MENGENAI PERTANDINGAN MELUKIS HARI AIR SEDUNIA 2016 Air adalah sumber kehidupan. Kita tidak boleh melupakan betapa pentingnya sumber air kepada kita. Oleh itu pihak penganjur kini memanggil semua pelukis untuk menggunakan kemahiran anda untuk membantu meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan air dan sumber air. Anda bebas menggunakan sebarang peralatan lukisan ( water colour, pensil warna, krayon atau water colour pencil sahaja DIBENARKAN) asalkan lukisan anda mengikut tema dan sesuai untuk kertas lukisan. Tema untuk lukisan peserta adalah berdasarkan umur peserta seperti yang tertera di bawah. Peserta boleh berlatih secukupnya sebelum hari pertandingan. Pertandingan ini akan berlangsung selama 3 jam dan kertas lukisan akan dibekalkan oleh pihak penganjur. TOPIK PERTANDINGAN MELUKIS Kategori A: Sekolah Rendah (Tahun 4-6) Kepentingan Air The Importance of Water Kategori B: Sekolah Menengah (Tingkatan 1-3) Sungai dan Pencemaran River and Pollution Kategori C: Sekolah Menengah (Tingkatan 4-5) Air dan Sikap Pengguna Water and Consumer Behaviour
CARA DAN SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN MELUKIS Semua yang berumur lebih 10 tahun dan keatas dijemput menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini akan berlangsung pada 2 April 2016. Peserta perlu membawa dan menggunakan peralatan lukisan sendiri ( water colour, pensil warna, krayon atau water colour pencil sahaja DIBENARKAN). Kertas lukisan akan disediakan oleh pihak penganjur. Kertas lukisan akan diedarkan pada hari pertandingan tersebut. Pihak penganjur mempunyai hak untuk menggunakan hasil lukisan yang dihantar dalam pertandingan ini untuk aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pihak kami. Lukisan mestilah tidak pernah dikemukan di mana-mana pertandingan atau disiarkan oleh mana-mana pihak. Jika pihak penganjur mendapati penyertaan anda tidak asli atau pernah dikemukakan menyertai pertandingan lain sebelum ini, penyertaan anda akan dibatalkan. Lukisan akan dinilai berdasarkan keaslian karya, kandungan dan kesesuaian dengan tema. HADIAH PERTANDINGAN MELUKIS Kategori A: Sekolah Rendah (Tahun 4-6) Hadiah Pertama RM 800.00 Hadiah Kedua RM 650.00 Hadiah Ketiga RM 500.00 Hadiah Sagu Hati (x5) bernilai RM 100.00 Kategori B: Sekolah Menengah (Tingkatan 1-3) Hadiah Pertama RM 1,000.00 Hadiah Kedua RM 800.00 Hadiah Ketiga RM 600.00 Hadiah Sagu Hati (x5) bernilai RM 150.00 Kategori C: Sekolah Menengah (Tingkatan 4-5) Hadiah Pertama RM 1,500.00 Hadiah Kedua RM 1,000.00 Hadiah Ketiga RM 750.00 Hadiah Sagu Hati (x5) bernilai RM 150.00 *Sijil Penghargaan akan diberikan kepada semua peserta
PENDAFTARAN PERTANDINGAN MELUKIS Setiap sekolah dikehendaki menghantar senarai nama peserta pelajar kepada penganjur seperti butiran berikut: 1. Nama Sekolah 2. Umur Pelajar 3. Darjah / Tingkatan Sila fakskan ke 07-2214506 atau email ke aslina@saj.com.my
PERTANDINGAN PENGUCAPAN AWAM 1 Pertandingan pengucapan awam adalah aktiviti yang terkandung dalam Program Pendidikan Air SAJ 2016 bagi sekolah menengah di Johor. 2 Pertandingan ini akan berlangsung di lapan buah daerah di Negeri Johor. 3 Johan setiap daerah akan mewakili daerah masing-masing ke pertandingan akhir peringkat negeri. TAJUK PERTANDINGAN PENGUCAPAN AWAM Peserta dikehendaki memilih salah satu tajuk seperti berikut: a. Peranan individu, masyarakat dan kerajaan terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air. b. Hargai nilai air Penggunaan air secara bijak dan berhemah. SYARAT PERYERTAAN PERTANDINGAN PENGUCAPAN AWAM 1. Pemidato diberi masa 10 minit sahaja. 2. Loceng akan dibunyikan sekali 1 minit sebelum masa tamat dan 2 kali apabila masa tamat. 3. Markah tidak akan dikira terhadap fakta yang disampaikan setelah lonceng penamat dibunyikan. 4. Markah akan dipotong sekira membaca nota atau teks. 5. Pemidato hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan yang betul. PEMARKAHAN PERTANDINGAN PENGUCAPAN AWAM Isi (25 markah) Pengutaraan isi-isi yang bernas, data-data dan bahan-bahan yang tepat serta logic termasuk penghuraiannya. Bahasa (25 markah) Penguasaan bahasa yang baik, jelas dan tepat (struktur dan sebutan) serta gaya bahasa yang berkesan iaitu tepat pada yang dimaksudkan. Penyampaian (45 markah) Persembahan yang lancar, kesesuaian nada serta persembahan yang menyakinkan penonton. Perlu menunjukkan gaya yang menarik dan susunan idea tertib. Etika (5 markah) Kritikan terhadap isu-isu sensitif seperti agama, bangsa dan kebudayaan atau peribadi serta perlakuan atau tuturkata yang tidak sopan adalah dilarang dan markah akan dipotong. Markah bonus (5 markah) Markah bonus akan diberikan berdasarkan keselurahan persembahan yang disampaikan.
HADIAH PERTANDINGAN PENGUCAPAN AWAM PERINGKAT DAERAH Tempat Pertama Tempat Kedua Tempat Ketiga wang tunai RM 200 + sijil peryertaan wang tunai RM 150 + sijil peryertaan wang tunai RM 50 + sijil peryertaan HADIAH PERTANDINGAN PENGUCAPAN AWAM PERINGKAT NEGERI (AKHIR ) Tempat Pertama Tempat Kedua Tempat Ketiga wang tunai RM 1500 + sijil peryertaan wang tunai RM 1000 + sijil peryertaan wang tunai RM 800 + sijil peryertaan