. Fasal 20 : Lembaga Penasihat PERUBATAN 1. Lembaga Penasihat PERUBATAN dipilih oleh Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN selewat-lewatnya 14 (empat belas) hari selepas Mesyuarat Agung Tahunan. 2. Lembaga Penasihat PERUBATAN dipilih dalam kalangan ahli PERUBATAN yang berpengalaman. 3. Lembaga Penasihat PERUBATAN perlu melantik seorang ketua dalam kalangan mereka. 4. Bilangan Ahli Lembaga Penasihat PERUBATAN adalah tidak kurang daripada 3 (tiga) orang dan tidak lebih daripada 7 (tujuh) orang. 5. Tugas-tugas Ahli Lembaga Penasihat PERUBATAN adalah seperti berikut: a) Menasihati Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN. b) Menjadi tempat rujukan dalam penafsiran Perlembagaan. c) Melantik Jawatankuasa Pemilihan PERUBATAN (JPP) untuk pemilihan Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN. d) Menentukan kaedah pemilihan Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan. e) Melantik pemantau untuk proses pemilihan Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN sekiranya perlu. Fasal 21 : Jawatankuasa Kecil (Sementara) 1. Majlis Tertinggi PERUBATAN berhak menubuhkan Jawatankuasa Kecil (Sementara) apabila difikirkan perlu. Majlis Tertinggi PERUBATAN mestilah menentukan tugas-tugas Jawatankuasa Kecil (Sementara) ini dan melantik Pengarah bagi Jawatankuasa tersebut. 2. Pengarah Jawatankuasa Kecil (Sementara) berhak memilih ahli PERUBATAN yang berkelayakan untuk memegang jawatan dalam Jawatankuasa Kecil (Sementara) ini. Majlis Tertinggi PERUBATAN berhak menggantung atau melucutkan ahli-ahli Jawatankuasa Kecil (Sementara) ini atas sebab-sebab yang boleh menjejaskan nama baik PERUBATAN. Majlis Tertinggi PERUBATAN juga berhak membubarkan Jawatankuasa Kecil (Sementara) ini. 3. Jawatankuasa Kecil (Sementara) ini mestilah menghantar minit mesyuarat kepada Majlis Tertinggi PERUBATAN setiap kali selepas mesyuarat diadakan.

BAB KEEMPAT: PERUBATAN CAWANGAN Fasal 22 : PERUBATAN Cawangan 1. Cawangan PERUBATAN di setiap universiti adalah disebut sebagai PERUBATAN Cawangan dan selepas ini disebut sebagai PERUBATAN Cawangan. Tempat sesebuah PERUBATAN Cawangan adalah berdasarkan taburan universiti. 2. Alamat berdaftar dan alamat surat-menyurat bagi sesebuah PERUBATAN Cawangan adalah bergantung kepada keputusan mesyuarat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan. 3. Motto PERUBATAN Cawangan mestilah selaras dengan motto PERUBATAN iaitu: At-Taqwa, As-Syifa`, Ar-Rahmah. 4. Logo PERUBATAN Cawangan hendaklah mengikut logo PERUBATAN. 5. Objektif PERUBATAN Cawangan adalah seperti berikut: a) Menjaga dan memperkasa kebajikan ahli. b) Menjaga dan memperkasa pencapaian akademik ahli. c) Menjadi saluran kepada ahli supaya dapat bertemu dan berbincang ke arah memantapkan perpaduan sesama ahli. d) Mengukuhkan perpaduan dalam kalangan ahli melalui aktiviti sosial, pendidikan, kerohanian dan lain-lain. e) Mengadakan hubungan dan jalinan kerjasama dengan badan dan pertubuhan lain yang mempunyai matlamat dan kepentingan yang sama untuk mengukuhkan PERUBATAN Cawangan. f) Melaksanakan dan menjayakan pembawaan semasa Majlis Tertinggi PERUBATAN. Fasal 23 : Penubuhan Dan Pembubaran PERUBATAN Cawangan 1. PENUBUHAN: a) Penubuhan cawangan di sesebuah universiti akan difikirkan apabila bilangan ahli PERUBATAN di universiti tersebut melebihi 25 (dua puluh lima) orang. b) Penubuhan sesebuah cawangan adalah terletak di bawah kuasa dan pertimbangan Presiden PERUBATAN dengan kelulusan Majlis Tertinggi PERUBATAN dalam satu mesyuarat khas dengan 4 (empat) orang ahli PERUBATAN dari universiti tersebut. c) PERUBATAN Cawangan akan ditubuhkan dalam masa 45 (empat puluh lima) hari daripada tarikh kelulusan penubuhan cawangan tersebut dibuat. 2. PEMBUBARAN: a) Sekiranya bilangan ahli sesebuah cawangan kurang daripada 7 (tujuh) orang, cawangan tersebut akan terbubar secara automatik tanpa perlu kepada Mesyuarat Agung Khas dan notis pembubaran akan dikeluarkan oleh Presiden PERUBATAN. b) Sekiranya Majlis Tertinggi PERUBATAN merasakan mana-mana cawangan gagal mencapai tujuan dan objektif asal penubuhannya, maka Majlis Tertinggi PERUBATAN berhak mengadakan Mesyuarat Agung Khas bagi membahaskan perkara tersebut. Keputusan Mesyuarat Agung Khas untuk membubarkan sesebuah cawangan mestilah mendapat suara majoriti melebihi 2/3 (dua per tiga) daripada jumlah perwakilan yang hadir. Notis pembubaran cawangan terbabit akan dikeluarkan oleh Presiden PERUBATAN dalam masa 30 (tiga puluh) hari selepas tarikh Mesyuarat Agung Khas tersebut bagi menandakan pembubaran secara rasmi. c) Semua baki ahli cawangan yang dibubarkan akan dipindahkan ke cawangan terdekat yang akan ditentukan dalam Mesyuarat Agung Khas tersebut. d) Sekiranya berlaku pembubaran, segala perbendaharaan cawangan terbabit akan diselia dan diuruskan oleh Bendahari Kehormat PERUBATAN dan laporan khas daripada Bendahari Kehormat PERUBATAN perlu dibentang dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PERUBATAN dan juga Mesyuarat Agung Tahunan yang terdekat. Fasal 24 : Keahlian PERUBATAN Cawangan 1. Setiap individu yang berdaftar dengan PERUBATAN adalah secara automatik menjadi ahli PERUBATAN Cawangan berdasarkan universiti masing-masing. 2. Syarat-syarat dan perkara-perkara lain berkenaan keahlian adalah seperti yang dinyatakan dalam Fasal 7, 8 dan 9. 3. Mana-mana ahli PERUBATAN Cawangan yang tamat keahlian PERUBATAN adalah secara automatik tamat keahlian PERUBATAN Cawangan. 4. Ahli PERUBATAN Cawangan boleh dilucutkan keahlian atas sebab-sebab seperti yang dinyatakan dalam Fasal 12 dan diterima semula keahliannya seperti yang dinyatakan dalam Fasal 13. Fasal 25 : Mesyuarat Tahunan Cawangan 1. TARIKH, MASA DAN TEMPAT:

Mesyuarat Tahunan Cawangan hendaklah diadakan selewat-lewatnya 21 (dua puluh satu) hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN pada tarikh, masa dan di tempat yang akan ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan. 2. NOTIS: a) Notis mengenai tarikh yang telah ditetapkan untuk Mesyuarat Tahunan Cawangan hendaklah dimaklumkan oleh Setiausaha PERUBATAN Cawangan kepada ahli sekurang-kurangnya 14 (empat belas) hari sebelum tarikh diadakan mesyuarat. b) Notis mengenai segala urusan mesyuarat yang akan dibincangkan semasa Mesyuarat Tahunan Cawangan hendaklah dimaklumkan oleh Setiausaha PERUBATAN Cawangan kepada ahli sekurang-kurangnya 7 (tujuh) hari sebelum tarikh diadakan mesyuarat. Notis tersebut hendaklah dilampirkan dengan laporan tahunan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan, Penyata Akaun Tahunan PERUBATAN Cawangan dan sebarang usul lain yang yang telah dicadangkan oleh ahli. 3. USUL: Setiap ahli yang layak mengundi boleh menghantar usul bertulis kepada Setiausaha PERUBATAN Cawangan tidak kurang daripada 7 (tujuh) hari sebelum tarikh Mesyuarat Tahunan Cawangan untuk dibahaskan. 4. PELAKSANA: a) Mesyuarat Tahunan Cawangan akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Mesyuarat Tahunan Cawangan (JMTC) yang akan dilantik oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan selewat-lewatnya 15 (lima belas) hari sebelum tarikh mesyuarat tersebut diadakan. b) Jawatankuasa Mesyuarat Tahunan Cawangan (JMTC) bertanggungjawab untuk: i. Mengurus dan memastikan kelancaran Mesyuarat Tahunan Cawangan. ii. Melaksanakan gerak kerja mengikut etika yang ditetapkan. 5. PERWAKILAN: a) Kuorum Mesyuarat Tahunan Cawangan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Mesyuarat Tahunan Cawangan (JMTC) dan hendaklah diluluskan oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan. b) Jika kuorum tidak mencukupi selepas satu jam, Mesyuarat Tahunan Cawangan boleh diteruskan dengan syarat mendapat persetujuan sekurang-kurangnya 50 (lima puluh) peratus daripada jumlah perwakilan yang hadir. 6. PEMANTAU: Mesyuarat Tahunan Cawangan mesti dihadiri dan dipantau oleh sekurang-kurangnya 2 (dua) orang Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN. 7. AGENDA MESYUARAT: a) Mengesahkan minit Mesyuarat Tahunan Cawangan bagi tahun sebelumnya. b) Membentangkan laporan tahunan PERUBATAN Cawangan. c) Membentang dan mengesahkan Penyata Akaun Tahunan PERUBATAN Cawangan. d) Membahas dan meluluskan usul. e) Membincangkan perkara yang berkaitan dengan ahli dan kemajuan PERUBATAN Cawangan. f) Melantik 4 (empat) orang Pemeriksa Kira-kira (Juruaudit). g) Membincangkan perkara-perkara lain yang difikirkan sesuai oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan. 8. KEPUTUSAN: a) Proses perbahasan dan pengundian akan dijalankan oleh Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Tahunan Cawangan (JMTC) mengikut etika yang ditetapkan. b) Sebarang keputusan adalah dianggap lulus untuk diterima jika perwakilan yang hadir memberikan undi dengan majoriti mudah. c) Sekiranya jumlah undian adalah sama, undian semula akan diadakan. 9. LAPORAN: Semua laporan tahunan berkenaan PERUBATAN Cawangan serta Penyata Akaun Tahunan PERUBATAN Cawangan dan minit Mesyuarat Tahunan Cawangan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Agung PERUBATAN dalam tempoh 14 (empat belas) hari selepas tarikh diadakan mesyuarat. Fasal 26 : Mesyuarat Khas Cawangan 1. TUJUAN: a) Apabila difikirkan mustahak oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan tanpa bantahan daripada 2/3 (dua per tiga) ahli PERUBATAN Cawangan yang layak mengundi; atau b) Atas permintaan secara bertulis oleh tidak kurang daripada 2/3 (dua per tiga) ahli PERUBATAN Cawangan yang layak mengundi dengan menjelaskan tujuan mereka mengadakannya. c) Dengan kelulusan Majlis Tertinggi PERUBATAN. 2. TARIKH, MASA DAN TEMPAT: Mesyuarat Khas Cawangan yang diminta oleh ahli (merujuk kepada Fasal 26, Perkara 1, Ceraian b) hendaklah diadakan pada satu tarikh dalam tempoh 60 (enam puluh) hari daripada tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu pada masa dan di tempat yang akan ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan. 3. NOTIS:

Notis mengenai tarikh yang telah ditetapkan untuk Mesyuarat Khas Cawangan dan segala urusan mesyuarat yang akan dibincangkan semasa Mesyuarat Khas Cawangan itu hendaklah diberikan oleh Setiausaha PERUBATAN Cawangan kepada ahli sekurang-kurangnya 7 (tujuh) hari sebelum tarikh mesyuarat. 4. PELAKSANA: a) Mesyuarat Khas Cawangan akan diuruskan oleh Jawatankuasa Mesyuarat Khas Cawangan (JMKC) yang dilantik oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan selewat-lewatnya 30 (tiga puluh) hari daripada tarikh mesyuarat tersebut ditetapkan. b) Jawatankuasa Mesyuarat Khas Cawangan (JMKC) bertanggungjawab untuk: i. Mengurus dan memastikan kelancaran mesyuarat tersebut. ii. Mengikut dan melaksanakan gerak kerja mengikut etika yang ditetapkan. 5. PERWAKILAN: Fasal 25 Perkara 5 berkenaan kuorum akan digunakan untuk Mesyuarat Khas Cawangan ini, tetapi jika kuorum tidak juga mencukupi selepas 2 (dua) jam, Mesyuarat Khas Cawangan ini boleh diteruskan dengan syarat mendapat persetujuan sekurang-kurangnya 50 (lima puluh) peratus daripada jumlah perwakilan yang hadir. 6. PEMANTAU: Mesyuarat Khas Cawangan mestilah dihadiri dan dipantau oleh sekurang-kurangnya 2 (dua) orang Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN. 7. KEPUTUSAN: Fasal 25 Perkara 8 berkenaan keputusan akan digunakan untuk Mesyuarat Khas Cawangan ini. Fasal 27 : Pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan 1. PELAKSANA: a) Jawatankuasa Khas untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang selepas ini disebut sebagai Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) hendaklah ditubuhkan oleh Lembaga Penasihat PERUBATAN untuk mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan. b) Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) terdiri daripada: i. Pengarah ii. Timbalan Pengarah iii. Setiausaha iv. Bendahari v. Ahli-ahli Jawatankuasa c) Ahli Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) dilarang untuk mencalon atau dicalonkan dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan. d) Bidang tugas Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) adalah seperti berikut: i. Mengurus dan memastikan kelancaran dan ketelusan proses pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan. ii. Melaksanakan gerak kerja mengikut etika yang telah ditetapkan. e) Tugas-tugas Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) dalam proses pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan boleh dipantau oleh tidak lebih daripada 4 orang pemantau yang akan dilantik oleh Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan sekiranya perlu. 2. PEMILIHAN: a) Pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan hendaklah dijalankan sebelum atau semasa Mesyuarat Tahunan Cawangan. b) Berdasarkan Fasal 28 Perkara 1 (d), seramai 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan lelaki dan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan wanita yang telah dikekalkan untuk sesi pentadbiran seterusnya, adalah secara automatik terkeluar daripada proses pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan. c) Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang dilantik akan berkuatkuasa selepas pengumuman oleh Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan. Fasal 28 : Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan 1. PENGURUSAN: a) Pengurusan PERUBATAN Cawangan adalah dipertanggungjawabkan kepada Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang dipilih sebelum atau semasa Mesyuarat Tahunan Cawangan. b) Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan terdiri daripada: i. Pengerusi ii. Timbalan Pengerusi

iii. Naib Pengerusi I iv. Naib Pengerusi II v. Setiausaha vi. Timbalan Setiausaha vii. Bendahari viii. Timbalan Bendahari ix. Ketua & Timbalan Ketua Biro Akademik x. Ketua & Timbalan Ketua Biro Pembangunan Insan xi. Ketua & Timbalan Ketua Biro Penerbitan dan Penerangan xii. Ketua & Timbalan Ketua Biro Sukan dan Aktiviti Luar xiii. Ketua & Timbalan Ketua Biro Kebajikan xiv. Ketua & Timbalan Ketua Biro Perumahan xv. Ketua & Timbalan Ketua Biro Ekonomi c) Pembahagian jawatan-jawatan dalam kalangan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan akan ditentukan oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan dalam mesyuarat pertama selepas Mesyuarat Tahunan Cawangan kecuali jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi. d) Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan perlu bermesyuarat pada akhir sesi pentadbiran untuk menetapkan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lelaki dan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) wanita untuk dikekalkan sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan sesi seterusnya. e) Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan tidak boleh bergiat aktif dan menjadi ahli jawatankuasa dalam manamana pertubuhan lain di Mesir dan perlu memberikan sepenuh komitmen kepada PERUBATAN. Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan tidak boleh menggunakan kedudukan dalam PERUBATAN dan perbendaharaan PERUBATAN untuk kepentingan peribadi. 2. MESYUARAT: a) Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 4 (empat) kali setahun. b) Sekurang-kurangnya 1/2 (satu per dua) daripada bilangan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan mestilah hadir untuk mencukupkan bilangan ahli mesyuarat dan mengesahkan mesyuarat. c) Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang tidak menghadiri mesyuarat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan sebanyak 3 (tiga) kali berturut-turut tanpa alasan yang munasabah boleh dilucutkan jawatan dengan kelulusan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan dan Majlis Tertinggi PERUBATAN. 3. KEKOSONGAN JAWATAN: a) Perletakan atau pelucutan jawatan mana-mana Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan perlu mendapat kelulusan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan dan Majlis Tertinggi PERUBATAN. Keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi PERUBATAN adalah muktamad dan mesti dihormati oleh ahli. b) Jika terdapat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan atau tidak dapat bertugas atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kekosongan tersebut perlu dipangku oleh mana-mana Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lain untuk satu tempoh tertentu dan kemudiannya ditentukan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) berdasarkan etika. Kekosongan jawatan Pengerusi hanya boleh dipangku oleh Naib Pengerusi I. 4. PEMBUBARAN JAWATAN: Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan dan Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan akan terbubar secara rasmi selepas ucapan penangguhan Pengerusi PERUBATAN Cawangan semasa Mesyuarat Tahunan Cawangan. Fasal 29 : Tugas-Tugas Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan 1. Tugas-tugas umum Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan adalah seperti berikut: a) Menyelia kebajikan ahli PERUBATAN Cawangan. b) Mengatur program PERUBATAN Cawangan. c) Membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan PERUBATAN Cawangan dan tidak bertentangan dengan Perlembagaan PERUBATAN. d) Melaksana dan menjayakan pembawaan tahunan PERUBATAN di cawangan masing-masing. 2. Tugas-tugas Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN mengikut jawatan adalah seperti berikut: a) Pengerusi i) Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan dan Pengerusi berhak mempengerusikan sebarang mesyuarat dalam PERUBATAN Cawangan. ii) Menandatangani minit mesyuarat yang diluluskan dalam setiap mesyuarat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan. iii) Bersama Bendahari menandatangani cek-cek dan Penyata Akaun PERUBATAN Cawangan. iv) Menguruskan pentadbiran am, organisasi dan hal ehwal PERUBATAN Cawangan.

v) Bertanggungjawab terhadap semua portfolio dalam PERUBATAN Cawangan. vi) Mempengerusikan Majlis Keselamatan PERUBATAN Cawangan seandainya berlaku bencana besar atau krisis kemanusiaan yang menimpa keseluruhan mahasiswa di cawangan berkenaan. vii) Menjalankan arahan Presiden PERUBATAN di peringkat cawangan serta menjayakan pembawaan tahunan PERUBATAN. viii) Mengadakan hubungan dan jalinan kerjasama dengan badan dan pertubuhan lain yang mempunyai matlamat dan kepentingan serupa yang mengukuhkan PERUBATAN Cawangan dengan persetujuan Presiden. b) Timbalan Pengerusi i) Membantu tugas Pengerusi dalam menjayakan pembawaan tahunan PERUBATAN. ii) Bertanggungjawab terhadap kebajikan ahli PERUBATAN Cawangan dalam kalangan wanita. iii) Membantu Pengerusi mempengerusikan mesyuarat dalam kalangan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) wanita. iv) Mengetuai perwakilan PERUBATAN Cawangan dalam sidang-sidang mengenai wanita. v) Membantu Pengerusi menyelia semua portfolio dalam PERUBATAN Cawangan. c) Naib Pengerusi I i) Memangku Pengerusi ketika ketiadaannya. ii) Merangkap Ketua Panitia Perancang PERUBATAN Cawangan. iii) Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Panitia Perancang PERUBATAN Cawangan. iv) Merancang dan menyusun takwim PERUBATAN Cawangan. v) Merancang dan menyelaras program mega PERUBATAN Cawangan. vi) Menyelaras perancangan setiap Biro dalam PERUBATAN Cawangan. d) Naib Pengerusi II i) Membantu tugas-tugas Naib Pengerusi I. ii) Merupakan Timbalan Ketua Panitia Perancang PERUBATAN Cawangan. iii) Memangku Naib Pengerusi I ketika ketiadaannya. e) Setiausaha i) Mengurus semua urusan surat menyurat bagi pihak PERUBATAN Cawangan dan menghantar salinan semua surat yang diterima atau dikirim oleh PERUBATAN Cawangan kepada persatuan atau badan lain kepada Setiausaha Agung PERUBATAN. ii) Bertanggungjawab terhadap arkib PERUBATAN Cawangan. iii) Menyimpan semua minit mesyuarat di peringkat cawangan. iv) Menyimpan semua rekod dan dokumen di peringkat cawangan. v) Membantu Setiausaha Agung PERUBATAN dalam menguruskan pendaftaran keahlian PERUBATAN. vi) Menjaga, merekod dan mengemaskini maklumat ahli PERUBATAN di cawangan masing-masing. vii) Bertanggungjawab untuk memanggil Mesyuarat Tahunan Cawangan dan mesyuarat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan apabila diarahkan oleh Pengerusi. f) Timbalan Setiausaha i) Membantu tugas-tugas Setiausaha. ii) Memangku Setiausaha ketika ketiadaannya. g) Bendahari i) Mengutip yuran pendaftaran keahlian dan yuran tahunan daripada ahli PERUBATAN di cawangan masing-masing. ii) Menyelia dan menguruskan Akaun PERUBATAN Cawangan. iii) Mengemaskini dan menandatangani Penyata Akaun PERUBATAN Cawangan dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan. iv) Menandatangani cek-cek dan Penyata Akaun PERUBATAN Cawangan bersama Pengerusi. v) Menyediakan Penyata Akaun Tahunan PERUBATAN Cawangan pada akhir Tahun Kewangan PERUBATAN Cawangan dan membentangkan Laporan Kewangan Tahunan PERUBATAN Cawangan bagi pihak Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan. h) Timbalan Bendahari i) Membantu tugas-tugas Bendahari. ii) Memangku Bendahari ketika ketiadaannya. i) Ketua-ketua & Timbalan-timbalan Ketua Biro i) Menjalankan tugas berdasarkan mesyuarat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan mengikut etika yang ditetapkan. Fasal 30 : Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan 1. Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan dipilih oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan selewat-lewatnya 14 (empat belas) hari selepas Mesyuarat Tahunan Cawangan. 2. Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan dipilih dalam kalangan ahli PERUBATAN yang berpengalaman. 3. Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan perlu melantik seorang ketua dalam kalangan mereka.

4. Bilangan Ahli Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan adalah tidak kurang daripada 3 (tiga) orang dan tidak lebih daripada 7 (tujuh) orang. 5. Tugas-tugas Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan adalah seperti berikut: a) Menasihati Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan. b) Melantik Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan. c) Melantik pemantau untuk proses pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan sekiranya perlu. Fasal 31 : Jawatankuasa Kecil (Sementara) PERUBATAN Cawangan 1. Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil (Sementara) apabila difikirkan perlu. Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan mestilah menentukan tugas-tugas Jawatankuasa Kecil (Sementara) ini dan melantik Pengarah bagi Jawatankuasa tersebut. 2. Pengarah Jawatankuasa Kecil (Sementara) berhak memilih ahli PERUBATAN yang berkelayakan untuk memegang jawatan dalam Jawatankuasa Kecil (Sementara) ini. Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan berhak menggantung atau melucutkan ahli-ahli Jawatankuasa Kecil (Sementara) ini atas sebab-sebab yang boleh menjejaskan nama baik PERUBATAN. Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan juga berhak membubarkan Jawatankuasa Kecil (Sementara) ini. 3. Jawatankuasa Kecil (Sementara) ini mesti menghantar minit mesyuarat kepada Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan setiap kali selepas mesyuarat diadakan. 4. Setiausaha PERUBATAN Cawangan hendaklah menghantar segala laporan dan minit mesyuarat Jawatankuasa Kecil (Sementara) ini kepada Setiausaha Agung PERUBATAN. Fasal 32 : Yuran Dan Kewangan PERUBATAN Cawangan 1. YURAN: Ahli PERUBATAN di setiap cawangan perlu membayar yuran pendaftaran keahlian dan yuran tahunan sebagai seorang ahli PERUBATAN seperti yang dinyatakan dalam Fasal 8 kepada Bendahari PERUBATAN Cawangan untuk diserahkan kepada Bendahari Kehormat PERUBATAN. 2. SUMBER: a) Sumber kewangan adalah diperolehi daripada yuran, sumbangan dan derma. b) Segala kemasukan dan pengeluaran wang termasuk sumbangan dan derma kepada PERUBATAN Cawangan mestilah dilaporkan kepada Bendahari Kehormat PERUBATAN. c) Bendahari Kehormat PERUBATAN berhak mengawal kemasukan dan pengeluaran wang termasuk sumbangan dan derma kepada PERUBATAN Cawangan dengan persetujuan Majlis Tertinggi PERUBATAN sekiranya didapati kemasukan wang tersebut boleh menjejaskan kebebasan PERUBATAN, menggugat pendiriannya atau mempengaruhi dasar, perancangan atau aktivitinya. 3. PENGURUSAN: a) Tahun Kewangan PERUBATAN Cawangan bermula 30 (tiga puluh) hari sebelum tarikh diadakan Mesyuarat Tahunan Cawangan dan berakhir 30 (tiga puluh) hari sebelum tarikh Mesyuarat Tahunan Cawangan berikutnya. b) Bendahari PERUBATAN Cawangan akan menyimpan sebanyak 70 (tujuh puluh) peratus daripada jumlah kutipan yuran pendaftaran keahlian dan yuran tahunan di dalam Akaun PERUBATAN Cawangan dan bakinya akan disimpan di dalam Akaun PERUBATAN. c) Bendahari PERUBATAN Cawangan dibenarkan untuk menyimpan wang yang akan ditetapkan jumlahnya oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan dari semasa ke semasa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank dengan persetujuan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan di bawah Akaun PERUBATAN Cawangan. d) Peruntukan atau permohonan yang lebih daripada 500 (lima ratus) Egyptian Pound bagi satu-satu masa mestilah mendapat kelulusan daripada Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan. e) Segala cek dan Penyata Akaun PERUBATAN Cawangan hendaklah ditandatangani secara bersama oleh Pengerusi dan Bendahari PERUBATAN Cawangan. f) Bendahari PERUBATAN Cawangan boleh membuat kutipan wang dalam kalangan ahli PERUBATAN di cawangan masing-masing sekiranya difikirkan munasabah dan mendapat persetujuan daripada Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan. 4. TUJUAN PERBELANJAAN: a) Bayaran kos dan perbelanjaan pentadbiran PERUBATAN Cawangan. b) Menjalankan aktiviti sukan, akademik, dan sosio-budaya untuk ahli PERUBATAN Cawangan. c) Membeli atau membina atau menyewa bangunan untuk menjalankan gerak kerja PERUBATAN Cawangan. d) Hal ehwal kebajikan dan kepentingan ahli PERUBATAN.

Fasal 33 : Kegiatan PERUBATAN Cawangan 1. Semua ahli di setiap cawangan perlu menyertai sebarang aktiviti atau program yang dianjurkan oleh PERUBATAN Cawangan masingmasing. 2. Setiap program yang melibatkan ahli di sesebuah cawangan mestilah mendapat kelulusan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan berkenaan dan mestilah dimaklumkan kepada Majlis Tertinggi PERUBATAN. 3. Setiap program yang berkaitan dengan pihak keselamatan Mesir mestilah dirujuk kepada Majlis Tertinggi PERUBATAN dan Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) yang berkenaan. 4. Setiap kegiatan hendaklah mencapai objektif PERUBATAN seperti yang terkandung dalam Perlembagaan ini. 5. Ahli PERUBATAN Cawangan yang bercadang untuk membuat sebarang kegiatan yang menggunakan nama PERUBATAN Cawangan hendaklah mengemukakan surat bertulis bersama-sama dengan kertas kerja kepada Setiausaha PERUBATAN Cawangan untuk pertimbangan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan. 6. Setiap program yang dianjurkan oleh PERUBATAN Cawangan hendaklah diselaraskan oleh Panitia Perancang PERUBATAN. Fasal 34 : Undang-Undang Umum PERUBATAN Cawangan 1. PERUBATAN Cawangan merupakan cawangan PERUBATAN di universiti-universiti yang diiktiraf oleh Majlis Tertinggi PERUBATAN. 2. Struktur organisasi setiap PERUBATAN Cawangan hendaklah mengikut Perlembagaan ini. 3. PERUBATAN Cawangan hendaklah mematuhi dasar-dasar PERUBATAN dan menghormati segala perjanjian yang dibuat antara PERUBATAN dengan mana-mana pertubuhan, badan atau pihak lain. 4. Segala perkara yang melibatkan dasar PERUBATAN dan hal ehwal hubungan luar PERUBATAN Cawangan atau PERUBATAN perlu dirujuk terus kepada Presiden PERUBATAN. Fasal 35 : Pindaan Perlembagaan PERUBATAN BAB KELIMA: PINDAAN PERLEMBAGAAN 1. Sebarang usul untuk meminda Perlembagaan PERUBATAN hendaklah dikemukakan kepada Majlis Tertinggi PERUBATAN melalui Setiausaha Agung PERUBATAN selewat-lewatnya 7 (tujuh) hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan. 2. Perlembagaan PERUBATAN tidak boleh diubah atau dipinda kecuali setelah dinilai dan dipersetujui oleh sebuah panel khas yang disebut sebagai Panel Pindaan Perlembagaan (PPP) yang akan dilantik oleh Majlis Tertinggi PERUBATAN. 3. Pindaan keseluruhan Perlembagaan ini akan dijalankan oleh Panel Pindaan Perlembagaan (PPP) yang dilantik oleh Majlis Tertinggi PERUBATAN. 4. Draf Pindaan Perlembagaan yang disiapkan oleh Panel Pindaan Perlembagaan (PPP) akan dibentang dalam satu mesyuarat khas dengan Majlis Tertinggi PERUBATAN dan Lembaga Penasihat PERUBATAN sebelum dibentang dalam Mesyuarat Agung Khas. 5. Perlembagaan yang dipinda hanya akan berkuatkuasa bermula daripada tarikh Mesyuarat Agung Tahunan yang terdekat. Fasal 36 : Perkara Am BAB KEENAM: PERKARA AM 1. Semua kenyataan rasmi atau kenyataan media atas nama PERUBATAN hanya boleh dibuat oleh Presiden PERUBATAN atau Setiausaha Agung PERUBATAN atau ahli lain yang diarah dan diiktiraf oleh Majlis Tertinggi PERUBATAN. 2. Jika berlaku sebarang pertikaian berkenaan sebarang peruntukan atau fasal dalam Perlembagaan ini, maka Lembaga Penasihat PERUBATAN hendaklah dirujuk bagi membuat keputusan. 3. PERUBATAN tidak boleh terlibat dalam sebarang aktiviti politik kepartian atau perkara yang melanggar undang-undang Mesir dan tidak boleh membenarkan kewangan atau premisnya digunakan untuk tujuan berkenaan. 4. Etika PERUBATAN adalah panduan gerak kerja yang berkaitan dengan pengurusan, pentadbiran dan perjalanan PERUBATAN. Fasal 37 : Pembubaran PERUBATAN BAB KETUJUH: PEMBUBARAN 1. PERUBATAN hanya boleh dibubarkan dengan persetujuan sekurang-kurangnya 3/4 (tiga per empat) daripada jumlah ahli yang layak mengundi.