UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SIKAP MASYARAKAT TERHADAP TEROMBA SRI QAMARIAH BINTI MOHD SAMSIR. Ijazah Sarjana Bahasa Gunaan. Akademi Pengajian Bahasa

dokumen-dokumen yang mirip
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PROSEDUR TERJEMAHAN UNSUR BUDAYA DALAM NOVEL SAKURA MENGORAK KELOPAK SITI NORAIN BINTI ROSDI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA FENOMENA PENGEKALAN DAN PERALIHAN DIALEK DALAM KALANGAN MASYARAKAT DI KG PENDIAT, BOTA NOR AQILAH BT ALIASAM

ANALISIS KONTEKS WACANA DALAM NOVEL CONTENGAN JALANAN MUHAMMAD FAIZUDDIN BIN HASHIM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA METAFORA HATI DALAM KORPUS TRADISIONAL DAN KORPUS KONTEMPORARI: SATU ANALISIS TEORI HIBRID NUR FAIZZAH BINTI MOHD ZALKANIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA LAKUAN BAHASA MENOLAK DALAM FILEM LABU DAN LABI SHARIFAH FARAH ADILA BT SYED FAIZAL BADRUL

AMALAN-AMALAN ISLAM DAN KESANNYA TERHADAP PELAJAR ALIRAN AGAMA KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA PARIT RAJA BATU PAHAT, JOHOR KHAIRIAH BINTI SULAIMAN

Saya / Kami * akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

KAJIAN METAFORA DALAM PUISI TRADISIONAL BAHASA CINA LIEW FOOT YUEN FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

PEMAPARAN IDEA DAN PENGUASAAN BAHASA DALAM KARANGAN PELAJAR LEMBAM: SATU KAJIAN KES

KEPENTINGAN PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN FAKULTI PENGAJIAN MAKLUMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA OLEH: HANIFFAH BT AMIT

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : No. Matrik : Program :

Borang Soal Selidik. Kurikulum Tirukkuṟaḷ dalam sukatan pelajaran Bahasa Tamil sekolah rendah dan. menengah ke arah Pembentukan insan holistik

SATU KAJIAN TENTANG KEBERKESANAN PUSAT SUMBER TERHADAP PRESTASI PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PROJEK ANIMASI PENDEK 2D CHEF AHMAS: PENEKANAN PERGERAKAN WATAK MELALUI TEKNIK ROTOSCOPING

PENGARUH KELUARGA TERHADAP PENCAPAIAN AKADEMIK MURID INDIA DI SEKOLAH MENENGAH RENDAH

KEMAMPUAN PELAJAR SENI LUKIS DAN SENI REKA GRAFIK DALAM PENGGUNAAN 'TOOLS', BAR MENU DAN TETINGKAP PALET DALAM PERISIAN PHOTOSHOP

PENGGUNAAN PENANDA WACANA BAHASA ARAB DALAM TEKS KARANGAN PELAJAR STAM

KEFAHAMAN DAN AMALAN DALAM BERAGAMA: KAJIAN TERHADAP PELAJAR BARU UiTM PAHANG DAN PELAJAR BARU UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

KETIDAKHADIRAN PEKERJA DI SME CORPORATION MALAYSIA, KUALA LUMPUR NORAIZAH HASHIM USM13049

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2016 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

ISU PENDATANG TANPA IZIN : PERANAN MEDIA TERHADAP KESEDARAN, PENGETAHUAN DAN SIKAP DI KALANGAN MASYARAKAT DI MALAYSIA

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

PEMINDAHAN LEKSIS BAHASA INGGERIS DALAM CERPEN TAMIL JAYANTHI A/P PALANANDY FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERISITI MALAYA KUALA LUMPUR

KAPS 19 KOD AMALAN PELAKSANAAN PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH SECARA CAMPURAN SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2015 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

ANUGERAH TOKOH AKADEMIK KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

ADAT ISTIADAT PERKAHWTNAN ORANG MELAYU LAMA DI MELAKA

LMCK1621 ETIKA & PROFESIONAL SET 6 SESI /2017 TUGASAN BERKUMPULAN 1 NAMA PENSYARAH PROF. MADYA DR. WAN ZAWIAH BINTI WAN ZIN NAMA AHLI KUMPULAN

ANUGERAH KEPIMPINAN AKADEMIK UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

TALKING POINT Y.BHG. PROFESOR DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB NAIB CANSELOR

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA Pindaan Terakhir :

SATU KAJIAN MENGENAI PERKEMBANGAN SENI REKA WANG KERTAS MALAYSIA MOHAMAD HISYAM BIN AWALUDIN

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

TITAH UCAPAN D.Y.M.M. TUANKU PEMANGKU RAJA PERLIS DI MAJLIS PELANCARAN PALAPES, PBSMM DAN PBK KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN UTARA MALAYSIA 3 MAC 2005

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : Khashimah bt. Hj. Ismail No. Matrik : EDMA 1-19 Program : Diploma Eksekutif Pengurusan (Pentadbiran dan Operasi)

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL

LAPORAN PENYELIDIKAN

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

SATU KAnAN TENTANG TlKAR PANDAN DAN MENGKUANGDALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT MELAYU

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA BORANG SOAL SELIDIK

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (PENYELIAAN) (P )

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BORANG PENGESAHAN PERINGATAN LISAN

TEKS UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Yang Berusaha En. Wan Nazrul Helmy bin Wan Mohd. Zain, Penasihat Projek Semaian Kasih;

MAKLUMAT UMUM IKLAN DAN PERMOHONAN JENIS PROGRAM PROGRAM PENGAJIAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

GARIS PANDUAN PHD SECARA PENERBITAN (PHD BY PUBLICATION) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu

SISTEM PENGURUSAN PENYELENGGARAAN BANGUNAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA

PENGENDALIAN KES PERCERAIAN DI MAHKAMAH SYARIAH PERLIS SATU TINJAUAN

HUBUNGAN KAEDAH PENGAJARAN DENGAN KEMAHIRAN LISAN BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR IPTA

GARIS PANDUAN PHD INDUSTRI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

ANUGERAH TOKOH AKADEMIK

VAKSINASI UMMAH. menerusi jalan dakwah

Gaya Hidup Pelajar Cemerlang dalam Persekitaran Kampus

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

TEKS UCAPAN PERASMIAN OLEH NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Y.BHG PROF. DATO DR MUSA BIN AHMAD

GARIS PANDUAN PENULISAN TESIS/DISERTASI KOMPILASI. Pusat Siswazah. Universiti Kebangsaan Malaysia

TEKNIK TUANGAN LOGAM Dl DALAM PENGHASILAN KARYA ARCA

ANUGERAH PENGAJARAN UiTM 2014 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

1 February 2018 SEMUA KETUA JABATAN SEMUA AHLI AKADEMIK MEREKA YANG BERKENAAN

BORANG PERMOHONAN PENGANUGERAHAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Etika Kerja. Kementerian Pelajaran Malaysia. Junjung Amanah Pembangunan Insan Mulia

SATU KAJIAN TENTANG PERSEPSI PELAJAR PEREMPUAN MASA DEPAN MEREKA DALAM INDUSTRI SENI REKA GRAFIK. SKOP KAJIAN : UiTM KAMPUS ALOR GAJAH

PERBANDINGAN PENCAPAIAN PEMBELAJARAN BAHASA TAMIL DI DALAM KELAS BIASA DAN KELAS POL

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

Teori Perkembangan Moral Kohlberg. Penaakulan Moral. Elemen-elemen Penaakulan Moral. Peringkat-peringkat Penaakulan Moral. Peringkat 5 Kontrak Sosial

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : ASHOKUMAR A/L MARUTHAMUTHU. No.Matrik : EDMH Program : Diploma Eksekutif Pengurusan (Sumber Manusia)

LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESIONAL. Semester I TUGASAN INDIVIDU

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

Program Sarjana Dan Kedoktoran

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

KAPS-16 Kod Amalan Penyeliaan Jarak Jauh SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

LMCK2811 SOSIAL & KEBERTANGGUNGJAWABAN JABATAN KEJURURAWATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN TAHUN 1/ SEMESTER 2

BINA INSAN GURU IPGK SULTAN ABDUL HALIM. Prof. Sidek Mohd Noah

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (KRITERIA PEMERIKSA) (P )

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME NAMA NURUL AMIRAH BINTI MOKHTAR NOMBOR MATRIK A146234

PERMODELAN RERUANG GIS DALAM PERANCANGAN DAN PENGURUSAN SUMBER ASLI WAN YUSRYZAL BIN WAN IBRAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ANUGERAH INOVASI & PENGKOMERSILAN PRODUK UiTM 2016 BORANG PERMOHONAN / PENCALONAN

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Ucapan Sempena Majlis Penghargaan Kepada Mantan Naib Canselor Kedua Universiti Sains Islam Malaysia

PROSES KERJA : PELAKSANAAN PEMBERIAN STATUS ZZ KEPADA PELAJAR

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

1. Berapa lama tuan telah berkhidmat di Bahagian Pendidikan JAIM? 3. Berapakah jumlah kakitangan pengurusan atasan dan sokongan?

1. Permohonan menjalankan kajian hanya menggunakan Borang BPPDP 1.2. (mulai 1 Sep. 2015)

Transkripsi:

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SIKAP MASYARAKAT TERHADAP TEROMBA SRI QAMARIAH BINTI MOHD SAMSIR Tesis ini dikemukakan bagi memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Bahasa Gunaan Akademi Pengajian Bahasa Mei 2013

PE N G A K U A N Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa segala kerja yang dilakukan dalam tesis ini telah dihasilkan tertakluk kepada peraturan Universiti Teknologi MARA. Ia merupakan karya yang asli dan dihasilkan oleh saya sendiri, kecuali nukilan dan ringkasan yang tiaptiap satunya telah saya jelaskan sumber rujukannya. Tesis ini belum pernah dihantar atau diserahkan kepada mana-mana institusi akademik atau institusi bukan akademik untuk tujuan pengijazahan atau lain-lain penganugerahan. Sekiranya tesis ini telah terbukti melanggar perkara yang telah disebutkan di atas, saya dengan suka relanya akan mengenepikan atau tidak menuntut sebarang hak untuk penganugerahan ijazah saya. Saya juga bersetuju supaya dikenakan tindakan disiplin berdasarkan peraturan yang telah termaktub oleh Universiti Teknologi MARA. Nama : Sri Qamariah Binti Mohd Samsir No. Pelajar :2010621526 Program : Ijazah Sarjana Bahasa Gunaan Fakulti : Akademi Pengajian Bahasa Tajuk : Sikap Masyarakat Terhadap Teromba Tandatangan Tarikh : Mei 2013

ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis sikap ketua adat dan anggota masyarakat terhadap teromba di kampung Baru Ayer Hitam, Negeri Sembilan. Sebanyak 70 set borang soal selidik diedarkan kepada responden yang terdiri daripada penduduk kampung yang berumur 20 tahun dan ke atas. Sikap dianalisis berdasarkan penjadualan bersilang dengan angkubah taraf sosial, jantina, umur, tahap pendidikan, pekerjaan dan suku. Empat faktor sikap yang terlibat adalah nilai, minat, persepsi dan keberterusan warisan. Hasil dapatan kajian mendapati kesemua ketua adat bersikap positif terhadap teromba. Ini kerana mereka adalah golongan yang sangat dekat dengan teromba. Manakala majoriti anggota masyarakat juga bersikap positif. Hal ini kerana persepsi mereka terhadap teromba juga positif. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir anggota masyarakat yang bersikap negatif terhadap teromba. Ini kerana mereka tidak memahami teromba, merasakan teromba sesuatu yang leceh dan membebankan serta tiada minat. Sikap positif orang yang paling dekat dengan teromba iaitu ketua adat menunjukkan bahawa teromba masih berperanan dalam ritual masyarakat Adat Perpatih. Walau bagaimanapun, ia perlu dipupuk dalam kalangan anggota masyarakat terutamanya golongan muda sebagai pewaris. Jika tidak dipupuk dikhuatiri ia akan hilang ditelan zaman. Selain daripada itu, sikap negatif masyarakat juga boleh menyumbang kepada kepupusan khazanah ini.

P E N G H A R G A A N DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG Besar cita-cita saya untuk menggenggam segulung ijazah. Tanpa sokongan dan bantuan daripada ramai orang belum tentu cita-cita ini terlaksana. Justeru, penghargaan saya yang tidak terhingga harus dinyatakan kepada mereka. Pertamanya, ucapan terima kasih kepada Universiti Teknologi MARA Malaysia (UiTM) kerana memberi peluang dan ruang untuk menjadi salah seorang warganya. Dengan peluang tersebut, maka berdiri dengan penuh bangga membawa misi dan visi UiTM dalam mendidik diri menjadi insan yang stabil dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Keduanya, ucapan setinggi terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia saya, Dr.Norizah Ardi yang sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit serta ilmu yang tidak ternilai dalam memastikan penyelidikan ini dapat disiapkan. Juga kepada Prof. Dr. Wan Abdul Kadir Wan Yusoff kerana sudi dan ikhlas mencurahkan ilmu. Sikap dan sokongan yang kalian berikan dapat meringankan sedikit cabaran yang dihadapi serta memberi keyakinan bahawa kajian ini mampu disiapkan dalam masa yang ditetapkan dengan jayanya. Penghargaan seterusnya adalah kepada Pn. Nor Azita Che Din (Pensyarah Budaya UiTM), rakan-rakan yang tidak pemah jemu membantu dan memberi nasihat serta pandangan. Akhimya penghargaan yang tidak terhingga ditujukan istimewa untuk abah, emak, kakak, abang dan adik-adik yang sebenamya mereka adalah nombor satu di hati ini. Tanpa sokongan emosi, mental dan fizikal daripada kalian tidak mungkin kajian ini dapat disiapkan dengan jayanya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada suami tercinta yang tidak jemu menyokong dan memberi sepenuh dorongan. Keyakinan tidak terbatas kalian terhadap kemampuan diri ini membantu membina semangat juang yang tinggi untuk berjaya menghabiskan pengajian ini. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari Allah juga tetapi di atas kelemahan diri sendiri.

BAB SATU PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Kajian ini mengenai sikap masyarakat Melayu Negeri Sembilan terhadap teromba. Teromba merupakan tradisi lisan yang ada dalam masyarakat Negeri Sembilan. Ia juga dikenali sebagai tambo atau ungkapan adat. Sama seperti pantun, syair, gurindam, nazam dan sebagainya teromba hanya digunakan khusus oleh masyarakat Adat Perpatih. Begitu juga dengan waka atau haiku di Jepun, Sonnet di Eropah dan Qasidah di Arab, kesemuanya merupakan puisi yang menjadi kebanggaan masyarakat negara tersebut. Teromba adalah khazanah budaya yang di dalamnya terkandung identiti Melayu. Menurut Mohd Rosli Saludin (2009), dalam teromba wujud nilai-nilai kehidupan, norma-norma dalam pergaulan, falsafah hidup serta hukum-hukum yang harus dipatuhi. Ia juga mengandungi konotasi adat yang digunakan sehingga kini di Minangkabau dan beberapa daerah di Negeri Sembilan dan Melaka sebagai panduan dan amalan terutama dalam Adat Perpatih dan Adat Temenggung. Teromba merupakan sejenis tambo berbentuk prosa berirama dan kadang-kadang pantun bercerita. Di dalamnya juga wujud puisi yang bercerita tentang adat istiadat (Abdul Rozak Zaidan, 1994: 204) serta sisipan puisi tertentu seperti pantun, peribahasa, terasul, gurindam, syair, ungkapan dan sebagainya. Walau bagaimanapun teromba tidak ditentukan jumlah baris, rangkap, rima juga jumlah perkataan dalam sesuatu baris. Kajian ini akan mengenal pasti sikap masyarakat terhadap teromba. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi sikap masyarakat terhadap teromba. Antaranya nilai, minat, persepsi dan keberterusan warisan. Sikap bermaksud gambaran perasaan menyukai atau tidak menyukai seseorang individu terhadap sesuatu perkara atau perlakuan (Fishbein & Ajzen, 1975). Faktor-faktor seperti nilai, minat, persepsi dan keberterusan warisan akan menjelaskan sikap masyarakat sama ada positif (suka) atau negatif (tidak suka) terhadap teromba. 1