KANDUNGAN. Muka Surat Fasal 1 Nama 1. Fasal 3 Tujuan /Matlamat 2-4

dokumen-dokumen yang mirip
PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI KOLEJ MATRIKULASI YAYASAN SAAD, LEMBAH BERINGIN, SELANGOR, MALAYSIA (AKMATYS)

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BELIMBING SETIA DURIAN TUNGGAL, MELAKA

UNDANG-UNDANG PERSATUAN CAPAIAN MAKLUMAT DAN PENGURUSAN PENGETAHUAN (PECAMP) MALAYSIA

KELAB SUKAN BANK RAKYAT (KEBARA) NO. PENDAFTARAN 1939 (SELANGOR) 30HB. NOVEMBER, 1976.

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ALUMNI PELATIH JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA(JPSM) NEGERI SABAH

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AYER HITAM BATCH 84 (ALUMNI SMAH 84)

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK KELAB PACUAN EMPAT RODA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS 4WDVC)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN KAKITANGAN POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (PKPK)

PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR. PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SISWAZAH WANITA MALAYSIA (Pindaan 2016)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (NO PPM WKL 0296/08) & NO PPP WKL0023/08)

CONTOH PERLEMBAGAAN BADAN SUKAN PERINGKAT KEBANGSAAN

PERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSATUAN PEDAGANG SARANG BURUNG MALAYSIA UNDANG-UNDANG BAGI PERSEKUTUAN

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN PEMBANGUNAN PENYELIDIKAN DAN DASAR PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN SPINAL MALAYSIA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG) MAAHAD/ SEKOLAH MENENGAH UGAMA (ARAB) YAYASAN ISLAM KELANTAN

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA) PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA)

Contoh undang-undang ini menepati kehendak Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan disebarkan untuk tujuan pendidikan semata-mata.

Perlembagaan Persatuan Linguistik Malaysia

UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN PENGANUT DEWA SI THIAN KONG, KUALA PILAH, N.S.

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN. Kelab Sukan Dan Rekreasi UniKL RCMP Ipoh Perak

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SAINS ANALISIS MALAYSIA (MALAYSIAN ANALYTICAL SCIENCES SOCIETY) No. Pendaftaran: 5269/93 (Selangor)

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

PERLEMBAGAAN BAGI KELAB PENYOKONG LIVERPOOL FC SABAH (THE LIVERPOOL FC SUPPORTERS CLUB OF SABAH)

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNIVERSITI TENAGA NASIONAL ALUMNI ASSOCIATION)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BUKAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KELANA JAYA, SELANGOR

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK PETALING JAYA 2017 (MYPJ) PERSATUAN PENDUDUK PETALING JAYA 2017 (MYPJ)

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PERKHIDMATAN DIALISIS SWASTA MALAYSIA (ASSOCIATION OF PRIVATE KIDNEY CARE PROVIDERS OF MALAYSIA)

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN MURID-MURID TUA SEROLAH CHUNG TUCK KAMPONG SIMEE, IPOH, PERAK.

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEMBIMBING IBU MENYUSU MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN IXORA, BANDAR BARU SALAK TINGGI, SEPANG, SELANGOR (2008)

1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ini ialah:

(1) Alamat dan tempat urusan Pertubuhan ialah. Ibu Pejabat KDCA Hongkod, Jalan Penampang, Peti Surat 907, Penampang, Sabah.

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AYER HITAM KELAS , AYER HITAM, JOHOR

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (UNIVERSITI SAINS MALAYSIA ALUMNI ASSOCIATION)

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ADVOKASI KESIHATAN KANSER MALAYSIA (TOGETHER AGAINST CANCER ASSOCIATION MALAYSIA (TAC))

UNDANG-UNDANG PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI LANGAT JAYA (PPPLJ) CHERAS, SELANGOR DARUL EHSAN.

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION) No. Pendaftaran 676/88 (Wilayah Persekutuan) UMNO

FASAL 1 NAMA FASAL 2 TEMPAT URUSAN FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT FASAL 4 KEAHLIAN FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI FASAL 6 SUMBER KEWANGAN

BADAN KHAIRAT KEMATIAN KARIAH SURAU AT-TAQWA BUKIT BANDARAYA, SEKSYEN U11, SHAH ALAM, SELANGOR

(Logo Kelab) Kelab Catur UNISEL. Kertas kerja Perlembagaan Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Kampus Shah Alam. Disediakan Oleh:

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

UNDANG UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN SENIFOTO PETALING JAYA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA (TPS) KAJANG SEKSYEN 5

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

BAB PERTAMA: MAKLUMAT ASAS PERUBATAN

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI PROGRAM PERSAHABATAN ASEAN-JEPUN ABAD KE 21 MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK BERCAWANGAN PERSATUAN PEGAWAI KANAN KASTAM MALAYSIA PERSATUAN PEGAWAI KANAN KASTAM MALAYSIA

PERUNDANGAN PERLEMBAGAAN PERDASAMA (Pindaan 12 November 2016)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN SEL PERUBATAN MALAYSIA (MALAYSIA ASSOCIATION FOR CELL THERAPY)

4. Wilayah Kegiatan Kegiatan PSM meliputi seluruh Malaysia. 5. Bidang Aktiviti PSM tidak boleh melibatkan diri dalam politik.

UNIT KOMUNIKASI BENCANA TERENGGANU

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN ORANG PEKAK ISLAM MALAYSIA MALAYSIAN DEAF MUSLIM ASSOCIATION 1

PERLEMBAGAAN KELAB / PERSATUAN

PERUNDANGAN PERLEMBAGAAN PERDASAMA (PINDAAN 10 DISEMBER 2017)

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

PERLEMBAGAAN PERSATUAN WANITA BUMIPUTERA DALAM PERNIAGAAN DAN PROFESYEN, MALAYSIA

UNDANG PEMBINA (PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL)

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI TAMAN PUNCAK KINRARA TKK 2/3, PUCHONG, SELANGOR

UNDANG-UNDANG PERSATUAN KHAIRAT KEMATIAN TAMAN SAMUDRA MITRA DAN DELPHINA BATU CAVES, SELANGOR

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION) No. Pendaftaran 676/88 (Wilayah Persekutuan) UMNO

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM

Perlembagaan Kelab Sukan & Rekreasi ELTC

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KEMATIAN BANDAR TUN HUSSEIN ONN

BUKU PANDUAN PERLEMBAGAAN BADAN KEBAJIKAN PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (CICT) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

5.1 Mewujudkan dan menjalinkan perhubungan, kerjasama dan perpaduan di kalangan Juruteknologis Makmal Universiti Malaya.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN VETERAN ATM

ISI KANDUNGAN. Perkara

PARTI SOSIALIS MALAYSIA (BARU) SOCIALIST PARTY OF MALAYSIA

8 DISEMBER 2013 (Ahad) Nur Lembah Bestari, Training & Eco Resort Hutan Lipur Sungai Tua, Jalan Ulu Yam Baru, Batu Caves, Selangor

PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS PENGASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK MALAYSIA

NORAFFENDY B. ABD. KHALID JPPN SELANGOR

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

DASAR DAN PERLEMBAGAAN DEWAN PERNIAGAAN DAN PERUSAHAAN MELAYU BRUNEI

perlembagaan harakah islamiah hikmah no pendaftaran : 11/69 (sarawak) PPM

(6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (PAUPM) KANDUNGAN FASAL PERKARA MUKASURAT PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

UNDANG- UNDANG KECIL

KANDUNGAN PERLEMBAGAAN (PAKAT) UKM

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI KREDIT DAN PELABURAN KAKITANGAN BANK NEGARA MALAYSIA BERHAD BAHAGIAN I PERMULAAN

KESATUAN KAKITANGAN SOKONGAN SATU INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY, MALAYSIA (KESATU)

SENARAI SEMAK MAKLUMAT YANG DIBERIKAN OLEH PERTUBUHAN BELIA BERDAFTAR SEKSYEN 22 AKTA ) Borang PPB 09-2 salinan

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

Transkripsi:

KANDUNGAN Muka Surat Fasal 1 Nama 1 Fasal 2 Tempat Urusan 1-2 Fasal 3 Tujuan /Matlamat 2-4 Fasal 4 Keahlian 5-7 Fasal 5 Pemberhentian Dan Pemecatan Ahli 7-10 Fasal 6 Sumber Kewangan 10 Fasal 7 Mesyuarat Perwakilan 10-13 Fasal 8 Jawatankuasa Pusat 13-19 Fasal9 Kewajipan-Kewajipan Pegawai 19-22 Fasal10 Kewangan 22-25 Fasal11 Juruaudit 25 Fasal12 Pentadbir Harta 26 Fasal13 Pembubaran 26 Fasal14 Penubuhan Dan Pembubaran Cawangan-Cawangan 26-27 Fasal15 Mesyuarat Agung Cawangan 27-31 Fasal16 Jawatankuasa Cawangan 31-35 Fasal17 Tugas-Tugas Pegawai-Pegawai Cawangan 35-42 Fasal18 Kewangan Cawangan 43-44 Fasal19 Peruntukan-Peruntukan Umum Mengenai Cawangan 44-45 Fasal 20 Pindaan Perlembagaan 45-46 Fasal 21 Tafsiran Perlembagaan 46 Fasal 22 Larangan 46 Fasal 23 Bendera,Lambang Dan Lencana 46-47 Fasal 24 Peruntukan Am 47-49

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK BERCAWANGAN PERSATUAN KEBANGSAAN PEKEBUN-PEKEBUN KECIL MALAYSIA FASAL 1 1. Pertubuhan ini dikenalikan dengan nama : PERSATUAN KEBANGSAAN PEKEBUN-PEKEBUN KECIL MALAYSIA Selepas ini disebut "Pertubuhan". 2. Takrif Nama : Tiada 3. Taraf Pertubuhan : Lain-lain FASAL2 TEMPAT URUSAN 1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah : D-1-11, SETIAWANGSA BUSINESS SUITES, JALAN SETIAWANGSA 11, TAMAN SETIAWANGSA, 54200 KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR. dan alamat untuk surat-menyurat adalah : D-1-11, SETIAWANGSA BUSINESS SUITES, JALAN SETIAWANGSA 11,TAMAN SETIAWANGSA, 54200 KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR. 1

atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa; 2. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu. FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT Tujuan-tujuan dan maksud-maksud Pertubuhan adalah :- (c) (d) Memajukan semua masalah berkaitan atau berhubung dengan perusahaan pekebun-pekebun kecil Malaysia dan kepentingan mereka. Mewakili, menyokong dan memajukan langkah-langkah di sisi undang-undang dan keputusan-keputusan lain mengenai perusahaan tanaman pekebun-pekebun kecil kepada Kerajaan dan Badan-badan Berkanun lain di Malaysia dan mendapatkan pandangan serta perhatian daripada mereka yang cenderong kepada atau yang ada minat serta pertalian di dalam perusahaan sedemikian. Mengumpul, mengedar dan memajukan data perangkaan dan maklumat-maklumat lain mengenai dengan perusahaan tanaman yang berfaedah kepada pekebun-pekebun kecil yang menjadi ahli. Mengadakan cara-cara serta alat-alat penerangan yang mana dengannya perkhidmatan teknik pertanian yang dijalankan oleh Kerajaan dan Badan Berkanun dapat disampaikan dan digunakan dengan seluas-luasnya kepada ahli-ahli khasnya dan pekebun-pekebun kecil amnya. 2..

(e) Mengumpulkan wang dari ahli-ahli dan mengadakan tabung amanah bagi membantu, menjaya dan mempergiatkan lagi Pertubuhan. (f) Berikhtiar membantu ahli-ahli di dalam hal mendirikan kilangkilang atau mempergiatkan lagi kilang-kilang memproses hasil pertanian yang telah ada dan menolong mereka yang memerlukan bantuan bagi membolehkan mereka menjadi wakil-wakil menjual, membeli, membungkus, menyimpan dan mengeksport getah dan hasil-hasil pertanian lain. (g) Berusaha mengekalkan kestabilan harga pasaran hasil pengeluaran pekebun-pekebun kecil. (h) Mendapatkan atau memiliki harta-harta sama ada harta tetap atau sebaliknya untuk dipinjamkan, dipajak, dijual atau digadai bagi faedah Pertubuhan. (i} Melaburkan wang Pertubuhan yang mendatangkan hasil yang maksimum. (j} Menambahkan wang dengan cara tertentu dan menggunakannya dengan cara-cara yang berfaedah, iaitu mengikut sebagaimana keputusan Mesyuarat Agung. (k} Menggalakkan ahli-ahli menyatukan tenaga untuk kebendaan, menubuh dan mendaftarkan syarikat-syarikat persendirian atau syarikat-syarikat koperatif dengan pihak yang berkenaan bagi kepentingan mereka. (I} Membantu ahli-ahli mendiri -dan mentadbirkan perjalanan pusat memproses berkelompok untuk getah dan tanamantanaman lain serta mengadakan kilang-kilang membuat produk-produk tertentu daripada hasil-hasil tanaman dan mengeksportkannya untuk mendapatkan pasaran yang baik dan tetap di luar negara. 3

(m) Menggalakkan ahli-ahli yang mempunyai kebun-kebun memasuki rancangan menanam semula dan menanam baru atau pemulihan yang diusahakan oleh Kerajaan atau badanbadan berkanun atau memiliki modal dengan jalan membeli saham-saham yang diterbitkan bagi tujuan tersebut tanpa meninggalkan tanaman kebun-kebun mereka. (n) Menjadikan sebarang perkara yang secara kebetulan atau secara langsung boleh memberikan kepada tercapainya tujuan-tujuan di atas, termasuk :- (i) (ii) Mengadakan syarahan-syarahan, perbincangan, seminar dan konvensyen untuk faedah pekebun-pekebun kecil. Mengadakan bilik-bilik bacaan dan perpustakaan dan apa sahaja yang berfaedah di Negeri-negeri dan Cawangan- cawangan. (iii) Memberikan pertolongan-pertolongan praktikal yang difikirkan perlu untuk pekebun-pekebun kecil dalam masalah kewangan, bahan tanaman, baja, teknik-teknik tanaman dan apa sahaja yang boleh memberi kesempurnaan kepada usaha tanaman-tanaman mereka. (o) (p) (q) Bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan badanbadan berkanun yang boleh memberi faedah kepada pekebun-pekebun kecil terutama dalam hal taraf ekonomi, sosial dan kemajuan teknik pekebun-pekebun kecil. Melakukan sebarang perkara yang sah di sisi undang-undang dan yang difikirkan perlu bagi mencapai dan memesatkan semua atau sebahagian dari tujuan-tujuan di atas. Amnya untuk menggalakkan tujuan di atas, Pertubuhan 1n1 bolehlah menubuhkan Negeri-negeri dan Cawangancawangan di dalam sesebuah daerah, mukim atau kampung di dalam Malaysia. 4

FASAL4 KEAHLIAN 1. Keahlian Pertubuhan ini terbahagi kepada tiga jenis, iaitu :- (a} (c) Ahli Biasa Ahli Bersekutu Ahli Kehormat 2. Kemasukan menjadi ahli :- (a} Ahli Biasa Terbuka kepada pekebun-pekebun kecil (Warganegara Malaysia} yang mempunyai kebun-kebun yang luasnya di bawah 100 ekar atau yang mempunyai hak yang setaraf dengannya atau seseorang yang terlibat secara langsung di dalam sektor pekebun kecil. Ahli biasa adalah juga sebagai ahli seumur hidup. Ahli Bersekutu Terbuka kepada Persatuan-persatuan, Agensi-agensi, Koperasi-koperasi dan Pertubuhan-pertubuhan yang melibatkan aktiviti-aktiviti di dalam sektor pekebun kecil. Mereka boleh diwakili di mesyuarat-mesyuarat Majlis Tertinggi dan Jawatankuasa-jawatankuasa atas jemputan, tetapi tidak berhak mengundi. (c) Ahli Kehormat (i} Seseorang kenamaan dalam bidang pertanian dan kalangan profesional yang difikirkan boleh memberi sumbangan kepada kemajuan sektor pekebun kecil. Mereka boleh dibenarkan hadir di dalam mesyuarat-mesyuarat Pertubuhan ini 5

untuk memberi pandangannya kepada Pertubuhan bagi membincangkan perjalanan dengan kemahiran dan kepakaran mereka. (ii) (iii) (iv) Ahli Kehormat tidak berhak mengundi atau dilantik memegang jawatan dalam Majlis Tertinggi, Jawatankuasa Negeri atau Jawatankuasa Cawangan. Ahli-ahli ini boleh dilantik untuk mengendalikan sesuatu tugas penting di mana kemahiran dan pengaruh mereka sangat-sangat diperlukan. Seseorang daripada Ahli-ahli Kehormat bolehlah dilantik oleh Majlis Tertinggi menjadi Penasihat. (v) Seseorang daripada Ahli-ahli bolehlah dilantik oleh Majlis menjadi Penaung. Kehormat Tertinggi 3. Permohonan Menjadi Ahli (c) Seseorang yang hendak menjadi Ahli Biasa hendaklah menghantarkan borang permohonannya kepada Setiausaha Agung atau Setiausaha Negeri dan menyatakan di Negeri dan Cawangan mana dia hendak menjadi ahli. Borang permohonan untuk menjadi Ahli hendaklah ditandatangani oleh pemohon, pencadang dan penyokong yang terdiri daripada dua Ahli Biasa. Setiausaha Agung atau Eresiden berhak meluluskan atau menolak permohonan-permohonan tetapi perlu dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi untuk perakuan terakhir. Keputusan Majlis Tertinggi adalah muktamad. 6

(d) Permohonan untuk menjadi Ahli Bersekutu hendaklah dihantar ke lbu Pejabat Persatuan dengan ditandatangani oleh dua orang Pegawai Tertinggi, untuk keputusan Majlis Tertinggi. 4. Penerimaan Menjadi Ahli Seseorang yang hendak menjadi Ahli Biasa hendaklah menghantar borang permohonan menjadi ahli beserta yuran kepada Setiausaha Agung dan dibawa ke Mesyuarat Majlis, Tertinggi dengan seberapa segera untuk perakuan. {b) Seseorang ahli yang telah dikenakan tindakan tatatertib dengan cara dipecat keahliannya tidak akan diterima kembali menjadi ahli. Ahli yang menarik diri daripada menjadi ahli tidak boleh menjadi ahli Pertubuhan ini lagi kecuali ia memohon menjadi ahli semula secara bersurat dan permohonannya dipersetujui oleh Majlis Tertinggi. (c) Seseorang ahli yang ingin bertukar dari satu negeri ke negeri lain atau dari satu cawangan ke cawangan lain hendaklah memberi sebab-sebab yang munasabah dan mendapatkan kelulusan daripada Majlis Tertinggi terlebih dahulu. FASAL 5 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI 1. Ahli Biasa boleh meminta berhenti daripada menjadi Ahli dengan menyatakan kehendaknya secara bersurat kepada Setiausaha Agung atau Setiausaha Negeri dan permohonan tersebut hendaklah dimaklumkan kepada Majlis Tertinggi. 7

2. Ahli Bersekutu boleh meminta berhenti menjadi ahli dengan menyatakan kehendaknya secara bersurat kepada Setiausaha Agung dan permohonan tersebut hendaklah dimaklumkan kepada Majlis Tertinggi. 3. Ahli yang telah diluluskan permohonan berhenti dari menjadi ahli akan hilang segala hak dan keutamaannya dalam Pertubuhan ini dan segala yuran yang telah dibayar tidak akan dikembalikan kepadanya. 4. Lembaga Tatatertib (c) (d) (e) Lembaga Tatatertib mengandungi 5 orang ahli yang dilantik oleh Majlis Tertinggi dan korumnya ialah 3 orang ahli. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi Perlembagaan Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Pertubuhan, menjejaskan, memudaratkan, atau apa saja tindakan yang boleh membawa implikasi buruk kepada Pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi satu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Lembaga. Notis dan agenda mesyuarat hendaklah dikeluarkan sekurang-kurangnya 5 hari sebelum tarikh mesyuarat. Sebelum Lembaga ini memecat atau menggantung keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga diberi tempoh 14 hari selepas diberitahu untuk memberi penjelasan dan membela diri. Seseorang ahli hendaklah disifatkan telah bertindak mencemarkan nama baik Pertubuhan, menjejaskan, memudaratkan atau membawa implikasi buruk kepada 8 II

Pertubuhan jika ia didapati melakukan mana-mana satu daripada perkara-perkara berikut :- (i) (ii) (iii) (iv) merujuk pertikaian dalam Pertubuhan atau aduan kepada mana-mana orang selain daripada Pejabat Pendaftar Pertubuhan; membuat kenyataan dalam akhbar atau manamana media massa mengenai Pertubuhan tanpa kebenaran Presiden; membuat aduan atau tuduhan palsu ke atas ahli Majlis Tertinggi atau ahli lain; bertindak di luar etika mesyuarat di dalam mana-mana mesyuarat sehingga menjejaskan urusan perjalanan mesyuarat itu; (v) memburuk-burukkan Pertubuhan sehingga mencemarkan nama baik dan menjejaskan imej Pertubuhan di luar gelanggang PKPKM; (vi) (vii) menggunakan nama Pertubuhan untuk kepentingan peribadinya; apa-apa tindakan lain yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi yang boleh memudaratkan kepentingan PKPKM. (f) Seseorang ahli atau pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Lembaga Tatatertib bolehlah merayu kepada Majlis-- Tertinggi yang berkuasa memberi keputusan muktamad. (g) Keputusan Lembaga Tatatertib atau Majlis Tertinggi tidak boleh dibawa ke mana mana mahkamah. 9

(h) Seseorang Ahli Biasa yang dihukum atas kesalahan jenayah dalam mana-mana mahkamah akan dibatalkan keahliannya. FASAL 6 SUMBER KEWANGAN 1. Tiap-tiap Ahli Biasa dan Ahli Bersekutu hendaklah membayar yuran kepada lbu Pejabat Pertubuhan dengan kadar :- Ahli Biasa Yuran Pendaftaran Yuran Seumur Hidup - RM 5.00 - RM 20.00 Ahli Bersekutu Yuran Pendaftaran Yuran Tahunan - RM 100.00 - RM 300.00 2. Tiap-tiap Ahli Bersekutu hendaklah membayar yuran pendaftaran dan yuran tahunannya terus kepada lbu Pejabat Pertubuhan. 3. Keahlian Ahli Bersekutu akan gugur sekiranya tidak membayar yuran tahunan selama 2 tahun berturut-turut. 4. Ahli Kehormat tiada dikenakan apa-apa yuran. FASAL.-7 MESYUARAT PERWAKILAN 1. Aktiviti Pertubuhan ini dijalankan di bawah kekuasaan dan perancangan di Mesyuarat Agung tetapi Mesyuarat Agung ini 10

sendiri adalah tertakluk di bawah Perlembagaan Pertubuhan dan Aturan Peraturan Mesyuarat. 2. Majlis Tertinggi berkuasa membuat Aturan Peraturan Persidangan Mesyuarat Agung yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. 3. Aturan Peraturan Persidangan Mesyuarat Agung hendaklah dipakai untuk persidangan-persidangan Pertubuhan di semua peringkat. 4. Mesyuarat Agung hendaklah diadakan sekali dalam tiap-tiap dua tahun sebelum akhir bulan Oktober tahun kedua. 5. Korum bagi Mesyuarat Agung ialah Yz daripada jumlah wakil-wakil yang berhak mengundi termasuk Ahli Majlis Tertinggi. Jika korum untuk Mesyuarat Agung tidak diperoleh, maka Mesyuarat Agung itu hendaklah ditangguhkan ke satu tarikh (tidak lewat dari 30 hari) yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi dan jika korum masih tidak diperoleh dalam Mesyuarat Agung itu, mereka yang hadir boleh menjalankan mesyuarat tetapi tidak berkuasa meminda Perlembagaan dan Aturan Peraturan atau membuat keputusan mengenai harta Pertubuhan. 6. Mesyuarat Agung Khas boleh diadakan pada bila-bila masa mengikut salah satu syarat yang berikut :- (c) Dengan kehendak Presiden; Dengan permintaan yang bersurat daripada 1/3 ahli Majlis Tertinggi; dan Dengan permintaan yang bersurat sekurang-kurangnya 3 Negeri. Mesyuarat Agung Khas yang diminta mengikut perenggan dan (c) di atas hendaklah diadakan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan permintaan itu. 11

7. Agenda Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan ialah :- (c) (d) Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung yang lplu; Membentangkan Laporan Dwi-Tahunan; Membentang dan Menerima Penyata Kewangan yang telah diaudit; Meluluskan Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan; (e) Memilih Pegawai-pegawai seperti berikut :- (i) (ii) (iii) Presiden; Timbalan Presiden; 3 Naib Presiden. {Nama-nama calon dari Negeri hendaklah diputuskan dalam Mesyuarat Agung sesebuah Negeri terlebih dahulu dan disampaikan ke Pejabat Setiausaha Agung dalam masa 14 hari sebelum dari tarikh Mesyuarat Agung. Ahli yang hendak bertanding hendaklah mendapat sekurangkurangnya 2 pencalonan daripada negeri-negeri). (f) (g) (h) Melantik Juruaudit Bertauliah; Melantik Pemegang Amanah, jika perlu; Membincangkan usul-usul yang telah diterima daripada Negeri-negeri sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung. 8. Pemberitahu Mesyuarat -Agung hendaklah disampaikan ke Negeri-negeri bersama-sama dengan Notis, Agenda dan Minit Mesyuarat Agung, Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan bagi dua tahun yang lalu dalam masa 21 hari sebelum Mesyuarat Agung itu diadakan. 12

9. Sebarang Mesyuarat Agung Khas adalah mengandungi Perwakilan yang serupa dengan Mesyuarat Agung Biasa dan cara menghantar notis, korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Khas adalah serupa dengan Mesyuarat Agung Biasa juga. 10. Mesyuarat Agung hendaklah mengandungi :- Ahli-Ahli Majlis Tertinggi; {b) Wakil-wakil yang dipilih oleh Mesyuarat Agung Negeri seramai seorang wakil bagi tiap-tiap 300 orang Ahli Biasa dengan syarat tidak ada sebarang Negeri boleh menghantar lebih daripada 30 orang; (c) (d) Pengerusi-pengerusi Negeri atau wakilnya; Penasihat-penasihat Persatuan boleh turut mengambil bahagian penuh dalarn Mesyuarat Agung tetapi tidak berhak mengundi. 11. Penyata Kira-Kira bagi satu tahun untuk kesemua peringkat hendaklah diperbuat mengikut arahan daripada dan diserahkan kepada Pendaftar Pertubuhan tiap-tiap tahun setelah tamat tahun kewangan. FASAL8 JAWATANKUASA PUSAT 1. Pegawai-pegawai Persatuan ini adalah seperti berikut :- (c) (d) Presiden Timbalan Presiden 3 Naib Presiden Setiausaha Agung 13

(e) (f) (g) BendahariAgung Ketua Penerangan Ketua Kebajikan & Teknikal 2. Presiden, Timbalan Presiden dan 3 Naib Presiden hendaklah dipilih oleh Mesyuarat Agung tiap-tiap 2 tahun sekali. 3.. Setiausaha Agung, Bendahari Agung, Ketua Penerangan dan Ketua Kebajikan & Teknikal hendaklah dilantik oleh Presiden dengan persetujuan Majlis Tertinggi dan akan memegang jawatan masing-masing sehingga mereka berhenti atau pun diberhentikan oleh Majlis Tertinggi dengan apa sebab sekalipun. 4. Jika Presiden berhenti, maka Timbalan Presiden hendaklah memangku jawatan itu sehingga seorang Presiden baru dipilih oleh Mesyuarat Agung. 5. Jika Timbalan Presiden berhenti, maka Naib Presiden yang mendapat undi terbanyak di Mesyuarat Agung hendaklah memangku jawatan itu sehingga seorang Timbalan Presiden baru dipilih oleh Mesyuarat Agung. 6. Mailis Tertinggi Untuk menjalankan pentadbiran Pertubuhan ini, maka ahli-ahli Majlis Tertinggi hendaklah mengandungi tidak lebih daripada 28 orang seperti berikut :- (i) Pegawai-pegawai seperti yang terkandung dalam Fasal 8 (1). (ii) (iii) Semua Pengeru_si Negeri, dan 5 orang ahli yang dilantik oleh Presiden dengan persetujuan Majlis Tertinggi. Majlis Tertinggi adalah menjadi tubuh yang menjalankan pentadbiran hal ehwal Pertubuhan di bawah kekuasaan 14

dan perintah Mesyuarat Agung dan Majlis Tertinggi adalah berkuasa menjalankan sebarang langkah yang biasa atau yang khas bagi Mesyuarat Agung dalam masa di antara 2 tahun tetapi segala langkahnya hendaklah dimaklumkan kepada Mesyuarat Agung. (c) Majlis Tertinggi hendaklah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada Pegawaipegawai seperti yang terkandung dalam Fasal 8 (1) untuk mentadbirkan segala keputusan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi atau perkara-perkara lain yang difikirkan perlu oleh Presiden. Korum Mesyuarat Jawatankuasa Kerja ialah separuh daripada jumlah ahli Jawatankuasa Kerja. Sekurang-kurangnya 5 hari sebelum tarikh mesyuarat, notis dan agenda hendaklah diberikan. (d) (e) (f) Majlis Tertinggi boleh juga melantik orang-orang yang berkelayakan untuk menjadi penasihat-penasihat Persatuan. Penasihat-penasihat juga berhak menghadiri mesyuarat-mesyuarat Majlis Tertinggi atas undangan Presiden tetapi tidak berhak mengundi. Majlis Tertinggi hendaklah bermesyuarat sekurangkurangnya sekali dalam masa empat bulan dan boleh juga diadakan bila-bila masa yang dikehendaki oleh Presiden atau dengan permintaan bersurat oleh 1/3 ahli-ahli Majlis Tertinggi. Korum bagi menjalankan mesyuarat Majlis Tertinggi ialah separuh daripada jumlah ahli Majlis Tertinggi. Sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh mesyuarat, notis dan agenda henaaklah diberikan. (g) Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Majlis Tertinggi dan mesyuarat dimaksudkan tidak dapat diadakan, Setiausaha Agung bolehlah memperoleh kelulusan berkenaan melalui surat pekeliling 15

berdasarkan peruntukan-peruntukan berikut :- (i) Perkara mustahak yang dimaksudkan perlu dicatat dengan terang dan dihantar kepada semua Ahli Majlis Tertinggi. (ii) Sekurang-kurangnya separuh daripada Ahli Majlis Tertinggi mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan. (iii) Keputusan adalah mengikut undi yang terbanyak. Bagaimanapun, sebarang keputusan yang dibuat menerusi surat pekeliling hendaklah dilaporkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi yang akan datang untuk dicatat. (h) Jika Presiden tidak hadir, Timbalan Presiden hendaklah mempengerusikan mesyuarat. Jika Timbalan Presiden juga tidak hadir, Naib Presiden yang mendapat undi terbanyak dalam Mesyuarat Agung hendaklah mempengerusikan mesyuarat. Jika kelima-limanya tidak hadir, ahli-ahli yang hadir bolehlah melantik salah seorang daripada ahli Majlis Tertinggi untuk mempengerusikan mesyuarat terse but. (i) Jika Presiden berhenti, maka Timbalan Presiden hendaklah memangku jawatan itu sehingga seorang Presiden baru dipilih oleh Mesyuarat Agung. (j) Seseorang Ahli Majlis Tertinggi bolehlah meminta berhenti daripada jawatannya dengan mengatakan sebabnya secara bersurat kepada Setiausaha Agung dan keberhentiannya itu hendaklah dimaklumkan kepada Majlis Tertinggi bagi pengetahuannya dan jika sekiranya keberhentiannya itu diterima, Majlis Tertinggi adalah berkuasa melantik penggantinya. 16

(k) Jika dua pertiga atau pun lebih daripada ahli-ahli Majlis Tertinggi berhenti dengan serentak, seseorang ahli Majlis Tertinggi yang Kanan hendaklah memanggil Mesyuarat Agung Khas untuk memilih ahli-ahli Majlis Tertinggi bagi menggantikan mereka. 7. Tanggungan-Tanggungan dan Kuasa Mailis Tertinggi ialah :- Membuat dasar-dasar dan rancangan-rancangan perindustrian dan perdagangan yang kukuh yang boleh dikendalikan oleh Negeri-negeri atau Cawangancawangan dan membentangkannya dalam Mesyuarat Agung. Memilih wakil-wakil Persatuan yang akan menjadi anggota dalam Jawatankuasa-jawatankuasa Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Badan-badan yang berkenaan. (c) Mencari ikhtiar dan menjalankan sebarang usaha bersama dengan pertubuhan-pertubuhan lain untuk faedah perusahaan pekebun kecil keseluruhannya. (d) (e) (f) Meluluskan penubuhan dan pembubaran Negeri-negeri dan Cawangan-cawangan serta menyesuaikan pekerjaannya menurut Perlembagaan Pertubuhan serta mengawal dan memerhati perjalanan dan pentadbirannya. Menyelesaikan perselisihan yang berbangkit dalam ketiga-tiga peringkat Pertubuhan ini. Memberhentikan sese--orang Ahli Majlis Tertinggi atau pegawai-pegawainya dan berkuasa melucutkan jawatan mana-mana pegawai Pertubuhan dan juga di Negeri-negeri dan Cawangan-cawangan sekiranya didapati mereka tidak menjalankan kewajipan masingmasing dengan sempurna. 17

(g) (h) Membentangkan kepada Mesyuarat Agung Biasa suatu laporan yang menerangkan pekerjaan dan kemajuan dalam masa dua tahun yang lepas serta membentangkan penyata kira-kira yang telah diperiksa dan disahkan oleh Juruaudit Bertauliah bagi dua tahun yang lalu. Melaporkan penyata kewangan tahunan yang telah diperiksa dan maklumat-maklumat lain yang diwajibkan dan yang dikehendaki kepada Pendaftar Pertubuhan Malaysia. (i) Menjalankan kehendak Perlembagaan dan Aturan Peraturannya dan mengambil apa-apa jua langkah yang munasabah bagi menghasilkannya sekalipun terpaksa menggantung atau memberhentikan seseorang daripada menjadi ahli Pertubuhan atau terpaksa menggantung dan membubarkan Jawatankuasa Negeri atau pun Jawatankuasa Cawangan. (j) Mengadakan peraturan atau syarat-syarat yang tertentu dalam perkara permohonan hendak menjadi ahli. (k) Mengadakan Aturan Peraturan bertentangan dengan Perlembagaan. yang tidak (I) Menetapkan gaji dan/atau elaun Setiausaha Agung, Bendahari Agung, Ketua Penerangan dan Ketua Kebajikan & Teknikal, pegawai-pegawai bergaji serta kakitangan-kakitangan pejabat masing-masing dan bertanggungjawab memberhentikan perkhidmatan mereka tanpa memberi s-ebarang alasan. (m) Menerima dan menolak perletakan jawatan daripada seseorang ahli Majlis Tertinggi dan melantik pengganti bagi seseorang yang telah diterima perletakan jawatannya. 18

{n) Menjalankan sebarang pekerjaan atau pun apa-apa langkah selain daripada perkara-perkara yang tersebut di atas mengikut Perlembagaan ini serta dasar yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung. {o) Membentangkan laporan-laporan yang berupa Laporan Tahunan atau Laporan Dwi Tahunan yang diterima dan disahkan dalam Mesyuarat Agung Negeri untuk pengetahuan Majlis Tertinggi. FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI 1. Presiden {a) Menjadi Ketua Pertubuhan yang bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan Pertubuhan keseluruhannya. {b) Bertanggungjawab atas semua Pegawai Kerja dan kakitangan di semua pejabat di peringkat Pusat. {c) Mempengerusikan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Pusat, Mesyuarat Majlis Tertinggi dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja. {d) Mempunyai kuasa pemutus yang muktamad dan hendaklah menandatangani peringatan mesyuarat yang telah diluluskan. {e) Berhak menandatangani semua cek Pertubuhan dan suratan-suratan lain bersama-sama Setiausaha Agung atau Bendahari Agung atau penama lain yang dipersetujui oleh Majlis Tertinggi. 19

(f) Mengetuai rombongan ke perjumpaan yang ada hubungan dengan perusahaan pekebun-pekebun kecil, dan menjadi pemerhati kepada persidariganpersidangan dalam dan luar negara berkaitan dengan perusahaan pekebun-pekebun kecil. 2. Timbalan Presiden Membantu tugas-tugas Presiden dan mengambil alih tugastugas Presiden semasa ketiadaannya. 3. 3 Naib Presiden Naib-naib Presiden akan mengambil alih tugas Timbalan Presiden semasa ketiadaannya. 4. Setiausaha Agung (c) Bertanggungjawab secara langsung kepada Presiden. Menjadi Pegawai yang khas bagi mentadbirkan perjalanan lbu Pejabat Pertubuhan. Bertanggungjawab atas kesempurnaan mesyuaratmesyuarat Majlis Tertinggi, Biro-biro, Jawatankuasajawatankuasa, dan Mesyuarat-mesyuarat Khas di peringkat Pusat. (d) Menyediakan minit-minit mesyuarat dan laporan tahunan. (e) Hendaklah mendapatkan persetujuan daripada Majlis Tertinggi berkenaan dengan pengambilan pegawaipegawai dan kakitangan-kakitangan lbu Pejabat dan juga atas pemberhentian mereka itu. (f) Bertanggungjawab menandatangani baucer-baucer 20

lbu Pejabat dan cek-cek Pertubuhan bersama-sama Presiden atau Bendahari Agung atau pena ma lain yang dipersetujui oleh Majlis Tertinggi. 5. BendahariAgung (c) Bertanggungjawab atas kesempurnaan aliran wang masuk dan keluar di lbu Pejabat Pertubuhan. Menyediakan anggaran pendapatan dan perbelanjaan tahunan kepada Majlis Tertinggi dan Mesyuarat Agung. Bertanggungjawab menyediakan penyata kewangan untuk diperiksa oleh Juruaudit Bertauliah yang dilantik oleh Mesyuarat Agung Biasa. (d) Membentangkan penyata kira-kira yang telah diperiksa. dan disahkan oleh Juruaudit Bertauliah kepada Majlis Tertinggi dan Mesyuarat Agung. (e) Bertanggungjawab menandatangani cek-cek Persatuan bersama-sama dengan Presiden atau Setiausaha Agung atau penama lain yang dipersetujui oleh Majlis Tertinggi. 6. Ketua Penerangan (c) Bertanggungjawab mentadbirkan Biro Penerangan di lbu Pejabat dan menyusun kerja-kerja pegawai-pegawai di dalam Biro ini. Mengeluarkan kenyataan akhbar, radio dan televisyen mengenai aktiviti-aktivitfpertubuhan. Melaporkan kepada Majlis Tertinggi atas hal penerangan yang telah dilakukan dari semasa ke semasa supaya kesan-kesannya dapat dikaji. 21

7. Ketua Kebajikan & Teknikal (c) Menerima dan membentangkan di dalam Majlis Tertinggi segala laporan berkenaan dengan malapetaka yang menimpa ahli-ahli semoga dapat diaturkan bantuan diberi oleh pihak-pihak yang berwajib atau pun bantuan cemas sekiranya kewangan mengizinkan dengan syarat bantuan faedah bersama yang ditakrifkan dalam Akta Pertubuhan 1966 tidak akan dibayar. Mentadbir Biro Kebajikan & Teknikal dan menyusun kerja-kerja pegawai-pegawai di dalam Biro ini. Sentiasa prihatin terhadap perkembangan dari segi teknologi dan memaklumkan kepada Majlis Tertinggi agar perkara tersebut dapat disalurkan kepada ahliahli. FASAL 10 KEWANGAN 1. Sumber Kewangan Pertubuhan ialah :- (c) Yuran-yuran Derma, sumbangan, tajaan dan bantuan, sama ada daripada Kerajaan atau pihak lain. Usaha-usaha lain yang dipersetujui oleh Majlis Tertinggi. 2. Tahun Kewangan Pertubuhan ialah dari 1 Januari hingga 31 Disember. 3. Peruntukan-peruntukan kewangan kepada Negeri-negeri dan Cawangan-cawangan hendaklah diputuskan oleh Majlis Tertinggi. 22

4. Setiausaha-setiausaha Negeri dan Cawangan hendaklah menghantarkan ke Pejabat Setiausaha Agung penyata-penyata dan ikatan-ikatan kira-kiranya bagi sesuatu tahun kewangan yang telah diperiksa dan disahkan. 5. Segala pendapatan dan keuntungan yang diperoleh dari kegiatan-kegiatan Pertubuhan hendaklah dijadikan kepunyaannya dan tidak boleh dibahagi-bahagikan kepada atau di antara ahli- ahli sebagai faedah atau bonus. 6. Pendapatan dan harta Pertubuhan walau apa sekalipun, akan digunakan semata-mata untuk mencapai tujuan-tujuan Pertubuhan sebagaimana yang terkandung dalam Perlembagaan dan tidak akan dibayar, atau ditukar kepada sesiapa juga ahli Pertubuhan ini, sama ada secara langsung atau tidak sebagai pembahagian untung, Bon atau lain-lain. Tetapi disyaratkan iaitu peraturan yang terkandung dalam Fasal ini tidak boleh menahan pembayaran gaji yang sebenar-benarnya, kepada pegawai-pegawai, orang-orang bergaji atau ganjaran kepada orang-orang lain yang dipersetujui oleh Majlis Tertinggi untuk membalas perkhidmatan dan j asa yang mereka berikan kepada Pertubuhan. 7. Khazanah Pertubuhan yang terdiri dari harta benda dan wang hendaklah ditadbirkan oleh Majlis Tertinggi mengikut syaratsyarat yang termaktub dalam Perlembagaan. 8. Majlis Tertinggi akan bertanggungjawab menyusun dan menyiapkan buku-buku berkaitan dengan :- Harta-benda, piutang dan tanggungan Pertubuhan. Jumlah wang-wang yang diterima dan dibelanjakan oleh Pertubuhan. Buku-buku daftar akan disimpan di lbu Pejabat Pertubuhan atau di tempat yang lain yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi. 23

9. Bendahari Agung boleh menyimpan wang panjar tidak lebih daripada RM1,000/- pada satu-satu masa. Semua wang yang berlebihan daripada wang ini yang diterima selepas 48 jam mestilah disimpan di dalam bank-bank yang telah dipersetujui oleh Majlis Tertinggi. Kira-kira Bank ini hendaklah atas nama Pertubuhan. 10. Majlis Tertinggi berhak membuat peraturan kewangan yang melibatkan lbu Pejabat, Negeri dan Cawangan, dan peraturan kewangan ini boleh dipinda atau diubahsuai daripada semasa ke semasa mengikut keperluan. 11. Sesuatu perbelanjaan Pusat selain yang diluluskan dalam Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan yang melebihi RM10,000/- hendaklah menda pat kelulusan Majlis Tertinggi terlebih dahulu. 12. Sebaik-baik sahaja selepas berakhir satu tahun kewangan, satu kenyataan kira-kira pendapatan dan perbelanjaan bagi tahun itu hendaklah disediakan dan diaudit oleh Juruaudit Bertauliah yang telah dilantik oleh Mesyuarat Agung. Kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dibentangkan oleh Majlis Tertinggi di dalam Mesyuarat Agung yang akan datang. 13. Pemegang Amanah Tiga orang Pemegang Amanah yang berumur lebih daripada 21 tahun bolehlah dipilih di dalam Mesyuarat Agung, dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh Pertubuhan. Kepada mereka akan diamanahkan semua harta tetap kepunyaan -Pertubuhan ini selepas satu surat amanah dibuat oleh mereka untuk menguruskannya mengikut yang diperintahkan oleh Majlis Tertinggi selepas diputuskan oleh Mesyuarat Agung. Pemegang Amanah tidak boleh menjual, menarik 24

balik atau menukarkan harta kepunyaan Pertubuhan ini tanpa persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Agung. (c) Seorang Pemegang Amanah boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh Mesyuarat Agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak bermastautin di dalam negeri, muflis atau kerana sebab lain yang menghindarkannya. Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau pembuangan bagi seorang Pemegang Amanah, kekosongan ini hendaklah dipenuhi oleh Pemegang Amanah baru yang dipilih di dalam Mesyuarat Agung dengan secepat mungkin. FASAL 11 JURUAUDIT 1. Seorang Juruaudit Bertauliah akan dilantik di dalam Mesyuarat Agung sebagai Pemeriksa Kira-Kira yang dibayar untuk memeriksa kira-kira Pertubuhan. Ia akan memegang jawatan selama dua tahun dan boleh dilantik semula. Ia harus juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Presiden atau Timbalan Presiden untuk memeriksa kira-kira Pertubuhan atau Negeri atau Cawangan dalam tempoh jawatan mereka dan membuat laporan kepada Majlis Tertinggi. 2. Negeri dan Cawangan akan melantik dua orang Pemeriksa Kira-Kira Dalam untuk memeriksa Kira-Kira Negeri atau Cawangan itu. Pemeriksa Kira-Kira Dalam akan memegang jawatan selama dua tahun dan boleh dilantik semula. 25

FASAL 12 PENTADBIR HARTA Tiada berkaitan. FASAL 13 PEMBUBARAN 1. Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada 3/5 jumlah Ahli Biasa. 2. Sekiranya Persatuan ini dibubarkan secara yang disebutkan di atas, segala hutang dan tanggungannya yang sah mengikut Undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui di dalam Mesyuarat Agung. 3. Pemberitahu pembubaran Pertubuhan hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran. FASAL 14 PENUBUHAN DAN PEMBUBARAN CAWANGAN-CAWANGAN 1. Penubuhan Negeri Negeri-Negeri bole hlah ditubuhkan di tiap-tiap Negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan tertakluk kepada perenggan (c) Fasal ini. Majlis Tertinggi berkuasa penuh menubuh dan mengiktiraf Negeri-negeri dan Cawangan-cawangan di 26

peringkat Negeri atau sesebuah Daerah, Mukim atau Kampung dan juga berkuasa penuh membubar manamana Negeri atau Cawangan kerana satu-satu sebab tertentu. Negeri-negeri dan Cawangan-cawangan tidak boleh ditubuhkan sebelum dibenarkan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia. (c) Sesebuah Negeri hendaklah mengandungi Ahli-Ahli yang berjumlah tidak kurang daripada 500 orang Ahli Biasa. 2. Penubuhan Cawangan (c) (d) Cawangan-cawangan boleh ditubuhkan di mana-mana daerah, mukim atau kampung dalam sesebuah Negeri dengan persetujuan Majlis Tertinggi. Sesebuah Cawangan bolehlah ditubuhkan dengan tidak kurang daripada 50 orang Ahli Biasa. Sesebuah Cawangan yang telah diluluskan penubuhannya oleh Pendaftar Pertubuhan hendaklah membuka akaun bank atas nama cawangan tersebut. Kegiatan sesebuah Cawangan adalah dijalankan menurut keputusan Mesyuarat Agung Cawangan tetapi Mesyuarat Agung itu sendiri adalah tertakluk di bawah syarat-syarat Perlembagaan ini dan Aturan Peraturan Mesyuarat. 1. Mesyuarat Agung Negeri FASAL 15. MESYUARAT AGUNG CAWANGAN Mesyuarat Agung bagi sesebuah Negeri hendaklah 27

diadakan sekali dalam dua tahun sebelum akhir Julai ta hun kedua. Mesyuarat Agung Negeri hendaklah mengandungi :- (i) (ii) (iii) Ahli-ahli Jawatankuasa Negeri dan wakil-wakil yang dipilih oleh Mesyuarat Agung Cawangancawangan bagi mewakili Cawangan-cawangan tersebut, seramai seorang wakil bagi tiap-tiap 50 orang Ahli Biasa Cawangan berkenaan. Sesebuah Cawangan boleh menghantar tidak lebih daripada 10 orang wakil. Pengerusi atau wakil Pengerusi Cawangan. (c) Jika Pengerusi itu menjadi ahli Jawatankuasa Negeri, maka bolehlah ia melantik seorang ahli Jawatankuasa Cawangan untuk menggantikannya. (d) Di dalam Mesyuarat-mesyuarat Agung Negeri, korumnya ialah% daripada jumlah perwakilan. (e) Aturcara Mesyuarat Agung Negeri ialah :- (i) (ii) (iii) Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung yang lalu; Membentangkan Laporan Dwi-Tahunan; Membentang dan Menerima Penyata Kewangan Tahunan; (iv) Memilih Pegawai-Pegawai berikut :- Pengerusi Negeri Timbalan Pengerusi Negeri Naib Pengerusi Negeri 28

{Nama-nama calon untuk {iv) di atas hendaklah diputuskan di dalam Mesyuarat Agung Cawangancawangan terle bih dahulu dan disampaikan ke Pejabat Setiausaha Negeri dalam masa 14 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Negeri). {v) {vi) Memilih 2 orang Pemeriksa Kira-Kira Dalam; Membincangkan usul-usul yang telah diterima dari Cawangan-cawangan sekurang-kurangnya 14 hari terlebih dahulu. 2. Mesyuarat Agung Khas bolehlah diadakan pada bila-bila masa dengan mengikut salah satu syarat berikut :- {a) Dengan kehendak Pengerusi Negeri atau Majlis Tertinggi; {b) Dengan permintaan bersurat daripada sekurangkurangnya 1/3 daripada ahli-ahli Jawatankuasa Negeri; {c) Dengan permintaan bersurat daripada sekurangkurangnya separuh daripada Cawangan-cawangan. Permintaan dalam {b) dan {c) di atas hendaklah disokong dengan alasan-alasan yang lengkap dan mesyuarat itu mestilah diadakan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan itu. 3. Mesyuarat Agung Khas hendaklah mengandungi bilangan perwakilan yang sama seperti Mesyuarat Agung Dwi- Tahunan. 4. Mesyuarat Agung Cawangan {a) Mesyuarat Agung Biasa hendaklah diadakan pada tiap-tiap dua tahun sekali sebelum akhir bulan 29

Mei tahun kedua; dan korum bagi membolehkan Mesyuarat Agung dijalankan adalah 1/3 daripada jumlah Ahli Biasa atau 100 orang Ahli Biasa yang mana kurang. Jika sekiranya tidak cukup korum selepas jam lamanya; Pengerusi hendaklah menangguhkan mesyuarat itu kepada suatu masa yang lain; tetapi sekiranya ada sebab-sebab yang mustahak boleh dijalankan mesyuarat itu dengan kebenaran Pengerusi Negeri atau wakilnya dan keputusannya itu adalah muktamad. Aturcara Mesyuarat Agung Cawangan adalah :- (i) (ii) (iii) Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung yang lalu; Membentangkan Laporan Dwi-Tahunan; Membentang dan Menerima Penyata Kewangan Tahunan; (iv) Memilih Pegawai-Pegawai dan Ahli-Ahli Jawatankuasa :- Pengerusi Naib Pengerusi 9 orang Ahli Jawatankuasa (v) (vi) Melantik Pemeriksa Kira-Kira Dalam Cawangan; Membincangkan _ : sul-usul yang telah diterima daripada Ahli-Ahli sekurang-kurangnya 14 hari terlebih dahulu. 5. Mesyuarat Agung Khas boleh diadakan pada bila-bila masa mengikut salah satu sebab berikut :- 30

(a} Dikehendaki oleh Majlis Tertinggi atau Jawatankuasa Negeri atau Pengerusi Cawangan. Dengan permintaan bersurat daripada sekurangkurangnya 1/3 daripada ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan. (c) Dengan permintaan bersurat daripada sekurangkurangnya 1/3 daripada Ahli Biasa. Permintaan di dalam dan (c) di atas hendaklah disokong dengan alasan-alasan yang munasabah dan mesyuarat itu hendaklah diadakan dalam tempoh 30 hari setelah menerima permintaan tersebut. FASAL 16 JAWATANKUASA CAWANGAN 1. Jawatankuasa Negeri (a} Jawatankuasa Negeri hendaklah mengandungi :- (i} Pengerusi (ii} Timbalan Pengerusi (iii} Naib Pengerusi (iv} Setiausaha (v} Bendahari (vi} Ketua Penerangan (vii} Ketua Kebajikan (viii} 8 ahli lain yang dipilih oleh Mesyuarat Agung Negeri yang terdiri daripada Pengerusi-pengerusi Cawangan. Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Naib Pengerusi hendaklah dipilih oleh Mesyuarat Agung Negeri. 31

(c) Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan dan Ketua Kebajikan hendaklah dilantik oleh Pengerusi Negeri dengan persetujuan Jawatankuasa Negeri dan mereka akan memegang jawatan masing-masing sehingga diadakan Mesyuarat Agung Negeri atau meminta berhenti atau mereka diberhentikan oleh sebab-sebab tertentu. (d) Sekiranya seseorang ahli Jawatankuasa Negeri meletak jawatannya atau mati atau pun meminta berhenti atau pun dia diberhentikan oleh Majlis Tertinggi, Jawatankuasa Negeri berkuasa melantik penggantinya sehingga Mesyuarat Agung Dwi- Tahunan diadakan. (e) (f) Seseorang Ahli Jawatankuasa Negeri boleh meminta berhenti daripada memegang jawatannya dengan bersurat serta menyatakan sebab-sebabnya kepada Setiausaha dan pemberhentiannya hendaklah dimaklumkan kepada Jawatankuasa Negeri yang berkuasa melantik penggantinya jika permohonan tersebut diterima. Jawatankuasa Negeri adalah menjadi anggota yang menjalankan pentadbiran Negeri di bawah kekuasaan dan perintah Majlis Tertinggi dan Mesyuarat Agung, tetapi Mesyuarat Agung itu sendiri tertakluk di bawah Perlembagaan dan Aturan Peraturan Mesyuarat. (g) Jawatankuasa Negeri hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 4 bulan sekali atau pun bila-bila dikehendaki oleh Pengerusi Negeri atau atas permintaan bersurat oleh 1/3 daripada bilangan ahli-ahli Jawatankuasa Negeri dengan menyatakan sebab-sebabnya sekali. 32

(h) Korum bagi menjalankan sesuatu mesyuarat Jawatankuasa Negeri ialah Yz daripada ahli-ahli Jawatankuasa. Sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh mesyuarat, notis dan agenda hendaklah diberikan. (i) Di dalam tiap-tiap Mesyuarat Jawatankuasa Negeri, jika Pengerusi Negeri tidak hadir, maka Timbalan Pengerusi Negeri akan menjadi Pengerusi Mesyuarat dan jika kedua-duanya tidak hadir, maka Naib Pengerusi Negeri akan menjadi Pengerusi Mesyuarat. Jika ketigatiganya tidak hadir, ahli-ahli yang hadir boleh melantik salah seorang daripada Ahli Jawatankuasa Negeri untuk mempengerusikan Mesyuarat tersebut. 2.. Jawatankuasa Cawangan Jawatankuasa Cawangan hendaklah mengandungi :- (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari Ketua Penerangan Ketua Kebajikan 9 orang yang dipilih dalam Mesyuarat Agung Cawangan (c) Pengerusi, Naib Pengerusi dan 9 orang di bawah perenggan (i),(ii),(vii) di atas hendaklah dipilih oleh Mesyuarat Agung. Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan dan Ketua Kebajikan hendaklah dilantik oleh Pengerusi Cawangan dengan persetujuan Jawatankuasa Cawangan dan mereka akan memegang jawatan masing-masing sehingga diadakan Mesyuarat Agung akan datang, 33

atau mereka berhenti atau mereka diberhentikan dengan sebab-sebab tertentu. (d) (e) Jika 2/3 atau pun lebih daripada ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan berhenti dengan serentak, Setiausaha Cawangan hendaklah memanggil Mesyuarat Agung Khas untuk memilih ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan bagi menggantikan mereka. Sementara itu ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan yang tinggal itu hendaklah mengelola dan mentadbirkan Cawangan itu sehingga terbentuk Jawatankuasa Cawangan yang baru. Seseorang Ahli Jawatankuasa Cawangan bolehlah meminta berhenti daripada jawatannya dengan menyatakan sebabnya secara bersurat kepada Setiausaha Cawangan dan keberhentiannya u hendaklah dimaklumkan kepada Jawatankuasa Cawangan bagi pengetahuannya dan jika sekiranya keberhentiannya itu diterima, Jawatankuasa Cawangan adalah berkuasa melantik penggantinya. (f) Jawatankuasa Cawangan adalah menjadi anggotaanggota yang menjalankan pentadbiran menurut keputusan-keputusan Mesyuarat Agung tetapi Mesyuarat Agung itu sendiri tertakluk di bawah Perlembagaan itu dan Aturan Peraturan Mesyuarat. (g) (h) Jawatankuasa Cawangan hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 4 bulan sekali atau bila-bila masa jika dikehendaki oleh Pengerusi atau dengan permintaan bersurat daripada sekurang-kurangnya 1/3 daripada Ahli Jawatankuasa. Yz daripada Ahli Jawatankuasa adalah menjadi korum bagi sesuatu mesyuarat Jawatankuasa Cawangan. Sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh mesyuarat, notis dan agenda hendaklah diberikan. 34

(i). Di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan, jika Pengerusi dan Naib Pengerusi tidak hadir, ahli-ahli yang hadir boleh melantik salah seorang daripada Ahli Jawatankuasa untuk mempengerusikan mesyuarat. FASAL 17 TUGAS-TUGAS PEGAWAI-PEGAWAI CAWANGAN 1. Tugas-Tugas Pegawai-Pegawai Negeri :- Pengerusi (i) Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan Negerinya. (ii) Melantik Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan dan Ketua Kebajikan Negeri dengan persetujuan Jawatankuasa Negeri dan bertanggungjawab atas kesempurnaan tugas masing-masing. (iii) (iv) Bertanggungjawab atas kesemua Pegawai dan kakitangan Negeri. Memanggil dan mempengerusikan Mesyuarat Agung Negeri dan Mesyuarat Jawatankuasa Negeri. Timbalan Pengerusi Negeri (i) (ii) Membantu tugas Pengerusi Negeri. Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Negeri apabila Pengerusi Negeri tidak hadir. 35

(c) Naib Pengerusi Negeri Membantu tugas-tugas Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Negeri. Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Negeri apabila Pengerusi Negeri dan Timbalan Pengerusi Negeri tidak hadir. {d) Setiausaha Negeri (i) Bertanggungjawab secara langsung kepada Pengerusi Negeri. (ii) (iii) Menjadi Pegawai yang khas bagi mentadbir perjalanan pejabat Negeri. Bertanggungjawab melaporkan kepada Pengerusi Negeri segala kegiatan berhubung dengan pejabat Negeri. (iv) Bertanggungjawab atas kesempurnaan Mesyuarat-mesyuarat Agung Negeri dan Mesyuarat Jawatankuasa Negeri. (v) (vi) Menyediakan Laporan Dwi-Tahunan kepada Jawatankuasa Negeri untuk dibentangkan di Mesyuarat Agung. Bertanggungjawab menandatangani baucerbaucer Negeri dan menandatangani cek-cek bersama-sama Bendahari atau Pengerusi. (e) Bendahari Negeri (i) (ii) Bertanggungjawab atas aliran kewangan Negeri. Bertanggungjawab menyediakan penyata kirakira Negeri untuk diperiksa oleh Pemeriksa 36

Kira-Kira Dalam bagi Mesyuarat Agung. (iii) Bertanggungjawab membentangkan penyata kira-kira yang telah diperiksa dan disahkan oleh Pemeriksa Kira-Kira kepada Jawatankuasa Negeri. (iv) Bendahari dan Setiausaha adalah Pegawai yang bertanggungjawab bersama-sama Pengerusi dalam menandatangani cek-cek. (f) Ketua Penerangan Negeri (i) Mentadbir dan menyusun rancangan di peringkat Negeri. rancangan- (ii) Bertanggungjawab atas penerangan dan penyiaran yang dikelolakan oleh Negeri. (iii) Melaporkan kepada Jawatankuasa Negeri atas kerja-kerja penerangan yang diperbuat dalam negeri dari semasa ke semasa. (g) Ketua Kebaiikan Negeri (i) (ii) Melaporkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Negeri segala perkara berkenaan dengan malapetaka yang menimpa ahli-ahli untuk diberi bantuan oleh pihak-pihak yang berwajib atau pun bantuan kecemasan sekiranya kewangan mengizinkan. Bekerjasama dengan Ketua Kebajikan & Teknikal Pusat dan Ketua Kebajikan Cawangan atas kerja-kerja kebajikan. 37

2. Tanggungan-tanggungan, kuasa dan kewajipan-kewajipan Jawatankuasa Negeri adalah :- (c) (d) Menyedia dan membentangkan kepada mesyuarat mengenai kemajuan dalam masa dua tahun yang lepas serta membentangkan Penyata Kira-Kira yang disahkan oleh Pemeriksa Kira-Kira Dalam. Menghantar kepada Cawangan-cawangan satu Laporan Tahunan dan Penyata Kira-Kira sekurang-kurangnya 21 hari sebelum Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan diadakan. Bagi Mesyuarat Agung Khas, notis dan agenda hendaklah juga dikirimkan 21 hari sebelum tarikh mesyuarat. Melaporkan penyata kewangan tahunan yang telah diperiksa dan maklumat-maklumat lain yang diwajibkan dan yang dikehendaki kepada Pendaftar Pertubuhan Malaysia melalui lbu Pejabat. Berikhtiar dan menjalankan langkah-langkah dengan kumpulan-kumpulan lain atau pertubuhan dalam negeri atas perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebaikan sejajar dengan tujuan-tujuan dan maksud Pertubuhan dalam Perlembagaan. (e) Mengesyorkan kepada Majlis Tertinggi terhadap cadangan yang disampaikan kepada Jawatankuasa Negeri mengenai pemecatan atau pengantungan keahlian seseorang ahli dan pembubaran sesebuah Cawangan. (f) Memilih ahli-ahli Negeri bagi mewakili Negeri dalam sesebuah Pertubuhan, Jemaah atau Jawatankuasa. (g) Menubuh dan menyesuaikan perjalanan Jawatankuasa Kecii- Jawatankuasa Kecil dalam Negeri menurut 38

Perlembagaan Pertubuhan. (h) (i) (j) Mengiktiraf penubuhan Cawangan-cawangan dengan kelulusan Majlis Tertinggi. Menyelesaikan perselisihan yang berbangkit dalam sesebuah Jawatankuasa Kecil. Menjalankan sebarang langkah yang dapat menentukan perkembangan Negeri bersesuaian dengan kehendak Perlembagaan. 3. Tugas-Tugas Pegawai-Pegawai Cawangan :- Pengerusi Cawangan (i) Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan Cawangan keseluruhannya. (ii) Bertanggungjawab atas semua Pegawai dan kakitangan pejabat di peringkat Cawangan. (iii) (iv) (v) (vi) Memanggil dan mempengerusikan Mesyuarat Agung dan MesyuaratJawatankuasa Cawangan. Melantik Jawatankuasa Kecil untuk sesuatu tugas yang penting. Berhak menandatangani semua cek-cek Cawangan dan suratan-suratan lain bersama-sama Setiausaha dan Bendahari. Mempunyai hak memberi persetujuan dan menandatangani semua peringatan mesyuarat setelah diluluskan. 39

Naib Pengerusi Cawangan (i} Membantu tugas-tugas Pengerusi mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Cawangan dan Jawatankuasa Kecil apabila Pengerusi tidak hadir. (ii} Dengan ketiadaan Pengerusi akan menandatangani cek-cek atau suratan-suratan lain bersama-sama Setiausaha atau Bendahari. (c) Setiausaha Cawangan (i} Bertanggungjawab secara langsung kepada Pengerusi Cawangan. (ii} Menjadi pegawai khas bagi mentadbirkan perjalanan pejabat Cawangan. (iii} Melaporkan kepada Pengerusi Cawangan segala tindakan yang diambil berhubung dengan pentadbiran Pejabat Cawangan. (iv) Bertanggungjawab atas kesempurnaan Mesyuarat Agung dan Mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Cawangan. (v} Menyediakan Laporan Tahunan untuk dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung. (vi} Menandatangani baucer-baucer Cawangan. (vii} Menandatangani cek-cek dan borang-borang bagi mengeluarkan wang di Pejabat Pos atau bank. 40

(d) Bendahari Cawangan (i) Bertanggungjawab atas kesempurnaan aliran. kewangan. (ii) (iii) (iv) Menyediakan Penyata Kira-Kira untuk diperiksa oleh Pemeriksa Kira-Kira Dalam yang dipilih oleh Mesyuarat Agung Cawangan. Membentangkan Penyata Kira-Kira yang telah diaudit. Bendahari dan Setiausaha adalah pegawaipegawai yang bertanggungjawab bersama-sama Pengerusi menandatangani cek-cek atau borangborang mengeluarkan wang Cawangan. (e) Ketua Penerangan Cawangan (i) Bertanggungjawab mentadbir dan menyusun rancangan-rancangan penerangan di Cawangannya. (ii) Melaporkan kepada Jawatankuasa Cawangan mengenai kerja-kerja penerangan Persatuan yang dijalankannya dari semasa ke semasa. (f) Ketua Kebajikan Cawangan (i) Menerima dan membentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan segala laporan berkenaan dengan malapetaka yang menimpa ahli-ahli semoga dapat diaturkan bantuan diberi oleh pihak-pihak yang berwajib atau pun bantuan cemas sekiranya kewangan mengizinkan. 41

(ii) Bekerjasama dengan Ketua Kebajikan & Teknikal Pusat dan Ketua Kebajikan Negeri atas kerjakerja kebajikan. 4. Tanggungan dan kewajipan-kewajipan Jawatankuasa Cawangan :- (c) (d) (e) (f) Berikhtiar menjalankan langkah-langkah bersama-sama pertubuhan lain yang berkaitan di dalam Cawangan itu berkenaan perkara-perkara kebajikan atau lain-lain yang sesuai dengan Perlembagaan Pertubuhan. Membentangkan satu Laporan Tahunan dan Penyata Kira-Kira yang telah disahkan oleh Pemeriksa Kira- Kira Dalam di dalam Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan. Menghantar kepada ahli-ahli Laporan Dwi-Tahunan dan Penyata Kira-Kira yang telah disahkan sekurangkurangnya 21 hari sebelum Mesyuarat Agung Dwi- Tahunan diadakan. Bagi Mesyuarat Agung Khas, notis dan agenda juga hendaklah diberikan 21 hari terlebih dahulu. Melaporkan Penyata Kira-Kira yang telah disahkan oleh Pemeriksa Kira-Kira dan maklumat-maklumat lain yang diwajibkan kepada Pendaftar Pertubuhan. Menjalankan kehendak-kehendak Perlembagaan dan Aturan Peraturan Mesyuarat, dan sebarang langkah yang munasabah bagi menghasilkannya. Melantik dua orang ahli perhubungan di suatu mukim jika perlu, untuk menol ong kerja perhubungan di peringkat mukim. 42

FASAL18 KEWANGAN CAWANGAN 1. Peringkat Negeri (a} Sumber Kewangan Negeri ialah :- (i} (ii} Sumbangan lbu Pejabat. Derma, sumbangan, tajaan dan bantuan, sama ada daripada Kerajaan atau pihak lain. Jawatankuasa Negeri hendaklah membuka akaun bank atas nama Pertubuhan. (c) Segala pendapatan dan keuntungan yang diperoleh dari kegiatan-kegiatan Jawatankuasa Negeri hendaklah dijadikan kepunyaannya dan tidak boleh dibahagibahagikan kepada atau di antara ahli-ahli sebagai faedah atau bonus. (d) (e) Bendahari boleh menyimpan wang panjar tidak lebih daripada RMSOO pada satu-satu masa. Sebaik-baik sahaja selepas satu tahun kewangan, satu penyata kira-kira pendapatan dan perbelanjaan bagi tahun itu hendaklah disediakan dan diaudit oleh Pemeriksa Kira-Kira Dalaman. Penyata kira-kira bagi sesuatu tahun itu hendaklah dihantar ke lbu Pejabat dan Pejabat Pendaftar Pertubuhan sepertimana yang dikehendaki oleh Pendaftar Pertubuhan. 2. Peringkat Cawangan (a} Sumber Kewangan Cawangan ialah :- 43

(i) (ii) Sumbangan lbu Pejabat dan Negeri. Derma, sumbangan, tajaan dan bantuan, sama ada daripada Kerajaan atau pihak lain. (c) (d) (e) Jawatankuasa Cawangan hendaklah membuka akaun bank atas nama Pertubuhan. Segala pendapatan dan keuntungan yang diperoleh dari kegiatan-kegiatan Jawatankuasa Cawangan hendaklah dijadikan kepunyaannya dan tidak boleh dibahagi-bahagikan kepada atau di antara ahli-ahli sebagai faedah atau bonus. Bendahari boleh menyimpan wang panjar tidak lebih daripada RM400 pada satu-satu masa. Sebaik-baik sahaja selepas satu tahun kewangan, satu penyata kira-kira pendapatan dan perbelanjaan bagi tahun itu hendaklah disediakan dan diaudit oleh Pemeriksa Kira- Kira Dalaman. Penyata kira-kira bagi sesuatu tahun itu hendaklah dihantar ke lbu Pejabat dan Pejabat Pendaftar Pertubuhan sepertimana yang dikehendaki oleh Pendaftar Pertubuhan. FASAL 19 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UMUM MENGENAI CAWANGAN 1. Di mana peruntukan khas tiada disebut di dalam Perlembagaan ini bagi perkara-perkara yang IJerhubung dengan Pentadbiran Negeri dan Cawangan, Undang-Undang yang berkenaan mengenai pentadbiran lbu Pejabat Pertubuhan akan diikuti oleh Negeri dan Cawangan sejauh mana yang sesuai. Mesyuarat Agung dan Majlis Tertinggi akan memberi arahan-arahan kepada Mesyuarat Agung Negeri atau Cawangan dan Jawatankuasa 44

Negeri atau Cawangan mengenai Negeri atau Cawangan. 2. Segala penerangan yang menyentuh dasar Pertubuhan yang akan dikeluarkan oleh Negeri-negeri dan Cawangancawangan hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran dari lbu Pejabat. 3. Pejabat Setiausaha Negeri Pejabat Negeri ialah Pejabat Setiausahanya. Pejabat Setiausaha itu bolehlah ditempatkan di manamana juga dalam satu-satu kawasan di dalam Negeri itu yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Negeri dan mendapatkan kebenaran terlebih dahulu dari Pendaftar Pertubuhan Malaysia. 4. Pejabat Setiausaha Cawangan Pejabat Cawangan ialah Pejabat Setiausahanya. Pejabat Setiausaha boleh ditempatkan di mana juga di dalam kawasan itu dan terlebih dahulu hendaklah dipersetujui oleh Jawatankuasa Cawangan. FASAL 20 PINDAAN PERLEMBAGAAN 1. Perlembagaan 1n1 atau sebahagian daripadanya boleh dipinda, dimansuh, ditukar atau-ditambah dengan ketetapan yang dipersetujui oleh tidak kurang daripada 2/3 wakil-wakil yang ada dalam Mesyuarat Agung dan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh 60 hari dari tarikh keputusan meminda Perlembagaan itu untuk mendapat pengesahan. Sebarang pindaan kepada Perlembagaan tidak 45

boleh dikuatkuasakan tanpa kelulusan diperoleh daripada Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu. 2. Satu ketetapan hendak meminda atau memansuhkan Perlembagaan ini hendaklah dihantarkan kepada Setiausaha Agung mengikut syarat di dalam Aturan Peraturan Mesyuarat. 3. Perlembagaan ini berjalan kuatkuasanya daripada tarikh yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan akan tetapi sebarang perbuatan atau pekerjaan yang telah dikendalikan oleh Persatuan ini terlebih dahulu daripada Perlembagaan ini diluluskan adalah sah, sekalipun perbuatan dan pekerjaan itu tidak sesuai mengikut kehendak Perlembagaan ini. FASAL 21 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN Jika berbangkit sebarang perselisihan faham di atas tafsiran Perlembagaan ini atau Aturan Peraturan Mesyuarat yang dibuat di bawah kuatkuasanya, tafsiran yang diberikan oleh Majlis Tertinggi adalah muktamad sehingga dirombak oleh Mesyuarat Agung. FASAL22 LARANGAN Tiada berkaitan FASAL 23 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA 1. Bendera 46

2. Lambang 3. Lencana Lencana ini hanyalah dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Agung kepada Negeri-negeri untuk dibahagibahagikan kepada Cawangan-cawangan. Empat salinan Lencana ini hendaklah diserahkan kepada Pendaftar Pertubuhan untuk diluluskan. Logo Persatuan ini berbentuk sepohon pokok berdaun hijau dan batang berwarna coklat yang melambangkan kesuburan dan kemewahan bidang pertanian. Gelanggelang yang terdapat di bawah pokok melambangkan persepakatan yang wujud di antara pekebun kecil dan perkataan "PKPKM" yang terdapat di dalam gelang induk adalah ringkasan nama Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia. FASAL 24 PERUNTUKAN AM 1. Melantik Wakil-wakil Tiap-tiap seorang wakil ke Mesyuarat Agung Pusat hendaklah dipilih oleh Mesyuarat Agung Negeri daripada Ahli Biasa. Tiap-tiap seorang wakil ke Mesyuarat Agung Negeri 47