BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

dokumen-dokumen yang mirip
BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB TIGA METODOLOGI PENYELIDIKAN. Bab ini akan membincangkan panduan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

ISI KANDUNGAN. Abstrak. Penghargaan. Isi Kandungan. Jadual Pedoman Transliterasi. Senarai Kependekan. Senarai Rajah BAB 1 PENGENALAN (1-10)

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN. Bab ini membincangkan tentang metodologi yang digunakan oleh penyelidik dalam

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab

BAB EMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Kajian tinjauan (survey) ini merupakan kajian inferensi dengan menggunakan

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

Manual Pelaksanaan Kerja Kursus Bahasa Melayu Kertas 4 (910/4): Penulisan Esei Berformat

PENYELIDIKAN TINDAKAN: ANALISIS DATA. Analisis Data. 9.1 Sinopsis

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini akan membincangkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengumpul

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. mendapatkan data yang boleh dipercayai, ia merangkumi tiga aspek penting yang menjadi METODOLOGI KUANTITATIF

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

BAB 1 PENGENALAN. memberikan impak positif dan sumbangan kepada dunia pendidikan iaitu untuk

3.0 PENGENALAN : METODOLOGI PENYELIDIKAN. Penyelidikan ini bertujuan meneliti keupayaan pelajar Melayu mentranskripsikan dan

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

PENYELIDIKAN TINDAKAN: RANCANGAN DAN CADANGAN

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB SATU PENGENALAN 1.0 PENDAHULUAN: Bab ini mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian yang

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

KANDUNGAN. 1.0 Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Skop Tafsiran Penyelarasan Moderasi Tugas Dan Tanggungjawab 4

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

KEBERKESANAN ANIMASI DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR MELAYU SOAL SELIDIK PELAJAR

BAB KETIGA METODOLOGI KAJIAN. Di dalam bab ketiga ini, pengkaji membincangkan metodologi kajian secara terperinci.

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA Pindaan Terakhir :

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

peranan, prinsip, teknik, masalah pengajaran terjemahan disamping analisis huruf, sama ada imbuhan awalan, sisipan, apitan dan akhiran.

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

GARIS PANDUAN PHD SECARA PENERBITAN (PHD BY PUBLICATION) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

Tujuan Pengujian, Pengukuran dan Penilaian

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH PROSEDUR PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN LATIHAN INDUSTRI

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

2.0 PENYATAAN MASALAH

PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT. KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017)

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2017

Padankan. Padankan. Padankan

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

KAPS 19 KOD AMALAN PELAKSANAAN PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH SECARA CAMPURAN SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

GARIS PANDUAN PENULISAN TESIS/DISERTASI KOMPILASI. Pusat Siswazah. Universiti Kebangsaan Malaysia

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA CADANGAN PROJEK SARJANA DUA SEMESTER (PENILAIAN PROJEK SARJANA 1)

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

Mesyuarat Pelaksanaan Peperiksaan Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz al-quran (KKQ)

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

1/6 RASMI (MASA) 2 hari September 2016 Fakulti / Bendahari / PPS / PTM / Pelajar

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

PROGRAM KAJIAN TINDAKAN NEGERI PERAK PERINGKAT SEKOLAH

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

PENULISAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA Kod Dokumen: UPM/OPR/CALC/P001 PROSEDUR PENGENDALIAN KURSUS TANPA KREDIT (CEL)

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB 3 : METODOLOGI. Parit Keroma dan komuniti Bugis dari kampung itu yang telah menetap di Kuala Lumpur.

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN 1 PENDAHULUAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN MODERASI PEMERIKSAAN SKRIP JAWAPAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

LAPORAN PERLAKSANAAN DAN PENCAPAIAN OBJEKTIF KUALITI BAHAGIAN PERKHIDMATAN MAKLUMAT JANUARI-JUN Prosedur Objektif Kualiti Pencapaian Catatan

GARIS PANDUAN PENGURUSAN BANK ITEM DAN PERATURAN PEMARKAHAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (PENYELIAAN) (P )

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

PROSES KERJA PEMBENTUKAN/PENYEDIAAN SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENILAIAN LAPORAN PROJEK SARJANA DUA SEMESTER (PENILAIAN PROJEK SARJANA 2)

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

PISMP (PEMBELAJARAN JARAK JAUH) TUGASAN PROJEK

Transkripsi:

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pendahuluan Bab ini menerangkan metodologi yang digunakan oleh penyelidik dalam menjalankan kajian, untuk menjelaskan perkaitan antara objektif seperti yang dinyatakan dalam Bab Satu dengan kaedah pengumpulan data. Terdapat beberapa perkara yang disentuh dalam bab ini merangkumi reka bentuk kajian, lokasi kajian, responden kajian, instrumen kajian, kaedah pengumpulan data, prosedur kajian dan analisis data yang dihurai secara terperinci melalui subtajuk yang ditentukan. 3.1 Reka Bentuk Kajian Kajian ini adalah kajian kes yang berbentuk kajian deskriptif, dalam proses mendapatkan data dan maklumat yang berkaitan. Penyelidik menggunakan set borang soal selidik pelajar, ujian bertulis pelajar, temu bual guru bahasa Arab dan pemerhatian proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Menurut Chua Yan Piaw (2006:156), kajian kes sesuai digunakan untuk mendapatkan maklumat dengan terperinci tentang tingkah laku individu dan sosial. Di samping itu, mendapatkan gambaran sebenar bagaimana sesuatu tingkah laku individu, kumpulan dan perubahan sosial itu terjadi. Menerusi kajian kes, penyelidik dapat mengenal pasti aspek-aspek penggolongan kata nama bahasa Arab yang dipelajari oleh pelajar tingkatan dua Kelas Aliran Agama, tahap penguasaan sebenar kata nama bahasa Arab di kalangan pelajar tersebut dan permasalahan yang dihadapi oleh mereka dalam mempelajari kata nama bahasa Arab. Seterusnya penyelidik dapat melihat sendiri situasi pembelajaran bahasa Arab amnya 58

dan kata nama bahasa Arab khasnya, serta interaksi pelajar dengan guru dan sesama rakan sekelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kesemua maklumat yang diperolehi daripada keempat-empat instrumen tersebut dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif untuk memaparkan gambaran sebenar tahap penguasaan kata nama bahasa Arab di kalangan pelajar tingkatan dua Kelas Aliran Agama. 3.1.1 Kajian Perpustakaan Bagi mendapatkan maklumat dan bahan berkaitan tajuk kajian, penyelidik telah membuat kajian perpustakaan di beberapa buah perpustakaan Universiti Malaya antaranya Perpustakaan Utama, Perpustakaan Peringatan Za aba, Perpustakaan Fakulti Bahasa dan Linguistik, Perpustakaan Fakulti Pendidikan dan Perpustakaan Pengajian Islam. Penyelidik juga membuat kajian di beberapa buah perpustakaan tempatan termasuklah Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Perpustakaan Lembaga Peperiksaan Malaysia serta Pusat Dokumentasi Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Maklumat yang dikumpul adalah berkaitan kata nama bahasa Arab dan ruang lingkupnya, kajian penyelidik tempatan terhadap penguasaan bahasa Arab dan pelaksanaan kurikulum Bahasa Arab Komunikasi di Malaysia bersumberkan buku-buku ilmiah, tesis-tesis, jurnal-jurnal dan majalah. 59

3.1.2 Kajian Lapangan Kajian lapangan menurut Asmah Hj Omar (2002:1-2), merujuk kepada tempat sesuatu fenomena yang hendak dikaji yang menyediakan maklumat kajian untuk ditafsir berpandukan objektif kajian. Dalam kajian ini, penyelidik menyediakan 50 set borang soal selidik pelajar, 50 set soalan ujian bertulis untuk pelajar, menemu bual tiga orang guru bahasa Arab dan melakukan beberapa sesi pemerhatian di dalam bilik darjah. Semua proses pengumpulan data dikendalikan sendiri oleh penyelidik, setelah mendapat kebenaran daripada pihak-pihak yang berkenaan untuk melaksanakan kajian. 3.2 Lokasi Kajian Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Pasir Puteh, Ipoh, Perak yang merupakan salah satu daripada sekolah menengah harian biasa, yang menawarkan mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi untuk pelajar-pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Para pelajar yang mempelajari Bahasa Arab Komunikasi di sekolah-sekolah ini, dikenali sebagai pelajar Kelas Aliran Agama (KAA). Sekolah ini dipilih sebagai lokasi kajian berikutan memenuhi kriteria kajian dari segi responden, iaitu terdapat pelajar-pelajar tingkatan dua Kelas Aliran Agama dan guru bahasa Arab. Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Pasir Puteh, Ipoh, Perak mula dibuka pada 1 Disember 1990 dengan jumlah pelajar tingkatan satu seramai 176 orang. (Majalah Cemerlang, 2007:7). Manakala mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi diperkenalkan di sekolah ini pada awal tahun 1996 dengan pengambilan pelajar tingkatan satu berjumlah 26 orang. 60

Seterusnya bilangan pelajar Kelas Aliran Agama (KAA) semakin bertambah hingga mempunyai 134 orang pelajar pada tahun 2008, mengikut pecahan tingkatan satu seramai 39 orang, tingkatan dua seramai 50 orang dan tingkatan tiga seramai 45 orang, dengan jumlah keseluruhan pelajar lelaki seramai 46 orang dan pelajar perempuan berjumlah 88 orang. 3.3 Responden Kajian Responden kajian ini terdiri daripada 50 orang pelajar tingkatan dua Kelas Aliran Agama (KAA) bagi sesi persekolahan 2008, yang berumur dalam lingkungan 14 tahun, di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Pasir Puteh, Ipoh, Perak (SMKKPPI). Pelajar-pelajar tersebut terdiri daripada 18 orang pelajar lelaki dan 32 orang pelajar perempuan yang terbahagi kepada dua kelas iaitu Tingkatan 2 Agama 1 dan Tingkatan 2 Agama 2. Mereka mempelajari mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi dengan peruntukan masa minimum 240 minit dalam seminggu iaitu 6 waktu minimum x 40 minit. (Kertas Dasar Kurikulum Semakan Bahasa Arab Komunikasi dan Bahasa Arab Tinggi Di Sekolah Menengah, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002:6). Kesemua responden telah mempelajari mata pelajaran tersebut lebih dari satu setengah tahun, sejak dari tingkatan satu sehingga kajian ini dijalankan pada bulan September 2008. Penyelidik menggunakan persampelan tidak rawak iaitu dibuat secara khusus dan bertujuan dalam memilih responden kajian. Data yang dikumpul hanya tertumpu kepada kumpulan dan tempat yang tertentu sahaja serta tidak mewakili keseluruhan pelajar 61

tingkatan dua Kelas Aliran Agama di seluruh Malaysia. Dengan itu, hasil kajian ini tidak boleh digeneralisasikan kepada semua populasi dan tempat. 3.4 Instrumen Kajian Penyelidik menggunakan 50 set borang soal selidik pelajar, 50 set ujian bertulis pelajar, temu bual guru bahasa Arab dan pemerhatian di dalam bilik darjah sebagai instrumen atau alat kajian ini. 3.4.1 Soal Selidik Pelajar Soal selidik yang dilakukan ke atas pelajar bertujuan mengukur dan menentukan tahap penguasaan kata nama bahasa Arab di kalangan pelajar tingkatan dua Kelas Aliran Agama (KAA). Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini adalah tertutup, yang mengandungi item-item pertanyaan tertutup dan dibahagikan kepada beberapa bahagian yang ditentukan. Item-item dalam soal selidik ini telah diadaptasi daripada soal selidik yang telah dijalankan oleh penyelidik-penyelidik terdahulu. Seterusnya item-item ini diubahsuai selaras dengan objektif kajian dan mendapat persetujuan daripada penyelia sebelum ditadbirkan kepada pelajar. Setelah mendapat kebenaran daripada pihak pentadbir Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Pasir Puteh, Ipoh, Perak dan berjumpa dengan guru mata pelajaran bahasa Arab tingkatan dua, penyelidik memberikan taklimat kepada pelajar tingkatan dua KAA tentang tujuan kajian, proses pelaksanaan soal selidik, tarikh dan masa soal selidik akan dijalankan kepada mereka. 62

Penyelidik juga menyatakan hasil soal selidik ini adalah rahsia dan digunakan untuk tujuan kajian semata-mata serta meminta kerjasama daripada semua pelajar supaya menghadirkan diri pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Penyelidik mengedarkan borang soal selidik kepada pelajar dan mereka diberi masa selama 15 minit untuk menjawabnya. Soal selidik ini terbahagi kepada tiga bahagian yang mengandungi 26 item iaitu: Bahagian A : Maklumat Peribadi Responden (soalan 1-10) a) Jantina. b) Umur. c) Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). d) Keputusan Bahasa Arab Komunikasi (BAK) dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun. e) Bahasa pertuturan di rumah. f) Pekerjaan bapa/penjaga. g) Pekerjaan ibu/penjaga. h) Tahap pendidikan tertinggi bapa/penjaga. i) Tahap pendidikan tertinggi ibu/penjaga. j) Pendapatan keluarga. Bahagian B : Maklumat Pembelajaran Responden (soalan 11-20) a) Pilihan responden memasuki Kelas Aliran Agama. b) Pengalaman responden belajar bahasa Arab di sekolah rendah. c) Minat responden mempelajari bahasa Arab. d) Tanggapan responden terhadap mata pelajaran bahasa Arab. e) Tujuan responden mempelajari bahasa Arab. 63

f) Cita-cita responden untuk menguasai bahasa Arab dengan baik. g) Perasaan responden terhadap keputusan bahasa Arab yang lepas. h) Penyediaaan jadual khusus untuk mengulangkaji bahasa Arab di luar waktu persekolahan. i) Hasrat responden untuk meneruskan pembelajaran bahasa Arab selepas Penilaian Menengah rendah (PMR). j) Sumber-sumber yang digunakan oleh responden dalam meningkatkan penguasaan bahasa Arab. Bahagian C : Maklumat Penguasaan Responden Terhadap Kata Nama Bahasa Arab (soalan 21-26). a) Bermasalah dalam mengingati kata nama bahasa Arab. b) Kebolehan dalam membezakan antara kata nama, kata kerja dan partikel. c) Tahap penguasaan responden terhadap kata nama bahasa Arab. d) Kelemahan menguasai kata nama bahasa Arab boleh mempengaruhi penguasaan bahasa Arab secara keseluruhan. e) Kekerapan guru memberikan galakan kepada pelajar supaya menguasai kata nama bahasa Arab. f) Usaha yang dilakukan oleh responden untuk menguasai kata nama bahasa Arab mengikut teknik-teknik tertentu. 3.4.2 Ujian Bertulis Pelajar Penyelidik telah merangka satu set ujian bertulis Bahasa Arab untuk menguatkan lagi pengukuran dan penentuan tahap sebenar responden kajian terhadap kata nama Bahasa Arab sama ada berpencapaian cemerlang, baik, sederhana atau lemah. Ujian ini disusun berpandukan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Bahasa Arab Komunikasi (BAK) 64

Tingkatan Dua dan buku teks Bahasa Arab Komunikasi Tingkatan Dua Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Kesemua bentuk dan golongan kata nama bahasa Arab berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Tingkatan Dua dan buku teks Bahasa Arab Komunikasi Tingkatan Dua telah dipelajari oleh responden kajian sejak dari tingkatan satu hingga kajian dijalankan. Ujian bertulis pelajar dikendalikan sendiri oleh penyelidik setelah selesai mentadbir soal selidik ke atas mereka, pada tarikh dan masa yang lain. Terlebih dahulu pelajar diberi penerangan tentang proses pelaksanaan ujian bertulis dan meminta mereka membuat persediaaan. Pada tarikh dan masa yang ditetapkan, mereka dikehendaki menjawab kesemua bahagian soalan ujian bertulis dengan peruntukan masa selama 60 minit, di bawah pengawasan penyelidik. Ujian ini mengandungi enam bahagian soalan yang berjumlah 100 markah, merangkumi aspek-aspek seperti berikut: a) Penggolongan kata dalam bahasa Arab iaitu kata nama, kata kerja dan partikel. b) Kata nama al-nakirat dan kata nama al-ma rifat, c) Kata nama al-mu annath (feminin) dan kata nama al-mudhakkar (maskulin). d) Kata nama al-mufrad (tunggal), kata nama al-muthanna (dual), kata nama al- Jama (banyak). e) Kata Tunjuk. f) Kata Hubung. 3.4.3 Temu Bual Guru Bahasa Arab Temu bual yang dijalankan ke atas tiga orang guru bahasa Arab untuk mengenal pasti permasalahan utama dalam pembelajaran kata nama bahasa Arab di kalangan pelajar 65

tingkatan dua KAA dan mendapatkan cadangan daripada mereka untuk meningkatkan pembelajaran bahasa Arab khususnya dalam aspek kata nama. Temu bual yang digunakan oleh penyelidik adalah temu bual bersemuka dan berbentuk semi struktur. Soalan-soalan temu bual yang dikemukakan kepada guru-guru berkenaan telah disusun dan ditetapkan sebagai satu garis panduan dalam sesi temu bual. Bagaimana pun, mereka diberi kelonggaran semasa memberikan jawapan dan penyelidik boleh meminta penjelasan jika jawapan yang diberikan tidak menepati kehendak soalan. Menurut Rohana Yusof (2003:152), dalam temu bual bersemuka penyelidik boleh mendapat penjelasan yang lebih terperinci daripada responden terutamanya bagi soalan-soalan yang meminta pendapat daripada mereka. Temu bual ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu latar belakang guru dan maklumat pengajaran berkaitan kata nama bahasa Arab. Penyelidik mengajukan soalan kepada guru-guru berkenaan dan mencatat jawapan mereka serta merakamkan jawapan tersebut dengan alat perakam supaya dapat memberi tumpuan semasa proses temu bual. Penyelidik juga meminta persetujuan daripada guru-guru berkenaan terlebih dahulu untuk merakam jawapan mereka semasa proses temu bual dilaksanakan. 3.4.4 Pemerhatian Di Dalam Bilik Darjah Penyelidik melakukan beberapa sesi pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab Komunikasi di dalam bilik darjah responden untuk melihat penglibatan pelajar tingkatan dua KAA dalam pembelajaran bahasa Arab dan mendapatkan maklumat tambahan tentang tahap penguasaan mereka terhadap kata nama bahasa Arab. Melalui pemerhatian juga, penyelidik dapat mengenal pasti sedikit 66

sebanyak permasalahan yang dihadapi oleh responden semasa mempelajari kata nama bahasa Arab. 3.5 Kaedah Pengumpulan Data Penyelidik menggunakan dua kaedah utama dalam pengumpulan data iaitu data primer dan data sekunder. Data primer merujuk kepada pengumpulan data kajian yang dilakukan sendiri oleh penyelidik menerusi set soal selidik pelajar, ujian bertulis pelajar, temu bual guru bahasa Arab dan pemerhatian di dalam bilik darjah. Manakala pengumpulan data sekunder lebih mengutamakan penyelidikan perpustakaan dan data tersebut telah dikumpul daripada kajian-kajian berkaitan yang dilakukan sebelum ini oleh penyelidik lain sama ada dalam bentuk buku, majalah, kertas seminar dan sebagainya (Rohana Yusof, 2003). Dalam kajian ini, penyelidik mengumpul data sekunder melalui penyelidikan di beberapa buah perpustakaan dengan bersumberkan buku-buku ilmiah, tesis-tesis, jurnaljurnal dan majalah berkaitan tajuk kajian. 3.6 Prosedur Kajian Sebelum memulakan kajian ini, penyelidik telah merancang beberapa langkah dan persediaan yang perlu diambil dan diikuti, bermula dari awal kajian hinggalah proses penulisan laporan akhir kajian yang lengkap. Tatacara kajian ini adalah seperti berikut: a) Membuat rujukan dan kajian perpustakaan untuk menentukan bidang yang akan dikaji. 67

b) Membuat permohonan penyelia disertasi dan pengesahan bidang penyelidikan serta perlantikan penyelia oleh Timbalan Dekan (Ijazah Tinggi dan Penyelidikan), Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya. c) Menyediakan kertas cadangan penyelidikan selepas berbincang dan mendapat kelulusan daripada penyelia. d) Mendapat kelulusan kertas cadangan penyelidikan dari Timbalan Dekan (Ijazah Tinggi dan Penyelidikan), Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya. (Rujuk Lampiran A) e) Mengemukakan permohonan kebenaran melakukan kajian di tempat kajian bersama-sama dengan contoh instrumen kajian kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, melalui Timbalan Dekan (Ijazah Tinggi dan Penyelidikan), Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya. (Rujuk Lampiran A) f) Membuat tinjauan awal di tempat kajian. g) Membuat permohonan rasmi kepada Jabatan Pelajaran Negeri Perak untuk melakukan kajian di sekolah yang dikenal pasti, setelah mendapat kebenaran daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. (Rujuk Lampiran A) h) Selepas mendapat kebenaran daripada Jabatan Pelajaran Negeri Perak, penyelidik memohon kebenaran daripada pihak pentadbir Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Pasir Puteh, Ipoh, Perak (SMKKPPI) untuk menjalankan kajian di sekolah tersebut dan menerangkan tujuan kajian. i) Mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Ketua Panitia Mata Pelajaran Bahasa Arab dan guru-guru bahasa Arab yang terlibat dalam kajian serta menyatakan tujuan kajian. 68

j) Menyediakan instrumen kajian iaitu set soal selidik pelajar, ujian bertulis pelajar dan soalan temu bual guru bahasa Arab. (Rujuk Lampiran B, C dan D) k) Mendapatkan persetujuan daripada guru-guru bahasa Arab untuk ditemu bual dan dirakam perbualan mereka serta menyatakan rakaman ini adalah rahsia dan untuk kajian penyelidik sahaja. l) Menyampaikan taklimat kepada responden kajian, pelajar tingkatan dua KAA berkenaan tujuan kajian, proses perlaksanaan soal selidik dan ujian bertulis sebelum instrumen tersebut ditadbir kepada mereka. m) Mengedarkan set soal selidik kepada pelajar pada tarikh dan masa yang ditetapkan di bawah kendalian penyelidik sendiri. n) Mentadbir ujian bertulis kepada pelajar pada tarikh dan masa yang ditetapkan di bawah pengawasan penyelidik sendiri. o) Membuat beberapa sesi pemerhatian di dalam bilik darjah responden semasa proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab berlangsung untuk melihat penglibatan mereka terhadap pembelajaran bahasa Arab. p) Memastikan semua item soal selidik dijawab oleh responden dan menganalis data dari soal selidik tersebut dengan menggunakan perisian komputer Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 11.5. (Rujuk Lampiran E) q) Menyemak kertas ujian bertulis pelajar dan menganalisis keputusannya secara deskriptif dari segi peratusan, frekuensi, min, median mod, julat dan sisihan piawai. (Rujuk Lampiran F) r) Membuat transkripsi rakaman temu bual guru dan menganalisis hasil rakaman tersebut. s) Membuat interpretasi dan kesimpulan semua data yang diperolehi dari soal selidik pelajar, ujian bertulis pelajar, temu bual guru bahasa Arab dan pemerhatian di dalam bilik darjah. Seterusnya menulis laporan akhir kajian. 69

3.7 Analisis Data Analisis data dibuat melalui empat bahagian berdasarkan instrumen yang telah digunakan dalam kajian ini, seperti berikut: Bahagian 1 : Soal Selidik Pelajar Data yang diperolehi daripada soal selidik pelajar dianalisis dengan menggunakan pakej perisian statistik iaitu Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 11.5 untuk melihat frekuensi dan peratusan bagi setiap item soal selidik berdasarkan objektif kajian. Bahagian 2 : Ujian Bertulis Pelajar Ujian bertulis pelajar diperiksa sendiri oleh penyelidik. Seterusnya diberikan skor dan digredkan kepada gred-gred A, B, C, D dan E mengikut skala pemarkahan PMR KBSM, untuk melihat tahap sebenar penguasaan kata nama bahasa Arab di kalangan pelajar tingkatan dua KAA. Data daripada ujian bertulis pelajar dianalisis dengan menggunakan program Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 11.5 untuk membuat pengiraan dari segi frekuensi, peratusan, min, median, mod, julat dan sisihan piawai. Bahagian 3 : Temu Bual Guru Bahasa Arab Rakaman temu bual guru didengar kembali dan dibuat transkripsi bagi setiap item soalan temu bual tersebut. Selanjutnya, penyelidik membuat analisis dan interpretasi data berdasarkan hasil transkripsi rakaman jawapan guru. Bahagian 4 : Pemerhatian Di Dalam Bilik Darjah Data yang diperolehi hasil daripada beberapa sesi pemerhatian yang dijalankan di dalam 70

bilik darjah dianalisis secara kualitatif dan dibuat kesimpulan untuk melihat sejauhmana penglibatan pelajar dalam pembelajaran bahasa Arab dan untuk memantapkan lagi dapatan kajian. 3.8 Penutup Penyelidik telah menjelaskan metodologi yang digunakan dalam kajian ini dan menghuraikannya dari segi reka bentuk kajian, lokasi kajian, responden kajian, instrumen kajian, kaedah pengumpulan data, prosedur kajian dan analisis data. 71