PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

dokumen-dokumen yang mirip
PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

PERJANJIAN PENGAJIAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PERJANJIAN BERTARIKH :

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN

PERJANJIAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN GURU ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN ZURAIDA HAMSIAH BINTI MOHAMED NASIR

PERJANJIAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN TAHUN ASAS UNIVERSITI SELANGOR SEMESTER (SESI )

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

PERJANJIAN PROGRAM SANGKUTAN DI ANTARA

(PPG/KDPM KDC-Pin.2/2014) No. Pendaftaran Institut...

UNIVERSITI MALAYA (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) KUALA LUMPUR PERJANJIAN PERKHIDMATAN. Perjanjian Ini Dibuat pada haribulan tahun CONTOH

PERJANJIAN BELAJAR. PERJANJIAN INI dibuat pada haribulan... tahun... (selepas ini dirujuk sebagai Perjanjian ini ) ANTARA

CONTOH BORANG PERJANJIAN PINJAMAN SILA GUNAKAN PEN BERDAKWAT HITAM SAHAJA!!!!!

MEMORANDUM PENERIMAAN

MEMORANDUM PENERIMAAN

MEMORANDUM PENERIMAAN

PERJANJIAN AL-BAI BITHAMAN AJIL UNTUK SKIM PEMBIAYAAN KENDERAAN KAKITANGAN MAJLIS DAERAH TUMPAT

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN AL BAI BITHAMAN AJIL. Nama Penuh: No.KP: Alamat Rumah: No. Tel: Alamat Pejabat: No. Tel: Nama Barang: Harga:RM

PINJAMAN KOMPUTER. Syarat-syarat pinjaman komputer dan dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersamasama borang permohonan ini ialah:

TERMA DAN SYARAT WANG TUNAI PERIBADI (PERSONAL CASH)

PERJANJIAN PENYELIDIKAN

PERJANJIAN PENYEWAAN DAN PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH

Pengambilan balik pinjaman yang melampaui tempoh

Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017

KOPERASI WARGA USM KELANTAN BERHAD PEMBIAYAAN PEMBELIAN BARANG ELETRIK ATAU PERABUT MENGGUNAKAN KAEDAH AL-BITHAMAN AJIL SYARAT-SYARAT PEMBIAYAAN

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017


ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

Liabiliti Majikan Terma & Syarat

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN ASBi-KOP. No. Ahli No. Kad Kuasa (PDRM) No. Kad Pengenalan Awam. Tarikh Lahir No. Gaji Pejabat Pembayar Gaji

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan


Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1 3. BENTUK PROGRAM SABATIKAL 2-3

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

MAKLUMAT PINJAMAN PENDIDIKAN

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

MAJLIS AMANAH RAKYAT (Surat Pekeliling Perolehan MARA Bil. 5/2012) Kuala Lumpur. Tarikh : 27 Oktober 2014

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

BORANG CADANGAN AUTOGUARD INSURANS

Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad No.1, Jalan Sulaiman, Kuala Lumpur Tel : / 8888 / 8878 Faks :

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Pindahan Baki ( BTiP ) AFFIN

1.1 Maklumat mengenai cara untuk menyertai Peraduan ini adalah sebahagian daripada terma-terma dan syarat-syarat penyertaan.

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad No.1, Jalan Sulaiman, Kuala Lumpur Tel : / 8888 / 8878 Faks :

Terma dan Syarat Promosi Memperkenalkan Ahli Baharu AmSignature Priority Banking

4.1.2 Deposit Tetap Konventional ( DT ) dan ASNB Harga Berubah (ASNB HB) terpilih

Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad No.1, Jalan Sulaiman, Kuala Lumpur Tel : / 8888 / 8878 Faks :

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

UJRAH SENARAI SEMAKAN DOKUMEN YANG PERLU DISERAHKAN MENGIKUT TURUTAN

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK INSURANS GAP SEWA BELI

UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BHD (271809K)

CIMB ISLAMIC BANK BERHAD ( H)

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

Fasal-fasal yang dipinda

BERTARIKH PADA... HARIBULAN DI ANTARA KERAJAAN MALAYSIA YANG DIWAKILI OLEH KEMENTERIAN DALAM NEGERI DAN UNIVERSITI...

Bayar dengan UOBM Mighty. Terma & Syarat

Diri Semua Risiko Terma & Syarat

Terma dan Syarat Kad Debit MasterCard TRUE Kempen UM

Terma dan Syarat Kad Kredit MRCA Hong Leong ("Terma dan Syarat")

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK YURAN GUAMAN PINJAMAN PERUMAHAN

UPNM BUSINESS CENTRE SDN. BHD. UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

CIMB ISLAMIC BANK BERHAD ( H)

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

AKTA PENDIDIKAN 1996 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA-GURU) 1998

Borang Permohonan bermaksud borang permohonan yang dikeluarkan oleh Bank untuk langganan kepada Perkhidmatan (seperti yang ditafsirkan di sini).

JADUAL KEENAM AKTA JURUUKUR TANAH BERLESEN 1958 PERATURAN-PERATURAN JURUUKUR TANAH BERLESEN [Subperaturan 13(1)] ARTIKEL

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Terma & Syarat Kempen MyDebit dengan agensi agensi Kerajaan Negeri Sabah

BORANG CADANGAN KEMALANGAN DIRI PEMANDU DAN PENUMPANG PELAN

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

KEMPEN Perayaan Faedah SIFAR 12 Bulan PINJAMAN PERIBADI HONG LEONG

CIMB ISLAMIC BANK BERHAD ( H)

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

Apakah terma dan syarat yang dimaksudkan? Kami akan membimbing anda satu persatu bermula dengan:

DOKUMEN PERJANJIAN KONTRAK BEKALAN BARANGAN / PERKHIDMATAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KELANA JAYA, SELANGOR

Perjanjian Penyewaan Untuk (MASUKKAN ALAMAT DI SINI),

Mighty Dine UOBM. Terma Penggunaan

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

JPA.BPO(S)324/14/9-6 Jld.14 s.k.3 (78) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

BORANG CADANGAN KEMALANGAN DIRI PENGEMBARA

PERJANJIAN PENYELENGGARAAN. Bertarikh. Antara. CIMB ISLAMIC BANK BERHAD (No Syarikat H) ("Bank") dan. ("Pelanggan")

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA / TENDER

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

Pada haribulan 20. Antara CIMB ISLAMIC BANK BERHAD ( H) Dan. (Nama Pihak) SURAT KUASA WAKIL

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. SURAT IKATAN AKAUN AMANAH UNIVERSITI ( Untuk diisi dalam 2 salinan)

TERMA DAN SYARAT PELAN PEMBAYARAN MUDAH ( EPP ) AFFINBANK

Transkripsi:

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

PERJANJIAN INI dibuat pada hari dan tahun seperti yang dinyatakan di dalam Bahagian 1, Jadual kepada Perjanjian ini di antara pihak yang bernama dan beralamat seperti yang dinyatakan di dalam Bahagian 2, Jadual kepada Perjanjian ini (kemudian daripada ini disebut Pelajar ) sebagai pihak pertama; DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT, sebuah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat 1966 yang beralamat di Ibu Pejabat MARA, Medan MARA, No. 21, Jalan Raja Laut, 50609 Kuala Lumpur (kemudian daripada ini disebut MARA ) sebagai pihak kedua; DAN Pihak yang bernama dan beralamat seperti yang dinyatakan di dalam Bahagian 3, Jadual kepada Perjanjian ini (kemudian daripada ini disebut Penjamin ) sebagai pihak ketiga; BAHAWASANYA: (A) MARA menyediakan program latihan kemahiran sepenuh masa bagi melatih Bumiputera dalam pelbagai bidang teknikal dan kemahiran bagi menyediakan mereka untuk berkhidmat dalam sektor perdagangan, perusahaan dan perindustrian (kemudian daripada ini disebut sebagai Program Latihan Kemahiran ) (B) Pelajar telah memohon kepada MARA untuk mengikuti Program Latihan Kemahiran.

(C) MARA telah bersetuju menawarkan Pelajar untuk mengikuti Program Latihan Kemahiran yang bersesuaian dengan kelayakan Pelajar bagi mengikuti latihan seperti yang dinyatakan di dalam Bahagian 5, Jadual kepada Perjanjian ini (kemudian daripada ini disebut sebagai Latihan tersebut ) di institusi latihan MARA atau institusi yang telah diluluskan oleh MARA seperti yang dinyatakan di dalam Bahagian 6 kepada Perjanjian ini (kemudian daripada ini disebut sebagai Institusi tersebut ) tertakluk kepada syarat-syarat yang terkandung dalam Perjanjian ini. (D) Penjamin telah bersetuju untuk menggerenti perlaksanaan oleh Pelajar terhadap kewajipan dan tanggungan-tanggungannya di bawah Perjanjian ini dan selanjutnya bersetuju untuk melepaskan tanggungan MARA terhadap apa-apa kerugian yang mungkin ditanggungnya akibat dari kemungkiran oleh Pelajar terhadap Perjanjian ini atau mana-mana bahagiannya. DENGAN INI DIPERSETUJUI DAN DIAKUI SEPERTI BERIKUT: 1. Bagi Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan dan yang berkuatkuasa semasa Perjanjian ini ditandatangani MARA dengan ini bersetuju bersetuju untuk membayar kepada Pelajar elaun-elaun disepanjang tempoh Latihan tersebut dengan syarat bahawa MARA adalah berhak membuat apa-apa perubahan dari masa ke semasa tentang kadar elaun-elaun tersebut sepertimana yang diperuntukkan di bawah Klausa 9 Perjanjian ini sebagaimana yang ditentukan sebagai mustahak mengikut budibicaranya (kemudian daripada ini disebut sebagai Elaun tersebut ).

2. Pelajar dengan kebenaran dan persetujuan Penjamin bersetuju seperti berikut: 2.1. Akan memasuki Institusi tersebut serta meneruskan dan menyempurnakan Latihan tersebut mengikut kurikulum latihan yang telah ditetapkan oleh MARA dan akan menamatkan Latihan tersebut dalam masa yang ditetapkan atau dalam tempoh masa lanjutan sebagaimana yang diluluskan secara bertulis oleh MARA (kemudian daripada ini disebut sebagai Tempoh tersebut ); 2.2. Bagi maksud Latihan tersebut, Pelajar akan mengikuti Latihan tersebut yang akan diadakan di Institusi Tersebut atau di lain-lain tempat di dalam atau di luar negara sebagaimana yang ditetapkan oleh MARA dari masa ke semasa di sepanjang Tempoh tersebut; 2.3. Akan sentiasa berkelakuan baik di sepanjang Tempoh tersebut dan mestilah mematuhi segala peraturan termasuk peraturan berkaitan tatatertib dan disiplin yang berkuatkuasa dari masa ke semasa ke atas Pelajar di Institusi tersebut atau di lain-lain tempat dibawah arahan Institusi tersebut di mana Latihan tersebut atau mana-mana bahagiannya dilaksanakan ; 2.4. Sepanjang Latihan tersebut, tidak akan mengambil bahagian dalam apaapa jua kegiatan yang pada pendapat MARA tidak berfaedah atau tidak selaras dengan kepentingan Pelajar, MARA atau Negara; 2.5. Tidak akan melakukan perbuatan jenayah, atau perbuatan yang melanggar tatasusila atau moral atau bertentangan dengan syarak atau apa-apa salah laku termasuk yang boleh mencemarkan nama baik Pelajar atau nama baik negara atau nama baik MARA dan Institusi tersebut;

2.6. Tidak akan mengambil apa jua bahagian dalam apa-apa cara dalam sesuatu penghasutan atau menunjuk perasaan di mana-mana tempat oleh apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang memudaratkan kepentingan negara atau MARA atau Institusi tersebut; 2.7. Tidak akan menyedia atau mengaturkan dengan apa-apa cara atau mengambil apa jua bahagian menyedia atau mengaturkan apa-apa penghasutan atau tunjuk perasaan di mana-mana tempat oleh apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang, yang memudaratkan kepentingan negara atau MARA atau Institusi tersebut. 2.8. Tidak akan menyedia, menyiarkan, membahagi atau mengedarkan atau mengambil bahagian dalam apa-apa cara dalam menyedia, menyiarkan, membahagi-bahagi atau mengedarkan apa-apa dokumen-dokumen yang memudaratkan kepentingan negara atau MARA atau Institusi tersebut. 2.9. Tidak akan membuat apa-apa pernyataan di sesuatu perhimpunan, apa-apa kumpulan orang di mana-mana tempat, yang memudaratkan kepentingan negara atau MARA atau Institusi tersebut; 2.10. Tidak akan menjadi seorang ahli atau mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan apa-apa aktiviti Parti Politik, Kesatuan sekerja, pertubuhan, Badan atau kumpulan orang yang tujuan atau kegiatankegiatan itu adalah pada pendapat MARA boleh ditafsirkan sebagai bercorak politik samaada di dalam atau di luar Institusi tersebut tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis dari MARA dan MARA, mengikuti budibicara mutlaknya, boleh memberi atau tidak memberi kelulusan itu;

2.11. Tidak boleh memegang apa-apa jawatan di dalam pertubuhan, badan atau kumpulan orang tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada MARA dan MARA, mengikuti budi bicara mutlaknya, boleh memberi atau tidak memberi kelulusannya itu; 2.12. Akan mematuhi peruntukan mana-mana undang-undang, kaedah-kaedah dan peraturan, termasuklah kaedah-kaedah tatatertib sebagaimana yang berkuatkuasa dari masa ke semasa di Institusi tersebut atau yang dikuatkuasakan oleh MARA; 2.13. Pelajar adalah bertanggungjawab untuk mengambil perkhidmatan insurans berkumpulan bagi menjaga keselamatan untuk Tempoh tersebut. 3. Adalah selanjutnya dipersetujui dan diakui bahawa jika Pelajar :- 3.1. telah gagal atau meninggalkan Latihan tersebut sebelum tamat Latihan tersebut; 3.2. dibuang dari Institusi tersebut atas apa-apa sebab; 3.3. enggan atau oleh kerana salah lakunya sendiri atau oleh sebab tiada kemajuan menjadikan dirinya tidak layak atau tidak sesuai untuk mengikuti Latihan tersebut; 3.4. tidak menunjukkan prestasi yang baik dan tidak mencapai kejayaan mengikut kriteria dan tahap yang ditentukan oleh MARA di dalam Latihan tersebut ;

3.5. telah melakukan pelanggaran yang menyebabkan Perjanjian ini di tamatkan oleh MARA di bawah Fasal 5 Perjanjian ini; MARA boleh mengikut budibicaranya yang mutlak memberhentikan Pelajar daripada mengikuti Latihan tersebut. 4. Maka adalah selanjutnya dipersetujui dan diakui oleh Pelajar seperti berikut: 4.1 Akan Menjalani Latihan Tersebut yang telah ditetapkan oleh MARA di Institusi Tersebut atau mana-mana institusi yang telah dipilih oleh MARA; 4.2 Tidak akan menukar tempat latihan atau Insitusi tersebut tanpa kebenaran bertulis MARA ; 4.3 Akan memenuhi syarat-syarat atau peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh MARA dan Institusi tersebut; 4.4 tidak boleh meminta atau mengharapkan sebarang bantuan sama ada berupa wang atau kemudahan lain dari Institusi tersebut; 4.5 MARA adalah berhak memotong sebahagian atau semua Elaun tersebut jika Pelajar tidak meneruskan Latihan tersebut; 4.6 Bagi Pelajar yang belum berkahwin pada tarikh Perjanjian ini, Pelajar tidak boleh berkahwin kecuali terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis daripada MARA; 4.7 Tidak boleh menerima apa-apa pekerjaan baik yang berpendapatan ataupun tidak, kecuali dengan terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis daripada MARA.

5. Jika Pelajar melakukan pelanggaran terhadap mana-mana terma dalam Fasal 1, 2, 3 dan 4 Perjanjian ini dan Perjanjian ini secara amnya, MARA boleh, menurut budibicara mutlaknya: 5.1 mengenakan tindakan disiplin yang sewajarnya terhadap Pelajar; dan/atau 5.2 Menamatkan Perjanjian ini dan dengan itu, tanpa menyentuh hak-hak MARA di bawah Perjanjian ini, Pelajar tidaklah lagi berhak ke atas apaapa faedah di bawah Perjanjian ini DAN Pelajar serta Penjamin hendaklah bersesama dan masing-masing bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian yang mungkin ditanggung oleh MARA akibat dari kemungkiran oleh Pelajar terhadap terma-terma Perjanjian ini dan Penamatan Perjanjian ini menurut fasal ini adalah muktamad. 6. Adalah dengan ini dipersetujui dan diperakui bahawa jika pada bila-bila masa dalam masa berkuatkuasanya Perjanjian ini Penjamin didapati ; 6.1. Meninggal dunia; 6.2. Tidak lagi tinggal dalam Malaysia; 6.3. Diisytiharkan muflis; 6.4. Tidak sempurna akal. Maka Pelajar hendaklah mendapatkan seorang penjamin lain yang memuaskan MARA dan yang bersedia serta sanggup menggantikan tempat Penjamin yang berkenaan ; DENGAN SYARAT bahawa jika sekiranya pengganti Penjamin tersebut tidak dapat dicari atau ia tidak sanggup membuat Perjanjian ini, maka MARA boleh pada bila-bila masa selepas itu menarik balik atau menamatkan

Perjanjian ini dan dengan demikian, Pelajar tidak lagi berhak kepada apa-apa faedah di bawah Perjanjian ini dan Pelajar hendaklah dengan serta merta bertanggungjawab membayar balik kepada MARA keseluruhan Elaun Tersebut yang telah dibayar kepadanya oleh MARA. 7. Adalah selanjutnya dipersetujui dan diakui bahawa jika Pelajar; 7.1. Meninggalkan Latihan tersebut sebelum sempurnanya Latihan tersebut tanpa persetujuan bertulis MARA; atau 7.2. Telah melakukan pelanggaran yang menyebabkan Perjanjian ini ditamatkan oleh MARA di bawah Fasal 5 Perjanjian ini; Maka dan mana-mana hal yang sedemikian, Pelajar dan Penjamin hendaklah bersesama dan masing-masingnya bertanggungjawab bagi pihak diri mereka, waris-waris, wasi-wasi, pentadbir-pentadbir dan penerima serah hak mereka itu membayar balik keseluruhan atau mana-mana bahagian Elaun tersebut yang telah dikeluarkan oleh MARA dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh tuntutan dikemukakan oleh MARA. 8. MARA adalah pada bila-bila masa dan tanpa memberikan apa-apa sebab baginya dan tanpa menyentuh hak-hak di bawah Perjanjian ini berhak untuk menarik balik atau berhenti daripada memberi apa-apa jumlah atau jumlah-jumlah tambahan atau menamatkan perjanjian ini dan Pelajar atau Penjamin atau salah seorang dari mereka tidak mempunyai apa-apa tuntutan atau hak membawa tindakan terhadap MARA atau yang berkenaan dengan atau yang timbul akibat dari penarikan balik atau pemberhentian itu. 9. MARA boleh pada setiap masa tanpa melepaskan atau dengan apa-apa jalan menyentuh tanggungan Penjamin di bawah Perjanjian ini:

9.1. Mengurangkan Elaun tersebut atau membayar sebahagian sahaja daripada Elaun tersebut; 9.2. Memberi kepada Pelajar apa-apa jumlah atau jumlah-jumlah tambahan Elaun tersebut; 9.3. Meminda, mengubahsuai atau menambah syarat-syarat Perjanjian ini. 10. Tanpa mengambilkira peruntukan-peruntukan lain di dalam Perjanjian ini, MARA boleh melalui notis bertulis satu (1) bulan kepada Pelajar menarik balik atau mengurangkan kadar Elaun Tersebut atau menamatkan Perjanjian ini pada bilabila masa dalam Tempoh tersebut, tanpa memberi apa-apa sebab baginya dan dengan itu semua faedah kepada Pelajar dan/atau Penjamin di bawah Perjanjian ini hendaklah terhenti serta-merta dan Pelajar dan/atau Penjamin tidak berhak untuk mengemukakan sebarang tuntutan terhadap MARA atas penarikan balik atau pengurangan kadar Elaun tersebut atau penamatan Perjanjian ini. 11. MARA tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan, kemalangan atau kematian kepada Pelajar yang berlaku di sepanjang Latihan tersebut. 12. Memadailah sekiranya surat-menyurat dan notis-notis yang hendak diserahkan kepada Pelajar dan/atau Penjamin dialamatkan dan dihantar ke alamat dalam Perjanjian ini dan memadailah sekiranya surat-menyurat dan notis-notis yang dihantar dengan pos dikira terserah pada masa yang ia sepatutnya sampai di alamat yang dituju. 13. Adalah dengan ini dipersetujui dan diakui bahawa penghantaran sebarang proses pemula mahkamah melalui pos hendaklah dianggap sebagai serahan sempurna pada masa yang ia sepatutnya sampai di alamat yang dituju.

14. Pelajar dan penjamin dengan ini memberi pengakuan akan membayar balik kepada MARA apabila dituntut semua faedah, kos dan perbelanjaan termasuk kos guaman atas asas peguamcara- anak guam untuk menuntut, menyaman atau mendapatkan balik wang terhutang oleh Pelajar kepada MARA atau menguatkuasakan apa-apa tanggungan lain di bawah Perjanjian ini. 15. Duti Setem yang kena dibayar ke atas Perjanjian ini hendaklah ditanggung dan dibayar oleh Pelajar. 16. Dalam Perjanjian ini, perkataan-perkataan yang membawa maksud sebagai seorang lelaki hendaklah disifatkan sebagai termasuk pihak perempuan dan lainlain pihak dan bilangan tunggal termasuk bilangan banyak dan sebaliknya melainkan perkara tersebut berlawanan dengan Perjanjian. 17. Adalah dengan ini diakui dan dipersetujui bahawa Jadual-Jadual kepada Perjanjian dan Surat Tawaran yang butir-butirnya dinyatakan di Bahagian 5 Jadual kepada Perjanjian ini hendaklah dibaca bersama dan menjadi sebahagian daripada Perjanjian ini. 18. Perjanjian ini juga mengikat pengganti, penerima serah hak, waris-waris, wasiwasi, pentadbir harta dan wakil di sisi undang-undang kedua-dua pihak. 19. Masa hendaklah disifatkan sebagai intipati Perjanjian ini dan disifatkan sebagai mustahak berhubung dengan semua terma-terma Perjanjian ini. 20. Force Majeure 20.1 MARA adalah tidak bertanggungjawab bagi sebarang perbuatan, tinggalan atau kegagalan dalam melaksanakan mana-mana atau kesemua termaterma Perjanjian ini jika perbuatan, tinggalan atau kegagalan itu timbul daripada keadaan yang tergolong di bawah Force Mejeure seperti

rusuhan, kekacauan awam, mogok, kebakaran, banjir, peperangan, gempa bumi dan sebab-sebab lain yang seumpamanya yang tidak dapat dikawal oleh mana-mana pihak kepada perjanjian ini. 20.2 Sekiranya Force Majeure berlaku, Perlaksanaan Perjanjian ini hendaklah ditangguhkan setakat mana tempoh Force Majeure tersebut berlaku dan/atau MARA berhak menangguhkan pembayaran atau menarik balik pembayaran Elaun Tersebut atau Perjanjian ini boleh ditamatkan oleh MARA serta-merta sepertimana yang telah diperuntukan oleh Klausa 10 Perjanjian ini.

PADA MENYAKSIKAN HAL-HAL DI ATAS pihak-pihak tersebut dalam Perjanjian ini telah menurunkan di sini tandatangan mereka pada hari bulan dan tahun tersebut di atas. DITANDATANGANI oleh Pelajar ) di hadapan ) ) Tandatangan Nama : No. K/P : Nama: ) No. Kad Pengenalan: ) Cop Rasmi Jawatan: ) Tandatangan Saksi DITANDATANGANI oleh dan bagi ) pihak MAJLIS AMANAH RAKYAT) di hadapan ) DITANDATANGANI oleh Penjamin ) di hadapan: )... Tandatangan Penjamin Nama : No. K/P : Nama: ) No. Kad Pengenalan: ) Cop Rasmi Jawatan: ) Tandatangan Saksi

JADUAL A (Dibaca bersama dan menjadi sebahagian dari Perjanjian ini) BAHAGIAN PERKARA BUTIR-BUTIR 1. Tarikh hb. 20 2. Butir-butir Nama : Pelajar No. Kad Pengenalan (Baru): (Lama): Alamat: 3. Butir-butir Nama: Penjamin No. Kad Pengenalan (Baru): (Lama): Alamat: 4. Surat No. KP: Tawaran Tarikh: 5. Butir-butir Latihan 6. Butir-butir Institusi