JPA.BPO(S)324/14/9-6 Jld.14 s.k.3 (78) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013

dokumen-dokumen yang mirip
JPA.BPO(S)324/14/16-4 (14) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 15 TAHUN 2013

JPA (K)(S)263/7/6 Klt.8(39) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2016 PANDUAN PERTUKARAN PELANTIKAN

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2002

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2008 TAWARAN OPSYEN PELANJUTAN UMUR PERSARAAN WAJIB KEPADA 58 TAHUN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2009

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2005 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17, N22, N26

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

PELARASAN GAJI YANG AKHIR DITERIMA BAGI PEGAWAI YANG BERSARA ATAU MENINGGAL DUNIA DALAM PERKHIDMATAN

KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PERKHIDMATAN PEGAWAI PENGUAT KUASA MARITIM DAN PEGAWAI LAIN-LAIN PANGKAT PENGUAT KUASA MARITIM

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2007 PERSARAAN DEMI KEPENTINGAN PERKHIDMATAN AWAM

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 4 TAHUN 2013

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Nama dan Permulaan Kuatkuasa

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2006

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2005

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 21 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERUBATAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2013

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P001

Universiti Malaysia PAHANG

JPA(S)324/14/23-3 Klt.8(38) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 33 TAHUN 2013 PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN

JPA(BPO)(S)324/14/34-1 Klt. 3 (4) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2008

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT & PENAMATAN PERKHIDMATAN) AHSAN AHMAD BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABATAN PENDAFTAR

LAMPIRAN A SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH PERUBATAN KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

JPA(S)(BPO)324/14/6-1 Klt. 17 ( 21 ) Siri No. : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 25 TAHUN 2007

JPA.BK(S)71/3/4-11( 47 ) Siri No. : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2012

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2015

PELAKSANAAN SISTEM SARAAN MALAYSIA BAGI ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (2) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2015

SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH UNIVERSITI

JPA(S) (BPO)324/8/19 Klt 6 (31) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2013

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 18 TAHUN 2009

JANGKAAN ISU-ISU BERBANGKIT DARIPADA PELAKSANAAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI PP 33/2007. Ya.

SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH PERUBATAN

JPA.BK (S) 43/13/1Jld. 3 (15) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 12 TAHUN 2013

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2009 PENJUMUDAN SKIM PERKHIDMATAN JAGA

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2009

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2003 PEMERIKSAAN KESIHATAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

PERJANJIAN PROGRAM SANGKUTAN DI ANTARA

SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH PERGIGIAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 1TAHUN 2011

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2015 KADAR KELAYAKAN KEMUDAHAN CUTI REHAT TAHUNAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (05) 2009 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 05/2009

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P002 PROSEDUR PELANTIKAN PENSYARAH DAN GURU BAHASA (TETAP)

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 21 TAHUN 2008

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (13) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2016 KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN

GARIS PANDUAN URUSAN PENGESAHAN KE DALAM PERKHIDMATAN

JPA(S)(BPO)256/6/19 Klt.8 (1) No. Siri :

DASAR PELETAKAN JAWATAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2013

I~ A II~ LiJI!YI~~ Io~~,;,~~;;~,,1 MSISO'001 : 2000 REG.NO.AR3I11 SlaM Institution Cert. No:

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P002 PROSEDUR PELANTIKAN PENSYARAH DAN GURU BAHASA (TETAP)

SESI PERKONGSIAN SEKSYEN KENAIKAN PANGKAT PEJABAT PENDAFTAR. 11 April 2018

PINJAMAN KOMPUTER. Syarat-syarat pinjaman komputer dan dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersamasama borang permohonan ini ialah:

PROSEDUR PERKHIDMATAN

JPA(S)TT. 71/3/1 ( ) No. Siri KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2009

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (12) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2016 BAYARAN KHAS TAHUN 2016

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEKELILING PENGURUSAN BIL.10 TAHUN 2015 SKIM FELO INDUSTRI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

PANDUAN PENGURUSAN PEMANGKUAN DAN KENAIKAN PANGKAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KENAIKAN PANGKAT MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA 1999

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (20) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2017 BAYARAN KHAS TAHUN 2017

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 1998 KEMUDAHAN CUTI PEGAWAI BERSALIN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 13 TAHUN 2011

JPA(BPO)(S)324/14/21-1 Klt.7( 22 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2008

JPA.BK (S) 241/87 Jld. 4(10) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011 PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN/ PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2006 IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PRESTASI 2006

Rekod permohonan, siasatan, tindakan, dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM PENAMATAN PERKHIDMATAN) Oleh INA MD. YASIN

Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan)(No. 2) D.R. 23/2008 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PRESTASI 2004

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

PEMILIKAN DAN PERISYTIHARAN HARTA OLEH PEKERJA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2009 PERUBAHAN NAMA SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU PERUBATAN DAN PEMBANTU FARMASI

SYARAT-SYARAT TAWARAN BIASISWA SUB KEPAKARAN & PASCA KEDOKTORAN BAGI KURSUS IJAZAH LANJUTAN DI UNIVERSITI-UNIVERSITI DALAM & LUAR NEGARA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 19 TAHUN 2013 SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU OPERASI DAN PEMBANTU AWAM

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P002 PROSEDUR PELANTIKAN PENSYARAH DAN GURU BAHASA (TETAP)

GARIS PANDUAN AWARD WANG TUNAI GANTIAN CUTI REHAT (GCR)

PERMOHONAN CUTI TANPA GAJIDAN CUTI SEPARUH GAJI BAGI KAKITANGAN TETAP (TidaktermasukCutiMenjagaAnak)

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian Y.Bhg. Tan Sri/Datuk/Dato /Datin/tuan/puan mengenai perkara di atas.

PEKELILING PENDAFTAR

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (1) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2015 BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2015

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

KENAIKAN GAJI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 38 TAHUN 2013

"KEJUJURAN DAN KETEKUNAN" Ruj. Kami: dlm.ipk.sel Jld.2

JPA(S)(BPO)324/14/6-1 Klt. 17 ( 20 ) Siri No. : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 24 TAHUN 2007

UNTUK KEGUNAAN JABATAN PENDAFTAR

JPA(S)(BPO)324/14/12-4 Klt. 2 ( 22 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 27 TAHUN 2007

Transkripsi:

JPA.BPO(S)324/14/9-6 Jld.14 s.k.3 (78) No. Siri KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013 PINDAAN SYARAT PEMBERIAN OPSYEN SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH PERUBATAN DAN PENSYARAH PERGIGIAN DI BAWAH PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 15 TAHUN 2012 TUJUAN 1. Surat pekeliling perkhidmatan ini bertujuan untuk meminda syarat pemberian dan kaedah pelaksanaan opsyen di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2012 (PP 15/2012) - Pindaan Skim Perkhidmatan Pensyarah Perubatan dan Pensyarah Pergigian. LATAR BELAKANG 2. Skim perkhidmatan Pensyarah Perubatan dan Pensyarah Pergigian di bawah PP 15/2012 adalah skim perkhidmatan yang ditambah baik bagi memastikan kerjaya Pensyarah Perubatan dan Pensyarah Pergigian setara dengan Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian di Kementerian Kesihatan Malaysia dan sebagai faktor penarik untuk mendapat bakat terbaik. 1

3. Perenggan 11, PP 15/2012 menyatakan pegawai yang bersetuju menerima opsyen akan ditukar lantik ke skim perkhidmatan yang baharu. Pegawai yang menolak opsyen atau tidak membuat sebarang opsyen atau gagal mengembalikan borang opsyen dalam tempoh yang ditetapkan tanpa sebarang sebab yang munasabah atau membuat opsyen dengan bersyarat dianggap sebagai tidak bersetuju untuk ditukar lantik ke skim perkhidmatan yang baharu ini. 4. Implikasi ke atas perkhidmatan pegawai yang menolak opsyen pertukaran pelantikan yang ditawarkan adalah seperti berikut: (a) pegawai yang telah diberi taraf berpencen akan dibersarakan di bawah seksyen 10(5)(b) atau 10(5)(c), Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 [Akta 239]; (b) pegawai dalam Skim KWSP akan dibersarakan di bawah seksyen 6A(6), Akta 239; (c) pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatan semasa tetapi telah disifatkan menjadi pegawai berpencen mengikut undangundang pencen yang berkuat kuasa (pegawai pernah diberi taraf berpencen di jawatan terdahulu) akan dibersarakan di bawah seksyen 10(5)(b) atau seksyen 10(5)(c), Akta 239; dan (d) pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatan atau pegawai yang disahkan dalam perkhidmatan tetapi menolak Skim KWSP dan belum diberi taraf berpencen dikehendaki menamatkan perkhidmatan dan bersetuju meletak jawatan dengan 2

mengemukakan notis peletakan jawatan. Tempoh notis 30 hari bagi peletakan jawatan adalah dikecualikan. PINDAAN 5. Pindaan skim perkhidmatan Pensyarah Perubatan dan Pensyarah Pergigian ini telah memberi faedah kepada Pensyarah Perubatan dan Pensyarah Pergigian di Gred 45 dengan perubahan kepada gred, gaji permulaan yang lebih tinggi serta elaun dan kemudahan yang lebih baik manakala tiada sebarang perubahan bagi pegawai di Gred 51/52 dan ke atas. Walau bagaimanapun, dasar dan peraturan sedia ada menghendaki opsyen diberi kepada semua penyandang skim perkhidmatan asal sama ada menerima atau menolak opsyen ke skim perkhidmatan yang baharu. 6. Berdasarkan kedudukan tersebut serta mengambil kira perkhidmatan Pensyarah Perubatan dan Pensyarah Pergigian sangat diperlukan ketika ini untuk mengekalkan tenaga pengajar berkepakaran dalam bidang perubatan dan pergigian, Kerajaan telah bersetuju untuk meminda syarat pemberian opsyen. Pegawai yang menolak opsyen atau tidak membuat sebarang opsyen atau gagal mengembalikan borang opsyen dalam tempoh yang ditetapkan tanpa sebarang sebab yang munasabah atau membuat opsyen dengan bersyarat dianggap sebagai tidak bersetuju untuk ditukar lantik ke skim perkhidmatan baharu. Pegawai berkenaan akan kekal dalam skim perkhidmatan dan gred jawatan asal secara Khas Untuk Penyandang (KUP). 3

7. Sehubungan itu, perenggan 11 dan 12 dalam PP 15/2012 adalah dibatalkan dan perenggan 11 dan 12 baharu adalah seperti berikut: 11. Pegawai yang bersetuju menerima opsyen akan ditukar lantik ke skim perkhidmatan yang baharu. Pegawai yang menolak opsyen atau tidak membuat sebarang opsyen atau gagal mengembalikan borang opsyen dalam tempoh yang ditetapkan tanpa sebab yang munasabah atau membuat opsyen dengan bersyarat dianggap sebagai tidak bersetuju untuk ditukar lantik ke skim perkhidmatan baharu ini. Pegawai akan kekal dalam skim perkhidmatan dan gred jawatan asal secara Khas Untuk Penyandang (KUP). Pegawai akan berada dalam skim perkhidmatan asal yang telah dijumudkan dan tertakluk kepada syaratsyarat skim perkhidmatan asal. Pegawai juga tidak layak menikmati keistimewaan dan penambahbaikan yang diperuntukkan dalam skim perkhidmatan Pensyarah Perubatan dan Pensyarah Pergigian yang baharu dan sebarang pindaan kepadanya. Walau bagaimanapun, pegawai yang kekal secara KUP ini akan tertakluk kepada skim perkhidmatan baharu secara automatik apabila dinaikkan pangkat. 12. Semua pegawai yang terlibat akan diberi tempoh 30 hari mulai tarikh surat opsyen diedarkan untuk membuat pilihan sama ada menerima atau menolak tawaran ini. Pilihan yang dibuat adalah muktamad. 8. Bagi maksud melaksanakan opsyen dengan pindaan syarat pemberian opsyen di bawah surat pekeliling perkhidmatan ini, Surat Tawaran Opsyen Pertukaran Pelantikan, Syarat Pertukaran Pelantikan Melalui Opsyen dan 4

Borang Opsyen adalah seperti di Lampiran A, Lampiran A1 dan Lampiran A2. Sehubungan itu, perenggan 17 di bawah PP 15/2012 adalah dibatalkan dan semua urusan opsyen yang telah dibuat berdasarkan PP 15/2012 sebelum tarikh surat pekeliling perkhidmatan ini ditandatangani adalah terbatal dan opsyen baharu hendaklah ditawarkan semula kepada semua pegawai yang terlibat. 9. Surat pekeliling perkhidmatan ini hendaklah dibaca bersekali dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2012. TARIKH KUAT KUASA 10. Surat pekeliling perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Malaysia JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA Mac 2013 Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Naib Canselor IPTA 5

Lampiran A SURAT TAWARAN OPSYEN PERTUKARAN PELANTIKAN ( Nama dan alamat Pihak Berkuasa Melantik )...... Fail Ruj.: Tarikh: Nama : (Nama pegawai) Alamat :......... Melalui Ketua Jabatan : (Nama Ketua Jabatan)...... Tuan/ Puan, TAWARAN PERTUKARAN PELANTIKAN BERIKUTAN PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH PERUBATAN/ PENSYARAH PERGIGIAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) MELALUI PEMBERIAN OPSYEN Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Kerajaan telah memutuskan supaya pindaan skim perkhidmatan Pensyarah Perubatan/ Pensyarah Pergigian dilaksanakan berkuat kuasa pada 1 Januari 2013. Sehubungan itu, tuan/ puan dengan ini ditawarkan pertukaran pelantikan ke skim perkhidmatan Pensyarah Perubatan/ Pensyarah Pergigian Gred... di (Nama IPTA) di bawah klasifikasi perkhidmatan... dengan gaji RM... (P...) atas Gred... mulai pada tarikh yang sama. 2. Tawaran pertukaran pelantikan melalui opsyen ini tertakluk kepada syarat-syarat seperti dinyatakan di Lampiran A1. Tuan/ Puan dikehendaki memberi jawapan sama ada menerima atau menolak tawaran pertukaran pelantikan ini dengan mengisi Borang Opsyen di Lampiran A2. Jawapan tuan/ puan hendaklah sampai ke pejabat ini sebelum atau pada... (30 hari mulai tarikh borang opsyen diedarkan): 6

(a) Sekiranya tuan/ puan menerima tawaran, tuan/ puan hendaklah: Menandakan ( ) dalam kotak yang disediakan di perenggan (a) dalam Borang Opsyen di Lampiran A2; atau (b) Sekiranya tuan/ puan menolak tawaran, tuan/ puan hendaklah: Menandakan ( ) dalam kotak yang disediakan di perenggan (b) dalam Borang Opsyen di Lampiran A2. Tuan/ Puan akan dikekalkan dalam skim perkhidmatan dan gred jawatan asal secara Khas Untuk Penyandang (KUP). Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,... (Tandatangan) Pihak Berkuasa Melantik 7

Lampiran A1 SYARAT PERTUKARAN PELANTIKAN MELALUI OPSYEN 1. Kerajaan telah memutuskan supaya pindaan skim perkhidmatan Pensyarah Perubatan/ Pensyarah Pergigian dilaksanakan berkuat kuasa pada 1 Januari 2013. Dengan keputusan itu, tuan/ puan diberi opsyen sama ada menerima untuk ditukar lantik ke skim perkhidmatan Pensyarah Perubatan/ Pensyarah Pergigian ataupun menolak tawaran pertukaran pelantikan. Jika tuan/ puan menolak tawaran pertukaran pelantikan ini, tuan/ puan akan dikekalkan dalam skim perkhidmatan dan gred jawatan asal secara Khas Untuk Penyandang (KUP). Opsyen ini adalah muktamad. 2. Tempoh opsyen yang diberi kepada tuan/ puan untuk membuat pilihan ialah tiga puluh (30) hari mulai dari tarikh surat tawaran dikeluarkan. Jika tuan/ puan tidak membuat pilihan atau tidak melaporkan diri bertugas pada tarikh yang ditetapkan atau membuat pilihan dengan bersyarat atau gagal mengembalikan borang opsyen tanpa sebarang sebab yang munasabah, tuan/ puan adalah dianggap menolak tawaran pertukaran pelantikan dan akan dikekalkan dalam skim perkhidmatan dan gred jawatan asal secara KUP. OPSYEN TEMPOH MEMBUAT OPSYEN 3. Tuan/ Puan akan ditawarkan ke skim perkhidmatan Pensyarah Perubatan/ Pensyarah Pergigian pada gred jawatan baharu yang sama/ setaraf dengan gred jawatan tuan/ puan di gred jawatan asal. 4. Tuan/ Puan akan tertakluk kepada syarat dan peraturan yang diperuntukkan dalam skim perkhidmatan yang tuan/ puan ditukar lantik. 5. Tuan/ Puan yang belum disahkan dalam perkhidmatan akan ditawarkan: JAWATAN YANG DITAWARKAN PEMAKAIAN SYARAT DAN PERATURAN PERKHIDMATAN BARU GAJI PERMULAAN (a) (b) Gaji permulaan di jawatan baru ditetapkan pada gaji minimum di Peringkat 1 (P1) sekiranya gaji akhir di gred jawatan lama adalah sama atau lebih rendah daripada gaji minimum di gred jawatan baru; dan Jika gaji akhir tuan/ puan di gred jawatan lama lebih tinggi daripada gaji minimum di gred jawatan baru, gaji tuan/ puan di gred jawatan baru ditetapkan pada gaji yang sama dengan gaji akhir di jawatan lama terhad di P1. 8

6. Tuan/ Puan yang telah disahkan dalam perkhidmatan akan ditawarkan: (a) (b) (c) Gaji permulaan di jawatan baru ditetapkan pada gaji minimum di Peringkat 1 (P1) gred jawatan baru sekiranya gaji akhir di gred jawatanlama sama atau lebih rendah daripada gaji minimum di gred jawatan baru; Jika gaji akhir tuan/ puan di gred jawatan lama lebih tinggi daripada gaji minimum di gred jawatan baru, gaji tuan/ puan di gred jawatan baru ditetapkan pada gaji yang sama dengan gaji akhir di jawatan lama; dan Jika gaji tuan/ puan di P1 gred jawatan baru tidak dapat menampung gaji permulaan yang ditetapkan mengikut prinsip di atas, gaji tuan/ puan boleh ditetapkan di Peringkat (P) berikutnya. Jika gaji di jawatan baru tidak dapat menampung gaji permulaan yang ditetapkan mengikut prinsip di atas, maka tuan/ puan akan ditawarkan gaji Khas Untuk Penyandang (KUP) setelah diluluskan oleh Bahagian Saraan, Jabatan Perkhidmatan Awam. 7. Pergerakan gaji tahunan pegawai yang sepatutnya diterima pada tahun pertukaran pelantikan hendaklah diberi dahulu di gred jawatan asal sebelum diselaraskan ke gred jawatan baru. 8. Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) tuan/ puan akan berubah kepada satu tarikh baru pada tahun berikutnya selepas pelaksanaan pertukaran pelantikan. TPG baru ialah pada 1 Januari tahun berikutnya. 9. Tuan/ Puan dikecualikan daripada syarat tempoh percubaan jika tuan/ puan telah disahkan dalam perkhidmatan asal. Walau bagaimanapun untuk tujuan pencen, tuan/ puan hendaklah disahkan dalam perkhidmatan baru oleh Pihak Berkuasa Melantik pada bila-bila masa dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan. 10. Tuan/ Puan yang belum disahkan dalam perkhidmatan asal, dikehendaki menghabiskan baki tempoh percubaan dan boleh disahkan dalam perkhidmatan pada bila-bila masa sekiranya telah mencukupi tempoh sekurangkurangnya satu (1) tahun termasuk mengambil kira tempoh percubaan jawatan asal tertakluk dengan syarat tuan/ puan PERGERAKAN GAJI TAHUNAN TARIKH PERGERAKAN GAJI TEMPOH PERCUBAAN BAGI PEGAWAI YANG TELAH DISAHKAN TEMPOH PERCUBAAN BAGI PEGAWAI YANG BELUM DISAHKAN 9

telah memenuhi semua syarat pengesahan dalam perkhidmatan yang ditetapkan. Syarat-syarat pengesahan dalam perkhidmatan yang telah dipenuhi dengan jayanya semasa di jawatan asal adalah dikecualikan. 11. Kekananan tuan/ puan di jawatan asal dikekalkan. KEKANANAN 12. Jika tuan/ puan belum disahkan dalam perkhidmatan, tuan/ puan layak diberi opsyen skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebelum diperakukan pengesahan dalam perkhidmatan di jawatan baru. 13. Taraf berpencen yang diberi kepada tuan/ puan sebelum pertukaran pelantikan ini dikuatkuasakan akan dikekalkan. 14. Tuan/ Puan dibenarkan membawa baki cuti rehat tahunan dan cuti rehat yang telah dikumpulkan untuk tujuan award wang tunai sebagai gantian cuti rehat, mengikut syarat dan peraturan yang berkuat kuasa. 15. Tuan/ Puan boleh ditempatkan berkhidmat di mana-mana jua sepertimana yang diarahkan oleh Ketua Perkhidmatan/ Ketua Jabatan. 16. Ketua Perkhidmatan tuan/ puan ialah... mengikut mana-mana yang berkenaan. 17. Tuan/ Puan akan sentiasa tertakluk kepada peraturan dan arahan yang berkuat kuasa dalam perkhidmatan awam. 18. Tuan/ Puan dikecualikan daripada syarat pemeriksaan perubatan, akuan berkanun, aku janji dan tapisan keselamatan sekiranya tuan/ puan telah memenuhi syarat tersebut semasa di jawatan asal. 19. Pertukaran pelantikan tuan/ puan melalui pemberian opsyen ini adalah berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013. 20. Hubungan tuan/ puan dengan perkhidmatan asal adalah terputus kecuali bagi tujuan faedah persaraan dan kemudahan-kemudahan lain yang diberi berdasarkan tempoh perkhidmatan seperti cuti rehat, cuti haji dan pinjaman. OPSYEN SKIM KWSP TARAF BERPENCEN DIKEKALKAN CUTI REHAT PENEMPATAN KETUA PERKHIDMATAN KEPERLUAN MEMATUHI PERATURAN SYARAT PELANTIKAN YANG DIKECUALIKAN TARIKH KUAT KUASA HUBUNGAN DENGAN PERKHIDMATAN ASAL 10

Lampiran A2 BORANG OPSYEN ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Fail Rujukan : Tarikh : ( Nama dan alamat Pihak Berkuasa Melantik )...... Melalui Ketua Jabatan : (Nama Ketua Jabatan)... Tuan, TAWARAN PERTUKARAN PELANTIKAN BERIKUTAN PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH PERUBATAN/ PENSYARAH PERGIGIAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) MELALUI PEMBERIAN OPSYEN Berhubung dengan surat tuan bil.:... bertarikh... mengenai perkara di atas, maka saya dengan ini membuat pilihan seperti berikut:- * (a) Menerima tawaran pertukaran pelantikan ke skim perkhidmatan Pensyarah Perubatan/ Pensyarah Pergigian Gred.. di (Nama IPTA) di bawah klasifikasi perkhidmatan... dengan gaji RM... (P...) atas Gred... dengan syarat yang dinyatakan di Lampiran A1 surat tawaran tuan; ATAU (b) Menolak tawaran pertukaran pelantikan ke skim perkhidmatan Pensyarah Perubatan/ Pensyarah Pergigian Gred.. di (Nama IPTA) di bawah klasifikasi perkhidmatan... dengan gaji RM... (P...) atas Gred... dengan syarat yang dinyatakan di Lampiran A1 surat tawaran tuan dan dengan ini bersetuju kekal dalam skim perkhidmatan dan gred jawatan asal secara Khas Untuk Penyandang (KUP). 11

2. Saya sesungguhnya faham kandungan surat tawaran ini dan implikasi ke atas pilihan yang saya buat. Tandatangan :... Nama Penuh : No.Kad Pengenalan : Jawatan : Tarikh : Di hadapan :... SAKSI** Nama Penuh : No. Kad Pengenalan : Jawatan : Alamat : Nota: Tarikh : * Tandakan ( ) dalam salah satu petak yang berkenaan ** Ketua Jabatan atau Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional 12