Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB CLICKS JomPAY TM. 1. Setiap sebutan CIMB merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

dokumen-dokumen yang mirip
Terma-terma dan Syarat-syarat bagi Kempen CIMB EVA x JomPAY Memenangi iphone X

Kempen Seluruh Negara JomPAY Terma-Terma dan Syarat-Syarat Tambahan

Terma-terma & Syarat-syarat Kempen CIMB CLICKS Cash Back. 1. Setiap sebutan CIMB merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB Personal Financing Pre-Raya Cash Back (1hb Mei 31hb Ogos 2017)

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Kempen Website CPL (1 hb Sep hingga 31 hb Okt 2017)

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

Kempen Hadiah Sehingga RM150 kepada Permohonan Kad Kredit CIMB BANK

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Website CPL Campaign (1hb Julai 31hb Ogos 2017)

Kempen Rebat Tunai RM1,000 Penyata-E CIMB Islamic Bank Terma-terma dan Syarat-syarat

CIMB Bank Berhad (13491-P)

TERMA DAN SYARAT Kempen Belanja Tahun Baru Cina 2018 dan Menang Baucar CIMB-Giant (1hb Februari hb Februari 2018)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen CashLite CIMB Bank

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen Submit Your EPF Statement CIMB Bank

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen Hadiah untuk Permohonan Kad Kredit CIMB BANK

Go Digital with CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja Musim Perayaan dan Menang Kad Hadiah CIMB-IKEA (1 Disember Februari 2018)

Kempen PIN & Win CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat

1. Setiap penyebutan CIMB merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB-Pay with Points & Win

Kempen PIN & Win CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat

1. Kempen ini dikendali oleh CIMB Bank dan setiap penyebutan C I M B B a n k merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang Rebat Tunai CIMB-IKEA (1hb September hb November 2017)

Terma-Terma dan Syarat-Syarat Kempen MasterCard Guaranteed Overseas Spend CIMB Bank

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen RM1 for 1 Swipe CIMB 2016

TERMA DAN SYARAT. Peraduan Debit & ATM Card Replacement

Kempen CIMB Bank My First Cash Advance Terma-terma dan Syarat-syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB BANK BERHAD yang mengawal Kempen Belanja dan MenangCIMB-IKEA

TERMA DAN SYARAT Kempen Rebat Tunai CIMB-Sunshine (16hb Mei hb Jun 2018)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. CIMB Islamic - Peraduan Kirim & Menang

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT YANG MENTADBIR PERADUAN INSURANS TRAVEL CARE - HOKKAIDO

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen CIMB BANK Pilih Baucar Anda untuk Permohonan Kad Kredit

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen CIMB BANK Memilih Hadiah untuk Permohonan Kad Kredit

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang CIMB-IKEA

Pembiayaan Auto CIMB Pembiayaan Kenderaan Khas untuk Bumiputera Terma-terma dan Syarat-syarat

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD")

1.1. Travel Care Insurance Contest yang dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (selepas ini dirujuk sebagai CIMB Bank atau Bank ).

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

Terma-terma & Syarat-syarat Kempen Perkhidmatan Perbankan Serantau CIMB (Malaysia Singapura)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Program Tambahan Baki CIMB (Faedah Bonus 3% Setahun)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

Termaa-terma dan Syarat-syarat Kempen Akaun Kwik CIMB Bank

Terma-terma and Syarat-syarat CIMB Affinity Kad Kredit Pengambilan dan Penggunan yang mengawal Kempen Welcome Gift

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Peraduan Debit to Win It

Kempen Pembayaran Segera ke Nombor Telefon Bimbit dan Menang!

Kempen Win RM1,000 Vouchers Daily Overseas & Online Spend Visa CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat

Peraduan Fortune 10 CIMB Bank - Terma & Syarat. Terma & Syarat PERADUAN FORTUNE 10 CIMB BANK BERHAD

TERMA DAN SYARAT CABUTAN EXTRAVAGANZA KT 2018

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB BANK BERHAD ( BANK ) YANG MENGAWAL KEMPEN KAD KREDIT CIMB PREFERRED ( Kempen )

TERMA DAN SYARAT Kempen Debit Card RM5 Dining Cash Back

Terma & Syarat Kempen MyDebit dengan agensi agensi Kerajaan Negeri Sabah

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( Terma dan Syarat ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i SWIPE & WIN II (Kempen )

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Win A Drive

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang CIMB- IKEA

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Win A Drive

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang CIMB-Senheng

3. Bank merizab hak untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen Lanjutan dengan memberikan makluman.

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Kempen Isi, Leret & Menang. Terma dan Syarat

b) e-mandate merujuk kepada kemudahan Direct Debit secara elektronik melalui dalam talian yang disediakan oleh PayNet.

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Duit Raya Tesco CIMB Bank

4. Peraduan ini terpakai di semua stesen runcit Shell di Malaysia, seperti yang tersenarai di ( Stesen Shell ).

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad Yang Mengawal Kempen Deposit Tetap dan Akaun Semasa

KEMPEN RM1,000,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

TERMA DAN SYARAT Kempen Activate Your RHB Now

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

3. Untuk tujuan Promosi ini, kedua-dua Kad Kredit dan Kad Debit hendaklah secara kolektif merujuk sebagai "Kad".

CIMB Auto Finance Promosi untuk Kenderaan Asing Baharu Terma-terma dan Syarat-syarat

1. Setiap penyebutan C I M B merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

Akaun Pelaburan Pulangan Tetap-i Step Up 12 Bulan CIMB Islamic Bank Berhad TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT KEMPEN KAD MASTERCARD DWI-JENAMA CIMB PETRONAS

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

2. Individu-individu yang tersenarai di bawah adalah tidak layak menyertai Peraduan ini:

Terma-terma dan Syarat-syarat untuk program 2-Minit Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) oleh CIMB Bank Berhad

3. Untuk tujuan Kempen ini, hanya Pemegang Akaun utama Pelanggan yang Layak berhak untuk mendapatkan Hadiah

KEMPEN MENANG BMW ATAU RM10,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang CIMB MALAYSIA AIRPORTS (NIAGA) SDN BHD 2017

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen HADIAH PUSAT MEMBELI BELAH DENGAN PEMBELIAN CIMB 2014

CIMB Islamic Kempen Wealth Starter 3.0 ( Kempen ) Terma-Terma dan Syarat-Syarat

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

Promosi Beli dan Menang Senheng (Peraduan) dianjurkan oleh Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd.

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA DAN SYARAT ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i KAD SWIPE & WIN ("Kempen")

TERMA & SYARAT KEMPEN BUAT TRANSAKSI ONLINE & MENANG OCBC

Jumlah minimum transaksi (RM) (i) Melakukan log masuk kali pertama ke Aplikasi Perbankan Mudah Alih RHB Now*

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

Program Kongsi Kemeriahan Raya: Jamu Selera & Barangan Runcit Cash Back. Terma dan Syarat

1.1 Kempen ini bermula pada 14 Februari sehingga 14 Ogos 2017, termasuk kedua-dua tarikh ( Tempoh Kempen ).

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

JomPAY epayment Campaign Terma & Syarat

1. Promosi akan berlangsung mulai 01/03/2016 jam 00:00 (GMT+8) hingga 30/04/2016 jam 23:59 (GMT+8).

Kempen Auto-billing TEMPOH KEMPEN

RHB Investment Bank Berhad Terma dan Syarat Peraduan Dagang & Menang

Terma dan Syarat Kad Debit MasterCard TRUE Kempen UM

Terma & Syarat. 1 Penganjuran & Kelayakan. 2 Tempoh Peraduan. 3 Kriteria Kelayakan

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

AmOnline Rakuten Shop & Win Promotion

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad berkaitan Kempen CIMB Clicks einvest ("Kempen")

Promosi TMgo Double Raya merupakan promosi khas untuk pengguna TMgo menikmati kuota berganda sehingga 12GB dengan setiap tambah nilai RM50.

O.M.G KINI KEMBALI TERMA DAN SYARAT

Transkripsi:

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB CLICKS JomPAY TM 1. Setiap sebutan CIMB merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P). Tempoh Kempen 2. Kempen CIMB Clicks JomPAY TM ( Kempen ini ) adalah dianjurkan oleh CIMB dan akan berlangsung dari 01 April 2018 hingga 30 Jun 2018, termasuk kedua-dua tarikh ( Tempoh Kempen ). 2A. CIMB menyimpan hak apabila memberikan notis terdahulu mencukupi yang tidak kurang daripada empat belas (14) hari kalendar untuk menukar tempoh dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen. Kelayakan 3. Kempen ini terbuka kepada pengguna-pengguna CIMB Clicks yang baru dan sedia ada kecuali orang/entiti yang berikut TIDAK akan layak untuk menyertai Kempen ini: (i) Kakitangan atau pekerja tetap dan/atau sambilan CIMB (termasuk subsidiarisubsidiari dan syarikat-syarikat berkenaan) dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka (iaitu pasangan, anak, ibu bapa dan adik-beradik); dan/atau (ii) Wakil dan/atau ejen (termasuk ejen pengiklanan dan kempen, penjual pihak ke- 3 dan pembekal perkhidmatan) CIMB (termasuk subsidiari-subsidiari dan syarikat-syarikat berkenaan) dan kakitangan atau pekerja tetap dan/atau sambilan mereka serta ahli-ahli keluarga terdekat mereka (iaitu pasangan, anak, ibu bapa dan adik-beradik); dan/atau (iii) Perkongsian, Organisasi/Persatuan Kebajikan/Bukan Untung, Pelanggan Korporat dan Komersial, syarikat tersenarai awam, syarikat sendirian berhad, kelab, persatuan dan koperasi; dan/atau (iv) Individu di bawah umur 18 tahun (selepas ini secara kolektif dirujuk sebagai Peserta Layak ) Hadiah Kempen & Kriteria Penyertaan 4. Hadiah-hadiah berikut akan disediakan kepada pemenang-pemenang yang terpilih dalam Kempen ini untuk setiap tempoh kempen bulanan ( Tempoh Kempen Bulanan ):- Tempoh Kempen Bulanan Hadiah & Pemenang 01 Apr 30 Apr 2018 Hadiah Utama iphone X 256GB x 3 pemenang 01 Mei 31 Mei 2018 01 Jun 30 Jun 2018 Hadiah Saguhati Baucar hadiah Giant RM50 x 83 pemenang Perhatian: Hadiah-hadiah di atas adalah terpakai untuk setiap Tempoh Kempen Bulanan. 1

Hadiah Utama dan Hadiah Saguhati adalah masing-masingnya dirujuk sebagai Hadiah dan secara kolektif dirujuk sebagai Hadiah-hadiah. 5. Semasa Tempoh Kempen, Peserta Layak boleh memperolehi dan mengumpul penyertaan atau penyertaan-penyertaan ( Penyertaan atau Penyertaan-Penyertaan mengikut mana-mana yang berkenaan) bagi mendapat peluang untuk memenangi Hadiah yang dirujuk dalam Klausa 4 dengan melakukan transaksi yang disenaraikan dalam jadual di bawah dalam cara yang dinyatakan dalamnya melalui laman web CIMB Clicks atau aplikasi mudah alih CIMB Clicks atau aplikasi mudah alih CIMB EVA:- Kriteria Penyertaan Menambah Telekom Malaysia Berhad ( TM ) sebagai pemberi bil kegemaran JomPAY ( JomPAY favourite biller ) Kod pemberi bil JomPAY: 2345 atau 8888 Melakukan pembayaran JomPAY kepada kod pemberi bil TM: 2345 atau 8888 Bilangan Penyertaan 10X 1X (selepas ini secara kolektif dirujuk sebagai Transaksi Layak ) Kod pemberi bil 2345 merujuk kepada TM TELEPHONE & MULTIMEDIA BILL manakala kod pemberi bil 8888 merujuk kepada TM UNIFI. 6. Semua Penyertaan yang diperolehi semasa Tempoh Kempen Bulanan hanya akan diambil kira semasa Tempoh Kempen Bulanan dan tidak boleh dibawa ke hadapan untuk Tempoh Kempen Bulanan yang seterusnya. 7. Untuk tujuan terma-terma dan syarat-syarat ini:- 7.1 Pembayaran JomPAY kepada kod pemberi bil 2345 atau 8888 di bawah Kempen ini bermaksud transaksi pembayaran JomPAY yang dilakukan oleh Peserta Layak dengan log masuk ke laman web CIMB Clicks atau aplikasi mudah alih CIMB Clicks atau aplikasi mudah alih CIMB EVA untuk melakukan Pembayaran JomPAY kepada Telekom Malaysia - kod pemberi bil 2345 atau 8888 di bahagian Pay & Transfer' bagi laman web CIMB Clicks dan aplikasi mudah alih CIMB Clicks dan di bahagian 'JomPAY' bagi aplikasi mudah alih CIMB EVA dengan menggunakan mana-mana akaun Semasa atau Simpanan CIMB atau CIMB Islamic, akaun Kad Kredit CIMB, akaun Kad Debit CIMB, Akaun Kwik CIMB atau CIMB Lazada Prepaid Mastercard yang berdaftar dengan CIMB bagi kemudahan perbankan dalam talian CIMB Clicks. Sebarang pembayaran elektronik lain yang dilakukan melalui pilihan pembayaran dalam talian lain termasuk Pembayaran Bil dan Gerbang Pembayaran Dalam Talian FPX tidak akan dianggap sebagai pembayaran JomPAY di bawah Kempen ini; dan 7.2 Pemberi bil kegemaran JomPay di bawah kempen ini bermaksud pemberi bil kegemaran JomPAY yang diuruskan oleh Peserta Layak dengan melayari laman web CIMB Clicks di bahagian 'Pay & Transfer - Manage Favorites' bagi laman web CIMB Clicks dan menambah Telekom Malaysia Berhad kod pemberi bil 2345 atau 8888 sebagai pemberi bil kegemaran JomPAY. 8. Pengesanan Transaksi Layak adalah berdasarkan tarikh dan masa transaksi (Waktu Malaysia). 2

9. Peserta Layak mengaku janji dan bersetuju bahawa penentuan oleh CIMB sama ada apaapa transaksi tertentu layak dijadikan sebagai Transaksi Layak adalah konklusif dan tidak akan dicabar dalam apa-apa cara sekalipun. Proses Pemilihan Pemenang 10. Pada tamat Tempoh Kempen, Peserta-peserta Layak yang identiti pengguna CIMB Clicksnya (id pengguna) telah memperolehi Penyertaan atau Penyertaan-Penyertaan (mengikut mana-mana yang berkenaan) semasa Tempoh Kempen akan disenarai pendek secara rawak oleh sistem pemilihan automatik daripada jumlah Penyertaan yang diperolehi dalam Tempoh Kempen Bulanan tersebut ("Peserta Disenarai Pendek"). 11. Peserta Disenarai Pendek akan diperlukan untuk menjawab satu (1) soalan dengan betul dan dalam masa terpantas dengan membalas khidmat pesanan ringkas ( SMS ) yang dihantar oleh CIMB ke nombor telefon mudah alih Peserta Disenarai Pendek yang didaftarkan di bawah pembekal perkhidmatan telekomunikasi Maxis, Celcom, DiGi, U Mobile, Tune Talk, Webe dan XOX dan dikekalkan dalam rekod CIMB:- (i) Peserta Disenarai Pendek pertama yang menjawab dengan jawapan yang betul dalam masa terpantas akan diisytiharkan sebagai Pemenang Hadiah Utama ("Pemenang Hadiah Utama") di bawah Tempoh Kempen Bulanan tersebut; (ii) Lapan puluh tiga (83) Peserta Disenarai Pendek seterusnya yang menjawab dengan jawapan yang betul dalam masa terpantas akan diisytiharkan sebagai Pemenang Hadiah Saguhati ("Pemenang Hadiah Saguhati") di bawah Tempoh Kempen Bulanan tersebut. Pemenang Hadiah Utama dan Pemenang Hadiah Saguhati secara kolektif dirujuk sebagai "Pemenang". 12. Bagi mengelakkan keraguan, hanya jawapan pertama Peserta Disenarai Pendek yang diterima oleh CIMB akan diambil kira. Tarikh tamat (iaitu tarikh dan masa) untuk menjawab soalan akan dinyatakan dalam SMS. Sekiranya mana-mana Peserta Disenarai Pendek gagal menjawab soalan dengan betul atau tidak menjawab sebelum tarikh tamat yang diberi atau tidak dapat dihubungi bagi apa-apa jua sebab, Peserta Disenarai Pendek tersebut akan dilucutkan kelayakan atau disingkirkan daripada peluang untuk memenangi Hadiah di bawah Tempoh Kempen Bulanan tersebut. CIMB tidak akan bertanggungjawab dalam apa cara sekalipun sekiranya mana-mana Peserta Disenarai Pendek tidak dapat dihubungi atas apa-apa sebab. 13. Bagi mengelakkan keraguan, caj telekomunikasi standard bagi balasan SMS akan dikenakan dan hendak ditanggung oleh Peserta Disenarai Pendek. 14. Semua sesi soal dan jawab akan diadili dan diputuskan oleh panel hakim yang dipilih oleh CIMB dan keputusan panel hakim yang dipilih oleh CIMB adalah muktamad dan mengikat. 15. Setiap Peserta Layak hanya dibenarkan memenangi maksimum satu (1) Hadiah sahaja di bawah Kempen ini iaitu Hadiah Utama atau Hadiah Saguhati. 16. Akaun-akaun Semasa atau Simpanan CIMB atau CIMB Islamic, akaun Kad Kredit CIMB, akaun Kad Debit CIMB, Akaun Kwik CIMB atau CIMB Lazada Prepaid MasterCard Peserta Layak (i) MESTI TIDAK memungkiri mana-mana terma-terma dan syarat-syarat yang 3

mengawal akaun-akaun Semasa atau Simpanan CIMB atau CIMB Islamic, akaun Kad Kredit CIMB, akaun Kad Debit CIMB, Akaun Kwik CIMB atau CIMB Lazada Prepaid MasterCard DAN (ii) MESTI tidak ditamatkan atau ditutup atau dijadikan tertakluk kepada sebarang penahanan, perintah bertentangan yang dibuat oleh Mahkamah atau mana-mana pihak berkuasa yang dibenarkan oleh undang-undang, delinkuen, dan/atau tidak sah atau dibatalkan seperti yang ditentukan oleh CIMB semasa Tempoh Kempen dan/atau pada masa penghantaran Hadiah, jika tidak Peserta Layak akan dilucutkan kelayakan daripada menyertai Kempen ini dan/atau Hadiah akan ditarikbalik. 17. Peserta Layak harus bertanggungjawab untuk memastikan bahawa nombor telefon dan/atau alamat e-mel dan/atau alamat surat-menyurat yang diberikan adalah terkini dan dikemaskini dengan CIMB. Pemberitahuan dan/atau penghantaran Hadiah oleh CIMB akan berdasarkan kepada nombor telefon dan alamat dalam Malaysia setiap Peserta Layak yang dikekalkan dengan CIMB. Penghantaran Hadiah hanya sah untuk alamat surat-menyurat dalam Malaysia, dan tidak akan sah untuk alamat suratmenyurat di luar Malaysia. Peserta Layak dengan alamat surat-menyurat di luar Malaysia perlu memberikan alamat surat-menyurat dalam Malaysia, atau mengutip Hadiah dari cawangan CIMB. Bagi Peserta Layak yang tidak mempunyai alamat surat-menyurat dalam Malaysia, Peserta Layak yang berhak menerima Hadiah mesti menghubungi pegawai Perkhidmatan Pelanggan CIMB di nombor telefon 03-6204 7788 untuk memaklumkan kepada CIMB sama ada pengutipan Hadiah dari cawangan CIMB atau penghantaran Hadiah ke alamat surat-menyurat dalam Malaysia yang diberikan. CIMB tidak akan bertanggungjawab kepada Peserta Layak untuk sebarang kerugian (termasuk kehilangan peluang dan kerugian turutan yang mengalir daripadanya) yang dialami atau untuk sebarang kegagalan untuk memenuhi penghantaran Hadiah sekiranya nombor telefon dan/atau alamat surat-menyurat Peserta Layak Layak dalam rekod CIMB adalah bukan terkini atau tidak betul. 18. CIMB akan memaklumkan Pemenang melalui paparan komunikasi elektronik pada laman web CIMB di www.cimbclicks.com.my atau melalui mel elektronik atau melalui SMS ke nombor telefon mudah alih Pemenang atau dengan apa-apa cara pemberitahuan lain yang boleh dipilih oleh CIMB ( Notifikasi ). 19. Hadiah yang dimenangi: (a) adalah disediakan atas dasar "sedia ada ; (b) tidak boleh dipindahmilik atau ditukar untuk wang tunai atau kredit; dan (c) tidak termasuk sebarang aksesori atau barangan yang ditunjukkan dalam kolateral pemasaran dan/atau iklan, risalah atau laman web, kerana ia adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. 20. Hadiah boleh membawa terma-terma dan syarat-syarat mereka sendiri dan terma-terma dan syarat-syarat ini akan terpakai sebagai tambahan kepada terma-terma dan syaratsyarat yang terkandung di sini. Imej Hadiah yang ditunjukkan dalam sebarang kolateral pemasaran dan/atau iklan adalah untuk tujuan visual sahaja dan warna/reka bentuk mungkin berbeza daripada Hadiah sebenar yang diterima. Peserta Layak tidak dibenarkan untuk memilih atau menukar warna atau model Hadiah. 21. Apple dan GCH Retail (M) Sdn. Bhd. (Giant) bukan peserta atau penaja Kempen ini. Tiada apa-apa dalam Terma-terma dan Syarat-syarat ini akan diambil sebagai representasi bahawa pengilang/pereka/pembekal/peniaga Hadiah telah mengendors Terma-terma dan Syarat-syarat ini atau produk CIMB atau CIMB Islamic. 4

22. Pemenang bersetuju dan membenarkan CIMB untuk mendedahkan maklumat Pemenang (termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat) kepada pengedar/ejen yang kemudiannya akan menghubungi Pemenang mengenai penghantaran atau penebusan Hadiah. Pemenang bertanggungjawab untuk membuat pengaturan yang diperlukan dengan CIMB dan/atau pengedar/ejennya untuk mengutip atau menebus Hadiah mereka. CIMB tidak akan menanggung apa-apa penginapan dan/atau pengangkutan dan/atau kos lain yang mungkin ditanggung atau kena ditanggung oleh Pemenang semasa menebus atau menggunakan Hadiah. 23. Hadiah Utama dan Hadiah Saguhati akan dihantar ke alamat surat-menyurat pemenang yang dikekalkan dengan CIMB dalam tempoh enam (6) hingga lapan (8) minggu selepas Notifikasi diberikan. Mana-mana Hadiah di atas yang tidak dituntut tiga (3) bulan selepas Notifikasi dibuat akan ditarikbalik. 24. Pemenang akan berdasarkan budi bicara mutlak CIMB dikehendaki menghadiri dan mengambil bahagian dalam upacara pemberian hadiah dan/atau acara lain yang berkenaan yang dianjurkan oleh CIMB (jika ada) dan jika Pemenang gagal menghadiri upacara dan/atau acara, CIMB berhak untuk menarikbalik Hadiah dan memilih Pemenang lain. Terma-Terma dan Syarat-Syarat Am 25. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta Layak dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat oleh Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini serta memberi persetujuan kepada CIMB untuk memproses dan mendedahkan data peribadi mereka menurut Notis Privasi Kumpulan CIMB yang terdapat di www.cimbbank.com.my dan bersetuju bahawa semua keputusan yang dilakukan secara adil dan munasabah oleh CIMB berkenaan dengan setiap aspek Kempen ini, termasuk Hadiah yang diberikan dan penentuan Pemenang, hendaklah muktamad, terikat dan konklusif. 26. CIMB menyimpan hak untuk menggunakan budi bicara tunggalnya untuk melucutkan kelayakan mana-mana Peserta Layak yang ia tentukan akan mengganggu proses penyertaan, atau bertindak memungkiri atau berpotensi memungkiri Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini. 27. CIMB menyimpan hak untuk menggantikan Hadiah dengan mana-mana barangan yang mempunyai kos setara dan/atau melanjutkan, memendekkan, menghentikan, membatalkan, menamatkan atau menggantungkan Kempen ini dengan memberikan notis terdahulu empat belas (14) hari kalendar kepada Peserta Layak. Bagi mengelakkan keraguan, apa-apa pelanjutan, pemendekan, pemberhentian, pembatalan, penamatan atau penggantungan Kempen ini oleh CIMB tidak akan melayakkan mana-mana Peserta Layak atau mana-mana jua orang lain kepada apa-apa tuntutan atau pampasan terhadap CIMB bagi apa-apa kerugian atau kehilangan yang dialami atau ditanggung oleh Peserta Layak akibat secara langsung atau tidak langsung oleh tindakan pelanjutan, pemendekan, pemberhentian, pembatalan, penamatan atau penggantungan Kempen ini. 28. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta Layak dengan ini bersetuju bahawa CIMB tidak akan dalam apa cara sekalipun dipertanggungjawabkan atau bertanggungjawab kepada Peserta Layak sekiranya CIMB tidak dapat melaksanakan keseluruhan atau sebahagian kewajipannya di sini, disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh kegagalan mana-mana peranti mekanikal atau elektronik, sistem pemprosesan data, talian 5

penghantaran, kegagalan elektrik, pertikaian industri, perang, mogok, rusuhan, apa-apa bencana alam ( act of God ) di luar kawalan CIMB atau akibat daripada apa-apa faktor dalam bentuk force majeure yang berada di luar kawalan munasabah CIMB. 29. CIMB shall tidak akan bertanggungjawab kepada Peserta Layak atau mana-mana pihak bagi apa-apa kehilangan atau kerugian apa jua sifat sekalipun yang dialami (termasuk tetapi tidak terhad kepada kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, secara langsung atau tidak langsung, sampingan, berbangkit, teladan, punitif atau ganti rugi khas mana-mana pihak) yang timbul, berkenaan dengan penyertaan atau bukan penyertaan dalam Kempen ini termasuk disebabkan tidak menerima atau kelewatan dalam menerima SMS oleh Peserta Layak melainkan jika ia timbul daripada dan disebabkan secara langsung oleh kecuaian melampau dan keingkaran sengaja CIMB. 30. CIMB menyimpan hak dengan memberikan notis terdahulu dua puluh satu (21) hari kalendar untuk meminda (sama ada penambahan, pemadaman, pengubahsuaian, pindaan atau apa-apa jua) ( Pindaan ) mana-mana terma-terma dan syarat-syarat di sini. Notifikasi kepada Peserta Layak berkenaan dengan Pindaan boleh dilaksanakan mengikut budi bicara mutlak CIMB melalui mana-mana satu kaedah komunikasi berikut, iaitu, dengan paparan komunikasi elektronik di laman web CIMB Clicks di www.cimbclicks.com.my atau melalui mel elektronik atau melalui SMS ke nombor telefon mudah alih Peserta Layak; atau melalui iklan mengenai Pindaan dalam satu surat khabar pilihan CIMB atau melalui apa-apa kaedah notifikasi lain yang boleh dipilih oleh CIMB dan Pindaan akan dianggap terikat ke atas Peserta Layak dari tarikh notifikasi tersebut atau dari tarikh lain seperti yang boleh dinyatakan oleh CIMB dalam notifikasi. Peserta Layak mengakui dan bersetuju untuk mengakses laman web CIMB pada selang masa yang tetap untuk menyemak Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen ini dan memastikan bahawa mereka sentiasa mengikuti apa-apa perubahan atau pindaan kepada Terma-terma dan Syarat-syarat ini. 31. Tiada pampasan dalam tunai atau apa jua jenis akan diberikan kepada Peserta Layak untuk sebarang kerugian atau kehilangan yang dialami atau ditanggung oleh Peserta Layak sebagai akibat langsung atau tidak langsung daripada pindaan, perubahan, pemadaman, penambahan atau pengubahan Terma-terma dan Syarat-syarat di sini. 32. Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini (seperti yang dipinda dari semasa ke semasa menurut Klausa 30) akan mengatasi mana-mana peruntukan atau representasi yang terdapat dalam mana-mana bahan promosi lain yang mengiklankan Kempen ini. Terma- Terma dan Syarat-Syarat ini hendaklah dibaca bersama dengan terma-terma dan syaratsyarat semasa Perjanjian Perbankan Internet CIMB Clicks dan terma-terma dan syaratsyarat yang mengawal akaun Semasa atau Simpanan CIMB Islamic dan/atau kad atau akaun CIMB yang akan digunapakai sebagai tambahan kepada Terma-Terma dan Syarat- Syarat di sini. 33. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, CIMB secara nyata mengecualikan dan menafikan sebarang representasi, waranti atau pengendorsan, secara tersirat ataupun tersurat, bertulis atau lisan, bagi semua Hadiah dan tidak akan menanggung apa-apa tanggungjawab terhadap Hadiah yang ditawarkan di bawah Kempen ini. CIMB tidak akan melayan apa-apa jua aduan berkenaan dengan Hadiah. Hadiah tidak pernah diperakui oleh CIMB dan kemasukan Hadiah dalam Kempen ini tidak akan dalam apa-apa keadaan diertikan sebagai endorsmen atau cadangan Hadiah oleh CIMB. Liabiliti CIMB berhubung dengan Hadiah hanya untuk membayar harganya kepada penjual/pembekal. 6

34. Hadiah adalah ditawarkan dan/atau disediakan semata-mata oleh penjual/pembekal yang berkenaan, di bawah terma-terma dan syarat-syarat seperti yang ditentukan oleh penjual/pembekal tersebut dan CIMB tidak akan menerima liabiliti (termasuk tanpa had, kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, ganti rugi secara langsung atau tidak langsung, sampingan, berbangkit, teladan, punitif atau khas bagi mana-mana pihak termasuk pihak ketiga) sebagaimana ia timbul sama ada secara kontrak, tort, kecuaian atau sebaliknya berkenaan dengan Hadiah, walaupun CIMB telah dinasihatkan kemungkinan ganti rugi tersebut terlebih dahulu, dan semua ganti rugi tersebut adalah dikecualikan secara nyata. 35. Dengan menerima Hadiah, Pemenang bersetuju untuk tidak mempertanggungjawabkan CIMB dan sekutu-sekutunya dan pengarah-pengarah, pegawai-pegawai, pekerja-pekerja dan ejen-ejen mereka masing-masing daripada apa-apa tuntutan, tindakan, prosiding, penghakiman, kerosakan, kerugian, perbelanjaan atau liabiliti yang ditanggung oleh CIMB dan sekutu-sekutunya dan pengarah-pengarah, pegawai-pegawai, pekerja-pekerja dan ejen-ejen mereka masing-masing berkenaan dengan penyertaan Pemenang tersebut dalam Kempen ini atau penerimaan, penebusan atau penggunaan Hadiah. Semua risiko, kerugian, kerosakan berkenaan dengan penggunaan Hadiah akan ditanggung oleh Pemenang. 36. CIMB tidak menerima apa-apa tanggungjawab bagi apa-apa implikasi percukaian yang boleh timbul daripada Hadiah atau penggunaannya. Apa-apa kewajipan pemfailan cukai atau apa-apa pembayaran cukai tertunggak kepada mana-mana pihak berkuasa akibat daripada penerimaan Hadiah akan kekal menjadi tanggungjawab tunggal Pemenang. Ia adalah tanggungjawab setiap Pemenang untuk mendapatkan nasihat bebas berkenaan dengan implikasi berpotensi yang mungkin wujud ke atas keadaan kewangan beliau. 37. CIMB menyimpan hak untuk menerbitkan atau memaparkan nama, gambar dan bandar kediaman mana-mana Pemenang untuk tujuan pengiklanan dan publisiti dalam apa-apa cara yang dianggap sesuai olehnya. Dengan menyertai Kempen ini, Pemenang dengan ini memberi kebenaran dan bersetuju bahawa CIMB adalah bebas untuk menerbitkan dan/atau memaparkan bahan dan/atau maklumat, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, gambar dan bandar kediaman Pemenang tanpa pampasan bagi tujuan pengiklanan dan publisiti. Ketidakpatuhan boleh menyebabkan Pemenang alternatif dipilih. 38. Apa-apa pertanyaan, maklumbalas, kebimbangan, isu atau aduan oleh Peserta Layak berkaitan dengan akaun Semasa atau Simpanan di bawah CIMB Islamic Bank hendaklah ditujukan kepada CIMB Islamic Bank dan CIMB tidak akan bertanggungjawab untuk apaapa perkara yang berkaitan dengan akaun Semasa atau Simpanan di bawah CIMB Islamic Bank. 39. Terma-terma dan Syarat-syarat ini tertakluk kepada pemakaian mana-mana undangundang, garis panduan, arahan, notis, peraturan semasa yang digubal dan / atau manamana undang-undang bertulis lain atau yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia atau mana-mana perbadanan lain yang mempunyai kuasa penyeliaan ke atas CIMB berhubung dengan atau yang terpakai bagi Kempen atau apa-apa perkara yang terkandung di sini. 40. Sekiranya terdapat sebarang ketidaksejajaran, percanggahan, kesamaran atau kepincangan di antara versi Bahasa Malaysia dan versi Bahasa Inggeris Terma-Terma dan Syarat-Syarat di sini, versi Bahasa Inggeris Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini akan mengatasi yang lain. Walau apa pun yang dinyatakan di atas di mana permintaan telah 7

dibuat oleh Peserta Layak dan dicatat dan diakui oleh CIMB dalam rekodnya bahawa versi Bahasa Malaysia Perjanjian Perbankan Internet CIMB Clicks telah dipilih oleh Peserta Layak untuk mengawal operasi penggunaan laman web CIMB Clicks oleh Peserta Layak, maka versi Bahasa Malaysia Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini akan mengatasi yang lain. 41. Bagi maklum balas dan/atau aduan berkenaan dengan Kempen ini, Peserta Layak boleh menghubungi Unit Resolusi Pelanggan CIMB yang mempunyai alamat, nombor-nombor telefon dan faksimile yang berikut (atau mempunyai alamat, nombor-nombor telefon dan faksimile lain sepertimana yang boleh ditukarkan oleh CIMB melalui pemberitahuan kepada Peserta Layak): Unit Resolusi Pelanggan, Tingkat 19, Menara Bumiputra- Commerce, 11, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur /Tel: 603 6204 7788/Faks: 603 2691 3248/Emel: cru@cimb.com. 8