PNB MENERBITKAN LAPORAN TAHUNAN AWAM JULUNG KALI BAGI TAHUN KEWANGAN 2017 POSITIF TERHADAP PROSPEK 2018

dokumen-dokumen yang mirip
THE GAME CHANGER STRATEGI DAN PAKEJ PERUBAHAN BERSKALA BESAR DALAM KEWANGAN ISLAM

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

Akaun Pelaburan Waheed

ANALISA KEWANGAN TABUNG HAJI

Akaun Semasa Mudarabah

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 Jun 2017

EKUINAS MELANCARKAN KUMPULAN PENDIDIKAN ILMU SALAH SATU PENYEDIA PENDIDIKAN SWASTA MILIK BUMIPUTERA TERBESAR DI MALAYSIA

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahun Berakhir 31 Mac 2018

SIARAN AKHBAR PRESS STATEMENT

TABUNG HAJI UMUM BONUS JUBLI EMAS UNTUK TAHUN KEWANGAN 2012

L P I C a p i t a l B h d 129. penyata kewangan

Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myal Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 1

PNS MENGGALAKKAN KOPERASI MENCEBURI PERNIAGAAN FRANCAIS

PENYATA KEWANGAN 132 LPI CAPITAL BHD LAPORAN TAHUNAN ANALISIS PENYATA KEWANGAN 137 PENYATA TANGGUNGJAWAB PARA PENGARAH 138 LAPORAN PENGARAH

Akaun Pelaburan Waheed

Akaun Pelaburan Wafiyah

PUNCAK NIAGA HOLDINGS BERHAD KENYATAAN MEDIA PUNCAK NIAGA HOLDINGS BERHAD ( PNHB ATAU SYARIKAT )

MESEJ KEPADA PARA PEMEGANG SAHAM

INDEKS & PENEMUAN TADBIR URUS KORPORAT MSWG -ASEAN 2014 UNTUK MALAYSIA PENGIKTIRAFAN DALAM TADBIR URUS KORPORAT

PENYATA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahun Berakhir 31 Disember 2017

Akaun Pelaburan Wafiyah

Penyata Pengerusi PERSEKITARAN OPERASI TINJAUAN PRESTASI

Akaun Semasa Mudarabah

Set lengkap penyata kewangan ini boleh didapati daripada laman web Syarikat di

LAPORAN TAHUNAN. BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2013

MODUL 201 (B) PERANCANGAN PELABURAN

ISI KANDUNGAN. V. Penyataan Pemegang Amanah. B. Penyata Pendapatan Komprehensif. C. Penyata Kedudukan Kewangan. D. Penyata Perubahan Dalam Ekuiti

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

MODUL 101 (B) ASAS PERANCANGAN KEWANGAN

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 September 2017

Akaun Pelaburan Bertempoh

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DR. HAJAH SITI MARIAH BINTI MAHMUD (KOTA RAJA)

PELABURAN SEDIA ADA UNTUK MEMBINA TABUNG PELAJARAN

15 HARTANAH DALAM PEMBINAAN DAN UNTUK DIJUAL Kumpulan

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB)

Akaun Pelaburan Waheed

Set lengkap penyata kewangan ini boleh didapati daripada laman web Syarikat di

JAWAPAN MODUL 5 : PERAKAUNAN UNTUK SYARIKAT MASTERI TOPIKAL 5.1

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

TH Bantu Memperkasakan Usahawan Bumiputera

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

KEWANGAN. Penyata Kewangan. 183 Analisis Penyata Kewangan 186 Penyata Tanggungjawab Para Pengarah

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP24: GARIS PANDUAN PELABURAN HARTA TAK ALIH BAHAGIAN A : PENGENALAN

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

BONUS PENDEPOSIT TABUNG HAJI 2015

JTW 111- Prinsip Perakaunan Kewangan

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN

MALAYSIA RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG KETIGA

PUBLIC INDUSTRY GROWTH FUND PUBLIC DANA TUMBUH INDUSTRI (PINDGF)

Suruhanjaya Sekuriti TELUS ADIL TERJAMIN CEKAP. Suruhanjaya Sekuriti Securities Commission

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

PELAN SEMUA-DALAM-SATU YANG MERANGKUMI SEGALA KEPERLUAN PERLINDUNGAN DAN PELABURAN ANDA

ekonomi tinjauan Tinjauan dan Prospek Ekonomi Malaysia PERKEMBANGAN DALAM TAHUN 2007 Tinjauan Keseluruhan Keadaan Permintaan

PENYATA KEWANGAN 31 DISEMBER 2001

Tabung Pendidikan Jamin Masa Depan Anak BH, 1 Oktober 2015

Utusan Ketua Pegawai Eksekutif

LEMBAGA TABUNG HAJI PENGUMUMAN HIBAH KEPADA PENDEPOSIT TABUNG HAJI Oleh

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

ULASAN TAHUNAN KHAZANAH KE-14 ( KAR 2018 )

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA BERTULIS TUAN SU KEONG SIONG [IPOH TIMOR] (ISNIN) 219

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

PENYATA KEWANGAN KENYATAAN AHLI SURUHANJAYA SEKURITI

menyatakan keadaan ekonomi di Malaysia. Apakah langkah-langkah yang Kedudukan ekonomi negara terus menunjukkan prestasi yang

Koperasi Pengangkutan

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

Tahun penyertaan pelan saham kakitangan


Amanah Saham Panduan Pelabur

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN RANCANGAN MALAYSIA KE SEPULUH (RMKE-10) NEGERI SEMBILAN

dalam tempoh beberapa tahun akan datang sebelum tahun 2020.

Melindungi anda pada waktu yang sukar

2003 Kertas 1 Soalan 1 (a) Yang berikut ialah maklumat kewangan bagi Syarikat Mercu Tanda Berhad.

ASAL PERABOT SERI. Zarith. Tandatangan Pengurus. Tunai Cek BBM /2 SULIT. Bahagian A. Tarikh: 3 Januari 2013 No.

GANJARAN KEPADA SI MANJA ANDA DENGAN HADIAH PENDIDIKAN

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

PUBLIC GROWTH BALANCED FUND PUBLIC DANA TUMBUH IMBANG (PGRBF)

PB CHINA AUSTRALIA EQUITY FUND

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR BERHUBUNG PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI BEKALAN AIR SELANGOR

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA. Y.B. DATO' ZAHIDI BIN ZAINUL ABIDIN [ PADANG BESAR ] minta

3756/2 PRINSIP PERAKAUNAN 2

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Perutusan Pengerusi. Tan Sri Dato Seri Ranjit Ajit Singh

AKUAN BERKANUN PENGISYTIHARAN HARTA, HUTANG, PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BAGI TAHUN 2016

Kuliah 6: SISTEM PERBANKAN DAN PENCIPTAAN WANG

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

Berapakah sebenarnya hutang PTPTN yang perlu ditanggung oleh kerajaan sekiranya pinjaman PTPTN dihapuskan?

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP19 : GARIS PANDUAN MENGENAI KUMPULAN WANG LIKUIDITI PUSAT BAHAGIAN A : PENGENALAN

PB ISLAMIC ASIA EQUITY FUND

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

Akaun Al Awfar. Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Disember

Tinjauan Kewangan Kumpulan

Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013

KULIAH 6: SISTEM PERBANKAN DAN PENCIPTAAN WANG

PENCAPAIAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) 2014


Transkripsi:

KENYATAAN AKHBAR Untuk Siaran Segera 29 Mac 2018 PNB MENERBITKAN LAPORAN TAHUNAN AWAM JULUNG KALI BAGI TAHUN KEWANGAN 2017 POSITIF TERHADAP PROSPEK 2018 PNB menerbitkan laporan tahunan awam yang pertama bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 (TK2017) selaras dengan usahanya untuk mewujudkan lebih ketelusan. Bagi TK2017, jumlah aset di bawah pengurusan PNB meningkat sebanyak 4.8% kepada RM279.2 bilion. Pendapatan bersih proforma PNB dan dana amanah saham (Kumpulan PNB) meningkat sebanyak 16.4% kepada RM17.7 bilion berdasarkan pertumbuhan domestik yang stabil dan pemulihan kukuh FBM KLCI. PNB optimis untuk tahun akan datang memandangkan prospek makroekonomi yang memberangsangkan. Pelan Strategiknya 'STRIVE-15' berjalan lancar, dengan kejayaan pelaksanaan semua 15 inisiatif strategik di bawah tiga teras utama. Proforma pendapatan bersih Kumpulan PNB bagi dua bulan pertama tahun 2018 berkembang sebanyak 39.5% dari tahun terdahulu ke RM2.2 bilion. Untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2018, dua dana harga tetap ASNB iaitu Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) dan Amanah Saham Malaysia (ASM) masing-masing mengisytiharkan pengagihan pendapatan 6.75 sen seunit dan 6.25 sen seunit. Jumlah pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM562.9 juta untuk ASB 2 dan RM1.1 bilion untuk ASM. PNB juga mengumumkan kadar pengagihan pendapatan bagi ketiga-tiga dana di bawah payung Amanah Saham Gemilang (ASG) iaitu ASG-Pendidikan, ASG-Kesihatan dan ASG-Persaraan masing-masing sebanyak 4.80 sen seunit, 5.20 sen seunit dan 5.15 sen seunit. Jumlah pengagihan bagi ketiga-tiga dana berjumlah sebanyak RM211.6 juta. Kuala Lumpur, 29 Mac 2018: Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan prestasinya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 (TK 2017) dan berkongsi sorotan untuk suku pertama 2018, serta prospek untuk tahun ini dan seterusnya. Laporan Tahunan Julung Kali 2017 Kemajuan dan pencapaian PNB untuk TK2017 dibentangkan dalam Laporan Tahunannya yang pertama untuk diedarkan kepada orang awam, telah diumumkan semasa taklimat media. Laporan itu juga memperingati ulang tahun ke-40 PNB, yang menyaksikan tonggak-tonggak penting dalam perjalanan Syarikat itu untuk menjadi pengurus dana terbesar di Malaysia hari ini. 1/6

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, "Saya gembira dapat berpegang kepada komitmen kami untuk mewujudkan lebih ketelusan dan keterbukaan kepada orang awam dengan penerbitan Laporan Tahunan TK2017 kami ini yang boleh didapati secara terbuka. PNB telah mencatatkan prestasi baik pada TK2017, dengan peningkatan aset di bawah pengurusan (AUM) PNB sebanyak 4.8% kepada RM279.2 bilion, berbanding RM266.4 bilion pada tahun sebelumnya. Operasi dana amanah saham PNB juga menyaksikan pertumbuhan positif. Jumlah unit dalam edaran meningkat kepada sebanyak 3.5% kepada 219.7 bilion pada 2017, manakala jumlah akaun juga berkembang sebanyak 1.5% kepada 13.2 juta pemegang unit. Komen Tan Sri Abdul Wahid, Ekonomi Malaysia merekodkan pertumbuhan mantap sebanyak 5.9% pada tahun 2017. FBM KLCI juga berkembang sebanyak 9.4%, menunjukkan pemulihan yang kukuh berikutan pertumbuhan negatif bagi tiga tahun lalu. Berdasarkan perkara ini dan berpegang kepada asas yang kukuh, kami berpuas hati PNB dan dana amanah saham (Kumpulan PNB) berjaya merekodkan pendapatan bersih proforma sebanyak RM17.7 bilion, peningkatan yang ketara sebanyak 16.4% berbanding dengan RM15.2 juta pada TK2016." "Hasil dari prestasi yang mengagumkan ini, kami telah mengagihkan dividen dan bonus berjumlah RM14.6 bilion untuk TK2017, dengan jumlah dividen kumulatif sebanyak RM172.1 bilion sejak PNB ditubuhkan." STRIVE-15 Pada tahun ini, Pelan Strategik PNB 2017-2022 yang dikenali sebagai STRIVE-15 mendapat sokongan yang amat membanggakan. "Alhamdulillah, pada tahun 2017 - tahun pertama pelaksanaan pelan ini - beberapa inisiatif telah terbukti berhasil, sementara asas untuk inisiatif-inisiatif lain telah digerakkan, untuk dilaksanakan sepenuhnya pada 2018 dan seterusnya," kata Tan Sri Abdul Wahid. Satu pencapaian penting ialah penyempurnaan kesemua inisiatif syarikat-syarikat strategik yang telah disasarkan bagi 2017 yang telah membawa kepada peningkatan ketara bagi permodalan pasaran sebanyak RM39.5 bilion, dengan purata imbangan jumlah pulangan pemegang saham (TSR) sebanyak 26.0%, iaitu hampir dua kali ganda dari TSR KLCI bagi tahun ini, iaitu 13.2%. 2/6

Manakala, semua dana ASNB diiktiraf "Harus", atau "dibenarkan" oleh semua negeri menandakan perkembangan penting dalam memenuhi aspirasi Shariah PNB. Selain itu, penyempurnaan penghijrahan sistem IT telah membolehkan pengenalan portal myasnb selaras dengan usaha untuk menyediakan pengalaman digital sepenuhnya untuk pemegangpemegang unit PNB. Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50), satu usahasama bersama Kerajaan juga telah mula dilaksanakan pada 1 Januari 2018. Skim ini memberi 200 unit percuma kepada semua bayi Malaysia yang lahir antara 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2022 dengan tujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia melabur sejak lahir. Bagi objektif sosial PNB, 505 orang bakat muda telah mendaftar pada 2017 di bawah Inisiatif Akauntan Bertauliah PNB (PCA) untuk melanjutkan pelajaran bagi kelayakan professional seiring dengan sasarannya untuk melahirkan 1,000 akauntan bertauliah menjelang 2022. Sasaran PNB untuk membina 5,000 rumah mampu milik menjelang 2022 juga berjalan lancar, dengan dua projek perintis dimulakan di Sungai Sedu, Selangor dan Port Dickson, Negeri Sembilan. TINJAUAN 2018 Melangkah ke hadapan, PNB optimis pada tahun yang mendatang. Tan Sri Abdul Wahid mengulas, "Secara global, pertumbuhan selari dijangka bagi kesemua ekonomi utama pada 2018 dimana Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) menjangka unjuran pertumbuhan ekonomi global akan berkembang sebanyak 3.9%. Oleh itu, kita juga berharap tahun 2018 akan memberi kesan baik untuk ekonomi tempatan dan pasaran saham. Pertumbuhan ekonomi yang teguh membawa lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan serta prestasi yang lebih baik untuk dana kami. Ini seterusnya akan memberi manfaat kepada lebih daripada 13 juta pemegang unit dan membawa kesejahteraan kewangan yang lebih baik kepada tujuh juta isi rumah Malaysia. " PNB bersedia memanfaatkan prospek positif ini sebagai batu loncatan untuk mencapai sasaran kewangan dan operasi yang diterajui oleh STRIVE-15. Dalam dua bulan pertama tahun 2018, PNB telahpun mencatatkan prestasi cemerlang dengan peningkatan AUM dan pendapatan bersih proforma keseluruhan Kumpulan PNB sebanyak 6.1% dan 39.5% dari tahun ke tahun kepada RM279.6 bilion dan RM2.2 bilion masing-masing. Nilai agregat pasaran syarikat-syarikat strategik PNB telah meningkat sebanyak RM6.3 bilion setakat kini. 3/6

PENGAGIHAN PENDAPATAN BAGI DANA AMANAH SAHAM ASNB Pada taklimat media, PNB juga mengumumkan pengagihan pendapatan berjumlah RM1.88 bilion untuk lima dana, iaitu Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2), Amanah Saham Malaysia (ASM) dan ketiga-tiga dana di bawah payung Amanah Saham Gemilang (ASG) iaitu ASG- Pendidikan, ASG-Kesihatan dan ASG-Persaraan. Pengagihan pendapatan bagi pemegang unit ASB 2 ialah 6.75 sen seunit, manakala pemegang ASM unit akan menerima 6.25 sen seunit. ASB 2 akan membayar sejumlah RM562.9 juta dalam pengagihan pendapatan kepada 348,000 pemegang unit yang kini memegang 9.4 bilion unit. ASB 2 merupakan dana terbaru yang dilancarkan oleh Perdana Menteri YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada tahun 2014. Setakat 28 Februari 2018, ASB 2 merekodkan pendapatan bersih sebanyak RM551.2 juta. Sementara itu, pengagihan pendatapan bagi ASM melibatkan sejumlah RM1.11 bilion yang akan memberi manfaat kepada lebih 540,000 pemegang unit dengan 18.4 bilion unit. Sehingga 28 Februari 2018, ASM merekodkan pendapatan bersih sebanyak RM1.1 bilion. Pengiraan pengagihan pendapatan untuk ASB 2 dan ASM adalah berdasarkan baki minimum purata yang dipegang sepanjang tahun kewangan bagi dana-dana tersebut. Pengagihan yang diisytiharkan oleh ASB 2 dan ASM akan dilaburkan semula sebagai unit tambahan ke dalam akaun pemegang unit dan akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit pada 1 April 2018. Ketiga-tiga dana di bawah payung dana ASG, iaitu ASG-Pendidikan, ASG-Kesihatan dan ASG-Persaraan masing-masing mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 4.80 sen seunit, 5.20 sen seunit dan 5.15 sen seunit setiap satu. Pengagihan pendapatan sebanyak RM211.6 juta untuk ketiga-tiga dana ASG akan memberi manfaat kepada 185,590 pemegang unit. Pengagihan pendapatan sebanyak 4.80 sen seunit yang diisytiharkan untuk ASG-Pendidikan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2018, menandakan hasil pengagihan sebanyak 4.91% yang menyumbang kepada pulangan keseluruhan tahun terkini sebanyak 6.73% pada 28 Mac 2018. Jumlah pembayaran sebanyak RM54.5 juta akan memberi manfaat kepada lebih 74,000 pemegang unit yang melanggan 1.1 bilion unit. Pada 28 Februari 2018, ASG- Pendidikan merekodkan pendapatan bersih sebanyak RM43.8 juta. 4/6

Sementara itu untuk ASG-Kesihatan, pengagihan pendapatan sebanyak 5.20 sen seunit menandakan hasil pengagihan sebanyak 5.08% yang menyumbang kepada pulangan keseluruhan tahun sebanyak 7.67% sehingga 28 Mac 2018. Jumlah pengagihan pendapatan sebanyak RM99.4 juta akan dimanfaatkan oleh 74,000 pemegang unit yang memiliki 1.9 bilion unit ASG-Kesihatan. Sehingga 28 Februari 2018, ASG-Kesihatan merekodkan pendapatan bersih sebanyak RM92.4 juta. Pada masa yang sama, ASG-Persaraan mengisytiharkan kadar pengagihan pendapatan sebanyak 5.15 sen seunit, bersamaan dengan hasil dividen sebanyak 4.52% yang menyumbang kepada jumlah pulangan tahun terkini sebanyak 6.42% sehingga 28 Mac 2018. Jumlah pengagihan pendapatan sebanyak RM57.6 juta akan memberi manfaat kepada 37,000 pemegang unit dengan langganan 1.1 bilion unit dalam dana tersebut. Sehingga 28 Februari 2018, ASG-Persaraan merekodkan pendapatan bersih sebanyak RM22.9 juta. Prestasi yang lebih baik ini adalah selaras dengan tumpuan dana untuk memberikan pulangan yang seimbang melalui pelaburan dalam ekuiti dan pendapatan tetap. Ia juga seiring dengan strategi PNB untuk memfokuskan dana harga berubah-ubahnya untuk menjana pulangan keseluruhan kepada pemegang unit. Pengiraan pengagihan pendapatan untuk ketiga-tiga dana di bawah ASG adalah berdasarkan baki unit pada 31 Mac 2018. Pembayaran pengagihan pendapatan untuk ketiga-tiga dana akan dijalankan secara automatik melalui pelaburan semula dalam bentuk unit dan dikreditkan ke dalam unit pemegang unit akaun pada 1 April 2018, berdasarkan Nilai Aset Bersih setiap dana pada 31 Mac 2018. Berkuat kuasa dari 31 Mac 2018, PNB akan mengedarkan penyata pengagihan pendapatan, laporan tahunan semua dana unit amanahnya dan laporan interim dana harga berubah-ubah kepada semua pemegang unit secara elektronik. Berkuat kuasa dari tarikh yang sama, versi elektronik penyata pengagihan pendapatan semua dana unit amanah akan dihantar ke alamat e-mel berdaftar pemegang unit manakala laporan tahunan dan interim boleh diakses di www.asnb.com.my. -TAMAT- 5/6

Mengenai PNB Permodalan Nasional Berhad (PNB) adalah syarikat pengurusan dana terbesar di Malaysia dengan aset di bawah pengurusan (AUM) kini mencapai RM279 bilion. Portfolio PNB merangkumi pelaburan-pelaburan strategik di syarikat korporat terkemuka Malaysia, ekuiti global, pelaburan swasta dan hartanah. Untuk maklumat lanjut, layari www.pnb.com.my. Mengenai ASNB Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), adalah syarikat pengurusan unit amanah dan anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB). ASNB kini mempunyai sejumlah 12 Dana dengan Unit dalam Edaran hampir 220 bilion serta 13.3 juta akaun. Untuk maklumat lanjut, layari www.asnb.com.my. Disiarkan oleh Permodalan Nasional Berhad 6/6